Post on 12-Jul-2016
description
Tugasan 3: Laporan Reflektif (Individu)
Pada 3 April 2016 iaitu bersamaan dengan hari Ahad saya dan semua rakan sebaya
saya iaitu PISMP SEM 2 Tahun 1, PENDIDIKAN JASMANI, PISMP TESL dan PISMP
MATEMATIK telah melaksanakan satu bentuk aktiviti iaitu meneroka peluang perniagaan
usahawan kecil-kecilan di Pasar Tamu Putatan. Aktiviti ini juga adalah berkaitan tugasan
kerja kursus bagi kursus MPU3031 iaitu Pengurusan Kokurikulum. Kami dikehendaki untuk
meneroka usahawan kecil-kecilan di pasar tamu tersebut dan kami juga dikehendaki untuk
memilih mana - mana gerai kecil-kecilan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan
sebelum aktiviti ini dijalankan, menilai jumlah keuntungan dan menolong tuan empunya
kedai menjual barangan atau makanan.
Tepat jam 6 pagi kami bertolak dari IPGK Gaya, Kota Kinabalu, Sabah ke Pasar Tamu
Putatan tersebut dengan menaiki bas yang dipandu oleh En. Reyna. Kira-kira jam 6.45 pagi,
Pasar Tamu Putatan menemui kami yang berbaju serba biru. Taklimat selama 5 minit
disampaikan oleh Pn Siti Ajar sebelum kami beransur bersama-sama kumpulan masing –
masing untuk meninjau dan memilih gerai-gerai kecil yang ada di Pasar Tamu tersebut.
Pada awalnya saya dan ahli kumpulan saya iaitu Asrul dan Amirul agak gugup dan mungkin
sedikit malu untuk memilih gerai-gerai yang ada. Tetapi, mahu tidak mahu, kami mestilah
melakukannya juga kerana ini adalah tugasan kerja kursus yang akan mempengaruhi
markah kami.
Setelah hampir kira-kira 20 minit kami bertiga meronda segenap pelusuk gerai-gerai yang
ada di pasar tamu tersebut, akhirnya kami menemui juga sebuah gerai kami berasa agak
sesuai dan gerai tersebut agak besar iaitu beranggaran dua kanopi meliputi gerai tersebut.
Gerai tersebut menjual selipar dan ada juga beberapa jenis kasut. Kami bertiga tidak
menunggu masa yang lama dan terus memperkenalkan diri dan mengambil peluang
berjumpa dengan pengusaha gerai tersebut untuk meminta izin melakukan sedikit penilaian
dan rekod untuk tugasan kerja kursus kami ini. Setelah kami berbincang, tuan gerai tersebut
membenarkan kami untuk melakukan sedikit penilaian dan secara tidak langsung kami juga
tidak terkecuali untuk membantu pengusaha gerai ini dalam melakukan sebarang penjualan
selipar berkenaan. Pada mulanya memang kami terasa seperti janggal ataupun malu tetapi
pengusaha gerai ini merupakan seorang yang sangat peramah dan ianya membuatkan kami
berasa sangat selesa dan mudah bergaul.
Selain daripada itu, aktiviti seperti ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sifat yang
positif untuk kami sebgai bakal guru. Amalan sikap berbudi bahasa kepada masyarakat
dapat dipupuk melalui komunikasi antara kami bersama pengusaha gerai tersebut.
Walaupun berbeza negeri dan daerah, namun, komunikasi tetap berlangsung dengan
sempurna melalui bibit-bibit kata yang sopan dan rendah diri. Selain itu juga, aktiviti seperti
ini juga dapat memberikan satu kesan yang positif iaitu kami sebagai guru juga dapat
membina pengalaman berjual beli dan melayani kerenah pelanggan dan masyarakat
setempat yang berbeza- beza yang kadangkala membuatkan kami tersenyum.
Kami juga berpeluang berkenalan dengan ahli keluarga pengusaha gerai tersebut iaitu isteri
dan anaknya. Mereka semua juga saling tak tumpah seperti ayahnya yang peramah dan
bersikap terbuka dan membuatkan kami berasa sangat selesa membuat tugasan kami di
gerai tersebut. Sikap seperti inilah sepatutnya dipupuk dalam diri seorang bakal guru yang
akan menjadi model masyarakat secara menyeluruh. Seperti bersikap terbuka dan sentiasa
berlapang dada walaupun didendang dengan pelbagai dugaan dan masih mampu mengukir
senyuman. Walaupun kami tahu pengusaha gerai ini bukanlah orang yang senang, tetapi
mereka tetap ceria dalam menempuh hari-hari yang mendatang dengan sikap yang sangat
positif.
Kami memulakan tugasan kami dengan membantu pengusaha gerai tersebut kira-kira jam
7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Tidak sampai 15 minit kami berkolaborasi bertukar
maklumat, terdapat beberapa orang pelanggan yang mahu membeli selipar. Kami bertiga
membantu pelanggan tersebut untuk memilih dan memberitahu harga setiap selipar yang
dipilihnya. Sungguhpun pelanggan tersebut hanya membeli sepasang selipar sahaja, tetapi
ianya sudah cukup untuk membuatkan kami tersenyum. Aktiviti seperti ini secara tidak
langsung dapat memberikan pengalaman kepada kami tentang proses berjual beli walaupun
kami ini adalah bakal guru. Sesungguhnya setiap pengalaman itu tidak boleh dibeli dengan
wang ringgit tetapi ianya dapat dibeli dengan keringat dan usaha sendiri. Pada lima jam kami
menjalankan aktiviti, kira-kira untung bersih yang diperoleh oleh pengusaha tersebut
berjumlah RM 350.00 dan seramai kira-kira 45 orang pembeli untuk gerai tersebut.
1) Membantu pengusaha menjual selipar.
Terdapat beberapa jenis selipar yang dijual antaranya Flipper, Fipper, Crocs, Sandal, Edwin
dan Selipar Jepun. Terdapat juga beberapa jenis kasut yang dijual antaranya ialah
Converse, Adidas dan Nike. Bagi selipar Flipper dan Fipper, harganya ialah RM 11.50, bagi
Crocs dan Sandal pula berharga RM 13.50 dan Edwin pula berharga RM 20.00 setiap satu.
Terdapat juga selipar buatan China berharga antara RM 15.00 – RM 20.00 sepasang yang
mempunyai corak yang agak menarik. Pada pendapat saya, walaupun penjualan selipar di
gerai ini agak murah, tetapi ianya masih menepati citarasa anak muda malahan golongan
tua untuk membeli selipar yang sangat berpatutan dengan kualiti dan harganya.
2) Jenis selipar yang dijual.
Antara selipar yang paling kerap menjadi pilihan pelanggan ialah selipar Fipper. Terdapat
hampir 20 pasang terjual sepanjang kami berada di gerai tersebut. Ini mungkin jenis selipar
ini adalah jenis yang selesa dipakai dan lembut apabila dipijak. Ianya juga dilihat sangat
ranggi dan bersahaja kepada si pemakainya.
Cadangan untuk prospek barangan yang mempunyai permintaan tinggi ialah pengusaha
tersebut perlulah menjual atau menempah selipar dan kasut yang menepati ‘trend’ terkini. Ini
kerana apabila pengusaha gerai selipar ini menjual barangan yang terkini, ianya akan dapat
menarik perhatian anak muda untuk membeli selipar tersebut. Selain itu, selipar yang bagus
dapat memberikan keuntungan kepada penjual untung menjual. Akhir sekali, penjual juga
boleh menggunakan internet sebagai medan untuk memasarkan barangan ke peringkat
yang lebih tinggi. Ianya mestilah selesa dipakai, berwarna warni, dan mempunyai ciri-ciri
ketahanan yang baik. Ini kerana kualiti selipar dan kasut sangat diberi perhatian pada masa
kini. Bukan sahaja sedap mata memandang, malahan setiap barangan yang dijual mestilah
berkualiti dan tahan lasak.
Rujukan
Boud, D., Keogh, R., dan Walker, D. (1985). Reflection: Turning experience into learning.
London: Kogan Page.
Bryman, A. (2004). Social Research Methods. New York: Oxford University Press, Inc.
Hanipah Hussin (2000). Daya Berfikir dan Struktur Pemikiran Refleksi Kritikal(Critical
Reflection): Bagaiman Amalannya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal
Teknologi. 31 (E) 31-41.
Ong, R. (2004) . The role of reflection in student learning: a study of its effectiveness in
complementing problem_based learning environments.
http://discovery.rp.edu.sg/home/ced/research/papers/role_of
reflection_in_student_learning.pdf Di akses pada 8 Mac 2016.
Schon, D. (1983). The Reflective Practioner: How Professionals think in action. New York:
Basic Books.
Lampiran
1) Ahli kumpulan saya. Dari kiri, Asrul, Amirul , saya(Amin)
2) Meronda mencari gerai yang sesuai
3) Menjumpai gerai yang sesuai dan meminta kebenaran.
4) Jenis selipar yang dijual
5) Membantu dalam penjualan.