Submit Tugasan OUMM32203_Baru

11

description

Profesional Ethics 2015

Transcript of Submit Tugasan OUMM32203_Baru

Page 1: Submit Tugasan OUMM32203_Baru
Page 2: Submit Tugasan OUMM32203_Baru

2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Secara umumnya, masalah etika dalam pengurusan bukanlah perkara baru,

sebaliknya sudah lama berlaku dalam dunia perniagaan. Organisasi perniagaan yang

menekankan aspek keuntungan dan persaingan terpaksa berhadapan dengan cabaran

penipuan dan amalan pemberian rasuah sebagai budaya hidup untuk memperoleh

keuntungan dan menyelesaikan masalah dengan cepat tanpa perlu mengikut prosedur-

prosedur yang sepatutnya. Senario sebegini telah mengundang banyak masalah

berhubung dengan perhubungan individu, kumpulan, masyarakat, organisasi, dan

sebagainya. Permasalahan yang wujud dalam aspek pengurusan menjadi semakin rumit

sehingga berlanjutan kepada masalah peribadi seseorang. Keadaan ini akan memberi

dilema etika yang sukar dibendung oleh mereka.

Menurut LaRue Tone Hosmer (1991), berdasarkan buku The ethics of

Management, terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan.

2.1 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan.

Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan tidak berhenti pada

satu peringkat sahaja. Sebaliknya, ia boleh mendatangkan kesan atau akibat yang

berpanjangan terutama terhadap lapisan masyarakat. Oleh itu, para pengurus perlu

mempertimbangkan setiap keputusan mereka dengan teliti dan serius kerana

keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat yang berada di

luar kawalan mereka. Sebagai contoh:

i. Rasuah mengubah proses-proses kerajaan.

ii. Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran.

iii. Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.

2.2 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai.

Kesimpulannya, kebanyakan keputusan etika diandaikan sebagai suatu dikotomi

iaitu terbahagi kepada pilihan sama ada “ya” atau “tidak” dan tidak mempunyai

Page 3: Submit Tugasan OUMM32203_Baru

pilihan lain. Walau bagaimanapun, seseorang pengurus perlu mempertimbangkan

alternatif lain sebelum membuat keputusan pengurusan. Sebagai contohnya:

i. Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?

ii. Wajarkah sesebuah kilang mencemarkan udara atau tidak?

iii. Haruskah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk tidak selamat

atau tidak?

2.3 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur.

Sesetengah organisasi yang melibatkan perniagaan terutamanya, tidak

mementingkan etika. Pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi lebih

diutamakan berbanding kos-kos lain seperti kebajikan pekerja ataupun

pelanggan mereka. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil yang

bercampur ialah:

i. Merasuah secara tidak langsung tetapi jumlah jualan barangan

import dapat dikekalkan melalui penghantaran yang cepat dan

diterima dengan segera.

ii. Mencemar udara dan air. Namun, kos pemasangan dan

pengendalian peralatan mengawal pencemaran dapat dielakkan.

iii. Mereka bentuk produk yang tidak selamat tetapi kos bahan dan

tenaga kerja pengeluaran dapat dikurangkan.

2.4 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti.

Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bebas daripada

risiko serta keraguan di mana akibat daripada keputusan yang dibuat boleh

diketahui. Sebagai contoh:

i. Syarikat akan menerima barangan import dengan segera jika

memberi rasuah.

ii. Pencemaran dapat dikurangkan sekiranya wang yang dilaburkan

dengan membeli peralatan kawal-pencemaran.

iii. Kos tambahan tertentu diperlukan dan ditambah untuk

menghasilkan produk yang selamat bagi setiap unit.

Page 4: Submit Tugasan OUMM32203_Baru

2.5 Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi.

Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Secara umumnya,

dipercayai isu-isu etika tidak memberi kepentingan kepada peribadi seseorang

pengurus dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya mereka. Ramai

berpendapat mengutamakan kepentingan pekerja seperti kenaikan gaji dan

pangkat merupakan satu keputusan yang dianggap beretika berbanding

keuntungan kepada syarikat. Sebagai contoh:

i. Laporan suku tahunan yang menguntungkan serta menyenangkan

akan diterima jika hasil jualan barangan import dapat dikekalkan

pada paras yang dijangka, walaupun jumlah sebenar perbelanjaan

meningkat sedikit akibat memberi rasuah.

ii. Pulangan pelaburan modal akan lebih hamper kepada peratusan

yang dirancang jika pemasangan peralatan mengawal pencemaran

ditangguhkan.

3.0 ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Analisis masalah etika dalam pengurusan:

Page 5: Submit Tugasan OUMM32203_Baru

1.analisis ekonomi2.analisis undang-undang3.analisis etika

a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian permasalahan etika.b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini.c) Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil.

Analisa ekonomi - Umumnya masyarakat menilai salahlaku etika dalam pengurusan berdasarkan pendekatan ekonomi mikro.  Ini berdasarkan kepada sasaran pasaran bersifat peribadi dalam membuat keputusan.

Berdasarkan kepada situasi ini, peniaga mengambil kesempatan bahawa pengguna secara peribadi mengambil sesuatu keputusan sama ada mahu membeli atau tidak. Pengaruh ekonomi dan sosial kurang mempengaruhi.  Sebab itu, dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, pengguna masih membeli untuk sesuatu tujuan, contohnya persiapan perayaan.  Apa yang dilakukan itu dilihat sebagai satu analisa mikro melibatkan keputusan individu.

Ini mudah difahami, bagaimana peniaga masih meneruskan salahlaku etika walaupun perkara ini sering dimuatkan dalam media dan kempen-kempen menyedarkan pengguna agar lebih berhati-hati dan mempertahankan hak daripada menjadi mangsa peniaga tidak bertanggungjawab.  Namun, keadaan itu terus berlaku, pengguna tidak mengambil pengajaran, bahkan sanggup menghadapi situasi itu.

Analisa Undang-undang -  Kita juga selalunya mengharapkan tindakan yang bersifat peribadi untuk menentukan sama ada betul atau salah. Ini termasuk dalam soal berkaitan undang-undang.  Sebenarnya undang-undang telah jelas menyatakan mana betul dan salah.  Apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh

Page 6: Submit Tugasan OUMM32203_Baru

dilakukan.  Tetapi, sudah sikap manusia tidak suka mematuhi apa yang telah ditetapkan terhadap mereka.

Begitulah dalam soal etika.  Boleh dikatakan apa yang menyalahi etika, sebenarnya juga menyalahi undang-undang.  Contohnya, berkaitan jualan promosi.  Peniaga dikehendaki menyatakan dengan jelas harga asal dan berapa peratusan potongan dibuat.  Peniaga juga dikehendaki mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan promosi jualan bagi menjamin hak pengguna tidak dikhianati. 

Namun, seperti telah dijelaskan, peniaga kerap membelakangkan perkara itu.  Mereka lebih percaya kepada keputusan pengguna dalam menentukan betul atas salah. Biarpun, peniaga melakukan kesalahan, pengguna yang menentukan salah atau betul. Dalam hal ini, pengguna biasanya tidak ambil peduli hal itu asalkan kehendak mereka untuk memperoleh sesuatu tercapai. 

Contohnya, pengguna masih ingin membeli barang tiruan biarpun tahu satu kesalahan menjual dan mengedar barang tiruan.  Bahkan, mereka ’berterima kasih’ kepada peniaga yang’sudi’ menjual barang tiruan.  Soal undang-undang biarlah ditanggung oleh peniaga sekiranya mereka ditahan oleh pihak berkuasa.                                          

Analisa Etika – Satu lagi pendekatan menganalisa masalah etika ialah melalui kaedah analisa etika.  Perdekatan ini menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab moral untuk menentukan perkara itu betul atau salah.  Malah diandaikan bahawa semua orang tidak kira jantina akan dilayan sama rata dan mendapat manfaat seadanya.

Jadi, pengguna seperti menyerahkan sepenuhnya kepada peniaga untuk melaksanakan tugas tanpa melanggar etika.  Dengan kata lain, pengguna seakan-akan mengatakan mereka tidak akan menjadi mangsa kepada salahlaku etika yang dilakukan oleh peniaga.  Maka itu, mereka tidak mengambil sebarang langkah curiga atau melakukan sesuatu langkah berjaga-jaga untuk mengalak diri daripada menjadi mangsa. 

Page 7: Submit Tugasan OUMM32203_Baru
Page 8: Submit Tugasan OUMM32203_Baru