Kelahiran Normal Acot

download Kelahiran Normal Acot

of 7

description

lol

Transcript of Kelahiran Normal Acot

KELAHIRAN NORMALADUAN UTAMASeorang ibu yang sarat mengandung telah datang ke unit PAC (Patient Assessment Centre) pada pukul 4.30 petang, menaiki wheelchair bersama suaminya dengan aduan sakit pada bahagian abdomen, terasa ingin beranak dan liqua leaking. Pendaftaran untuk ibu telah dilakukan untuk direkodkan di dalam ticket ibu ,tag nama bewarna putih telah diberikan. Pemeriksaan tanda vital telah dibuat pada pukul 4.35 petang kepada ibu dan keputusannya adalah seperti berikut : B/P: 121/82 mmHg , SpO2: 100% , Pulse Rate : 80/min. Suhu :36.7 darjah celcius. Pemeriksaan abdomen telah dibuat oleh doktor yang bertugas dan pemerhatian telah dilakukan dan keputusan adalah seperti berikut : Usia kandungan (POG) : 42/52 Ukuran tinggi fundus : 39cm. Parut : Terdapat striae gravidarum pada kulit abdomen ibu. Bentuk : Sefalik Perubahan Kulit : Terdapat linea nigra pada tengah-tengah abdomen ibu.Pemeriksaan vagina telah dilakukan oleh doktor untuk menentukan oz ibu telah membuka berapa cm. Keputusan untuk pemeriksaan ini adalah oz ibu telah membuka 5 cm. Ibu telah dibawa ke bilik bersalin untuk menunggu saat kelahiran.Ibu telah dibawa menggunakan stretcher pada pukul 4.50 petang ke bilik bersalin untuk dilakukan pemerhatian selama 30 minit sekali. Bilik telah diberikan kepada ibu dan pemeriksaan tanda vital dilakukan sekali lagi , keputusannya adalah seperti berikut :B/P : 126/89 mmHg , SpO2: 100% , Pulse Rate : 100/min , Suhu :36.7 darjah celcius.Pemeriksaan vagina telah dilakukan sekali lagi oleh doktor di bilik bersalin. Pemasangan kateter untuk mengosongkan pundi kencing dan air ketumban telah dipecahkan untuk mempercepatkan proses kelahiran berlaku. Pemasangan mesin cardiaktacograph(CTG) di abdomen ibu untuk mengesan pulse janin dan kontraksi pada uterus ibu. Keputusan bagi setiap observation yang dilakukan telah direkodkan di phatogram. IV Oxytocin telah diberikan bersama 1pine normal saline dan dialirkan selama satu jam kepada ibu. Pada pukul 5.50 petang terdapat tanda-tanda stage yang ke dua pada ibu. Ibu terasa ingin meneran, vulva ibu telah terbuka , perenium ibu telah menipis dan kepala bayi kelihatan. Pemeriksaan vagina telah dilakukan lagi kepada ibu dan doktor mengesahkan servix ibu telah membuka fully. Set delivery telah disediakan di atas troli.Ibu telah diajar cara untuk teran ketika sakit dan ambil nafas ketika tidak berasa sakit pada abdomen ibu. Cream hibitane telah disapukan pada vulva ibu bagi memudahkan proses kelahiran. Pada pukul 6.10 petang bayi telah dikeluarkan dan bayi telah disuction bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada paru-paru bayi. Skor apgar bayi adalah 10/10 dan jantina bayi telah ditunjukkan kepada ibu. Bayi diletakkan kedalam heater untuk memanaskan suhu badan bayi.Pengeluaran plasenta mengambil masa selama 10 minit, tepat pukul 6.20 petang plasenta berjaya dikeluarkan. Pemeriksaan pada uterus ibu telah dilakukan bagi mengelakkan sisa plasenta tertinggal di dalam dan boleh mengakibatkan pendarahan. Pemeriksaan pada plasenta dilakukan selama 5minit. Pengambilan sample darah dari tali pusat untuk dijalankan proses G6PD dan TSH(Thyroid Stimulating Hormon). Plasenta dibungkuskan untuk diberikan kepada waris. Proses jahit telah dilakukan di hujung bawah vagina ibu kerana terdapat sedikit koyak akibat geseran pada bahu bayi ketika proses kelahiran. Bayi telah diberikan kepada ibu untuk diberikan susu badan, Rekod kelahiran telah dicatatakan dan dimasukkan kedalam tiket ibu. Ibu dimasukkan di wad 4b Kenanga pada pukul 7 petang dengan menaiki stretcher diiringi jururawat masyarakat yang bertugas. Ibu diberikan minumam milo untuk membekalkan tenaga. Pitocin 40unit dalam 500 ml Hartman dialirkan untuk menambahkan kembali tenaga ibu dan membantu mengecutkan kembali uterus ibu. Ibu di rehatkan sepenuhnya diatas katil dan dipantau kawasan vagina bagi memastikan jahitan tiada tanda-tanda jangkitan dan pendarahan dalam kadar yang terhad. Tanda vital diambil setiap jam dan keputusan adalah seperti berikut : B/P: 118/80 mmHg , SpO2: 100% , Pulse rate: 60/min , Suhu: 37 darjah celcius.

MAKLUMAT IBUNombor Pendaftaran:

HTJ 1518222Nombor K/P:

-TIDAK PERLU DIISI-

Nama:

-TIDAK PERLU DIISI-

Jantina:

PerempuanBangsa:

MelayuPekerjaan:

SurirumahUmur:

26 tahun

Alamat:

-TIDAK PERLU DIISI-No Tel:

-TIDAK PERLU DIISI-

Hospital/Klinik:

Hospital Tuanku Jaafar SerembanTarikh:

11 Febuari 2015

PENGENALANKelahiran normal merupakan satu proses yang kerap berlaku di mana -mana dewanbersalin di Malaysia malah diseluruh dunia. Menurut Yvonne Cheng (2009), kelahirannormal didefinisikan sebagai suatu prosesfisiologidimana bayi, membran, tali pusat danplasenta dilahirkan daripada uterus.Proses kelahiran berlaku disebabkan oleh perubahan biokimia tisu penghubung. Serviks uterus akan mengalami kontraksi beritma yang mempunyaifrekuensi, kekuatan dan durasi yang cukupuntuk menyebabkan kelahiran berlaku.Terdapat beberapa ciri yang membezakan kelahiran normal dengan kelahiran yang tidak normal. Ciri-ciri tersebut ialah: Mempunyai minggu yang cukup. Jika minggu kurang daripada tempoh kehamilan yang sepatutnya, ianya dikenali sebagai kelahiran pramatang. Fetus dilahirkan melalui salur peranakan wanita secara spontan ataupun Spontaneous Vaginal Delivery(SVD) Jika kelahiran dibantu dengan alatan seperti forsep, vakum atau melalui pembedahan (LSCS), ianya tidak diklasifikasikan sebagai kelahiran normal. Tiada komplikasi semasa kelahiran berlaku kepada ibu ataupun kepada fetus. Tempoh kelahiran mestilah tidak melebihi 18 jam. Posisi fetus mestilah kedudukan verteks.Fetus yang berada pada posisi abnormal mempunyai cara kelahiran yang tidak normal atau memerlukan alatan bantuan dan pembedahan.

PENYATAAN MASALAHSeorang ibu yang sarat mengandung telah datang ke unit PAC (Patient Assessment Centre) pada 11 Febuari 2015 pukul 4.30 petang, menaiki wheelchair bersama suaminya .Ibu telah hamil selama 38 minggu 2 hari. Aduan ibu sakit pada bahagian abdomen, terasa ingin beranak dan liqua leaking

PENCARIAN LITERATUR(Yvonne Cheng, 2009) mengatakan kelahiran merupakan satu proses fisiologi dimana fetus, membran, tali pusat dan plasenta dilahirkan daripada uterus. Kelahiran dapat dicapai dengan perubahan biokimia tisu penghubung dan dengan penipisan berperingkat dan pengembangan serviks uterus hasil daripada kontraksi uterus yang berirama dengan frekuensi, kekuatan dan durasi yang mencukupi.(Mander R, 1998) berkata, cara mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran haruslah memberikan kesan yang baik, selamat untuk bayi, mempunyai kesan yang boleh diramal, boleh di rawat jika perlu, senang untuk diberikan dan tidak akanmengganggu kontraksi uterus.Menurut (Steer P, 1999) kebanyakan kehamilan akan berakhir dengan kelahiran normal.Perawat bertanggungjawab untuk memberikan sokongan kepada pesakit dan suami serta memerhatikan keabnormalan semasa proses

PENEMUAN1. Inkubator2. Mesin CTG3. Katil Labor4. Infant Warmer5. Phatogram Form

CADANGANPengurusan semasa kelahiran normal agak berbeza bagi setiap peringkat.Peringkat pertama Sokongan emosi perlu diberikan kepada wanita yang bakal melahirkan anak untuk mengurangkan kerisauan. Lakukan pemerhatian kepada ibu dan fetus. Ibu Perhatikan tekanan darah ibu. Bagi yang menghidap hipertensi, tekanan darah dipantau 3 jam sekali. Bagi yang normal pula 4jam sekali. Perhatikan kadar nadi setiap setengah jam. Perhatikan show fetus. Perhatikan jika terdapat liquor leaking atau tidak. Setiap bilik bersalin hendaklah terdapat staff yang bertugas memantau semasa observation ibu dilakukan. Ibu hendaklah diberikan keperluan seperti kebajikan kebersihan ibu hendaklah dijaga dan jika ibu ingin minum perlulah diberikan Infusi Hartman diberikan bagi membekal tenaga kepada ibu yang berbadan kecil. Fetus Pantau kadar denyutan jantung fetus dengan menggunakan peanutskop atau kardiotocogram. Pemeriksaan vagina 4jam sekali dilakukan oleh doktor untuk perkembangan proses kelahiran dan presentasi bayi

Peringkat kedua Berikan suntikan sintometrin secara intramuscular. Jika ibu menghidapi darahtinggi, berikan intravena pitocin. Lakukan sedutan oropharymgeal kepada bayi. Keringkan bayi Ases apgar skor untuk minit yang ke 5. Tunjukkan bayi kepada ibu untuk pengesahan jantina. Ikat tag kepada bayi dengan maklumat yang lengkap. Tag biru untuk bayi lelakidan tag merah jambu untuk bayi perempuan Balut dengan tuala kering dan berikan kepada ibu untuk bonding.Peringkat ketiga Setelah plasenta dilahirkan, periksa vagina dan perineum jika terdapat sebarangkoyakan. Lakukan jahitan jika terdapat koyakan. Bersihkan genitalia dan pakaikan pad serta selesakan ibu. Periksa plasenta serta membrane untuk memastikan ia lengkap Lakukan pemerhatian terhadap ibu dengan memeriksa Vital Sign Keadaan am Pundi kencing Involusi Uterus Keadaan di perineum Pastikan keselesaan ibu. Rekodkan proses labor dengan lengkap.

RUMUSANKelahiran normal adalah kelahiran yang biasa terdapat di mana-mana hospital di Malaysia. Kelahiran ini adalah kelahiran yang paling mudah dan tidak mempunyai sebarang komplikasi yang boleh cenderung membawa maut jika dilakukan dengan prosedur yang betul. Kemungkinan prosedur episiotomy perlu dilakukan bagi ibu yang primigravida untuk mengelakkan koyakan pada anus dan boleh mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk. Namun begitu kelahiran normal biasanya dapat dilakukan tanpa mengancam nyawa ibu atau fetus sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran. Teknik steril juga amat perlu dititik berat kan dalam proses ini bagi mengekalkan kualiti dan menghadkan tahap jangkitan pada luka ibu ketika proses kelahiran dilakukan dan berakhir dengan kelahiran yang selamat.

RUJUKANMander R. (1998). Analgesia and anaesthesia in childbirth: obscurantism andobfuscation. J Advanced Nursing 28:86-93. Steer,P (1990) Physiology and management of normal labor. British Medical JournalCheng, Y (2009) Obstetrics Normal & problem Pregnancies. 5th ed. New York: Churchill LivingstoneLAMPIRAN

Mesin CTG

Katil Bersalin

Inkubator

Infant warmer