TUGASAN

20
ISI KANDUNGAN TUGASAN MUKA SURAT Penghargaan 2 Pengesahan Tugasan 3 Soalan 1 (i) 4 Soalan 1 (ii) 9 Soalan 2 (i) 11 Soalan 2 (ii) 13 Soalan 3 (i) 15 Soalan 3 (ii) 17 Bibliografi 20 EDU3083 | KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 1

description

Tugasan

Transcript of TUGASAN

Page 1: TUGASAN

ISI KANDUNGAN

TUGASAN MUKA SURAT

Penghargaan 2

Pengesahan Tugasan 3

Soalan 1 (i) 4

Soalan 1 (ii) 9

Soalan 2 (i) 11

Soalan 2 (ii) 13

Soalan 3 (i) 15

Soalan 3 (ii) 17

Bibliografi 20

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 1

Page 2: TUGASAN

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing bagi kursus EDU 3083 – Kepimpinan dan Perkembangan

Profesional Guru. Beliau banyak memberikan inspirasi dan bimbingan yang tidak

berbelah bahagi kepada kami dalam pelaksanaan tugasan ini.

Tidak dilupakan juga para rakan sekelas PISMP MT 1112 yang turut banyak

menyumbangkan idea dan saranan dalam pelaksanaan tugasan ini. Melalui

perbincangan dan diskusi bersama mereka, saya dapat memperoleh beberapa

pendapat dan sumber maklumat tambahan.

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Terima kasih.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih

Tumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasih

menjadi kenangan sepanjang zaman.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 2

Page 3: TUGASAN

PENGESAHAN TUGASAN

“Saya akui kerja tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

.........................................................................

(HENDRY BELUMBONG ANAK TUJOH)

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 3

Page 4: TUGASAN

Istilah etika atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ethic yang berasal

daripada perkataan Greek iaitu ‘ethos’ yang membawa maksud perwatakan atau

keperibadian. Dari sudut agama Islam, etika diertikan sebagai akhlak. Etika turut

diertikan dalam menggariskan semua panduan yang bertujuan meningkatkan tahap

kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberikan penekanan

terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan

nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Selain daripada itu, etika

dijadikan prinsip-prinsip tingkah laku yang berakauntibiliti yang menentukan tindakan

individu yang boleh diterima dari segi moral.

Etika kerja pula merupakan nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan oleh

sesebuah organisasi. Malah, Kementerian Pendidikan Malaysia turut menggariskan

etika kerja bagi memartabatkan profesion perguruan. Berikut merupakan kepentingan

kod etika dalam profesion keguruan diwujudkan:

i. Garis panduan dalam tingkah laku dan dijadikan rujukan serta amalan oleh

guru

ii. Menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab serta peranan guru sebagai

pemegang amanah dalam bidang pendidikan

iii. Meningkatkan imej serta martabat profesion perguruan secara hitam putih

rasmi

Kepentingan kod etika perguruan ini turut penting dalam usaha memastikan

setiap murid yang diamanahkan mendapat tempat belajar dan menerima

perkhidmatan pendidikan secara seimbang. Secara langsung amalan etika yang

ditampilkan oleh guru ini akan menjadi tatapan setiap hari murid-murid kita dan

menjadikan kita sebagai guru model peranan dalam menyemai amalan-amalan

positif. Terdapat tiga aspek yang menjadi fungsi utama kepada kod etika profesion

perguruan:

i. Kod etika perguruan menjadi pedoman mengenai prinsip profesionalisme yang

dirangkakan.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 4

TUGASAN 1 (i): Kod Etika Keguruan dan Akauntabiliti Guru

Page 5: TUGASAN

ii. Sebagai kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan.

iii. Membantu para profesional menghalang campur tangan pihak luar organisasi

profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Kod etika perguruan ini tercatat di dalam halaman hadapan buku rekod

persediaan mengajar yang membolehkan guru menelaah setiap bibit-bibit dalam

bentuk ikrar tersebut. Di dalam ikrar tersebut, termaktub empat tanggungjawab utama

guru terhadap murid-murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta terhadap rakan

sejawat dan profesion perguruan itu sendiri. Sebagai klien utama di dalam bidang

pendidikan, guru harus mengutamakan kebajikan serta keselamatan murid-murid

daripada ancaman dan hal-hal lain. Guru harus mengamalkan nilai keadilan dan

kesamarataan kepada setiap murid tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang,

status ekonomi mahupun jantina murid tersebut dalam mencurahkan bakti. Selain

daripada itu, guru harus merahsiakan setiap maklumat ikhtisas serta sulit mengenai

murid melainkan situasi tertentu seperti ancaman dan penyakit. Guru harus ikhlas

dalam mengajar tanpa meminta balasan dalam bentuk ganjaran mahupun wang

ringgit. Guru sebagai model peranan harus menunjukkan cara berpakaian yang

kemas, pertuturan dan tingkah laku yang baik agar menjadi ikutan dan amalan oleh

murid-murid. Amalan pengajaran guru juga harus dipertingkatkan serta sentiasa

sejajar dengan perkembangan masa kini dengan melakukan kajian, bengkel,lawatan,

kursus, seminar dan penanda aras.

Setiap daripada ibu bapa mahukan anak mereka memperoleh sebanyak

mungkin ilmu di dada dan meningkat dari segi potensi dan pencapaian diri. Guru

berperanan dalam mewujudkan hubungan yang mesra dan erat antara sekolah

dengan ibu bapa. Guru juga boleh memberikan maklumat mengenai murid-murid

kepada ibu bapa mereka atas dasar kepentingan anak-anak mereka. Maklumat

seperti cara pembelajaran murid di rumah digunakan secara teliti dan bijaksana. Guru

juga tidak harus dipengaruhi oleh status ekonomi dan kedudukan ibu bapa murid.

Masyarakat memandang tinggi profesion perguruan dalam melahirkan modal

insan yang berkualiti dalam memacu pembangunan negara di masa depan. Bagi

menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, guru tidak boleh

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 5

Page 6: TUGASAN

menyebarkan sesuatu maklumat yang memburuk-burukan martabat negara. Guru

juga harus berinisiatif dalam memupuk dalam diri setiap murid yang diamanahkan

untuk menjadi warganegara yang taat setia kepada negara, bertanggungjawab,

menghormati wujudnya perbezaan budaya, bangsa dan agama. Kerjasama di antara

sekolah dengan ibu bapa juga perlu dieratkan oleh guru agar tiada sikap seperti enau

dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, program permuafakatan

antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa digembeleng agar permuafakatan antara

kedua pihak wujud. Malah, guru juga harus mempamerkan tingkah laku yang sopan

dan berbudi pekerti mulia.

Sebagai tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan,

guru harus mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang

menjatuhkan nama guru lain di hadapan murid atau ibu bapa murid. Guru harus

memikul taggungjawab dan berusaha sepenuh hati dengan tekun serta

mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Akauntibiliti merujuk kepada sifat tanggungjawab kepada seseorang atau

terhadapa sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan

penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Dalam aspek

keguruan, akauntabiliti merupakan tanggungjawab dan amanah seorang guru

terhadap profesion keguruannya. Akauntabiliti seorang guru terbahagi kepada murid,

diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara serta profesion keguruan

khususnya.

(a) Akauntibiliti terhadap murid

Akauntibiliti guru terhadap klien utamanya iaitu murid-murid ialah untuk mendidik

murid tersebut ke tahap yang lebih cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum.

Di samping itu juga, guru turut berperanan dalam membangunkan potensi murid

secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi, sosial dan fizikal. Selain

daripada itu, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah dan moral

terpuji agar dapat mendidik murid menjadi warganegara yang baik dan berguna di

masa hadapan. Mutu dan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran harus

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 6

Page 7: TUGASAN

bertunjangkan persekitaran bilik darjah yang kondusif, selamat dan penyediaan

persekitaran sosioemosi yang sesuai. Dari aspek pencapaian akademik murid, guru

mempunyai akauntibiliti dalam menjawab segala persoalan yang membabitkan

prestasi murid menurun mahupun meningkat jika diajukan.

(b) Akauntibiliti terhadap diri sendiri

Dalam menongkah arus kemajuan era pendidikan masa kini, guru harus

menyediakan diri dengan pelbagai pengetahuan dan berketerampilan dalam bidang

mata pelajaran khusus. Akautibiliti utama guru terhadap diri sendiri adalah

mengemaskini diri tentang perkembangan baharu bagi memajukan diri. Untuk itu,

guru harus gigih dan berani dalam meneroka dalam mencari ilmu baru serta

kandungan pedagogi khususnya pedagogi yang berkonsepkan teknologi maklumat.

Tambahan lagi, guru juga harus berjinak-jinak dalam mempelajari aspek psikologi

kanak-kanak bagi mempelajari aspek perkembangan psikologi mereka di dalam

pelajaran dan kognitif. Selain daripada itu, guru boleh mengaitkan konsep perbezaan

individu di dalam merencana dan mencanang proses pengajarannya. Di dalam bilik

darjah, guru perlu mempraktikkan kemahiran interpersonal, aspek komunikasi

berkesan, pengurusan bilik darjah, pengurusan disiplin, kaedah pembelajaran

berpusatkan guru, bahan mahupun murid, cara memotivasikan murid. Dari aspek

akauntibiliti terhadap diri sendiri dalam komitmen terhadap tugas, guru harus bersikap

positif dan bersikap adil dalam menjalankan tugas mendidik anak murid tanpa

bersikap pilih kasih. Guru harus bijak dan menerima beban tugas sebagai

tanggungjawab yang diamanahkan. Guru merupakan insan yang menjadi tumpuan

dan perhatian mata murid-murid di sekeliling mereka. Sementelahan itu, guru harus

menjadi teladan yang baik kepada murid-murid agar menjadi ikutan mereka kelak.

(c) Akauntibiliti terhadap ibu bapa

Ibu bapa mengamanahkan anak-anak mereka kepada guru agar anak-anak tersebut

menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara suatu hari kelak.

Peranan guru sebagai pendidik mempunyai akauntibiliti terhadap perkembangan dan

kemajuan murid-murid. Pengajaran serta didikan yang dilaksanakan oleh guru di

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 7

Page 8: TUGASAN

sekolah secara tidak langsung akan membentuk perwatakan serta karakter murid-

murid. Merupakan tanggungjawab guru membentuk serta mencorakkan peribadi dan

sahsiah seseorang murid untuk menjadi seorang yang berkeperibadian mulia dan

berakhlak mulia. Jalinan mesra antara ibu bapa dan guru turut dititik beratkan

sebagai langkah mendapat sokongan daripada ibu bapa dalam apa jua

permasalahan murid dari aspek sahsiah dan pencapaian akademik. Kepercayaan ibu

bapa terhadap keupayaan guru akan terbina sekiranya guru berjaya melentur

keperibadian mulia dalam diri murid serta beroleh pencapaian akademik yang

cemerlang.

(d) Akauntibiliti terhadap masyarakat dan negara

Berteraskan lima prinsip yang digariskan di dalam Rukun Negara, guru merupakan

antara badan pelaksana dalam merealisasikannya. Guru mempunyai akauntibiliti dan

tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sehabis baik demi mencapai harapan

yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru harus bijak dan

tidak mudah dipengaruhi dengan unsur-unsur negatif yang cuba menggugat dan

mencemarkan nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Dalam bergaul

dengan masyarakat setempat, guru harus menyemai semangat kenegaraan,

bertanggungjawab dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan

agama. Malah, perkara yang paling penting dan mustahak sekali ialah mendidik

masyarakat agar tidak mencetus perbalahan yang melibatkan sensitiviti setiap kaum

kerana kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 diundang kembali nostalgia hitam lagi

memeritkan.

(e) Akauntibiliti terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

Tanggungjawab dan amanat yang dipikul dalam mendidik anak bangsa perlu

dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan tidak bersikap seperti melepaskan batuk di

tangga semata-mata demi beroleh gaji sahaja. Guru harus sedar bahawa mereka

membawa nama baik profesion perguruan dan tidak seharusnya dicalarkan dengan

tindakan yang tidak berwibawa seperti pecah amanah dan tindakan yang

mengancam murid. Guru juga digalakkan meningkatkan ilmu dan amalan pedagogi

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 8

Page 9: TUGASAN

dari semasa ke semasa melalui peluang yang disediakan oleh kerajaan seperti

seminar, kursus, kursus intelektual dan sebagainya. Disiplin merupakan aspek utama

yang mampu menjamin kualiti profesion perguruan. Aspek-aspek yang nampak

remeh seperti datang awal ke sekolah, ketepatan masa memasuki bilik darjah,

hubungan guru murid, penyediaan bahan bantu mengajar serta penyediaan rekod

persediaan mengajar tetapi penting dilaksanakan dengan penuh teliti dan tekun.

Semasa zaman persekolahan kita dahulu, pasti ada seorang atau lebih guru yang

kita suka, yang kita tunggu-tunggu cikgu itu mengajar di dalam kelas. Pasti ada ciri

yang ada pada guru tersebut yang kita suka, sama ada cara guru tersebut mengajar

atau betapa guru itu bersifat mesra dengan murid. Situasi ini menunjukkan antara ciri-

ciri seorang guru yang berkesan. Untuk menjadi guru yang efektif, pedagogi seorang

guru itu perlu mantap dan tersusun melalui penyediaan rekod persediaan mengajar,

penggunaan bahan bantu mengajar, hubungan guru murid, variasi strategi

pengajaran dan kolaborasi bersama rakan sejawat.

(i) Penyediaan rekod persediaan mengajar

Pelaksanaan pedagogi yang menarik bermula dengan proses penyediaan rancangan

pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan kita merancang awal perkara yang

ingin diajar. Selain daripada itu, penyediaan rekod pengajaran ini membolehkan guru

memilih aktiviti dan kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan topik pada hari

tersebut. Contohnya, pengajaran proses fotosintesis dalam Sains boleh dipelajari

dengan aktiviti secara berkumpulan mahupun secara individu. Pemilihan strategi

pembelajaran tersebut haruslah bersesuaian dan bertepatan dengan tahap

kemampuan murid. Contohnya, pembentukkan ahli kumpulan murid boleh terdiri

daripada murid yang mempunyai kompetensi tinggi, sederhana dan rendah. Guru

harus bertindak dalam memantau aktiviti pembelajaran murid secara berkumpulan.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 9

TUGASAN 1 (ii): Lima cara/ langkah yang diambil bagi mendekatkan diri

dengan anak murid demi menjadi seorang guru yang

efektif.

Page 10: TUGASAN

(ii) Penggunaan bahan bantu mengajar

Penyediaan bahan bantu mengajar juga membolehkan aktiviti pembelajaran lebih

efektif dan mampu menarik minat belajar murid. Penghasilan sesuatu bahan bantu

mengajar sememangnya payah dan memakan masa yang agak lama dalam proses

penghasilannya. Antara contoh bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud ialah

realia bagi membantu murid mengenal tumbuhan-tumbuhan. Murid dapat melihat

dengan jelas bentuk, warna dan tekstur tumbuh-tumbuhan tersebut yang jarang

mereka temui. Ini akan membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid-murid dan

rasa minat mereka. Jika topik tumbuh-tumbuhan tersebut cuma disampaikan secara

verbal, apatah lagi secara chalk and talk akan menyebabkan situasi pembelajaran

tersebut kaku dan murid tidak faham dengan jelas ciri yang ada pada tumbuh-

tumbuhan, misalnya.

(iii) Hubungan guru murid

Aspek yang tidak kurang pentingnya dalam memastikan keberkesanan pengajaran

seorang guru ialah hubungan guru-murid yang diamalkan oleh guru tersebut. Di

dalam tegas ada mesranya, begitulah amalan yang memastikan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Ketegasan penting semasa mengajar agar

timbul rasa gerun di dalam diri murid-murid. Jika tidak tegas semasa mengajar,

kawalan kelas akan menjadi longgar. Kemesraan dalam diri guru akan terpancar

melalui komunikasi guru dengan murid di dalam bilik darjah.

(iv) Variasi strategi pengajaran

Dalam meningkatkan keberkesanan dan kemujaraban teknik pengajaran, guru harus

bijak dalam memilih strategi pengajaran yang bersesuaian untuk diadaptasi dalam

bilik darjah. Strategi pengajaran tersebut terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan

murid, berasaskan bahan dan berasaskan tugas. Mengambil contoh pelaksanaan

strategi pemusatan murid dapat menggalakkan murid bertanggungjawab dan

melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah

ini menggalakkan iklim dan suasana pembelajaran yang aktif di mana murid akan

bergerak sendiri dalam proses pembelajaran dan guru memantau aktiviti murid.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 10

Page 11: TUGASAN

Komunikasi dalam bentuk dua hala juga wujud di antara guru dengan murid serta

antara murid. Kaedah ini jika dilaksanakan dengan pengisian yang menarik akan

memberikan kelebihan dalam mewujudkan motivasi dalam diri murid dan

menggalakkan kolaborasi murid dalam kumpulan. Strategi yang berpusatkan sumber

atau bahan adalah apabila guru menggunakan bahan seperti buku, lukisan, gambar,

alatan mengukur, komputer, perpustakaan dan sebagainya. Kepelbagaian dalam

pemilihan bahan dan media akan memperbanyakkan sumber maklumat kepada

murid.

(v) Kolaborasi dengan rakan sejawat

Sebagai guru, harus dielakkan sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing. Malah, guru harus bergaul antara satu sama lain dengan

mengadakan perbincangan ilmiah. Sesi diskusi ini dapat dijadikan medan

perkongsian antara guru terutama daripada guru yang lebih berpengalaman. Guru

dapat berkongsi-kongsi dan bertukar-tukar pandangan serta buah fikiran mengenai

teknik dan strategi pengajaran yang bersesuian berdasarkan situasi sebenar di dalam

bilik darjah. Melalui perbincangan ini guru dapat memerah idea dalam memikirkan

pendekatan atau strategi pembelajaran yang berkesan diamalkan di dalam bilik

darjah.

Fuller (1969) merupakan seorang pendidik guru, mendefiniskan maksud keprihatinan

sebagai sesuatu yang dianggap masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh

guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya. Teori keprihatinan yang dipelopori

Francess Fuller menggariskan tiga peringkat yang bermula di awal pengajaran, di

mana keprihatinan guru adalah terhadap kemampuan diri mereka. Pada peringkat

yang kedua, keprihatinan seorang guru merangkumi tugas mereka dan pada

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 11

TUGASAN 2 (i): Tiga peringkat perkembangan profesionalisme guru yang

diutarakan Francess Fuller melalui Theory of Concerns

Page 12: TUGASAN

peringkat yang ketiga berkaitan dengan impak pengajaran mereka terhadap murid-

murid.

(i) Peringkat Keprihatinan terhadap diri

Di awal perkhidmatan dalam profesion perguruan, guru praperkhidmatan akan

menumpukan terhadap diri, iaitu keupayaan mereka mengendalikan dan

melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru pada

peringkat ini juga cenderung memikirkan pandangan daripada murid-murid, guru-guru

lain, ibu bapa dan pihak pentadbiran mengenai prestasi kerja mereka. Kerisauan dan

keresahan ini kian pudar selepas beberapa bulan pertama mengajar dan

membiasakan diri dengan corak persekitaran di sekolah. Tanda-tanda peringkat

keprihatinan terhadap diri sendiri akan berkurangan apabila guru tersebut

menumpukan perhatian kepada kaedah dalam mengendalikan sesi pengajaran dan

pembelajarannya dengan baik. Malah, setiap individu guru itu mempunyai tempoh

yang berbeza bagi mengatasi situasi ini. Kerisauan ini akan berkurangan sepenuhnya

apabila guru tersebut mula menumpukan sepenuhnya perhatian kepada langkah

melaksanakan tugasan dengan baik.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 12

Teori Keprihatinan Fuller (1969)

Diri

ImpakTugas

Page 13: TUGASAN

(ii) Peringkat keprihatinan terhadap tugas

Pada fasa ini, guru lebih menumpukan perhatian mengenai cara-cara mengendalikan

sesi pengajaran dan pembelajaran dengan efektif. Fokus guru itu kini beralih kepada

cara melaksanakan dan memperbaiki kelemahan di dalam sesi pengajaran, kawalan

kelas, pengurusan disiplin murid, perancangan persediaan mengajar dan strategi

serta pedagodi pengajaran yang berkaitan. Keyakinan guru pada peringkat ini juga

mulai terbina dan yakin dirinya mampu menghadapi tugas-tugas harian seperti

kawalan kelas. Perancangan pengajaran akan beralih kepada langkah memperbaiki

dan meingkatkan isi kandungan pengajaran.

(iii) Peringkat impak

Pada peringkat ini, guru akan memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap impak

proses pengajaran yang dikendalikan terhadap proses pembelajaran murid-murid.

Kerisauan guru tersebut terhadap kemampuan untuk mengawal kelas atau dari segi

keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran semakin beransur hilang kerana

keyakinan dirinya. Maka, guru akan lebih menumpukan perhatiannya terhadap

perkembangan dan pencapaian murid-murid.

Guru permulaan atau guru novis adalah individu lepasan Ijazah Sarjana Muda

Peguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Pada peringkat perkembangan

pertama iaitu keprihatinan terhadap diri sendiri atau kemandirian diri, guru permulaan

akan menumpukan terhadap kemampuan atau keupayaan mereka menghadapi sesi

pengajaran dengan jayanya. Persoalan yang bermain di minda mereka ialah,

“Apakah yang saya mampu buat?”. Di peringkat ini, guru permulaan akan tertanya

tahap kemampuan dirinya menguruskan bilik darjah, berhadapan komen yang

dilontarkan oleh guru mentor dan ingin mengetahui sama ada disukai mahupun tidak

oleh murid-murid, ibu bapa dan guru-guru lain di sekolah yang sama. Guru

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 13

TUGASAN 2 (ii): Sebagai guru permulaan, bagaimana anda akan menangani

peringkat-peringkat perkembangan ini.

Page 14: TUGASAN

permulaan ini harus yakin dengan kemampuan serta keupayaan diri dalam

mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Yakin pada diri sendiri

merupakan lawan kepada keraguan terhadap diri sendiri. Bagi membolehkan murid

menerima kehadiran pertama kali kita di sekolah berkenaan ialah dengan membina

hubungan guru murid atau rapport bagi memudahkan murid menerima kehadiran

dan cara pengajaran kita. Guru pada peringkat ini harus sering membuat refleksi

kendiri ke atas kelemahan yang wujud di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dan cuba memperbaikinya dengan kadar yang segera. Kolaborasi bersama guru lain

juga harus dijalin bagi menunjukkan yang kita ini ramah dan tidak sombong. Proses

kolaborasi ini juga penting bagi tujuan mengetahui kelemahan yang wujud dalam

pengurusan dan peagogi yang dijalankan. Kita harus sedar bahawa kita sebagai guru

yang baharu masuk ke dalam dunia pendidikan ini kurang dari segi pengalamannya,

jadi tidak salah bertanya dengan guru berpengalaman mengenai cara pedagogi yang

sesuai. Guru pada peringkat ini juga harus mengambil kira pendapat ibu bapa bagi

memudahkan guru mengetahui stail atau cara pembelajaran murid tersebut.

Beralih kepada peringkat yang seterusnya iaitu pada fasa keprihatinan

terhadap tugas. Di peringkat ini, guru lebih cenderung berfokus kepada cara

mengendalikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dengan efisien dan

efektif. Guru lebih memikirkan strategi pengajaran yang bersesuaian untuk

diadaptasikan di dalam bilik darjah. Untuk itu, guru pada peringkat ini harus

memperbanyakkan melakukan pembacaan mengenai pedagogi dan strategi

pengajaran yang terkini agar lebih relevan dan kompeten dengan perkembangan

masa kini. Malah, guru boleh memperkasakan strategi dan teknik pengajaran dengan

mengikuti kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak kementerian yang

menghimpunkan guru-guru berpengalaman bagi menyampaikan bengkel. Pemilihan

bahan bantu mengajar harus disesuaikan dengan aktiviti pembelajaran yang akan

dilaksanakan.

Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat impak, guru lebih memfokuskan

kepada impak pengajarannya kepada pencapaian murid. Guru inginkan kejayaan

dikecapi oleh setiap murid-muridnya. Kebimbangan guru terarah kepada pencapaian

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 14

Page 15: TUGASAN

muridnya di dalam pelajaran. Hal ini kerana, key performance index atau kayu

pengukur pencapaian guru terletak kepada pencapaian murid. Bagi mengatasi

kebimbangan ini, guru harus tenang dan percaya bahawa dirinya mampu dan

berupaya meningkatkan prestasi murid-muridnya. Amalan kajian tindakan harus

diteruskan bagi mengesan permasalahan yang dialami oleh murid yang kemudiannya

dikaji kaedah mahupun strategi terbaik bagi menangani permasalahan tersebut. Guru

harus peka dengan permasalahan murid kerana jarang ada murid yang mengaku

dirinya sedang bermasalah.

Hala tuju dan kejayaan sesebuah sekolah itu pasti akan merujuk kepada betapa

cekap dan efisien seorang Pengetua mahupun Guru Besar yang mentadbir sekolah

tersebut. Dalam menggerakkan sesebuah, guru perlu saling berinteraksi antara satu

sama lain dalam membincangkan sesuatu perkara. Kejayaan sesebuah sekolah

adalah diukur dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum. Dalam menggerakkan

sesebuah sekolah, Guru Besar perlu mempunyai kredibiliti dan komited dalam

kemahiran pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Guru Besar yang mempunyai

kualiti dan keperibadian yang baik akan memancarkan gaya kepimpinan yang

cemerlang, efektif dan harmoni. Seorang Guru Besar yang mempunyai ciri

kepimpinan mempunyai kredibiliti dan mahir dalam kemahiran pentadbiran,

pengurusan dan kepimpinan. Sebagai balasan daripada kredibiliti seorang Guru

Besar tersebut, beliau akan beroleh kepercayaan, keyakinan serta sokongan

daripada guru-guru dan staf sokongan sekolah berkenaan.

Sebagai tonggak utama dalam memacu kepimpinan sekolah, Guru Besar

mempunyai amanah yang cukup besar dalam memastikan produk sekolahnya iaitu

murid-murid tersebuk kelak beroleh ilmu pengetahuan dan bersahsiah cemerlang.

Peranan Guru Besar bagi mengoptimumkan produktiviti seluruh warga sekolah

adalah menguruskan resos dan kewangan supaya mendapat “value for money”. Guru

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 15

TUGASAN 3 (i): Jelaskan konsep kemahiran kepimpinan sekolah.

Page 16: TUGASAN

Besar juga harus ramah dan rukun dengan ibu bapa murid dan masyarakat setempat.

Ini memudahkan ibu bapa murid dan masyaarakat setempat menyumbangkan tenaga

dan kewangan apabila diperlukan. Perancangan perlu dilakukan bagi menyuburkan

dan mengaktifkan pergerakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Antaranya ialah

pelaksanaan aktiviti gotong-royong yang melibatkan ibu bapa dan guru.

Pihak pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan

1, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Badan

kepimpinan ini mempunyai 4 aspek kepimpinan yang utama. Aspek yang pertama

ialah perancangan dalam menentukan matlamat serta target yang ingin dicapai

dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang. Turut

dipertimbangkan ialah kaedah-kaedah dalam mencapai matlamat dan sasaran

tersebut. Aspek yang kedua ialah pengelolaan yang berkesan, ini bagi meningkatkan

kelancaran dan kesempurnaan dalam peranan perancangan dan mencapai matlamat

sesebuah organisasi sekolah. Sebagai contoh, matlamat sesebuah sekolah adalah

untuk mensasarkan 20 orang murid beroleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah. Maka, pihak pentadbiran harus berbincang dengan Guru Panitia bagi

membincangkan langkah drastik yang boleh diambil bagi mencapai sasaran tersebut.

Aspek yang ketiga ialah pengarahan yang bermaksud pihak pentadbiran itu

mengagihkan tugas dan mempengaruhi kakitangan bawahannya dan mendapatkan

kerjasama mereka bagi melaksanakan tugas mereka. Aspek kepimpinan yang

keempat ialah aspek pengawalan. Aspek ini merupakan proses untuk menentukan

dan menjamin agar memastikan prestasi struktur sekolah adalah di paras yang

optima. Contohnya, pemantauan berkala oleh pihak pentadbiran ke atas key

performance index bagi setiap guru. Situasi ini akan menggalakkan guru untuk terus

komited dengan bidang tugas mereka. Aspek imbuhan juga perlu dilihat dan

diamalkan bagi memotivasikan instrinsik dalam kalangan guru bagi meningkatkan

kualiti pengajaran mereka di dalam bilik darjah.

Kepimpinan Guru Besar dan pihak pentadbir yang efektif perlu menitikberatkan

segala aspek yang melibatkan unsur kemanusiaan. Oleh itu, aspek kemanusiaan

perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya. Hubungan Guru Besar dan guru di

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 16

Page 17: TUGASAN

sekolah haruslah menghargai pendapat satu sama lain, daya usaha ataupun

penglibatan satu sama lain. Malah, pihak pentadbir sekolah perlu menyokong usaha

guru-guru ke arah meningkatkan mutu kerja masing-masing dan menghulurkan

semampu yang boleh pertolongan.

Permuafakatan strategik pendidikan dilakukan menerusi aktiviti yang boleh

dilaksanakan oleh warga sekolah dengan pihak yang terlibat. Musyawarah dan

perbincangan tentang strategi pendidikan perlu ada kepakaran, sumber, kemudahan,

pengalaman institusi dan organisasi. Kemudiannya dibina pasukan petugas bagi

menjayakan usaha yang telah dipersetujui bersama melalui mesyuarat dan

perbincangan.

Field (2004) menganalogikan peranan dan fungsi seorang guru itu diibaratkan seperti

seorang nakhoda kapal. Tambah beliau lagi, bilik darjah ibarat kapal dan peranan

guru ibarat mengemudi kapal tersebut di laut yang tenang mahupun di tengah lautan

yang bergelora. Daya kepimpinan seorang guru akan mengemudi ke arah kejayaan

atau kegagalan bagi organisasi yang dipimpinnya iaitu bilik darjah. Guru yang

mempunyai nilai kepimpinan akan mempunyai kebolehan dalam membentuk dan

menyampaikan visi dan matlamat yang jelas. Visi dan matlamat harus dibentuk

bersama murid-murid agar semua murid jelas dan faham akan kandungan sebenar

matlamat yang digariskan. Pembentukan visi dan matlamat tersebut haruslah sejajar

dengan visi sekolah. Sebagai contoh matlamat yang boleh digariskan di dalam bilik

darjah ialah mengamalkan disiplin di dalam bilik darjah. Seterusnya, guru harus

menerangkan maksud sebenar matlamat tersebut agar murid-murid jelas dengan

kandungan matlamat tersebut. Selain daripada itu, guru harus menerangkan langkah

yang perlu dilakukan oleh murid-murid bagi mencapai matlamat tersebut bersama.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 17

TUGASAN 3 (ii): Bincangkan lima kemahiran kepimpinan yang efektif yang

harus dimiliki guru.

Page 18: TUGASAN

Kemahiran kepimpinan di dalam bilik darjah kedua yang perlu dikuasai murid

ialah memimpin secara demokratik dan fleksibel. Kepimpinan guru yang demokratik

membolehkan sesuatu keputusan yang dibuat tersebut adalah berdasarkan kata

putus bersama dengan mempertimbangkan semua pendapat yang diutarakan oleh

murid. Sesuatu keputusan yang dibuat bersama tersebut harus dinilai kebernasan

serta kesesuaian keputusan tersebut diadaptasikan. Sebagai contoh, murid

menyatakan pembelajaran secara chalk and talk adalah membosankan, maka guru

harus fleksibel dan terbuka dalam menerima pandangan tersebut. Guru tidak harus

emosional dengan pendapat murid tersebut. Secara rasioanal, guru harus

menanyakan cara pembelajaran yang boleh diadaptasi di dalam bilik darjah sama

ada pembelajaran menggunakan komputer atau pembelajaran secara berkumpulan.

Keputusan yang dibuat bersama ini akan menyebabkan suasana pembelajaran lebih

efektif kerana melalui keterbukaan ini, guru boleh mengetahui kelemahan yang perlu

diperbaiki serta dipertingkatkan serta-merta.

Kemahiran kepimpinan melalui tauladan menjadikan guru sebagai model

peranan yang cukup efektif dalam mentarbiahkan nilai murni dalam sanubari murid-

murid. Guru harus menampilkan keperibadian mulia di dalam bilik darjah terutamanya

menerapkan nilai murni di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Amalan

datang tepat ke kelas ialah antara nilai yang mudah diamalkan serta mampu

mempengaruhi nilai ketepatan masa dalam kalangan murid. Penerapan nilai

kerjasama dalam pembelajaran secara berkumpulan akan mengintergerasikan

perpaduan dalam kelangan murid-murid. Guru harus amanah dalam memimpin bilik

darjah terutama yang melibatkan kewangan. Guru tidak boleh bersikap tamak dan

mengaut keuntungan daripada murid-murid dalam menguruskan kewangan. Guru

harus mengutamakan kebajikan murid-murid walaupun guru terpaksa bersusah

payah demi kebajikan murid.

Seterusnya, guru harus rasional dan bertimbang rasa dalam membuat

pertimbangan dan keputusan bersama. Guru tidak harus terlalu emosional bagi

mengelakkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan murid. Malah, guru digalakan

merendah diri dalam melayan karenah yang pelbagai daripada murid-murid seperti

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 18

Page 19: TUGASAN

yang kita ketahui bahawa kanak-kanak mempunyai ragam yang pelbagai. Ini bukan

satu alasan bagi seorang guru untuk membuat keputusan secara mutlak atau veto.

Guru harus bijak dalam mencungkil pendapat serta idea daripada murid-murid kerana

kita ketahui agak sukar bagi mereka mengemukakan pendapat dan pandangan.

Cadangan di sini bagi membolehkan pelbagai cadangan dibuat sebelum satu

keputusan yang muktamad dibuat ialah dengan menyatakan pelbagai cadangan

dahulu dan kemudiannya membuat undian secara majoriti idea yang diputuskan.

Contohnya, semasa pemilihan lokasi bagi menjalankan lawatan sambil belajar. Guru

menyatakan beberapa lokasi yang bersesuaian dan kemudiannya meminta murid

untuk mengundi, maka lokasi yang dipilih adalah berdasarkan undian majoriti.

Kemahiran kepimpinan harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana

kita sedar ilmu tidak pernah cukup di dada. Guru harus mengamalkan sikap

pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Kane (2001), ilmu pengetahuan yang

diterima oleh guru akan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajarannya di dalam bilik darjah. Guru harus mengikuti program-program

kepimpinan bagi mempertingkatkan ilmu kepimpinan. Dengan mengikuti program

kepimpinan tersebut, guru akan didedahkan dengan kaedah memimpin berdasarkan

pelbagai situasi-situasi di dalam bilik darjah.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 19

Page 20: TUGASAN

Abdul Rahman bin Abdul Majid, (2009). Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional

dari Perspektif Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Perak Darul

Ridzuan.

Noriati A. Rashid et.al, (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional

Guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Noriati A. Rashid et.al, (2010). Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd,

Selangor Darul Ehsan.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan

Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Perak Darul Ridzuan.

| KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU 20

Bibliografi