Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

14
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PdP Nama Pelajar : Rohani Binti Eshak No. Kad Pengenalan : 830222-01-5076 Nama Sekolah : SK LKTP Adela Program : Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011 Opsyen/Kelas : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Kumpulan 2) Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tahun 4 Iman Tajuk Inovasi : MENINGKATKAN KEMAHIRAN PUTARAN RODA DENGAN MENGGUNAKAN KAD FLIP BERGAMBAR BAGI MURID TAHUN 4 IMAN SK LKTP ADELA BAGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI. Tempoh Pelaksanaan: 30 minit (1 waktu) 1.0 Pengenalan Inovasi dalam pendidikan khususnya diperingkat sekolah memainkan peranan penting yang menjayakan visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PdP Pendidikan Jasmani pula merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan berkeadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sahsiah serta sosialisasi terhadap aktiviti fizikal. Justeru itu, ~1~

description

ram

Transcript of Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

Page 1: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

Nama Pelajar : Rohani Binti Eshak

No. Kad Pengenalan : 830222-01-5076

Nama Sekolah : SK LKTP Adela

Program : Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011

Opsyen/Kelas : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Kumpulan 2)

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tahun 4 Iman

Tajuk Inovasi : MENINGKATKAN KEMAHIRAN PUTARAN RODA

DENGAN MENGGUNAKAN KAD FLIP BERGAMBAR

BAGI MURID TAHUN 4 IMAN SK LKTP ADELA BAGI

PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI.

Tempoh Pelaksanaan: 30 minit (1 waktu)

1.0 Pengenalan

Inovasi dalam pendidikan khususnya diperingkat sekolah memainkan peranan

penting yang menjayakan visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PdP Pendidikan

Jasmani pula merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia

melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan kemahiran-kemahiran motor,

pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan berkeadaan

baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sahsiah serta sosialisasi terhadap

aktiviti fizikal. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Jasmani mencari

inisiatif untuk memperkembangan bakat serta kebolehan yang terdapat pada setiap murid.

Gallahue (1996) menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani meluangkan sebahagian

daripada hari persekolahan untuk aktiviti-aktiviti otot besar yang mendorong dan

membangun “belajar untuk bergerak’ dan ‘belajar melalui pergerakan’. Pendapat ini selaras

dengan model Thomas, Lee dan Thomas (1988) dan model Siedentop (1994) yang

menitikberatkan elemen yang sama. Pendidikan Jasmani membantu kanak-kanak

membangun sepenuhnya, merealisasikan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut.

Gabbard, LeBlanc dan Lowy (1994) menamakan pembangunan itu sebagai ‘total child’.

~1~

Page 2: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

Pembangunan sepenuhnya melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti

fizikal yang membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan adalah salah satu usaha

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan juga sosial. Secara tidak langsung, ini menggambarkan potensi melalui

jasmani antara komponen yang sangat penting bagi setiap murid.

Freeman (1997) menjelaskan Pendidikan jasmani merupakan aktiviti fizikal yang

bermatlamat pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia

menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani

member perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Ini adalah selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERI (jasmani, emosi rohani

dan intelek) dalam membangun potensi seseorang individu.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar kepada sisitem

pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna smeua aktiviti pendidikan dan persekolahan di

Malaysia mestilah selaras dan tertakluk dengan kehendak FPK. Intipati utama dalam FPK

ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial (JERIS). Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sememangnya memberi dan

menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dari aspek JERIS seseorang individu

dengan menekankan gaya hidup sihat dan aktif yang merangkumi tiga aspek penting

sewaktu pelaksanaannya di sekolah iaitu penglibatan murid secara aktif dan selamat,

interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat serta penyimpanan rekod kegiatan

murid sebagai bukti pembelajaran.

Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah

membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran

masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan

pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi,

sains dan seni.

Didalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani Tahun 4,

kandungan kurikulumnya memberi fokus kepada dua modul iaitu modul kemahiran dan

modul kecergasan. Bagi menjalankan inovasi ini, guru telah memilih modul kemahiran iaitu

gimnastik Aspek yang dinilai ialah kemahiran melakukan putaran roda dalam gimnastik

artistik. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-

ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran

kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan

~2~

Page 3: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada

tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan

yang teruk.

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk

memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah.

Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik ,

pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin

(2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti ,

imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah

aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada

komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan

fikiran yang tinggi juga diperlukan

Menurut Dauer (1995) pula, Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program

pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada pengalaman-pengalaman

pergerakan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan Jasmani merupakan

suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental

dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi (Lumpkin, 2002).

2.0 Rasional Inovasi PdP

Beberapa perkara penting perlu diselusuri didalam menjalankan sesuatu inovasi yang akan

dijalankan menerusi elemen-elemen yang mempunyai hubungkait, antaranya ialah :-

2.1 Kebolehtadbiran

Inovasi ini telah dijalankan di sekolah kerana ianya merupakan masalah yang terjadi

kepada guru dan murid-murid yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Inovasi ini telah ditadbir oleh guru dengan mudah kerana merupakan murid-murid

sekolah tersebut serta guru mengajar kelas tahun 4 Iman. Di samping itu, inovasi ini dapat

diuruskan dengan baik kerana tajuk yang dipilih seiring dengan rancangan pengajaran

harian serta keperluan murid-murid tahun 4 KSSR PJ. Manakala peserta kajian juga telah

memberikan kerjasama yang baik dan kurang mendatangkan masalah.

~3~

Page 4: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

2.2 Berkepentingan kepada murid

Putaran roda merupakan salah satu kemahiran gimnastik yang terdapat di dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 (KSSR). Kegagalan peserta kajian dalam menguasai

kemahiran yang dipelajari akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai dengan baik

sesuatu kemahiran gimnastik.

Kajian ini penting bagi pengkaji mempertingkatkan teknik pengajaran dan

pembelajaran dengan memperkenalkan teknik baru dan keberkesanannnya terhadap

pencapaian murid supaya objektif psikomotor yang dirancang tercapai. Apabila kajian yang

dijalankan tamat, peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran serta membantu memberi

keyakinan diri yang tinggi ketika melakukan aktiviti gimnastik.

Jelas menunjukkan bahawa pendidikan pergerakan memainkan peranan penting

dalam membentuk perkembangan potensi diri murid-murid dalam melakukan pelbagai corak

pergerakan fizikal sesebuah kemahiran dalam aktiviti harian dan sukan. Terdapat bukti

menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak kurang kemahiran asas maka pencapaian

kemahiran khusus dalam sesuatu sukan juga akan terjejas Gallahue & Cleland (2003).

Murid haruslah dapat menguasai kemahiran tersebut secara berperingkat-peringkat Pica

(2004).

2.3 Berkepentingan kepada guru

v Kajian ini sesuai dijalankan di sekolah kerana ianya dapat mempelbagaikan lagi

teknik pengajaran dan pembelajaran guru untuk mengajar sesuatu kemahiran gimnastik di

samping dapat membantu peserta kajian menguasai kemahiran yang dipelajari dengan

sebaiknya. Kajian ini juga boleh digunakan untuk membantu murid-murid meningkatkan

keyakinan diri dalam melakukan aktiviti gimnastik. Hasil kajian boleh digunapakai oleh guru-

guru lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga boleh digunakan

sebagai rujukan untuk generasi akan datang.

Penguasaan pergerakan asas pada peringkat awal perkembangan fizikal kanak-

kanak akan meningkatkan kemampuan diri, keyakinan, keseronokan dan minat murid-murid

dalam sesuatu sukan dan permainan walaupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran,

Stidder dan Hayes (2011). Penggunaan bahan bantu mengajar dan teknik pengajaran yang

berkesan diperlukan bagi memudahkan penguasaan suatu kemahiran, Mosston (2011).

~4~

Page 5: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

2.4 Kerevelenan kepada sekolah

Inovasi yang telah dijalankan ini telah mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak

sekolah. Guru telah mendapat kerjasama serta telah mendapat kebenaran daripada

sekolah menjalankan internship di sekolah dan menjalankan inovasi terhadap murid-

murid yang diajar. Selain itu, guru juga telah mendapat bimbingan daripada pensyarah

penyelia, pensyarah-pensyarah lain, rakan-rakan guru di sekolah serta rakan-rakan

belajar dalam usaha memperolehi maklumat dan bertukar-tukar pandangan agar inovasi

ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar.

Inovasi yang telah dijalankan ini adalah sangat relevan dan bertepatan dengan

kehendak dunia masa kini iaitu penggunaan alat-alat teknologi dan inovasi dalam

kehidupan harian. Penggunaan kad flip bergambar dapat membantu guru meningkatkan

keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid-

murid.

2.5 Wujud kolaborasi

Inovasi yang akan dijalankan ini memerlukan kolaborasi antara guru dengan pihak

sekolah, murid, ibu bapa mereka, Ketua Panitia, pensyarah pembimbing, guru pembimbing,

rakan sekuliah dan rakan-rakan guru Pendidikan Jasmani. Kolaborasi dengan pihak sekolah

termaktub didalam jadual kelas yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah,

khusus bahagian kurikulum dan Penyelaras Jadual Waktu. Manakala kolaborasi dengan

rakan sekuliah, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pula merangkumi aspek

penyediaan dan sesi PdP serta perbincangan dalam menyelia disiplin peserta kajian dalam

memastikan kelancaran projek. Selain itu juga, inovasi ini turut melibatkan kolaborasi

pengkaji dengan rakan-rakan guru Pendidikan Jasmani dan Ketua Panitia dalam membuat

rujukan untuk mentadbir PdP dan alatan yang digunakan.

2.6 Kebolehgunaan

Inovasi yang dijalankan amat sesuai digunakan dalam pengajaran gimnastik. Inovasi

yang dijalankan ini merupakan kemahiran dan latihan asas yang digunakan dalam

kemahiran gimnastik putaran roda. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan pemerhatian

dan fokus yang tinggi dalam kalangan murid. Inovasi yang digunakan oleh juga boleh

digunakan dalam kemahiran lain bukan hanya gimnastik tetapi permainan yang lain juga.

~5~

Page 6: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

3.0 Pernyataan Masalah

Bahagian ini menerangi dalam masalah yang dihadapi oleh pengkaji serta melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah murid berpunca daripada murid gagal

menguasai kemahiran asas terutamanya dalam melibatkan koordinasi mata dan kaki iaitu

dalam kemahiran putaran roda. Pada mulanya murid takut untuk menjatuhkan tangan serta

memutar badan. Lakuan yang dilakukan nampak begitu janggal sekali di mata guru kerana

mereka menyatakan mereka takut serta tidak berani melakukan aktiviti gimnastik.

Permasalahan ini berpunca daripada kelemahan dari aspek teknik lakuan yang

dihadapi oleh beberapa orang murid Tahun 4 Iman dalam kemahiran putaran roda. Kanak-

kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran putaran roda merasakan tidak seronok dan

seterusnya berasa kecewa dengan diri sendiri. Lantaran itu, kanak-kanak akan mengalami

putus asa untuk melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti sukan dan ko-kurikulum yang

dijalankan dan menerima kesan yang teruk iaitu menjadi kanak-kanak yang tidak cergas dan

pasif.

4.0 Objektif Inovasi PdP

Chow Fook Meng dan Juziah Mahamud (2011), menjelaskan bahawa objektif ditentukan

melalui tujuan menjalankan penyelidikan selepas mendapat masalah pokok penyelidikan.

Objektif umum akan memperihalkan berkaitan hala tuju kajian yang dijalankan. Manakala

Objektif khusus akan menjelaskan secara terperinci tentang tujuan penyelidikan dan

persoalan kajian memberi penekanan kepada kesesuaian kaedah yang digunakan dalam

kajian ini.

4.1 Objektif Umum

Perkara yang ingin dicapai didalam projek inovasi ini ialah untuk mencapai pemerolehan

yang positif dikalangan murid didalam meningkatkan kemahiran psikomotor . Murid juga

lebih berminat untuk mengamalkan gaya hidup sihat didalam kehidupan seharian.

Disamping itu, memberi pendedahan kepada murid agar dapat mencuba sesuatu yang baru

yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

~6~

Page 7: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

4.2 Objektif Khusus

Secara khususnya, inovasi ini akan memberi manfaat kepada para guru dan juga peserta

kajian amnya :

Adakah Kad Flip Bergambar dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran

Putaran Roda bagi murid-murid Tahun 4 Iman

5.0 Konsep Inovasi PdP

Konsep inovasi ialah memberi penambahbaikan kepada PdP dengan merujuk kepada

refleksi pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemilihan kaedah PdP yang betul tepat untuk

memberi perubahan kepada proses dan hasil PdP. Refleksi pengajaran dan pembelajaran

pula adalah cara bagaimana sesuatu permasalahan itu timbul ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran sedang berjalan dan bagaimana langkah susulan memperbaiki kelemahan

yang ada.

Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif

mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan

segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi

menyelesaikan segala permasalahan tersebut. Dengan perancangan yang betul melalui

kaedah yang dipilih dapatlah menjalankan satu projek inovasi yang boleh memberi impak

yang baik kepada murid khususnya.

Prestasi sebelum inovasi perlu menjadi penanda aras sejauh mana keberkesanan

kaedah yang dijalankan semasa projek. Ini adalah bahan rujuk yang terpenting didalam

mengukur tahap pencapaian murid didalam keberkesanan projek inovasi ini. Semestinya

faedah yang tercapai melalui inovasi ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan

yang sihat didalam mengurus PdP yang berkesan didalam keberhasilan murid.

6.0 Skop dan Batasan

Projek ini inovasi ini berlandaskan pemerhatian PdP disepanjang program Internship selama

4 minggu dengan merancang 1 projek inovasi PdP yang boleh memberi perubahan kepada

kemenjadian dan keberhasilan murid melalui PdP.

Melalui kebenaran pentadbir sekolah dan bimbingan (mentor) daripada guru yang

dipilih inovasi perlulah mendapat mandat dan panduan yang jelas daripada pihak tersebut.

~7~

Page 8: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

Ini adalah kerana setiap program mestilah selaras dengan kehendak Kementerian

Pendidikan Malaysia dan perlu memberi impak yang positif untuk keprofesionalan guru.

Guru perlu menjalankan inovasi juga mestilah merujuk kepada DSK (Dokumen

Standard Kurikulum) yang terkandung dalam KSSR tahun 4. Ini penting supaya tahap

keupayaan murid dapat diukur selaras dengan peringkat umur murid.

7.0 Kepentingan dan Impak Inovasi PdP

Melalui refleksi PdP dan pemerhatian permasalahan murid dalam PdP khususnya dalam

mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perlulah ada satu mekanisme yang boleh dijadikan

panduan dan penggalak untuk mencetus kepada keberhasilan murid selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Inovasi ini secara khusus adalah medan untuk

memperbaiki dan pertingkatkan kemahiran putaran roda bagi murid Tahun 4 Iman.

Hasil projek inovasi ini sudah tentu akan menjadi fokus kajian kepada guru-guru lain

didalam mempertingkatkan tahap penguasaan murid khususnya dalam PdP Pendidikan

Jasmani di sekolah. Penanda aras hasil daripada projek inovasi ini akan dirujuk sebagai

pedoman dan titik tolak perancangan inovasi yang lebih berkesan.

8.0 Anggaran Kos

Berikut adalah anggaran kos projek inovasi yang dijalankan :

Bil Perkara/Alatan Jumlah (RM)

1 Kertas A4 1 rim 10.00

2 Dakwat printer 30.00

3 Liminating film 40.00

4 Ring 5.00

5 Cenderahati (murid) 65.00

JUMLAH BESAR 150.00

~8~

Page 9: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

9.0 Pelan Perancangan

Berikut adalah pelan perancangan program inovasi :

Minggu Tarikh/ Hari Masa Aktiviti

1 30 Mac 2015

(Isnin)

8.30 – 9.00 pagi

(30 minit)

Aktiviti 1:

Cartwheel Tricks

- lompat dari kiri ke kanan

- melepasi objek

31 Mac 2015

(Selasa)

8.00 – 8.30 pagi

(30 minit)

2 6 April 2015

(Isnin)

8.30 – 9.00 pagi

(30 minit)

Aktiviti 2

Cartwheel Tricks

– lompatan agung

- menggunakan beam mat putaran

roda

7 April 2015

(Selasa)

8.00 – 8.30 pagi

(30 minit)

3 13 April 2015

(Isnin)

8.30 – 9.00 pagi

(30 minit)

Aktiviti 3

Cartwheel Tricks – sticker

(Now U See Now U Don’t)14 April 2015

(Selasa)

8.00 – 8.30 pagi

(30 minit)

4 20 April 2015

(Isnin)

8.30 – 9.00 pagi

(30 minit)

Aktiviti 4

Cartwheel tricks

– One Straight Line21 April 2015

(Selasa)

8.00 – 8.30 pagi

(30 minit)

10.0 Penutup

Projek inovasi ini bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan Program Pensiswazahan Guru

(PPG), malah bertujuan memberi kesedaran kepada guru betapa pentingnya merangka satu

program yang boleh memberi kesan yang efektif kepada PdP di sekolah. Ia juga penting

untuk mengukur sejauh mana kaedah latih tubi yang dipilih memberi impak kepada

keberkesan didalam mencapai objektif PdP. Saya berharap kertas cadangan projek ini dapat

diluluskan kerana ia penting didalam menjadikan satu landasan penting untuk keberhasilan

murid berdasarkan skop pembelajaran masakini.

~9~

Page 10: Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam Pdp

Disediakan oleh,

…………………………….

(ROHANI BINTI ESHAK)

Guru Pelatih PPG

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Disemak oleh.

……………………………………

(MUHAMMAD NULHAKIM BIN KASBOLLAH)

Guru Mentor Program Internship

SK LKTP Adela

Disahkan oleh,

……………………………….

~10~