SCE3107-Praktikal-3

9
PRAKTIKAL 3 PEMULIHARAAN EX-SITU TUGASAN 1 Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakan persembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survival satu haiwan atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu oleh pemuliharaan ex situ. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah memberi fokus kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah. Pemuliharaan ex situ yang dijalankan di sini adalah bertujuan untuk mengekang berlakunya kepupusan kepada spesis haiwan tersebut. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. 1

Transcript of SCE3107-Praktikal-3

Page 1: SCE3107-Praktikal-3

PRAKTIKAL 3

PEMULIHARAAN EX-SITU

TUGASAN 1

Di dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang pelajar, sediakan

persembahan selama 10 minit di mana anda menjelaskan bagaimana survival satu

haiwan atau tumbuhan yang anda perhatikan yang sedang dibantu oleh pemuliharaan ex

situ.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang terletak di Kuala Gandah memberi fokus

kepada pemuliharaan dan pemeliharaan gajah. Pemuliharaan ex situ yang dijalankan di sini

adalah bertujuan untuk mengekang berlakunya kepupusan kepada spesis haiwan tersebut.

Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus,

mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang

menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ

memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta

penyelidikan.

Peta Lokasi

1

Page 2: SCE3107-Praktikal-3

Gambar 1 : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar.

Kawasan ini dibina pada tahun 1989 dengan suasana yang menyamai hábitat asal bagi spesis

gajah (Gambar 2). Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai

matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai ancaman dan

tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan

kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Dapat

dilihat, melalui usaha konservasi ini, gajah-gajah yang terbiar dan yang telah kehilangan habitat

dapat dibantu dan diselamatkan dari ancaman mangsa pemburuan dan kematian.

Gambar 2

Sejak 20 tahun yang lalu, sebanyak lebih daripada 450 ekor gajah liar berjaya

dipindahkan di mana proses pemindahan ini adalah bertujuan untuk meminimumkan risiko

2

Page 3: SCE3107-Praktikal-3

kepupusan yang berterusan. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa

masuk daripada Thailand dan Myanmar. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang

ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya

terus hidup. Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan

anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi

gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat

dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan

pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan

yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh kekurangan habitat, gajah kini terpaksa mencari

makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan

penempatan manusia. Di sini, terdapat juga gajah yang dilatih bagi menghiburkan para pelawat

(Gambar 3). Di sini, pelawat diberi peluang untuk merasai pengalaman memberi makan

(Gambar 4) dan menunggang gajah. Para pelawat juga digalakkan untuk menonton

dokumentari yang berkaitan dengan pemindahan gajah.

Gambar 3 Gambar 4

Melalui program pendidikan sebegini, adalah diharapkan kesedaran untuk memelihara

dan memulihara flora dan fauna dapat diterapkan dengan lebih mendalam kepada masyarakat.

Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan harian kita. Alam

sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyegarkan. Di

samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan

aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan

3

Page 4: SCE3107-Praktikal-3

baik. Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin keharmonian

hidup. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam

memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan

kita.

TUGASAN 2

Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah

perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan

praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran

pada akhir laporan dengan format yang betul.

Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada

sesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan

ex situ?

Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah

satu-satunya strategi konservasi yang wajar?

4

Page 5: SCE3107-Praktikal-3

Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa

kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan

tindakan tersebut?

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan

pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar

dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web http://www.wildlife.gov.my/,

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk menggeledah,

menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini

bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi

Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan

menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah

konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan

perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta

penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati seperti di

Institut Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dan juga Taman Rusa

di Bukit Rengit.

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah,  Pahang. Kuala

Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Di sini terdapat

12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70 tahun. Pusat Perlindungan Gajah

Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut

mengenai haiwan ini serta memberi pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan.

Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus

yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi

memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di

sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan

gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah semasa sesi

memberi makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan lain seperti burung

merak, burung unta dan sunbear. Merentasi kawasan perlindungan Rusa, Taman Alam pada

laluan pejalan kaki pula terdapat pelbagai jenis herba dan tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat

Ali, Kacip Fatimah dan 40 lain-lain herba yang boleh didapati di hutan hujan.

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar

habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies

5

Page 6: SCE3107-Praktikal-3

flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Spesies yang

diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan semula di

dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi

mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang

sesuai. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah

untuk memelihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk

penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan

datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan sumber biologi

sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia

ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan

habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin banyak mengalami

perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu

melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Namun, terdapat juga beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat bahawa hanya

pemuliharaan in-situ adalah cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan

sesuatu spesis berbanding dengan memulihara haiwan di luar hábitat asal mereka. Ini adalah

kerana zoo dan taman-taman pemuliharaan yang lain ialah ekosistem tiruan manakala hutan

adalah ekosistem semula jadi. Perbezaan antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan

ialah ekosistem semulajadi boleh diadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya

beberapa spesis sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesis yang tidak

mampu beradaptasi akhirnya akan mati dan pupus.

Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian, kebanyakkan

berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesis tersebut. Ini kerana spesis

tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan jika

masih wujud. Berkemungkinan juga spesis tersebut telah pupus disebabkan perubahan cuaca

dan alam yang tidak sesuai lagi bagi mereka.

6

Page 7: SCE3107-Praktikal-3

7