Haid,istihadhah dan nifas

43
PENJELASAN MENGENAI DARAH HAID

description

presentation agama

Transcript of Haid,istihadhah dan nifas

Page 1: Haid,istihadhah dan nifas

PENJELASAN MENGENAIDARAH HAID

Page 2: Haid,istihadhah dan nifas

Maksud Haid

Istilah

Haidh dari segi bahasa bererti mengalir

syara’

berarti darah yang keluar dari rahim perempuan atas jalan adat pada umur

baligh diwaktu yang tertentu.

Page 3: Haid,istihadhah dan nifas

Warna-warna darah haid

Pada mazhab Syafie dan jumhur ulamak warnanya adalah

hitam, merah,keemasan, kuning dan keruh

Sifat darah

1. Pekat2. Panas

3. Keluar perlahan4. Berbau busuk

Page 4: Haid,istihadhah dan nifas

Umur haidhDisisi jumhur ulamak ialah 9 tahun

berdasarkan kebiasaan kerana ketiadaan

Darah Sebelum 9 TahunDarah yang keluar sebelum umur 9

tahun adalah darah fasad dan bukannya darah istihadhah dan jika tidak sampai 15 hari genap 9 tahun

maka boleh dikira haidh.

Umur Putus HaidhTidak ada ketentuan dalam umur

penghabisan keluar haidh cuma sekitar 60 tahun dengan lebih atau kurang

daripada itu.

Page 5: Haid,istihadhah dan nifas

Tempoh Keluar Darah Haid

Tempoh biasa adalah 6 atau 7 hari.

Tempoh terpanjang bagi haidh adalah 15 hari dan malamnya

Tempoh minimum bagi masa suci adalah 15 hari dan malamnya

Tidak ada had bagi tempoh maksimum masa suci antara dua haidh

Page 6: Haid,istihadhah dan nifas

Darah Ketika Hamil

Menurut fuqahak Syafi’iyyah dan Malikiyyah darah yang dilihat semasa hamil adalah haidh

Haidh Berselang Dengan Suci

Pendapat Pertama :

Hari bersih dikira sebagai haidh dengan 3 syarat :

1. Hari bersih dicelah hari haidh

2. Tempoh bersih tidak lebih 15 hari

3. Darah kedua yang keluar mencapai sehari semalam

Page 7: Haid,istihadhah dan nifas

Pendapat Kedua :

Berdasarkan talfiq yaitu hari bersih bukan dikira hari haidh. Masalah ini hanya berkait dengan

sembayang,puasa dan seumpamanya tidak termasuk bilangan iddah

Darah Sebelum BersalinDarah yang keluar ketika sakit hendakm bersalin adalah

darah fasad dan yang keluar semasa sedang bersalin adalah darah tolaq dan jika keluar lebih sehari semalam sebelum bersalin dan terputus dari masa bersalin adalah

darah haidh

Berhenti DarahMenurut jumhur ulamak yaitu Syafi’e, Hanafi dan Maliki dengan ketiadaan warna darah dan warna kuning dan keruh dibahagian dalam faraj bukan dibahagian luar sekalipun masih ada cairan keputihan seperti susu.

Warna kuning atau keruh yang terasing dari haidh tidak dikira haidh.

Page 8: Haid,istihadhah dan nifas

Larangan Keatas Perempuan Haidh

SolatMasalah

i- Jika suci pada masa yang sempat serakaat sembahyang maka wajib ditunaikan solat tersebut dengan tiada khilaf

ii- Jika tidak sempat masa serakaat sembahyang maka qaul yang asah wajib ia qadha sembahyang tersebut bersama sembahyang

sebelumnya yang harus jamak

iii- Jika datang haidh dalam waktu solat yang belum ditunaikan maka wajib diqadha jika sempat masa sekurang-kurang solat dan tidak wajib qadha jika tidak sempat masa sekurang-kurang solat

menurut pendapat yang sahih

iv- Pendapat yang mewajibkan perempuan haidh berwuduk dan bertasbih pada waktu-waktu solat adalah dhaif

Page 9: Haid,istihadhah dan nifas

PuasaHaram dan tidak sah mengerjakan puasa Ramadhan dengan

ijma’ .Wajib menqadha puasa Ramadhan dengan ijma’

Masalah

i- Batal puasa dengan keluar darah haidh sekalipun sekejap sebelum terbenam matahari dan wajib qadha

ii- Wajib berpuasa jika berhenti darah sekejap sebelum terbit fajar sekalipun tidak sempat mandi

iii- Puasa yang telah dikerjakan sekerat jalan diberi pahala

iv- Meninggalkan puasa kerana mematuhi larangan syara’ juga diberi pahala

Page 10: Haid,istihadhah dan nifas

Tawaf

Haram dan tidak sah mengerjakan tawaf fardhu (ifadhah) atau sunat dengan ittifaq ulamak

Masalah

Perempuan haidh yang belum mengerjakan tawaf rukun dan tidak mampu untuk menunggu sehingga hari sucinya harus memilih

salah satu pendapat-pendapat berikut :-

i- Menggunakan ubat untuk menghentikan darah kemudian mandi dan tawaf

ii- Bertaqlid kepada mazhab Hanafi yang berkata dengansah tawaf perempuan yang tidak putus darah haidh

ii- Bertaqlid kepada pendapat Imam Malik yang berkatajika telah ia kerjakan tawaf Qudum dan Sa’i selepasnya maka

gugur kewajipan tawaf rukun.

Page 11: Haid,istihadhah dan nifas

Membaca Quran dan Sentuhnya

Haram disisi jumhur ulamak jika diniatkan membaca Quran sekalipun satu kalimah atau satu huruf

Tidak haram melihat Quran atau membaca didalam hatiHarus atas yang haidh melakukan ibadah seperti berzikir,

membaca tahlil, tahmid, tasbih, berdoa dan membaca kitab-kitab selain Al-Quran seperti hadith, fiqh dan seumpamanya

Masalah

Jika perempuan yang haidh takut hilang hafalan maka harus dilakukan perkara berikut :

i- Membacanya didalam hati tanpa melafazkan menurut pendapat jumhur ulamak

ii- Jika tidak berhasil dengan membaca didalam hati maka harus ia taqlid pendapat mazhab Maliki yang mengharuskan yang haidh

membaca Quran.

Page 12: Haid,istihadhah dan nifas

Berhenti Dalam Masjid

Talaq

Haram atas suami menceraikan isteri yang sedang haidh tetapi cerai tersebut adalah berlaku

Page 13: Haid,istihadhah dan nifas

Jima’ Isteri Haidh

Haram dengan ijma’ sekalipun dengan berlapik

Firman Allah ertinya

“Maka jauihilah akan isteri-isteri didalam masa haidh

Haram jima’ ini berkekalan sekalipun setelah kering darah sebelum mandi kerana firman Allah

“ Dan jangan kamu hampiri mereka itu sebelum mereka suci. Maka apabila mereka telah bersuci maka datangilah mereka itu menurut

apa yang diperintahkan akan kamu oleh Allah.”

Page 14: Haid,istihadhah dan nifas

ISTIHADHAH

Page 15: Haid,istihadhah dan nifas

ISTIHADHAH

DARI SEGI SYARA’ : DARAH YANG MENGALIR BUKAN PADA WAKTUNYA YANG BIASA, DARIPADA HUJUNG URAT DI BAWAH RAHIM PEREMPUAN.

Page 16: Haid,istihadhah dan nifas

HUKUM ISTIHADHAH

SECARA UMUM..

SAMA SEPERTI TEMPOH TIDAK ADA HAID, IAITU DIHUKUM KE ATASNYA SUCI

WAJIB SOLAT, PUASA, BOLEH BERSETUBUH DAN HAL-HAL YANG BERKAITAN

TETAPI…

Page 17: Haid,istihadhah dan nifas

HUKUM ISTIHADHAH

PERKARA PERTAMA : WAJIB BERWUDHU’ SETIAP KALI HENDAK SOLAT

SABDA NABI KEPADA FATHIMAH BINTI ABI HUBAISY R.A :

“KEMUDIAN HENDAKLAH KAMU BERWUDHU’ PADA SETIP KALI SOLAT”

(SAHIH AL BUKHARI no 288)

Page 18: Haid,istihadhah dan nifas

HUKUM ISTIHADHAH

PERKARA KEDUA : BASUH KESAN DARAH DAN IKAT FARAJ DENGAN CEBISAN KAIN SEBELUM BERWUDHU’

SABDA NABI KEPADA HIMNAH R.A :

“AKU AKAN TERANGKAN UNTUK KAMU (CARA MENGGUNAKAN) AL-KURSUF (KAPAS YANG DILETAKKAN DI FARAJ), SESUNGGUHNYA IA DAPAT MENGHILANGKA DARAH “

HIMNAH BERKATA : “IA (DARAH SAYA) LEBIH BANYAKDARI DEMIKIAN ITU”

SABDA NABI : “MAKA HENDAKLAH KAMU MENGEKANGNYA (MENGIKATNYA)… “

SUNAN AL-TIRMIZI-no 118 (KITAB AL-THAHARAH)

Dan beliau berkata hadis ini hasan sahih.

Page 19: Haid,istihadhah dan nifas

PERLU DIINGAT, APA YANG KELUAR SELEPAS ITU TIDAK MEMUDARATKAN (TIDAK MEMBATALKAN WUDHU’)

HADIS RIWAYAT AHMAD DAN IBN MAJAH :

“WAHAI RASULULLAH, SESUNGGUHNYA AKU SEORANG WANITA YANG MENGALAMI ISTIHADHAH SEHINGGA AKU TIDAK SUCI, APAKAH AKU PATUT MENINGGALKAN SOLAT ?”

MAKA SABDA NABI : “TIDAK, HENDAKLAH KAMU JAUHI SOLAT PADA HARI-HARI HAIDMU (SAHAJA), KEMUDIAN HENDAKLAH KAMU MANDI DAN BERWUDHU’ UNTUK SETIAP SOLAT KEMUDIAN DIRIKANLAH SOLAT WALAUPUN DARAH MENITIS JATUH KE TIKAR”

MUSNAD AHMAD- NO 25681 DAN DISAHIHKAN OLEH SYU’AIB AL-ARNAUTH

Page 20: Haid,istihadhah dan nifas

HUKUM ISTIHADHAH

PERKARA KETIGA : BERKENAAN BERSETUBUH

1. ISTIHADHAH MENJADI SATU KELAZIMAN BAGI PARA WANITA PADA ZAMAN NABI

2. FIRMAN ALLAH S.W.T : OLEH SEBAB ITU HENDAKLAH KAMU MENJAUHKAN DIRI DARI PEREMPUAN (JANGAN BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU) DALAM MASA DATANG DARAH HAID ITU. (lihat slide seterusnya)

3. JIKA DIHARUSKAN SOLAT BAGI MUSTAHADHAH, MAKA BERSETUBUH JUGA DIBENARKAN

Page 21: Haid,istihadhah dan nifas

HUKUM ISTIHADHAH

يHاء ِف LَسN R الِّن Tوا LِزHل LًذYى ِفLاْعRَت RَمLِحHيِضH ُقTْلR ُهTوL َأ LَكL ْعLِنH ال Tوَن Lل َأ RَسL َوLَي iِنTوُهT Rُت َنL ِفLَأ RْرiَّهLَطL HًذLا ُت َنL ِفLِإ RْرTَّهRَطL iَىL َي َت Lَح iِنTوُهT ُب LْرRْقL L ُت RَمLِحHيِضH َوLَال ال uُّبHِحT HيِنL َوLَي iوiاُب TِحHُّبu الَت xَهL َي Hَنi الّل xَهT ِإ TُمT الّل ُك LْرLَم

L RُثT َأ َمHِنR َحLيLَيِنHْرNَّهLَطL RَمTَت ال

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (AL-BAQARAH 2;222)

Page 22: Haid,istihadhah dan nifas

SYARAT BEZA DARAH (TAMYIZ)

BAGI MENENTUKAN SIFAT DARAH SECARA UMUMNYA, 3 SYARAT PERLU DIPATUHI.

DARAH YANG KELUAR ITU TIDAK KURANG 24 JAM

TIDAK MELEBIHI TEMPOH MAKSIMUM HAID, 15 HARI.

DARAH YANG SIFATNYA LEMAH ITU TIDAK KURANG DARIPADA TEMPOH SUCI 15 HARI

Page 23: Haid,istihadhah dan nifas

SYARAT BEZA DARAH (TAMYIZ)

KES PERTAMA : WANITA YANG MEMILIKI MASA HAID YANG TETAP (TEMPOH DAN PUTARANNYA)

A’ISYAH R.A MENERANGKAN BAHAWA FATHIMAH BINTI ABI HUBAISY R.A PERNAH BERTANYA KEPADA NABI.

“SESUNGGUHNYA AKU DIDATANGI ISTHADHAH, MAKA AKU TIDAK SUCI. ADAKAH AKU PERLU MENINGGALKAN SOLAT?”

RASULULLAH MENJAWAB : “TIDAK, SESUNGGUHNYA ITU IALAH ‘IRQ (PENYAKIT). TINGGALKAN SOLAT PADA KADAR HAID YANG KEBIASAAN BAGI KAMU, KEMUDIAN HENDAKLAH KAMU MANDI DAN DIRIKAN SOLAT.”

SHAHIH AL-BUKHARI- NO 325 (KITAB AL HAID)

Page 24: Haid,istihadhah dan nifas

SYARAT BEZA DARAH (TAMYIZ

KES KEDUA : WANITA YANG TIDAK MEMILIKI MASA HAID YANG TETAP ATAU DIKETAHUI (TEMPOH DAN PUTARANNYA)

PERLU BEZAKAN MELALUI CIRI DARAH :

1.WARNA DARAH

2.KEPEKATAN DARAH

3.BAU DARAH

Page 25: Haid,istihadhah dan nifas

NABI BERSABDA KEPADA FATHIMAH BINTI ABI HUBAISY R.A :

“APABILA DARAH ITU ADALAH HAID MAKA SESUNGGUHNYA IA HITAM (LAGI) DIKENALI, JUSTERU HENDAKLAH KAMU MENAHAN DARI MELAKUKAN SOLAT. JIKA IA ADALAH (DARAH) SELAIN ITU MAKA HENDAKLAH KAMU BERWUDHU’ DAN MENDIRIKAN SOLAT KERANA SESUNGGUHNYA IA ADALAH (DARAH) PENYAKIT”

SUNAN ABU DAUD-N0 247 (KITAB AL-THAHARAH) DAN SUNAN AL-NASA’I

DENGAN DISAHIHKAN OLEH IBN HIBBAN DAN AL-HAKIM

Page 26: Haid,istihadhah dan nifas

SYARAT BEZA DARAH (TAMYIZ)

KES KETIGA : WANITA YANG TIDAK MEMILIKI MASA (TEMPOH DAN PUTARAN) YANG TETAP DAN TIDAK JUGA MEMILIKI SIFAT-SIFAT DARAH YANG DAPAT DIBEZAKAN.

PERLU MELIHAT KEBIASAAN PARA WANITA LAIN YANG HAMPIR DENGANNYA DAN DIJADIKAN UKURAN KE ATAS DIRINYA

Page 27: Haid,istihadhah dan nifas

HIMNAH BINTI JAHSY R.A PERNAH BERTANYA KEPADA NABI :

“YA RASULULAH! SESUNGGUHNYA SAYA SEORANG WANITA YANG DIDATANGI ISTIHADHAH YANG AMAT BANYAK, APAKAH PANDANGAN ENGKAU BERKENAANYA? SESUNGGUHNYA IA MENEGAH AKU DARIPADA MENDIRIKAN SOLAT DAN PUASA”

RASULULLAH MENJAWAB : “AKU AKAN TERANGKAN UNTUK KAMU (CAR MENGGUNAKAN) AL-KURSUF (KAPAS YANG DILETAKKAN DI FARAJ), SESUNGGUHNYA IA DAPAT MENGHILANGKAN DARAH”

Page 28: Haid,istihadhah dan nifas

HIMNAH BERKATA : “IA (DARAH SAYA) LEBIH BANYAK DARI DEMIKIAN ITU”

RASULULLAH BERSABDA : “SESUNGGUHNYA IA (PENDARAHAN KAMU) ADALAH HENTAKAN DARI HENTAKAN-HENTAKAN SYAITAN, MAKA (APABILA) KAMU DIDATANGI HAID SELAMA 6 ATAU 7 HARI PADA ILMU ALLAH TA’ALA, HENDAKLAH KAMU MANDI APABILA KAMU LIHAT BAHAWA KAMU TELAH SUCI (DARI DARAH HAID), MAKA HENDAKLAH KAMU SOLAT PADA PADA 23 MALAM ATAU 24 MALAM DAN SIANGNYA DAN HENDAKLAH KAMU BERPUASA. ”

SUNAN ABU DAUD- NO 248 (KITAB AL THAHARAH)

DAN SUNAN AL-TIRMIZI-NO 118 (KITAB AL THAHARAH)

DAN BERKATA AL-TIRMIZI, HADIS INI HASAN SAHIH

Page 29: Haid,istihadhah dan nifas

PENDARAHAN YANG DISALAH ANGGAP ISTIHADHAH

1. KES PERTAMA : WANITA YANG MENGETAHUI DENGAN JELAS BAHAWA DIA TIDAK AKAN DIDATANG HAID LAGI.

DARAH YANG KELUAR IALAH AL-SUFRAH (CECAIR KEKUNINGAN) DAN AL-KUDRAH (CECAIR KEKERUHAN ANTARA KUNING DAN HITAM) ATAU BASAHAN.

CARA MEYUCIKAN DAN HUKUM SAMA SEPERTI ISTIHADHAH.

Page 30: Haid,istihadhah dan nifas

PENDARAHAN YANG DISALAH ANGGAP ISTIHADHAH

2. KES KEDUA : WANITA YANG TIDAK MENGETAHUI DENGAN JELAS SAMA ADA DIA AKAN DIDATANGI HAID ATAU TIDAK.

CARA TENTUKAN DARAH, MENGGUNAKAN 3 CARA YANG TELAH DIKEMUKAKAN.

SABDA NABI KEPADA FATHIMAH BINTI ABI HUBAISY :

“SESUNGGUHNYA YANG DEMIKIAN ITU IALAH ‘IRQ (PENYAKIT) BUKANLAH DARAH HAID MAKA APABILA DATANG HAID HENDAKALH KAMU MENINGGALKAN SOLAT”

SHAHIH AL BUKHARI-NO 306 (KITAB AL HAID)

Page 31: Haid,istihadhah dan nifas

PEMBAHAGIAN MUSTAHADHAH

MUBTADI’AH MUMAIYIZAH = WANITA YANG BARU PERTAMA KALI HAID DAN BOLEH MEMBEZAKAN SIFAT DARAH.

MUBTADI’AH GHAIRA MUMAIYIZAH = WANITA YANG BARU PERTAMA KALI HAID DAN TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN SIFAT DARAH

MU’TADAH GHAIRA MU’MUMAIYIZAH = WANITA YANG SUDAH BIASA HAID DAN TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN DARAH

MU’TADAH MUMAIYIZAH = WANITA YANG SUDAH BIASA HAID DAN TAHU BEZAKAN DARAH

MUTAHAIYIRAH MUTIAQAH = WANITA YANG LUPA KADAR DAN WAKTU

MUTAHAIYIRAH ZAKIRATUL QADR, NASIATUL WAQTI = WANITA YANG INGAT KADAR TETAPI LUPA WAKTU.

MUTAHAIYIRAH ZAKIRATUL WAQTI, NASIATUL QADR = WANITA YANG LUPA KADAR TETAPI INGAT WAKTU

Page 32: Haid,istihadhah dan nifas

KEWAJIBAN BERSUCI KE ATAS MUSTAHADHAH

MEMBASUH FARAJ NYA SERTA MENYUMBAT FARAJNYA DENGAN KAPAS ATAU MEMAKAI PANTILINER.

MENGAMBIL WUDHU’ ATAU BERTAYAMUM JIKA KETIADAAN AIR BAGI SETIAP AMALAN FARDHU DALAM WAKTUNYA.

Page 33: Haid,istihadhah dan nifas

NIFAS

Page 34: Haid,istihadhah dan nifas

DARAH NIFAS

Nifas (النفاس) ialah darah yang keluar dari rahim wanita atas sebab melahirkan anak.

 Hukum yang berlaku pada nifas adalah sama seperti hukum haid, baik mengenai hal-hal yang diperbolehkan, diharamkan, dan diwajibkan.

Page 35: Haid,istihadhah dan nifas

HUKUM- HUKUM NIFAS

Pertama: Iddah.

Nifas tidak dijadikan ukuran iddah bagi seorang isteri yang dijatuhkan talak (diceraikan) oleh suaminya. Oleh itu apabila seorang isteri yang hamil dicerai oleh suaminya, maka tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak, bukan dengan berhentinya nifas. Apabila seorang isteri yang baru sahaja melahirkan anak dicerai oleh suaminya, maka iddahnya ialah menunggu hingga datang haid lalu dikira berdasarkan putaran haidnya, bukan berdasarkan nifasnya.

Page 36: Haid,istihadhah dan nifas

Kedua: Ila’Ila’ ialah tindakan seorang suami yang bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya buat selama-lamanya atau untuk satu tempoh yang melebihi empat bulan. Jika ini berlaku, maka tempoh empat bulan (atau lebih sebagaimana yang disumpah) dikira berdasarkan putaran haid isteri dan bukan berdasarkan nifasnya

Page 37: Haid,istihadhah dan nifas

 

Ketiga: BalighTahap baligh bagi seorang wanita diukur berdasarkan datang haid dan bukan datang nifas. Ini kerana seorang wanita tidak mungkin akan mengalami nifas jika dia tidak hamil, dan dia tidak mungkin akan hamil jika tidak terlebih dahulu mengalami haid

Page 38: Haid,istihadhah dan nifas

Keempat: Nifas yang terputus-putus

Pendapat Pertama:Apabila nifas terhenti sebelum 40 hari kemudian ia keluar semula pada hari ke-40, maka yang keluar semula itu dikategorikan sebagai “darah yang disyaki”. Dalam kategori ini, wanita yang mengalaminya wajib bersolat dan berpuasa. Sebelum itu ketika sedang nifas, diharamkan ke atasnya apa yang diharamkan ke atas wanita yang sedang haid. Dia wajib mengqada puasanya selepas suci (jika dia nifas dalam bulan Ramadhan). Ini adalah pendapat yang mayshur dalam Mazhab Hanbali.

Page 39: Haid,istihadhah dan nifas

Pendapat Kedua:Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor nifas, maka ia adalah nifas. Apabila darah keluar pada suasana yang lazimnya disebabkan oleh faktor haid, maka ia adalah haid. Apabila darah keluar secara berterusan, ia adalah istihadah.Pendapat yang kedua inilah dianggap yang benar. Imam Ibn Qudamah rahimahullah di dalam kitabnya al-Mughni, jld. 1, ms. 349 menukil kata-kata Imam Malik rahimahullah: Jika dia (wanita) melihat darah selepas dua atau tiga hari, yakni selepas habis nifas, maka ia adalah darah nifas dan jika selepasnya ( lebih dari tiga hari) maka ia adalah darah haid.Pendapat kedua ini juga merupakan pilihan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah.

Page 40: Haid,istihadhah dan nifas

Kelima: BersetubuhApabila seorang wanita menjadi suci daripada haidnya lebih awal daripada tempoh yang biasa baginya, diharuskan bagi suami menyetubuhinya. Akan tetapi apabila seorang wanita yang sedang nifas suci daripada nifasnya lebih awal daripada tempoh 40 hari, wujud perselisihan pendapat sama ada harus atau tidak bagi suami menyetubuhinya. Yang benar diharuskan bagi suami menyetubuhinya dan ini adalah pendapat majoriti ilmuan.

Page 41: Haid,istihadhah dan nifas

TEMPOH MASA NIFAS

Imam Syafi’ie dan mazhabnya mempunyai pandangan iaitu, tempoh maksima nifas ialah 60 hari. Jadi, jika seorang wanita darah bersalinnya berlarutan selepas 40 hari, mengikut pandangan ini; darah itu masih dianggap darah nifas sehinggalah 60 hari. Dalam tempoh 60 hari itu jika darah masih keluar, tidak harus ia mengerjakan solat, puasa dan sebagainya lagi dari ibadah-ibadah yang mensyaratkan bersuci. Jika selepas 60 hari darah masih lagi keluar, maka ketika itu barulah ia dianggap darah penyakit dan tertakluk dengan hukum-hakam istihadhah .

Page 42: Haid,istihadhah dan nifas

DARIPADA UMMU SALAMAH H.A

“Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).

Adapun tempoh 40 hari yang disebut oleh Ummu Salamah dalam hadis di atas, itu adalah tempoh kebiasaan nifas bagi kebanyakan wanita, bukan bermaksud tempoh maksimanya.

Page 43: Haid,istihadhah dan nifas

•Imam Syafi’ie berhujjah berdasarkan pengalaman, yakni menurut pengalaman dan pemerhatian beliau; terdapat wanita yang pernah mencapai tempoh nifas hingga 60 hari.