Prinsip Rekaan Dalam Karya Seni

3
4.0 PRINSIP REKAAN DALAM KARYA SENI Berdasarkan catan yang telah dihasilkan, terdapat beberapa prinsip rekaan yang terkandung dalamnya. Antaranya ialah harmoni. Harmoni dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seni yang sesuai, seimbang dan mempunyai perhubungan. Harmoni dapat mewujudkan keselarasan kerana adanya ciri-ciri yang tidak bercanggah. Bentuk dan sususnan daun pada tumbuh-tumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni. Contohnya, Bunga Rafflesia nampak harmoni kerana rupa, bentuk dan coraknya yang tersusun serta jalinannya adalah sama dan teratur menimbulkan irama yang harmoni. Selain itu, warna semak-semak mempunyai ton warna yang lebih kurang sama iaitu kuning muda, hijau muda dan hijau tua. Hal ini telah menunjukkan harmoni dalam alam semula jadi. Dari segi harmoni pada alam haiwan, monyet dan penyu itu kelihatan harmoni kerana figuranya berimbangan simetri. Selain itu, warna pada tubuh mereka adalah berharmoni. Contohnya, warna penyua adalah hijau tua dengan hijau muda. Imbangan adalah keadaan yang tidak berat sebelah atau berpadanan pada kedua-dua bahagian secara bandingan. Imbangan dapat diwujudkan jika terdapat kesamaan dari segi berat, saiz, bilangan atau tumpuan dalam olahan unsur-unsur seni. Imbangan termasuklah imbangan simetri dan imbangan asimetri. Daun-daun, dan bunga-bunga bentuk atau rupa pada kiri dan kanan menunjukkan imbangan simetri. Contohnya Bunga Rafflesia sebelah kiri dan kanannya adalah lebih kurang sama rupanya. Seterusnya, Gunung Kota Kinabalu mempunyai imbangan asimetri. Dalam keseluruhan karya ini menunjukkan bahawa karya ini terdapat imbangan asimetri iaitu atas sebelah kiri telah menyeimbangkan bawah sebelah kanan supaya karya tidak nampak berat sebelah.

description

PSV

Transcript of Prinsip Rekaan Dalam Karya Seni

Page 1: Prinsip Rekaan Dalam Karya Seni

4.0 PRINSIP REKAAN DALAM KARYA SENI

Berdasarkan catan yang telah dihasilkan, terdapat beberapa prinsip rekaan yang terkandung dalamnya. Antaranya ialah harmoni.

Harmoni dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seni yang sesuai, seimbang dan mempunyai perhubungan.

Harmoni dapat mewujudkan keselarasan kerana adanya ciri-ciri yang tidak bercanggah. Bentuk dan sususnan daun pada tumbuh-

tumbuhan yang sejenis adalah sama dan harmoni. Contohnya, Bunga Rafflesia nampak harmoni kerana rupa, bentuk dan coraknya

yang tersusun serta jalinannya adalah sama dan teratur menimbulkan irama yang harmoni. Selain itu, warna semak-semak

mempunyai ton warna yang lebih kurang sama iaitu kuning muda, hijau muda dan hijau tua. Hal ini telah menunjukkan harmoni dalam

alam semula jadi. Dari segi harmoni pada alam haiwan, monyet dan penyu itu kelihatan harmoni kerana figuranya berimbangan

simetri. Selain itu, warna pada tubuh mereka adalah berharmoni. Contohnya, warna penyua adalah hijau tua dengan hijau muda.

Imbangan adalah keadaan yang tidak berat sebelah atau berpadanan pada kedua-dua bahagian secara bandingan. Imbangan

dapat diwujudkan jika terdapat kesamaan dari segi berat, saiz, bilangan atau tumpuan dalam olahan unsur-unsur seni. Imbangan

termasuklah imbangan simetri dan imbangan asimetri. Daun-daun, dan bunga-bunga bentuk atau rupa pada kiri dan kanan

menunjukkan imbangan simetri. Contohnya Bunga Rafflesia sebelah kiri dan kanannya adalah lebih kurang sama rupanya.

Seterusnya, Gunung Kota Kinabalu mempunyai imbangan asimetri. Dalam keseluruhan karya ini menunjukkan bahawa karya ini

terdapat imbangan asimetri iaitu atas sebelah kiri telah menyeimbangkan bawah sebelah kanan supaya karya tidak nampak berat

sebelah.

Kontra diwujudkan apabila terdapat ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain dalam sesuatu gubahan. Ciri-ciri yang

bertentangan dapat menarik tumpuan orang terhadap sesuatu karya seni. Sebagai contoh, corak bintik-bintik putih di atas Bunga

Rafflesia telah menjadi kontra dengan warna merah Bunga Rafflesia. Selain itu, ikan yang terdapat di bawah sebelah kanan juga

mempunyai kontra dari segi warna iaitu warna ungu dan warna kuning. Penegasan merupakan suatu unsur untuk menerik perhatian

orang terhadap sesuatu. Dengan adanya penegasan, maka terdapatlah unsur yang menonjol dalam satu-satu karya yang dapat

Page 2: Prinsip Rekaan Dalam Karya Seni

menarik tumpuan atau perhatian orang kepadanya. Berdasarkan catan poster yang dihasilkan, Bunga Rafflesia telah menjadi

penegasan dalam keseluruhan karya ini. Hal ini kerana kegunaan warna terang iaitu warna merah pada Bunga Rafflesia.

Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam

sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat diwujudkan malalui aktiviti gayaan, perlanjutan, dan kontra. Penggunaan garisan yang berbeza

dapat mewujudkan prinsip kepelbagaian. Sebagai contoh, garisan berbulu telah digunakan di batu karang untuk menunjukkan jalinan.

Selain itu, garisan beralun telah digunakan untuk menunjukkan rupa semak-semak. Garisan beralun juga digunakan di laut supaya

dapat mewujudkan pergerakan. Di samping itu, karya ini juga telah menggunakan kepelbagaian warna iaitu warna asas, warna

sekunder dan juga warna tertier.

Prinsip yang terakhir yang terdapat dalam karya ini ialah pergerakan atau irama. Pergerakan ialah sesuatu keadaan di mana

sesuatu itu tidak diam atau rehat. Sesuatu objek itu mengalami pergerakan apabila ianya bergetar, bergoyang, bergegar, berayun,

memancar, berpusing dan sebagainya. Sebagai contoh, pergerakan binatang akuatik di dasar laut. Pergerakan dalam arah yang

berbeza menimbulkan irama. Tambahan pula, laut yang dilukis dengan menggunakan garisan beralun juga menunjukkan pergerakan

air laut.