BUDAYA

10
BUDAYA, NILAI DAN FALSAFAH DALAM FILEM SEMERAH PADI 2.0. Pengenalan. Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang tersendiri. Menurut Mohd Taib Osman, 1998 dalam Khairuddin Mohamad, 2014 budaya atau peradaban adalah suatu kesatuan yang kompleks, mengetahui pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota sesebuah masyarakat. Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya budaya boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu budaya material dan budaya bukan material. Elemen budaya ditakrifkan sebagai nilai yang dikongsi bersama, sistem kepercayaan dan artifak-artifak (Banner dan Gagne,1995). Berdasarkan filem ‘Semerah Padi’ aspek yang dikaji ialah budaya bukan material merujuk kepada aspek dalaman manusia yang meliputi akal fikiran dan nilai sosial yang diterjemahkan melalui tingkah laku atau perlakuan seharian. Budaya bukan material dapat dilihat melalui kepercayaan, adat, istiadat, undang-undang dan kesusasteraan sesebuah bangsa atau masyarakat. 2.1. Ulasan Filem ‘Semerah Padi’ Berkaitan Dengan Budaya, Nilai dan Falsafah Kebudayaan Melayu.

description

selesai sudah saya upload file ini

Transcript of BUDAYA

BUDAYA, NILAI DAN FALSAFAH DALAM FILEM SEMERAH PADI2.0.Pengenalan.Setiap bangsa mempunyai bahasa dan budaya hidup yang tersendiri. Menurut Mohd Taib Osman, 1998 dalam Khairuddin Mohamad, 2014 budaya atau peradaban adalah suatu kesatuan yang kompleks, mengetahui pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota sesebuah masyarakat.Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya budaya boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.Budaya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu budaya material dan budaya bukan material. Elemen budaya ditakrifkan sebagai nilai yang dikongsi bersama, sistem kepercayaan dan artifak-artifak (Banner dan Gagne,1995).Berdasarkan filem Semerah Padi aspek yang dikaji ialah budaya bukan material merujuk kepada aspek dalaman manusia yang meliputi akal fikiran dan nilai sosial yang diterjemahkan melalui tingkah laku atau perlakuan seharian. Budaya bukan material dapat dilihat melalui kepercayaan, adat, istiadat, undang-undang dan kesusasteraan sesebuah bangsa atau masyarakat.2.1.Ulasan Filem Semerah Padi Berkaitan Dengan Budaya, Nilai dan Falsafah Kebudayaan Melayu.2.1.1.Aspek Budaya.Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati oleh pelbagai masyarakat kewujudan filem memberi peranan yang sangat besar untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Filem Semerah Padi mempunyai elemen kebudayaan Melayu dari segi politik, sosial dan ekonomi. Berdasarkan filem ini juga beberapa aspek budaya yang terdapat dalam masyarakat Melayu telah di kaji.Berdasarkan file mini juga, kebudayaan Melayu dalam bidang politik mempunyai sejarah membuktikan bahawa masyarakat Melayu memiliki sistem pentadbiran dan pemerintahan sendiri. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sultan dan raja merupakan pemerintah yang paling tinggi. Watak raja atau sultan tidak ditonjolkan dalam filem ini secara terang-terangan tetapi watak Penghulu yang oleh dilantik sultan memainkan peranan utama untuk menjaga kebajikan dan keamanan penduduk kampung.Pentadbir kampung Semerah Padi, seorang yang taat kepada perintah sultan apabila negeri diserang lanun, lalu seorang pendekar dan sepuluh orang sukarelawan telah dikerah untuk membantu menjaga benteng pertahanan negara. Filem ini, mengenengahkan pentadbir peringkat kampung merupakan unit terkecil yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.Sistem pemerintahan yang dilaksanakan mengikut undang-undang Islam seperti yang termaktub di dalam ayat-ayat suci Al-Quran. Penghulu kampung Semerah Padi seorang yang tegas melaksanakan hukuman mengikut undang-undang Islam dan sangat dihormati dan disegani oleh penduduk kampungnya.Segala perintah dan arahan penghulu tidak pernah diingkari oleh pengikutnya. Penghulu begitu tegas menjalani hukuman sula kepada penzina dan pembunuh. Anduka dan Dara dijatuhkan hukuman sebat 100 kali seoarang kerana melakukan kesalahan berzina. Ketegasan pemimpin Kampung Semerah Padi menegakkan hukum agama Islam menyebabkan beliau dibenci oleh penjenayah yang sering melakukan huru-hara di Semerah Padi. Namun begitu, Penghulu Semerah Padi dilindungi oleh dua orang pendekar yang taat kepadanya iaitu Teruna dan Anduka, menyebabkan beliau sukar dibunuh oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara.Seterusnya, file mini banyak menyelit kebudayaan Melayu dalam bidang sosial seperti kesenian, agama Islam, adat, bahasa halus, nilai dan falsafah dan pakaian. Unsure kesenian yang terdapat dalam file mini seperti seni persembahan. Seni persembahan atau seni gerak mengandungi segala bentuk pergerakan tubuh badan yang mempunyai unsure-unsur keindahan. Seni gerak dalam budaya Melayu dalam file mini ialah seni tari. Contohnya, tarian Lenggang Kangkong yang diadakan dalam majlis pertunangan dara dan teruna serta diiringi dengan muzik Melayu Semerah Padi. Alat muzik tradisional seperti kompang, serunai, seruling telah digunakan dalam persembahan tersebut.Selain itu, adat dan agama juga diketengahkan dalam filem Semerah Padi. Adat dan agama bukanlah dua perkara yang berbeza dalam masyarakat Melayu. Adat seharusnya berlandaskan kepada agama yang benar iaitu Islam. Contoh adat yang terdapat dalam filem seperti menyediakan sireh adat bagi dua calon pengantin dan ditukar ganti semasa majlis pertunangan. Sireh adat dipulangkan semula apabila tali pertunangan diputuskan.Adat memohon restu daripada ketua kampung dan ibu bapa iaitu mencium tangan mereka ketika hendak pergi berjuang mempertahankan negara juga dipamerkan dalam filem ini. Ada adat yang dituntut oleh agama dan ada adat yang diharuskan oleh agama. Filem ini mengetengahkan seorang pemimpin yang tinggi amalan agamanya seperti sering membaca ayat-ayat Al-Quran dan melaksanakan hukum Allah dengan adil.2.1.2.Aspek Nilai Dalam Budaya Melayu.Kehidupan masyarakat Melayu tidak terlepas daripada peraturan dan tindakan sosial yang perlu dipatuhi. Hal ini menyebabkan orang Melayu sangat popular dengan peraturan dan nilai yang terpaksa dipatuhi dalam masyarakat. Peraturan dan nilai ini diadakan untuk memastikan anggota masyarakat menjadi manusia yang berguna. Anggota masyarakat membina nilai masyarakatnya sendiri berdasarkan nilai-nilai yang dikongsi bersama.oleh itu nilai yang lahir daripada individu itu tidak pula menimbulkan nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai yang dikongsi oleh anggota masyarakat.Filem Semerah Padi telah mengenengahkan banyak nilai murni yang terdapat dalam budaya Melayu seperti bergotong-royong, bertimbang rasa, bersopan santun, hormat-menghormati, bekerja bersungguh-sungguh bekerjasama dan lain-lain lagi. Bergotong-royong dapat meringan beban kerja yang berat dan dapat menyelesaikan pekerjaan dengan cepat. Berdasarkan filem, contoh amalan gotong-royong dilakukan semasa aktiviti membersihkan sawah padi di Kampung Semerah Padi. Masyarakat Melayu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan sawah, menabur, mencabut semai, menanam anak padi, menuai dan seterusnya hinggalah menumbuk padi. Aktiviti ini dapat meringankan beban kerja yang dihadapi oleh masyarakat Melayu tradisional.Nilai yang kedua ialah bertimbang rasa. Filem ini mengisahkan dua orang pendekar yang bersahabat karib. Setiap kesusahan yang ditanggung oleh seseorang, makan sahabatnya sanggup menanggung kesusahan bersama. Contoh, Anduka sanggup berdiam diri apabila kekasihnya menjadi tunangan sahabatnya sendiri. Teruna pula sanggup menerima Dara walaupun dia telah mengetahui Dara bukanlah gadis suci kerana untuk menjaga maruah Dara dan Anduka.Nilai ketiga, ialah bersopan santun atau berpekerti mulia. Nilai ini membentuk masyarakat Melayu agar menjadi penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti mulia. Masyarakat Melayu menganggap orang yang beradab sebagai halus budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Contoh nilai sopan santun dalam filem ini seperti yang ditunjukkan oleh Dara dan Teruna. Mereka akan meminta izin sambil membongkokkan badan ketika ingin melintas di belakang kedua-dua ibu bapa mereka atau orang yang lebih tua daripada mereka. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dalam semua aspek kehidupan.Seterusnya nilai hormat-menghormati dalam halangan penduduk kampung Semerah Padi juga diselit dalam filem ini. Contohnya, mereka saling bertegur sapa dan memberi salam sekiranya berselisih dalam perjalanan tidak mengira pangkat atau kedudukan. Sikap hormat menghormati adalah satu budaya Melayu yang mulia iaitu tidak memandang rendah kepada orang lain. Justeru itu, orang Melayu digalakkan untuk memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain seperti memulakan ucapan salam dan berjabat tangan.Sikap bekerja bersungguh-sungguh juga merupakan satu nilai yang terdapat dalam kalangan penduduk Semerah Padi. Selain bekerja sebagai petani, penduduk kampung Semerah Padi juga berusaha untuk mempertahankan kampung mereka apabila diserang lanun. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menjaga keamanan Semerah Padi. Setiap pekerjaan yang bersungguh dan ikhlas adalah sebahagian daripada tuntutan ajaran agama Islam.2.1.3.Aspek Falsafah Dalam Budaya Melayu.Falsafah berasal daripada cantuman dua perkataan daripada bahasa Yunani iaitu Philo dan Sophia. Philo bermaksud cinta atau suka manakala Sophia pula membawa maksud pengetahuan atau hikmat. Oleh itu, philosophia ialah cintakan kebijaksanaan atau cintakan hikmah. Justeru itu, orang Melayu mempunyai falsafah tersendiri yang menjadi pegangan dalam mencorakkan budaya seperti mengutamakan nilai Islam dalam semua aktiviti, mentaati raja dan menghormati pemimpin, berpegang teguh kepada adat resam, menghormati golongan yang lebih tua, meraikan dan mengutamakan tetamu, masalah diselesaikan secara musyawarah dan bermuafakat dan mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim.Berdasarkan filem Semerah Padi hampir semua aspek falsafah yang disebut di atas telah diketengahkan. Ini menunjukkan filem Melayu ini lebih mementingkan kebudayaan Melayu yang diamalkan sejak dahulu lagi. Mengutamakan nilai Islam dalam filem ini menyebabkan ia berbeza dengan filem-filem lain yang lebih berunsur kemasyarakatan dan berunsur jenaka. Kepatuhan pemimpin Semerah Padi kepada perintah Allah s.w.t menyebabkan segala peraturan yang dijalankan mengikut ayat-ayat suci Al-Quran yang sebenar. Contohnya, Penghulu Semerah Padi telah menjatuhkan hukuman yang adil mengikut undang-undang Islam seperti dua orang penduduk yang berbalah mestilah tolong-menolong menyelesaikan kerja harian masing-masing. Hukuman sebat dan sula yang dijatuhkan oleh pemimpin Semerah Padi adalah mengikut peraturan yang ditetapkan di dalam Al-Qurannulkarim. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ini melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan yang dilarang adalah sebahagian daripada cara orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Nilai Islam ini di praktikkan dalam semua aspek budaya Melayu itu sendiri.Aspek falsafah yang kedua ialah mentaati raja dan mentaati pemimpin. Aspek ini juga telah ditonjol dengan begitu jelas sekali dalam filem ini. Contohnya, Penghulu sanggup menghantar seorang pendekarnya iaitu Teruna dan sepuluh sukarelawan untuk memusnahkan lanun yang mengganggu keamanan negara apabila mendapat perintah daripada sultan walaupun Kampung Semerah Padi dalam keadaan huru hara disebabkan oleh pengkhianat yang ingin membalas dendam kepada pemimpin Semerah Padi.Selain itu, setiap arahan dan perintah penghulu Semerah Padi tidak pernah dibangkang oleh penduduk dan pengikutnya. Ketaatan kepada sultan dan pemimpin merupakan suatu budaya yang diwarisi sejak turun-temurun oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Nilai ini yang membentuk budaya masyarakat Melayu menjadi orang berdisiplin.Masyarakat Melayu juga berpegang teguh kepada adat tradisi seperti yang dilihat dalam amalan hidup seharian. Adat-adat yang diketengahkan dalam filem Semerah Padi seperti adat peminangan adat perkahwinan. Adat peminangan, Teruna dan Dara menyediakan satu dulang sireh adat setiap seorang. Sireh adat bertukar tangan menunjukkan Majlis Pertunangan telah terlaksana. Adat ini jarang lagi digunakan dalam masyarakat Melayu masa kini. Sebentuk cincin diberi oleh pihak lelaki kepada perempuan sudah memadai bahawa lamaran telah diterima. Adat tradisional orang Melayu yang ditonjolkan dalam filem begitu unik dan patut diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa sekarang. Sireh adat akan dipulangkan semula menunjukkan bahawa tali pertunangan antara Teruna dan Dara akan diputuskan. Adat yang diketengahkan dalam filem iaitu ketika Majlis Perkahwinan. Para mempelai dihias cantik duduk bersanding di atas pelamin dan di kipas oleh dua orang pengapit. Adat seperti ini jarang diamalkan masa kini, tetapi majlis persandingan hanya untuk merakam gambar pengantin dengan tujuan menghiasi album. Adat resam sangat penting dijaga supaya identiti orang Melayu dapat dipertahankan ke hingga akhir zaman.Filem ini juga menonjolkan nilai menghormati golongan orang yang lebih tua. Contohnya, Teruna dan Dara sering meminta izin dan membongkokkan badan ketika melintas dibelakang orang tua. Selain itu, setiap kali Teruna meminta diri, beliau akan bersalaman dan mencium tangan orang yang lebih tua daripadanya. Dalam masyarakat Melayu, menghormati dan memuliakan irang yang lebih tua adalah satu nilai yang jelas berlaku. Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang muda. Pengalaman adalah sesuatu yang sentiasa dipandang penting dalam masyarakat Melayu. Menghormati dan mendengar nasihat orang tua akan menyebabkan orang muda tidak akan melakukan kesilapan dalam hidup. Apa yang penting ialah kerjasama antara orang muda dengan orang tua yang harus dipupuk bagi menjamin keharmonian masyarakat sekeliling.Seterusnya, aspek falsafah yang diketengahkan dalam filem ialah tetamu mesti diraikan dan diutamakan. Filem ini telah menonjolkan amalan kunjung mengunjung yang berlaku kepada orang Melayu telah merapatkan silaturrahim antara penduduk Kampung Semerah Padi. Setiap kali, rumah mereka dikunjungi tetamu,amalan melayan dan meraikan tetamu tidak dilupakan. Tepak sireh dan hidangan makanan dan minuman akan menghiasi tajuk perbualan antara tuan rumah dan tetamu yang datang. Berdasarkan file mini, tetamu kelihatan selesa apabila berada di dalam tuan rumah kerana dia dilayan seperti keluarga sendiri. Meraikan tetamu merupakan suatu amalan yang mesti diikuti dalam mesyuarat Melayu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan sebaik mungkin, malah tuan rumah dituntut agar berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya.Aspek falsafah yang diketengahkan dalam filem Semerah Padi ialah mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim. Ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim. Ikatan kekeluargaan antara Dara dan ibu bapanya, anatara Teruna dan keluarganya dan anatara Anduka dan ibunya ditonjolkan dalam filem ini. Penghulu adalah bapa Dara sebagai pemimpin Semerah Padi sanggup menjatuhkan hukuman sebat ke atas anaknya Dara dengan tujuan menegakkan undang-undang Islam dan membersihkan dosa anaknya terhadap Allah s.w.t. Walaupun Dara dihukum begitu keras, tetapi tiada tanda kebencian yang wujud dalam hati Dara terhadap ayahnya. Hubungan antara Dara dan ibu bapanya semakin erat dan perkahwinan antara Dara dan Anduka diteruskan oleh ahli keluarga masing-masing.Paling jelas ialah cara orang Melayu mengikut hubungan silaturrahim dalam kelompok paling kecil tetapi penting iaitu keluarga sebelum meluas kepada masyarakat. Orang Melayu yang memiliki sifat kerjasama saling membantu semasa mengadakan kenduri kendara dan sebagainya. Amalan kenduri kendara ini juga diketengahkan dalam filem Semerah Padi. Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan dan persahabatan dalam kalangan orang Melayu.Kesimpulan.Secara keseluruhannya budaya merupakan warisan yang amat penting bagi generasi manusia merentasi langkauan masa mahupun batasan geografi. Budaya meletakkan manusia pada suatu tahap yang tinggi dan kewujudannya dapat membezakan tahap pencapaian sesuatu rumpun bangsa dengan rumpun bangsa yang lain. Budaya juga menjamin nilai-nilai kemanusiaan it uterus hidup dalam kehidupan manusia, serta mempertahankan kualiti intelek, perasaan dan keperibadian manusia. Tanpa budaya, manusia boleh jatuh sehingga ketahap terendah kerana budaya telah menjulang keupayaan akal untuk berfikir. Namun budaya sesuatu bangsa itu mungkin tidak berkekalan atau berubah-ubah jika tidak dipertahankan dan diamalkan walaupun waktu kewujudannya telah jauh meninggalkan masyarakat pengamalnya.