Topik 3 protokol

download Topik 3    protokol

of 6

Embed Size (px)

description

tmk, panduan guru, tahun 5, kssr tmk

Transcript of Topik 3 protokol

  • 1. KURSUS TMK TAHUN 5 2014PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIATajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNETTopik 3.0 PROTOKOLA. ObjektifPada akhir sesi ini, peserta dapat:1. Mengetahui definisi TCP/IP2. Menerangkan tentang alamat IP3. Mengetahui perbezaan antara DCHP dan IP TetapB. Kandungan Pengajaran3.1 Definisi TCP/IP3.2 Penerangan tentang alamat IP3.3 Perbezaan antara DCHP dan IP Tetap1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

2. KURSUS TMK TAHUN 5 20143.1 Definisi Tcp/IpProtokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah setperaturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalampenghantaran data antara komputer.Bagaimana Data Dapat di Hantar Melalui Internet?Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, inimembolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiridaripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkansemula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantarmelalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yangpertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelitChina. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betuldan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.Rajah 3.0 : Penghantaran Data Melalui Internet2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 3. KURSUS TMK TAHUN 5 2014TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis.1. Lapis lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP), mengendalikanpenterjemahan dari data menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini ditransmisikanmelalui Internet dan diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi) yang diterjemahkankembali paket ke data yang asal.2. Lapis yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP) mengawal alamat IP dari setiappaket sehingga sampai ke tempat yang dituju dengan betul. Setiap komputer perlumempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan alamat IP yang unik, komputer yangberada dalam Internet boleh dikenali tanpa mengira di mana komputer tersebutberada.3.2 Penerangan Kepada Alamat IPInternet adalah sebuah kombinasi sambungan dari banyak komputer di dunia. Dalamberkomunikasi, komputer-komputer yang berhubung memerlukan alamat supaya data dapatdihantar ke tempat yang betul. Alamat tersebut menjadi pengenalan diri bagi sesebuahkomputer bertujuan mengenali komputer yang mengirim data kepadanya dan sebaliknya.Definisi Alamat IPAlamat IP merupakan singkatan dari alamat Internet Protokol. Pengertian alamat IP adalahsuatu identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti komputer, penghala ataupencetak yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan InternetProtokol sebagai cara komunikasi. Alamat IP memiliki dua fungsi:1. Sebagai alat identifikasi hos atau antaramuka pada jaringanFungsi ini digambarkan sebagai nama orang untuk mengenali siapa orang tersebut.Dalam jaringan komputer berlaku hal yang sama.2. Sebagai alamat lokasi jaringanFungsi ini digambarkan seperti alamat rumah kita yang menunjukkan lokasi kitaberada. Untuk memudahkan pengiriman paket data, maka alamat IP memuatinformasi destinasi. Ada laluan yang harus dilalui agar data dapat sampai kekomputer yang dituju.Alamat IP dibentuk daripada 32 bit binari (1 atau 0) yang dibahagikan ke dalam 4 octet.Setiap octet ditukarkan ke dalam nombor decimal dengan setiap satu di antara 0 hingga 255dan dipisahkan dengan titik.3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 4. KURSUS TMK TAHUN 5 2014Contoh alamat IP:Kelas alamat IP:Kelas A: 1.0.0.0 127.255.255.255Octet 1 Octet 2 Octet 3 Octet 41 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 84 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET0Net id Nod idKelas B: 128.0.0.0 191.255.255.255Octet 1 Octet 2 Octet 3 Octet 41 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 81 0Net id Nod idKelas C: 192.0.0.0 223.255.255.255Octet 1 Octet 2 Octet 3 Octet 41 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 8 1 2 3 4 5 6 7 81 1 0Net id Nod idIstilah-istilah kelas ini jarang digunakan dengan pengenalan classless interdomain routing(CIDR). 5. KURSUS TMK TAHUN 5 2014Nama Domain (Domain Name)Nombor IP sukar untuk diingati, Internet membolehkan perwakilan nombor alamat IP dalambentuk teks yang dikenali sebagai nama domain. Seperti alamat IP, nama domain jugadipisahkan dengan titik.Menandakan komputerpelayan web Organisasi(SMK Segambut Jaya)Kod negara(Malaysia)InstitusiPendidikan(education)3.3 Perbezaan Antara DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) Dan FixedIP(IPStatik)Definisi IP StatikIP statik ialah memasukkan alamat IP secara manual bagi setiap peranti dalam rangkaian.Alamat perlu diperuntukkan dengan berhati-hati supaya setiap peranti mempunyai alamatyang tidak bertindih. Apabila anda menyambung peranti baru, anda perlu memilih "manual"bagi pilihan konfigurasi dan masukkan alamat IP, subnet mask, default gateway dan DNSserver (s).Rajah 3.1: Protokol Internet5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 6. KURSUS TMK TAHUN 5 2014Definisi DHCPDHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) adalah protokol komunikasi yangmembolehkan pentadbir rangkaian secara berpusat mengurus dan automatik memberikanalamat IP yang unik untuk setiap komputer dalam rangkaian organisasi. Tanpa DHCP,alamat IP perlu dimasukkan secara manual pada setiap komputer dan alamat IP yang baruperlu dimasukkan setiap kali komputer bergerak ke lokasi baru dalam rangkaian.Fungsi DHCPApabila DHCP diaktifkan, peranti baru disambungkan kepada rangkaian meminta pelayanDHCP untuk alamat, dan pelayan memberikan alamat yang lokasi yang tidak digunakan.Pelayan DHCP menjejaki alamat yang digunakan, alamat yang sedia ada, dan menyimpanrekod alamat yang telah diberikan kepada pelbagai peranti. Ini memastikan bahawa alamattidak bercanggah antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, peranti yang di luar talian(offline), jika bersambung kembali berkemungkinan tidak akan mempunyai alamat IP yangsama.DHCP IP Statik Protokol memberikan alamat IP secaraautomatik Elemen tertentu dalam rangkaian yangmendapat alamat IP yang samasepanjang masa Keutamaan memberikan alamat IPdinamik tetapi ia juga boleh digunakanuntuk memberikan alamat IP statik Tidak boleh memberikan alamat IPdinamik Digunakan dalam wireless access points Jika digunakan dalam wireless accesspoints akan banyak gangguan Digunakan dalam kebanyakanrangkaian kerana ia mudah IP statik masih diperlukan untuk kes-kestertentuJadual 3.1: Perbezaan IP Statik dan DHCP6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET