corak organisasi ruang

7
1 Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan 2.2 Corak Organisasi Ruang Corak organisasi sesuatu kawasan dalam skala yang besar bergantung kepada perhubungan di antara komponen fizikal utama, rupa bentuk-rupa bentuk yang pra-dominan dan ciri- ciri semulajadi. Menurut seorang penduduk kampung yang bernama Sarip b. Hassan, Kampung Kuala Kepis mempunyai ciri – kampung yang sebenar kerana bentuk muka bumi kampung tersebut mempunyai kawasan rendah, kawasan yang membekalkan sumber air, kawasan landai dan kawasan berbukit. Tambahan beliau, ciri –ciri tersebut adalah sawah padi, sungai, kawasan penempatan dan kawasan kebun. Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7 Di kampung Kuala Kepis, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi corak organisasi ruang seperti sistem sirkulasi, jarak kawasan pertanian dengan kawasan penempatan, bentuk kawasan lapang, orientasi arah matahari dan angin dan lokasi kawasan pertanian dengan kawasan penempatan dengan sumber air. Hasil pemerhatian dan analisa yang dijalankan, Kampung Kuala Kepis adalah mempunyai corak organisasi ruang secara berjajar. Analisa menunjukkan susunan kawasan penempatan adalah secara selari dengan jalan utama kampung. Skop kajian mengenai corak organisasi ruang di kawasan Kampung Kuala Kepis adalah mengenai :- 2.2.1 Corak Organisasi Ruang Kawasan Penempatan 2.2.2 Corak Organisasi Ruang Kawasan Pertanian 2.2.3 Corak Organisasi Ruang Semulajadi Gambar: Ruang penempatan yang berhampiran dengan kawasan pertanian adalah berhubungkait dengan aktiviti harian Sumber : Penulis

Transcript of corak organisasi ruang

Page 1: corak organisasi ruang

1

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

2.2 Corak Organisasi Ruang

Corak organisasi sesuatu kawasan dalam skala yang

besar bergantung kepada perhubungan di antara komponen

fizikal utama, rupa bentuk-rupa bentuk yang pra-dominan dan ciri-

ciri semulajadi. Menurut seorang penduduk kampung yang

bernama Sarip b. Hassan, Kampung Kuala Kepis mempunyai ciri

– kampung yang sebenar kerana bentuk muka bumi kampung

tersebut mempunyai kawasan rendah, kawasan yang

membekalkan sumber air, kawasan landai dan kawasan berbukit.

Tambahan beliau, ciri –ciri tersebut adalah sawah padi, sungai,

kawasan penempatan dan kawasan kebun.

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7

Di kampung Kuala Kepis, terdapat beberapa

elemen yang mempengaruhi corak organisasi ruang

seperti sistem sirkulasi, jarak kawasan pertanian

dengan kawasan penempatan, bentuk kawasan lapang, orientasi

arah matahari dan angin dan lokasi kawasan pertanian dengan

kawasan penempatan dengan sumber air.

Hasil pemerhatian dan analisa yang dijalankan, Kampung

Kuala Kepis adalah mempunyai corak organisasi ruang secara

berjajar. Analisa menunjukkan susunan kawasan penempatan

adalah secara selari dengan jalan utama kampung.

Skop kajian mengenai corak organisasi ruang di kawasan

Kampung Kuala Kepis adalah mengenai :-

2.2.1 Corak Organisasi Ruang Kawasan Penempatan

2.2.2 Corak Organisasi Ruang Kawasan Pertanian

2.2.3 Corak Organisasi Ruang Semulajadi

Gambar: Ruang penempatan yang berhampiran dengan kawasan pertanian adalah berhubungkait dengan aktiviti harian Sumber : Penulis

Page 2: corak organisasi ruang

2

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7

2.2.1 Corak Organisasi Kawasan Ruang Penempatan.

Hasil kajian yang di kawasan kajian secara global atau

‘regional’ didapati kebanyakan rumah berorientasikan sungai

aliran sungai di mana kebanyakan rumah akan menghadap jalan

raya utama, sungai dan kawasan sawah. Ini mengambarkan

bahawa dahulunya aktiviti bersawah adalah di antara punca

rezeki utama bagi penduduk kampung pada waktu dahulu.

A B

Orientasi rumah adalah menghala ke arah utara – selatan.

Jika dikaji dari segi kedudukan perletakan rumah, didapati setiap

rumah lama yang terawal adalah berdekatan dengan sungai dan

sawah padi. Menurut Atok Sarib, perletakan rumah yang

sedemikian adalah untuk memudahkan penduduk kampung untuk

mengusahakan sawah padi.

Corak ruang pada kawasan rumah adalah lebih menghala

kepada kawasan lapang. Menurut Atok Sarip yang ditemu-ramah

menyatakan bahawa penumpuan ke arah kawasan lapang di

hadapan rumah adalah bertujuan mengelakkan rumah menjadi

C

Gambar: Corak organisasi ruang kawasan penempatan (A), pertanian (B) dan ruang semulajadi (C). Sumber : Penulis

Gambar: Perletakan rumah adalah menghala ke arah kawasan sawah padi dan sungai. Sumber : Penulis

Page 3: corak organisasi ruang

3

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

sempit. Tambahan pula kawasan lapang atau halaman yang luas

amat diperlukan bagi proses menjemur dan mengangin padi

selepas sawah padi dituai pada zaman dahulu.

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7

Sekarang, kebanyakan rumah yang ada adalah

berdekatan dengan jalanraya bagi memudahkan perhubungan.

Kedudukan antara satu rumah dengan yang lain agak

berdekatan lebih kurang 20 meter dan terletak sebelah

menyebelah. Keadaan rumah yang berdekatan di antara satu

sama lain adalah bertujuan sebagai keselamatan dan

membolehkan jiran tetangga untuk kunjung

mengunjung. Menurut Atok Sarip, aspek

keselamatan yang juga adalah menjadi faktor

kepada perletakan rumah kerana pada zaman dahulu banyak

terdapatnya binatang buas dan haiwan berbisa yang datangnya

dari kawasan hutan yang berhampiran.

Gambar: Ruang halaman yang luas. Sumber : Penulis

Gambar: Jarak di atara rumah adalah berdekatan dengan rumah jiran. Sumber : Penulis

Rumah juga dibina di kawasan tanah yang agak tinggi dari

kawasan jalanraya dan juga sawah padi. Ini mungkin untuk

mengelakkan kejadian banjir dari sungai yang berdekatan.

Page 4: corak organisasi ruang

4

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

Corak organisasi sekarang dengan corak organisasi ruang

adalah dahulu adalah sudah berbeza. Disebabkan kampung

tersebut masih kuat memegang adat yang berkaitan dengan

tanah pusaka maka didapati di dalam satu lot akan terdapat 2 ke

3 buah rumah yang menyebabkan kawasan lot tersebut semakin

mengecil. Kebanyakan rumah yang baru dibina adalah

merupakan rumah milik anak - anak perempuan kepada pemilik

tunggal tanah tersebut.

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7

Hasil dari sumber yang diperolehi oleh orang kampung,

kebanyakan tanah di Kampung Kuala Kepis adalah tanah pusaka

turun temurun. Penduduk masih menggunakan kaedah dan

prinsip adat perpatih terhadap harta atau tapak rumah asal atau

rumah pusaka. Namun di kampung ini, tanah dusun akan

diberikan kepada anak lelaki sementara tanah tapak rumah akan

diberikan kepada anak perempuan sebagaimana lazimnya tanah

adat biasa .

Analisa mengenai ruang rumah pada masa sekarang

adalah terbahagi kepada 3 ruang iaitu ruang halaman, ruang tepi

dan ruang belakang rumah.

Ruang halaman yang luas adalah digunakan

bagi mendirikan khemah makan apabila kenduri

perkahwinan , menanam pokok buah – buahan dan

kawasan untuk berehat rehat. Ruang untuk bahagian tepi

digunakan untuk membuat ‘porak’ atau tanaman untuk kegunaan

masakan. Ruang di bahagian belakang adalah untuk digunakan

untuk menternak haiwan ternakan dan tandas.

Gambar: Ruang bahagian halaman rumah yang luas di tanam dengan pokok buah – buahan. Sumber : Penulis

Page 5: corak organisasi ruang

5

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7

2.2.2 Corak Organisasi Kawasan Ruang Kawasan Pertanian.

Corak organisasi ruang kawasan pertanian di Kampung

Kuala Kepis adalah terletak di kawasan rendah (baruh) dan

kawasan berbukit (darek). Kawasan rendah akan di tanam

dengan padi dan kawasan berbukit akan di tanam dengan pokok

getah atau kawasan kebun.

Gambar: Pangkin dibahagian ruang halaman rumah dijadikan tempat untuk berehat – rehat dan bersembang dengan jiran tetangga. Sumber : Penulis

Gambar: Ruang kawasan pertanian lebih dominan dari ruang penempatan Sumber : Penulis

Hasil analisa yang dijalankan di kawasan kajian, ruang

pertanian secara dominan adalah berkelompok dan tidak

bercampur dengan kawasan penempatan. Cara penenaman dan

Gambar: Reban ayam dibahagian ruang belakang rumah. Sumber : Penulis

Page 6: corak organisasi ruang

6

Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

Inventori Dan Analisa 2.0

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7

penyusunan di kawasan pertanian adalah berbentuk sejajar dan

di bahagikan mengikut lot – lot tanah. Walau bagaimanapun

terdapat juga ruang pertanian yang bercampur dengan kawasan

pertanian tetapi corak ruangnya adalah resesif atau tidak berapa

menonjol. Tanaman seperti buah buahan di kawasan

penempatan adalah minima berbanding dengan kawasan

pertanian kebun getah dan sawah padi yang sangat menonjol.

Terdapat juga analisa yang dijalankan berkenaan

pengaruh corak organisasi. Kebanyakan ruang di kawasan

pertanian dipengaruhi oleh jarak di antara kawasan pertanian dan

kawasan penempatan. Ianya menunjukan aktiviti harian dengan

kawasan pertanian adalah berdekatan bagi memudahkan

penduduk untuk pergi ke sawah atau ke kebun. Ruang kawasan

penempatan adalah terletak di antara kawasan sawah padi dan

kebun getah. Oleh itu, corak organisasi ruang adalah terancang

secara semulajadi mengikut aktiviti harian yang dilakukan oleh

penduduk kampung.

Bagi corak ruang pertanian di kawasan rumah adalah

berskala kecil. Perletakan kawasan ternakan, tanaman buahan

dan sayur – sayuran adalah terletak kira – kira 5 meter dari

rumah. Ruang seperti ini adalah untuk kegunaan tuan rumah

sahaja dan tidak mendatangkan pendapatan kepada

pemilik rumah.

2.2.3 Corak Organisasi Kawasan Ruang Kawasan Semulajadi.

Ruang semulajadi terletak di sepanjang tepi sungai dan di

sepanjang sawah padi. Hasil analisa yang dijalankan, ruang

sumulajadi adalah kawasan yang rendah dan jarang dijadikan

sebagai kawasan penempatan kerana dikuatiri akan dinaiki air

dan seterusnya akn menyebabkan banjir.

Ruang kawasan semulajadi juga boleh mempengaruhi

landskap di kawasan perkampungan. Kawasan semulajadi yang

terdapat di kawasan Kampung Kuala Kepis seperti sungai dan

kawasan belukar atau hutan dapat memberikan impak visual

yang menarik kepada persekitaran kampung dan juga dapat

mengawal ekologi, spesis flora dan fauna di kawasan kajian.

Page 7: corak organisasi ruang

7

Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan

Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III 2.2 Corak Organisasi Ruang / 7

Memandangkan sumber air sungai yang membekalkan air

kawasan sawah padi adalah merupakan sumber utama air maka

sungai tersebut haruslah dipelihara dan pulihara dari tercemar

dengan sampah sarap.

Gambar: ‘Bonda’ atau terusan yang mengalirkan air ke kawasan sawah padi Sumber : Penulis

Gambar: Sungai Muar membekalkan air ke kawasan pertanian sawah padi Sumber : Penulis