refleksi syikin

5
Refleksi Sukan Permainan Tradisonal Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya dan rakan-rakan telah berjaya mengadakan satu Karnival PermainanTradisional. Seperti tahun-tahun yang lepas, pelajar yang mengambil PJM semester ini harus menganjurkan satu permainan tradisional bagi melengkapkan tugasan subjek ini. Pada tahun ini, karnival sukan permainan tradisional ini telah dikelolai oleh kami pelajar-pelajar PPG kohort 1 dan kohort 3. Karnival ini telah diadakan pada 17 April 2015. Acara bermula seawal jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari di padang IPGKSAH. Setiap kelas harus mengadakan sekurang-kurangnya satu atau dua permainan tradisional. Ini bergantung kepada jumlah ahli kumpulannya dalam kelas-kelas tersebut. Sebelum merancang sesuatu permainan tradisional ini, kami mengadakan perjumpaan untuk melantik ahli jawatankuasa pertandingan bagi melancarkan segala aktiviti sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Setiap ahli jawatankuasa mempunyai tugas khusus masing-masing. Saya memegang jawatan sebagai pengurus bahagian hadiah dan cenderamata. Walaupun bahagian ini nampak seperti mudah tetapi kadang kala menjadi rumit juga. Tetapi walau apa pun saya bersyukur kerana disebalik apa pun yang berlaku ada hikmahnya. Disini banyak yang telah saya pelajari, antaranya tentang pengurusan hadiah, sebenarnya kerja saya akan menjadi lebih mudah sekiranya dari awal saya membuat tempahan awal hanya di koperasi maktab saya. Sekiranya saya menempah di koperasi semuanya akan diuruskan oleh mereka sepenuhnya dan saya hanya goyang kaki sahaja. Ini disebabkan sedikit kesilapan teknikal menyebabkan saya terpaksa membungkus semua hadiah tu sendiri. Hal ini menyebabkan saya tidak tidur semalam kerana membungkus hadiah-hadiah tersebut. Tetapi walau apa pun saya bersyukur kerana semua itu telah mengajar kita untuk sentiasa membaiki kelemahan diri kita. Semoga pengajaran tersebut membuatkan kita lebih bijak di masa akan datang. 1

description

FY

Transcript of refleksi syikin

CADANGAN KERTAS KERJA

Refleksi Sukan Permainan TradisonalAlhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya dan rakan-rakan telah berjaya mengadakan satu Karnival PermainanTradisional. Seperti tahun-tahun yang lepas, pelajar yang mengambil PJM semester ini harus menganjurkan satu permainan tradisional bagi melengkapkan tugasan subjek ini. Pada tahun ini, karnival sukan permainan tradisional ini telah dikelolai oleh kami pelajar-pelajar PPG kohort 1 dan kohort 3. Karnival ini telah diadakan pada 17 April 2015. Acara bermula seawal jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari di padang IPGKSAH.Setiap kelas harus mengadakan sekurang-kurangnya satu atau dua permainan tradisional. Ini bergantung kepada jumlah ahli kumpulannya dalam kelas-kelas tersebut. Sebelum merancang sesuatu permainan tradisional ini, kami mengadakan perjumpaan untuk melantik ahli jawatankuasa pertandingan bagi melancarkan segala aktiviti sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Setiap ahli jawatankuasa mempunyai tugas khusus masing-masing.

Saya memegang jawatan sebagai pengurus bahagian hadiah dan cenderamata. Walaupun bahagian ini nampak seperti mudah tetapi kadang kala menjadi rumit juga. Tetapi walau apa pun saya bersyukur kerana disebalik apa pun yang berlaku ada hikmahnya. Disini banyak yang telah saya pelajari, antaranya tentang pengurusan hadiah, sebenarnya kerja saya akan menjadi lebih mudah sekiranya dari awal saya membuat tempahan awal hanya di koperasi maktab saya. Sekiranya saya menempah di koperasi semuanya akan diuruskan oleh mereka sepenuhnya dan saya hanya goyang kaki sahaja. Ini disebabkan sedikit kesilapan teknikal menyebabkan saya terpaksa membungkus semua hadiah tu sendiri. Hal ini menyebabkan saya tidak tidur semalam kerana membungkus hadiah-hadiah tersebut. Tetapi walau apa pun saya bersyukur kerana semua itu telah mengajar kita untuk sentiasa membaiki kelemahan diri kita. Semoga pengajaran tersebut membuatkan kita lebih bijak di masa akan datang.

Selain itu, pertandingan tradisional ini telah banyak mengajar saya tentang erti pasukan. Hal ini kerana pertandingan ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama pasukan malah semangat kerjasama antara rakan dari kelas lain. Setiap pasukan akan bertungkus-lumus berkerjasama bermain pertandingan ini agar berjaya memenangi pertandingan. Selain itu juga, sorakan dan sokongan yang diberikan semasa pasukan bertandingan juga berjaya memupuk semangat kesukanan dalam diri setiap pelajar.

Pertandingan tradisional yang diadakan ini juga berjaya mengimbau kembali kenangan-kenangan masa lampau saya semasa saya masih kecil. Perubahan teknologi dalam arus masa kini menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan. Kanak-kanak masa kini tidak lagi bermain permainan tradisional ini malah permainan tradisional ini semakin dilupakan. Dengan mengadakan pertandingan tradisional ini, diharap saya dan rakan-rakan serta masyarakat muda hari ini tidak akan melupakan permainan tradisional yang merupakan lambang budaya masing-masing yang kini disemakin dipinggirkan oleh generasi masa kini.

Dengan pertandingan tradisonal ini juga, saya telah banyak mempelajari permainan tradisional yang lain. Antara permainan tradisional yang tidak dapat saya lupakan ialah permainan tarik upih. Ia merupakan kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Masih terbayang-bayang lagi di ruang mata bagaimana kami bermain. Macam-macam gelagat yang ada. Antaranya ada yang terjatuh, terkontang-kanting apabila ditarik terlalu kuat dan lain-lain. Dengan bermain permainan ini, saya dapat merasai bagaimana permainan ini dimainkan. Selain itu juga saya bermain permainan terompah gergasi dan banyak lagi. Meskipun permainan-permainan ini kelihatan mudah dan ringkas namun sebenarnya permainan ini memerlukan stamina dan startegik yang betul agar dapat memenangi pertandingan tersebut.

Secara keseluruhannya, karnival pertandingan tradisional ini berjalan dengan jayanya. Antara input yang paling penting ialah karnival ini dapat melatih saya sebagai guru berkaliber suatu hari nanti dan dapat diaplikasikan secara optimum apabila saya ditugaskan untuk mengelolakan sukan di sekolah nanti. Selain itu juga, karnival ini mendidik saya untuk lebih amanah dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan sesuatu tugas memandangkan saya merupakan salah seorang dari ahli jawatankuasa. Saya juga seharusnya lebih memberi komitmen dalam melakukan sesuatu perkara supaya ia dapat berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Diharap segala ilmu yang saya pelajari sepanjang saya mengendalikan pertandingan tradisional ini dapat saya gunakan apabila di sekolah nanti.Refleksi lawatan ilmiah ke MSNPP.Pada hari 10 April 2015 bersamaan hari Jumaat, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan satu lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Sukan Pulau Pinang. Lawatan ini dilaksanakan dengan gabungan iaitu penglibatan 94 para guru pelatih. Lawatan ini berlangsung selama satu hari dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

Tujuan lawatan ini adalah bagi melengkapkan keperluan kursus PJM serta memberi pendedahan kepada kami untuk mengetahui cara perlaksanaan dan pengelolaan sistem organisasi sukan pada peringkat negeri. Selain itu, lawatan ini juga berperanan dalam memberi pengetahuan yang luas mengenai pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani kepada para guru pelatih.

Pada pukul 7.30 pagi semua guru pelatih berkumpul di tepi gymnasium dan menerima taklimat daripada pensyarah pembimbing, Encik Fauzi. Beliau menerangkan beberapa perkara mengenai lawatan dan perlakuan para guru pelatih apabila di sana nanti. Selepas berakhirnya taklimat, kami pun bertolak dari IPSAH dengan sebuah bas pada pukul 8.00 pagi dan sampai di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada pukul 9.30 pagi.

Kedatangan kami diterima baik oleh pihak MSN Pulau Pinang. Kami dibawa melawat sekitar MSN di samping menerima taklimat daripada setiap wakil-wakil unit. Kami mendengar ceramah daripada beberapa orang pegawai di MSN dengan mendedahkan apa objekif dan matlamat MSN ini ditubuhkan dan mengapa ia membantu pelajar untuk melahirkan bakat mereka di dalam bidang sukan.

Kami juga sempat menerima beberapa taklimat daripada En. Frederick Tan Teck An iaitu Pengarah MSN Pulau Pinang tentang atlit-atlit Negara, antaranya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David yang mengharumkan nama negara di mata dunia.

Di MSN terdapat kemudahan dan tempat untuk latihan untuk para atlit agar mereka meningkatkan prestasi masing-masing. Sebagai contoh, mereka mempunyai gym dengan alatan yang amat mencukupi atau bersesuaian bagi tiap-tiap sukan.

Mereka juga menyediakan perkhidmatan yang profesional seperti jadual pemakanan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan atlit, ujian fitness, rawatan akupunktur, pemantauan prestasi setiap atlit dan sebagainya. Lagipun, para atlit juga diberi latihan mental supaya menghadapi cabaran sukan dengan lebih tabah. Selepas menerima beberapa taklimat saya dapat mengetahui yang MSN adalah menyusun, merancang dan melaksanakan program dan pengurusan sukan yang berterusan bagi memastikan setiap atlit mempunyai bakat, kemahiran dan kebolehan bagi mengembangkan ke arah kecemerlangan sukan untuk diri, negeri dan seterusnya negara malaysia.

Setelah selesai program di sana, kami bertolak pulang dan sampai di IPSAH pada pukul 6.00 petang. Secara kesimpulannya, lawatan ilmiah ini telah memberi pengalaman dan pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai seorang bakal guru. Lawatan in juga memberi kesedaran kepada saya tentang tugasan atau kepentingan seorang guru Pendidikan Jasmani di sekolah. Ini kerana, peranan seorang guru adalah penting dalam mencungkil bakat seorang pelajar semasa di sekolah rendah dan melatih mereka dengan sempurna supaya apabila besar nanti dapat mewakili Negara serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

DISEDIAKAN OLEH,

NOORASYIIKIN ISHAK (PPG AMBILAN KHAS 6F/2014)6