Post on 08-Apr-2019
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN KAUM
SIKH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN DI BANDARAYA KUALA
LUMPUR
JESBAINS KAUR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya JESBAINS KAUR
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap :
Tarikh: __________________ Tarikh: _______________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
υ
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN KAUM SIKH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN DI BANDARAYA KUALA LUMPUR.
(HURUF BESAR)
PROF DR HJ MUHAMMAD RASHID B RAJUDDIN
NO. 11, JLN PARI BARU 4, TAMAN CHE WAN, 30010 IPOH,PERAK.
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan : _______________________
Nama Penyelia : PROF DR HJ MUHAMMAD RASHID B. RAJUDDIN
Tarikh : APRIL 2008
iii
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN
KAUM SIKH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN
DI BANDARAYA KUALA LUMPUR
JESBAINS KAUR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penulis : JESBAINS KAUR
Tarikh : APRIL 2008
v
DEDIKASI
Buatmu ibu yang dihormati dan dikasihi Sarjit Kaur a/p Gurcharan Singh
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini.
Buat Kekanda & Adinda-adindaku yang Tersayang, Kiranjeet Kaur, Paramjeet Kaur, Manminder Singh dan Harjinder Singh
Segala sokongan dan dorongan kalian adalah sumber kekuatanku.
Semoga cabaran kehidupan masa mendatang ditempuhi dengan segala kekuatan yang
ada disamping lembaran rahmat dan kasih-Nya dari Tuhan.
Buatmu pembimbing yang disanjungi, Prof Dr Hj Muhammad Rashid b Rajuddin
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan tidak akan saya lupai dan akan saya
kenang buat selamanya.Terima kasih untuk segalanya.
Buat usahawan Sikh yang dihormati,
Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan kalian dalam menyempurnakan
kajian ini dengan berjaya.
Buat Teman Seperjuangan yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini akan kukenang selamanya
vi
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada penyelia saya, Prof Dr Muhammad Rashid bin Rajudin yang telah banyak
memberi bimbingan,dorongan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna
sepanjang tempoh penyelidikan. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa
jemu.Segala teguran dan nasihat yang diberikan akan saya jadikan sebagai panduan dan
pegangan dalam meneruskan cabaran pada masa akan datang.
Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada usahawan-usahawan Sikh di
Kuala Lumpur di atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan dalam menjayakan
penyelidikan ini. Kerjasama daripada mereka amat dihargai.
Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, serta mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penyelidikan ini.
Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak diatas, Penyelidikan saya tidak
akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Kerjasama , tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di
atas amat dihargai. Saya tidak dapat membalas budi kalian dan hanya dapat mengucapkan
ribuan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati oleh Tuhan.
vii
ABSTRAK
Kajian ini dilakukkan bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pembangunan kaum Sikh dalam bidang keusahawanan di sekitar bandaraya Kuala
Lumpur. Terdapat empat aspek yang menjadi fokus dalam kajian ini iaitu faktor
pengurusan, perkhidmatan, dalaman dan pasaran. Pengkaji menjalankan temuramah
dengan kaedah temuramah berstruktur kepada 40 responden yang berdaftar dengan
Network of International Sikh Entrepreneurs (NISE). Keputusan kajian dianalisis
mengunakkan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.00. Hasil kajian
menunjukkan faktor perkhidmatan merupakan faktor yang paling dominan atau
pendorong yang paling utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan Sikh iaitu
bagaimana usahawan memberi perkhidmatan yang memenuhi kehendak dan keperluan
pelanggan. Ia diikuti dengan faktor pengurusan yang merangkumi pengurusan
kewangan dan pekerja. Namun begitu , sistem aperentis kurang diamalkan oleh
usahawan Sikh di mana tidak ramai yang mewarisi perniagaan keluarga. Di samping
itu, faktor dalaman yang merangkumi sikap, motivasi dan keyakinan diri yang tinggi
juga menjanjikan kejayaan usahawan Sikh. Majoriti usahawan Sikh mengunakkan
teknologi e-perniagaan untuk memasarkan produk mereka tetapi terdapat segelintir
yang masih mengunakkan kaedah konvensional. Berdasarkan hasil kajian, dicadangkan
agar usahawan berfikiran terbuka dalam merebut peluang dan meluaskan
perniagaannya di pasaran antarabangsa. Selain itu, mereka haruslah peka terhadap
sebarang perubahan dan permintaan pasaran semasa supaya dapat memenuhi kehendak
dan keperluan pelanggan. Mereka juga haruslah bersedia menyesuaikan diri dengan
perubahan persekitaran agar perniagaan mereka dapat bersaing di pasaran global.
viii
ABSTRACT
This research is conducted to survey what are the factors that influence
entrepreneurship development among Sikh entrepreneurs in Kuala Lumpur city. Four
factors have been focused in this research which includes management, service, inner
and marketing. Researcher used the questionnaire to conduct an interview to the 40
respondents whom are registered with the Network of International Sikh Entrepreneurs
(NISE).Results was processed using SPSS version 12.00. The results shows that service
factor is the most dominant factor that influence the development of entrepreneurship,
which includes the services provided to fulfill the needs and desires of their customers.
This is followed by the management factor which includes the management of finance
and workers. However the apprentice system is least practiced by these entrepreneurs
where very few of them has inherited their family business. Meanwhile, inner factor
which consist positive attitudes, motivation and high self confidence also contributes
the success of Sikh entrepreneurs. Majority Sikh entrepreneurs uses the e-commerce
technology to commercialize their product where they own a web site, where else only
a few of them still uses the conventional method to advertise and market their product.
According to the results obtained, it is proposed that Sikh entrepreneurs should be more
open minded to grab opportunities and expand their business in the global market.
Other than that they must be alert with the current market demand and changes to be
able to fulfill their customers wants and desires. Sikh entrepreneurs also should be
prepared to adapt the changing environment so that their business can compete in the
global market.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Kajian 6
x
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Strategi pengurusan 13
2.3 Perkhidmatan 18
2.4 Faktor Dalaman 22
2.5 Strategi Pemasaran 25
2.6 Internet (Technologi) 32
2.7 Penutup
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 35
3.4 Lokasi Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Prosedur Kajian 40
xi
3.7 Analisis Data 41
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Data Bahagian A 45
4.2.1 Peratusan Responden Mengikut Jenis 45
Perniagan
4.2.2 Peratusan Responden Mengikut Jantina 47
4.2.3 Peratusan Responden Mengikut Umur 48
4.2.4 Peratusan Mengikut Jenis Pemilikan 49
4.2.5 Responden Mengikut Tempoh Perniagaan 51
4.2.6 Responden Mengikut Bilangan Pekerja 52
4.3 Analisis Data Bahagian B 54
4.3.1 Analisis Faktor Pengurusan 54
4.3.2 Analisis Faktor Perkhidmatan 56
4.3.3 Analisis Faktor Dalaman 57
4.3.4 Analisis Faktor Pemasaran 59
4.4 Rumusan 61
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan Kajian 63
5.3 Perbincangan 64
5.3.1 Perbincangan Bahagian A 64
xii
5.3.2 Perbincangan Bahagian B 66
5.3.2.1 Adakah Faktor Pengurusan Mempengaruhi
pembangunan kaum Sikh dalam bidang
keusahawanan. 66
5.3.2.2 Adakah Faktor Perkhidmatan Mempengaruhi
pembangunan kaum Sikh dalam bidang
keusahawanan. 68
5.3.2.3 Adakah Faktor Dalaman Mempengaruhi
pembangunan kaum Sikh dalam bidang
keusahawanan. 70
5.3.2.4 Adakah Faktor Pemasaran Mempengaruhi
pembangunan kaum Sikh dalam bidang
keusahawanan. 75
5.4 Cadangan 77
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 78
5.6 Penutup 79
BIBLIOGRAFI 80
LAMPIRAN 85
xiii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Definisi keusahawanan dari sumber yang berbeza 8
2.1 Jumlah Perbelanjaan Bagi Pengiklanan 31
3.1 Bilangan Item Bagi Bahagian B 38
4.1 Kekerapan dan Peratus Mengikut Jenis Perniagaan 45
4.2 Kekerapan dan Peratus Mengikut Jantina 47
4.3 Kekerapan dan Peratus Mengikut Umur 48
4.4 Kekerapan dan Peratus Mengikut Jenis Pemilikan 49
4.5 Kekerapan dan Peratus Mengikut Tempoh Operasi 51
4.6 Kekerapan dan Peratus Mengikut Bilangan Pekerja 52
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Frekuensi
bagi Faktor Pengurusan
54
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Frekuensi
bagi Faktor Perkhidmatan
56
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Frekuensi
bagi Faktor Dalaman
57
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan Dan
Frekuensi bagi Faktor Pemasaran
59
xiv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Carta Alir Keseluruhan Kajian 43
4.1 Peratusan Responden Mengikut Jenis Perniagaan 45
4.2 Peratusan Responden Mengikut Jantina 47
4.3 Peratusan Responden Mengikut Umur 48
4.4 Peratusan Responden Mengikut Jenis Pemilikan 49
4.5 Peratusan Responden Mengikut Tempoh Operasi 51
4.6 Peratusan Responden Mengikut Bilangan Pekerja 52
5.1 Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkhidmatan Baik 69
5.2 Proses Motivasi 73
5.3 Rajah Konsep Motivasi 74
xv
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package For The Social Science
BPIMB - Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
NISE - Network of International Sikh Entrepreneurs
ROC - Registrar of Companies
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
I Soal Selidik Pelajar
II Surat Pengesahan Pelajar
III Surat Pengesahan Soal Selidik
IV Gambar-gambar Berkaitan Dengan Kajian
V Borang keahlian NISE
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia dijangka untuk menjadi sebuah negara perindustrian menjelang
Wawasan 2020 (Tun Dr Mahathir Muhamad,1991). Hal ini telah mengubah corak
pemikiran rakyat yang biasa bekerja makan gaji ke arah yang berdikari terutamanya
dalam bidang keusahawanan.Selaras dengan Wawasan 2020, sumbangan para usahawan
adalah penting untuk merealisasikannya. Ini adalah kerana usahawan merupakan antara
penyumbang utama dalam meningkatkan ekonomi negara. Perkembangan negara juga
berkait rapat dengan keusahawanan dimana ia melahirkan ekonomi keusahawanan yang
bersifat berdikari, terbuka dan berdaya saing.Dengan itu, usahawan dikatakan sebagai
pemangkin kepada kemajuan ekonomi pada masa depan.
Secara tidak langsung atau tidak disedari, setiap orang tidak boleh melepaskan
diri daripada perniagaan atau keusahawanan dimana sama ada berperanan sebagai
peniaga atau pengguna.Usahawan memainkan peranan penting dalam masyarakat di
mana mereka bukan sahaja mencari keuntugan tetapi meningkatkan taraf ekonomi
negara. Selain itu mereka juga mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan
kadar pengangguran. Tambahan pula, keperluan rakyat dipenuhi dan pergantungan
terhadap barangan luar akan berkurangan.
2
Memandangkan peranan usahawan adalah penting sebagai penggerak atau
pemangkin ekonomi negara, kerajaan Malaysia telah menawarkan kursus dan program
pengajian keusahawanan di institusi pengajian tinggi pada pertengahan tahun 1970-an.
Langkah awal ini membuka peluang yang luas untuk bakal usahawan dan menyusun
bakat baru usahawan negara. Selain itu, Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia
Berhad (BPIMB) ditubuhkan dan berperanan untuk menentukan pembangunan
keusahawanan selaras dengan pembangunan negara ke era globalisasi dengan memberi
kemudahan dan perkhidmatan pinjaman kewangan kepada usahawan yang berminat
untuk menubuhkan perniagaan. (2000: Premanandan dan Rajamohan)
Menurut Premanandan (2000) juga, kerajaan telah menubuhkan Pusat Pembangunan
Usahawan Malaysia (MEDEC) yang berperanan sebagai pusat pengajian keusahawanan
dan memberi khidmat nasihat. Penubuhannya menjadi kebangaan rakyat Malaysia
sebagai negara pertama di dunia mengambil langkah ini. Hal ini jelas menunjukkan
kerajaan memberi sokongan yang penuh dan galakan kepada rakyat untuk menceburi
bidang keusahawanan.
Peluang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah terbuka kepada
sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan status kewangan. Oleh itu, pada abad ini
terdapat ramai usahawan Sikh yang berjaya serta telah mengharumkan nama negara
dipersada antarabangsa. Ramai usahawan Sikh telah menceburi bidang perniagaan
tekstil dan berpengalaman selama bertahun-tahun. Contohnya Gulati’s Silk Store, Euro
Moda, Libaas Enterprise, Globe Silk Store dan sebagainya adalah dimiliki oleh kaum
Sikh. Bukan itu sahaja, dengan tertubuhnya Network of International Sikh
Entrepreneurs (NISE), ia memberi peluang yang lebih kepada usahawan Sikh untuk
meluaskan perniagaan yang sedia ada di mana ia menjadi platform untuk menukar atau
berkongsi maklumat, mempromosi produk dan perkhidmatan antara ahli. NISE juga
menganjurkan persidangan dimana usahawan Sikh antarabangsa yang berjaya berkongsi
tips kejayaan mereka, justeru memberi motivasi dan semangat untuk lebih berjaya pada
masa depan.
3
Objektif utama penubuhan NISE adalah untuk membekalkan peluang untuk
membangun terutamanya kepada usahawan baru serta bakal usahawan. Selain itu,
mereka juga memberi tunjuk ajar cara pengurusan perniagaan, berkongsi pengalaman
serta mengembangkan rangkaian untuk pembangunan perniagaan.Hal ini banyak
membantu usahawan Sikh untuk membangunkan perniagaan mereka supaya berjaya
bukan di dalam negara tetapi juga di persada dunia terutamanya dalam era globalisasi
ini.
Walaubagaimanapun, usahawan dan peniaga adalah berbeza dan tidak serupa
tetapi berkaitan antara satu sama lain, dimana usahawan mengenalpasi peluang dan
berusaha menceburi perniagaan yang baru bukan untuk keuntungan diri dan keluarga
sahaja bahkan untuk meningkatkan ekonomi negara dan sanggup mengambil risiko.
Menurut Yep Putih (1985), usahawan tidak terkecuali daripada melibatkan diri dalam
bidang perniagaan.Dengan lain perkataan semua usahawan adalah peniaga tetapi bukan
semua peniaga adalah usahawan.
Semua usahawan berkaitan dengan perniagaan dan hampir semua kegiatan
perniagaan mempunyai ciri-ciri dan maksud yang serupa dengan keusahawanan.Siti
Nobayah (1997), menyatakan bidang perniagaan adalah sebuah bidang yang mulia.
Oleh itu seorang usahawan adalah bertuah kerana memilih bidang yang mulia. Justeru,
Menurut Chew Li Ling (1999), untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam
abad ke-21, beliau haruslah memiliki sifat-sifat yang tertentu dan memenuhi beberapa
syarat berikut:
4
• Kreatif dan Inovatif
• Mencipta pasaran untuk masa depan
• Mementingkan persekitaran atau suasana persekitaran
• Bekerjasama dengan pihak tertentu untuk kebaikan bersama
• Bersikap positif dan aktif serta bersemangat menghadapi cabaran
• Berkeyakinan tinggi dan optimistik
Namun demikian ,kita selalu salah anggap tentang usahawan yang berjaya dimana
kita menganggap ia adalah nasib seseorang untuk dilahirkan menjadi usahawan setelah
berjaya, tetapi ia adalah tidak benar. Ia bukanlah keajaiban atau misteri dan tidak sama
sekali berkaitan dengan hormon, ia merupakan satu bidang yang boleh dipelajari.
Penyataan ini telah diterangkan oleh Peter F.Drucker (1997:ms 35) seperti berikut:
“Most of what you hear about entrepreneurship is all wrong. It is not magic, It
is not mysterious, and it has nothing to do with genes. It’s just a discipline and
it can be learned by anyone.”
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam aktiviti ekonomi, usahawan Sikh yang berjaya adalah mereka yang
memperolehi keuntungan yang banyak dan produktif. Di sebalik kejayaan mereka
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembangunan keusahawanan.
Di antaranya adalah pengurusan, tidak kira pengurusan pekerja, masa atau kewangan.
Kebanyakan usahawan yang tidak berjaya adalah kerana tidak dapat mengusai bidang
pengurusan dengan baik sama ada pengurusan masa, pekerja atau kewangan.
5
Seseorang usahawan bukan sahaja perlu mempunyai motivasi yang tinggi, tetapi
juga harus mengetahui cara-cara memotivasikan dan melayan pekerjanya dengan baik
kerana mereka memainkan peranan yang penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan.
William F. Dowling, Jr dan Leonard R. Sayles (1971) mendapati motivasi adalah
penting kepada pekerja untuk meningkatkan produktiviti kerja disamping menghasilkan
kerja yang berkualiti. Usahawan Sikh kurang berjaya kerana tidak memberi layanan dan
motivasi yang saksama kepada pekerjanya. Selain itu, mereka tidak dapat menguasai
kemahiran berkomunikasi sama ada dengan pelanggan mahupun pekerjanya.
Faktor strategi pemasaran dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan juga
penting untuk berjaya. Menurut Willian M.Pride dan O.C Ferrell (1993), strategi
pemasaran adalah aktiviti yang melibatkan pemilihan dan penganalisisian sasaran
pasaran (pelanggan) serta menghasilkan sesuatu untuk memenuhi permintaan mereka.
Tanpa pemasaran dan perkhidmatan yang baik tidak akan menjanjikan kejayaan
usahawan. Tambahan pula, usahawan Sikh ada yang kurang berjaya disebabkan mereka
tidak dapat mengusai strategi pemasaran dengan baik dimana mereka mengiklankan
produk secara konvensional serta tidak mengunakkan teknologi internet iaitu melalui
laman web. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang semata-mata untuk promosi
pengiklanan.
Stalling dan Richard Van Slyke (1997) menjelaskan komunikasi maklumat
merupakan sebahagian daripada keperluan perniagaan. Maklumat terkini tentang
peluang perniagaan , keperluan dan kehendak pelanggan adalah sangat penting kepada
seseorang usahawan kerana dapat mengetahui kecenderungan dan permintaan
pelanggan dari semasa ke semasa. Oleh itu, jika usahawan Sikh tidak dapat menguasai
faktor-faktor ini, mereka mungkin akan gagal dalam bidang keusahawanan atau
perniagaan mereka.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Seseorang usahawan Sikh mengalami banyak cabaran untuk berjaya, oleh itu
mereka haruslah tidak mudah putus asa jika mengalami kegagalan dan berani
mengambil risiko serta mengenalpasti peluang yang ada.Menurut Yaakob Ibrahim
(1995), sekiranya seseorang itu takutkan kegagalan maka dia tidak akan berganjak ke
mana-mana. Mereka haruslah sanggup mengambil risiko dan berani gagal serta
menjadikan kegagalan itu satu teladan atau pengajaran pada masa depan. Justeru ada
juga usahawan Sikh yang sangat berjaya dan sebaliknya, dewasa ini. Kejayaan
seseorang usahawan adalah bergantung kepada beberapa faktor yang boleh dibahagikan
kepada sama ada faktor dalaman atau luaran.Dengan itu kajian dijalankan untuk
mengenalpasti “Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan kaum Sikh
dalam bidang keusahawanan di bandaraya Kuala Lumpur?’
1.4 Persoalan Kajian
Melalui objektif kajian yang dikemukakan, maka timbulah persoalan-persoalan
kajian iaitu adakah faktor pengurusan, perkhidmatan, dalaman dan pemasaran
mempengaruhi pembangunan bidang keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala
Lumpur. Berikut adalah penjelasan persoalan kajian secara khusus iaitu:
a) Adakah faktor pengurusan mempengaruhi pembangunan bidang keusahawanan
kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur?
b) Adakah faktor perkhidmatan mempengaruhi pembangunan bidang
keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur?
c) Adakah faktor dalaman mempengaruhi pembangunan bidang keusahawanan
kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur?
d) Adakah faktor pemasaran mempengaruhi pembangunan bidang keusahawanan
kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur?
7
1.5 Objektif Kajian
Objektif am kajian ini adalah untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi pembangunan kaum Sikh dalam bidang keusahawanan di bandaraya
Kuala Lumpur. Manakala objektif khusus adalah seperti berikut:
a) Mengenalpasti faktor pengurusan mempengaruhi pembangunan bidang
keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur.
b) Mengenalpasti faktor perkhidmatan mempengaruhi pembangunan bidang
keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur.
c) Mengenalpasti faktor dalaman mempengaruhi pembangunan bidang
keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur.
d) Mengenalpasti faktor pemasaran mempengaruhi pembangunan bidang
keusahawanan kaum Sikh di bandaraya Kuala Lumpur.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pembangunan kaum Sikh dalam bidang keusahawanan. Di antara
kepentingan kajian ini termasuklah:-
1.6.1 Sebagai garis panduan untuk membantu usahawan Sikh mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan mereka supaya dapat mengembangkan perniagaan mereka pada
masa akan datang.
1.6.2 Memberikan panduan kepada mereka yang ingin menceburi bidang
keusahawanan di mana mereka dapat mengenalpasti faktor dominan yang
mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan.
8
1.6.3 Sebagai garis panduan kepada kerajaan untuk memberi bantuan dari segi
kewangan atau pengkhususan kepada usahawan yang memerlukanya pada masa
depan.
1.6.4 Menjadi bahan rujukan kepada pihak universiti dan sekolah dalam mendidik
pelajar supaya tertanamnya ciri-ciri keusahawanan dalam diri mereka.
1.6.5 Sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar yang meminati bidang keusahawanan
supaya dapat mengetahui antara faktor-faktor penting yang perlu diambilkira
untuk meningkatkan kejayaan dalam bidang keusahawanan.
1.6.6 Memastikan para usahawan sentiasa berfikiran positif dalam sebarang keadaan,
baik semasa ekonomi negara berkembang atau semasa berlakunya kegawatan
ekonomi.
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Kajian yang berbentuk tinjauan deskriptif ini ditumpukan khas kepada usahawan
Sikh di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur menjadi pilihan
pengkaji kerana majoroti usahawan yang berjaya adalah bertumpu di sekitar bandaraya
Kuala Lumpur. Pilihan ini dibuat berdasarkan jumlah syarikat atau usahawan yang
berdaftar dengan Network of International Sikh Entrepreneurs(NISE). Usahawan yang
terlibat adalah seramai 40 orang yang telah berdaftar dengan Registrar of
Companies(ROC) atau Network of International Sikh Entrepreneurs(NISE). Usahawan-
usahawan yang terpilih telah ditemuramah oleh pengkaji mengunakkan kaedah
temuramah berstruktur.