LATAR BELAKANG

24
Folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Dato’ Bahaman pahlawan Pahang Nama: Fatdzirul Izzat B. Abd Radzi

description

lol

Transcript of LATAR BELAKANG

Page 1: LATAR BELAKANG

Folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Dato’ Bahaman pahlawan Pahang

Nama: Fatdzirul Izzat B. Abd RadziKelas : 402

Page 2: LATAR BELAKANG

Dato' Bahaman

1868-1931“Dalam darah keturunan Melayu mengalir semangat kepahlawanan Dato' Hang Tuah. Semangat ini takkan pernah hilang dan luntur.

Inilah yang dibuktikan oleh Dato' Bahaman ketika bangkit mengetuai penentangan terhadap British di negeri Pahang pada tahun 1892. Tanpa gentar dan takut Dato' Bahaman menentang

pelaksanaan Undang-Undang barat yang telah mengetepikan adat resam orang Melayu.Pada usianya 24 tahun, Dato' Bahaman(Orang

Kaya Semantan) dengan lantangnya menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut serta ketidakadilan

terhadap masyarakat Melayu pada waktu itu. Semangat keperwiraan Dato' Bahaman amat dikagumi dan walaupun tanpa kekuatan

senjata yang mencukupi, beliau tetap berupaya mempertahankan orang Melayu di negeri Pahang.”

Page 3: LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah

Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang,

Tanah Melayu.

Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan

Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis

dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini

telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu

sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya

menjadi tempat persinggahan British.

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang

terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan

Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang

terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh

Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan

Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu

dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah

yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Page 4: LATAR BELAKANG

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan

pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15

Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam

serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar

Temerloh.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang

menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada

21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke

Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali

lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi

ditewaskan.

Page 5: LATAR BELAKANG

PEJUANGAN

Pada hari ini dalam tahun 1892, Dato' Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang

dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari

kekuasaan Inggeris.

Meletusnya penentangan Dato' Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari

tindakan gegabah C. E. B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga

orang pengikut Dato' Bahaman dengan tuduhan mengumpulkan hasil hutan tanpa izin.

Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi

satu pasukan Polis untuk memperkuatkan balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga

tawanan itu untuk diadili di Lubuk Terua juga. Menyedari tentang hal itu, Dato' Bahaman yang

memang menentang keras pembinaan balai Polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan

itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough itu, membunuh tiga

orang, melukakan beberapa orang yang lain Ialu, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu

Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan

gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan

Raub.

Page 6: LATAR BELAKANG

Sebelumnya, Dato' Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh

beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, . bahawa

penerusan memungut cukai secara tradisi adalah terlarang,. . . .2 sedangkan itu adalah hak tradisi

beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis

surat kepada Residen Selangor, W. E. Maxwell meminta supaya Semantan dipersatukan dengan

Selangor.3 Walaupun beliau menyangkal tuduhan itu Sultan telah memerintahkan Orang Kaya

itu mengadap baginda di Pekan. Orang Kaya itu enggan Ialu menghilangkan diri di dalam hutan

di tengah-tengah masyarakat orang-orang asli yang memang bersahabat baik dengan beliau,

tetapi keluar apabila mengetahui orang-orangnya ditangkap oleh pasukan Desborough,

menyerang pasukan itu dan membebaskan orang-orangnya.

Berikutan daripada itu pada 24hb Disember, 1891, Tengku Mahmud (Tengku Besar)

bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60

orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang

dan menangkap Dato' Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui

kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan

polis Sikh. Berikutan dari kegagalan itu "Gerakan Sultan" dilancarkan pada 22hb .Januari, 1892

dengan kekuatan 800 orang (140 daripadanya mempunyai senjatapi) yang dipimpin oleh Tengku

Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari

Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11

buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato' Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak

ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang

terdekat akan tertangkap.

Page 7: LATAR BELAKANG

Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Tidak terdapat

sebarang aktiviti pihak Dato' Bahaman di sepan.jang bulan Februari itu. Untuk sementara daerah

Semantan diletakkan di bawah jagaan Abdullah Bera. Tiba-tiba, pada hari ini dalam tahun 1892

Dato' Bahaman menyerang lagi dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Dalam serangan itu

Abdullah Bera balik ke Bera dan Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka

dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato' Bahaman terhadap

Inggeris.

Bagaimanapun, kejayaan Dato' Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama

kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai

300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Clifford dan Wise (Majistret di Temerloh). Dato'

Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk

melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang

dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat

Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain.

Page 8: LATAR BELAKANG

ANUGERAH

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan

dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau telah

menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan

Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu

Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor.

Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan

Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman

adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda

Sultan Ahmad.

Page 9: LATAR BELAKANG

PERANG SEMANTAN

Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang

terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada bulan

Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang

terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh

Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan

Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu

dapat disiasat. Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah

yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.

Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan

pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan pada 15

Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk menangkapnya. Dalam

serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka melarikan diri ke bandar

Temerloh.

Page 10: LATAR BELAKANG

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang

menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari itu pada

21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke

Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali

lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi

ditewaskan.

Page 11: LATAR BELAKANG

BURUAN BRITISH

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan

kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah

dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya

mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima

Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan

kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu

Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan

Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal

bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah

Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua.

Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris

kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang

dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’

Bahaman terhadap Inggeris.

Page 12: LATAR BELAKANG

Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa

berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah

menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun

1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100

orang pengikutnya.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker

menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat

Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu

Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis.

Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya

perang menentang Inggeris di Pahang.

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-

besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan

Kelantan.Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang

Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh

perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan Mat

Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Page 13: LATAR BELAKANG

Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak

Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00

dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Page 14: LATAR BELAKANG

PERSETIAAN SUMPAH

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah

mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit

Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain

dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam

sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat

Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok

Janggut).

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke

Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun

1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan

memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan

dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin,

Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang.

Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg.

Peramu sehingga kematiannya.

Page 15: LATAR BELAKANG

RINGKASAN

LATAR BELAKANG

• Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh.

• Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’Setia perkasa pahlawan semantan.

• Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang

saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.

• Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segera.

• Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.

FAKTOR PENENTANGAN

(a) Hilang Hak Mengutip Cukai

• Dato’Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai pengawai

majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh.

• Dato’Bahaman dilarang mengutik cukai di daerah kekuasaannya iaitu di

Temerloh.

(b) Pembinaan Balai Polis

• Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa

berunding terlebih dahulu dengan Dato’Bahaman.

• Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius.

Page 16: LATAR BELAKANG

• Dato’Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta

mengancam kedudukannya.

(c) Perlucutan Gelaran

• Hugh Cliffod menganggap Dato’Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan

mematuhi arahan British.

• British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran Dato’Setia Perkasa Pahlawan

Semantan.

• Tindakan British memalukan Dato’Bahaman dan beliau bersumpah menghalau

keluar British dari Pahang.

PERISTIWA PENENTANGAN

• Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikut Dato’Bahaman

kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran .

• Tindakan British itu menyebabkan Dato’Bahaman dan pengikutnya menyerang

Balai Polis Lubuk Terua . Peristiwa ini mencetuskan perang .

• Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera

untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi .

• Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura .

• Pada Januari 1892 , British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan

kebangkitan rakyat Pahang .

Page 17: LATAR BELAKANG

• Pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger

ditumbuhkan .

• British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru .

• Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 kubu

Dato’Bahaman di Bentong .

• Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua .

• Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu .

• Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuang Pahang

berjihad menentang British .

• Pada 14 Jun 1894 , Dato’Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala

Tembeling dan Jeram Ampai .

• British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan semula

Jeram Ampai .

• Dato’Bahaman , Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan .

• Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang.

KESAN PENENTANGAN

• Dato’bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British .

• Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh

pahlawan Pahang .

• Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894

Page 18: LATAR BELAKANG

• British terpaksa menanggung hutang yang banyak .

• Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi

menyelesaikan hutang tersebut.