refleksi psv

4
REFLEKSI Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar bagi subjek Pendidikan Seni Visual I, PSV 3053 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pada semester ketiga, kami telah diberi tugasan menghasilkan sebuah reka bentuk kalendar. Karya yang dihasil perlu mengandungi aktiviti dan teknik-teknik dalam keempat-empat bidang Pendidikan Seni Visual iaitu bidang Menggambar ,Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Selepas penjelasan dilaksanakan, kami telah mempunyai satu konsep yang jelas tentang bagaimana untuk memulakan kerja kursus ini. Selain kalendar tersebut, kami dikehendaki menyediakan satu folio yang berkaitan dengan karya yang akan kami hasilkan untuk menjamin kelancaran proses penghasilan karya tersebut. Ini merupakan kali pertama saya diberi peluang untuk menghasilkan reka bentuk kalendar yang berukuran 60x90cm. Walaupun sebelum ini, kami pernah menghasilkan karya yang sebesar saiz ini, namun kami dikehendaki menghasilkan kalendar ini bukan sahaja menggunakan teknik catan atau lukisan malah perlu menggabungkan aktiviti-aktiviti dan teknik-teknik dalam keempat- empat bidang dalam sebuah karya. Perkara ini merupakan satu pengalaman yang baru dan cabaran bagi saya. Walau bagaimanapun, saya telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Sewaktu proses pelaksanaan tugasan saya terbantut akibat kekeliruan tentang kehendak soalan, saya telah mendapat penerangan berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan yang menepati elemen- elemen yang dinilai daripada pensyarah. Misalnya, saya telah berjumpa dengan Puan Rahmah untuk memberi pandangan terhadap olahan idea karya saya. Puan Rahmah telah membimbing saya dengan memberi pelbagai pandangan dan cadangan yang bernas. Beliau telah mengatakan bahawa sama ada kami hendak mengabungkan kesemua aktiviti dalam empat bidang pada satu karya ataupun boleh dipisahkan kepada empat karya kecil berbeza. Sememangnya, saya berasa amat bersyukur kerana sebelum tugasan ini diberi, Puan Rahmah telah memberi pendedahan kepada kami tentang bidang Menggambar, bidang Membuat Corak dan Rekaan, Bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta bidang Mengenal Kraf Tradisional. Kami juga diberi peluang mengeksplorasi aktiviti-aktiviti dalam bidang-bidang tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kami terdedah dengan cara penghasilan batik di atas kertas dengan menggunakan teknik canting.

description

seni visual

Transcript of refleksi psv

PSV 3102 Bahasa visual perbandingan

REFLEKSI

Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar bagi subjek Pendidikan Seni Visual I, PSV 3053 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pada semester ketiga, kami telah diberi tugasan menghasilkan sebuah reka bentuk kalendar. Karya yang dihasil perlu mengandungi aktiviti dan teknik-teknik dalam keempat-empat bidang Pendidikan Seni Visual iaitu bidang Menggambar ,Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Selepas penjelasan dilaksanakan, kami telah mempunyai satu konsep yang jelas tentang bagaimana untuk memulakan kerja kursus ini. Selain kalendar tersebut, kami dikehendaki menyediakan satu folio yang berkaitan dengan karya yang akan kami hasilkan untuk menjamin kelancaran proses penghasilan karya tersebut.Ini merupakan kali pertama saya diberi peluang untuk menghasilkan reka bentuk kalendar yang berukuran 60x90cm. Walaupun sebelum ini, kami pernah menghasilkan karya yang sebesar saiz ini, namun kami dikehendaki menghasilkan kalendar ini bukan sahaja menggunakan teknik catan atau lukisan malah perlu menggabungkan aktiviti-aktiviti dan teknik-teknik dalam keempat-empat bidang dalam sebuah karya. Perkara ini merupakan satu pengalaman yang baru dan cabaran bagi saya. Walau bagaimanapun, saya telah bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Sewaktu proses pelaksanaan tugasan saya terbantut akibat kekeliruan tentang kehendak soalan, saya telah mendapat penerangan berkaitan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan yang menepati elemen-elemen yang dinilai daripada pensyarah. Misalnya, saya telah berjumpa dengan Puan Rahmah untuk memberi pandangan terhadap olahan idea karya saya. Puan Rahmah telah membimbing saya dengan memberi pelbagai pandangan dan cadangan yang bernas. Beliau telah mengatakan bahawa sama ada kami hendak mengabungkan kesemua aktiviti dalam empat bidang pada satu karya ataupun boleh dipisahkan kepada empat karya kecil berbeza.Sememangnya, saya berasa amat bersyukur kerana sebelum tugasan ini diberi, Puan Rahmah telah memberi pendedahan kepada kami tentang bidang Menggambar, bidang Membuat Corak dan Rekaan, Bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta bidang Mengenal Kraf Tradisional. Kami juga diberi peluang mengeksplorasi aktiviti-aktiviti dalam bidang-bidang tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, kami terdedah dengan cara penghasilan batik di atas kertas dengan menggunakan teknik canting.Selain itu, saya juga berjumpa dengan Puan Rahmah untuk menerima pandangan beliau terhadap idea saya.Selepas itu, saya telah bermula melayari internet untuk mendapatkan karya-karya mixed media and techniques untuk mengilhamkan karya saya. Tema mainan tradisional telah saya pilihkan kerana saya ingin menunjukkan keindahan kraf tradisional kepada pemerhati. Dengan penghasilan kalendar ini, saya berharap mesej ini dapat disampai kepada orang ramai bahawa wau sangat menarik dan seyogia diberi perhatian. Sementelahan, saya ingin menggunakan idea karya ini untuk menyebarkan kepada masyarakat supaya menghargai kraf yang diwarisi sejak turun temurun. Sepanjang proses olahan idea, saya sering kali menghantar lakaran idea kepada pensyarah dengan perisian komunikasi dalam telefon pintar untuk bertanya pandangan beliau terhadap olahan saya dan saya telah membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian atas nasihat beliau.Dalam kalendar yang telah saya hasilkan, saya telah menyerapkan aktiviti-aktiviti dan teknik daripada bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, mebentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.Kalendar yang saya hasilkan mengandungi budak-budak kampung yang sedang bermain layang-layang di padang.Dalam hal ini, teknik catan dalam bidang mengambar telah saya gunakan pada langit, semak-samun dan figura.Selain itu, aktiviti percikan dan renjisan serta stensilan telah saya aplikasikan pada latar kalendar untuk menambah nilai estetika kalendar saya. Alam benda daripada bidang membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional pula telah saya persembahkan secara digital.Pada aspek kalendar, rupa orgee telahpun menjadikan reka bentuk kalendar saya lebih istimewa daripada yang lain.Dalam reka bentuk kalendar saya, unsur bentuk telah digunakan demi menampilkan figura yang sedang bermain layang-layang. Bentuk figura ditonjolkan dengan pengunaan ton warna oleh pengkarya untuk menghidupkan figura-figura tersebut. Dari segi ruang pula, ruang dalam dapat dikelihatan dengan penghasilan rumah yang bersaiz kecil di belakang jika berbanding dengan figura yang ditampil ke hadapan. Jalinan tampak yang paling ketara adalah pada padang, jalinan-jalinan ini adalah hasil daripada corak-corak pualaman. Tambahan pula, penggunaan dan campuran warna amat menarik perhatian pemerhati.Dari pengunaan warna hijau dan biru yang dominan, pengkarya dapat mencuri perhatian pemerhati dengan memberikan kerehatan seketika. Namun, kehadiran warna coklat pada figura telah membayangi ciri-ciri penegasan pada karya. Dalam karya ini, prinsip imbangan telah diwujudkan. Prinsip imbangan tidak simetri dapat dikesani dengan pengolahan figura di sebelah kanan dan telah diimbangi dengan kehadiran wau di sebelah kiri.Unsur kepelbagaian juga dapat dikesani dalam karya ini. Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, media dan teknik yang berbeza dalam sesuatu gubahan.Sepanjang penghasilan tugasan Pendidikan Seni Visual kali ini, saya telah mengesan kekuatan dan kelemahan diri saya mahupun mendalami personaliti saya. Antara kekuatan yang dapat saya kenal pasti ialah nilai kesabaran yang saya amalkan selama ini. Bagi menghasilkan sebuah karya yang menarik dan berkualiti, sikap adalah perkara yang paling penting. Walaupun, saya mendapati menyiapkan karya dan folio dalam masa yang terhad adalah sasuatu yang mencabar, namun saya tetap membuat kerja satu persatu dengan sabar dan teliti. Saya sabar dengan setiap pengubahsuaian karya sehingga mendapati sebuah karya yang memenuhi keinginan saya. Kekuatan ini akan saya kekalkan untuk melakukan semua tugasan dengan baik pada masa kelak.Antara kelemahan saya yang paling ketara ialah pengurusan masa yang sangat lemah.Selepas mendapati masa penghantaran tugasan ini telah ditunda, saya telah mencadang untuk membawa karya balik ke kampung untuk disiapkan dalam cuti. Cuti selama seminggu telah saya gunakan sepenuhnya dalam membuat tugasan kerja kursus subjek lain sedangkan karya saya amat rumit jika berbanding dengan karya rakan sekelas. Hal ini telah menyebabkan saya kekurangan masa untuk menghasilkan karya ini, dan terpaksa membawa balik ke IPG untuk disiapkan.Dalam masa yang singkat, saya perlu menyiapkan karya akhir dan juga folio, namun, saya tidak pernah berputus asa walaupun telah bersengkang mata selama beberapa hari. Melalui tugasan kerja kursus PSV 3053 ini, banyak faedah dan pengalaman yang berguna telah saya dapati dan dipelajari.Antaranya ialah tugasan ini telah memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitanduniasenivisual. Saya telah lebih mendalami bidang Menggambar , bidang Membuat Corak dan Rekaan, bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta bidang Mengenal Kraf Tradisional.Ini sekali gus dapat menjadikan saya seorang bakal guru yang berpengetahuan luas dan berbekal dengan idea mengenai aktiviti yang sesuai dan boleh dilakukan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya juga telah memahami teknik dan perbezaan di antara setiap aktiviti dengan lebih terperinci.Lebih-lebih lagi, kemahiran ICT saya telah meningkat sedikit banyak. Hal ini disebabkan olahan idea karya ini memerlukan penggunaan perisian Adobe Photoshop Cs6. Saya berasa amat menyenang hati kerana ilmu mengenai Adobe Photoshop telah saya pelajari sewaktu semester sebelum ini dan pengaplikasian perisian ini dalam penghasilan olahan idea dapat dijalan dengan lancar. Saya juga dapat mengamalkan cara berfikir secara kritis dan kreatif selepas menghasilkan tugasan ini.Saya mengaku walaupun saya terpaksa meluangkan lebih masa dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini, tapi saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi. Yang paling penting ialah ilmu yang saya perolehi sepanjang saya menyiapkan hasil karyasaya.Walaupun hasilnya tidak sehebatmana, tetapi saya berpuas hati dengan karya yang saya hasilkan. Harapan saya ialah semoga karya yang saya hasilkan akan menepati apa yang dikehendaki oleh tugasan yang diamanahkan ini.Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini dari mula hingga ke akhirnya terutamanya kepada PN HAJAH RAHMAH MOHD MAULOT,selaku pensyarah pembimbing kami PSV 3053 pada semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Tanpa bantuan dan bimbingan dari semua, tidak mungkin saya mampu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.