Membuat corak dan rekaan

5
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Tahun : 1 Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti : Capan Tema : Alam Semulajadi Tajuk : Bingkai gambar Masa : 60 minit Media : Alatan: Berus, pallete, bawang dan bendi Bahan: kertas lukisan, warna poster Bahan bantu mengajar : contoh- contoh corak capan/karya STANDARD KANDUNGAN 1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni. 2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Transcript of Membuat corak dan rekaan

Page 1: Membuat corak dan rekaan

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tahun : 1

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Capan

Tema : Alam Semulajadi

Tajuk : Bingkai gambar

Masa : 60 minit

Media : Alatan: Berus, pallete, bawang dan bendi

Bahan: kertas lukisan, warna poster

Bahan bantu mengajar : contoh- contoh corak capan/karya

STANDARD KANDUNGAN

1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Page 2: Membuat corak dan rekaan

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual

yang terdapat pada karya seni.

2.1.1 Unsur seni

2.1.1.1 : Rupa- organik

2.1.1.2 : Warna –primer dan sekunder

2.1.1.3 : Jalinan- tampak dan sentuh

2.1.2 Prinsip Rekaan

2.1.2.1 : Harmoni- ulangan atau susunan yang terancang

2.1.2.2 : Kesatuan- dalam alam semulajadi

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni dalam menghasilkan

Karya seni.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

2.2.1.1 Alatan- berus, pallete, bendi dan bawang

2.2.1.2 Bahan: kertas lukisan, warna poster

2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak terancang teknik capan

2.2.2.1 Teknik- capan (corak terancang)

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa

Seni visual dalam menghasilkan karya seni.

2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

2.3.2 Menghasilkan corak teknik capan

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

Berpandukan bahasa seni visual

2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan

2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan

2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

Page 3: Membuat corak dan rekaan

STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik Guru menunjukkan kepada murid contoh-contoh karya corak teknik capan kepada muridGuru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan .Guru menunjukkan media yang belum dipotong.contoh (bawang, bendi)

Aplikasi Seni

Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik capanGuru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak teknik capan.

Ekspresi Kreatif

Guru menunjukkan cara penghasilan corak dengan teknik Capan

Langkah 1

Guru mengedarkan kertas lukisan kepada muridGuru menunjukkan cara melakar bingkai gambar kepada murid

Langkah 2

Bancuhkan warna yang hendak digunakan Lukiskan bentuk segiempat (bingkai gambar)

Sapukan warna yang siap dibancuh tadi diatas permukaan

potongan bawang dan bendi Capkan bawang dan bendi yang telah diwarnakan dengan

menekankannya pada kertas lukisan Langkah 3

Ulangi langkah 2 dengan menggunakan warna yang berlainan Capkan secara terancang sehingga memenuhi ruang Capkan potongan bawang tadi diselang-seli dengan kacang bendi sehingga memenuhi ruang.

Langkah 4

Setelah selesai proses capan tadi.murid-murid bolehlah melekatkan gambar sendiri / majalah

Apresiasi Seni

Murid mempamerkan karya dan menceritakan tentang hasil karya sendiri.

ILUSTRASI AKTIVITI

Page 4: Membuat corak dan rekaan