TUGASAN KEDUA

10
KOD KURSUS : KRB3063 NAMA KURSUS : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU SEMESTER : 2 SESI 2014/2015 PENERAPAN ASPEK SOSIO-DRAMA DAN PERBINCANGAN BERDASARKAN KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU NAMA : FARIDAH BINTI ABDUL MAJID NO. MATRIK : D20121061614 FAIL TUGASAN : D20121061614_KRB3063 1

description

penerapan aktiviti dalam bilik darjah menggunakan Sulalatus salatin

Transcript of TUGASAN KEDUA

KOD KURSUS:KRB3063

NAMA KURSUS:PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

SEMESTER:2 SESI 2014/2015

PENERAPAN ASPEK SOSIO-DRAMA DAN PERBINCANGAN BERDASARKAN KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

NAMA:FARIDAH BINTI ABDUL MAJID

NO. MATRIK:D20121061614

FAIL TUGASAN:D20121061614_KRB3063

PENERAPAN ASPEK SOSIO-DRAMA DAN PERBINCANGAN BERDASARKAN KARYA AGUNG SULALATUS SALATIN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Daftar kandungan

Abstrak..................................3

1. Pengenalan..................................3

2. Aktiviti Penerapan Pertama : Sosio-drama ..................................3

2.1Rasional penerapan Sosio-drama dalam PDP Bahasa Malaysia..................................4

2.2Perlaksanaan aktiviti Sosio-drama di dalam bilik darjah..................................4

2.3Kesimpulan..................................5

3. Aktiviti Penerapan Pertama : Perbincangan ..................................6

3.1Rasional penerapan aktiviti perbincangan dalam PDP Bahasa Malaysia..................................6

3.2Perlaksanaan aktiviti perbincangan di dalam bilik darjah..................................7

3.3Kesimpulan..................................7

4. Rumusan..................................8

Rujukan..................................9

Abstrak Tugasan ini bertujuan untuk membincangkan proses penerapan karya agung Melayu iaitu Sulalatus Salatin dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Fokus kajian adalah kepada murid sekolah menengah kerana pada peringkat ini, murid sudah berada pada tahap sintesis, iaitu mereka sudah boleh membuat rumusan terhadap sesuatu perkara (Jean Piaget). Kajian ini berbentuk kepustakaan (library research dan web reserach), iaitu meneliti sumber maklumat berdasarkan buku-buku rujukan dan kajian terdahulu. Berdasarkan penelitian terhadap sumber ini, pengkaji memilih dua aspek untuk menerapkan karya agung Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti sosio-drama dan improvisasi.

1. PengenalanKarya Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Tun Sri Lanang merupakan salah medium yang digunakan oleh warga pendidik sebagai penerapan karya agung Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, terutamanya dalam subjek bahasa Melayu. Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012:201): Mohd Faisal Bin Arshad (2014), kaedah dan teknik pengajaran amat penting dalam membantu guru menyampaikan pengajaran yang berkesan. Oleh itu, pengkaji telah memilh dua aspek pengajaran bagi menerapkan karya agung ini iaitu aktiviti sosio-drama dan improvisasi. Aktivti drama dipilih kerana ia mampu melatih murid mengaplikasikan variasi unsur bahasa manakala aspek perbincangan pula dapat menjana pemikiran aras tinggi (KBAT) murid. Kesemua ini dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkaitkan subjek yang dipelajari.

2. Aktiviti Penerapan Pertama : Sosio-drama Secara amnya, Sosio-drama adalah pecahan daripada teknik Simulasi. Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar yang bertujuan untuk menjalankan latihan dalam menyelesaikan satu-satu masalah. Melalui teknik ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan. Terdapat dua jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu teknik Sosiodrama dan Main Peranan. Sosio-drama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang konflik; mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu sebelum diedarkan kepada murid-murid. Setiap murid memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan.Melalui teknik sosio-drama, guru dapat membawa suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik serta memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif.

2.1Rasional penerapan Sosio-drama dalam PDP Bahasa Malaysia Oleh kerana teknik Sosio-drama memerlukan sebuah skrip yang dirancang, maka secara tidak langsung, ianya dapat melatih kemahiran murid dalam menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat. Skrip dan jalan cerita yang baik juga dapat membina pemikiran secara analitis dan kritis. Ia juga dapat membina sikap positif melalui watak yang dilakonkan kerana murid lebih dapat menghayati watak dan peranan masing-masing dalam persembahan mereka. Penerapan teknik ini juga dipercayai dapat memberi lebih kejelasan kepada murid dalam mengaitkan isi pelajaran dengan lebih efektif. Penerapan nilai-nilai murni dan pengajaran cerita juga dapat terus disampaikan kepada murid kerana murid mengambil peranan yang besar dalam aktiviti ini. Secara tidak langsung, guru dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan di kalangan murid kerana mereka terlibat sepenuhnya secara aktif.Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih Hikayat Hang Tuah. Bab ini kemudiannya dipecahkan pula kepada lima bahagian sub-topik yang mempunyai konflik serta permasalahan masing-masing. Guru menyediakan satu skrip mudah bagi setiap sub-topik yang akan dilakonkan oleh lima kumpulan murid. Murid akan diberi masa untuk membuat kajian skrip dan latihan sebelum membuat persembahan di hadapan kelas. Apabila satu kumpulan membuat persembahan, murid yang lain akan mencatat permasalahan yang cuba ditonjolkan. Mereka kemudiannya akan membuat laporan berdasarkan permasalahan tersebut. Pada akhir pengajaran, murid akan membuat perkaitan bab dengan menyediakan carta alir bagi menerangkan konsep pengajaran. 2.2 Perlaksanaan aktiviti Sosio-drama di dalam bilik darjahBagi mendapatkan keberkesanan pengajaran, guru perlu mengikuti tiga langkah penting dalam menerapkan teknik sosio-drama ini di dalam bilik darjah. Perlaksanaan ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.2.2.1Peringkat sebelum simulasi.Guru hendaklah membuat rancangan pengajaran yang meliputi objektif pengajaran. Sebelum itu, guru perlu menentukan kemahiran yang ingin dikuasai oleh murid agar ianya dapat diseleraskan dengan objektif pengajaran. Misalnya, sekiranya guru ingin muridnya menguasai kemahiran berbahasa maka dia perlu memberi fokus yang lebih utama dalam kemahiran tersebut. Guru juga perlu menentukan jenis penilaian yang akan digunakan serta menentukan penerapan nilai murni yang ingin disampaikan melalui teknik ini. Guru juga perlu memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan. 2.2.2Peringkat perlaksanaan simulasi.Melalui rancangan pengajaran yang berkesan, sudah tentulah guru dapat mengadakan sebuah set induksi yang menarik minat murid yang dapat dikaitkan dengan isi pengajaran. Apabila murid dapat membuat perkaitan, maka guru boleh memulakan pengajarannya dengan membacakan arahan dengan jelas kepada murid.Pada tahap ini, guru akan memecahkan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan kad arahan dan skrip yang telah dibuat oleh guru. Murid di dalam setiap kumpulan diminta untuk berbincang agar mereka dapat memahmi tugas yang diberikan kepada mereka dan seterusnya mengadakan latihan dan perbincangan.Apabila telah selesai sesi berbincang, setiap kumpulan akan membuat persembahan mereka di hadapan kelas. Murid yang lain akan mencatatkan dapatan yang diadakan. Aktivti ini diteruskan sehinggalah kesemua kumpulan membuat persembahan masing-masing. 2.2.2 Peringkat selepas simulasi.Pada akhir pengajaran, guru akan berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. Setiap permasalahan yang dikemukakan pada setiap lakonan akan dicatat di atas papan putih. Murid diminta untuk menulis laporan mengenai permasalahan yang dikemukakan. Sebagai penutup, guru meminta murid untuk menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan. 2.3KesimpulanMeskipun aktiviti ini dianggap menarik minat murid, namun terdapat sedikit kelemahan terutamanya kepada murid yang agak introvert dan tiada pengalaman berlakon. Kemungkinan persembahan lakonan yang kaku dan membosankan penonton juga perlu diambilkira. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk menyiapkan persediaan yang rapi sebelum memulakan PDP. Kesediaan murid juga perlu diambilkira.

3. Aktiviti Penerapan Kedua : Perbincangan Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).Kaedah perbincangan adalah satu aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan kerjasama murid antara satu sama lain dalam membincangkan sesuatu topik atau masalah. Ia dapat meningkatkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir pelajar, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar. Antara teknik perbincangan yang boleh digunakan dalam sesi PDP ialah penyelesaian masalah, sesi buzz,, seminar, forum, teknik perbincangan berfokus dan lain-lain.Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan di kalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Kaedah ini tidak memerlukan guru terlalu terikat dengan cara penyampaian maklumat atau data, sebaliknya memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti ini juga, murid akan diberi peluang untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Ia agak menarik kerana melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar yang dilakukan secara bekerjasama. Murid dapat mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih hikayat dalam bab Sultan Mahmud Syah yang meminang Puteri Gunung Ledang. 3.1 Rasional Perlaksanaan aktiviti perbincangan dalam bilik darjahRasional pelaksanaan aktiviti perbincangan boleh dilihat sebagai berikut: Menggalakkan perkembangan mental pelajar supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pandangan secara sistematik dan tepat. Untuk melatih pelajar mengeluarkan pendapat dengan bernas, jelas, tepat dan logik Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik. Minda pelajar dapat dirangsang dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. Pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dalam perbincangan Melatih pelajar membiasakan diri bercakap dalam situasi formal. Melatih pelajar menggunakan bahasa yang betul dan mengikis perasaan malu untuk bercakap secara formal.3.2 Perlaksanaan aktiviti perbincangan dalam bilik darjahPada peringkat permulaan, guru perlulah menarik minat murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan melalui teknik soal-jawab semasa set induksi. Guru kemudiannya memilih satu persoalan utama yang akan menjadi bahan perbincangan di dalam kelas. Guru perlu memilih topik berasaskan pengalaman, kebolehan dan minat pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji membawa persoalan kewajaran Puteri Gunung Ledang dalam memberi syarat peminangan yang agak tinggi kepada Sultan Mahmud. Topik ini agak menarik kerana syarat yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang sering menjadi perbahasan utama dalam membincangkan hikayat ini. Guru kemudiannya membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Semasa sesi perbincangan, pelajar digalakkan mencatatkan idea yang disarankan dari semasa ke semasa. Pengerusi dan pencatat harus dipilih untuk mengendalikan sesi perbincangan. Guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.Setelah tamat perbincangan secara berkumpulan, guru meminta laporan daripada setiap kumpulan. Wakil dalam setiap kumpulan akan datang dan mempersembahakan hasil perbincangan mereka. Guru akan mencatatkan isi penting di papan tulis. Dalam sesi pembentangan ini, setiap murid digalakkan menyoal, menganalisis, berhujah, mengeluarkan pendapat dan idea untuk bersama-sama menyelesaikan masalah atau isu yang dibincangkan. Setelah kesemua kumpulan selesai membuat pembentangan, guru mengumpulkan kesemua fakta dan sekali lagi membawa murid untuk berbincang agar dapat mencapai satu kesimpulan yang dipersetujui bersama. Hasil daripada kesimpulan itu akan ditulis dalam bentuk karangan secara individu. Sebelum akhir perbincangan, pujian harus diberikan kepada pelajar supaya mereka merasakan idea dan pandangan mereka mendapat perhatian.3.3KesimpulanKaedah perbincangan adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar. Ianya boleh dilakukan dalam kumpulan besar atau kecil, terbuka dan terbimbing. Kaedah ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar melalui perkongsian idea dan memberi ilmu baru. Pemilihan strategi yang bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Guru harus peka dalam membuat perancangan untuk kaedah perbincangan dengan mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.4. RumusanKarya agung Sulalatus Salatin mampu menjadi satu medium pengajaran yang berkesan tidak sahaja dalam mata pelajaran Kesusteraan Melayu, tetapi juga bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Guru memainkan peranan penting dalam merancang pengajaran yang berkesan dengan menerapkan aktviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan minat murid. Guru yang baik akan melibatkan murid secara berpusat dalam situasi pengajaran dan pembelajaran agar ianya menjadi suatu sesi pengajaran yang bermakna. Pemilihan aktiviti yang bersesuaian mampu melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan hebat, sejalan dengan aspirasi dunia pendidikan. Secara amnya, guru perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan murid yang mampu bertindak secara efektif. Rujukan

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012:201): Mohd Faisal Bin Arshad(2014) P&P Penerapan Karya Agung Melayu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] (http://kamiberkaryaagung.blogspot.com/2014/04/penerapan-karya-agung-dalam-p.html )

A.Samad Ahmad (2010). Sulalatus Salatin:Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Dewan Bahasa Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pengajian Melayu III : KomunikasiBahasa

Mumtazah md Ibrahim(09sp007) Kaedah Pengajaran dalam Bahasa Melayu. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Makalah Kementerian Pendidikan 1990:85

Zuriani Binti Yahya : 811735 (SCLM5093) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu http://www.academia.edu/5177848/1._STRATEGI_PERBINCANGAN-zuriani

9