Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran

download Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran

of 9

  • date post

    15-Jul-2015
  • Category

    Internet

  • view

    140
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran

  • ii

    Aplikasi Praktikal Web 2.0 Untuk Pembelajaran Pengajaran

    MHP PUBLISHERS

    SERI KEMBANGAN, BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI

    2014

  • iii

    Aplikasi Praktikal Web 2.0 untuk Pembelajaran Pengajaran

    Sidek Ab Aziz Marzanah A Jabar, Fatimah Sidi

    Wan Zuhainis Saad, Khaironi Yatim Sharif, Koh Tieng Wei

    Kumpulan Inovasi Pengajaran-Pembelajaran SATRIA (KIPPS)

    Pusat Pembangunan Akademik (CADe) Universiti Putra Malaysia

    MHP PUBLISHERS SERI KEMBANGAN, BANGI, PUTRAJAYA, SKUDAI

  • iv

    Aplikasi Praktikal Web 2.0 untuk Pembelajaran Pengajaran

    Cetakan Pertama 2014 Semua hakcipta terpeilihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara lektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman, dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada penerbit.

    Sidek Ab Aziz

    Aplikasi Praktikal Web 2.0 untuk Pembelajaran Pengajaran/ Sidek Ab Aziz dan rakan-rakan. 2014. ISBN 978-9839-972-12-2

    1. Information technology. 2. Communication and technology.

    I. Sidek Ab Aziz. II. Judul

    Rupa taip teks: Times New Roman/ Extrabold Saiz taipteks: 10/12/20 poin

    Reka letak teks: Aizzah Sidek Reka bentuk kulit: Adzrif Effendy

    Diterbitkan oleh MHP Publishers Seri Kembangan Selangor

    Dicetak oleh WS Sdn Bhd Seri Serdang Selangor

  • v

    KANDUNGAN

    Prakata 1

    Segmen 1 1 Web 2.0 ................................................. 4

    Segmen 2 2 Taksonomi Digital

    Bloom

    ................................................. 8

    Segmen 3 Aplikasi Peta Minda ................................................. 10

    1 MindMap Crazenut ................................................. 11

    2 Text 2 Mind Map ................................................. 18

    Segmen 4 Aplikasi Animasi ................................................. 20

    3 Go! Animate ................................................. 21

    Segmen 5 Aplikasi Interaktif ................................................. 27

    4 Google Document ................................................. 28

    5 Google Form ................................................. 30

    6 Google Search ................................................. 37

    7 Padlet ................................................. 45

    8 Pinterest ................................................. 50

    9 Quizlet ................................................. 52

    10 Simple Whiteboard ................................................. 56

    11 Socrativie ................................................. 59

    12 Twitter ................................................. 63

    13 Voice Thread ................................................. 65

    Segmen 6 Aplikasi Penandaan ................................................. 70

    14 Diigo ................................................. 71

    Segmen 7 Aplikasi Pengurusan ................................................. 73

    15 Google Calendar ................................................. 74

    16 Pipes ................................................. 79

    17 QR code ................................................. 84

  • vi

    18 Zoho ................................................. 86

    Segmen 8 Aplikasi Persembahan ................................................. 90

    19 Flipsnack ................................................. 91

    20 Present.me ................................................. 96

    21 Prezzi ................................................. 100

    22 VOKI ................................................. 106

    23 wordle ................................................. 109

    24 Youtube Edu ................................................. 120

    Segmen 9 Blog CMS ................................................. 123

    25 Blogspot ................................................. 125

    26 Edmodo ................................................. 128

    27 EduBlog ................................................. 134

    28 Facebook ................................................. 140

    Segmen 10 Aplikasi Senarai

    Lanjutan

    ................................................. 144

  • vii

    PRAKATA

    Di abad ke 21 ini kemudahan internet yang tidak terhad, memudahkan kita mengakses pelbagai maklumat merangkumi bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada secara

    formal atau tidak formal. Proses peningkatan ilmu pengetahuan yang sedia ada, kini boleh dilakukan menerusi pembelajaran ubiquitous yang boleh berlaku di mana jua kita berada dan pada bila-bila masa sahaja - maklumat kini berada di hujung jari! Walaupun kaedah pembelajaran ubiquitous tidak mengambil peranan pendidik secara lansung, namun tidak dapat dinafikan bahawa pelajar dewasa ini mempunyai banyak peluang dan ruang yang lebih luas untuk menimba ilmu pengetahuan melalui pembelajaran kendiri. Maka tidak hairanlah jika ramai pelajar yang telah menguasai satu-satu topik

    pembelajaran sebelum ia diajar oleh gurunya. Sesungguhnya pembelajaran ubiquitous ini amat dipengaruhi oleh perkembangan pesat ICT global dan sudah pastinya akan memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang meluas dalam sistem pendidikan di Malaysia melalui proses Pembestarian Pendidikan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

    Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Web 2.0 yang semakin meluas membolehkan pelajar mencari maklumat serta membangunkan kandungan dengan lebih mudah dan berkesan. Aplikasi web 2.0 merupakan kesinambungan dari teknologi Web 1.0 yang mana jika sebelum ini pengguna hanya menggunakan web untuk mencari dan menerima maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan teknologi Web 2.0, proses komunikasi dapat dijalankan secara dua hala dengan begitu berkesan, pantas dan

    mudah. Kini pengguna ICT bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik dalam abad ini. Penggunaan aplikasi Web 2.0 membantu mengubah landskap pendidikan abad ke-2. Web 2.0 membentuk pendekatan pelajar untuk belajar secra kendiri, pendekatan pengajar untuk mengajar secara efektif dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar dan

    rakan sejawat seantero dunia. Kajian terdahlu menunjukkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Selain itu, pengajaran berasaskan teknologi mempunyai lebih banyak alternatif dan kepelbagaian untuk diterokai oleh para pelajar.

    Malahan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan banyak ruang dan kepelbagaian kaedah untuk para pelajar mengalami proses penciptaan dan penerokaan ilmu

  • viii

    secara aktif yang pastinya akan menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Pembelajaran berasaskan teknologi maklumat wajar diaplikasikan sebagai salah satu pendekatan pembelajaran dinamik. Penggunaan teknologi maklumat mampu meningkatkan kreativiti, mengembangkan pemikiran, menggerakkan minda serta menjadikan pelajar

    menganalisis data saintifik khususnya dengan sebaiknya. Kini dengan kemudahan ICT terkini dengan perkhidmatan jalur lebar G3 dan G4 membolehkan pembelajaran dan pengajaran dilakukan menggunakan gajet atau peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, menjadikans proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah. Buku ini merupakan hasil usaha kolektif mengumpulkan beberapa aplikasi Web 2.0 yang terdapat dalam tapak web di persekitaran internet yang menyediakan kemudahan untuk kita menggunapakai perisian mereka.

    Penulis merakamkan terima kasih kepada Prof Dr Mohamed Amin Embi, dari Universiti Kebangsaan Malaysia atas sokongan moral yang diberikan, juga kepada Chan Kim Fatt atas bantuan teknikal. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah (Inovasi Pengajaran- Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik (CADe) UPM atas keprihatinan pembangunan ICT dalam pembelajaran pengajaran, dan pihak Universiti Putra Malaysia menyalurkan bantuan kewangan menerusi Geran Insentif Penyelidikan alam

    Pengajaran (GIPP) 2012/2014. Kami akui kompilasi ini tidak lengkap dan apatah lagi sempurna, namun setidak-tidaknya menjadi daya penggerak atau pemacu kepada pembaca untuk meneroka lebih banyak lagi perisian Web 2.0 yang boleh digunakan dengan sebaiknya tanpa mengeluarkan wang sedikit pun. Kami sentiasa optimis dan yakin serta perlu juga kami ditegaskan, adalah tidak wajar mengatakan semua perisian percuma tiada berkualiti. Dengan kekangan kos kehidupan yang

    semakin meningkat, setidaknya penggunaan perisian atau aplikasi Web 2.0 yang percuma dapat menggerakkan para pelajar dan pengajar agar terus menggunakan teknologi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran agar kualitinya sentiasa dinamik dan terus dipertingkatkan. Kami juga akui tentunya banyak kelemahan di sana sini dalam buku ini. Kami dengan hati terbuka mengharapkan teguran yang membina dari pihak pembaca bagi memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan kualitinya di masa hadapan. Segala kelemahan sudah pastinya hasil kerja kami, kerana hanya Allah sahajalah yang

    bersifat Maha Sempurna dan Maha Mengetahui. Sekian, Wassalam. Terima kasih.

    Sidang Penulis Universiti Putra Malaysia

    Serdang 2014

  • x