Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

39
A. Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka. Kaitkan perbincangan anda dengan teori pembelajaran yang sesuai. Menurut Kamus Dewan, perubahan yang berasal daripada perkataan 'ubah' membawa maksud lain, berbeza daripada sebelumnya. Perubahan membawa maksud peningkatan, perkembangan atau peralihan dari suatu tahap ke tahap yang lain. Maka perubahan zaman boleh dikatakan sebagai zaman yang berbeza dan mempunyai kelainan daripada zaman yang sebelumnya. Perubahan seperti kata remaja yang sering disuarakan, bukan sesuatu yang boleh ditolak dan dielakkan. Manusia akan terus berusaha mencari makna diri dan makna kehidupan, terus meningkatkan mutu ilmu dan mutu teknologi, mempelbagaikan pilihan dalam kehidupan, terpengaruh dengan perkembangan sekitar dan merangka pelan kerja ke arah yang lebih meningkat. Daripada sini datangnya perubahan. Perubahan menjadikan kehidupan kita berbeza daripada sebelumnya. Daripada hanya menggunakan basikal, kemudian ke motosikal dan akhirnya kereta. Daripada hanya menggunakan dakwat untuk menulis, kemudian mesin taip dan kini menggunakan komputer untuk mencatat sesuatu. Malah terkini telefon pun hanya sebesar jam tangan. Perubahan boleh membawa dua pengertian; perubahan ke arah kebaikan dan perubahan ke arah keburukan. Daripada pandangan Islam, sesuatu perubahan sama 1

Transcript of Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Page 1: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

A. Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas

meredeka. Kaitkan perbincangan anda dengan teori pembelajaran yang

sesuai.

Menurut Kamus Dewan, perubahan yang berasal daripada perkataan 'ubah'

membawa maksud lain, berbeza daripada sebelumnya. Perubahan membawa

maksud peningkatan, perkembangan atau peralihan dari suatu tahap ke tahap yang

lain. Maka perubahan zaman boleh dikatakan sebagai zaman yang berbeza dan

mempunyai kelainan daripada zaman yang sebelumnya.

Perubahan seperti kata remaja yang sering disuarakan, bukan sesuatu yang

boleh ditolak dan dielakkan. Manusia akan terus berusaha mencari makna diri dan

makna kehidupan, terus meningkatkan mutu ilmu dan mutu teknologi,

mempelbagaikan pilihan dalam kehidupan, terpengaruh dengan perkembangan

sekitar dan merangka pelan kerja ke arah yang lebih meningkat. Daripada sini

datangnya perubahan.

Perubahan menjadikan kehidupan kita berbeza daripada sebelumnya.

Daripada hanya menggunakan basikal, kemudian ke motosikal dan akhirnya kereta.

Daripada hanya menggunakan dakwat untuk menulis, kemudian mesin taip dan kini

menggunakan komputer untuk mencatat sesuatu. Malah terkini telefon pun hanya

sebesar jam tangan. Perubahan boleh membawa dua pengertian; perubahan ke arah

kebaikan dan perubahan ke arah keburukan. Daripada pandangan Islam, sesuatu

perubahan sama ada dalam pemikiran, tingkah laku, budaya, sosial dan lain-lain

berdiri atas nilai yang digunakan dan matlamat daripada perubahan itu.

Di Asia Tenggara, bangsa Melayu mendiami kepulauan Indonesia, Malaysia,

Brunei, Selatan Thailand, Filipina, Kemboja dan Singapura. Sejarah di sekitar Asia

menunjukkan beberapa buah tamadun yang dibentuk dan dikuasai oleh orang

Melayu seperti Srivijaya, Majapahit, Funan, Champa dan Perlak dan Melaka telah

berjaya melahirkan masyarakat yang unggul dalam ekonomi, perdagangan,

1

Page 2: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

pertahanan dan pembangunan politik. Selain mewarisi tamadun-tamadun ini, mereka

juga mewarisi salah satu tamadun agung dunia iaitu tamadun Islam yang telah

membuktikan keupayaannya mengangkat martabat ummah. Kedua-dua tamadun ini

adalah warisan yang sangat berharga untuk orang Melayu. Walaupun tamadun

Melayu sangat singkat masa gemilangnya, namun memberi keyakinan bahawa

Melayu boleh menjadi hebat jika betul-betul ingin memilikinya.

Perkembangan dan peredaran zaman meletakkan nilai dan budaya orang

Melayu turut berubah. Perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan

adalah kemuncak kepada kekuatan akal dan fizikal Melayu bagi membina kekuatan

bangsa. Peperangan berdarah oleh panglima-panglima tersohor seperti Mat Kilau,

Datuk Maharaja Lela, Rentap dan ramai lagi disambung dengan peperangan mental

dan diplomasi oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan pemikir-pemikir Melayu

yang lainnya. Pencapaian kemuncak ialah mendapatkan kemerdekaan tanpa

menumpahkan darah pada 31 Ogos 1997.

Bangsa yang baru merdeka memiliki nilai-nilai perjuangan yang sejati.

Agresif, bersemangat, tinggi daya juang dan patriotik adalah antara ribuan nilai positif

yang wujud pada setiap individu yang menghayati dan merasai nikmat merdeka.

Negara yang bebas merdeka adalah bebas menentukan hala tuju negara pada masa

hadapan.

Masyarakat yang lahir selepas merdeka tidak dapat menceritakan nikmat dan

bahagianya apabila mendapat kemerdekaan. Justeru, mereka tidak dapat

menceritakan perasaan yang sebenar menjadi rakyat di sebuah negara yang

merdeka. Apa yang boleh digambarkan ialah perasaan berada di sebuah negara

yang telah bebas daripada penjajahan.

Zaman beredar terlalu cepat. Kadangkala kita alpa tentang persekitaran

sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring

dengan kemajuan di negara-negara maju terutamanya selepas negara kita

mendapat kemerdekaan. Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-

2

Page 3: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi,

pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.

Namun jika kita lihat terdapat juga impak negatif terhadap perubahan nilai dan tahap

sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan

memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Inilah yang dialami oleh remaja yang lahir 30 atau 40 tahun selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan. Mereka terputus hubungan dengan nikmat berjuang masa

silam dan apa yang ada adalah realiti sekarang, melihat pembangunan negara,

menjayakannya dan bersedia membina sebuah tamadun yang cemerlang pada

suatu hari nanti. Dalam proses ke arah itu, terdapat beberapa halangan yang

dihadapi oleh para remaja kita pada hari ini. Anak-anak muda Melayu yang

berlumba-lumba menceburi bidang hiburan, terhibur dengan adegan drama cinta dan

hantu, berpeleseran dan terlibat dengan kerosakan akhlak adalah tanda-tanda

kemerosotan kekuatan sesuatu bangsa.

Pelbagai program yang dirancang ini telah memecahkan nilai-nilai sedia ada

yang mendominasi masyarakat Melayu. Anak-anak muda Cina pada hari ini telah

terdedah dengan pelbagai fesyen pakaian dan penampilan diri hinggakan untuk

mencari anak Cina yang pakai cheongsam pun susah. Masyarakat Melayu masih

tebal dengan adat dan tradisi. Pakaian tradisi seperti baju kurung dan baju Melayu

masih dipakai setiap hari lebih-lebih lagi pada hari-hari keraian. Oleh itu, apakah

masalah sebenar orang Melayu pada hari yang dikatakan lemah dalam pelajaran,

akhlak yang semakin merosot dan menghadapi kebebalan dalam pembangunan

sosial?

Masalah sebenar Melayu ialah nilai. Masyarakat ini sedang berhadapan

dengan krisis nilai yang telah bermutasi. Peubahan ini adalah kesan daripada

pemecahan nilai-nilai tradisi lama akibat asakan bertalu-talu nilai-nilai luar melalui

media, politik, ideologi, sosial dan pemodenan corak pendidikan. Nilai-nilai baru ini

menggantikan nilai lama melalui proses rasionalisasi, logik dan dapat diterima akal

berasaskan zaman moden.

3

Page 4: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Pembangunan kawasan luar bandar yang pesat adalah sebagai satu strategi

bagi melahirkan masyarakat yang maju dan membasmi kemiskinan. Tatkala

pembangunan ini terus berlangsung, golongan yang miskin, tercicir dalam pelajaran

dan hidup daif akan terus terpinggir kerana lemahnya nilai-nilai bersaing dan ingin

maju dalam diri.

Di kawasan bandar, pengekalan nilai-nilai tradisi sentiasa dipertahankan dan

diperkukuhkan melalui gotong-royong, berkhatan dan kenduri kahwin. Dalam masa

yang sama, pendidikan yang diterima memberi nafas baru terhadap pembentukan

nilai-nilai positif bagi disesuaikan dengan kehidupan di bandar. Anak-anak muda di

bandar mudah terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat turut disebabkan perubahan

persekitaran seperti reka bentuk rumah, kawasan istirahat dan perubahan

sosialisasi. Mat Rempit adalah fenomena remaja bandar khususnya yang naluri

mudanya ditujukan pada kelompok sosial yang gilakan persaingan sebagai

menggantikan kuda lumba. Agaknya kalau Mat Rempit ini diberikan kuda seorang

seekor, bolehlah mereka berlumba dengan selamat. Tetapi kuda tidak lagi relevan

untuk berlumba kerana penjagaannya sukar berbanding motosikal EX-5, Kapcai atau

skuter.

Masalah sosial seperti Mat Rempit ini tidak akan menjadi masalah kepada

masyarakat dan agensi penguatkuasa jika mereka yang terlibat adalah cerdik dan

terdidik. Di sinilah peranan pendidikan dilihat mampu membuat perubahan besar

terhadap kepincangan sosial dalam masyarakat ini. Kurikulum di sekolah amat baik

untuk merubah nilai lama dan digantikan dengan nilai baru. Pemikir dan agensi

kerajaan sewajarnya memberi peruntukan dan masa yang banyak untuk memikir

bagi menjadikan anak-anak generasi muda Melayu lebih pintar dan mampu bersaing

di peringkat antarabangsa

Malaysia adalah sebuah Negara yang membangun, perubahan-perubahan

yang besar telah memberi banyak impak positif umpamanya dari segi ekonomi,

pembangunan, perindustrian, pelaburan dan sebagainya. Bagaimana pula kita

melihat tahap sosial masyarakat di Negara ini terutama sekali remaja?, di mana

golongan inilah yang akan memacu pembangunan negara di masa akan datang.

4

Page 5: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu-isu yang berkaitan dengan

masalah gejala sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan

dan program dilaksanakan untuk menangani fenomena ini. Perlakuan sosial yang

negatif dalam bentuk perilaku gejala tidak sihat seharusnya merupakan satu petunjuk

ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif

yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama. Keruntuhan

akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang

tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur

ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara. Secara

perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.

Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang

kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14

tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang

berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat

umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah golongan remaja

yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian

besar daripadanya masih dalam alam persekolahan.

Keruntuhan akhlak dan moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang

berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu-isu lain umpamanya

seks bebas. Isu-isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media

masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja harus diberi penekanan yang tinggi

kerana jatuh bangunnya sesebuah Negara itu adalah bergantung kepada bagaimana

badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan untuk

mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja. Di Malaysia,

remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. 

Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan

kelompok ini juga banyak. Statistik pembabitan remaja paling tinggi adalah dalam

kes jenayah harta benda seperti mencuri, samun, rompak, dan paling ketara sekali

hubungan seks bebas. Terbaru, media massa telah memaparkan fenomena

kelahiran anak luar nikah yang kian menjadi-jadi di Negara ini. Daripada data kajian

5

Page 6: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

dan statistik yang dibentangkan oleh para penganalisis, terbukti isu keruntuhan

akhlak di kalangan remaja adalah pada tahap yang tinggi. Keruntuhan akhlak ini

dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti

berikut;

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh Media Massa

Sikap Keluarga

Remaja pada peringkat usia 18 tahun ke bawah, mempunyai perasaan ingin

tahu yang tinggi. Justeru itu, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling

mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dikalangan remaja. Secara tidak

langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-

perkara yang yang tidak sepatutnya berlaku.

Keruntuhan akhlak dikalangan remaja mutakhir ini akan memberikan kesan

dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama

Negara pada masa akan datang serta memainkan peranan yang sangat penting

dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan

berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan

memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi

seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara

langsung peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Sebagai anggota

masyarakat, tiada siapa yang terkecuali untuk membendung fenomena ini yang kian

menular dikalangan remaja kita. Kita perlu kembali kepada masyarakat kerana itu

adalah tanggungjawab kita semua. 

Tidak dapat dinafikan, bahawa Malaysia mengalami proses pembangunan

yang amat pesat dalam berbagai-bagai bidang, baik dari segi ekonomi dan teknologi

yang sudah pasti menimpakan kesan-kesan yang besar terhadap masyarakat yang

6

Page 7: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

merangkumi bidang yang amat luas pula, seperti dalam bidang perbandaran,

penghijrahan, perubahan sikap dan nilai-niai hidup anggota-anggota masyarakat.

Tapi memang tidak boleh dielakkan bahawa segala perubahan masyarakat itu

berlaku kerana terpengaruh oleh berbagai-bagai perubahan dan pembangunan

kebendaan yang berlaku dalam negara itu. Senario perubahan ini amat pesat

berlaku dalam  ruang-lingkup kemajuan perbandaran atau perkotaan. Selepas

merdeka, bilangan penduduk bandar atau kota telah meningkat dengan pesat dari

masa ke semasa.

Jika kita lihat perangkaan menunjukkan bahawa daripada tahun 1970 hingga

tahun 1987 penduduk bandar telah meningkat sebanyak 32.0 peratus, dan terus

meningkat lagi kepada 60.8 pepratus pada tahun 2003. Peningkatan penduduk

bandar ini berlaku kerana penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar sepanjang

masa tersebut.  Penghijrahan itu berlaku kerana sebab-sebab ekonomi, iaitu untuk

mencari peluang pekerjaan yang tidak wujud di luar bandar. Kebanyakan pekerjaan

itu banyak terdapat dalam bidang perkilangan dan perindustrian yang kian meningkat

dari masa ke masa di mana bandar-bandar adalah menjadi nadinya kerana terdapat

berbagai-bagai kemudahan yang disediakan di sana.

Oleh itu, Kebanyakan penghijrahan ke bandar itu berlaku di kalangan anak-

anak muda luar bandar yang berada dalam lingkungan usia 15 hingga 34 tahun. Di

tinjau dari satu segi penghijrahan itu memang berguna dari segi ekonomi dan sosial

rakyat dan negara Malaysia. Namun begitu, kegunaan itu tidak dapat memberi

sumbangan yang wajar kepada kesejahteraan hidup kerohanian manusia yang

merupakan unsur yang tidak selalunya mendapat perhatian yang saksama.

Sementara itu, perkembangan-perkembangan media elektronik dan media

cetak yang begitu pantas telah mencetuskan berbagai-bagai efek terhadap pemikiran

manusia, terutama kepada golongan kanak-kanak dan anak-anak muda remaja.

Pengarauh-pengaruh yang ditimpakannya itu sering bertembung dengan nilai-nilai

tradisional dan juga nilai-nilai agama yang suci, kerana elemn-elemen yang dibawa

dan dikembangkannya bukan sahaja murni dan mulia, malah sebaliknya lebih

banyak mengecewakan hati nurani manusia.

7

Page 8: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Akibatnya sebagaimana yang kita lihat berbagai-bagai gejala buruk telah

menimpa batu gemala anak-anak bangsa kita, baik secara langsung ataupun tidak

langsung. Perkara yang tidak diingini ini berlaku kerana  rapuhnya kerohanian

kita  dalam menempuh berbagai-bagai gelumbang cabaran yang dilonjakkan oleh

berbagai-bagai kemajuan yang begitu pesat berkembang dalam semua bidang

kehidupan pada masa kini. Gejala-gejala buruk  yang begitu ketara telah berlaku

dalam gerak nadi masyarakat kita antaranya ialah penyalahgunaan dadah,

penagihan alkohol, aneka jenis jenayah, seperti rasuah, rompak, samun, ragut, rogol,

buang bayi, wabak perzinaan atau seks bebas, masalah disiplin dan ponteng

sekolah yang kian meningkat, dan berbagai-bagai perkara makar lagi yang kian

pesat berkembang dalam masyarakat kita, termasuklah gangguan psikologi yang

kian meninggi dari masa ke masa.

Dari segi kerohaniannya segala perubahan-perubahan dan kemajuan itu

telah mengusik dan menggoda jiwa para insan, terutama unsur-unsur negatifnya

yang akan memimpin mereka ke arah kehancuran, sedangkan mereka tidak

mempunyai benteng keruhanian yang utuh untuk mengahadapi cabaran hidup yang

akan melanda, terutama dari segi kebendaan yang akan mendorong manusia ke

arah kemusnahan sebagaimana telah lama berlaku secara berleluasa dalam

masyarakat barat. Semua perubahan yang berlaku, mahu tidak mahu, telah

meningalkan kesan-kesan terhadap jiwa manusia, baik dengan kadar yang sedikit

ataupun dengan kadar yang banyak, termasuk dari segi kesihatan yang biasanya

mempegaruhi hayat manusia yang terlibat.

Bahkan dengan kecelaruan jiwa manusia akibat tekanan hidup menimpa

setiap peringkat usia masyarakat dan juga setiap peringkat taraf hidup mereka. Ia

menimpakan kesan ke atas kanak-kanak sekolah, anak-anak muda remaja, orang-

orang dewasa dan juga orang-orang tua, lelaki dan wanita. Perkara ini berlaku

kerana beberapa faktor, seperti berpunca daripada tekanan kerja, tekanan

pendidikan, tekanan ekonomi, tekanan di rumah tangga dan sebagainya.  Tindak

balas mangsa itu pula berbeza antara seorang personal dengan seorang personal

yang lain dalam masyarakat.

8

Page 9: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Oleh kerana dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor lagi, telah menyebabkan

salah satu institusi yang penting dalam masyarakat, iaitu institusi kekeluargaan

menjadi ranap, punah dan runtuh ditelan perubahan dan masa yang berlalu.

Keruntuhan institusi kekeluargaan ini telah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang

buruk ke atas masyarakat, seperti meningkatnya gejala ponteng sekolah,

pengamalan seks bebas atau perzinaan, melepak, merompak, membunuh, samun

bersenjata dan tidak bersenjata, merogol, pelacuran, vandalisme dan sebagainya.

Semuanya itu memerlukan perhatian yang serius supaya ianya tidak menjadi barah

yang lebih parah dan memusnahkan bangsa dan negara.

Segala kemajuan dan perubahan-perubahan yang berlaku ini melibatkan seluruh

masyrakat termasuk umat Islam sama ada mereka sedari atau tidak sedari, sama

ada mereka mahu atau tidak mahu. Arus pembangunan yang bergerak laju itu akan

meliputi, malah telah pun menenggelamkan sebahagian daripada mereka yang alpa

tidak waspada, serta tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan diri yang perlu

untuk menjadi benteng yang kuat untuk menghadapi dunia yang kian mencabar ini.

Keadaan ini telah meninggalkan krisis nilai terhadap masyarakat, khususnya

masyarakat Islam. di mana ia telah menjelma dalam berbagai-bagai gejala buruk di

kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.  Krisis ini telah berjaya

menghapuskan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Keadaan ini menjadi bertambah

buruk dengan adanya faktor-faktor seperti berikut:

i. Pengaruh budaya luar, khususnya budaya kuning yang buruk dapat

merosakkan budaya murni yang telah sedia ada dalam masyarakat, yang

boleh menyebabkan keruntuhan masyarakat itu sendiri.

ii. Merosotnya pemupukan niai-nilai murni dalam masyarakat, khususnya dalam

sistem kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat.

iii. Merosotnya pemupukan nilai-nilai moral atau agama dalam masyarakat,

tegasnya keluarga yang menjadi tunjang masyarakat.

Fungsi kekeluargaan yang sangat penting itu telah terhakis dengan teruknya,

malah tidak berperanan lagi, telah menjadi makhluk yang hampir lumpuh. Justeru itu

generasi-generasi muda dalam keluarga, tidak lagi tumbuh dan berkembang dengan

9

Page 10: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

sewajarnya. Jika ketua-ketua keluarga tidak tegak dalam keimanan, maka anak-anak

buah mereka, generasi-generasi yang akan mewarisi mereka, sukar untuk menjadi

anak Muslim yang tulen, malah mungkin menjadi lebih buruk lagi, sebagai anak-anak

yang tidak berpendidikan agama. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuehnya,

malah kadang-kadang kueh lebih buruk daripada acuan-acuannya.

Bukan lagi menjadi perkara pelik pada hari ini, jika kita mendengar ada anak-

anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka, malah terdapat kes-kes di mana

anak-anak memukul dan membaham ibu bapa mereka, menghalau ibu bapa mereka,

meninggalkan ibu bapa mereka, malah ada yang sanggup menguggut dan

membunuh ibu bapa mereka kerana enggan memenuhi kehendak mereka untuk

berjoli dan membeli dadah yang terkutuk itu.

Mengikut kajian, anak-anak muda Melayu, yang pastinya beragama Islam,

adalah merupakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang terlibat dalam

gejala-gejala sosial yang buruk di negara kita. Sebahagian besar daripada penagih-

penagih dadah  yang menghuni di pusat-pusat serenti di seluruh negara, adalah

Melayu, iaitu sebanyak 80 peratus. Hampir seluruh mereka yang terlibat dengan

kerja-kerja bohsia dan bohjan adalah terdiri dripada anak-anak Melayu; seluruh Mat

Rempit yang berlagak gila di jalan-jalan raya adalah anak-anak Melayu, sebahagian

besar daripada orang-oang yang fasik menentang agama mereka sendiri adalah

anak-anak Melayu, dan sebahagian orang-orang Melayu sejak kebelakangan ini

yang hidup seperti suami isteri tanpa nikah hingga melahirkan anak-anak haram.

Dan sebahagian besar daripada mereka yang melempar anak-anak mereka adalah

Melayu

Oleh kerana merostonya fungsi kekeluargaan itu, maka fungsi kejiranan juga

menjadi merundum. Sedangkan fungsi kejiranan itu sepatutnya terus hidup segar

dan berkembang walau pun di bumi mana manusia berpijak. Kerana itu walau pun

rumah kediaman mereka, sebelah menyebelah, rumah pangsa sekali pun, ada

kemungkinan besar, mereka tidak kenal mengenali antara satu sama lain.

Justeru itu dengan runtuhnya semangat kejiranan ini tidak ada siapa yang

bersedia menegur anak-anak jiran mereka yang membuat kemungkaran di hadapan

10

Page 11: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

mata mereka sekali pun. Kerana dengan berbuat demikian mereka terpaksa

bersedia menerima risiko dimarahi dan dimaki oleh anak-anak jiran itu ataupun

dicela oleh ayah anak-anak itu yang menganggap perkara itu sebagai fitnah semata,

dan usaha untuk menjaga tepi kain orang lain. Kalau sekadar dimarah dan dicela

sahaja, tidaklah merisaukan sangat, tapi bagaimana kalau diikuti dengan tindakan

agresif, kekerasaan fizikal. Dengan itu lebih selamat untuk tidak “menajaga tepi kain

oang lain” dan besikap “ada mata lihat, ada telinga dengar”, daripada membuka

mulut.

Selain itu, dengan ledakan informasi dalam teknologi komunikasi  [ICT] yang

semakin menjadi-jadi, mendedahkan mereka kepada pelbagai unsur negatif yang

tidak sihat dan ke arah kerja-kerja yang tidak berfaedah. Perkara ini berlaku kerana

beberapa faktor:

i. Kebiasaannya anak-anak muda remaja gemar mencuba sesuatu yang

dianggap “dewasa” dan kebiasaannya kecenderungan itu menyebabkan

mereka menyempang daripada landasan moral yang sebenarnya.

ii. Kebanyakan golongan remaja hari ini tidak mempunyai kepimpinan atau

panduan yang betul untuk membantu mereka menempuhi zaman remaja

mereka yang penuh dengan pelbagai cabaran.

iii. Penganjuran hiburan yang terlampau tanpa mengira halal dan haram, dan

progremnya tidak berlandaskan ajaran Islam dan akhlak yang mulia, malah

bercanggah dengan nilai-nilai agama. Program seperti ini tetap diteruskan

juga walaupun mendapat tentangan daripada alim ulamak, demi kepentingan

poket penganjurnya. Justeru dalam progrem-progrem seperti ini,

percampuran bebas antara lelaki dan prempuan, pendedahan aurat,

pengelibatan arak dan penyalahgunaan dadah, berkelakuan tidak bermoral

dan sebagainya.

Akibat terpengaruh dengan gejala-gejala dan budaya-budaya yang tidak sihat

dan buruk itu, segala sifat mulia dalam masyarakat telah berangsur-angsur terhakis,

seperti sikap menghormati orang-orang tua, ibu bapa, kasih sayang terhadap

keluarga dan jiran tetangga, berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati

peraturan dan undang-undang dan sebagainya dari sifat-sifat yang mulia dan positif

telah pupus, dan ini mencetuskan kebimbangan kepada anggota-anggota

11

Page 12: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

masyarakat yang berfikir. Malah masyarakat kita telah berubah menjadi masyarakat

materialistik yang berlebihan, atau bersemangat keakuan yang melampau-lampau

yang menyebabkan terpinggirnya amalan murni yang selama ini menjadi tunjang

masyrakat kita.

Berdasrkan kepada masalah tersebut dapat saya kaitkan dengan teori

pembelajaran Behavioris. Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan

tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon.

Seseorang dianggap telah belajar sesuatu apabila ia mampu menunjukkan

perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan

yang dialami oleh murid-murid dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku

dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi antara stimulus dan respon.

Bahkan Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor

persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris

melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya

menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa

sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat

kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai,

kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur,

diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas

bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat

kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh

dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep

pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran

(Jalongo dan Isenberg 2000).

Justeru itu, penghakisan nilai murni dalam umat Islam Melayu itu telah

menjadi krisis besar yang telah menimbulkan kesan yang buruk dan amat

membimbangkan. Penghakisan niali-nilai murni masyarakat ini telah menghilangkan

peluang-peluang dalam masyarakat kita untuk mencapai kedudukan yang baik

dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosio. Harapan telah menjadi musnah

12

Page 13: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

dengan timbulnya dan berleluasanya berbagai-bagai gejala dan isu buruk yang

membinasakan masyarakat itu sendiri.

Sekiranya asas perubahan ialah mengekalkan manusia di dalam keadaan

fitrah, meninggikan kualiti akhlak dan amal, menjadikan manusia lebih berilmu, ia

dikatakan perubahan yang baik. Namun jika perubahan hanyalah sebagai tuntutan

nafsu-nafsi dan kebendaan semata-mata serta menyebabkan manusia lebih rakus

dan tamak, maka perubahan tersebut lebih menjurus ke arah keburukan.

Remaja harus memahami bahawa ada perkara yang tidak akan berubah.

Misalnya peredaran bulan dan bintang, penciptaan manusia yang berlainan jantina,

bangsa dan agama serta pasang surut air laut. Itu dikatakan sebagai fitrah alam.

Tetapi manusia menggunakan akal dan kekuatan berfikir untuk sebaik-baiknya

mengeksploitasikan kejadian alam, sama ada ke arah kebaikan mahupun keburukan.

Remaja kini berada dalam zaman yang cepat berubah. Remaja yang sedang

menempuh zaman ingin tahu dan belajar, ingin meniru serta ingin berubah akan

terkesan dengan perubahan sekitarnya. Remaja misalnya mudah terpengaruh

dengan gaya dan kepelbagaian cara hidup, mencari identiti diri, dan bergolak dengan

emosi dan impiannya. Perubahan zaman menuju era informasi memiliki peranan

besar dalam membentuk sikap dan perilaku remaja. Teknologi dan informasi yang

tidak terkendali fungsinya turut mempengaruhi pola perilaku remaja. Ertinya, perilaku

menyimpang tidak hanya semata-mata bersumber daripada remaja itu sendiri.

Tetapi, adanya perubahan zaman secara mendadak mampu memacu remaja

bersikap dan berperilaku di luar batas.

Justeru, remaja harus hati-hati dalam menerima perubahan. Amat penting

mencari pedoman dan panduan pada peringkat umur remaja. Perubahan bagi

remaja adalah suatu fitrah. Sekiranya perubahan yang diinginkan oleh remaja ialah

peningkatan ilmu dan kualiti pemikiran, bersikap terbuka untuk mematangkan

pergaulan dan menambah pengalaman yang berguna, perubahan yang bakal

13

Page 14: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

berlaku pada remaja adalah perubahan yang berfaedah yang akan menjadikan

remaja memiliki kualiti tersendiri apabila remaja memasuki alam dewasa nanti.

Oleh itu remaja harus berusaha mempertingkatkan kemahiran diri, sesuai

dengan perubahan zaman. Islam sendiri adalah agama yang dinamik serta mengajak

umatnya supaya sentiasa berubah untuk kebaikan diri dan umat. Islam adalah

agama yang merentas zaman. Amalan-amalan yang buruk pada zaman jahiliah

dihapuskan selepas kedatangan Islam. Kehidupan wanita dan kanak-kanak menjadi

lebih terbela dengan ajaran Islam. Kualiti hidup juga dipertingkatkan dengan

pemahaman iman dan amal. Justeru, sebagai remaja Islam kita harus memahami

bahawa perubahan ke arah kebaikan adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh

agama.

Dalam mengendalikan perubahan zaman yang semakin mencabar ini, remaja

harus mempunyai beberapa kualiti dan ciri. Pertamanya, remaja mesti mempunyai

ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu. Remaja harus berupaya untuk

membandingkan ilmu yang benar dan ilmu yang salah. Tidak semua perubahan

daripada Barat harus diterima, dan tidak semuanya harus ditolak. Keupayaan remaja

untuk membandingkan yang baik dan buruk mengikut acuan agama dan norma

masyarakat sangat penting agar tidak hanyut dengan badai perubahan.

Keduanya, kefahaman terhadap ilmu agama sangat penting kerana ia

memacu kepada nilai sesuatu perubahan yang ingin dilakukan. Pemahaman

terhadap agama bukan sahaja merangkumi sesuatu yang bersifat ritual, tetapi juga

mempengaruhi ruang lingkup pemikiran dan kehidupan. Remaja harus melihat di

samping pentingnya kekuatan iman dan akhlak dan dikemaskan dengan

penguasaan ilmu berasaskan nilai murni dan matlamat yang bermanfaat.

Keimanan menjadikan remaja berjiwa merdeka, iaitu keyakinan dan

pergantungan yang bulat dan tinggi kepada Allah yang menyebabkan remaja

memiliki daya juang serta daya saing yang hebat. Apabila memiliki kedua-dua ciri

tersebut, remaja harus mempunyai iltizam untuk membangunkan keupayaan diri dan

14

Page 15: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

umat mengikut acuan kita sendiri. Sudah tiba masanya umat Islam menampilkan

dunia sesuatu yang baru dan menarik pengguna ilmu dan teknologi, supaya bukan

sahaja ilmu tersebut dapat dimanfaatkan, tetapi juga mampu menguasai minda dan

budaya.

Remaja hari ini akan mewarisi masyarakat dan generasi yang sedia ada pada

masa kini. Remaja juga menjadi penentu kepada kegemilangan bangsa dan

tamadun. Menjadi pewaris sesuatu masyarakat tentulah memerlukan jati diri bangsa

yang kuat, utuh dan berkualiti khususnya modal insan. Bangsa yang hebat adalah

bangsa yang memiliki dan sentiasa meningkatkan kualiti modal insan mereka dari

semasa ke semasa.

Oleh itu, semua pihak haruslah sentiasa bekerjasama bagi mengatasi

masalah ini terus berleluasa. Semuanya ini dapat diatasi dengan kembali kepada

peribadi sendiri, kembali kepada agama Islam yang selama ini menjadi tunjang

bangsa kita, Islam dalam ruang lingkup yang lebih luas mencakupi semua bidang

kehidupan untuk menjamin kebahagian hidup umat manusia di dunia dan di akhirat.

Kita mesti meletakkan Islam dalam semua bidang kehidupan, baik pendidikan,

ekonomi dan politik dan sebagainya, kalau kita ingin maju dan berkembang sebagai

umat Islam dalam skop yang lebih luas bukan hanya terbatas kepada kaum dan

bangsa.

15

Page 16: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

B. Pilih satu isu moral yang berlaku di dalam masyarakat dan nyatakan

sebab-sebab anda memilih isu itu. Anda juga dikehendaki untuk

merumuskan punca, kesan dn cara menangani isu yang dipilih dengan

menggunakan pengurusan grafik. Bahan sokongan seperti surat

khabar, artikel dan sebagainya hendaklah dilampirkan.

Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah

Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan

bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi,

pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik

dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut

mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa)

dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas.

Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah

dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan

kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan

hingga ke hari ini walaupun Negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini

kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian

dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh

negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini, masih mengambil model

Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini

semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara

maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat

ini dapat dilihat yang mana semakin menular dalam kalangan masyarakat kita hari ini

terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik

dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas

sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita tentang isu yang sering berlaku dan

berkaitan tentang dengan masalah akhlak dan isu moral remaja terutama di sekolah

telah ditimbulakan seperti pelajar ponteng sekolah, melawan guru,merokok, buli dan

sebagainya. Sikap para pelajar sekarang ada yang menjangkau fikitan kita. Dengan

16

Page 17: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

itu, Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam dunia globalisasi

dan moden hari ini. Isu moral di kalangan pelajar yang selalu dibicarakan perlu dicari

jalan penyelesaian segera. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia

melibatkan banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya kepada

diri remaja, agama dan negara.

Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai

perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan

keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam

sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi

yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang

Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam

lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak

didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini

tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan

masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di

bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam

persekolahan.

Di antara isu yang dikupas di bawah keruntuhan moral remaja pada masa ini

adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu seks bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang

hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan

remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah

negara adalah bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga

bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara mengatasi masalah

keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remaja.

Saya memilih isu seks bebas ini disebabkan saya beranggapan bahawa isu

seperti ini haruslah diambil berat dan dibenteras dari terus berleluasa. Bahkan kes

seperti ini dapat memusnahkan masa depan remaja kita dan boleh mendatangkan

pelbagai penyakit, serta kes ini juga dapat menambahkan lagi kes jenayah seperti

kes rogol, kes pembuangan bayi disebabkan dengan isu seks bebas tersebut.

17

Page 18: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Oleh itu, tanggungjawab membanteras masalah seks bebas pelajar sekolah

bukan sahaja tanggungjawab kerajaan malah ia harus dipikul oleh semua pihak. Ini

kerana pelajar merupakan aset negara paling berharga yang akan menentukan

masa depan masyarakat dan negara. Kegagalan membendung masalah ini sudah

pasti memberi gambaran yang kurang baik terhadap masa depan negara. Oleh itu,

saya berpendapat dan berharap bahawa dengan tugasan ini dapat memudahkan

untuk semua pihak untuk menangani masalah seks bebas dikalang murid-murid kita

pada masa kini dengan berterusan berleluasa tanpa ditangani.

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh

terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika

ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih

kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan

menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80%

daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan

istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. Dan baru-

baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan

bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara

bebas.

Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak

menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. MasyaAllah begitu bahaya dan

dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya.

Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang penting dan

tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi

Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya

“Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, minuman

arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan

jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah

berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita.

Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini

dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam, malahan untuk

mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman “Janganlah kamu

18

Page 19: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan

satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32) Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini

adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan

berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan

hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu

ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad “Wahai Pemuda, siapa di

antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan

pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.”

(hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-

Nasai. Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai

pernikahan dan memberi nafkah (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-

Qardhawi: 2/549 no 1095). Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah

dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan

badan terdapat nilai sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika

salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat pahala?”.

Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia

berdosa? Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”.

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden

antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD

bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu

melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini

sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart,

trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan

yang paling berbahaya ialah AIDS.

Oleh itu, jika kita lihat isu seks bebas ini berlaku disebabkan dengan pelbagai

faktor atau punca-punca seperti jadual di bawah :

No Faktor-faktor Huraian

Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.

19

Page 20: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

1 Perasan ingin tahun dan

ingin mencuba

Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untukmencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa,keluarga, jiran dan sebagainya.

Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya.

2 Pengaruh Rakan Sebaya

Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.

Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus kedalam gejala sosial.

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala social dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk.

20

Page 21: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

3 Pengaruh Media Massa

Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.

Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

4

Keruntuhan insitusi

kekeluargan

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik.

Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi danmengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu,ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur,perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

21

Page 22: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Perbincangan mengenai keruntuhan moral remaja adalah berkisar isu pelajar

remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan

remaja ini. Berikut beberapa saranan:

22

Peranan Ibu Bapa

• Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anakanak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.

• Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

Cara Mengatasi Masalah

Pendekatan akademik

Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan

separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-

perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang

dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Page 23: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Secara kesimpulannya, Keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan remaja

pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam

masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang,

memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan

jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari

ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak

merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu

mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga

akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi

kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih

penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam

mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau

apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu

bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

23

Penguatkuasaan Undang-UndangMewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah

boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan

tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah berkesan

sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu

digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir

hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling

di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja

mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor

yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan da

keberkesanan kaunseling tersebut.

Peranan PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan

yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar

yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka

dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-

Page 24: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

C. Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi

perlu merangkumi pengalaman atau kekangan anda semasa

menjalankan tugasan dan cara mengatasinya. Penulisan reflektif

hendaklah merujuk kepada model atau teori yang sesuai.

Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana

dengan izin-Nya saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah

dipertanggunjawabkan kepada saya. Semasa membuat dan menyiapkan tugasan ini

saya dapat melihat dan mengetahui punca-punca tentang isu moral yang berlaku di

Malaysia. Terutamanya yang berkaitan dengan punca dan cara mengatasi isu moral

tersebut seperti isu seks bebas. Bahkan hasil dari tugasan tersebut saya dapat

pelbagai ilmu berkaitan dengan perubahan nilai terhadap remaja kita pada masa kini.

Jika saya lihat sejak berlakunya perubahan zaman selepas merdeka ini banyak

faktor yang menyebabkan remaja kita terjebak dengan perkara yang kurang

berfaedah dan melanggar ajaran agama Islam.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini,

antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan dan

tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang

tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-

rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan

kerja dengan komputer saya. Namun, walaupun terdapat beberapa sedikit masalah

untuk mendaptkan bahan berkaitan dengan tugasan tersebut, namun dengan berkat

kerjasama rakan-rakan saya dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.

24

Page 25: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

RUJUKAN

Kertas Kerja. (2007). Menangani gejala jenayah syariah. Johor Bahru: Jabatan

Agama Islam Johor.

Laporan Tahunan. (2007). Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kuala Lumpur. AADK.

Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah

Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu:

Kajian Kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti Sastera

dan Sains

Sosial, Universiti Malaya.

25

Page 26: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

LAMPIRAN 1

Faktor keluarga, kehamilan luar nikah dan pengguguran bayi

Zakiyah Jamaluddin

Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial

Pusat Pengajian Pembangunan Sosial

Kolej Sastera dan Sains

Universiti Utara Malaysia

[email protected]

Abstrak

Hubungan seks bebas merupakan salah satu masalah sosial yang melanda remaja

dewasa ini. Ekoran daripada itu, ramai di antara remaja perempuan yang hamil luar

nikah dan seterusnya terlibat dalam pengguguran haram. Biarpun kaedah yang

digunakan boleh mengundang maut dan menyalahi undang-undang negara, namun

ada di antara mereka sanggup menanggung risiko akibat terdesak.

Kajian ini meneroka permasalahan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja.

Seramai enam orang remaja perempuan telah ditemubual bagi mendapatkan

maklumat yang lebih lanjut. Responden dipilih berdasarkan kaedah purposif

(bertujuan) dan bola salji (snowball). Temubual dilakukan di tempat yang dipilih

sendiri oleh responden kerana bimbang perlakuan mereka akan diketahui keluarga.

Kesemua mereka diberi nama samaran bagi melindungi identiti mereka dan menjaga

etika kerahsiaan. Kesemua mereka juga diberi borang persetujuan untuk ditemubual

(inform consent). Data dianalisis menggunakan tema dan kategori yang didapati

berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan.

Pelbagai masalah dalam keluarga seperti perbalahan, pergolakan dalam keluarga,

ibu bapa yang tidak bertanggung jawab, kemiskinan, perpecahan dan perceraian,

memberi kesan terhadap tingkah laku remaja. Kekurangan kasih sayang mahupun

kebebasan yang keterlaluan diperolehi daripada keluarga adalah antara faktor

mengapa remaja terjebak dalam hubungan seks bebas.

26

Page 27: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

Pergaulan bebas dengan rakan sebaya, teman lelaki, ponteng sekolah,

penyalahgunaan bahan, menjadi mangsa rogol juga antara punca mengapa remaja

terlibat dalam kes kehamilan luar nikah. Ada di antara mereka pula yang bertindak

menggugurkan kandungan kerana bimbang diketahui oleh keluarga, malu dan teman

lelaki enggan bertanggung jawab. Ada di antara responden yang terlibat dalam kes

hubungan seks bebas dengan beberapa orang teman lelaki dan terlibat dalam

pengguguran haram lebih daripada sekali. Ada yang memilih untuk menggugurkan

kandungan secara tradisional dan ada juga yang memilih untuk melakukannya di

klinik swasta. Akibat tindakan mereka itu, ada juga dalam kalangan remaja ini yang

mengalami masalah emosi kerana seringkali teringat kepada bayi yang digugurkan

oleh mereka. Namun ada juga yang memilih untuk meneruskan kandungan mereka

apabila pihak keluarga dapat menerima keadaan mereka dengan terbuka dan

akhirnya berkahwin dengan teman lelaki mereka. Usia yang sangat mentah dan tiada

persediaan dengan kehamilan yang tidak dirancang menyebabkan golongan remaja

ini bertindak cepat dengan harapan mereka dapat menyelesaikan masalah mereka.

Ada juga yang mengalami tekanan psikologi akibat permasalahan keluarga dan

kehamilan yang tidak dirancang.

Dalam konteks permasalahan ini, pelbagai bentuk intervensi boleh dilakukan.

Remaja yang masih merupakan pelajar sekolah ini boleh dirujuk kepada pihak

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Begitu juga

bagi mereka yang telah tercicir dalam pendidikan. Mereka boleh dibimbing agar

dapat kembali semula meneruskan persekolahan. Selain itu, bagi yang memilih

untuk meneruskan kehamilan sehinggalah kelahiran bayi mereka, maka kita boleh

menyediakan mereka dengan pelbagai bentuk ilmu pengetahuan misalnya apa yang

boleh dilakukan selepas kelahiran anak dan memikul tanggung jawab sebagai

seorang ibu. Selain itu, bertindak menjadi pembimbing dan pembela iaitu membantu

remaja yang terlibat ini mengupayakan sumber-sumber dalam persekitaran yang

sedia ada bagi membuat perancangan dalam menangani permasalahan emosi

mereka.

496 words

27

Page 28: Bincangkan secara kritis perubahan nilai masyarakat Malaysia selepas meredeka.docx

LAMPIRAN 2

28