Tugasan GB6543

25
1 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PENYELIDIKAN DALAM PENILAIAN GB 6543 TUGASAN INDIVIDU 2 INSTRUMEN KAJIAN TINDAKAN NAMA : ZARAH BINTI AHMAD NO MATRIKS : P 61937 PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENSYARAH : PROF.DATUK DR T. SUBAHAN MOHD MEERAH PN NUR AIDAH RASHID

description

Tugasan instrumen kajian tesis PHD sarjana pendidikan UKM

Transcript of Tugasan GB6543

1

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENYELIDIKAN DALAM PENILAIAN

GB 6543

TUGASAN INDIVIDU 2

INSTRUMEN KAJIAN TINDAKAN

NAMA : ZARAH BINTI AHMAD

NO MATRIKS : P 61937

PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN

PENSYARAH :

PROF.DATUK DR T. SUBAHAN MOHD MEERAH

PN NUR AIDAH RASHID

2

ISI KANDUNGAN

Halaman

Bil Tajuk

1.0 Pengenalan 3

2.0 Definisi kajian tindakan 3

3.0 Metodologi kajian 5

4.0 Reka bentuk kajian 6

5.0 Perancangan kajian 7

6.0 Instrumen yang terlibat 9

7.0 Pengesahan instrumen

7.1 Analisis kajian

7.2 Analisis data refleksi

7.2.1 Indeks Cohen Kappa

7.3 Analisis data ujian diagnostik

7.4 Kawalan kesahan instrumen

14

14

16

17

19

19

8.0 Kesimpulan 19

Rujukan 21

Lampiran

A Borang catatan refleksi peserta kajian

B Borang catatan refleksi pemerhati kajian

C Contoh Lembaran Kerja

22

23

24

3

GB 6543 PENYELIDIKAN DALAM PENILAIAN

INSTRUMEN DALAM REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

1.0 PENGENALAN

Kajian tindakan merupakan salah satu daripada aspek penyelidikan pendidikan. Kajian

tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif

penyelidikan kepada pendidik. Kajian ini merupakan wadah yang sangat berkesan dalam

membantu guru-guru memahami dan menganalisis masalah berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia 2008). Kajian tindakan adalah juga satu

bentuk kajian gunaan yang bertindak menyelidik aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam

situasi yang khusus (Abdul Rahman 2009) . Menurut Ee Ah Meng (1999) seseorang guru

yang dapat menjalankan tugas yang cekap berupaya menyampaikan pelajaran yang menarik,

bermakna serta menyeronokkan pelajar-pelajarnya. Tegasnya, dalam usaha meningkatkan

mutu pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru hendaklah mempunyai kemahiran

membuat kajian tindakan dalam menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah seterusnya

meningkatkan mutu pendidikan.

2.0 DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Pelbagai takrifan kajian tindakan boleh dijadikan sebagai konsep asas mengenainya. Kajian

tindakan adalah berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnosis sesuatu masalah dan cuba

mengatasinya dalam konteks itu. Terdapat pelbagai definisi kajian tindakan yang telah

dikemukakan oleh pakar-pakar kajian tindakan. Antaranya seperti berikut :

i. Elliot (1981)

Kajian tindakan sebagai suatu kerangka penilaian kendiri dan pendekatan yang

digunakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk

memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan situasi sosial yang

terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang

berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga merupakan penyelidikan situasi

sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri.

4

ii. Ebbut (1985)

Kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan

pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan

pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau

akibat tindakan tersebut.

iii. McNiff (1988)

Kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan

kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari

amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia

untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang mereka jalankan,

di samping melibatkan guru-guru lain.

iv) Kemmis & McTaggart (1988)

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara

kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan

meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan

pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang

amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai definisi dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan

merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun

bersama pengamal lain untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada (Noraini Idris

2010). Menurut Zamri Mahamod (2012), kajian tindakan adalah satu kajian deskriptif yang

dijalankan oleh seseorang guru untuk meningkatkan pengetahuannya tentang isu yang dikaji

dan bukan untuk mengadakan perubahan terhadap fenomena tersebut. Beliau juga

menyatakan kajian tindakan juga bersifat situasional atau berdasarkan konteks, kolaboratif,

partisipasi dan penilaian kendiri. Selain itu, kajian tindakan adalah merupakan satu kaedah

untuk guru mereflek masalah mereka hadapi, memungut dan menganalisis data serta

melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang

diperolehi (Kementerian Pelajaran Malaysia 2008). Oleh yang demikian, hasil dapatan

daripada penyelidikan tindakan itu akan dicatatkan dalam satu laporan lengkap. Tindakan

5

susulan akan diambil berdasarkan dapatan-dapatan penyelidikan. Melalui cara seperti inilah,

mutu pengajaran pembelajaran dapat ditingkatkan dan hasrat zero-defect dalam pendidikan

akan menjadi satu realiti (Ee Ah Meng 1999).

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian yang digunakan oleh Othman (2008) dalam kajian beliau bertajuk

“Pengajaran dan pembelajaran sains secara bersepadu melalui modul pemakanan berkat

seimbang: satu penyelidikan tindakan”, meliputi latar belakang tempat kajian, peserta kajian,

reka bentuk kajian, kerangka kajian, kaedah kajian, pengumpulan data dan cara menganalisis

data kajian. Kajian bertujuan mendokumentasikan pengalaman pengkaji membina dan

melaksana modul pengajaran dan pembelajaran sains secara bersepadu, meningkatkan

pengetahuan peserta kajian tentang halal dan haram dalam pemakanan, dan mengenal pasti

keberkesanan pengajaran pengkaji dalam rangka menambah baik mutu pengajaran dan

pembelajaran di institut perguruan. Peserta kajian terdiri daripada dua kumpulan guru pelatih

(GP) sains semester ketiga di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM), di

mana kesemuanya beragama Islam.

Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan yang membabitkan empat fasa

iaitu fasa perancangan, tindakan, pemerhatian dan fasa merefleksi. Keempat-empat fasa ini

digunakan dalam keseluruhan intervensi kajian. Setiap intervensi difokuskan kepada satu

tema iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Pemakanan berkat Seimbang (PPPBeS).Berdasarkan

reka bentuk kajian, pengkaji menjalankan kajian ini sebanyak dua kali iaitu kajian pertama

dan kajian kedua. Kajian pertama dinamakan sebagai Gelung Pertama (G1) dan kajian kedua

dinamakan sebagai Gelung Kedua (G2).Kedua-dua gelungan ini mengambil masa selama 16

minggu.

Data kajian diperoleh dengan cara pemerhatian secara langsung dan pemerhatian berstruktur.

Data kemudiannya dianalisis melalui empat peringkat iaitu memproses data, memetakan data,

memberi makna kepada keterangan dan mengemukakan keputusan. Sebagai langkah

menentukan kesahan kajian, pendekatan triangulasi dalam cara mengutip dan menganalisis

data digunakan

6

4.0 REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Reka bentuk kajian tindakan adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu kajian tindakan

amalan dan kajian tindakan penyertaan. Kajian yang dilakukan oleh Othman (2008) adalah

berbentuk kajian tindakan penyertaan iaitu seseorang pengkaji boleh bertindak sebagai guru

yang mengadakan kolaborasi dengan peserta kajian. Keadaan ini membolehkan pengkaji

bertindak mencari sebab musabab kenapa peserta kajian mempunyai masalah yang

dinyatakan. Apabila faktor penyebab diperoleh pengkaji boleh secara terus mengubah atau

menerapkan input baru yang diperlukan. Dengan berbuat demikian, ia akan menjadi seorang

guru sebagai “emancipated researcher” atau pun guru yang membebaskan pelajarnya

daripada sesuatu belenggu yang mencegah perkembangan pelajar (Soon Seng Thah, 2007).

Pengkaji menggunakan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (Mc Niff 1994) yang

melibatkan beberapa gelongan tindakan di mana setiap gelongan mengandungi empat fasa

iaitu fasa perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Dalam konteks kandungan

pelaksanaan kajian, pengkaji mengguna modul pendidikan bersepadu binaan sendiri bagi

menyepadukan antara ilmu wahyu dengan ilmu akal sesuai dengan konsep pendidikan

bersepadu berteraskan FPK(Tajul Arifin 1993)

Teknik pemerhatian di gunakan dalam kajian ini untuk memperoleh data. Pemerhatian

dilakukan secara langsung dan berstruktur. Pemerhatian secara langsung dibuat melalui

catatan pengkaji dan catatan pemerhati bebas. Pemerhatian berstruktur pula dilakukan

melalui catatan refleksi yang diberi kepada peserta kajian. Kepelbagaian cara mengutip data

seperti ini sebenarnya dirancang untuk memenuhi keperluan triangulasi yang diperlukan

untuk menjamin kesahan sesuatu data. Beberapa alternatif lain dari segi teknikal juga

difikirkan untuk menghadapi kemungkinan kegagalan memperoleh sesuatu data seperti

mengguna beberapa alat yang berbeza. Hal ini selari dengan saranan Creswell (1994) dalam

tatacara merekod data kualitatif.

Di dalam menulis laporan kajian beliau, huraian secara deskriptif bagi menjelaskan proses,

makna, kata-kata, gambaran tingkah laku peserta kajian, dan fenomena yang wujud

digunakan. Beberapa ciri penyelidikan tindakan seperti yang dikemuka oleh Skeritt (1992)

melalui model CRASP (critical, reflective, accountable, self-evaluating and participative)

juga digunakan. Ciri-ciri ini mempunyai keselarasan dengan kajian kualitatif. Oleh itu,

7

padanan reka bentuk kajian ini dengan pra syarat asas sesuatu kajian kualitatif sebagai mana

yang disarankan oleh Merriam (1988) dan Morse (1991) juga digunakan. Bagi menentukan

kesahan reka bentuk kajian ini pula, senarai semak tatacara reka bentuk kajian kualitatif oleh

Creswell (1994:144) digunakan. Creswell mengemukakan soalan-soalan yang perlu dijawab

oleh pengkaji dalam setiap langkah kajian kualitatif terutama dalam tatacara mengumpul dan

menganalisis data serta menentukan kesahan kajian.

Untuk mengelakkan kesan bias dalam kajian ini yang disebabkan oleh kehadiran pengkaji

sebagai pensyarah dan penyelidik secara serentak, rakaman video pada masa-masa tertentu

sepanjang kajian ini dijalankan. Rakaman bertujuan membantu pengkaji membuat refleksi

selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Proses pengurusan peserta kajian secara

telus dengan mendapat persetujuan peserta dan keizinan pihak pentadbiran MPPMM juga

dijalankan. Peserta kajian diberi penjelasan tentang matlamat dan proses kajian yang mereka

lalui dengan jaminan akan dirahsiakan segala maklumat yang diberikan. Hal ini selari dengan

pandangan Marshall dan Rossman (1989) dalam menentukan kesahan sesuatu kajian

kualitatif.

5.0 PERANCANGAN KAJIAN

Berdasarkan reka bentuk yang digunakan, kajian dijalankan sebanyak dua kali iaitu kajian

pertama dan kajian kedua (Jadual 1). Kajian kedua adalah ulangan kajian pertama. Kajian

pertama dinamakan Gelung Pertama (G1) dan kajian kedua dinamakan Gelung Kedua (G2).

Bilangan ini bertepatan dengan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin (Mc Niff 1994)

yang memerlukan sekurang-kurangnya dua gelungan dalam sesuatu proses penyelidikan

tindakan. Kedua-dua gelungan tersebut mengandungi fasa perancangan, fasa tindakan ,fasa

pemerhatian dan fasa refleksi.

Soal selidik mendahului aktiviti kajian ini. Ia diikuti dengan prasyarat melaksanakan kajian

seperti dikehendaki dalam tatacara penyelidikan. Dalam G1, pelaksanaan Fasa Perancangan

Pertama (P1) melibatkan pembinaan Modul PPBeS. Dalam G2, Fasa Perancangan Kedua

(P2) melibatkan pengubahsuaian dalam modul PPBeS. Beberapa pindaan aktiviti dilakukan

berdasarkan maklum balas diterima semasa intervensi.

8

Kedua-dua gelung kajian G1 dan G2 ini melibatkan dua kumpulan guru pelatih. Kajian

membabitkan guru pelatih KDPM (Kursus Dalam Perkhidmatan) yang sedang mengikuti

kursus pada semester ketiga di maktab ini sebagai peserta kajian kerana mereka mempunyai

sesi pengajian yang panjang yang juga sesuai dengan pendekatan kajian ini. Keadaan ini

dirancang bertujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki amalan pengajaran pengkaji

serta pembelajaran peserta kajian secara lebih mendalam dalam tajuk yang sama iaitu

pemakanan. Pada masa yang sama ia juga dilakukan untuk memperoleh kesahan kajian ini.

Sela masa antara G1 dengan G2 pula adalah selama satu bulan di mana G1 dilaksanakan pada

awal semester kedua. Kebanyakan aktiviti dalam G1 diulang dalam G2 namun pemerhati

kajian adalah daripada individu yang sama. Beberapa penambahbaikan aktiviti dan strategi

penyampaian diubahsuai berdasarkan cadangan yang diperoleh dalam refleksi G1.

Jadual 1: Fasa pelaksanaan G1 dan G2

AKTIVITI CATATAN

Soal selidik kajian Dijalankan dua bulan lebih awal untuk

mengenal pasti isu kajian dan menulis

proposal

Mengumpul bahan dan membina Modul

PPBeS

Menyedia Modul PPBeS mengandungi

RPMB, RPHB dan Bahan Rujukan

Gelung Pertama

Kajian (G1)

Fasa Perancangan

Pertama (P1)

Fasa Tindakan

Pertama (T1) Para intervensi

Intervensi RPHB1 hingga RPHB4

Pasca Intervensi

Fasa Pemerhatian

Pertama (H1) Pemerhatian turut serta

Pemerhatian berstruktur

Dilakukan dalam setiap intervensi

RPHB

Fasa Refleksi Pertama

(R1) Refleksi peserta kajian dalam RPHB1

hingga RPHB4

Refleksi pengkaji

Refleksi pemerhati kajian

Gelung Kedua Kajian

(G2)

Fasa Perancangan

semula (P2) Pra Intervensi G2

Intervensi RPHB1 hingga RPHB4

Pasca Intervensi G2

9

Fasa Pemerhatian

Kedua (H2) Pemerhatian turut serta G2

Pemerhatian berstruktur G2

Refleksi peserta kajian dalam RPHB1

hingga RPHB4 dalam G2

Refleksi pengkaji

Refleksi pemerhati kajian

6.0 INSTRUMEN YANG TERLIBAT

Beberapa instrumen dan bahan kajian diguna untuk melaksana dan mengutip data kajian ini.

Instrumen terbahagi kepada dua iaitu instrumen pemerhatian turut serta dan instrumen

pemerhatian berstruktur (Jadual 2).

Jadual 2. Instrumen Pemerhatian Kajian

Jenis

Pemerhatian

Nama instrumen Fasa Pelaksanaan Tujuan Jenis data

Pemerhatian

Turut Serta

Diari pengkaji Setiap sesi

intervensi

(Minggu 1-8)

Mencatat butiran

peristiwa

sepanjang

pelaksanaan

kajian

Refleksi pengkaji

Video klip Setiap sesi

intervensi RPHB

(Minggu 3-6)

Menyediakan

panduan

pengkaji untuk

refleksi

Refleksi pengkaji

Borang Refleksi

Peserta Kajian

Setiap sesi

intervensi RPHB

(Minggu 3-6)

Menyediakan

data utama kajian

bagi menjawab

persoalan kajian

Refleksi peserta

kajian

Borang Refleksi

Pemerhati Kajian

Setiap sesi

intervensi RPHB

(Minggu 3-6)

Menyediakan

data kajian

daripada pihak

kedua (pemerhati

kajian)

Refleksi

pemerhati kajian

Refleksi

Pengkaji

Setiap minggu

intervensi

Menyediakan

data kedua kajian

Refleksi pengkaji

Pemerhatian

Berstruktur

Ujian Diagnostik Sesi Pra

Intervensi

(Minggu 2)

Mengenal pasti

tahap

pengetahuan

peserta kajian.

Menyedia data

demografi

Refleksi pengkaji

Mengukur IJT Sesi Pra

Intervensi

Menyediakan

data demografi

Data demografi

10

(Minggu 2) peserta kajian

Lembaran Kerja Sesi RPHB 1 & 2

(Minggu 3 & 4)

Membantu

proses P & P

Refleksi pengkaji

Refleksi

Keseluruhan

Sesi pasca kajian

(Minggu 7)

Menilai

pelaksanaan

PPBeS

Refleksi

keseluruhan

Butiran lanjut tentang instrumen tersebut adalah seperti penjelasan berikut:

i. Instrumen Ujian Diagnostik

Satu set ujian diagnostik yang mengandungi soalan tentang latar belakang peserta kajian,

pengetahuan pemakanan dan adab makan dalam Islam disediakan. Soalan bagi

pengetahuan pemakanan dibina berdasarkan pengubahsuaian inventori kajian pemakanan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia manakala item adab makan dibina oleh pengkaji

dengan memasukkan unsur-unsur nilai yang merujuk penghayatan syariat Islam seperti

contohnya daripada saranan al Ghazali. Item ini diuji dalam ujian rintis dan dibina semula

berdasarkan kesahan dan kebolehpercayaan item. Ujian diagnostik ini diguna pada awal

intervensi PPBeS. Ia bertujuan untuk mengenal pasti status pengetahuan peserta kajian

sebagai rujukan semasa melaksanakan intervensi modul PPPBeS.

ii. Instrumen Mengukur IJT

Petunjuk utama bagi status pemakanan adalah menggunakan Body Mass Index atau Index

Jisim Tubuh (IJT). Indeks ini sangat berguna untuk menjelaskan status pemakanan

seseorang kerana pengiraannya menggambarkan makanan yang dimakan di masa lalu

yang menyebabkan berat dan ketinggian. Di Malaysia penggunaan indeks IJT ini telah

diguna dengan meluas dalam menentukan kegemukan dan status pemakanan (Wan Abdul

Manan,1987).

Sebagai aktiviti tambahan, pengukuran IJT dijalankan terhadap semua peserta kajian.

Peserta kajian secara berpasangan diminta mengukur IJT masing-masing di awal dan

diakhir kajian ini. Aktiviti ini bertujuan memberi ingatan kepada setiap peserta kajian

tentang tahap IJT masing-masing dan memikirkan masalah kesihatan dirinya sepanjang

kajian ini dijalankan. Ia dirancang sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran dan

untuk menjelaskan status demografi peserta kajian.

11

Data IJT pula diperoleh dengan mengukur ketinggian dalam unit meter(m) dan berat jisim

tubuh dalam unit kilogram (kg).Nilai IJT bagi setiap peserta diperoleh dengan formula

berikut :

Indeks Jisim Tubuh = (berat jisim tubuh, kg)

(ketinggian, m)2

Pengukuran IJT dilakukan sebanyak dua kali iaitu di awal kajian minggu pertama dan di

akhir kajian pada minggu ketujuh.

iii. Borang refleksi peserta dan pemerhati

Borang ini disediakan supaya peserta dan pemerhati kajian dapat membuat refleksi setiap

kali selepas intervensi PPBeS. Satu borang refleksi yang mengandungi arahan merefleksi,

tarikh dan nombor peserta kajian disediakan. Peserta kajian boleh menulis secara bebas di

bahagian hadapan atau bahagian belakang borang tersebut. Jika ia masih tidak

mencukupi, mereka diarah mengguna kertas tambahan. Borang dilabelkan dengan

perkataan “pemerhati” untuk pensyarah pemerhati membuat refleksi (Lampiran A) dan

label “peserta kajian” untuk peserta kajian menulis refleksi mereka (Lampiran B). Borang

ini di sedia sebagai langkah memudahkan mengutip dan menjilid bahan refleksi peserta

kajian.

iv. Lembaran kerja

Sebanyak empat lembaran kerja (LK) disediakan dalam kajian ini. Kesemua lembaran

kerja ini diguna untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil lembaran

kerja diguna untuk mengukur aras kefahaman dan pengetahuan yang dicapai sepanjang

pengajaran dan pembelajaran modul tersebut. Ia membantu pengkaji dalam menulis

refleksinya(Jadual 2). LK1.1 dan LK1.2 diguna untuk sesi interaksi RPHB 1, manakala

LK2.1 dan LK2.2 diguna untuk sesi interaksi RPHB2. LK1.1 disediakan untuk peserta

kajian menganalisis makanan yang telah mereka makan dalam sesi induksi RPHB 1.

LK1.2 (Lampiran C) diguna selepas pengkaji menjelaskan dalil Al-Quran tentang

12

pemakanan melalui projektor LCD. LK 2.1 dibina khusus untuk membimbing peserta

kajian memahami makna pemakanan mengikut dunia fizikal hingga ke dunia spiritual

atau dunia rohani.LK2.2 pula disediakan untuk peserta kajian melakarkan peta konsep

pemakanan mengikut perspektif pemakanan berkat seimbang.

v. Refleksi keseluruhan

Refleksi keseluruhan digunakan dalam sesi pasca kajian yang dijalankan pada minggu

ketujuh. Sebanyak 12 soalan terbuka dikemukakan. Soalan dikemukakan bertujuan

menilai pelaksanaan Modul PPBeS yang telah mereka ikuti. Peserta kajian diberi masa

selama 90 minit (satu jam setengah) untuk memikir dan menuliskan refleksi masing-

masing berdasarkan 12 yang disediakan oleh pengkaji seperti berikut:

a. Adakah anda dapat mengikuti semua aktiviti yang dirancangkan?

b. Adakah anda membaca semua bahan yang diberikan?

c. Apakah makna pemakanan berkat yang anda faham?

d. Apakah elemen berkat yang anda ketahui sepanjang sesi kajian ini?

e. Apakah makna pemakanan seimbang yang anda faham?

f. Apakah makna pemakanan berkat seimbang yang anda faham?

g. Bolehkah anda jelaskan konsep seimbang dalam pemakanan secara lebih luas?

h. Apakah komen anda terhadap aktiviti yang dijalankan secara gerko ini?

i. Apakah komen anda terhadap pengajaran dan pembelajaran bersepadu seperti ini?

j. Bolehkah anda lukiskan satu peta konsep tentang pemakanan berkat seimbang?

k. Apakah perasaan anda sepanjang mengikuti kajian ini?

l. Nyatakan lain-lain komen, pandangan dan cadangan untuk kajian ini?

Peserta kajian dikehendaki menjawab soalan tersebut di dalam kertas yang disediakan.

Semua kertas jawapan refleksi tersebut dikumpul, di label dan di kod mengikut bilangan

ahli untuk tujuan analisis selanjutnya.

13

vi. Mendapat pengesahan pakar

Fasa perancangan pertama iaitu membina modul dibahagikan kepada beberapa bahagian

seperti berikut:

a. mencari rujukan kajian

b. menyedia jadual kajian

c. menyedia rancangan pelajaran mingguan bersepadu (RPMB)

d. membina rancangan pelajaran harian bersepadu (RPHB)

e. persiapan instrumen dan bahan kajian

f. mendapat pengesahan pakar

Fasa perancangan pertama (P1) ini menumpu kepada pembinaan Modul PPBeS. Gerak

kerja dalam perkara (a) hingga (f) di atas adalah proses membina modul PPBeS yang

digunakan dalam kajian ini. Setiap bahagian adalah saling berkait antara satu sama lain

dalam membina Modul PPBeS.

Setelah semua kandungan Modul PPBeS disiapkan, pengkaji mendapatkan pengesahan

pakar terhadap keseluruhan kandungan yang disediakan. Antara pakar yang dirujuk ialah

seorang pakar dalam pendidikan bersepadu di Fakulti Pendidikan UKM. Turut serta

memberi komen ialah pensyarah dari UKM dan pensyarah-pensyarah dari MPPMM yang

telah dilantik sebagai pemerhati kajian. Beberapa perkara diulas oleh pakar antaranya

berhubung dengan ketepatan modul untuk melaksana kajian, bahan-bahan rujukan dan

rancangan pengajaran yang digunakan dalam modul, serta aspek kebolehpercayaan

modul. Komen dan saranan daripada pakar berkaitan dengan mata pelajaran meliputi

keseluruhan kandungan modul. Antaranya berhubung dengan susunan kandungan modul,

bahan rujukan dan teknik yang digunakan, serta kebolehpercayaan modul. Beberapa

saranan yang disampaikan secara verbal semasa pertemuan pengkaji dengan pakar

tersebut juga diambil kira dalam menambah baik modul PPBeS. Pakar berkaitan dengan

bidang syariah mengesahkan ketepatan maklumat bahan bacaan yang digunakan dalam

modul tersebut berhubung dengan pemakanan halal. Komen berkaitan konsep suci dalam

pemakanan diambil kira dalam menyediakan modul PPBeS.

14

7.0 PENGESAHAN INSTRUMEN

7.1 Analisis kajian

Data dalam kajian ini dianalisis dengan pendekatan yang disarankan oleh Beker,

Glaser dan Strauss (McKernan 1996: 222). Mereka menyarankan empat peringkat

analisis iaitu mendefinisi masalah atau konsep, menyemak kekerapan data,

pengesahan idea atau konsep-konsep dan menzahirkan kenyataan seperti Jadual 3.

Pengkaji mengambil kira pendapat McKernan (1996) yang mencadangkan sekurang-

kurangnya empat peringkat analisis dilakukan bagi data penyelidikan tindakan iaitu

memproses data, memetakan data, memberi makna kepada keterangan dan

mengemukakan keputusan.

Jadual 3: Empat peringkat analisis kajian lapangan menurut Becker, Glaser & Staruss

Penyelidikan tindakan Becker Glaser & Strauss

Mendefinisi

masalah/konsep

Pemilihan dan

mendefinisi konsep

Membanding setiap

peristiwa mengikut

kategori

Menyemak kekerapan

data

Frekuensi dan taburan

bagi konsep-konsep

Mengintegrasi fenomena

Pengesahan idea/konsep-

konsep

Pembinaan model Menetapkan/

menggariskan teori

Menzahirkan kenyataan Menzahirkan pembuktian Menulis teori asas

Sumber : Dipetik dan di terjemah daripada Action Research: A Handbook of methods

and resources for the reflective practitioner (McKernan 1996: 222)

Berdasarkan maklumat pemetaan tersebut pengkaji memberi makna kepada setiap

kumpulan kenyataan tersebut bersandarkan kepada konsep dan teori asas yang telah

dibincangkan dalam kajian ini. Tatacara dalam pembinaan sesuatu teori (Theory-

building) juga diguna dalam memberi makna kepada semua data yang didapati.

Pengkaji juga melihat beberapa perkaitan antara data yang boleh dikelompokkan

15

dalam tema-tema kajian (Rajah 2). Beberapa rumusan disediakan dalam bentuk jadual

atau rajah bagi memudahkan proses merumus dapatan kajian.

Proses menganalisis dilakukan dari semasa ke semasa selepas interaksi bersama

peserta kajian. Cara ini diguna bagi membolehkan pengkaji mengikuti disiplin empat

fasa penyelidikan tindakan iaitu fasa perancangan, fasa tindakan, fasa pemerhatian

dan fasa refleksi serta perancangan semula. Di samping itu, ia merupakan satu disiplin

kajian kualitatif seperti disarankan oleh Creswell (1994). Dalam memproses data

kuantitatif yang diperoleh daripada ujian diagnostik, pengkaji mengguna analisis

statistik mudah melalui SPSS versi 11 dan analisis kandungan diguna bagi

menganalisis catatan folio seperti saranan Weber (1990).

KOD PENERANGAN KOD PENERANGAN

SPI Sesi pra intervensi NPK Pernyataan Peserta Kajian

PTP Penyampaian Taklimat

Pengkaji

PMK Persetujuan mengikuti kajian

STM Sesi taklimat

menyeronokkan

PPK Perasaan peserta kajian

ASM Aktiviti sangat menarik CBP Cadangan balas peserta

SPM Satu perkara baru MPK Masalah peserta

Rajah 3: Contoh gambar rajah pohon bagi refleksi sesi pra intervensi.

SPI

PTP NP

K

STM

M

ASM SPB PMK PPK CBP MPK

16

7.2 Analisis data refleksi

Setelah semua borang refleksi dikumpul, ia disusun mengikut bilangan daripada

nombor 1 hingga nombor 30 mengikut nombor peserta kajian dan kemudiannya

dijilidkan untuk mengelakkan keciciran atau kehilangan sesuatu data. Nombor-

nombor diguna bagi mewakili setiap peserta kajian dan cara ini bertujuan untuk

menjaga kerahsiaan individu sesuai dengan etika dalam menjalankan sesuatu kajian.

Pengkaji kemudiannya menandakan setiap baris refleksi yang ditulis bermula dengan

nombor 1,2,3…sehingga ke baris terakhir refleksi mereka. Secara teliti kemudiannya,

pengkaji menggaris bawahkan perkataan atau ayat yang mewakili tema-tema yang

dikenal pasti terlebih awal.

Dengan menggunakan perisian Microsoft Word versi 2000 pengkaji memindahkan

transkrip tersebut ke dalam Rajah 1. Jadual ini mengandungi kolum untuk kod dan

catatan refleksi peserta kajian. Sebagai contoh, G12-15.911 bermakna data dari

gelungan kajian pertama, refleksi kedua bagi peserta nombor 15 yang merujuk kepada

pernyataan baris kesembilan hingga baris kesebelas.

Gambar rajah pohon juga digunakan bagi mengklasifikasikan tema, sub tema dan idea

yang diperoleh (Rajah 2). Semua pernyataan refleksi disusun dan diklasifikasikan

mengikut tema, sub tema atau idea yang telah dikodkan. Kesemua data refleksi

tersebut, kemudiannya disahkan oleh panel untuk mencari Indeks Cohan Kappa.

Kod diguna berdasarkan gelung kajian, bilangan refleksi, nombor peserta kajian &

baris refleksi

Tema yang dikenal pasti dari A hingga H

A PENYAMPAIAN

KOD CATATAN REFLEKSI

G21-2.11 Gaya penyampaian berkesan dengan penerangan yang

sesuai

G21-4.11 Suara jelas dan dapat didengar sehingga ke belakang

17

H KESEDARAN

KOD CATATAN REFLEKSI

G21-7.1213 ….baru sekarang saya menyedari bahawa wujudnya

permasalahan dalam pemakanan mengikut Islam

G21-6.23 …..kita hanya tahu pemakanan tetapi tidak dikaitkan

dengan Islam

Contoh refleksi mengikut tema kesedaran

Rajah 1: Contoh jadual diguna bagi memproses data refleksi mengikut tema

7.2.1 Indeks Cohen Kappa

Cohen (1960) telah memperkenalkan satu carta menentukan kebolehpercayaan

sesuatu data kualitatif. Data yang telah dikategorikan mengikut tema seperti dalam

gambar rajah pohon dalam Rajah 2 ditentukan kebolehpercayaannya berdasarkan

darjah persetujuan beberapa orang penilai pakar. Indeks Cohen Kappa (ICK)

diperoleh dari formula seperti berikut:

K= fa – fc

N –fc

Di mana fa= unit persetujuan

fc= 50 peratus jangkaan persetujuan dan

N= bilangan unit (tema) yang diuji nilai persetujuan

Nilai indeks (K) kemudiannya dirujuk kepada Skala Persetujuan Cohen Kappa seperti

Jadual 4.

Jadual 4 : Skala persetujuan Cohen Kappa

Nilai Kappa Skala Persetujuan

Bawah 0.00 Sangat Lemah

0.00 – 0.20 Lemah

0.21 – 0.40 Sederhana Lemah

0.41 – 0.60 Sederhana

0.61 – 0.80 Baik

0.81 – 1.00 Sangat Baik

18

Dalam konteks kajian ini tiga pakar yang mahir menilai menggunakan Cohen Kappa

dilantik sebagai panel penilai. Ketiga-tiga mereka adalah bekas siswazah Doktor

Falsafah UKM yang telah mengguna ICK dalam kajian mereka. Beberapa tema yang

muncul dalam kajian ini dipilih secara rawak bagi menentukan indeks tersebut.

Menurut Cohen (1960,1968) 40 unit daripada tema yang dipilih sudah memadai bagi

menentukan pengiraan Cohen Kappa. Contoh proses penilaian ditunjukkan dalam

Jadual 5. Jadual 5 disediakan berdasarkan tema Sesi Pra Intervensi seperti Rajah 3.

Jadual 5 Contoh Nilai Pekali Persetujuan Cohen Kappa

Bil Kod Definisi operasi Contoh unit Tahap persetujuan

Setuju Tidak

Setuju

1 STM Sesi taklimat

menyeronokkan

“secara

keseluruhannya,

sesi ini sangat

bermanfaat dan

menyeronokkan

saya”

(G11-21.89)

/

2 ASM Aktiviti sangat

menarik

“sesi taklimat pada

petang ini amat

menarik dan

memberi

manaafaat”

(G11-24.11)

/

3 PMK Persetujuan

mengikuti kajian

Saya menyokong

penuh terhadap

kajian ini dan

berdoa agar kita

sama-sama

berjaya(G1-

2.1314)

/

Pengiraan Indeks Cohen Kappa:

N=3, fa = 2, fc = 1.5

K= 2-1.5/3-1.5=o.5/1.5 = 0.20

=>Skala persetujuan LEMAH menghampiri

SEDERHANA LEMAH (Rujuk Jadual 4)

2 1

19

7.3 Analisis data ujian diagnostik

Data yang diperoleh dari ujian diagnostik dianalisis dengan mengguna perisian SPSS

versi 11. Setiap item diberi kod khas dan jawapan bagi item tersebut dimasukkan

dalam hamparan data yang disediakan. Selepas itu analisis statistik mudah dijalankan

seperti melihat frekuensi data, purata, sisihan piawai dan sebagainya. Data mentah

dari statistik mudah ini dianalisis dan dipindahkan ke dalam jadual mengikut

keperluan pelaporan dalam kajian khususnya bagi menjelaskan demografi peserta

kajian.

7.4 Kawalan kesahan kajian

Kaedah triangulasi digunakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengawal kesahan

kajian. Triangulasi ialah cara untuk mengorganisasikan pelbagai jenis keterangan atau

maklumat dalam kerangka rujukan yang lebih sahih atau mencari perhubungan yang

boleh dijadikan perbandingan dan perbezaan. Beberapa cara triangulasi disarankan oleh

para penyelidik terdahulu antaranya dalam cara memperoleh data, orang yang mengkaji,

metodologi kajian, dan juga teori yang digunakan (McKernan 1996).

Dalam kajian ini dua jenis triangulasi diguna iaitu daripada orang yang terbabit dalam

kajian, (penyelidik-peserta kajian-pemerhati bebas) dan cara pengumpulan data (refleksi

peserta kajian-refleksi pengkaji keseluruhan). Daripada kedua-dua triangulasi ini banyak

peluang untuk melihat sebab dan kesan sesuatu keterangan, memahami sesuatu

perhubungan, serta kepercayaan dan amalan peserta kajian dapat dikenal pasti.

8.0 KESIMPULAN

Kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai

penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru iaitu guru melakukan inovasi

(Noraini 2010) dan perubahan secara refleksi dan inkuiri ( Ramlee & Zaharatul Laili 2008).

Pengumpulan data yang sahih amat penting dalam kajian tindakan untuk membolehkan

tindakan yang tepat dijalankan. Kaedah pungutan data menggunakan instrumen yang sesuai

seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian dan ujian serta analisis dokumen ( KPM 2008).

20

Selain itu, kesahan dalam kajian diperlukan bagi memastikan kaedah pengumpulan data sama

ada secara kualitatif dan kuantitatif adalah mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur

atau sepatutnya diukur.

21

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. 2009. Guru Sebagai Penyelidik. Batu Caves: PTS

Professional Publishing Sdn Bhd.

Creswell, J. W. 1994. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.

London: SAGE Publication.

Ee Ah Meng. 1999. Pendidikan Di Malaysia I: Falsafah Pendidikan Guru Dan Sekolah.

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia 2008. Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Mckernan, J. 1996. Action Research: A Handbook of Methods and Resources for the

Reflective Practitioner. 2nd

Ed. London: Kogan Page Limited.

Mcniff, J. 1994. Action Research : Principles and Practice. London: Rutledge.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Education.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGrawHill.

Othman Sodikin. 2008. Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Secara Bersepadu Melalui

Modul Pemakanan Berkat Seimbang: Satu Penyelidikan Tindakan. Tesis Ijazah

Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlee Mustapha & Zaharatul Laili Abdul Rahim. 2008. Pembelajaran Berasaskan

Masalah Bagi Mata Pelajaran Elektronik: Satu Kajian Tindakan Di Sekolah

Menengah Teknik. Jurnal Teknologi 49.hlmn :109-127.

Soon Seng Thah. 2007. Kursus Pemantapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan:

Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan.:

http://www.lmsipda.net/pismp/file.php/1/perkembangan-kajian-tindakan.pdf

[7.1.2013].

Tajul Ariffin Nordin. 1993. Perspektif Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

22

LAMPIRAN A

BORANG CATATAN REFLEKSI PESERTA KAJIAN

CATATAN REFLEKSI

PESERTA KAJIAN

Nama singkatan:________________ Tarikh:________________

Makluman: Catatkan apa sahaja rasa hati anda berhubung dengan aktiviti/pembelajaran

hari ini. Sebagai panduan; anda boleh ceritakan apa yang anda perolehi hari ini, adakah

ia sesuatu yang baru dan menarik, apa perasaan anda (setuju/tidak setuju,

seronok/membosankan, bermanafaat/tidak bermanafaat…dan sebagainya). Berikan

komen dan cadangan untuk membaiki pengajaran ini di masa akan datang.

Bil :

23

LAMPIRAN B

BORANG CATATAN REFLEKSI PEMERHATI KAJIAN

CATATAN REFLEKSI

PESERTA KAJIAN

Nama singkatan:________________ Tarikh:________________

Makluman: Catatkan apa sahaja rasa hati anda berhubung dengan aktiviti/pembelajaran

hari ini. Sebagai panduan; anda boleh ceritakan apa yang anda perolehi hari ini, adakah

ia sesuatu yang baru dan menarik, apa perasaan anda (setuju/tidak setuju,

seronok/membosankan, bermanafaat/tidak bermanafaat…dan sebagainya). Berikan

komen dan cadangan untuk membaiki pengajaran ini di masa akan datang.

Bil :

24

LAMPIRAN C

LEMBARAN KERJA LK 1.2

Berdasarkan penerangan dan tayangan VCD Al-Quran sebenar tadi, lengkapkan lembaran

kerja di bawah ini.

1. Setelah anda melihat tayangan dan mendengar VCD Al-Quran tadi, apakah terdapat

beberapa maklumat yang belum pernah anda ketahui?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Apakah yang anda faham tentang makanan halal dan baik seperti yang disebut dalam

Al-Quran surah Al- Maidah ayat 88.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

3. Kenapakah kita diperintah bersyukur di atas rezeki yang baik-baik yang dikurnia oleh

Allah seperti dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 172?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

4. Apakah yang anda faham tentang maksud ayat Al-Quran “janganlah melampaui

batas padanya yang menyebabkan kemurkaanKu menimpa mu” dalam surah

Taha,ayat 81?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

No:

25

5. Bagaimana anda boleh fikirkan kenyataan Al-Quran yang menyatakan “.dan makanan

yang berasal daripada laut sebagai makanan yang lazat bagi mu” dalam surah Al-

Maidah ayat 96?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

6. Apakah yang anda boleh ambil iktibar dari keterangan ayat Al-Quran bermaksud “hai

orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan

jalan yang batil” dalam surah an-Nisa ayat 59?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

7. Apakah yang anda boleh fahami dar ayat Al-Quran surah Al-Maidah ayat 3 yang

menjelaskan tentang makanan yang haram di sisi Allah.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

*TERIMA KASIH*