bm K1PPT

17
SULIT 011 Soalan 1 - 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1 Pengawal raja itu memegang ______________ untuk melindungi Sultan Mahmud Shah daripada panas terik. A panji-panji B iram-iram C singgahsana D destar 2 “ Tuan hamba pulanglah dahulu. _______________ akan usulkan perkara tersebut kepada Sultan Muzzafar Shah,” kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah. A Patik B Hamba C Tuanku D Beta 3 Muka Nurul Ayunie berkerut-kerut ketika dia menggigit buah mempelam muda yang ______________ itu. A masam B kelat 2

description

bm ppt thun 6

Transcript of bm K1PPT

PAGE 2SULIT 011

Soalan 1 - 18Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1Pengawal raja itu memegang ______________ untuk melindungi Sultan Mahmud Shah daripada panas terik.

Apanji-panji

Biram-iram

Csinggahsana

Ddestar

2 Tuan hamba pulanglah dahulu. _______________ akan usulkan perkara tersebut kepada Sultan Muzzafar Shah, kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah.

APatik

BHamba

CTuanku

DBeta

3Muka Nurul Ayunie berkerut-kerut ketika dia menggigit buah mempelam muda yang ______________ itu.

Amasam

Bkelat

Cpedar

Dlidas

4Ibu membuang udang kering yang lama disimpan itu kerana telah berbau _____________.

Ahanyir

Bhapak

Chamis

Dharing

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.5Aisya Amalin menerima sepucuk surat yang dikirimkan ______________ sahabatnya yang kini masih belajar di luar negara.

Auntuk

Bkepada

Cdari

DOleh

6 Beberapa _________cendawan tumbuh pada batang pokok getah yang reput. A kuntum

B kaki C batang D kelopak

7Encik Idham telah ______________ di Bandaraya Kuala Lumpur sejak tujuh tahun yang lalu.

Abermastautin

Bberziarah

Cbernaung

Dbertukar

8Ribut pada malam tadi bukan sahaja kencang _____________ telah memusnahkan beberapa buah rumah di Beserah.

Apadahal

Bmahupun

Cwalhal

Dmalahan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9Pekerja Majlis Perbandaran Kuantan _____________ pokok hiasan untuk mencantikkan bandar Kuantan.

Amencantas

Bmenebang

Cmemotong

Dmenakik

10Bunyi gitar yang _________ itu mengejutkan bayi yang sedang tidur.

A. merdu

B. pecah

C. nyaring

D. perlahan

11Dahlan _______________ memancing di kolam itu walaupun hari sudah petang.

Aharus sudah

Bmasih sedang

Cakan dapat

Dsudah pernah

12Surat itu _______________ Azli Sham _____________ bapanya yang berada di Bukit Sekilau, Kuantan.

Adari ... ke

Buntuk kepada

Cdaripada di

Ddaripada kepada

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13Puan Sharifah meletakkan pasu Sarawak yang baru dibelinya itu di _____________ ruang tamu rumahnya.

Abelakang

Bpenjuru

Csisi

Dhadapan

14___________ tubuhnya kecil __________dia mampu mengangkat beg yang berat itu.

A Sedangkan..tetapi

BSungguhpun.tetapi

CDaripadalebih baik

DBukan sahaja..tetapi juga

15Puan Maimunah menghidangkan kuih-muih dan lauk-pauk di atas meja __________ menjemputnya tetamu menikmati hidangan yang disediakan.

A. serta

B. sehingga

C. lalu

16Raiha memakai se__________ kalung mutiara semasa menghadiri majlis hari jadi rakannya.

Alembar

Bbentuk

Cuntai

Durat

17Kaki kanak-kanak lelaki itu _______________ terkena ranting-ranting kayu ketika bermain di tepi belukar.

Acalar-balar

Bcomot-momot

Cbengkak-bengkil

Dhitam-legam

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah ini.

18

Hassan menggunakan galah untuk_______________dahan pokok yang sekah itu.

A mengambil

B memetik

C mengait

D mencantas

19Perlawanan antara kedua-dua pasukan itu sungguh sengit.Perkataan seerti bagi sengit ialah

Ahebat

Blancar

Chandal

Dmeriah

20Kereta Encik Mazlan mengalami susut nilai kerana ditenggelami banjir pada bulan Disember lalu.Perkataan berlawan bagi susut ialah

Aberkurang

Bmeningkat

Cmerudum

Soalan 21Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

21Drama bersiri Setia Hujung Nyawa mendapat sambutan hangat daripada penonton kerana mempunyai barisan pelakon muda yang berbakat.

ASiapakah pelakon terkenal drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu ?

BKenapakah judul drama bersiri Setia Hujung Nyawa diminati ramai ?

CAdakah drama bersiri Setia Hujung Nyawa mendapat sambutan hangat ?

DMengapakah drama bersiri Setia Hujung Nyawa mendapat sambutan hangat ?

Soalan 22

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

22Bagaimanakah dia memperoleh wang untuk memulakan perniagaannya itu ?

APerniagaannya bermula jika dia memperoleh wang keuntungan yang besar.

BSegala-galanya bermula lima tahun yang lalu daripada rakan baiknya.

CBantuan wang daripada ibu bapanya tidak cukup untuk memulakan perniagaan itu.

DDia dapat memulakan perniagaannya itu melalui pinjaman daripada pihak bank.

Soalan 23 - 24Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23IDedaun kering itu gugur di halaman rumah.

IIPerniagaan Pak Ali gugur sejak kebelakangan ini.

IIIBuah durian telah mula gugur di dusun datuk Azlin.

IVRamai pejuang gugur di medan perang.

AI ,II dan III

BI dan IV

CI , III dan IV

DII, III dan IV

24IBerikan saya buah anggur barang sekilogram.

IIBarang siapa yang didapati bersalah , maka dia akan dihukum.

IIICikgu Abdullah tidak menemukan barang kesilapan dalam karangan Ali.

IVAyah dan ibu singgah di pasar raya itu untuk membeli barang dapur.

AI dan III

BII dan IV

CI, II dan IV

DII, III dan IV

Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25Jemputlah ke majlis hari jadi saya pada minggu hadapan, kata Yati kepada Suzie.

AYati telah mempelawa Suzie ke majlis hari jadinya pada minggu hadapan.

BYati merayu Suzie agar datang ke majlis hari jadinya pada minggu hadapan.

CYati meminta Suzie bertandang ke majlis hari jadinya pada minggu hadapan.

DYati mengarahkan Suzie datang ke majlis hari jadinya pada minggu hadapan.

Soalan 26 - 28

Pilih ayat-ayat yang betul.

26AWanita yang berbaju kebaya itu adalah ibu Fazril.

BRumah yang terletak di atas bukit itu bukan rumah Zafran.

CPraveen melakukan tugas itu tidak kerana wang tetapi kerana tanggungjawab.

DTujuan pertandingan itu diadakan ialah untuk mencungkil bakat murid-murid.

27IKishen mengikut ibunya ke Kedai Buku Men Men untuk membeli alat tulis.

IIZaim berjumpa dengan Cikgu Meon untuk mendapatkan tanda tangan beliau.

IIISemua peserta diminta mendaftarkan diri kepada urus setia kursus.

IVJason telah dilantik sebagai ahli jawatan kuasa Kelab Catur.

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

28IKebanyakan kanak-kanak tidak suka makan sayur.

IICikgu Noraini mengajarkan Sains kepada murid-murid Tahun Enam Budi.

IIIOleh kerana hujan lebat, perlawanan akhir hoki itu terpaksa ditangguhkan.

IVKedua-dua anak Encik Harith sedang menuntut di menara gading.

AI, II dan IV

BI, III dan IV

CII, III dan IV

DI, II, III dan IV

Soalan 29 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29Puan Adibah sering menasihati anak-anaknya supaya tidak bercakap kasar,

sebaliknya menggunakan ____________________ ketika berkata-kata.

Abahasa ibunda

Bbahasa dalam

Cbahasa halus

30Shahriza benar-benar kecewa akan sikap Muzammil yang tidak ambil peduli

langsung segala nasihat yang diberikannya seperti ______________________ .

Aabu di atas tunggul

Bpahat dengan penukul

Chujan jatuh ke pasir

Dapi dalam sekam

Soalan 31 - 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu, menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Syah tertanggal tanjaknya akibat terkena bola sepak tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Dalam permainan sepak raga, beberapa orang pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tidak lagi dimainkan. Permainan ini telah ditukar nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga orang pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.31.Siapakah yang memainkan permainan sepak raga ?

A.Golongan bangsawan sahaja

B.Golongan istana dan pembesar

C.Golongan rakyat kebanyakan sahaja

D.Golongan bangsawan dan rakyat

32.Berikut adalah ciri-ciri bola sepak raga yang digunakan pada zaman dahulu,

kecuali

A.bersaiz besar isi buah kelapa

B.diperbuat daripada bilah-bilah rotan

C.dianyam sehingga dua atau tiga lapis

D.bahagian luar dibalut dengan kain tanjak

33.Apakah pertama yang dilakukan sebelum permainan sepak raga bermula ?

A.Pemain pertama akan mula menimang bola sekali.

B.Para pemain perlu berdiri dan membentuk bulatan.

C.Pemain pertama akan melambung bola kepada rakan.

D.Para pemain akan mengundi giliran masing-masing.

34.Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar ?

A.Pemain sepak raga perlu tangkas dan cekap.

B.Pemain sepak raga perlu mempunyai ketajaman minda.

C.Pemain sepak raga perlu mahir menimang bola dengan lama.

D.Pemain sepak raga perlu sentiasa kekal dalam bulatan tanpa bergerak.

35.Pada pendapat kamu, apakah langkah yang terbaik untuk memajukan sukan sepak takraw ?

A.Menyediakan gelanggang bermutu tinggi.

B.Menggunakan bola yang lebih lembut dan ringan.

C.Memperkenalkan permainan ini sejak sekolah rendah.

D.Mengambil jurulatih yang berpengalaman dari Negara Thailand.Soalan 36 - 40

Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

SEREMBAN, 2 Mei - Sambutan Hari Guru 2005 peringkat kebangsaan yang akan dilancarkan pada 16 Mei ini bermula dengan majlis prapelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Mei lalu di SMK Putra Jaya 1. Prapelancaran itu diadakan untuk mewujudkan suasana sambutan dalam kalangan orang ramai, khususnya pelajar.

Hishamuddin dalam ucapannya menggesa semua pelajar menyertai sambutan dengan pelbagai cara yang mudah dilakukan seperti mengucapkan Selamat Hari Guru melalui kad ucapan, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau memberi hadiah kecil seperti bunga sebagai tanda ingatan kepada guru masing-masing. Selain itu, pelbagai acara sambutan yang diadakan pada peringkat sekolah hendaklah membabitkan semua guru dan disertai semua pelajar.Gesaan supaya pelajar menyampaikan ucapan Hari Guru itu sejajar dengan kempen budi bahasa yang dilaksanakan kerajaan sekarang, khususnya berkaitan dengan amalan menghormati guru. Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak masing-masing menjadikan budaya menghargai jasa guru sebagai satu amalan. Pemupukan adab menghormati guru bermula dari rumah dan saya berharap ibu bapa menjadi perintis kepada anak-anak mereka dalam menghargai jasa guru, kata Hishammuddin pada majlis prapelancaran di Putrajaya itu.

Selain itu, Hishammuddin berharap sambutan Hari Guru kali ini lebih banyak program membabitkan orang ramai dianjurkan mencakupi peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Oleh itu, usaha meluaskan skop sambutan Hari Guru perlu diberi sokongan dan mendapat perhatian. Sambutan Hari Guru pada peringkat sekolah misalnya, tidak seharusnya dalam kalangan guru sahaja tetapi membabitkan orang ramai khususnya ibu bapa kerana semua orang mempunyai kaitan dengan guru iaitu ketika melalui proses persekolahan.Walau apa-apapun kerjaya yang disandang oleh seseorang, terlebih dahulu mendapat bimbingan guru di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

36Menteri Pelajaran menggesa pelajar menyertai sambutan Hari Guru dengan

pelbagai cara kecuali

Akhidmat pesanan ringkas.

Bmemberi bunga.

Ckad ucapan.

Dmajlis prapelancaran.

37Siapakah yang harus memainkan peranan penting menjadikan amalan menghormati guru sebagai satu budaya?

APelajar

BIbu bapa

COrang ramai

DSekolah

38Maksud perintis dalam petikan ialah

Apencari

Bpendorong

Cpengasas

Dpenemu

39Majlis prapelancaran diadakan untuk

Ameneruskan kesinambungan kempen budi bahasa.

Bmemeriahkan suasana sambutan Hari Guru dalam kalangan pelajar.

Cmenghormati jasa guru selama ini.

Dmenggalakkan anak-anak menghargai guru.

40Bilakah Hari Guru diraikan pada setiap tahun bagi mengenang jasa guru ?

A16 Mei

B12 Mei

C1 Mei

D2 Mei

KERTAS SOALAN TAMATPAGE