Post on 16-Jan-2016
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
1.0 PENGENALAN
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan,
anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang
pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar
dan kekal sihat.Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di
kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih
makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati
makanan berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan
di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan,
bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus
lemon dan sebagainya. Kita semua perlukan makanan, tetapi tahukah anda betapa pentingnya
cara pemakanan yang betul. Pemakanan yang seimbang adalah perlu untuk pertumbuhan dan
perkembangan bayi dan kanak-kanak. Tabiat makan yang sihat adalah penting tanpa mengira
peringkat umur dan tahap kecerdasan anda. Amat penting bagi ibu-ibu mengandung
mengambil pemakanan yang sihat, terutamanya makanan yang kaya dengan kalsium, protein
dan zat besi. Ini kerana pemakanan bayi di dalam rahim dipengaruhi oleh ibu semasa
mengandung. Susu ibu adalah sumber makanan yang terbaik untuk bayi. Mengandungi semua
khasiat seperti protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan asid lemak dalam imbangan yang
betul. Susu ibu juga mengandungi anti bodi untuk melindungi bayi dari sebarang penyakit.
Susuilah bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, sekurang-kurangnya dalam 4 dan 6 bulan
yang pertama. Makanan diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran juga berfungsi
sebagai pembekal tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental. Ia juga membantu mengekalkan
ketahanan badan terhadap serangan jangkitan penyakit dan menyediakan nutrien yang cukup
untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Setiap sajian perlulah seimbang seperti
disarankan oleh “My plate”.
1
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
2.0 PANDUAN PEMAKANAN (0 HINGGA 6 TAHUN)
2.1 Panduan Penyusuan Bayi (Dari Lahir Sehingga Berumur 6 Bulan)
1. Susukan bayi anda dengan susu ibu sahaja (eksklusif) dari lahir sehingga
berusia 6 bulan. Bayi anda tidak perlu diberi makanan atau minuman lain
selain susu ibu pada 6 bulan pertama.
2. Mulakan penyusuan susu ibu dalam tempoh satu jam pertama selepas
kelahiran.
3. Pastikan bayi diberi kolostrum (susu awal yang berwarna kekuningan)
4. Jangan beri minuman atau makanan lain selain susu ibu.
5. Bayi anda mungkin mengalami jaundis beberapa hari selepas lahir. Dapatkan
nasihat profesional perubatan secepat mungkin apabila jaundis dikesan.
2
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Dalam waktu yang sama, teruskan penyusuan susu ibu dan elakkan memberi
bayi minuman lain termasuk air kosong, kerana susu ibu sahaja mencukupi
untuk bayi. Jangan jemur bayi anda.
6. Bagi ibu yang tidak boleh menyusukan anaknya, pastikan:- Susu yang digunakan adalah rumusan bayi yang diperkaya dengan zat
besi
Jangan mencampurkan gula / manisan ke dalam susu untuk mengelakkan
kerosakan gigi.
Cara bancuhan, kekerapan pemberian serta pembersihan peralatan
mengikut arahan di label produk.
Sebarang keputusan untuk menukar jenis rumusan bayi harus dibuat
atas nasihat profesional perubatan.
7. Jika anda mempunyai keraguan mengenai penyusuan susu ibu, dapatkan
nasihat daripada anggota kesihatan atau ahli kumpulan sokongan.
2.2 PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP ( DARI 6 BULAN SEHINGGA 12 BULAN)
1. Makanan pelengkap hanya perlu diperkenalkan apabila bayi berusia 6 bulan.
Teruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun.
2. Perkenalkan makanan kepada bayi dalam kuantiti yang sedikit terlebih
dahulu. Setelah bayi dapat menerima makanan tersebut dengan baik,
tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi.
3. Sediakan makanan daripada pelbagai jenis makanan untuk memastikan
Semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, ikan, telur, susu dan
produk tenusu perlu diberi dengan kerap. Elak menambah garam, gula atau
bahan perisa ke dalam makanan bayi.
4. Beri bayi makan mengikut panduan berikut:
UMUR
3
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
PERKARA 6-8 BULAN 9-11 BULAN
Cara penyediaan makananDIPURI/ DILECEK/
SEPARA PEPEJAL
DICINCANG/
DIPOTONG KECIL
Kekerapan pemberian
makanan utama 2-3 KALI SEHARI 3-4 KALI SEHARI
Kekerapan pemberian
snek*1-2 KALI SEHARI 1-2 KALI SEHARI
*Snek adalah makanan yang diberi di antara waktu makan utama
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK MENGIKUT UMUR DAN KUMPULAN MAKANAN
KUMPULAN MAKANAN
CADANGAN SUKATAN MAKANANUMUR
6-8 BULAN 9-11 BULANBijirin, hasil bijirin dan
ubi-ubian1 ½ cawan bubur 2 cawan bubur pekat
Sayur-sayuran ¼ cawan sayur masak ½ cawan sayur masak
Buah-buahan ¼ potong betik atau ½
pisang bersaiz kecil (1
pisang emas:33g)
1 potong betik atau 2
pisang bersaiz kecil
(1pisang emas:33g)
Daging, ayam, ikan dan
kekacang
2 sudu teh sebarang jenis
daging atau isi ikan (1/4
ikan saiz sederhana)
2 sudu teh sebarang jenis
daging atau 2 sudu teh isi
ikan atau ½ biji telur)
Susu Susu ibu mengikut
kehendak bayi
Susu ibu mengikut
kehendak bayi
Lemak,minyak(dimasukkan
ke dalam makanan)1 sudu teh 1 ½ sudu the minyak
Nota :untuk bayi yang tidak menyusu susu ibu, sekiranya pengambilan daging/ikan/ayam adalah kurang daripada amaun yang di syorkan, tambah 300-500 ml susu penuh krim atau 400-500 ml formula bayi sehari untuk mencapai saranan pengambilan yang normal(960-1200ml)
Sukatan isi rumah: 1 cawan biasa =200ml, 1 gelas = 250ml , 1 sudu teh= 5ml
1 sudu makan = 10ml
4
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
CONTOH MENU UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK MENGIKUT UMUR DAN WAKTU MAKAN
WAKTU MAKANMENUUMUR
6-8 BULAN 9-11 BULANSarapan ½ cawan bubur nasi
1 sudu makan
tomato/lobak merah
1 sudu makan sawi
½ cawan bubur
1 ½ sudu makan
tomat/lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
Minum pagi 2 sudu makan pisang ½ potong betik
Makan tengahari½ cawan bubur nasi
1 sudu teh daging (empuk)
1 sudu makan
tomato/lobak
¾ cawan bubur nasi likat
1 sudu teh daging (empuk)
1 ½ sudu makan
tomato/lobak merah
1 sudu makan sawi/bayam
Minum petang 1 sudu makan pisang 1 biji pisang bersaiz kecil
Makan malam½ cawan bubur nasi
1 sudu teh daging (empuk)
1 sudu makan
tomato/lobak merah
1 sudu makan pisang
1 sudu teh minyak
sayuran/majerin
¾ cawan bubur nasi likat
1 sudu teh ikan
1 ½ sudu makan
tomato/lobak merah
1 ½ sudu makan
sawi/bayam
1 ½ sudu teh minyak
sayuran/majerin
Minum malam - -
5
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
2.3 PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN KANAK-KANAK (DARI 1 TAHUN SEHINGGA 6 TAHUN)
2.3.1 PEMAKANAN KANAK-KANAK BERPANDUKAN “MY PLATE” Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:
Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan.
Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental.
Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan.
Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan
pertumbuhan pada peringkat remaja.
“My plate” memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan
pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-
kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan “ My plate”.
Pilihlah snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu,
6
MY PLATE
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
dadih, keju, dan kuih-muih seperti pau, apam dan jagung rebus.
Elak memberi kanak-kanak makanan yang tinggi lemak, garam dan gula
serta makanan yang kurang berkhasiat seperti gula-gula, kek, coklat, ais
krim, kentang goreng segera dan minuman berkarbonat.
Elak memberi kanak-kanak snek menghampiri waktu makan utama.
Pupuk amalan makan secara sihat di kalangan kanak-kanak melalui langkah-
langkah berikut:
Galakkan anak makan mengikut waktu makan yang tetap.
Hidangkan pelbagai jenis sayur-sayuran pada setiap waktu makan.
Galakkan anak-anak minum air kosong berbanding air manis.
Galakkan anak makan buah-buahan pada waktu makan utama dan
snek.
Hidangkan makanan yang rendah kandungan garam dan gula.
Elakkan anak makan snek atau hidangan utama sambil menonton
televisyen.
Amalkan perkara-perkara berikut untuk menggalakkan anak makan:
Jadikan waktu makan masa yang menyeronok dan menggembirakan.
Elak dari memarahi anak semasa mereka sedang menikmati makanan.
Hidangkan makanan dalam kombinasi warna yang menarik.
Hidangkan makanan dalam bekas atau peralatan yang menarik dan
pelbagai bentuk.
Berinteraksi secara positif dengan anak pada waktu makan.
Semasa anak demam, selsema atau cirit-birit, galakkan anak mengambil cecair
yang lebih termasuk air kosong, susu, jus buah-buahan/sayur-sayuran segar
dan sup. Beri mereka makan makanan yang lembut serta berkhasiat.
Pastikan makanan anak adalah bersih dan selamat untuk dimakan.
Beri anak makan mengikut panduan berikut:
7
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
PERKARAUMUR
1-3 TAHUN 4-6 TAHUN
Cara penyediaan makanan Makanan keluarga Makanan keluarga
Kekarapan pemberian
makanan utama4-5 kali sehari 3 kali sehari
Kekerapan pemberian snek* 1-2 kali sehari 2 kali sehari
2.3.2 KANAK-KANAK UMUR 1 TAHUN
Berilah kanak-kanak pelbagai jenis makanan yang dapat membekalkan
tenaga untuk melakukan aktiviti harian serta memastikan pertumbuhan dan
perkembangan yang normal. Bermula pada umur 1 tahun, kanak-kanak
boleh makan makanan keluarga.
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI UNTUK KANAK-KANAK
BERUMUR 1 TAHUN
KUMPULAN MAKANAN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN
UMUR
1 TAHUN
Bijirin, hasil bijirin dan ubu-
ubian2 cawan nasi
Sayur-sayuran 1 cawan sayur masak
Buah-buahan 1 potong betik atau pisang bersaiz kecil (1 pisang
emas:33g)
Daging, ayam, ikan dan
kekacang½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur
Susu Susu ibu mengikut kehendak bayi/3 gelas susu
Lemak, minyak (dimasukkan
kedalam makanan)1 sudu teh minyak
8
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
CONTOH MENU UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 1 TAHUN
WAKTU MAKAN
MENU
UMUR
1 TAHUN
Sarapan
1 keping roti bakar
1 sudu teh majerin
1 gelas susu
Minum pagi1 biji pisang bersaiz kecil
1 gelas susu
Makan tengahari
½ cawan mi sup
1 sudu teh daging
½ cawan sayuran
1 gelas air kosong
½ potong betik
Minum petang2 ketul cekodok pisang
1 gelas jus buah tembikai
Makan malam
½ cawan nasi putih
½ ekor ikan kembung masak pindang
½ cawan bayam
1 gelas air kosong
Minum malam 1 gelas susu
9
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
2.3.3 KANAK-KANAK UMUR 2 TAHUN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI UNTUK KANAK-KANAK
BERUMUR 1 TAHUN
KUMPULAN
MAKANAN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI
UMUR
2 TAHUN
Bijirin, hasil bijirin dan
ubu-ubian
2 cawan nasi
Sayur-sayuran 1 cawan sayur masak
Buah-buahan 1 potong betik atau pisang bersaiz kecil (1 pisang
emas:33g)
Daging, ayam, ikan dan
kekacang½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur
Susu Susu ibu mengikut kehendak bayi/3 gelas susu
Lemak, minyak
(dimasukkan kedalam
makanan)
1 sudu teh minyak
10
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
CONTOH MENU UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 2 TAHUN
WAKTU MAKAN
MENU
UMUR
2 TAHUN
Sarapan 1 keping roti bakar
1 sudu teh majerin
1 gelas susu
Minum pagi 1 biji pisang bersaiz kecil
1 gelas susu
Makan tengahari ½ cawan mi sup
1 sudu teh daging
½ cawan sayuran
1 gelas air kosong
½ potong betik
Minum petang 2 ketul cekodok jagung
1 gelas jus buah tembikai
Makan malam ½ cawan nasi putih
½ ekor ikan kembung masak pindang
½ cawan bayam
1 gelas air kosong
Minum malam 1 gelas susu
11
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
2.3.4 KANAK-KANAK BERUMUR 3 TAHUN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI UNTUK KANAK-KANAK
BERUMUR 3 TAHUN
KUMPULAN MAKANAN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARIUMUR
3 TAHUNBijirin, hasil bijirin dan
ubu-ubian1 keping roti “whole meal”
Sayur-sayuran 1 cawan sayur masak
Buah-buahan½ biji jambu sederhana atau pisang bersaiz kecil (1 pisang
emas:33g)
Daging, ayam, ikan dan
kekacang1 ekor kembong sederhana atau 1 biji telur
Susu Susu ibu mengikut kehendak bayi/3 gelas susu
Lemak, minyak
(dimasukkan kedalam
makanan)
1 sudu teh minyak
12
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
CONTOH MENU UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 3 TAHUN
WAKTU MAKAN
MENU
UMUR
3 TAHUN
Sarapan 1 keping roti bakar
1 sudu teh majerin
1 gelas susu
Minum pagi 1 biji pisang bersaiz kecil
1 gelas susu
Makan tengahari ½ cawan mi sup
1 sudu teh daging
½ cawan sayuran
1 gelas air kosong
½ potong betik
Minum petang 2 ketul cekodok jagung
1 gelas jus buah tembikai
Makan malam ½ cawan nasi putih
½ ekor ikan kembung masak pindang
½ cawan bayam
1 gelas air kosong
Minum malam 1 gelas susu
13
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
2.3.5 KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI UNTUK KANAK-KANAK
BERUMUR 4 TAHUN
KUMPULAN MAKANAN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARIUMUR
4 TAHUNBijirin, hasil bijirin dan
ubu-ubian3 cawan nasi
Sayur-sayuran 1 cawan sayur masak
Buah-buahan 2 potong betik atau 4 biji pisang emas
Daging, ayam, ikan dan
kekacang
½ ekor ikan kembung saiz sederhana + ½ ketul daging
bersaiz kotak mancis/
2 keping isi ikan/ ½ biji telur + 2 sudu makan kacang
panggang/ ½ keeping tauhu
Susu 2 gelas susu
Lemak, minyak
(dimasukkan ke dalam
makanan)
Nilai kalori lemak termasuk dalam jumlah kalori yang
diambil sehari
14
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
CONTOH MENU UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN
WAKTU MAKAN
MENU
UMUR
3 TAHUN
Sarapan 1 keping roti
2 sudu makan kacang panggang
1 gelas susu
Minum pagi 1 biji pau mini
1 gelas air barli
Makan tengahari ¾ cawan nasi putih
½ potomg ikan tenggiri masak singgang
½ cawan sayur campur
1 gelas air kosong
½ potong tembikai
Minum petang 3 biji cucur oat
½ cawan jus oren
Makan malam ¾ cawan nasi putih
15
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
2 keping isi ayam masak kicap
4 sudu makan bayam goreng / lobak merah
1 biji epal
1 gelas air kosong
Minum malam 1 gelas susu
1 biji bun
2.3.6 KANAK-KANAK BERUMUR 5 TAHUN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI UNTUK KANAK-KANAK
BERUMUR 5 TAHUN
16
KUMPULAN
MAKANAN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI
UMUR
5 TAHUN
Bijirin, hasil bijirin dan
ubu-ubian3 cawan nasi
Sayur-sayuran 1 cawan sayur masak
Buah-buahan 1 potong betik atau 4 biji pisang emas
Daging, ayam, ikan dan
kekacang
½ ekor ikan kembung saiz sederhana + ½ ketul daging
bersaiz kotak mancis / 2 keping isi ikan / ½ telur +2 sudu
makan kacang panggang / ½ keeping tauhu
Susu 2 gelas susu
Lemak, minyak
(dimasukkan kedalam
makanan)
Nilai kalori lemak termasuk dalam jumlah kalori yang di
ambil sehari
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
CONTOH MENU UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 5 TAHUN
WAKTU MAKAN
MENU
UMUR
5 TAHUN
Sarapan 1 keping roti bakar
2 sudu makan kacang panggang
1 gelas susu
Minum pagi 1 biji pau mini
1 gelas air barli
Makan tengahari ¾ cawan nasi putih
½ potong ikan tenggiri masak singgang
½ cawan sayur campur
½ potong tembikai susu
1 gelas air kosong
Minum petang 3 biji cucur oat
½ cawan jus oren
17
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Makan malam ¾ cawan nasi putih
2 keping isi ayam masak kicap
4 sudu makan bayam goring/lobak merah
1 biji epal
1 gelas air kosong
Minum malam 1 biji bun
1 gelas susu
2.3.7 KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI UNTUK KANAK-KANAK
BERUMUR 5 TAHUN
18
KUMPULAN
MAKANAN
CADANGAN SUKATAN MAKANAN SEHARI
UMUR
5 TAHUN
Bijirin, hasil bijirin dan
ubu-ubian3 cawan nasi
Sayur-sayuran 1 cawan sayur masak
Buah-buahan 1 potong betik atau 4 biji pisang emas
Daging, ayam, ikan dan
kekacang
½ ekor ikan kembung saiz sederhana + ½ ketul daging
bersaiz kotak mancis / 2 keping isi ikan / ½ telur +2 sudu
makan kacang panggang / ½ keeping tauhu
Susu 2 gelas susu
Lemak, minyak
(dimasukkan kedalam
makanan)
Nilai kalori lemak termasuk dalam jumlah kalori yang di
ambil sehari
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
CONTOH MENU UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 5 TAHUN
WAKTU MAKAN
MENU
UMUR
5 TAHUN
Sarapan 1 keping roti bakar
2 sudu makan kacang panggang
1 gelas susu
Minum pagi 1 biji pau mini
1 gelas air barli
Makan tengahari ¾ cawan nasi putih
½ potong ikan tenggiri masak singgang
½ cawan sayur campur
½ potong tembikai susu
1 gelas air kosong
Minum petang 3 biji cucur oat
½ cawan jus oren
19
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Makan malam ¾ cawan nasi putih
2 keping isi ayam masak kicap
4 sudu makan bayam goring/lobak merah
1 biji epal
1 gelas air kosong
Minum malam 1 biji bun
1 gelas susu
3.0 PANDUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS
PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami
ketidakupayaan fizikal, mental, sensori, tingkah laku, kognitif dan emosi yang
memerlukan penjagaan yang khusus. Ketidakupayaan yang dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas menyebabkan mereka mungkin tidak mendapat makanan yang
cukup dan mempunyai risiko tinggi mengalami masalah kekurangan zat makanan. Ini
boleh disebabkan oleh masalah pengambilan makanan, interaksi antara ubat-ubatan
dengan makanan, kelainan corak pertumbuhan dan gangguan sistem metabolik. Oleh
itu adalah penting untuk memastikan kanak-kanak ini diberi makanan seimbang dan
berkhasiat supaya mendapat pemakanan yang cukup. Pertumbuhan mereka juga perlu
dipantau dari masa ke semasa untuk memastikan status pemakanan mereka sentiasa
dalam keadaan yang baik. Perancangan diet yang tepat dan bersesuaian termasuk cara
pemberian,pemilihan makanan/produk yang sesuai serta modifikasi ke atas tekstur
makanan mengikut kesesuaian kanak-kanak dengan keperluan khas amat penting bagi
membantu dan memastikan kecukupan nutrien yang diambil.
PEMAKANAN BAYI DARI LAHIR HINGGA 6 BULAN
20
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi dari lahir sehingga 6 bulan. Berilah
susu ibu sahaja mengikut kehendak dan keperluannya .Bayi tidak memerlukan air atau
susu tambahan dan/atau makanan lain untuk tempoh enam bulan tersebut. Susu ibu
sudah mencukupi untuk membekalkan semua keperluan tenaga, terutama nutrien
penting seperti protein, karbohidrat, lemak juga semua keperluan vitamin dan mineral
yang diperlukan. Adalah dinasihatkan agar ibu juga menjaga dan mengambil berat
tentang pengambilan pemakanannya, dan mengamalkan diet seimbang bagi
memastikan kecukupan dan kualiti susu ibu yang dihasilkan.
Sumbing bibir
21
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Sumbing lelangit
Bayi yang mempunyai masalah sumbing bibir (cleft lip), mereka masih boleh diberi
susu ibu seperti biasa. Manakala bagi bayi yang mempunyai masalah sumbing lelangit
(cleft palate), susu ibu perlu diperah dan diberi kepada bayi melalui cawan khas (cup
feeding), atau botol khas (weaning bottle). Sekiranya menghadapi sebarang masalah,
rujuk kepada pakar perubatan atau pakar laktasi.
Cawan khas Botol khas
22
Umur bayi Bilangan penyusuan sehari
Jumlah susu ibu pada setiap penyusuan (ml)
Jumlah susu ibu dalam sehari (ml)
Dari lahir hingga 1 bulan
8 60 480
1 hingga 2 bulan
7 90 630
2 hingga 4 bulan
6 120 720
4 hingga 6 bulan
6 150 900
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Jadual: Panduan memberi susu ibu yang mencukupi kepada bayi
PEMAKANAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL BERUMUR 6 BULAN HINGGA 3 TAHUN
Makanan pelengkap perlu diberi kepada bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas untuk
membantu mereka membesar dengan baik dan mendapat semua nutrien yang
diperlukan terutama keperluan zat besi . Ini termasuk bayi yang menyusu susu ibu atau
mengambil susu rumusan bayi. Teruskan penyusuan susu ibu berdasarkan permintaan
bayi dan keperluannya sehingga bayi berumur 2 tahun. . Walau bagaimanapun,
makanan pelengkap BUKAN pengganti susu ibu. Makanan pelengkap perlu
dipelbagaikan dan dipertingkatkan selaras dengan perkembangan bayi untuk
membantu tumbesarannya. Pemberian makanan keluarga boleh diperkenalkan semasa
kanak-kanak berumur 1 tahun. Pastikan kanak-kanak diberi makanan yang berkhasiat
pada setiap waktu makan.
23
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
PENYEDIAAN HIDANGAN BERDASARKAN “MY PLATE”
Makanan yang disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas perlu mengandungi
kombinasi makanan daripada 5 kumpulan makanan iaitu; Pertama - kumpulan nasi,
mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian; Kedua - kumpulan sayur-sayuran dan
buah-buahan; Ketiga - kumpulan ikan, ayam, daging, telur dan kekacang; Keempat -
kumpulan susu dan produk tenusu dan Kelima - kumpulan lemak, minyak, gula dan
garam. Perancangan menu kepada mereka boleh dilaksanakan dengan menggunakan
paling banyak makanan daripada Kumpulan 1 (nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan
ubi-ubian) dan paling sedikit daripada Kumpulan 5 (lemak, minyak, gula dan garam).
Ini untuk memastikan mereka mendapat tenaga dan semua nutrien yang
diperlukan.Walau bagaimanapun kanak-kanak dengan keperluan khas
berkemungkinan tidak mendapat atau mencapai saranan hidangan seperti yang
dinyatakan di atas. Oleh itu, pengubahsuaian diet perlu dilakukan mengikut jenis dan
24
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
masalah atau ketidakupayaan yang dialami oleh mereka. Perancangan diet yang betul
dan bersesuaian amat penting untuk kanak-kanak mendapat nutrien dalam membantu
menggalakkan pertumbuhan.
KEPERLUAN TENAGA DAN CECAIR SEHARI BAGI BAYI DAN
KANAK-KANAK
Sumber: RNI (2005) dan Panduan Diet Malaysia (2010)
25
Kategori Umur Keperluan Tenaga (kcal)
Keperluan Cecair
Kanak-kanak berumur 1-3
tahun
950 4 gelas (1000ml)
Kanak-kanak berumur 4-6
tahun
1300 6 gelas (1500ml)
Kanak-kanak berumur 7-9
tahun
1700 7 gelas (1750ml)
Kanak-kanak berumur 10-12
tahun
2000 8 gelas (2000ml)
Kanak-kanak berumur 13-18
tahun
2500 8 - 11 gelas
(2000ml – 2750ml)
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
4.0 MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KANAK-KANAK
Setiap ibubapa pastinya mahukan yang terbaik untuk setiap anak. Tak kiralah
dari segi pendidikan, makanan, pakaian pendek kata semua yang terbaik. Entah
dimana silapnya ataupun dugaan daripadaNya kadang-kadang tak semua yang kita
impikan terhadap anak-anak kita akan kita dapat.Lebih merisaukan lagi bila anak tidak
mahu makan dan selalu sakit. Jangan tak percaya, ada diantara kanak – kanak ini lebih
sanggup bermain satu hari daripada makan nasi. Betul tak?Sebagai ibubapa apa yang
perlu kita lakukan? marah? nasihat? masak makanan kegemaran mereka setiap hari?
beri makanan tambahan untuk kanak – kanak? atau biarkan saja? Masakan dari rumah
adalah yang terbaik. Ibu perlu bijak untuk mempelbagaikan resepi yang
berkhasiat.Tapi malangnya dengan kesibukan bekerja, ibu – ibu lebih mudah untuk
membeli sahaja makanan di kedai. Kita sendiri pun tak tahu berapa banyak bahan
perisa atau bahan pengawet yang terkandung dalam makanan anak kita.Oleh itu, saya
galakkan ibu – ibu yang sibuk untuk memberi makanan tambahan untuk kanak –
kanak yang sedang membesar ni. Sekurang-kurangnya dapatlah menampung mana –
mana kekurangan yang berada di dalam tubuh badan anak kita betul tak?Bila anak di
beri makanan yang berkhasiat dan cukup vitamin, barulah mereka kelihatan sihat,
ceria, dan bersemangat untuk belajar.
26
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Keistimewaan Vitalea For Children Shaklee
100% Lengkap dengan “Vitamin Power” yang merupakan asas bagi membina
kekuatan fizikal dan pertahanan badan kanak – kanak, iaitu vitamin C, D, E dan 8
jenis vitamin B.
Mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zink, dan macam – macam lagi mineral
penting untuk fungsi optimum tubuh badan kanak – kanak.
Berperisa semulajadi dengan XYLITOL, yang mencegah pembentukan kaviti.
Bebas daripada sebarang perasa tiruan, manisan tiruan dan bebas bahan pengawet.
Bebas Gluten dan mempunyai perisa Anggur semujadi.
27
Contoh vitamin
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Mungkin anda beranggapan semua makanan tambahan untuk kanak – kanak ni sama
je..tapi tunggu dulu. Nak tahu apa beza Vitamin Semulajadi, Sintetik dan Organik.
Apakah Khasiat Yang Akan Anak Anda Perolehi Jika Mengambil Vitalea For Children?
28
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Minyak ikan kaya Omega-3 bagus untuk perkembangan otak.
Minyak ikan mengandungi asid lemak Omega-3 (khususnya DHA dan EPA).
Sesetengah ikan terutamanya ikan laut dalam lebih tinggi kandungan Omega-3
berbanding ikan lain
Pakar-pakar percaya Omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak saraf
dan perkembangan mata. Ikan air sejuk juga dirujuk sebagai ikan lemak yang
mengandungi jumlah tertinggi Omega-3. Dos Omega-3 yang yang cukup
lebih-lebih lagi anak-anak yang cerewet makan.
29
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
Kandungan EPA dan DHA dalam setiap kapsul Omega Guard Shaklee.
Omega guard daripada Shaklee, tinggi dalam kandungan Omega-3 (termasuk
EPA dan DHA) iaitu hamper 90% manakala jenama lain yang berada di
pasaran kebiasaanya hanya 30% / 70% sahaja kandungan Omega-3 dalam
setiap kapsulnya selebih hanyalah lemak ikan.
30
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kanak-kanak memerlukan keseimbangan dalam pengambilan
makanan mereka. Keseimbangan ini penting supaya diri mereka menerima semua zat-
zat yang diperlukan oleh tubuh ketika mereka membesar. Kegagalan untuk mengawal
tabiat pemakanan ini akan menjadikan kehidupan kanak-kanak itu sengsara pula
terutama ketika mereka memasuki alam remaja dan dewasa kelak. Kepentingan
pemakanan seimbang amat jelas dan ketara dalam kehidupan seharian setiap manusia
di permukaan bumi ini. Sebelum meletakkan mata pena dan menulis noktah terakhir,
seruan saya ialah kita mestilah sedar bahawa tabiat pemakanan kita bukan sahaja
mendatangkan kesan terhadap kesihatan fizikal kita, malah akan meninggalkan
implikasi terhadap kesihatan kita secara holistik. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda
ialah Apa yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Memang
tidak payah untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Kita perlulah membina
jadual pemakanan yang terancang berdasarkan “MY PLATE” serta mematuhi arahan
doktor. Andai kata semua warganegara Malaysia berganding bahu dan bersama-sama
mempraktikkan diet dan pemakanan yang seimbang, bukan sahaja individu malah
masyarakat dan negara yang akan menerima kesan positif daripada usaha kolaboratif
ini. Akhir kata, marilah kita semua mengamalkan pemakanan seimbang supaya negara
dan juga dunia kita ini akan lebih sihat dan cergas, sekali gus melahirkan masyarakat
yang cemerlang dan berakal tajam, kerana badan sihat, otak cerdas.
31
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
RUJUKAN
Malaysia, K. K. (2011). P.B.K.K. Retrieved 25 March, 2015, from rekod kesihatan bayi dan
kanak-kanak: http://fh.moh.gov.my/v3/index.php/ms/penerbitan/243-kesihatan-kanak-
kanak
Malaysia, K. K. (8 Ogos, 2012). myhealth. Retrieved 25 March, 2015, from Pengurusan
Pemakanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas:
http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/kanak-kanak/pengurusan-
pemakanan-kanak-kanak-berkeperluan-khas
MamaQaireen. (4 JANUARI, 2015). mamaqaireen. Retrieved 25 MARCH, 2015, from
Makanan Tambahan Untuk Kanak – Kanak Yang Selalu Sakit dan Malas!:
http://mamaqaireen.com/makanan-tambahan-untuk-kanak-kanak-yang-selalu-sakit-
dan-malas/
MASHITAH. (2012). vitaminpilihanibu. Retrieved 25 MARCH, 2015, from MAKANAN
TAMBAHAN ANAK-ANAK CEMERLANG: http://vitaminpilihanibu.com/home/
32
AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN AWAL KANAK-KANAK DEM 502
33