tugasan intebankers

14
1 PENGHARGAAN Dalam usaha menyempurnakan kertas tugasan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Interbankers Management Training (M) Sdn. Bhd. yang telah memberi ruang kepada saya untuk mempelajari ilmu perbankan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak RHB Bank Bhd cawangan Silibin, Perak kerana memberi kerjasama sepanjang temubual yang telah dijalankan. Akhir sekali ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dituju khas kepada ahli keluarga saya terutamanya isteri saya Pn. Rosmira Binti Yaacob @ Ramli dan anak saya yang tidak jemu memberi dorongan, nasihat dan sokongan moral mahupun material sehingga saya berjaya menyiapkan kertas tugasan ini. AHMAD HARIS BIN MD. IDRIS

description

Introduction to bank

Transcript of tugasan intebankers

Page 1: tugasan intebankers

1

PENGHARGAAN

Dalam usaha menyempurnakan kertas tugasan ini, saya ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Interbankers

Management Training (M) Sdn. Bhd. yang telah memberi ruang kepada saya untuk

mempelajari ilmu perbankan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak RHB Bank Bhd cawangan

Silibin, Perak kerana memberi kerjasama sepanjang temubual yang telah dijalankan.

Akhir sekali ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

dituju khas kepada ahli keluarga saya terutamanya isteri saya Pn. Rosmira Binti

Yaacob @ Ramli dan anak saya yang tidak jemu memberi dorongan, nasihat dan

sokongan moral mahupun material sehingga saya berjaya menyiapkan kertas tugasan

ini.

AHMAD HARIS BIN MD. IDRIS

Page 2: tugasan intebankers

2

1.0 PENGENALAN

Pinjaman adalah merupakan satu perjanjian bersyarat di antara bank dengan

individu atau syarikat di mana pemberi pinjaman akan memberi sejumlah wang

kepada peminjam dan peminjam berjanji akan membayar balik pinjaman tersebut

di dalam jangka waktu yang ditetapkan. Pinjaman terbahagi kepada dua jenis iaitu

pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang.

Pinjaman jangka pendek merupakan pinjaman yang mana tempoh pembayaran

balik adalah di bawah lima tahun. Pinjaman jenis ini biasanya tidak memerlukan

cagaran tetapi barang yang hendak dibeli mesti dicagarkan kepada pemberi

pinjaman. Contoh pinjaman jangka pendek ialah pinjaman kenderaan, pinjaman

peribadi dan pinjaman pendidikan.

Pinjaman jangka panjang merupakan pinjaman yang mempunyai waktu

pembayaran balik yang panjang iaitu antara enam hingga tiga puluh tahun. Contoh

pinjaman jangka panjang ialah pinjaman perumahan, pinjaman membeli harta dan

pinjaman perniagaan.

Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui prosedur-prosedur pinjaman

peribadi yang ditawarkan oleh RHB Bank Berhad.

Page 3: tugasan intebankers

3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk:

2.1 Mengetahui dan memahami prosedur pinjaman peribadi yang disediakan

oleh RHB Bank Bhd.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan ialah:

3.1 Kaedah temubual

3.2 Sumber dari Internet

Page 4: tugasan intebankers

4

4.0 PROSEDUR-PROSEDUR PINJAMAN PERIBADI

JADUAL 1 PROSEDUR PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI

Mengisi Borang Permohonan Pinjaman

Menyerah borang dan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pihak bank

Pendaftaran dan Semakan Secara ‘Online”

CTOS

CICRIS

FIS

KEPUTUSAN

LULUS GAGAL

Page 5: tugasan intebankers

5

4.1 Mengisi Borang Permohonan

Bagi tujuan membuat pinjaman, pemohon wajib mengisi borang

permohonan sebagai syarat utama prosedur pinjaman. Pemohon harus

memenuhi ruangan kosong yang disediakan terutamanya berkaitan dengan

maklumat peribadi atau organisasi pemohon. Antara syarat permohonan

tersebut ialah:

4.1.1 Syarat Permohonan Peribadi

(a) Kad Pengenalan

(b) Penyata Gaji Tiga Bulan Terakhir

(c) Borang J atau cukai Pendapatan

(d) Surat Pengesahan Majikan

(e) Penjamin Sekiranya Pendapatan Peminjam Tidak

Mencukupi

4.2 Menyerahkan Borang Permohonan Kepada Pihak Bank

Setelah borang berkenaan telah siap diisi dan segala butir peribadi telah

dinyatakan, borang tersebut harus dikembalikan kepada pihak bank dan

akan dihantar ke bahagian Pemasaran dan Jualan untuk tujuan

penyemakan. Bersama-sama borang tersebut harus disertakan juga

beberapa dokumen-dokumen yang diperlukan dan disahkan oleh majikan.

Page 6: tugasan intebankers

6

4.2.1 Dokumen Yang Diperlukan

(a) Dua salinan Kad Pengenalan

(b) Tiga slip gaji asal serta serta dua salinan

(c) Surat Pengesahan Majikan

(d) Satu salinan borang B/BE terbaru (disertakan dengan resit sah

penbayaran kepada LHDN)

(e) Satu salinan KWSP

(f) Surat persetujuan potongan gaji dari majikan/ Borang Angkasa

(g) Borang 9,24,49 atau sijil Pendaftaran Perniagaan (Jika Bekerja

Sendiri)

4.3 Pendaftaran dan Semakan Secara ‘Online’

Borang yang telah diserahkan akan disemak untuk tujuan pemantauan

samaada pemohon layak untuk membuat pinjaman atau tidak dengan

memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tujuan penyemakan dibuat

adalah untuk memastikan pemohon tidak disenarai hitamkan oleh mana-

mana bank. Penyemakan dilakukan oleh Sistem Kawalan Kredit yang telah

dikhaskan. Bagi RHB Bank Berhad, sistem kawalan kreditnya dikenali

dengan CTOS, CICRIS dan FIS

4.3.1 CTOS

Semakan dari segi nama, no. kad pengenalan dan tiga bulan slip

gaji terkini.

Page 7: tugasan intebankers

7

4.3.2 CICRIS

Menyemak keseluruhan borang pemohon beserta dengan

penjamin berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan

4.3.3 FIS

Sistem akan mengenalpasti pemohon atau penjamin disenarai

hitamkan oleh mana-mana bank.

4.4 Keputusan Permohonan

Hasil daripada penyemakan yang dibuat oleh sistem berkenaan keputusan

dapat dibuat dalam tempoh satu minggu waktu bekerja. Pemohon yang

memenuhi segala syarat yang telah ditetapkan akan diluluskan permohonan

mereka. Manakala permohonan yang didapati tidak atau gagal memenuhi

syarat yang telah ditetapkan akan ditolak.

4.4.1 Permohonan Yang Lulus

Keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon dan proses

pinjaman akan dijalankan. Proses pinjaman mengambil masa

selama tiga hingga empat hari, pembayaran akan dibuat ke atas

pemohon selepas tempoh yang tertentu. Pihak bank akan mula

melakukan pemotongan daripada pemohon pada bulan yang

berikutnya.

Page 8: tugasan intebankers

8

4.4.2 Permohonan Yang Tidak Di Luluskan

Bagi permohonan yang tidak di luluskan, keputusan akan

dimaklumkan kepada pemohon. Antara faktor permohonan

yang tidak diluluskan adalah seperti berikut:

(a) Yang telah disenarai hitamkan dalam sistem kawalan kredit

(b) Mempunyai tangga gaji yang tidak memenuhi criteria yang

ditetapkan

(c) Perbelanjaan yang tinggi (mempunyai komitmen lain)

4.5 Cara Pembayaran Balik Pinjaman

Setelah permohonan berjaya dan pinjaman telah diluluskan, peminjam

harus mengetahui atau memilih kaedah pembayaran balik pinjaman.

Kakitangan kerajaan boleh membuat bayaran balik melalui khidmat Biro

Angkasa melalui potongan gaji bulanan atau bagi peminjam yang bekerja

di sektor swasta atau bekerja sendiri boleh membuat bayaran di kaunter

bank.

4.6 Kematian

Setiap peminjam diwajibkan ada perlindungan Takaful. Dalam kes-kes

kematian atau situasi kecacatan kekal terhadap peminjam, perlindungan

takaful akan membayar kesemua baki yang belum dijelaskan bagi

pembiayaan peminjam dengan bank. Perlindungan takaful adalah

bergantung kepada tempoh dan jumlan kemudahan, termasuk umur

Page 9: tugasan intebankers

9

peminjam. Jumlah sumbangan takaful akan ditolak daripada jumlah

pembiayaan.

5.0 KESIMPULAN

Pembiayaan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank mampu memenuhi

keperluan dan kehendak pengguna yang inginkan kemudahan pinjaman

kewangan. Namun begitu, tidak semua pemohon pinjaman layak menerima

pinjaman kerana pemohon pinjaman perlu memenuhi kriteria yang telah

ditetapkan oleh pihak bank dan setiap pemohon pinjaman perlu melalui prosedur-

prosedur pinjaman yang telah diteapkan oleh pihak bank.

Page 10: tugasan intebankers

10

RUJUKAN

Pembiayaan Peribadi Sektor Awam Konvensional, Di perolehi pada 10 Disember

2014 dari http://www.rhb.com.my