Teori Kaunseling Pemusatan Klien

download Teori Kaunseling Pemusatan Klien

of 10

Transcript of Teori Kaunseling Pemusatan Klien

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    1/10

    Teori-Teori Kaunseling

    - TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN) -

    Pengenalan

    Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yangdigolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan

    oleh Carl ansom ogers di dalam tahun !"an yang menamakannya kaunseling bukan#arahan

    atau kaunseling pusatan#klien. Ia mencabar pendekatan#pendekatan pusatan#kaunselor dankaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan

    membantu kliennya di dalam semua bidang.

    Ia mencabar teknik#teknik dan tatacara#tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahankaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan

    oleh ogers semata#mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang

    baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untukmemahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah#masalah yang mereka alami sendiri,

    tanpa campur tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh

    menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling

    atau terapi. $aginya sifat#sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengankaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa

    memerlukan arahan#arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan

    selepasnya. %erana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.&elalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi indi'idu, ogers telah

    mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan#klien di dalam tahun

    *. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam tahun +.

    Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh ogers ini mencetuskan minat yang mendalam dikalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. -i samping itu, ogers

    juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok#kelompok, dan juga dalam

    kaunseling keluarga pada tahun " dan . /ejak kebelakangan ini seolah#olah sudahmuncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan

    politik.

    ." 0atar $elakang Tokoh

    Carl ansom ogers dilahirkan pada 1 2anuari " di 3ak Park, Illinois Chicago. ogersmerupakan anak ke#empat dari enam orang adik beradik. 4yahnya merupakan seorang kontraktor

    dan jurutera. %edua#dua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. ogers mempunyaiadik beradik seramai enam orang dan lima daripada mereka adalah lelaki. 5ubungan merekaadik beradik sangatlah rapat. ogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.

    /emasa kecil ogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. 6alaupun dilahirkan dalam

    keluarga yang ramai, ogers merupakan seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan

    pendiam di sekolah. $eliau sangat sensitif orangnya.ogers telah memasuki 7ni'ersiti 6isconsin dan memperolehi pencapaian di dalam bidang

    akademik yang sangat baik. -i uni'ersiti itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai akti'iti,

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    2/10

    termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam 6orld /tudent Christian

    8ederation Conference. $eliau mendapat Ija9ah pertamanya dalam bidang /ejarah pada tahun

    !. $eliau menerima Ija9ah kedoktorannya pada tahun :.Pada tahun 1, sebelum menerima ija9ah kedoktorannya, beliau mula bekerja di ochester

    ;ew

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    3/10

    &enurut /uradi /alim (+), manusia dianggap mempunyai sifat#sifat positif dan mempunyai

    keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. 2ikaseseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan

    sempurna dan akan menjadi indi'idu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang

    dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya.2ika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan

    berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri A menjadi apa sahaja yang dia inginkan. 2ika

    manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinanbesar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh

    dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana

    diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti

    baginya.$agi ogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina,

    mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu

    . %ejujuran, keikhlasan da kebenaran

    . Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat:. %efahaman yang mendalam

    2ika ketiga#tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengankaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat#sifat dan ciri#ciri ini dan seterusnya lebih bersedia

    untuk menerima pengalaman#pengalaman yang dilaluinya.

    !." &atlamat Terapi

    &atlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling D Terapi Pemusatan Insan ini bukanlah sekadar

    menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebihdiutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang indi'idu itu.

    Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses perkembangannya, agar ia

    dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah#masalah di masa hadapan.-engan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah bersedia untuk

    memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan dirinya bagi membolehkan

    dirinya berhadapan dengan realiti. &enurut 4mir 4wang (1), terdapat beberapa perkara yangdapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di

    dalam kaunseling B

    i) %lien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa mengherot#

    berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu. %lien tidak lagi bimbangatau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia menerima dirinya sendiri A baik atau buruk,

    ia dapat mengalami hidup dengan cara yang baru dan dapat terus berkembang.

    ii) %lien akan merasa yakin pada diri sendiri. $iasanya klien tidak yakin yang ia bolehmengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing dan diarah. Tetapi

    apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan kenyataan, ia pun akan mula

    mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya.iii) %lien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. 6alaupun penting

    bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai#nilai dan norma#norma masyarakat,

    indi'idu perlu juga mempunyai nilai#nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner

    directed dan tidak dikongkong oleh outer directedness. &elalui inner directedness ini ia akan

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    4/10

    memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan

    sendiri.

    i') %lien dalam keadaan untuk terus berkembang. 4pabila wujud di dalam diri klien kesediaanuntuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa#peristiwa baru, untuk terus menghadapi

    cabaran#cabaran dan masalah#masalah baru, maka indi'idu telah mencapai suatu tahap positif di

    dalam proses hidupnya. -ari sini ia akan bersedia membuat ketetapan#ketetapan baru untukdirinya, untuk mencari matlamat#matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung

    kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah

    matlamat baru.

    *." Teknik Pemusatan Insan

    &enurut 5ansen, /te'ic E 6arner (1+), %aunseling Pemusatan Insan mengandaikan bahawa

    setiap indi'idu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke

    arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu#satunya pendekatan teraputik yang utama

    yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Indi'idudilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang

    menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.&enurut =elso E Carter (1*), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang

    penting di dalam psikoterapi. -alam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada

    indi'idu yang mengalami masalah. ogers (1+) menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaituB

    i. %etulenan sebenar atau kongruen

    ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik

    iii. &empunyai kefahaman empati

    %ajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh

    ogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien.&elalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. &enurut

    Carkhuff dan $erenson (+), kajian#kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati,

    penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. $rammer dan /hostrom (1), satu ciriutama yang membe9akan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah

    meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh

    kaunselor.

    4mir 4wang (1), menjelaskan bahawa ogers telah mengemukakan beberapa sifat yangterdapat di dalam teori ini. 4ntaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia

    menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan klien serta

    tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnyamenghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan

    utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan

    atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. &anakala kaunselor harus bersediauntuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang

    dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. %aunselor juga harus mengelak dari

    mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya.

    Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal, neurotik dan

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    5/10

    psikotik. &elalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang kongruen, menerima

    kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, klien dengan sendirinya akan

    menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. -engan menggunakan teori ini kaunselorhendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan

    untuk berempati secara tepat. -engan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk

    memberi fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu./ebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan klien untuk

    membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung di dalam proses

    berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan kawalan tidak dipegang olehkaunselor. &alah klienlah yang memilikinya, dan klien juga yang menentukan bagaimana ia

    hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi mengembangkan dirinya.(ogers, ).

    4ntara teknik#teknik teori Pemusatan Insan ialah B

    *. Penerimaan Tanpa /yarat

    Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu

    tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. -alam ertikatalain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa mengenakan apa#apa syarat ke

    atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian.%aunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada

    kliennya yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji,

    menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. /ikap ikatan dua hala ini (doublebinding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa

    mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk

    menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah

    proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

    *. @mpati

    /ifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan

    kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk kedalam ruang rujuk klien.

    -i dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat. %lien

    yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbe9a daripada dunia

    subjektif kaunselor itu sendiri. -ari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak#geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga

    ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam

    objektifnya dari realiti yang sebenar.

    *.: %etulenan

    /ifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan teknik ini. %etulenanadalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain. %aunselor tidak sepatutnya

    menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang

    tersembunyi, berpura#pura dan mengelak.

    %aunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat#sekat atau teragak#agak

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    6/10

    untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. -engan yang

    demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada kliennya untuk juga bersifat

    terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan pengalamannya.

    *.! 4ktif &endengar dan berfikir

    &endengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan yang

    penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan

    atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengaryang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan

    perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu

    a. ia akan memastikan ia betul#betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya

    b. ia akan memastikan ia betul#betul telah mendengarc. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri

    &engenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar

    dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu

    ketetapan yang lebih memuaskan. &enurut &c %ay, -a'is dan 8anning (1:) menyatakanbahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses

    berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.*.!. Parafrasa

    Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah

    dikatakan oleh klien seperti

    Fapa yang saya fahamG

    Fdengan kata lainHG

    %aunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting kepadanya.

    *.!. Penjelasan

    Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar kaunselor bolehmemahami kenyataan#kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari konteks

    bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap sesuatu masalah.

    *.!.: &aklum $alas

    /ewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor berkongsiapa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. 7ntuk menyemak persepsi

    kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif.

    *.* %ongruen

    %ongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor merasa marahterhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunyatidak kongruen. 4dalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala

    bercanggah dengan sikap tidak menghukum.

    *.+ &endengar untuk merasa

    Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia seseorang dan

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    7/10

    menyatakan kefahaman itu kepada klien. &elalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan

    yang merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari. -inkmeyer E 0osoney, 1",

    mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk

    Fperasaan kamu sekarangG

    jika apa yang saya dengar ini betulG

    *. &endengar dengan empati

    &endengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun sesuatu perkara

    amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. %aunselor perlu bertanya diri sendiribagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan

    kerisauan klien.

    *.1 &enghormati

    &enghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan

    orang lain, toleransi terhadap perbe9aan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk

    berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.

    *. Penerimaan yang mesra

    Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan

    komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat#isyarat kongruen, keterbukaan dan

    kesudian untuk mendengar.

    *." %onfrontasi

    %onfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang indi'idu itu tentangperselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif,

    tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk

    menyedarkan indi'idu tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalangperhubungan interpersonalnya.

    *." Peranan %aunselor

    -engan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan seperti yangdijelaskan oleh Corey (+)a. %aunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien. %aunselor

    haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan

    sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka danmengalami cabang#cabang hidup yang disangkalnya. 3leh itu klien dapat dibantu supaya tidak

    bersifat defensif. %aunselor harus menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha

    mengenali masalahnya.

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    8/10

    b. %aunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam keadaan kongruen

    dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. %aunselor bersedia menerima tanpa syarat,

    prasangka dan tidak beranggapan buruk terhadap klien. %aunselor harus berempati bagi merasaidan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien.

    c. %aunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama taraf

    dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien danmengatasinya.

    d. %aunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai cermin yang akan

    membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

    7ntuk mempastikan tercapainya perkara#perkara yang disebutkan di atas, haruslah wujudB

    a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor dengan klien

    b. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam keadaan tidak kongruenc. %aunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka dan anggapan

    d. %aunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh

    klien

    e. %aunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbukaf. %lien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat#sifat dan kebolehan#

    kebolehan di atas yang ada pada kaunselor

    +." Peranan %lien

    7ntuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas memainkan

    peranannya antara peranan#peranan klien adalah sepertiB

    a. %lien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan datang secara

    sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang lainb. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran

    c. %lien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati

    perhubungan kaunselor dengan kliend. %lien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri

    e. %lien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri

    f. %lien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. %aunselor hanya bertindak membantuklien dalam membuat pilihan

    g. %lien berupaya dan bersedia untuk berubah

    h. %lien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru

    ." 4plikasi teori dalam bidang kaunseling

    Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia menekankan kaedahpengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik#teknik dan tatacara#tatacara yang

    digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk

    pelajar#pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalammengubah tingkah laku pelajar.

    1." %ekuatan Terapi

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    9/10

    &enurut /hert9er E /tone (), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina indi'idu

    agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut merekaialah :a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klienb. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujurankaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkanperhubunganc. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan danbukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

    9.0 Limitasi eori

    !eperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyaikekurangan dan kelemahannya. "ntara lain ialah #a. erapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yangterdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.b. erapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungankaunselor dengan klienc. $ebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur denganmudah. %anya terlalu abstrak.

    &0.0 $esimpulan

    !ecara positi', suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh (ogersmelalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang keupayaan dankecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. )endirian yangpositi' seperti ini telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akanberusaha mencerminkan kepercayaan sedemikian.(ogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap positi' didalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya kitamenerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang laindari kaca mata dan dunianya yang subjekti', serta menekankan pentingnyakejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, keranamelalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh ataumodel yang berguna bagi orang lain.

    anpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebihbersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa

    juga yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakansebagai mengancam dirinya.

    !ecara negati'nya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep yangdikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur denganmudah, kerana ianya bersi'at konsep yang abstrak.)ergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitumemuaskan kerana klien yang beremosi dan ber*kiran kusut mungkin tidakberupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. %ni sudah tentuboleh menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat.

    anpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akanmemakan masa yang amat panjang. +iar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang

  • 7/23/2019 Teori Kaunseling Pemusatan Klien

    10/10

    terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dina*kan ialah teori ini amatmemudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yangmesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakanorang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh akan berusaha menolongnya.