PENGENALAN PSV3033

6
PENGENALAN Perkembangan pada kebiasaannya berlaku pastinya berpunca daripada sesuatu faktor yang mempengaruhinya. Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek perubahan yang dihadapi oleh seseorang individu tersebut yang dimana ianya berubah mengikut peredaran masa. Namun yang demikian, pelbagai pandangan dan pendapat yang telah dikemukan yang menyentuh berkenaan dengan konsep dan perkembangan itu sendiri, antara salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) bersepakat dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak menyatakan perkembangan adalah sebuah perubahan kualitatif yang tidak mampu diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dengan sifat yang asal atau lebih awal. Berbanding Santoock (2008), beliau berpendapat perkembangan dapat ditafsirkan sebagai sesuatu perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang dimana ianya bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Melalui kedua-kedua pendapat ini dapat disimpulkan bahawa perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, bertahap dan berterusan pada diri seseorang individu dan berlaku seawal percambahan sel sehungga ke akhir hayat organusma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan yang juga melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Faktor perkembangan itu dapat dilihat secara mendadak bagi golongan kanak-kanak, yang dimana perkembangan itu juga berlaku secara berperingkat. Perkembangan berlaku bukan sahaja pada tumbesaran yakni dari aspek fizikal yang dimana perkembangan ini berlaku secara sendirinya malah perkembangan juga berlaku dari aspek kognitif. Berlakunya sesuatu perkembangan itu disebabkan terdapat banyak aspek

description

psv

Transcript of PENGENALAN PSV3033

Page 1: PENGENALAN PSV3033

PENGENALAN

Perkembangan pada kebiasaannya berlaku pastinya berpunca daripada sesuatu faktor yang

mempengaruhinya. Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek

perubahan yang dihadapi oleh seseorang individu tersebut yang dimana ianya berubah

mengikut peredaran masa. Namun yang demikian, pelbagai pandangan dan pendapat yang

telah dikemukan yang menyentuh berkenaan dengan konsep dan perkembangan itu sendiri,

antara salah satunya ialah daripada Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi

(2008) bersepakat dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak menyatakan perkembangan

adalah sebuah perubahan kualitatif yang tidak mampu diukur secara kuantitatif tetapi dapat

dilihat dari sifat baru yang berlainan dengan sifat yang asal atau lebih awal. Berbanding

Santoock (2008), beliau berpendapat perkembangan dapat ditafsirkan sebagai sesuatu

perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang dimana ianya bermula

dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Melalui kedua-kedua pendapat ini dapat

disimpulkan bahawa perkembangan dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang

bersifat kualitatif, bertahap dan berterusan pada diri seseorang individu dan berlaku seawal

percambahan sel sehungga ke akhir hayat organusma hasil dari kombinasi pembelajaran,

pengalaman dan kematangan yang juga melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan

sosial.

Faktor perkembangan itu dapat dilihat secara mendadak bagi golongan kanak-kanak,

yang dimana perkembangan itu juga berlaku secara berperingkat. Perkembangan berlaku

bukan sahaja pada tumbesaran yakni dari aspek fizikal yang dimana perkembangan ini berlaku

secara sendirinya malah perkembangan juga berlaku dari aspek kognitif. Berlakunya sesuatu

perkembangan itu disebabkan terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya. Sifat

perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif dan perubahannya berlaku adalah dari segi

fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Perubahan itu berlaku secara stabil, teratur dan

progrefsif dalam sesuatu arah yang tertentu. Sebagai contoh mudah, seseorang kanak-kanak

akan mula belajar menganali sesuatu obejk, memberi nama kepada objek, mengenal huruf,

mengaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannya dengan objek. Dapat

dilihat, perubahan-perubahan yang berlaku adalah secara berterusan sepanjang hayat dan

melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu.

Page 2: PENGENALAN PSV3033

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) hasil dari kajian melalui

buku Perkembangan Kanak-Kanak menyenaraikan bahawa terdapat lima prinsip asas dalam

perkembangan kanak-kanak. Dimana bagi prinsip pertama bagi proses ini, perkembangan itu

berlaku mengikut aturan. Sebagai contohnya, kemahiran untuk seseorang kanak-kanak berjalan

dimana pada awalnya Cuma mempunyai kemahiran untuk merangkak diikuti dengan kebolehan

berdiri seterusnya mampu berjalan. Ternyatalah perkembangan ini juga bermula daripada

konkrit kepada yang abstrak, dan ini jelas kelihatan khususnya dalam perkembangan dari aspek

kognitif kanak-kanak. Bagi prinsip kedua, perubahan secara pertumbuhan dan perkembangan

beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Sebagai huraian daripada prinsip

ini, seseorang bayi pada awalnya mampu menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar

mengunakan jari tangan. Pertumbuhan berkembangan pada bahagian otot-otot besar terlebih

dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Prinsip ketiga pula menekankan pertumbuhan dan

perkembangan merupakan aatu proses yang eberlaku secara berterusan. Di dalam proses

perkembangan, seseorang kank-kanak akan menambahkan kemahiran yang sdia ada.

Kemahiran yang sedia ada dalam dirinya pada waktu ini merupakan asas untuk mencapai

kemahiran yang baru kelak.

Seterusnya, prinsip keempat yang dimana ianya berkaitan dengan corak dan aturan

perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangannya berbeza mengikut individu.

Sebagai contoh mudah, sesetengah kanak-kanak sudah mampu untuk berjalan ketika umur 10

bulan manakala sesetengahnya pula boleh berjalan pada usia 18 bulan. Ini merupakan satu

faktor yang membawa kepada perbezaan yang sangat ketara di antara individu dengan individu

yang lain. Prinsip yang terakhir pula, menekankan perkembangan sebagai hasil interaksi di

antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan merupakan kemunculan potensi atau

tahap yang sedia ada di dalam diri seseorang individu. Sebagai contohnya, duduk, berjalan,

berlari adlah potensi yang telah ada dalam diri setiap individu. Potensi adalah terhasil daripada

faktor-faktor individu seseorang itu. Pembelajan pula adalah hasil daripada latihan, proses

peniruan atau identifikasi yang memerlukan usaha. Dapat disimpulkan, bahawa potensi dan

pembelajaran saling berkait bagi menajamkan kemahiran atau potensi yang sedia ada.

Page 3: PENGENALAN PSV3033

PERSEKITARAN DAN SOSIAL

Sebelum membincangkannya secara terinci, ada lebih baiknya mulakan dengan mukadimah

dimana mengetahui segala definisi istilah-istilah terlebih dahulu. Persekitaran menurut Kamus

Bahasa Melayu mendefinisikan sebagai sebuah kawasan atau keadaan yang berada di

sekeliling termasuklah dalam keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi diantara

manusia sesame manusia dan alam sekitarnya. Menurut Rahil dan Habibah (2002),

persekitaran atau “nurture” ialah segala ransangan yang mempengaruhi perkembangan

individu. W. Edgar Vinacke, seorang tokoh dalam bidang psikologi pada tahun 1969

berpendapat persekitaran adalah segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah

laku seseorang individu. Manakala Amran Schienfeld pula menyatakan persekitaran merujuk

kepada luaran seseorang individu. Disini dapat disimpulkan bahawa perkataan persekitaran ini

merupakan sesuatu keadaan yang dimana persekitaran ini sangat mempengaruhi proses

perkembangan seseorang individu itu dalam pelbagai keadaan.

Seperti yang sedia maklum sosial ini berkaitan dengan hubungan atau interaksi diantara

dua atau lebih individu. Menurut Kamus Dewan, sosial didefinisikan sebagai sebuah kegiatan

manusia dalam masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti. Setiap individu pastinya

mempunyai keinginan untuk bersosial, ini kerana menurut Philip Wexler, sosial adalah sifat

dasar atau asas bagi setiap individu. Menurut Lewis, sosial adalah sesuatu yang dicapai,

dihasilkan seterusnya ditetapkan dalam interaksi seharian antara warga negara dan

pemerintahnya. Enda M. C. berpendapat sosial adalah cara tentang bagaimana seseorang

individu itu saling berhubung, manakala Paul Ernest menyatakan sosial lebih dari sekadar

jumlaj manusia secara individu kerana mereka terlibat dalam berbagai kegiatan bersama.

Melalui pandangan yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa sosial adalah sifat dasar

seseorang manusia yang dimana individu ini akan memerlukan kehadiran orang lain bagi

melengkap aspek sosial tersebut. Selain itu sosial juga dapat disimpulkan sebagai sekumpulan

bukannya secara peribadi individu tersebut.

Page 4: PENGENALAN PSV3033

PENGALAMAN PERSEKITARAN DAN SOSIAL MEMPENGARUHIN PERKEMBANGAN

LUKISAN KANAK-KANAK

Ternyata pengalaman dari aspek persekitaran dan sosial sangatlah mempengaruhi

perkembangan seseorang individu. Ini kerana kedua aspek ini merupakan faktor yang asas

dalam kehidupan seharian manusia. Tidk dapat dinafikan lagi, bahawa golongan kanak-kanak

merupakan golongan sangat ketara dalam proses perkembangan. Ini bukan sahaja

perkembangannya berlaku dari aspek kognitif dan fizikal, malah perkembangannya berlaku

lebih meluas dalam pelbagai aspek. Berkenaan dengan perkembangan lukisan kanak-kanak,

tenyata kedua-dua aspek tersebut, iaitu persekitaran dan sosial memainkan peranan yang

sangat besar. Kedua-dua aspek ini saling berkaitan diantara satu sama lain.

Jika dilihat pada faktor yang pertama iaitu persekitaran, ternyata faktor ini sangatlah

mempengaruhi dalam perkembangan lukisan kanak-kanak. Pengaruh dari faktor persekitaran

ini dapat dilihat dari penghasilan karya, dimana kanak-kanak akan lebih cenderung

menggambarkan imej berkenaan dengan tempat di sekelilingnya. Sebagai contoh, jika diberikan

tugasan menghasilkan sebuah lukisan berkenaan dengan permandangan, kebiasaannya imej

yang berada di sekeliling mereka yang menjadi motif utama dalam penghasilan karyanya.

Kanak-kanak pada kebiasaanya akan mengambarkan rumah mereka dalam penghasilan karya,

ini kerana pengalaman mempegaruhi mereka. Bukan itu sahaja, persekitaran yang berbeza

juga mampu memberikan perbezaan dalam perkembangan lukisan mereka. Sebagai contoh

mudah, kanak-kanak luar bandar akan mengambarkan imej sesuai dengan situasi luar bandar

manakala bagi kanak-kanak yang mendiami kawasan bandar pula akan menghasilkan

gambaran situasi di bandar dalam lukisannya. Jelaslah bahawa melalui pengalaman

persekitaran dan bantuan pancaindera mampu mempengaruhi proses perkembangan dalam

bidang seni mereka.