REFLEKSI

2
REFLEKSI PKE 3102 : PENDIDIKAN KESELAMATAN Nor Mazitah Binti Mahussin 840110-05-5128 PPG PJM (B) Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan amali subjek pendidikan keselamatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut saya mula berbincang dengan rakan sekelas untuk membuat kerja kursus ini. Melalui aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang tugasan amali ini. Selain dari itu saya juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi saya untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, saya berjaya juga menyempurnakan tugasan ini.

description

refleksi pke 3102

Transcript of REFLEKSI

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI PKE 3102 : PENDIDIKAN KESELAMATAN

Nor Mazitah Binti Mahussin

840110-05-5128

PPG PJM (B)

Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik

dan hidayah-Nya juga kami menyiapkan tugasan amali subjek pendidikan

keselamatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan

subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima

sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya

tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Pada mulanya, kami mendengar

penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini

dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut saya

mula berbincang dengan rakan sekelas untuk membuat kerja kursus ini. Melalui

aspek pengetahuan, saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari

maklumat tentang tugasan amali ini. Selain dari itu saya juga mencari maklumat di

internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan

kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang

dikehendaki, saya meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis

maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi saya untuk melakukan tugasan ini.

Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, saya berjaya juga menyempurnakan

tugasan ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya

gunakan ia ketika bergelar guru kelak.

Alhamdulillah, sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi

kerana limpah kurnianya saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih

tak terhingga juga saya ucapkan kepada pensyarah iaitu En Bissukri selaku

pensyarah kelas kami yang memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam

menyempurnakan tugasan ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada para

sahabat. Jasa kalian tak dapat saya balas dan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.