tugasan hbis 4303

20
HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002 PENDAHULUAN Pembentukan Negara Islam adalah sesuatu tuntutan dalam Islam.Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah.Kepentingan tentang pembentukan Negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syari’ah kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syari’ah adalah wajib ke atas muslim , maka mewujudkan Negara Islam adalah wajib. PENGENALAN NEGARA ISLAM Istilah Negara Islam "al-Dawlah Islamiyyah" atau "al-Hukumah al- Islamiyyah" tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Immate" .Sungguhpun begitu dalam Qur'an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa' atau khala'if dan juga istilah imam , yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam 1 . Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah- istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa , perkataan hukum atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang 1 http://www.scribd.com/doc/7456298/06.negara-islam 1

Transcript of tugasan hbis 4303

Page 1: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

PENDAHULUAN

Pembentukan Negara Islam adalah sesuatu tuntutan dalam Islam.Ia termasuk dalam perkara tuntutan

Fardu Kifayah.Kepentingan tentang pembentukan Negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syari’ah

kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syari’ah

adalah wajib ke atas muslim , maka mewujudkan Negara Islam adalah wajib.

PENGENALAN NEGARA ISLAM

Istilah Negara Islam "al-Dawlah Islamiyyah" atau "al-Hukumah al-Islamiyyah" tidak didapati

penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh

Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Immate" .Sungguhpun begitu

dalam Qur'an terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah

khalifah, khulafa' atau khala'if dan juga istilah imam , yang secara umumnya memberi pengertian

sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas

maksudnya untuk perkataan imam1 .

Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang

bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa , perkataan hukum atau hukkam yang

bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Qur'an yang ada

kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu

berdasarkan agama dan undang undang , istilah kaum yang bermaksud merujuk kepada kumpulan

manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura yang bermaksud merujuk

kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah dan jamaah yang merujuk

maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam

Hadith Rasulullah s.a.w.

Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa,

undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan

kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya,autoriti

diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syari'at atau

perlaksanaannya.

Dalam tulisan ulama tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang

mereka berikan ialah cirri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-1 http://www.scribd.com/doc/7456298/06.negara-islam

1

Page 2: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan

pentadbiran negara. Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat cendekiawan Islam yang cuba

memberi definisi tentang negara Islam.

Menurut Dr Abd Halim El-Muhammadi, pembentukan negara Islam adalah suatu

tuntutan dan ia termasuk dalam Fardhu Kifayah. Syariah tidak dapat dilaksanakan

tanpa ada negara dan kedaulatan politik.2

Maududi ada mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah

S.W.T. yang menentukan syariatnya dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah

negara yang bercorak theo - democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan

penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui

oleh syara'.Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak ada sebarang

persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan yang ada. Negara Islam bukanlah autokratik dan

tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya membuat sesuka hati

terhadap nyawa dan harta benda orang. Negara Islam ialah negara berperlembagaan dalam ertikata

bahawa sesiapa bertanggungjawab mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan syarat-

syarat yang ditetapkan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah .

Pemerintahan Islam,adalah pemerintahan yang bersumberkan kepada al-Quran, As-

Sunah dan Ijmak Ulama‟.

Bersumberkan Al-Quran

Kalam Allah yang azali- merakamkan segala kehendak Allah dalam hal Aqidah,

Syari‟ah dan akhlak dan termasuk juga hal pemerintahan. Menggariskan secara umum konsep.

Prinsip, dasar, ciri pemerintahan Islam. Dari perlembagaan negara Islam sampailah kepada hak dan

tanggungjawab rakyat.

Bersumberkan As-Sunnah

Segala yang datang daripada Rasulullah samaada dalam bentuk kata-kata,pengakuan atau

perbuatan Sumber pemerintahan Islam kedua Memperincikan dan mengaplikasikan ajaran Al-Quran

dalam bentuk praktikal.

Bersumberkan Ijmak Ulama’

Hasil ijtihad majoriti ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya samaada didalam Al-

Quran dan Al-Sunnah. Ia diterima sebagai ijmak apabila ia dipersetujui oleh majoriti ulama.

2Modul Tamadun Islam KPLI (SR) , IPG

2

Page 3: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM

Negara islam ditegakkan di atas lima prinsip yang penting:

1.Prinsip Syura

Syura adalah kata nama dari perkataan ‘al musyawarah’ yang bererti mengeluarkan

pendapat.3 Menurut Al Asfahani bahawa “Syura ialah merumuskan pendapat melalui perbincangan .

Ibn Arabi pula mendefinisikan Syuara sebagai permusyawaratan untuk mencari pendapat atau

nasihat dalam mencari kepastian .Berdasarkan definisi di atas adalah amat jelas bahawa pengamalan

syura bererti menggunakan perundingan bersama dalam semua peringkat.

Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t.

Maksudnya:

"Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan dan firmanNya yang bermaksud,

"Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka"4

.Ayat-ayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan

orang-orang Muslim. Dalam amalan Rasulullah s.a.w, prinsip ini adalah dijalankan, baginda

bermesyuarat dengan sahabatsahabatnyadalam urusan-urusan kepentingan umat dan negara seperti

dalam peristiwa peperangan Badar dan Uhud. Demikian juga amalan para sahabat-sahabat, baginda

Abu Bakar bermesyuarat untukmengambil tindakan ke atas orang-orang murtad, Saidina Umar

bermesyuarat untuk menyelesaikan tanah rampasan perang". Mereka juga bermesyuarat untuk

mengambil tindakan mengumpul dan menyalin menyusun al Qur'an.

Jadi, amalan prinsip syura ini adalah lumrah dalam pimpinan Islam dalam segenap peringkatnya

2.Prinsip Keadilan(Justice)

Keadilan yang dimaksudkan di sini,ialah keadilan mutlak yang\digariskan oleh Islam yang

mengatasi segala kepentingan peribadi,keluarga,kelompok dan sebagainya,sekalipun terhadap

musuhdan terhadap golongan non-muslim.Allah berfirman maksudnya,

3 Lukman Thalib,1998.Politik menurut Perspektif Islam.hlm 534 Al-Quran Al KArim Surah Assyura

3

Page 4: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

"Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mengenai

keluarga.Janji Tuhan hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu,mudah-

mudahan kamu ingat.

Rasululah s.a.w. bersabda maksudnya,"Siapa yang menyakiti Dhimmi akulah musuhnya. Maka

prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh

golongan dalam masyarakat. Keadilan adalah sifat terpuji dan ialah salah satu daripada nama

Allah yang menjadi neraca Allah dalam alam ciptaanNya.

Keadilan berpecah kepada beberapa pecahan:

a. Keadilan dari segi hukum

b. Keadilan dari segi kehakiman

c. Keadilan menentukan haq dan tanggunjawab terhadap masyarakat.5

3. Kebebasan

Prinsip kebebasan juga menjadi asas amalan dalam pemerintahan Islam.Kebebasan itu

diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawa pemerintahan Islam sama ada dari golongan Muslim

atau bukan Muslim.Oleh sebab manusia diberi hak kebebasan memilih maka hal ini perlu

diberikan kepada semua individu. Islam memberi kebebasan beragama,kebebasan dalam memiliki

harta, kebebasan bergerak dan berpindah.Kebebasan bercakap dan memberi pendapat hendaklah

dalam ruang yangtidak mencabuli kepentingan undang-undang syara' dan ketenteraman kehidupan

masyarakat yang menjadi asas kepada undang-undang negara.Kalau pendapat itu tidak lagi diberi

peluang,kerana itu akan menjejaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah dengan

falsafah negara, sistem politik dan perundangannya. Lantaran itu mereka yang murtad dalam negara

Islam dianggap sebagaipengkhianat .

4. Persamaan

Prinsip persamaan ini ialah setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sama lain

dalam hak,kebebasan dan tanggungjawab di hadapan undang-undang. Islam dalam melaksanakan

prinsip ini secara umumnya berlaku dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi dalam beberapa hal

ada perbezaaannya di antara rakyat yang mendokong Negara dan rakyat yang tidak mendokong

ideologi negara tetapi patuh kepada pimpinan negara.Prinsip equality ini diterima oleh Islam dalam

5 http://www.pas.org.my

4

Page 5: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum. Manusia tidak ada bezanya di

antara satu dengan yang lain dalam penilaian Allah di segi keturunan,warna kulit,bahasa dan

kebudayaan,tapi perbezaan itu terletak kepada ketaqwaannya.

Berdasarkan prinsip inilah Rasulullah s.a.w.menegaskan dalam perlaksanaan undang-undang

dalm sabdanya yang bermaksudnya,"Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri aku potong

tangannya.Dan nabi pernah melaksanakan hukum rejam kerana kesalahan berzina ke atas Muslim

dan non-Muslim. Konsep persamaan ini menjadikan satu revolusi Islam dalam mewujudkan

kesamaan di antara umat Islam.

5. Ketaatan

Taat kepada Allah dan Rasul secara mutlak dan juga ketaatan kepada pemimpin selagi

pemimpin itu taatkan Allah dan RasulNya sebagaimana sabda nabi, maksudnya :

’Tidak harus taat kepada makhluk di dalam perkara maksiat terhadap Allah (al-Khaliq).’

Abu Bakar pernah menegaskan di dalam ucapan dasarnya selepas dipilih menjadi khalifah dengan

katanya yang bermaksud :

“Taatlah kepada aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya maka bila aku derhakakan Allah dan

RasulNya maka jangan kamu taatkan lagi kepada aku”

Dengan adanya prinsip –prinsip asas ini , akan memberi penyelesaian kepada masalah-

masalah di dalam Negara yang dihadapi oleh masyarakatt Islam berdasarkan pemahaman mereka

yang mantap. Dengan adanya prinsip-prinsip inilah perlaksanaan dalam perundangan,

social ,ekonomi dan sebagainya dapat dijalankan secara sistematik dan adil pada umat Islam ataupun

bukan umat Islam

Melalui lima asas – asas prinsip yang dijalankan adanya keberkesanan di dalam

perundangan.Di antara contohnya ialah Abu Yusuf dan Muhamad al-Syaibani yang menyebut:

Negara Islam adalah negara yang zahir/dominan undang-undang di dalamnya. Sebab itu negara

yang tidak melaksanakan undang-undang Islam adalah kafir, walaupun orang-orang islam tinggal di

negara tersebut. Mereka menggunakan perkataan Zuhur Ahkam al-Islam fiha. Pendapat Abd al-

Qahir al-Baghdadi mengatakan: Mana-mana negeri yang penduduknya menerima sistem Islam atau

rida dengan Islam tanpa sebarang syarat dan orang zimmi tunduk di bawah kekuasaan Islam ,maka ia

sebuah negara Islam (Kitab Usuluddin h 270)

5

Page 6: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

Ada juga ulama yang menghuraikan konsep negara Islam dari kaca mata

kemasyarakatan, lalu mentakrifkan negara islam sebagai negara yang menjamin keamanan orang

islam. Mereka dapat hidup dengan baik dan selesa. Ini dapat dilihat melalui prinsip persamaan,

keadilan dan ketaatan akan menyatu padukan kaum Islam atau pun bukan Islam. Prinsip ini telah

menyerap dalam diri mereka tidak kira bangsa dan agama dan hasilnya keamanan dan ekonomi yang

kukuh.

Maka dengan itu jelaslah jaminan keselamatan itu suatu yang lebih utama dijadikan

sebagai asas pengukur. Penekanan kepada aspek keselamatan itu bermaksud bahawa sebuah negara

Islam tetap menjadi milik umat Islam dan dikira sebahagian daripada wilayah Islam yang mesti

terlaksana di dalamnya hukum Islam. Asas keselamatan itu digunakan kerana ia lebih

menguntungkan kedudukan Islam dalam negara di mana selagi kedudukan orang Islam tetap

terjamin/selamat , maka peraturan/undang-undang Islam mesti dikuatkuasakan ke atas penduduknya,

disebabkan negara itu masih berada dalam senarai negara Islam.Walaubagaimanapun secara

keseluruhannya daripada perbincangan di atas menunjukkan bahawa asas keselamatan adalah amat

berkait rapat dengan aspek perlaksanaan undang-undang dalam sebuah Negara itu.

Negara Islam Madinah Zaman Nabi Muhammad SAW dan Islam masa kini

Menurut Webster’s dictionary dan perlembagaan Moden menjelaskan bahawa syarat-syarat

kewujudan sebuah Negara mestilah ada:

1. Sekumpulan individu

2. Mesti wujud daearah atau wilayah tertentu

3. Mesti wujudnya kuasa pemerintah yang berdaulat6

Jika syarat yang tersebut ini menjadi criteria dalam kewujudan sesebuah negara adalah sangat

jelas bahawa ‘masyarakat Islam’ di Madinah pada zaman Rasullulah telah dapat disebut sebagai

sebuah ‘negara’ sama ada menurut terminalogi politik ataupun menurut hokum antarabangsa.

Masyarakat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah telah memenuhi ketiga-tiga syarat yang

diperuntukkan untuk disebut sebagai sebuah Negara kerana:

Pertama, memang di Madinah telahpun wujud sekumpulan individu yang terdiri daripada

orang Muhajirin dan Ansar.

6 Lukman Thalib,1998.Politik menurut Perspektif Islam.hlm 19

6

Page 7: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

Kedua, diperingkat awal penubuhan masyarakat Islam di Madinah , memang Negara

Madinah tersebut mempunyai batas pengaruh yang terbatas di mana orang Mekkah tidak

menganggap Rasulullah sebagai pemimpin mereka dan hokum syari’ah yang diaplikasikan di

Madinah tidak menjadi wajib bagi orang Mekkah.

Ketiga, masyarakat Islam Madinah juga mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri

yang berasakan syari’ah dan Rasulullah adalah pemimpin Negara yang berdaulat yang diakui oleh

kuasa atau negara luar yang membolehkan beliau membuat perjanjian dengan pihak luar yang

dianggap sebagai perjanjian oleh seorang ketua Negara yang mewakili seluruh Madinah yang mesti

dipatuhi , disamping undang-undang syari’ah yang beliau tetapkan itu juga adalah muktamad yang

wajib diikuti oleh seluruh masyarakat Madinah.

Berdasarkan penjelasan di atas boleh dikatakan bahawa Negara Madinah merupakan suatu

contoh yang paling tua di dunia yang dapat dianggap sebagai sebuah masyarakat berpolitik yang

dtubuhkan dalam bentuk sebuah Negara. Ini kerana ianya adalah sebuah masyarakat yang

berasaskan kepada ‘rule of law’ dan’ the supremacy of law’adalah merupakan factor yang

membezakan ‘sebuah negara’ daripada masyarakat politik yang lain.

Dalam merealisasikan Negara Islam, Rasulullah telah menggubal sebuah perlembagaan bagi

negara Islam yang baru dibentuknya itu berdasarkan kepada:

Pertama : Husnu al-Jiwar iaitu hormat-menghormati jiran atau antara satu negara dengan lainnya

Kedua : Al-Tarsquo;awwun Dhiddu Al-Udwan iaitu tolong menolong menentang musuh dan

permusuhan

Ketiga : Al-Nasr Li al-Mazlum iaitu memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi

Keempat : Al-Nush wa al-Nasihah iaitu saling nasihat menasihati dan sama-sama menunjuk ajar

Kelima : Ihtiram Hurriyyat al-Akidah wa Hurriyyat al-Ibadah Mahma Tabayat al-Adyan iaitu

menghormati kebebasan akidah, ibadat, walau apa jua perbezaan di dalam beragama

Dengan adanya perlembagaan ini, masyarakat majmuk di Madinah al Munawwarah terdiri

dari pada golongan agama yang terbesar iaitu orang-orang Islam, al-muslimun,orang-orang Yahudi,

al-Yahudiyun dan penyembah berhala, al-Wathaniyun boleh bersatu menjalani kehidupan denan

aman.Rasulullah memberi kebebasan kepada semua agama kebebasan yang sepenuhnya untuk

mendiri serta melaksanakan ajaran agama masing-masing. Ini adalah jelas sebagaimana tercatat di

dalam mithaq al-hukum atau perlembagaan yang digubal oleh baginda selepas hijrah ke Madinah.

7

Page 8: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

Perlembagaan Madinah ini mengandungisebanyak 47 ceraian.Di dalam perlembagaan ini telah

diletakkan asas bagi Negara Islam, maka umat lslam adalah menjadi rakyat di dalam negara

lslam walaupun berbeza bangsa dan keturunan mereka.7

Sistem pemerintahan Islam adalah suatu sistem yang unik sama sekali berbeza dengan

sistem-sistem pemerintahan yang ada di dunia masa kini. Ianya berbeza baik dari segi asas yang

menjadi landasan berdirinya, pemikiran, konsep, tolok ukur serta hukum-hukum yang digunakan

untuk memelihara kepentingan umat.Dengan ini adalah relevan dengan penubuhan Negara Islam

yang mempunyai prinsip-prinsip bersumberkan Al Quran dan As sunnah.

. Ajaran Islam bersifat unik, berbeda secara diametral dengan ideologi-ideologi besar lainnya

(sosialisme dan kapitalisme), serta memiliki hubungan yang erat antara al-fikrah (idea dasar) dengan

at-thariqah (tatacara pelaksanaan). Mengambil idea dasar Islam dengan meninggalkan tatacara

pelaksanaannya yang telah diatur dalam Islam adalah tindakan sia-sia.Masyarakat Islam adalah

masyarakat undang-undang, masyarakat yang ketundukannya hanya kepada Musyari’ (Pencipta

Undang-undang) iaitu Allah swt, yang demi ketundukan itu seseorang berani melakukan teguran

terhadap penguasa. Masyarakat Islam adalah Negara Islam kerana di dalamnya berlaku undang-

undang yang mengikat seluruh warga negara, iaitu Undang-undang Islam.

Dalam Negara Islam, nilai-nilai keadilan, keterbukaan, dan lain-lain, akan tumbuh di atas

landasan undang-undang. Orang berbuat adil kerana menyedari hal itu sebagai kewajipan, bukan

semata-mata sebagai suatu nilai moral dan akhlak. Keadilan dalam sektor ekonomi akan terwujud

hanya dengan penerapan undang-undang ekonomi Islam yang mengatur barang tambang dan harta

awam sebagai milik umat, bukan milik suatu perusahaan atau anak penguasa.

Terdapat tanggapan salah tentang Negara Islam yang menjadi perbahasan pada masa kini. Ini

menjadikan masyarakat Islam menjadi keliru dan apatah lagi umat islam yang hanya berlabelkan

Islam tiada pengetahuan yang mantap. Antaranya;

1.Ekstremis bermaksud pelampau.Ekstremis ini merangkumi kedua-dua pandangan. Orang

barat menyangka Islam itu ektremis kerana mereka ingin menjatuhkan martabat umat Islam di mata

dunia.Sebagai contoh pengeboman PWTC pada 11 setember 2001 itu, mereka telah melabelkan

Islam ekstremis walaupun tiada bukti yang kukuh mengatakan umat Islam yang

melakukannya(pengeboman).Ini adalah muslihat mereka untuk mendapatkan sesuatu perkara yang

diinginkan.Yang menjadi mangsa adalah umat islam.

7 http://www.digitalibrary.my/dm documents/ malaysiakini

8

Page 9: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

Salah faham terhadap Islam dari pandangan Islam sendiri juga, ada kaitan dengan ekstremis.

Dengan erti kata lain berlebih-lebihan dalam ilmu agama islam contohnya terpengaruh dengan ajaran

sesat yang bertopengkan dakwah,tarikat dan sebagainya.antara yang terbaru adalah pengakuan

dirinya sebagai Rasul.sedangkan itu adalah tidak wujud sama sekali di zaman ini.pengaruh ini

mudah tersebar kerana nafsu manusia ingin sesuatu dengan mudah.’pendakwah’ yang diagung-

agungkan mereka itu telah menjanjikan masuk syurga dengan mudah.hal ini adalah salah satu salah

faham terhadap islam ini..

2. Melabelkan islam melakukan dikriminasi dalam pengenaan jiyziah.

Jiyziah ialah cukai yang dikenakan ke atas orang-orang kafir yang menetap di Negara islam

dan mentaati undang-undang negara islam.Contohnya kafir harbi.Mengikut buku Muhammad Qutb

yang dikarang oleh Yusoff Zaky Yacob, Jiyziah itu hanya dikenakan ke atas setiap orang lelaki yang

berkuasa sebagai bayaran perkhidmatan tentera yang memang akan diwajibkan ke atas mereka yang

jika mereka beragama Islam. Dan juga kelompok orang-orang kristian adalah dibebaskan dari

bayaran jiyziah apabila mereka masuk ke dalam perkhidmatan tentera.

Berdasarkan dari kenyataan ini jelaslah bahawa persoalan jiyziah bukanlah persoalan

dikriminasi terhadap orang-orang yang bukan islam ,malah menjadi persoalan di sini ialah

perkhidmatan tentera.Sesiapa yang menunaikan perkhidmatan ini akan dibebaskan dari bayaran

jiyziah atau disebaliknya iaitu tanpa diperhitungkan agama mereka anuti.

Firman Allah berbunyi, ”perangilah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari

akhirat dan tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak

menganuti agama yang benar, iaitu orang-orang yang dikurniakan kitab suci (yahudi dan

kristian),hingga mereka membayar jiyziah dengan patuh dan tunduk.” (Surah al-Taubat ayat 29).

Firman itu khusus ditujukan kepada orang-orang yang bukan islam yang telah melancarkan

peperangan terhadap negeri-negeri Islam dan bukannya ditujukan kepada orang-orang yang bukan

Islam yang tinggal di dalam negeri-negeri Islam...

3.Mengaibkan undang-undang islam

9

Page 10: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

Undang-undang islam yang dimaksudkan adalah berteraskan Al-Quran dan Al-sunnah.seperti

mana yang kita tahu undang-undang islam juga menyeluruh dari semua aspek kehidupan.Aspek-

aspek ini ialah aspek ekonomi,politik,agama,masyarakat dan sebagainya.

Pada masa yang sama, masih ada lagi manusia yang mengaibkan undang-undang islam

walhal undang-undang islam yang kita ketahui ini adalah yang terbaik dan menyeluruh. Kita tidak

seharusnya bersikap sedemikian terhadap islam .kita haruslah selidiki dengan jelas berkenaan

sebelum berkata sesuatu tentang islam.Ini dapat dijelaskan kerana islam tidak menjatuhkan hukuman

dengan membabi buta dan tidak pula melaksanakan itu tanpa pertimbangan .Dalam hubungan ini

islam mempunyai konsep yang unik berbeza dari semua konsep di dunia.hukuman yang dilakukan

kelihatan kejam dan terlalu keras menyebabkan tuduhan meluru terhadap undang-undang islam iaitu

menyeksa umat.Padahal ,hukuman itu kelihatan kejam dan terlalu keras kepada mereka yang

memandang seimbas tanpa penilaian yang mendalam.Namun islam tidak melaksanakan hukuman

begitu sahaja melainkan sesudah mendapat kepastian penjenayah itu telah melakukan jenayah tanpa

sebab yang tidak dapat dimaafkan atau dilakukan dengan sengaja .misalnya,islam menentukan

hukuman potong tangan kepada pencuri ,tetapi islam tidak melaksanakannya jika pencuri itu

mencuri kerana dia kebuluran..hal ini menunjukan islam bukan agama yang ganas seperti mereka

sangkakan tadi.

4.Menyangka zakat dalam islam itu sebagai hadiah kepada orang miskin dari orang kaya.

Zakat dari segi bahasa bermakna subur bersih dan berkembang .manakala menurut

pengertian syara’ pula zakat bermaksud kadar dari harta tertentu yang wajib dikeluarkan kepada

golangan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu. Merka telah salah erti dan punca

kesilapan mereka yang paling besar ialah menyangka zakat itu sedekah atau satu pemberian secara

ehsan dari orang kaya kepada orang miskin.jika mereka berfikir dengan akal yang waras tentulah

mereka dapati bahawa gambaran zakat yang sebenar bukan begitu.hal ini kerana dari segi logik

apabila dikatakan pemberian secara ihsan dengan sendirinya bererti bahawa pemberian itu

merupakan pemberian sukarela yang tidak diwajibkan dalam islam.sedangkan zakat adalah

diwajibkan kepada umat islam dan sudah pun termaktub dalam rukun islam.

Bagi menjelaskan lagi sangkaan berkenaan zakat itu adalah pemberian ihsan bertentangan

dengan ajaran islam seperti, mana-mana pihak yang menunjukan keengganan untuk membayar zakat

10

Page 11: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

ini akan ditentang dan mereka halal dibunuh kerana dianggap sebagai kaum yang murtad.ini

menunjuknan zakat itu bukan pemberian atau sedekah.

5. Anggap Islam agama yang kolot

Pada saat ini, gejala-gejala baru timbul seperti yang dinyatakan di atas iaitu orang-orang

barat menganggap islam agama yang kolot.Dengan kata lain mereka menuduh islam tidak lagi dapat

diterimadi zaman ini.Tambah lagi mereka mengatakan islam ini tidak lagi relevan dengan logik akal

kehidupan moden hari ini.Seterusnya, mereka menuduh cara hidup islam itu akan menjadikan

manusia berfikiran sempit mengenai perkembangan terkini dan menghalang kemajuan sesebuah

Negara..Contohnya perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.Sedangkan islam adalah agama

yang syumul(lengkap).Syumul ini berkait rapat dengan Al-Quran dan Al-Sunnah serta merangkumi

semua aspek kehidupan manusia termasuklah sains dan teknologi.namun begitu aspek ini tidak

mengira umat islam atau disebaliknya.dari sudut ekonomi pula melalui sistem riba.mereka

mengatakan bahawa riba itu penting dalam sistem ekonomi.oleh itu mereka anggap islam kolot

kerana tidak mengamalkan sistem riba ini .8

Penutup

Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim.

1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah

tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.

2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk

kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.

3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja

dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam

kehidupannya.

4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta

berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan.

5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara

dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.

8 http://www.rasnur.com

11

Page 12: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

Demikianlah sedikit penjelasan mengenai betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan

kesinambungan kepimpinan Islam dalam negara ini.Tanpa kesedaran yang tinggi dan usaha yang

gigih dan teratur, masa depan kepimpinan Islam masih belum pasti.

(3,320 patah perkataan )

12

Page 13: tugasan hbis 4303

HBIS 4303 ZANARIAH ISMAIL 750701016674002

Rujukan :

1. Alias Othman, 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Pustaka Salam Kuala Lumpur..

2. Abdul MonirnYaacob,1999.Prinsip-Prinsip Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk.IKIM

Kuala Lumpur

3. Dr. Lukman Thaib, 1995, Syura dan Aplikasinya Dalam Pemerintahan Pada Masa Kini, Kuala

Lumpur.

4. Institut Perguruan Guru,2010.Modul Tamadun Islam KPLI (SR).KPM Cyber Jaya.

5. Lukman Thaib, 1998,Politik Menurut Perspektif Islam.Synergymate Sendirian Berhad

Selangor

6. Sayyid Abul A’la Al Maududi .1987.Prinsip-Prinsip Utama Negara Islam.Hizbi.Kuala

Lumpur.

7. http:// www.mindamadani.my/index2.php?option&content&do

8. http://aplikasi.uitm.edu.my/portal_i_staf/skim/maklumat_perkhidmatan/islam hadhari.pdf

9. http://www.digitalibrary.my/dm docoments/malaysiakini/489_prinsip ng islam from

pas.org.my.pdf

10. http:// sokongsalaf.wordpress.com/2007/08/10 malaysia-negara-islam

11. http://www.nasnur.com/2011/01/menolak- tanggapan-salah-istilah-negara.html

13