TUGASAN HBML3303 2010
Transcript of TUGASAN HBML3303 2010
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
SOALAN 1
1) Pendahuluan
Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah “kajian tentang mekanisme mental
yang membolehkan manusia menggunakan bahasa”. Matthews (1997), berpendapat bahawa
bidang ini ialah “kajian bahasa dari sudut psikologi.
Mangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai “cabang
linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan,”
iaitu proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat
yang didengarnya.
Oleh yang demikian, psikolinguistik boleh diertikan sebagai disiplin ilmu yang
meneliti perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan psikologi. Ilmu
psikolinguistik dan pemerolehan bahasa saling berkaitan dalam proses pengajaran guru dalam
menyampaikan ilmu terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Teori bahasa pula ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang
bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat
yang memerihalkan teori dalam bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang
huraian bahasa.
Menurut Lyons (1994), bahasa ialah nurani. Oleh hal demikian, bahasa tidak
diperoleh secara semula jadi tetapi tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus
Linguistik (1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa
daripada satu aspek hingga keseluruhannya. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti
kanak-kanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak
ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua.
Mangantar Simunjuntak (1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah
proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa
ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan
dengan pembelajaran bahasa pertama.
Jelas kepada kita bahawa kelainan status penutur adalah disebabkan oleh
kewujudan alat pemerolehan bahasa semula jadi dalam akal budi manusia sejak
daripada saat kelahiran mereka ke dunia. Alat ini telah membolehkan bahasa
pertama dikuasai secara mudah oleh semua kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang keluarga. Orang Melayu akan menguasai bahasa Melayu sebgai bahasa
1
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
pertama tanpa memerlukan usaha gigih. Begitu juga dengan orang Cina dan India,
masing-masing akan menguasai bahasa pertama mereka dengan mudah tanpa perlu
bersusah payah. 1
Pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu menggunakan pendekatan teori dan prinsip
pedagogi yang sesuai di samping menggunakan kaedah, starategi dan teknik yang betul dan
berkesan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran bermakna.
Semantik pula merupakan bidang yang memberi penumpuan kepada aspek makna
dalam bahasa. Menurut Kreidler (1988), “semantik ialah kajian makna secara sistematik
manakala semantik linguistik ialah kajian cara bagaimana makna disusun dan dinyatakan
dalam bahasa”. Nathesan (2001) menyatakan bahawa “semantik ialah suatu bidang ilmu
yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa”. Oleh itu bidang semantik amat
penting dalam kajian bahasa kerana tanpa unsur makna, bahasa tidak akan menjadi
bermakna’.
2) Latar belakang Kajian
Matlamat kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
sepenuhnya daripada peringkat pengajian dasar hingga ke peringkat pengajian tinggi, jelas
terlaksana secara menyeluruh mulai tahun 1983. Walaupun penggunaan bahasa Melayu
sudah begitu meluas di dalam dan di luar sekolah, namun tanda-tanda menunjukkan bahawa
sebahagian murid-murid di negara ini masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka
khususnya masyarakat bukan Melayu. Kajian yang melibatkan pelajar india sering menjadi
tumpuan kerana penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua amat dipengaruhi oleh
bahasa ibunda mereka dalam pertuturan iaitu bahasa Tamil. Masalah dari segi Struktur ayat
dan sebutan amat ketara. Kajian ini dibuat atas seorang pelajar di sebuah sekolah kebangsaan
dan bukan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Sudah tentu masalahnya amat berbeza dengan
cabaran dan masalah di sekolah jenis kebangsaan kerana persekitaran yang berbeza.
1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penyatu dan Bahasa Pemisah Warga Malaysia, Prof. Madya Dr. Zulkifley Hamid, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteran dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 43600 Universiti
Kebangsaan Malaysia.
2
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
3) Penyataan masalah
Tinjauan awal menunjukkan hanya terdapat sebilangan kecil sahaja pelajar keturunan
india di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera Baling Kedah. Antara masalah yang timbul dan
dapat dikesan secara am ialah murid-murid india menghadapi masalah pertuturan dan
membina ayat semasa pembelajaran bahasa Melayu. Namun begitu, melalui pemerhatian
pengkaji, kesungguhan guru dalam mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di kelas tahun 1
tersebut Nampak sangat positif.
Sehubungan dengan pengaruh bahasa ibunda iaitu bahasa Tamil bagi pembelajaran
bahasa Melayu suatu fenomena dapat dikesan. Murid-murid India menghadapi masalah
menggunakan vokal-vokal atau konsonan-konsonan tertentu bahasa Melayu yang agak asing
kepada mereka. Apabila kata-kata Melayu atau kata-kata pinjaman dari bahasa lain dituturkan
berlaku perubahan bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang terhampir dengan bahasa Tamil.
Bahasa ibunda murid-murid India dirasakan mengganggu sebutan baku bahasa Melayu.
Pertukaran bunyi-bunyi tertentu mengakibatkan terjadinya proses penggantian
konsonan, proses penghilangan konsonan dan proses menambah bunyi hentian glottis.
Masalah percampuran kod (code mixing) antara bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut
membantutkan pembelajaran bahasa Melayu murid-murid India. Masalah ini berkait dengan
kemunculan unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dari semasa ke semasa ketika murid
berkenaan menggunakan bahasa Melayu.
Kelainan struktur ayat bahasa Tamil dengan bahasa Melayu turut mempengaruhi
proses pembelajaran bahasa murid-murid India. Kelainan-kelainan tersebut tertumpu kepada
Hukum DM (diterangkan-menerangkan) dalam kedudukan frasa nama dalam ayat. Binaan
ayat biasa (Subjek + Predikat) bahasa Melayu mengutamakan frasa nama pada awal ayat.
Manakala binaan ayat bahasa Tamil lebih mementingkan struktur Predikat + Subjek dengan
kedudukan frasa nama diletak ditengah atau di akhir ayat.
3
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
4) Objektif kajian
Kajian ini mengemukakan tiga objektif seperti yang berikut:
1. Untuk mengenal pasti bentuk-bentuk pengaruh bahasa ibunda yang terdapat dalam
pertuturan bahasa Melayu murid-murid India.
2. Untuk mengenal pasti unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdapat dalam
pertuturan murid-murid India semasa mereka mempelajari bahasa Melayu di dalam
bilik darjah.
3. Untuk menentukan pemboleh ubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di
kalangan murid India.
5) Persoalan Kajian
Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan yang berikut:
Sejauh manakah unsur-unsur linguistik bahasa ibunda (leksikal, makna kata, imbuhan
dan binaan ayat) mempengaruhi pertuturan bahasa Malaysia murid-murid india?
Apakah unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdapat dalam pertuturan
percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-murid india?
Sejauh manakah perbezaan kekerapan pembolehubah-pembolehubah mempengaruhi
penggunaan bahasa harian, sikap dan pendedahan bahasa murid india itu?
6) Kepentingan kajian
Kajian ini penting kepada pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian
Pendidikan, hasil kajian ini nanti difikirkan boleh dijadikan panduan untuk sebarang
perubahan kurikulum yang hendak dilakukan. Ia dapat dan mungkin boleh dijadikan sebagai
asas untuk mengadakan sebuah buku panduan atau rujukan untuk guru-guru bahasa yang
hendak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SJKT.
4
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Kajian ini berfaedah untuk menjelaskan perbezaan struktur bahasa ibunda murid-murid India
dengan bahasa Melayu. Maklumat daripada perincian itu dapat membantu guru meramalkan
masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya. Selanjutnya guru dapat melakukan kerja
pembetulan latihan bahasa dengan lebih berkesan.
Kajian ini boleh menjadi panduan kepada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di
sekolah khususnya di SJKT dan Sekolah Kebangsaan. Juga menjadi panduan kepada Panitia
mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pihak panitia boleh memikirkan cara
mengintepretasi kandungan kurikulum ke dalam bentuk yang sesuai dengan latar belakang
murid-murid India.
7) Batasan kajian
Subjek kajian jenis deskriptif ini terbatas kepada seorang murid keturunan india yang
sedang belajar di SK Tunku Putera, Baling kedah. Responden merupakan satu-satunya murid
India di tahun 1 Kreatif daripada tiga kelas tahun 1 yang terdapat di sekolah itu.
Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran bahasa Melayu yang hendak
dikaji dibataskan kepada dua unsur utama. Unsur pertama ialah unsur-unsur linguistik yang
merangkumi aspek leksikal, makna kata, imbuhan dan binaan ayat dalam aspek penulisan dan
pertuturan murid-murid India. Unsur kedua ialah unsur-unsur ekstralinguistik yang
merangkumi aspek penggunaan bahasa harian, pendedahan bahasa dan sikap murid-murid
India terhadap bahasa Melayu.
8) Responden Kajian
Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera. Responden merupakan
seorang pelajar lelaki India dari kelas(darjah) 1 kreatif. Beliau menggunakan bahasa Tamil
sepenuhnya ketika di rumah dan ketika bersama-sama rakan India. Biodata murid tersebut
seperti di bawah :
5
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Nama : Salinas Mohandas A/L Santana Dinesh
Umur : 7 Tahun
Keturunan : India
Ugama : Hindu
Sekolah : SK Tunku Putera, Baling kedah
Alamat : Lot 3B, Belakang kuaters Kerajaan, Jalan Bukit, Baling
Kedah.
Pekerjaan bapa : Berniaga/bekerja sendiri
Pekerjaan Ibu : Suri rumah
9) Definisi Operasional
1. Pengaruh bahasa ibunda
Unsur-unsur linguistik bahasa pertama (Tamil) yang diserap ke dalam
pertuturan bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut hadir dalam bentuk fonem, morfem,
semantik, frasa atau sintaksis.
Unsur-unsur ekstralinguistik bahasa pertama (Tamil) yang bersifat positif atau
negatif terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Unsur-unsur tersebut ialah penggunaan
bahasa harian, sikap dan pendedahan bahasa murid-murid India.
2. Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda etnik Melayu. Nama ‘Bahasa Malaysia’
mula digunakan secara meluas selepas 13 Mei 1969 untuk tujuan politik, iaitu untuk
menanamkan perasaan milik bersama terhadap bahasa itu di kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum. Baru-baru ini pada tahun 1992, nama bahasa Malaysia telah
ditukar semula kepada bahasa Melayu.
6
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
3. Proses Pembelajaran Bahasa Melayu
Proses pembelajaran bahasa Melayu merujuk kegiatan memperoleh ilmu
pengetahuan bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyentuh proses
pembelajaran yang berlaku pada struktur ayat dan pemilihan kata.
Dalam konteks kajian ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini
ialah murid India tersebut (responden) cuba memperolehi dan memanfaatkan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
10) Tinjauan Literatur
Kajian telah dilakukan oleh Ringbow (1976:1-14) tentang pengaruh bahasa ibunda
dalam proses mempelajari bahasa kedua. Kumpulan murid berbangsa Swedish dan Finnish
dijadikan subjek kajian. Dua kumpulan murid tersebut mempelajari bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Pada akhir kajian beliau mendapati murid-murid Finnish kurang dipengaruhi
pemindahan bahasa ibunda berbanding murid-murid Swedish. Murid-murid Swedish hidup
dalam masyarakat yang menggunakan bahasa Sweden sebagai bahasa harian, manakala
murid-murid Finnish hidup dalam masyarakat multilingual. Ternyata Ringbom
menghubungkan dapatannya dengan faktor persekitaran bahasa murid-murid berkenaan.
Beliau merumuskan bahawa faktor persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting
dalam pemerolehan bahasa kedua.
Sikap mempelajari bahasa kedua pernah juga dikaji oleh Nguyen (1987:110-112).
Responden beliau ialah murid-murid Asia- Amerika. Mereka terdiri daripada murid-murid
Filipina, Cina, Jepun, Korea dan Vietnam. Kajian beliau dibahagikan kepada dua peringkat.
Di peringkat yang pertama beliau menggunakan soal selidik. Di peringkat kedua pula beliau
telah menjalankan satu kajian mikro ke atas murid-murid Cina.
Kajian peringkat pertama menunjukkan murid-murid Asia-Amerika tidak menyenangi
pembetulan kesalahan bahasa yang dilakukan secara langsung. Di samping itu, mereka
mempelajari bahasa Inggeris kerana dorongan motivasi instrumental. Mereka lebih berminat
7
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
mempelajari bahasa Inggeris secara berkelompok. Pembelajaran bahasa menggunakan cara
demikian boleh mengurangkan persaingan dan meningkatkan kerjasama antara mereka.
Di peringkat kedua kajian Nguyen (1987) telah membandingkan sikap murid-murid
Cina Kantonis terhadap bahasa ibunda dan bahasa keduanya. Beliau juga ingin mengenal
pasti kaedah pengajaran bacaan yang digunakan oleh murid-murid tersebut.
Beliau mendapati bahawa murid-murid yang bersikap bangga dengan bahasa ibunda mereka
lebih gemar menggunakan Kaedah Terjemahan. Bagi murid-murid yang tidak bersikap
demikian Kaedah Terus adalah lebih sesuai.
Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa
kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami juga oleh murid-murid India.
Persekitaran bahasa responden tersebut didominasi oleh bahasa Melayu. Oleh itu,
penggunaan bahasa ibunda ini hanya berlaku di luar sekolah. Pada masa pelajaran bahasa
Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda tidak berlaku dan ini
memudahkan pembelajaran bahasa melayu tersebut kerana pengaruh rakan sebaya yang rata-
rata pelajar melayu. Ia berbeza dengan pendapat bahawa persepsi murid tentang aspek
semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam
bahasa kedua (Kellerman, 1978; Thomson dan Kuafman, 1990). Oleh itu, kesan daripadanya,
apabila murid-murid menggunakan bahasa Melayu, apabila berlaku kesalahan ke atas kosa
kata, sebutan, sintaksis dan sebagainya dalam penggunaan bahasa Melayu tersebut, rakan-
rakan akan membantu memperbetulkannya.
Daripada kajian Abdul Hamid Mahmood ( 1990), terdapat contoh kesalahan kosa kata
bahasa Melayu yang dilakukan oleh murid-murid daripada pelbagai bangsa di Malaysia.
Beberapa kesalahan daripada contoh tersebut serupa dengan kesalahan yang sering dilakukan
oleh murid-murid India. Misalnya, kata /dadah/ menjadi /dada/, kata /besar/ menjadi /busar/
dan /seluar/ menjadi /silvaaru/.
Kesalahan perkataan-perkataan bagi contoh yang diberi itu terjadi kerana murid-
murid India selaku penutur-penutur natif bahasa Tamil tidak mempunyai cukup pengetahuan
tentang wacana medan makna bahasa Melayu (Jamaliah Mohd. Ali, 1990).
8
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Sikap merasa bangga terhadap bahasa ibunda akan menjejaskan penguasaan bahasa
sasar jika sampai bahasa sasar diabaikan (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob, 1981; Abdul
Hamid Mahmood, 1990). Murid-murid India sendiri merasa bangga dengan bahasa
ibundanya. Oleh itu mereka mempelajari bahasa Melayu kerana didorong oleh motivasi
instrumental. Murid-murid Melayu pula mempelajari bahasa Melayu kerana motivasi
integrative dan instrumental. Di sini tentulah terdapat jurang perbezaan penguasaan bahasa
Melayu antara murid-murid India dengan murid-murid Melayu.
11) Kaedah dan prosedur kajian
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, temu bual dan kajian kes. Teori
Behaviorisme Bertujuan (Purposive Behaviorism) dijadikan kerangka teori kajian ini. Teori
tersebut diasaskan oleh Edward Chace Tolman (1886-1959). Unsur-unsur utama dan jenis-
jenis pembelajaran Teori Behaviorisme Bertujuan digunakan dan dianalisis semasa kajian ini.
Kerangka konseptual kajian ini dibina berpandukan dua unsur utama dan tiga jenis
pembelajaran yang terkandung dalam teori Behaviorisme Bertujuan. Dua unsur utama teori
tersebut dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar kajian ini. Tiga jenis
pembelajaran dalam teori tersebut pula dikaitkan dengan pembolehubah-pembolehubah
bersandar.
Kaedah kajian ini berbentuk deskriptif dari jenis kajian kes. Penyelidik mengkaji
beberapa aspek pembolehubah persekitaran bahasa murid. Penekanan kajian kes adalah
kepada dua aspek.
Pertama, pemahaman sebab responden dipengaruhi bahasa ibundanya. Kedua, cara
pengaruh bahasa ibunda wujud dalam pertuturan bahasa Melayu murid. Bagi aspek pertama
penyelidik menggunakan Kaedah Tinjauan (soal selidik). Aspek pertuturan dikaji
berdasarkan pemerhatian. Beberapa set perbualan responden dan pengajaran guru bahasa
Melayu telah dirakam dan dianalisis. Pengkaji juga ada membuat penelitian turut serta di
dalam kelas bahasa Melayu.
9
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
12) Dapatan kajian
Dapatan tentang pengaruh bahasa ibunda dibincangkan mengikut tiga tajuk kecil.
1. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam pertuturan
Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak
menerima pengaruh bahasa ibunda murid-murid India Pengaruh tersebut merangkumi
proses penggantian, penambahan dan penghilangan fonem-fonem bahasa Melayu.
Pertuturan tersebut didapati amat mempengaruhi penulisan murid (responden).
i. Proses penggantian fonem vokal bahasa Melayu
a. Penggantian /e/ kepada /a/
cerita menjadi carita
kepada menjadi kapada
b. Penggantian /a/ kepada /o/
sangat menjadi songat
nama menjadi namo
c. Penggantian /e/ kepada /i/
terima menjadi tirima
rehat menjadi rihat
d. Penggantian /u/ kepada /o/
pukul menjadi pukol
untuk menjadi untok
e. Penggantian /i/ kepada /e/
habis menjadi habes
pilihan menjadi pilehan
10
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
i.i Proses penggantian fonem konsonan, iaitu:
a. Penggantian konsonan /b/ kepada /p/
Bandar menjadi pandar
b. Penggantian konsonan /p/ kepada /b/
Pecah menjadi bicah
c. Penggantian konsonan /f/ kepada konsonan asli /p/
Faedah menjadi paedah
d. Penggantian /g/ kepada /k/
Bagus menjadi bakus
e. Penggantian /k/ kepada /h/
Awak menjadi awah
f. Penggantian /w/ kepada /v/
Kawan menjadi kavan
g. Penggantian konsonan /n/ kepada konsonan /m/
Tanpa menjadi tampa
ii. Proses penambahan fonem juga berlaku.
a. Penambahan vokal depan rendah /a/
Harga menjadi haraga
b. Penambahan konsonan /h/
Meja menjadi mejah
Jumpa menjadi jumpah
c. Penambahan konsonan /w/
Semua menjadi summuwa
11
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
iii. Proses penghilangan juga berlaku
a. Penghilangan vokal tengah agak tinggi /e/
Terima menjadi trima
b. Penghilangan vokal /a/
Soalan menjadi solan
c. Penghilangan konsonan /h/
Sekolah menjadi skola
d. Penghilangan konsonan /k/
tak mahu menjadi tamau
e. Penghilangan konsonan /g/
Menggunakan menjadi mengunakan
f. Penghilangan konsonan /r/
Besar menjadi besa
2. Proses Pemindahan Bahasa Ibunda
Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fenomena
percampuran kod bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan
ayat. Ayat penyata paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil.Contoh:
1. Saya sura ada tulis. - (Saya ada menulis surat)
2. Itu vakkul suda punno. (Bakul itu sudah penuh)
3. Dia sendiri kirija ada buat. ( Dia bekerja sendiri (kuli))
12
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Secara keseluruhan murid bersikap positif terhadap penggunaan bahasa Melayu. Oleh
yang demikian jangkaan mereka terhadap bahasa tersebut turut menjadi positif. Unsur
ekstralinguistik iaitu pendedahan bahasa murid bertindak secara bawah sedar ke atas
Pembelajaran Terpendam.
Berdasarkan data-data yang diperolehi, ketiga-tiga soalan kajian itu dapat
jawapannya. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdiri daripada leksikal, makna kata,
imbuhan dan binaan ayat memang ada mempengaruhi pertuturan responden.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa unsur-unsur linguistik bahasa ibunda
memang terdapat di dalam pertuturan percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil
responden. Juga didapati ada pembolehubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di
kalangan murid India. Ia terdiri daripada penggunaan bahasa harian, sikap dan pendedahan
bahasa murid India itu. Kekerapan pembolehubah-pembolehubah itu berbeza-beza.
13) Cadangan-Cadangan Langkah Mengatasi Pembelajaran Bahasa Kedua ( Bahasa
Melayu) untuk Pelajar India Mengikut Psikolinguistik
Berdasarkan keputusan kajian maka beberapa cadangan atau syor untuk membaiki
kelemahan mempelajari bahasa Melayu di kalangan murid India akan dikemukakan.
1. Kesalahan sebutan dan ejaan berlaku dalam kalangan murid India sebenarnya
akibat daripada pengaruh bahasa ibunda dengan cara penambahan, penghilangan
dan penggantian fonem-fonem pada perkataan-perkataan bahasa Melayu. Guru
dapat mengatasi masalah tersebut dengan menerangkan terlebih dahulu kepada
murid-murid struktur bunyi dan struktur kata sebenar bahasa Melayu sehingga
murid-murid itu faham. Penerangan dapat dilakukan dengan membandingkan
struktur bunyi dan struktur kata bahasa Melayu dengan bahasa Tamil. Guru juga
boleh mengajar latihan menyebut perkataan-perkataan bahasa Melayu dengan cara
latih tubi. Apa yang jelas ialah mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
memerlukan guru bahasa yang mengetahui deskripsi bahasa Melayu juga
deskripsi bahasa ibunda murid. Dengan pengetahuan tersebut guru lebih arif
tentang keperihalan keadaan dua bahasa itu.
13
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
2. Bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa
ibunda maka pembetulan kesilapan-kesilapan leksikal, morfologi, sintaksis dan
semantik hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dalam keadaan
tersebut, teguran spontan perlu diberi oleh guru sekiranya didapati murid
menyimpang daripada fitur serta rumus bahasa Melayu baku. Guru dapat memberi
pengayaan bahasa kepada kumpulan pandai dan kumpulan lembab diberi
pengukuhan bahasa.
3. Fenomena percampuran kod bahasa Melayu-Tamil di dalam bilik darjah boleh
dikurangkan. Langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah dengan
mengadakan perbincangan antara murid-murid dalam bahasa Melayu yang
betul. Langkah ini dapat dilakukan dengan cara mengintegrasikan murid-murid
menggunakan bahasa Melayu. Guru boleh membahagikan murid-murid yang
kerap dengan yang jarang menggunakan bahasa Melayu. Integrasi murid
dilaksanakan semasa perbincangan dalam kumpulan. Untuk menghidupkan
suasana perbincangan maka konsep pertandingan antara kumpulan boleh
dijalankan. Guru boleh memberi ganjaran dalam bentuk pujian, buku atau
seumpamanya kepada kumpulan yang menggunakan kurang percampuran kod.
Cara ini dapat menggalakkan murid-murid berbincang dengan menggunakan
bahasa Melayu yang betul tanpa percampuran kod.
4. Bagi mengatasi masalah murid yang tidak mempunyai cukup kosa kata bahasa
Melayu, penyelidik mencadangkan strategi pembelajaran mencari makna kata
berdasarkan kamus dan konteks klu. Strategi jenis ini sesuai untuk memantapkan
kosa bahasa Melayu murid-murid India. Dalam pengajarannya, guru hendaklah
tidak menekankan aturan-aturan tatabahasa terlebih dahulu. Penekanan patut
ditumpukan kepada struktur ayat yang menerbitkan makna, iaitu dengan melihat
makna kata dalam konteks ayat. Guru juga harus mengajar murid-murid untuk
memahami makna kata dalam konteks budaya, tajuk dan situasi. Dengan yang
demikian murid dapat memahami makna kata dalam pelbagai konteks.
14
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Selanjutnya, murid-murid dapat mengaitkan makna sesuatu kata dengan kata-kata
sinonim lain dalam konteks yang berbeza.
5. Boleh juga diadakan latihan bercerita dalam bahasa Melayu sebagai asas program
pendedahan bahasa. Latihan sedemikian dapat dilaksanakan dengan cara guru
menayangkan filem, video atau rakaman perbualan, cerita, lagu dan
seumpamanya.
14) Kesimpulan
Aspek binaan ayat yang mempengaruhi bahasa ibunda telah dikenal pasti. Binaan-
binaan ayat itu mengalami proses pendepanan; iaitu pendepanan kata kerja, pendepanan kata
kerja tunggal ‘ada’ dan kata penekan ‘juga’, serta pendepanan kata hubung gabungan ‘dan’.
Pertuturan bahasa Melayu responden tidak terkecuali daripada pengaruh bahasa ibunda
khususnya pengaruh bunyi fonem vokal atau konsonan. Pengaruh itu hadir dalam aspek
leksikal dan ayat.
Struktur ayat yang terbalik dan tunggang-langgang merupakan pengaruh yang besar
dalam pertuturan pelajar india. Ini kerana pengaruh bahasa Tamil yang merupakan bahasa
ibunda mereka. Sistem D-M dalam bahasa melayu sememangnya kontra dengan sistem D-M
dalam bahasa Tamil.
Dari aspek pedagogi, guru dapat membantu murid untuk berkomunikasi supaya dapat
menyampaikan maksud dengan jayanya. Pelajar harus diberi latihan aktiviti komunikasi jenis
berpandu supaya mereka dapat berkomunikasi dengan mudah. Sekiranya topik yang
diberikan agak sukar, pelajar akan cepat bosan. Aktiviti berpasangan atau berkumpulan yang
tidak lebih daripada lima orang, dapat menolong pelajar untuk berkomunikasi. Mereka dapat
berinteraksi antara satu sama lain tentang sesuatu topik yang disediakan oleh guru.
Oleh itu, sebarang aktiviti perbincangan yang dirancangkan untuk pelajar harus
terkawal. Tujuannya supaya pelajar dapat mengemukakan fakta-fakta tertentu sahaja tentang
topik. Keadaan sedemikian tidak memberi laluan bagi pelajar bercakap tanpa arah tujuan.
Juga perbincangan yang dicadangkan tidak seharusnya terlalu serius kerana ini mungkin
membosankan pelajar untuk berkomunikasi.
15
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
LAMPIRAN
Soalan Temu bual
1. Siapa nama Kamu?2. Kamu tinggal di mana?3. Kamu datang ke sekolah manaiki apa?4. Apakah pekerjaan bapa kamu?5. Apakah pekerjaan ibu kamu?6. Berapa ringgit kamu bawa wang ke sekolah?7. Seronok tak belajar di sekolah ini?8. Suka atau tidak berkawan dengan pelajar melayu?9. Mengapakah kamu tidak bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil?10. Suka bahasa melayu?11. Adakah kamu bercakap dalam bahasa melayu di rumah?12. Kamu ada berapa adik beradik?13. Senang atau susah belajar bahasa malaysia?14. Peperiksaan yang lepas, berapakah markah BM kamu?
Gambar-gambar
Sesi Temu Bual Sesi Tinjauan
16
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
SOALAN 2 ( SEMANTIK)
a) Pengenalan
Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Sebagai suatu
unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai
pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji
bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi
sebahagian daripada ilmu linguistik dan menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan
hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna.
Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun,
kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard
dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi
makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa
yang diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali
makna bagi ‘makna’.
Semasa berkomunikasi dan menggunakan bahasa, sering kali wujud salah tanggapan
dan salah tafsir makna. Kesan daripada perbezaan tafsiran penggunaan bahasa boleh
mengakibatkan pelbagai reaksi sama ada negatif atau positif. Ia boleh terjadi dalam pelbagai
peristiwa bahasa dan pelbagai bentuk komunikasi. Terdapat pelbagai faktor yang boleh
menyumbang kepada salah tafsir tersebut. Wujudnya salah tafsiran itu biasanya timbul dalam
bentuk intonasi, perkataan serta ayat.
Justeru, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang
digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana
bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta
ada unsur kelewahan dan seumpamanya.
Oleh itu, peranan ilmu semantik dan linguistik sedikit sebanyak dapat merungkaikan
permasalahan ini agar salah tanggapan dan tafsiran bahasa dan makna dapat dielakkan. Selain
itu, melalui ilmu semantik ini juga kita dapat memahami maksud sebenar apa yang hendak
disampaikan dengan lebih tepat lagi tanpa menimbulkan salah tafsiran.
17
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
b) Semantik
Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas,
dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam
bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.
Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan
rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk
simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.
Setiap pertuturan dan ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung
atau secara tidak langsung. Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian tentang makna.
Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian
lakuan linguistik). Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi
(denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi).
c) Makna
Perkataan makna biasanya merujuk kepada ‘erti’ atau ‘maksud’. Namun ia juga boleh
diberikan dengan pelbagai pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) telah memberikan
dua entri bagi perkataan ‘makna’ iaitu :
i. Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata.
ii. Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa
bertulis oleh pembaca.
Manakala menurut Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16
pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of
Meanings. konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’, dan ‘emosi yang
ditimbulkan oleh sesuatu’. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita faham
bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.2
2 Modul HBML 3303 psikolinguistik dan Semantik, OUM, Meteor Doc, Sdn. Bhd, Seri Kembangan Selangor, 2010.
18
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
d) Erti
Erti atau ‘sense’ merupakan inti bagi bentuk bahasa. Hubungan erti atau pengertian
(sense) menjadi sebahagian yang penting dalam kajian bahasa. Dalam semantik, terdapat
berbagai-bagai jenis hubungan erti, seperti sempit dan luas, mati dan hidup, dan jual dan beli.
e) Rujukan
Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk. Kebiasaannya, Rujukan
ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan fonem: / k /, / b /, / c /, /
d /, / g /, / h /, / n /, / m /, / r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan
menerbitkan bunyi yang bermakna. Contohnya :
[ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ]
kertas: bahan tipis yang diperbuat daripada kayu
bangku: papan panjang yang berkaki (tempat duduk)
wanita: perempuan dewasa
cahaya: benda terang yang memancar daripada matahari, bulan…
rumah: binaan untuk tempat tinggal
budak: anak, kanak-kanak
bangunan: sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung, menara…
f) Perkataan dan Makna
Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang
mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical
Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang mencakupi
dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata ‘dua’, ada bentuknya yang terdiri,
iaitu d u a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’. Manakala, kata ‘beras’,
misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk
dimasak’.
Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang
banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi
perkataan – perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan
bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan
bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada
19
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian juga mawar, teratai,
orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna
umum bunga.
Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata
dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa
golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim
(bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.
g) Konteks dan Makna
Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech,
Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan
makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan
mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun
ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam
ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah ‘Kamal, tolong halau
kambing – kambing itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat,
bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.
Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan
makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu
ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna,
seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai kata
adjektif, konteks amat perlu.
Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk
membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok,
kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini
‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah rasa dahaga.
Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang
juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna
kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks
penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat
ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.
Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan
atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata ‘cantik’, amat kabur maknanya,
20
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan
kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi
penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam
permainan bola sepak. Dalam kedua – dua situasi tadi, kata ‘cantik’ memang tidaklah sama.
Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang
berbeza – beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.
h) Konteks keadaan
Kontek keadaan dikatakan berperanan dalam kajian semantik dan ditakrifkan oleh
para ahli bahasa sebagai keperihalan keadaan. Brainslou Malinowski, ahli antropologi, dan
John Rupert Firth, ahli linguistik pernah menegaskan bahawa makna dalam bahasa menjadi
jelas dalam konteks bahasa itu digunakan. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan
atau ujaran ayat, maka ayat – ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa,
atau tidak benar. “ujaran akan menjadi bererti jika dilihat dalam konteks
penggunaannya”( Malinowski Dan Firth).
Justeru, Firth mencadangkan kategori yang berikut untuk memahami keperihalan
keadaan: a. Ciri-ciri relevan mengenai peserta; orang, keperibadiannya
i.Gerak ujaran peserta; dan
ii.Gerak bukan ujaran peserta.
b. Objek-objek yang relevan
c. Kesan gerak ujaran tersebut
i) Salah Tafsir Bahasa
Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam
ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Malinowski dan Firth mempercayai
bahawa huraian sesuatu bahasa itu tidak akan lengkap, sekiranya kita tidak merujuk kepada
keperihalan keadaan peristiwa bahasa itu berlaku. Oleh itu, makna unsur bahasa itu
mengambil kira seluruh keadaan bahasa yang digunakan. Hal ini menjelaskan bahawa kita
melihat bahasa dalam konteks behaviorisme, yakni konsep yang diperkenalkan oleh
Bloomfield dalam bidang linguistik3.
3 Modul HBML 3303 psikolinguistik dan Semantik, OUM, Meteor Doc, Sdn. Bhd, Seri Kembangan Selangor, 2010.
21
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Menurut Asmah Hj Omar (1986) relativiti bahasa menyatakan bahawa “bahasa
mempengaruhi cara penuturnya mempersepsi dan memahami alam sekilingnya”. Sementara
itu, Kamus Linguistik (1997) menerangkan relativiti bahasa sebagai “fahaman linguistik yang
menyatakan bahawa bahasa penutur menentukan pandangan dunianya melalui katagori
tatabahasa dan klasifikasi semantik yang wujud dalam sistem bahasa dan budaya yang
diwarisinya”. Maksudnya, cara kita melihat dunia amat bergantung pada bahasa yang kita
gunakan. Kita menggolongkan pengalaman kita melalui bahasa kita.
Menurut Bloomfield, rangsangan (stimulus) (S) menyebabkan seseorang untuk
memberi respons (r), yang juga merupakan lakuan bahasa (speech act). Kepada pendengar,
lakuan bahasa ini merupakan rangsangan (s) yang melahirkan gerak balas (R). Gerak balas ini
barangkali boleh jadi suatu tindakan atau pemahaman. Oleh itu, behaviorisme menganggap
bahasa sebagai satu set kebiasaan yang diserapkan ke dalam sistem saraf penutur ibunda.
Oleh itu, pembelajaran tentang dunia dan pembelajaran bahasa merupakan aktiviti
yang tidak boleh dipisahkan. Jadi, dunia kita adalah sebahagiannya ditentukan oleh bahasa.
Ringkasnya, bahasa menentukan cara orang memahami dan menyusun dunia mereka.
Peristiwa 1
Contoh ayat, Hai, mengancam nampak !
Maksud mengancam ialah menakut-nakutkan dengan mengadakan sesuatu yang dapat
membahayakan atau menyusahkan; mengugut; menggertak.4 Perkataan ini membawa kepada
makna denotatif/leksikal seperti yang ditafsirkan oleh kamus dewan bahasa tersebut dan
membawa unsur negatif. Akan tetapi, mengikut konteks ayat tersebut, yang ada hubungannya
dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu ia membawa konotatif.
Dalam konteks ayat ini, ia menjurus kepada memuji. Orang yang menuturkan ayat tersebut
sebenarnya bermaksud menyatakan rasa kagum dan terkejut dengan penampilan
seseorang/rakannya/orang yang dilawan cakap. Mengancam dalam ayat ini bermaksud
nampak kacak/cantik/bergaya/ dan berunsur positif. Ayat ini juga dalam nada menyindir yang
positif bukan negatif.
Peristiwa 2
4 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mengancam
22
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Contoh ayat, “ Maaflah, teman tak sihat hari ini, tak dapat nak pergi.”
Teman membawa maksud kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat mengikut
kamus dewan. Penggunaan perkataan teman dalam ayat ini membawa maksud yang lain dari
maksud leksikal kerana digunakan dalam konteks budaya dan sosial yang tertentu.
Perkataan dapat sebenarnya bermaksud boleh: berupaya, terdaya, terlarat, berkebolehan,
mampu, berjaya, berhasil, tercapai. (Kamus Dewan edisi ketiga)
Ayat tersebut dituturkan oleh seseorang yang berasal dari negeri Perak. Dalam konteks ayat
tersebut, kata teman berfungsi sebagai ganti diri pertama yang membawa maksud – /Saya/
atau /aku/ . Ayat sebenar ialah “maaflah, Saya tidak sihat hari ini, saya tidak dapat pergi.
Perbezaan sosial penutur merupakan faktor yang perlu diambil kira semasa memahami ayat
ini.
Peristiwa 3
Contoh ayat, “ Jangan ambil hati, dia belum tahu apa-apa, masih mentah”
Perkataan ‘mentah’ merupakan perkataan yang mempunyai banyak makna ( Polisemi ). Set
makna untuk perkataan ini ialah :
I. Belum masak atau masih muda/putik ( buah-buahan)
II. Tidak masak betul (barang yang dimasak)
III. Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
IV. Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
V. Belum matang pemikiran.
Jika diteliti, dalam ayat di atas, kata mentah lebih sesuai diambil makna yang ke ‘V’.
Perubahan makna perkataan mentah bergantung kepada konteks ayat dengan dirujuk
keseluruhan perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Oleh itu ayat sebenar dalam ayat
ini ialah “ jangan ambil hati, dia belum tahu apa-apa, kerana dia belum matang “. Makna
sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial
masyarakat.
23
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Peristiwa 4
Contoh ayat, “Orang malas lalu di sana”
Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang terdapat antara satuan bahasa yang satu
dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata, frasa, dan ayat.
Relasi makna dapat menyatakan:
> kesamaan makna
> pertentangan makna
> jangkauan makna,
> kegandaan makna.
> kelebihan makna
Relasi makna dapat dilihat dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, hiponim,
ambiguiti dan pertindanan makna. Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna
ganda atau mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang
lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur
ketatabahasaan yang berbeza.
‘malas’ bermaksud segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas,
kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah, Berantonim dengan rajin.
Dalam ayat di atas, perlu difahami bahawa maksud sebenar ayat tersebut perlu ditafsirkan
dengan teliti sama ada ia bermaksud,
i. Jarang ada orang yang mahu lalu di sana, atau
ii. Orang malas sahaja lalu di sana.
Oleh itu, konteks yang betul perlu dikaitkan dengan ayat ini agar maksud sebenar penutur
dapat ditafsirkan mengikut kemahuan fikiran penuturnya.
24
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Peristiwa 5
Contoh ayat, “ Aku tak berani beli, motosikal itu, motosikal panas.”
Semasa mentafsirkan ayat ini, frasa yang perlu diperhatikan ialah “ Motosikal panas”. Ia
adalah dalam bentuk idiom dan bukannya peribahasa. Bentuk idiom dapat dibahagikan
kepada dua, iaitu idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh ialah idiom yang semua
unsurnya terserap menjadi satu kesatuan makna. Idiom sebahagian ialah idiom yang salah
satu unsurnya masih memiliki makna leksikalnya.
‘Motosikal panas di sini bermaksud motosikal yang statusnya diragui sama ada motosikal
curi, tidak mempunyai daftar kenderaan (geran) atau tidak memiliki cukai jalan dan insuran,
atau ketiga-tiganya sekali. Peristiwa bahasa ini bukan bermaksud motosikal tersebut dalam
keadaan panas kerana terbakar atau diletak di tengah panas, tetapi motosikal yang status
sahnya tidak pasti dan bermaksud ke arah negativif.
j) Faktor yang mempengaruhi salah tafsir bahasa
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan salah tafsir peristiwa bahasa.
Antara yang sering dibincangkan oleh para ahli bahasa ialah perubahan makna. Perubahan
makna ialah sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan
hubunan sosial masyarakat. Contoh:
rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru
meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).
Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim,
antonim, hiponim, meronim, polise mi, homonim, homofon dan homograf.
Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh: sang suria = matahari hangat = panas
Antonim - merujuk kepada perkataan -perkataan yang mempunyai makna yang
berlawanan.
Contoh: Pandai lawannya bodoh dan Putih lawannya hitam.
25
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh: - kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
- Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian
daripada. Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim
kepada perkataan kereta.
Polisemi - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak. Contoh: Kata mentah
mempunyai set makna yang berikut:
I. Belum masak atau masih muda/putik ( buah-buahan)
II. Tidak masak betul (barang yang dimasak)
III. Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
IV. Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
V. Belum matang pemikiran.
Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi
sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit. Berlaku juga
pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh itu
makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.
26
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
i. Peluasan makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna
sesuatu kata. Contoh: saudara, anda, kapal
ii. Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan
boleh menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus. Contoh: madrasah,
khalwat, tuan.
iii. Pemindahan makna
Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan. Bahasa kiasan dapat dibahagikan
kepada peribahasa dan bukan peribahasa.
k) Kesimpulan
Kesimpulannya, bahasa juga berubah kerana sebab-sebab sosial. Peredaran masa
menyebabkan munculnya bidang-bidang baharu dalam satu-satu budaya masyarakat bahasa.
Faktor-faktor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Perubahan-
perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif,
dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur
negatif.
Demikinlah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna
dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan di atas,
aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin
hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas
maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsur kelewahan
dan seumpamanya. Salah tafsiran makna dipengaruhi dalam bentuk intonasi, perkataan atau
ayat dalam sesuatu peristiwa bahasa.
l) Rujukan
27
SARIFAH BINTI AHMAD
HBML 3303: PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
Modul HBML 3303 psikolinguistik dan Semantik, OUM, Meteor Doc, Sdn. Bhd, Seri
Kembangan Selangor, 2010.
Mohd.Nasar Bin Sukor.et.al. (2006). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan. (2008). HBML3303 Psikolinguistik dan
Semantik. Selangor : Open University Malaysia.
Dr. Ali Mahmood, et.al. (2007 ). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa
Melayu.Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas
Pendidikan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lufti Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa. (1989). Tatabahasa Dewan Jilid 2
: Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://prpm.dbp.gov.my/
“Semantik”, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm
http://www.ppl.upm.edu.my/index.php?
option=com_docman&task=cat_view&gid=986&Itemid=176
28