lsoalan tugasan SCE3111

download lsoalan tugasan SCE3111

of 4

Transcript of lsoalan tugasan SCE3111

  • 7/28/2019 lsoalan tugasan SCE3111

    1/4

    1

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPG KSM

    TUGASAN PROJEK

    PROGRAM : PISMP SAINS NAMA :

    TAJUK KURSUS : PENILAIANSEMESTER : 2/ 2012

    DALAM PENGAJARAN

    SAINS

    TARIKH MULA : 11 JULAI 2013 TARIKH AKHIR : 5 SEPTEMBER 2013

    Hasil Pembelajaran Kursus:1. Menerangkan maksud ujian, penilaian dan pentaksiran dalam konteks pengajaran

    dan pembelajaran sains sekolah rendah.2. Meneroka pelbagai alat pentaksiran yang sesuai untuk pengajaran pembelajaran

    sains sekolah rendah.

    3. Membina jadual spesifikasi ujian bagi sesuatu ujian berasaskan sukatan sainssekolah rendah.

    4. Membina item ujian yang sesuai untuk mentaksir pencapaian pelajar.5. Mentadbir, memeriksa dan menjalankan moderasi kertas ujian seperti UPSR atau

    PEKA .6. Membuat analisis dan pentafsiran skor ujian.

    Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 3, 4, 5 dan 6

    Objektif Kerja Kursus:

    Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

    1. Menjelaskankan maksud pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif dan aras-araskognitif Taksonomi Bloom.

    2. Menganalis soalan objektif dari aspek aras-aras kognitif Bloom dan soalansubjektif dari aspek kemahiran proses sains bagi peperiksaan UPSR dan ujiansumatif yang dijalankan di sekolah.

    3. Membina item serta mentadbir satu ujian sumatif Sains yang mengandungi 20soalan objektif dan 2 soalan struktur berpandukan Taksanomi Bloom.

    4. Membuat analisis item bagi ujian yang telah dibina dengan menentukan indeks

    kesukaran dan indeks diskiriminasi.

  • 7/28/2019 lsoalan tugasan SCE3111

    2/4

    Tugasan Projek(100%)

    Pengetahuan yang mantap tentang pentaksiran dan penilaian bagi guru sains adalah sangatpenting untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Terdapat tiga jenis penilaian yang biasadiamalkan di sekolah dan juga luas diperbincangkan dalam buku-buku dan jurnal pendidikaniaitu penilaian diagnostik, formatif dan sumatif. Guru sains haruslah sedar akan kepentingan

    membuat penilaian dalam pengajaran mereka bagi memperbaiki mutu pengajaran danpembelajaran. Oleh itu, kefahaman tentang tujuan penilaian, alat-alat pentaksiran dankemahiran membina item serta menganalisis item adalah sangat perlu bagi menghasilkanpengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Bagi menyempurnakan tugasan ini, anda dikehendaki ;

    . 1.a) Secara berpasangan mengumpulkan bahan dan maklumat daripada internet atau bahanbercetak tentang perkara-perkara berikut:

    i. Pentaksiran formatif

    ii. Pentaksiran sumatif iii. Aras kognitif Taksonomi Bloom

    b) Seterusnya, sediakan peta konsep berkaitan tajuk-tajuk tersebut (individu).

    c) Kumpulkan 2 buah sampel perkara berikut semasa anda menjalani latihan praktikum.

    i. soalan peperiksaan Sains UPSR

    ii. ujian Sumatif (bagi Tahun 4 dan Tahun 5) yang telah dijalankan di sekolah

    iii. aktiviti-aktiviti PEKA

    (25%)

    2. Secara berpasangan, analisis soalan objektif dan subjektif bagi kertas peperiksaan UPSR

    dan kertas ujian sumatif yang telah dikumpulkan seperti berikut :

    a) Soalan Objektif ; Analisis dari aspek kesahan kandungan dan aras kesukaran kognitif

    Taksonomi Bloom

    b) Soalan subjektif; Kenalpasti kemahiran proses sains yang dinilai dalam setiap soalan.

    (20%)3. Secara berpasangan;

    a) Bina item bagi satu ujian sumatif yang mengandungi 20 soalan objektif dan 2 soalan

    struktur bagi satu topik Sains menggunakan aras Taksonomi Bloom.

    b) Bina Jadual Penentu Ujian .

    c) Tadbir ujian yang dibina kepada murid di kelas.

    d) analisis skor ujian yang dibina bagi soalan objektif sahaja bagi menentukan kesahan

    kandungan, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.

    (40%)

  • 7/28/2019 lsoalan tugasan SCE3111

    3/4

    4. Tulis refleksi tentang pengalaman anda yang merangkumi perkara berikut:

    a) Alat pengukuran yang digunakan dalam pengajaran anda dan juga amalan guru-guru

    sekolah dalam membuat penilaian pengajaran sains.

    b) Pendapat anda terhadap Ujian Berpusat dan Penilaian berasaskan sekolah yang

    sedang diamalkan.

    (15%)

    Panduan Pelaksanaan Projek

    1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

    2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

    3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini3.2. Fon Arial

    3.3. Saiz huruf - 123.4. Langkau 1.5 baris3.5. Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association)3.6 Lampiran adalah wajib3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja

    4. Panjang tugasan antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak melebihi15 muka surat (termasuk persembahan visual).(Tidak termasuk lampiran)

    5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan

    6. Amalan plagiat tidak dibenarkan

    7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu.8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

    Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :

    1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

    2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas ...........b. Perkembangan......c. Implikasi.......

    c. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda

    hendaklah dikemukakan:

    4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah

  • 7/28/2019 lsoalan tugasan SCE3111

    4/4

    5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

    6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, larasbahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah

    7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendaktugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2bahan bercetak yang lain)

    Disediakan oleh: Disahkan oleh:

    (ROSHIDAH BINTI MAT) (CHE ZAINI CHE CHIK )Penyelaras Kursus Ketua JabatanJabatan Sains Jabatan SainsIPG Kampus Sultan Mizan IPG Kampus Sultan Mizan