Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini...

8
JENIS-JENIS SUKAN OLAHRAGA YANG DITAWARKAN KEPADA INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA. Terdapat pelbagai jenis sukan olahraga yang ditawarkan kepada individu yang berkeperluan khas ini sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kesemua acara sukan yang ditawarkan ini bersesuaian dengan tahap kemampuan dan keupayaan atlet-atlet orang kelainan upaya ini (OKU). Namun demikian, terdapat beberapa jenis kecacatan yang digalakkan mengambil bahagian dalam olahraga OKU ini antaranya buta dan cacat penglihatan, Palsi Serebrum (Cerebral Palsy), kudung, kerdil, kecederaan saraf tunjang, masalah pembelajaran, dan Les Autres. Apa jua keadaan yang menghalang penglihatan normal boleh diklasifikasikan sebagai cacat penglihatan. Namun bukan semua individu yang dikategorikan sebagai cacat penglihatan itu adalah buta sepenuhnya, kerana ada juga individu yang boleh menerima sedikit cahaya ataupun bayangan, manakala ada sesetengah individu pula hanya boleh melihat menggunakan sebelah matanya sahaja dan mereka ini boleh memandu kereta. Selain itu, individu yang mengalami Palsi Serebrum juga boleh menyertai sesetengah acara yang dipertandingkan. Palsi Serebrum ataupun secara ringkasnya Cerebral Palsy (CP) merupakan suatu keadaan pergerakan dan postur tubuh yang tidak teratur akibat daripada ketidakfungsian pada bahagian otak yang mengawal koordinasi, pergerakan otot-otot, tindakan refleks, postur tubuh,

description

OKU

Transcript of Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini...

Page 1: Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini Sama Ada Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa

JENIS-JENIS SUKAN OLAHRAGA YANG DITAWARKAN KEPADA INDIVIDU

BERKEPERLUAN KHAS DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA.

Terdapat pelbagai jenis sukan olahraga yang ditawarkan kepada individu yang berkeperluan khas

ini sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kesemua acara sukan yang ditawarkan

ini bersesuaian dengan tahap kemampuan dan keupayaan atlet-atlet orang kelainan upaya ini

(OKU). Namun demikian, terdapat beberapa jenis kecacatan yang digalakkan mengambil

bahagian dalam olahraga OKU ini antaranya buta dan cacat penglihatan, Palsi Serebrum

(Cerebral Palsy), kudung, kerdil, kecederaan saraf tunjang, masalah pembelajaran, dan Les

Autres.

Apa jua keadaan yang menghalang penglihatan normal boleh diklasifikasikan sebagai

cacat penglihatan. Namun bukan semua individu yang dikategorikan sebagai cacat penglihatan

itu adalah buta sepenuhnya, kerana ada juga individu yang boleh menerima sedikit cahaya

ataupun bayangan, manakala ada sesetengah individu pula hanya boleh melihat menggunakan

sebelah matanya sahaja dan mereka ini boleh memandu kereta.

Selain itu, individu yang mengalami Palsi Serebrum juga boleh menyertai sesetengah

acara yang dipertandingkan. Palsi Serebrum ataupun secara ringkasnya Cerebral Palsy (CP)

merupakan suatu keadaan pergerakan dan postur tubuh yang tidak teratur akibat daripada

ketidakfungsian pada bahagian otak yang mengawal koordinasi, pergerakan otot-otot, tindakan

refleks, postur tubuh, dan juga pergerakan. Darjah atau tahap kecacatan ini adalah berbeza

daripada satu individu kepada individu yang lain.

Kudung pula merujuk kepada individu yang mengalami “kehilangan” sekurang-

kurangnya satu sendi utama pada tubuh (pergelangan tangan, sendi siku, sendi lutut, dan sendi

pergelangan kaki yang mana akan menjejaskan pergerakan hariannya) atau kudung pada

bahagian-bahagian sendi yang menjejaskan pergerakannya sama ada dalam aktiviti kehidupan

seharian mahupun dalam sukan.

Di samping itu, kecacatan yang lain adalah kerdil. Kerdil boleh diklasifikasikan sebagai

pembantutan luar biasa yang disebabkan oleh genetik dan juga keadaan lain. The Little People Of

America, salah satu pertubuhan kerdil terbesar dan teraktif menganggap kerdil bagi orang

dewasa ialah mereka yang mempunyai ketinggian hanya 4 kaki 10 inci.

Page 2: Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini Sama Ada Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa

Kecacatan atau kerosakan tulang belakang yang mengakibatkan berlaku kehilangan atau

perubahan sama ada secara kekal atau sementara pada fungsi motor dan pergerakan, deria rasa

dan juga sistem autonomik pada otak. Ia bergantung pada tahap kecacatan atau kerosakan yang

berlaku pada tulang belakang. Individu yang mengalami kecederaan tulang belakang akan

menggunakan kerusi roda untuk melakukan tugas seharian dan juga aktiviti sukan. Antara

mereka yang menggunakan kerusi roda termasuklah yang mengalami spina bifida, Poliomyelitis,

kudung, Cerebral Palsy dan juga Les Autres.

Dari segi bermasalah pembelajaran pula, definisinya dikeluarkan oleh American

Association of Mental Retardation (AAMR) telah diterima secara konvensional iaitu individu

yang mengalami beberapa limitasi dalam melakukan kerja seharian. Mereka ini dikatakan

mempunyai limitasi sekurang-kurangnya dua atau lebih perkara seperti berkomunikasi,

penjagaan diri, melakukan kerja rumah, kemahiran sosial, melakukan kerja kemasyarakatan,

menentukan arah hidup, kesihatan dan keselamatan, akademik, kegiatan riadah dan juga

pekerjaan. Definisi seterusnya ialah paras IQ atau Intelligent Quation mereka adalah dalam

lingkungan 75 dan ke bawah.

Kecacatan seterusnya adalah Les Autres. Terma Les Autres merupakan perkataan

daripada Perancis yang bermaksud dan lain-lain yang mana merujuk kepada individu yang

mempunyai pelbagai kecacatan yang mengakibatkan limitasi dari segi fungsi lokomotor yang

tidak dapat diklasifikasikan dalam mana-mana klasifikasi kecacatan yang diterangkan di atas.

Untuk itu, International Wheelchair & Amputees Sports telah menetapkan kriteria atlet yang

tergolong dalam kategori ini.

Selain itu, dalam sukan olahraga bagi individu berkeperluan khas ini juga terdapat sistem

klasifikasi yang tersendiri. Sistem klasifikasi ini dipecahkan kepada lima bahagian iaitu buta dan

cacat penglihatan (kelas 11-13), Cerebral Palsy (kerusi roda(32-34), berdiri (35-38)), masalah

pembelajaran atau kognitif (kelas T20/F20), Paraplegia & Tetraplegia (kelas T51-T54 (trek),

kelas F51-F58(padang) dan kesemua ini berkerusi roda), serta yang terakhir adalah kudung &

Les Autres (kelas 40 (kerdil), kelas 42-44(kaki), dan kelas 45-46 (tangan)).

Secara umumnya, terdapat banyak sukan dan olahraga yang telah ditawarkan kepada

individu OKU sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya adalah acara

Page 3: Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini Sama Ada Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa

larian 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 5000m, 5000m, 10000m, acara marathon 10km, 20km,

30km, acara lari berganti-ganti, dan juga acara berkerusi roda bagi acara trek.

Seterusnya bagi acara padang pula, terdapat acara lompat jauh, lompat kijang, dan lompat

tinggi. Bagi acara balingan, sukan olahraga yang ditawarkan adalah lempar cakera, rejam

lembing, lontar peluru, dan acara club. Acara club ini adalah suatu acara yang berbentuk seperti

pin dalam tenpin boling.

Beberapa acara yang dipertandingkan ini adalah khusus untuk beberapa jenis dan

kategori kecacatan sahaja, yang bergantung kepada tahap kecacatan masing-masing serta tahap

umur yang dibenarkan. Bagi sukan olahraga peringkat kebangsaan, kategori umur bagi peserta

yang ingin mengambil bahagian terbahagi kepada dua iaitu kategori junior dan senior. Untuk

kategori junior, tahap umurnya adalah 14 tahun dan ke bawah. Manakala bagi kategori senior

pula adalah 15 hingga 21 tahun. Acara yang dipertandingkan untuk kategori junior bagi

peringkat kebangsaan adalah sangat terhad.

Bagi individu yang menyertai sukan olahraga junior dan senior peringkat kebangsaan,

mereka dikelaskan kepada tiga kategori bermasalah. antaranya ialah bermasalah pembelajaran,

bermasalah penglihatan, dan bermasalah pendengaran. untuk kategori junior, acara-acara yang

boleh disertai mereka yang bermasalah pembelajaran dan pendengaran adalah 100m, 200m,

lompat jauh, lontar peluru, dan 4x100m. Namun, bagi mereka yang bermasalah penglihatan sama

ada totally blind, atau rabun, acara yang boleh disertai oleh mereka sangat terhad. Hal ini kerana

mereka hanya boleh menyertai 100m, lompat jauh, dan lontar peluru sahaja.

Di samping itu, bagi kategori senior pula, acara-acara yang dipertandingkan untuk

individu berkeperluan khas yang bermasalah pembelajaran dan pendengaran meliputi 100m,

200m, 400m, 800, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera, 4x100m, dan

4x400m. Manakala bagi kategori junior, acara yang mereka sertai adalah 100m, 200m, lompat

jauh, dan lontar peluru.

Seterusnya adalah bagi peringkat antarabangsa pula, antara kategori kecacatan yang

mengambil bahagian dalam sukan olahraga ini termasuklah buta dan cacat penglihatan, masalah

pendengaran, Palsi Serebrum (Cerebral Palsy), kudung, kerdil, kecederaan saraf tunjang

(Paraplegia & Tetraplegia), masalah pembelajaran dan Les Autres. Menurut buku ‘Melatih Atlet

Page 4: Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini Sama Ada Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa

Orang Kurang Upaya (OKU), buta dan cacat penglihatan diklasifikasikan kepada tiga kelas iaitu

kelas 11, 12, dan 13.

Kelas 11 merupakan individu yang buta dan mengikuti peraturan khas, manakala kelas 12

adalah merujuk kepada mereka yang separa buta tetapi dibenarkan mengikuti peraturan khas dan

kelas 13 juga separa buta tetapi mengikuti peraturan biasa IAAF. Bagi acara trek, antara OKU

yang sesuai untuk menyertai acara ini adalah seperti buta dan cacat penglihatan. Mereka boleh

menyertai 100m, 200m, 800m, 1500m, dan juga 10000m. Selain itu mereka juga boleh sertai

acara marathon 10km, 20km, dan 30km. Bagi acara berkerusi roda pula dikhususkan khas

kepada Cerebral Palsy T32-T34 dan Paraplegia T51-T54.

Individu yang mengalami Cerebral Palsy (berdiri), kudung tangan (T35-T38) dan (T42-

T46) serta kudung kaki yang menggunakan prostetik dan ortotik boleh menyertai acara trek ini.

Sebagai contoh, mereka boleh menyertai 100m, 200m, 400m, dan 800m. Acara lain yang sesuai

juga adalah seperti 4x100m, 4x400m, dan lari berganti-ganti. Acara-acara yang dipertandingkan

ini mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri dan mengambil kira kepada tahap keupayaan

dan kemampuan mereka sebagai OKU.

Di samping itu, acara kedua yang dipertandingkan dalam sukan olahraga peringkat

antarabangsa adalah acara padang. Individu orang kurang upaya yang digalakkan menyertai

sukan olahraga acara padang ini terdiri daripada mereka yang buta dan cacat penglihatan, serta

kudung kaki sahaja. Hal ini kerana acara-acara yang bakal dipertandingkan ini sedikit memberi

risiko kepada OKU yang lain. Bagi buta dan cacat penglihatan, mereka boleh menyertai lompat

tinggi, lompat jauh, dan lompat kijang. Manakala bagi mereka yang kudung boleh menyertai

lompat jauh. Namun bagi mereka yang kudung, mereka tidak diwajibkan memakai kaki palsu

atau prostetik dan dibenarkan melakukan aksi mengikut keselesaan masing-masing.

Acara sukan olahraga yang ketiga adalah acara balingan. Bagi acara ini, antara individu

berkeperluan khas yang terlibat adalah Cerebral Palsy yang berkerusi roda, dan Paraplegia serta

Tetraplegia. Menurut buku yang kami rujuk ini iaitu ‘Melatih Atlet Orang Kurang Upaya

(OKU)’, Cerebral Palsy yang berkerusi roda ini boleh menyertai lontar peluru, rejam lembing,

serta acara club. Acara club ini adalah acara yang sama seperti acara lempar cakera yang

Page 5: Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini Sama Ada Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa

menggunakan kerangka kerusi balingan. Manakala bagi Paraplegia dan Tetraplegia pula,

mereka boleh menyertai acara rejam lembing.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, olahraga ini adalah merupakan salah satu sukan awal yang

diperkenalkan kepada atlet orang kurang upaya. Sesungguhnya telah banyak pembangunan

sukan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Keprihatinan untuk bersukan kepada OKU jelas terbukti sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sebagai seorang guru yang akan mengajar dan melatih pelajar dan atlet berkeperluan khas kelak,

bukan lah suatu usaha yang mudah kerana mereka terdiri daripada pelbagai kecacatan dan tahap

keupayaan.

Walaupun atlet kurang upaya ini mengalami pelbagai ketidakmampuan dalam melakukan

tugas harian sebagaimana insan normal yang lain, namun mereka juga masih mahu memberi

sumbangan kepada negara tercinta. Antara salah satu sumbangan yang mereka boleh

sumbangkan adalah dalam bidang sukan. Contoh sukan olahraga yang boleh mereka sertai

sebagaimana yang telah dibincangkan termasuklah acara trek seperti larian, acara berkerusi roda,

acara marathon, dan lari berganti-ganti.

Bagi acara padang dan balingan pula termasuklah lompat jauh, lompat kijang, lompat

tinggi, lempar cakera, lontar peluru, acara club dan sebagainya. Terdapat banyak panduan dan

peraturan serta perundangan dalam bidang sukan olahraga yang boleh kita timba untuk

membantu atlet-atlet OKU ini. Kesinambungan perlu dipergiatkan oleh para guru dan orang

ramai dalam menerbitkan lebih banyak bahan rujukan khususnya untuk pembangunan kesukanan

OKU. Sebagai guru pendidikan khas dan juga jurulatih kepada mereka, kita juga harus melayan

mereka yang menyertai sukan ini sebagai seorang atlet, bukannya memandang rendah

kemampuan mereka.

Mempunyai kecacatan fizikal bukan bermakna seseorang itu tidak mempunyai keupayaan

untuk berfikir. Oleh itu, kita tidak digalakkan melayani seseorang atlet secara simpati dan

elakkan penggunaan bahasa yang terlalu tinggi. Selain itu, sebagai guru, kita seharusnya

Page 6: Terdapat Pelbagai Jenis Sukan Olahraga Yang Ditawarkan Kepada Individu Yang Berkeperluan Khas Ini Sama Ada Di Peringkat Kebangsaan Atau Antarabangsa

mendorong atlet, pegawai dan penyokong untuk berkomunikasi mengikut kesesuaian tahap umur

serta sukan spesifik itu sendiri. Kita boleh memberikan pengukuhan positif yang sesuai, serta

menolong bila dan di mana perlu dan menjangkakan bila pertolongan itu sangat diperlukan,

tanpa menunjukkan sifat simpati yang berlebihan.