Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak Kanak

download Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak Kanak

of 2

Transcript of Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak Kanak

  • 7/29/2019 Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak Kanak

    1/2

    PKK FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK)

    3.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu

    aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaknkepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan.

    Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadarperkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran( nurture)

    sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan individu.

    3.1 BAKA (NATURE)

    Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Persekitaran pula

    merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-dua faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi setiap pertumbuhan. Bagaimanapun,

    proses perkembangan setiap individu adalah berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspekfizikal, kognitif, emosi, sosial dan jasmani.

    Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya

    dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Norman L. Munn, dan EeAh Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-

    anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologiyang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed

    mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di

    kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dankawalan emosi.

    Faktor baka atau nature lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yangmenentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom,

    yang berupa benang halus yang terdapat dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum(betina). Mengikut kajian, kromosom mengadungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing

    membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan menguasai perkembanganmanusia dan memberi sifat unik kepada setiap manusia.(sila lihat gambar 2 dalam bahagian

    lampiran). Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi olehfaktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan

    warna.

    Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dab Sheldon(1962)telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza.

    Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalamsesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasam individu

    dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkananak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa.

  • 7/29/2019 Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak Kanak

    2/2

    Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akanmelahirkan anak yang agresif dan autokratik.

    3.2 PERSEKITARAN (NURTURE)Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa

    proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.

    Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu.Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahappendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.

    Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan

    kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem,makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah

    mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

    Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyakmenghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh

    hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam

    perkembangan kanak-kanak.

    Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal inibermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.

    Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku disekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan

    untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebihbaik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.

    Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanaksecara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan

    kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan,kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak

    langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

    Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai danamalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina

    dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebihdominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

    Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai

    contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jikadibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di

    persekitaran rumah.Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain.

    Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu pastimempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.