Bm Kemahiran Membaca

33
BMM3101 : KEMAHIRAN MEMBACA 5.0-7.0

description

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Transcript of Bm Kemahiran Membaca

  • BMM3101 :KEMAHIRAN MEMBACA 5.0-7.0

  • Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.

    Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

  • Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid.Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran.

  • Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran.Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

  • Hasil PembelajaranHuraian Hasil PembelajaranContoh Aktiviti5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai

    5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

    Aras 1Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk.

    Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk daripada teks yang dipilih.

    Contoh aktiviti:

    Murid membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal.Contoh ayat tunggal:Tracy suka menyanyi. Tracy suka menari.

    Murid membaca ayat majmuk yang dibina berdasarkan ayat tunggal tersebut.Contoh ayat majmuk: Tracy suka menyanyi dan menari.

  • Hasil PembelajaranHuraian Hasil PembelajaranContoh Aktivitiii. Memahami perkataan, frasa dan ayat yang dibaca.Memberi makna perkataan, frasa dan ayat mengikut konteks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Contoh aktiviti:Murid membaca perkataan atau rangkai kata dan memahami maknanya dan menyatakan maksudnya.Contoh makna perkataan:-gembira=suka hati-dengan perasaan gembira=seronok,riang

    Murid membaca dan memahami ayat yang dibaca. Contoh ayat:-Tracy menerima hadiah dengan perasaan gembira.

    Murid menyatakan maksud ayat yang dibaca untuk memperlihatkan pemahaman mereka.

  • Hasil PembelajaranHuraian Hasil PembelajaranContoh AktivtiAras 2Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

    Membaca pelbagai jenis ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

    Contoh aktiviti:Guru memberikan beberapa jenis ayat dan meminta murid membaca mengikut intonasi yang betul.Contoh ayat:Ayat Tanya:Siapakah nama rakan kamu?Ayat Penyata: Nama rakan saya ialah Halimah.Ayat Permintaan: Jemputlah masuk ke rumah saya.

  • Hasil PembelajaranHuraian Hasil PembelajaranContoh AktivitiAras 3Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.Menggunakan boneka untuk menyebut pelbagai jenis ayat.

    Pertandingan membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

    Contoh aktiviti:Murid membaca beberapa bahan bacaan seperti teks berita, cereka atau dialog secara berkumpulan atau individu.

  • Hasil PembelajaranHuraian Hasil PembelajaranCadangan Aktiviti/Nota5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.Aras 1 Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.

    Membaca kuat teks bukan sastera dengan lancar.

    Contoh aktiviti:

    Murid membaca beberapa teks bukan sastera seperti teks peristiwa sukan atau perayaan dengan betul dan lancar.

  • Hasil PembelajaranHuraian Hasil PembelajaranCadangan Aktiviti/Nota5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.Aras 2Membaca lancar bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

    Memberikan penjelasan tentang perkara yang dibaca.Melafaz pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

    Contoh aktiviti:Murid membaca beberapa rangkap pantun. Contoh pantun:

    Buah cempedak di luar pagar; Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar; Kalau salah tolong tunjukkan.

    Murid menyatakan maksud pantun yang dibaca.

  • Hasil PembelajaranHuraian Hasil PembelajaranCadangan Aktiviti/NotaAras 3 Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul.Membaca lancar teks berdasarkan laras bahasa yang ditetapkan

    Contoh aktiviti:Murid membaca beberapa teks mengikut laras bahasa yang ditetapkan. Contoh: Laras Bahasa Media MassaContoh : KUALA LUMPUR, 11 Januari Juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) telah membatalkan satu penerbangan ke Perth, Australia dan berpatah balik ke ibu negara selepas mendapati terdapat kerosakan yang teruk pada kapal terbang tersebut.

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh aktiviti6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

    6.1 Membaca danmerujuk pelbagaisumber untukmendapatkanmaklumat bagi tajukyang sedang dikajitermasuk maklumatdaripada internet.

    Aras 1i. Mencari makna perkataan dan menelitiejaan.Merujuk kamus dengan cara yang betul.Contoh: mencari makna perkataan sukar dan polisime (perkataan atau ungkapan yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalianrapat).

    Contoh aktiviti :

    Guru menggunakan tatabahasa dalam teks bacaan :Sepak bunyi seperti bunyi tamparan -pukulan dengan kaki seperti tendangan

    Merujuk kamus untuk mencari makna perkataan serta merujuk Buku Daftar Ejaan untuk menelitiejaan.

  • Huraian PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranCadangan Aktiviti/NotaAras 2i. Merujuk kepada kamus peribahasauntuk mendapatkan makna yang betul.

    Melihat kamus peribahasa untuk mendapatkanmakna yang tepat.

    Contoh peribahasa :

    Bagai aur dengan tebing

    - Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

    Bagai isi dengan kuku

    - persahabatan yang sangat erat.

    Melengkapkan ayat dengan peribahasa yangsesuai.

  • Huraian PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranCadangan Aktiviti/NotaAras 3i. Mendapatkan maklumat daripadainternet dan sumber lain berkaitantopik.Mencari maklumat daripada pelbagai sumber.

    Contoh: Surat khabar

    Menyusun maklumat mengikut keutamaan.

    Nota:Sumber rujukan:- media elektronik- media cetak

  • Gambar 1 :Bermain layang-layangGambar 2 : Tali layang-layang putusGambar 3 :Layang-layang tersangkut pada dahan pokok

    Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh aktiviti6.2 Membaca danmengenal pastipelbagai genrepenulisan.Aras 1i. Mengenal pasti format karangan naratifdan imaginatif.Memerhati gambar bersiri.Contoh aktiviti :

    Membaca dan mengenal contoh karangannaratif dan imaginatif.

    Ciri-ciri penulisan imaginatif :

    -Penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru

    Ciri-ciri genre penulisan naratif:- watak- jalan cerita (plot)- gaya bahasa

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh aktivitiAras 2i. Membuat perbandingan karangannaratif dan imaginatif.

    Membaca dan membezakan pelbagai jeniskarangan.

    - naratif: menceritakan tentang peristiwa ataupengalaman.

    imaginatif: mencipta sesuatu khayalan

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh aktivitiAras 3i. Mengecam dan mengenal pastipelbagai jenis karangan.Membaca dua karangan jenis naratif dan duakarangan jenis imaginatif.

    Mengklasifikasi karangan naratif dan imaginatifyang dibaca.

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh aktiviti6.3 Membaca danmengenal pasti isiutama dan isisampingan daripadateks.Aras 1i. Mendapatkan keterangan keseluruhanteks.

    Membaca dan memahami keseluruhan teks.

    Menyatakan isi teks.

    Melengkapkan peta minda yang diberi.

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh AktivitiAras 2i. Mengecam isi penting daripadapelbagai bahan bacaan.Membaca dan menggaris bawah maklumatpenting dalam bahan bacaan.

    Contoh bahan bacaan:- majalah- surat khabar- iklan pertandingan

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh AktivitiAras 3i. Menyatakan dan menjelaskan isiutama dan isi sampingan yangdiperoleh daripada bahan bacaan.Membaca dan menentukan isi pentingberdasarkan teknik SQ4R dan teknik penyoalan1H4W.Nota:a) Teknik SQ4R- S = Survey- Q = Question- 4R = Read, Recite, Review , Reflectb) Teknik penyoalan 1H4W- How = bagaimana- What = apa- When = bila- Who = siapaWhy = mengapa

    Mencatat isi utama dan isi sampingan daripadabahan bacaan.

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranContoh Aktiviti7.0 Membaca, menaakul danmenghayati kandunganteks yang dibaca

    7.1 Membaca danmenerangkan maksudkandungan teks yangtersurat dan tersirat.

    Aras 1i. Memberikan makna perkataan danmaksud frasa dalam ayat.

    Aras 2i. Menyatakan maksud ayat dalamperenggan.Membaca dan menyatakan makna perkataandan maksud prasa mengikut konteks ayat.

    Contoh:Ceria - bersih (kawasan) - riang (perwatakan) - menarik (pakaian)

    Membaca dan menyatakan maksud ayat dalamperenggan.Contoh: Buat baik dibalas baik.Maksud ayat: Setiap perbuatan yang baik akanmendapat ganjaran yang baik.

  • Hasil PembelajaranPenghuraian Hasil PembelajaranCadangan AktivitiAras 3i. Menghuraikan maksud keseluruhan teksyang dibaca.

    ii. Menjelaskan pengajaran yang terdapatdalam teks.Membaca dan menjelaskan isi teks.

    Menyatakan nilai yang terdapat dalam teksdengan perkataan sendiri.

    Contoh nilai: Hormat-menghormati.

  • 1. Terdapat 6 kemahiran dalam standard kandungan KSSR dan 3 kemahiran dalam Hasil Pembelajaran KBSR.

    2. Asas membaca tiada dalam Hasil Pembelajaran KBSR dan diberi penekanan dalam standard kandungan KSSR.

    3. Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca (bacaan luas) dimasukkan dalam standard kandungan KSSR tetapi tiada dalam Hasil tahun 1 Pembelajaran KBSR.

  • KBSRKSSRTerdapat 3 kemahiran dalam Hasil Pembelajaran KBSR:

    Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.

    Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.

    Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca.Terdapat 6 kemahiran dalam standard kandungan KSSR :

    Asas membaca dengan sebutan yang betul. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

  • KBSRKSSRStandartd kandungan (hasil pembelajaran)

    5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.Standard kandungan (hasil pembelajaran)

    2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.

    7.1 Membaca, menaakul dan menghayatikandungan teks yang dibaca 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

  • Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini.

    Hal ini bertujuan agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia.

    Sehubungan dengan itu penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.

  • BIBLIOGRAFI

    Kementerian Pendidikan Malaysia, (1983). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Syed Abu Bakar Syed Akil. (1994). Panduan Mengajar Kemahiran Membaca. Selangor Darul Ehsan: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn.Bhd.Mahzan Arshad (2008). Pend. Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.Kamarudin Hj. Husin et. (1997). Pengajian Melayu 1. Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kementeraian Pendidikan Malaysia. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 3 (SJK) (C/T). Selangor Darul Ehsan : Dasar Cetak (M) Sdn Bhd.

  • Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Bahasa Malaysia Tahun 3. Melaka : Percetakan Surya Sdn. Bhd.Kementerian Pelajaran Malysia, Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sjk Tahun 3 (Bahasa Melayu). Retrieved from huraian : http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/hsp_bm_sjk_y3.pdfKementerian Pendidikan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( Bahasa Melayu). Retrieved from huraian: http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/sp/sp_bm_kbsr.pdfPortal Taman SK Dusun Nyior, (2012). Bahasa Melayu. Retrieved http://sktdn.edu.my/portalv2/index.php/kurikulum/bahasa/bahasa-melayuTeachersrock.net, (2012). Bahasa Melayu. Retrieved http://www.teachersrock.net/masteri2.htm#BMNurzakiah Arif et. (2012). Penggunaan ICT untuk meningkatkan kemahiran membaca. Retrieved http://www.mlcs.sg/home/images/MLCS_Gallery/Seminar2012Papers/19.%20Penggunaan%20ICTbagi%20meningkatkan%20kemahiran%20membaca%20murid%20%28Pei%20Tong%29.pdf