PENGENALAN bdminton

14
1.0 PENGENALAN Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu),yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka apabila bulu tangkis dapat melepasi atas jaring dan jatuh dikawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai,dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring. Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi peringkat yang lebih tinggi,sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang iaitu pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket. Badminton telah direka sejak zaman dahulu lagi iaitu satu bentuk sukan permainan dalam Yunani purba dan Mesir. Badminton datang daripada satu permainan kanak-kanak dipanggil battledore dan bulu tangkis, di mana dua pemain mencecah satu bulu tangkis dengan raket-raket kecil. Permainan itu telah dipanggil "POONA"

Transcript of PENGENALAN bdminton

Page 1: PENGENALAN bdminton

1.0 PENGENALAN

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang

pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan

(beregu),yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang

empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui

pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka apabila bulu tangkis dapat melepasi

atas jaring dan jatuh dikawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis

jatuh di atas lantai,dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum

ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif

perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang

mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi peringkat yang lebih

tinggi,sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang iaitu pemain

memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga

merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik,

kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Badminton telah direka sejak zaman dahulu lagi iaitu satu bentuk sukan

permainan dalam Yunani purba dan Mesir. Badminton datang daripada satu permainan

kanak-kanak dipanggil battledore dan bulu tangkis, di mana dua pemain mencecah satu

bulu tangkis dengan raket-raket kecil. Permainan itu telah dipanggil "POONA" di India

semasa abad ke-18 dan Pegawai Tentera British yang ditempatkan di situ mengambil

versi orang India sekaligus membawanya ke England pada tahun 1860. Tentera lelaki

telah memperkenalkan permainan itu untuk rakan-rakan.Sukan baru itu dilancarkan di

England pada tahun 1873 oleh Duke Beaufort di tempatnya, iaitu "Badminton"di

Gloucestershire. Sepanjang tempoh itu, permainan itu tidak mempunyai nama, tetapi

telah dirujuk sebagai "Permainan Badminton" dan akhirnya Badminton menjadi nama

rasminya.

Page 2: PENGENALAN bdminton

Sehingga tahun 1887 sukan itu telah dimainkan di England dibawah peraturan

dan undang-undang mengatasi permainan di India. Di India,permainan itu agak

bertentangan dan mengelirukan. Semenjak itu, satu pasukan kecil pemain-pemain

badminton telah direkrut, satu kumpulan terbentuk sendirinya oleh Bath Badminton

Club, diseragamkan peraturan-peraturan,memperkenalkan permainan yang diterapkan

idea-idea Inggeris dan peraturan-peraturan asas dan panduan asas sukan pada 1887.

Pada 1895, Persatuan Badminton England telah dibentuk untuk mengambil alih kuasa

Bath Badminton Club dan membuat peraturan-peraturan yang kini digunakan dalam

permainan sehingga sekarang.

Pada 1934,Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) telah ditubuhkan

dengan sembilan orang ahli - Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland,

Belanda,New Zealand, Scotland dan Wales. Keanggotaan bertambah berterusan dari

tahun ketahun. IBF menjadi tapak sukan badan pentadbiran antarabangsa pada

1981.Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) membuat keputusan dalam Mac

1939,yang masa itu telah tiba untuk pengenalan persaingan antarabangsa.

Presidennya, Sir George A Thomas, Baronet, menawarkan sebuah trofi untuk pasukan

yang menang.Perang dan kekurangan bulu tangkis pasca perang menyebabkan

perlawanan-perlawanan Piala Thomas yang pertama tertangguh sehingga musim 1948-

49.

Idea untuk kejohanan badminton pasukan wanita antarabangsa setaraf dengan

Piala Thomas telah ditimbulkan pada 1950. Ia telah ditolak kemudian disebabkan oleh

masalah kewangan. Topik itu seterusnya menjadi besar dan akhirnya telah diputuskan

untuk diwujudkan perlawanan pada setiap tiga tahun. Puan H S UBER England

menderma trofi, yang dipanggil Piala Uber. Pertandingan pertama diadakan semasa

musim 1956-57. Semenjak itu, jumlah acara-acara dunia telah bertambah sebanyak

tujuh, dengan tambahan Piala Uber (pasukan wanita-wanita), Kejohanan Dunia, Piala

Sudirman (pasukan bercampur), World Juniors, Grand Prix World Finals dan

PialaDunia. Badminton adalah yang pertama dipertandingkan sebagai sukan rasmi

Olimpik pada Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol.

Page 3: PENGENALAN bdminton

2.0 KEMAHIRAN –KEMAHIRAN ASAS

2.1 MEMEGANG RAKET

Cara memegang raket adalah sangat penting kepada setiap individu

terutamanya kanak-kanak yang sedang dalam permulaan untuk bermain

ataupun sedang menjalani latihan badminton.Cara memegang raket memberi

kesan yang ketara terhadap prestasi pemain sama ada cemerlang ataupun

tidak.Selain itu cara memegang raket yang salah juga turut menyumbang

kepada risiko kecederaan terutamanya di bahagian pergelangan tangan.

Terdapat tiga cara memegang raket dalam permainan badminton iaitu

Pegangan depan (forehand grip)

Pegangan kilas (backhand grip)

Pegangan rata (flatgrip)

Pegangan depan dan pegangan kilas adalah merupakan pegangan yang

selalu digunakan para pemain,manakala pegangan rata jarang digunakan

berikutan kesannya yang tidak memberi keselesaan kepada pemain kerana

pegangannya menggunakan tapak tangan sahaja tanpa bergantung kepada

jari.

Page 4: PENGENALAN bdminton

Pegangan Hadapan

Pemain akan menggunakan tangan yang tidak dominan seperti menggunakan tangan

kiri sekiranya pemain tersebut menggunakan tangan kanan untuk bermain.Tangan yang

tidak dominan tersebut mestilah memegang pada bahagian tengah diantara pemegang

dengan bahagian kepala secara menegak.Kemudian pegang bahagian pemegang

dengan tangan kanan secara berjabat tangan.Pegangan pada pemegang juga

janganlah terlalu rapat dan menggunakan jari untuk memegang bahagian rata di sisi

bahagian sisi pemegang raket selari dengan bentuk V antara ibu jari dengan jari

telunjuk .Jari yang tidak memegang raket akan memberikan kekuatan pada

pergelangan tangan bagi medapatkan aksi pukulan yang baik serta kekuatan yang

diperlukan.Jika raket dipegang dengan kuat,ianya akan menghadkan pergerakan pada

pergelangan tangan dan kekuatan akan berkurangan

Pegangan Kilas

Pegangan kilas ini digunakan untuk memudahkan pemain untuk membuat pergerakan

secara kilas pada permukaan kilas raket dan memudahkan pergerakan raket pada sisi

kilas pemain.Pegangan kilas boleh dilakukan dengan cara memusingkan sedikit raket di

dalam jari mengikut arah putaran jam untuk membawa ibu jari kepada bahagian rata

pemegang raket.

Pegangan Rata/Mendatar

Cara membuat pegangan rata atau mendatar ini adalah dengan meletakkan tangan

yang tidak bermain pada raket secara menegak di hadapan badan.Kemudian letakkan

tangan yang bermain di depan dan pegang pada bahagian pemegang raket.Pastikan

permukaan raket adalah berdepan dengan jaring.Pemain yang menggunakan

pegangan ini dapat membuat hantaran ke belakang,hantaran berdekatan dengan jaring

dan meletakkan bulu tangkis ke bawah.Pegangan tangan pada bahagian pemegang

janganlah terlalu kuat.Untuk memukul bulu tangkis,pergelangan tangan adalah sangat

penting bagi menonjolkan pukulan agar bulu tangkis dapat melepasi jaring dengan baik.

Page 5: PENGENALAN bdminton

2.2 Servis

Semasa pemain ingin melakukan servis,pemain tersebut mestilah berada

dalam keadaan selesa dan bersedia.Kedudukan kaki juga mestilah seluas

bahu dan berat badan dipindahkan pada bahagian kaki.Keadaan lutut juga

mesti dibengkokkan sedikit dan sebelah kaki berada di hadapan tidak

melebihi garisan yang ditetapkan.Selain itu,pemain juga mestilah memberi

perhatian dan memerhati keadaan bulu tangkis serta kedudukan pihak

lawan.Servis mestilah dilakukan dengan keadaan tenang dah tidak tergopoh-

gopoh.Setelah pemain melakukan servis,pemain mestilah bersedia untuk

mengawal setiap kawasan gelanggang apabilaservis tersebut dibalas oleh

pihak lawan.

Antara perkara yang membolehkan servis itu dibatalkan adalah apabila

Kaki pemain yang melakukan servis memijak mana-mana garisan

gelanggang.Selain itu,pemain juga tidak boleh mengangkat kaki semasa

melakukan servis.Servis juga akan dibatalkan sekiranya pemain

memberhentikan pergerakan dalam membuat servis bagi tujuan

memerangkap lawan.Pemain juga tidak dibenarkan memukul bulu tangkis

melepasi pinggang dan raket jugatidak boleh melepasi jaring

semasamembuat pukulan.

Aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam kemahiran membuat

servis adalah

Kedudukan badan dan kaki

Berdiri dengan kaki kiri yang berada dihadapan sedikit dan kedua-

dua kakimestilah berada dalam keadaan 45 darjah ke garisan

dengan bahu kiri mestilah berhadapan dengan jaring.Keadaan lutut

mestilah dibengkokkan sedikit dan berat badan dipindahkan pada

bahagian kaki.

Page 6: PENGENALAN bdminton

Memegang raket

Pemain perlu memgang raket mengikut keselesaan

sendiri.Sekiranya pemain membuat pegangan hadapan,ibu jari

mestilah mestilah berada pada sebelah depan raket.Jika pemain

tersebut membuat pegangan kilas.ibu jari mestilah berada di

sebelah sisi raket.Walau apa cara pegangan sekalipun,pemain

haruslah memastikan cengkaman pada raket bersesuaian dan

bebas untuk digerakkan.

Memegang bulu tangkis

Bulu tangkis mestilah dipegang di bahagian hujung bulunya.Guna

antara bahagian tapak tangan dengan jari telunjuk dan tangan yang

memegang raket mestilah bersedia untuk memukul.

Membuat pukulan

Kepala raket perlu dipastikan berada di bawah aras tangan serta

raket dihayunkan ke belakang dan dibawa ke bawah siku yang

dibengkokkan.Selain itu, pergelangan tangan mestilah menegak

apabila gerakan hampir tamat.lengan kanan mestilah dihayunkan

sehingga bulu tangkis dapat digerakkan oleh raket.

2.3 Jenis Servis

Terdapat dua jenis servis dalam badminton iaitu

Servis rendah

Servis rendah hadapan

Untuk melakukan servis rendah hadapan kita mestilah

menolak bulu tangkis melepasi jaring serendah dan serapat

yang boleh.Cara melakukan servis ini adalah dengan berdiri

di belakang garis depan dan hampir dengan garis tengah

Page 7: PENGENALAN bdminton

kawasan sendiri.Kemudian kaki kiri mestilah didepankan

sedikit dan badan menghala ke jaring. Pegang bulu tangkis

pada tangan kiri dan lepaskan secara menjunam.Pastikan

kepala raket menghala ke bawah dan di bawah pemegang

raket semasa memukul serta arahkan servis ke kawasan

depan petak lawan iaitu sama ada ke kiri atau ke

kanannya.Selain itu,kita juga mesti berlatih membuat servis

di kedua-dua petak servis iaitu kiri dan kanan.

Servis rendah kilas

Cara untuk melakukan servis rendah kilas adalah dengan

berdiri berhampiran dengan garis depan petak

servisnya.Kemudian, bahagian badan atau kedudukan

mestilah mengiring ke jaring.Bahagian pemegang raket pula

mestilah mengarah ke atas.Jari pada belakang pemegang

raket akan memberikan tenaga dan tekanan untuk

kilas.Selain itu,pastikan bulu tangkis tidak berada di atas

pinggang semasa memukul dan pegang bulu tangkis pada

hujung bulunya dan lepaskan untuk segera dipukul dengan

cara menguisnya.

Servis tinggi

Servis tinggi adalah servis yang menjadikanbulutangkis dihantar di

bahagian hujung gelanggang lawan.Bulu tangkis akan meluru jauh

dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam.Servis ini juga amat

sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.

Antara cara untuk melakukan servis tinggi adalah tangan yang

memegang raket akan membuat satu pusingan penuh lengan dan

raket dengan pergelangan melepaskan kunci tangan sebelum bulu

tangkis dipukul.Seterusnya,tangan mestilah dihayunkan bersama

Page 8: PENGENALAN bdminton

raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan pada bahagian

kepalanya ke bawah.Kedudukan kaki dan badan mestilah seperti

ingin melakukan servis yang deras serta pastikan bulu tangkis

melepasi gelanggang iaitu pada bahagian hujung gelanggang pihak

lawan.

2.4 pukulan

terdapat beberapa jenis pukulan dalam permainan badminton iaitu pukulan

hadapan,pukulan kilas,pukulan lob dan pukulan smesy.

Pukulan hadapan

Cara melakukan pukulan hadapan adalah dengan memegang

raket mengikut teknik pukulan depan dan bawa raket kebelakang

bersama siku.Seterusnya pergelangan tangan mestilah dikunci dan

hayunkan raket ke hadapan dengan memukul bulu tangkis separas

jaring.

Pukulan kilas

Untuk melakukan pukulan kilas.pemain mestilah berada dalam

keadaan bersedia dan pegang raket mengikut teknik pegangan

kilas.Seterusnya kilaskan bahagian pinggang sambil siku berada

dalam keadaan fleksi iaitu menyilang di dada.Hayunkan raket ke

hadapan dan pukul bulu tangkis pada paras bahu.

Pukulan lob

Antara kelebihan pukulan lob adalah untuk menyukarkan pihak

lawan melakukan serangan.Pukulan ini juga dapat memberi masa

dan kesempatan untuk pemain kembali kepada posisi

besedia.Cara melakukan pukulan lob adalah pegang raket

mengikut teknik pegangan hadapan.Bawa raket ke belakang di

bahagian atas kepala dan kepala mestilah didongakkan.Siku

mestilah berada dalam keadaan fleksi.Pukul bulu tangkis apabila

ianya berada di atas kepala.

Page 9: PENGENALAN bdminton

Pukulan smesy

Mata mestilah memandang bulu tangkis dan berdiri sisi.Bahagian

kaki mestilah sebelah kaki di hadapan untuk

keselesaan .Seterusnya, hayunkan raket ke belakang dan siku

dibengkokkan.Akhir sekali,hayunkan raket ke hadapan dengan

lengan yang lurus.

Page 10: PENGENALAN bdminton

3.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM BENTUK GAMBARAJAH

BIL TAJUK PENERANGAN GAMBARAJAH

1 Memegang

raket