TUGASAN INDIVIDU

15
Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan............................................1 2.0 Ulasan Karya..........................................1 3.0 Hasil Kajian..........................................3 4.0 Rumusan............................................... 8 Rujukan................................................... 9

description

kumpulan dinamika

Transcript of TUGASAN INDIVIDU

Page 1: TUGASAN INDIVIDU

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan...................................................................................................................1

2.0 Ulasan Karya................................................................................................................1

3.0 Hasil Kajian................................................................................................................. 3

4.0 Rumusan......................................................................................................................8

Rujukan..............................................................................................................................9

Page 2: TUGASAN INDIVIDU

1.0 Pengenalan

Jurnal kajian yang dikaji adalah bertajuk “Holding the Helm: Exploring The Influence Of

Transformational Leadership on Group Creativity, And The Moderating Role of

Organizational Learning Culture” yang ditulis oleh Simone T.A. Phipps, Leon C. Prieto

dan Satish Verma pada tahun 2012. Jurnal ini kemudiannya telah diterbitkan oleh

“Journal of Organizational Culture, Communication and Conflict”. Perkara utama yang

akan dibincangkan menerusi kajian ulasan jurnal adalah aspek jenis kepimpinan

transformasional, budaya pembelajaran dalam organisasi dan kesannya kepada kreativiti

dalam kumpulan. Perkara lain adalah pengaruh jenis kepimpinan terhadap pembentukan

kreativiti dalam kumpulan serta pengaruh budaya dalam organisasi.

2.0 Ulasan Karya

Di dalam jurnal yang dikaji tersebut, penulis menekankan mengenai kreativiti dalam

kumpulan dan kepentingannya dalam pembangunan sesebuah kumpulan tersebut.

Kreativiti dianggap penting disebabkan arus semasa yang semakin moden, peningkatan

teknologi semasa yang pesat, dan perubahan pasaran yang boleh berlaku secara

mendadak menyebabkan aspek kreativiti dalam kumpulan semakin penting. Beliau turut

memperkatakan bahawa pembangunan organisasi bergantung kepada kecekapan dan

keberkesanan kumpulan untuk menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Kumpulan

yang berdaya saing akan membawa organisasi ke tahap pencapaian yang lebih tinggi dan

mencapai hasil dan pulangan yang maksimum. Di dalam unsur kreativiti, aspek inovasi

1

Page 3: TUGASAN INDIVIDU

adalah sangat penting dalam mencipta satu kaedah atau penyelesaian mahupun ciptaan

terbaru yang membolehkan organisasi lebih kompetetif dan berdaya saing dalam masa

jangka panjang.

Oleh itu, beliau telah mengemukan dua teori yang dapat memberi pengaruh

kepada kreativiti dalam kumpulan. Pertama kreativiti kumpulan dipengaruhi oleh

kepimpinan yang efektif iaitu penulis memilih jenis kepimpinan transformational. Ciri-

ciri kepimpinan transformational seperti berwawasan, pemberi semangat, memberi

kebebasan untuk membuat keputusan kepada pekerjanya, sentiasa memberi cabaran

terbaru kepada pekerjanya dikaitkan kepada peningkatan kreativiti dalam kumpulan dan

inovasi. Pernyataan ini turut disokong oleh Jung (2000) yang menyatakan kreativiti

kumpulan kepimpinan transformational lebih banyak melahirkan pengikut yang

mempunyai idea-idea yang inovatif berbanding kepimpinan transaksional.

Keduanya, beliau menyatakan bahawa budaya di dalam organisasi turut

mempengaruhi faktor kreativiti dalam kumpulan. Ini disebabkan faktor budaya

organisasi yang saling membantu dan saling menyokong inovasi-inovasi baru serta

pembentukan kumpulan yang berbudaya kerja cemerlang menyebabkan berlakunya

kreativiti di dalam kumpulan terhasil. Pendapat penulis turut disokong oleh Purington,

Butler dan Gale (2003) yang menyatakan bahawa syarikat pengeluar komunikasi dan

teknologi terunggul sentiasa memperkemaskan pengetahuan pekerjanya dengan alatan

2

Page 4: TUGASAN INDIVIDU

berteknologi dan menggalakkan rekaan yang berinovasi dan mengubah suasana tempat

kerja sebagai hub pendidikan dan pembangunan pekerja.

Ketiga, penulis menfokuskan pengaruh jenis kepimpinan transformational kepada

perubahan positif atau untuk mentransformasikan organisasi dengan perhubungan baik

antara majikan dan pekerja. Artikel jurnal ini keseluruhannya membincangkan mengenai

sejauhmana aspek jenis kepimpinan transformasional boleh mempengaruhi kreativiti

dalam kumpulan. Selain itu, ia juga turut menyokong bahawa budaya pembelajaran

organisasi akan membantu dalam mengubah organisasi dan daya kreativiti akan

meningkat yang mana telah dicetuskan oleh aspek kepimpinan transformational tersebut.

Maka kesimpulan yang dibuat oleh penulis bahawa aspek jenis kepimpinan

transformational, budaya pembelajaran organisasi dan kreativiti dalam kumpulan

mempengaruhi transformasi atau perubahan dalam organisasi itu.

3.0 Hasil Kajian

Ungkapan yang menyatakan setiap orang adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas

ke atas orang yang dipimpin merupakan ungkapan yang sudah tidak asing lagi kepada

setiap orang dalam organisasi. Penulis dalam artikel jurnal beliau mengiayakan bahawa

kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada dalam

kalangan pemimpin mereka. Menurut Simone T.A. et al, 2012; 147 menyatakan bahawa

“transformational leadership has been found to contribute to organizational success in

3

Page 5: TUGASAN INDIVIDU

many ways”. Begitu juga kesediaan pekerja memberi komitmen yang tinggi kepada

organisasi yang juga bergantung kepada kemampuan pemimpin mempengaruhi dan

meyakini mereka untuk bertindak sedemikian. Menurut Simone T.A et al., 2012; 146

mengatakan “it transforms followers and organizations through the promotion if selfless

ideas that encourage performance beyond expectations”. Transformational adalah

merupakan pemimpin yang memberi perhatian dan tumpuan kepada pembangunan

keperluan individu pengikut.

Mereka cuba mengubah pandangan pengikut-pengikut mereka mengenai beberapa

isu dengan membantu mereka melihat permasalahan lama dengan cara baru. Menurut

Bass, 1985 mengelaskan ciri-ciri yang patut ada kepada pemimpin transformational ini,

“TFL includes four components, namely indealized influence (II), inspirational

motivation (IM), intellectual stimulation (IS), and individualized consideration (IC)”.

Kesemua ciri-ciri pemimpin transformational diatas dapat disimpulkan bahawa pemimpin

jenis tersebut menyediakan wawasan dan ransangan, membimbing dan memberi galakan,

dan mengutamakan pekerja sebagai asset utama dalam organisasi dan cuba untuk

membangunkan dan memperkasakan kebolehan seseorang pekerja.

Bagaimanapun, satu kajian mengenai pengaruh jenis kepimpinan terhadap

indentifikasi kumpulan telah dijalankan oleh Ruggieri S., 2013. Tujuan kajian ini

dilakukan adalah untuk mengenalpasti impak kumpulan hasil daripada ujian yang

dilakukan dengan pembolehubah bebasnya adalah jenis kepimpinan transformational dan

4

Page 6: TUGASAN INDIVIDU

jenis kepimpinan transaksional melalui sikap pengorbanan seseorang pemimpin kepada

organisasinya. Ujian dilakukan oleh 186 pekerja yang diketuai samada seorang

pemimpin transformational dan seorang lagi pemimpin transaksional. Responden akan

menilai pemimpin masing-masing berdasarkan sikap pengorbanan dan identiti responden

kumpulan tersebut. Menurut Ruggieri S., 2013 “leadership style and self-sacrifice were

positively related to team identification in both transactional and transformational

conditions, but a stronger relationship was observed in the transformational context”.

Kajian yang dijalankan ini mempunyai dua jenis hipotesis yang dikaji. Pertama,

kepimpinan transformational mempunyai hubungan yang kuat dengan identiti kumpulan

berbanding kepimpinan transaksional. Hipotesis kedua pula adalah terdapat hubungan

antara jenis kepimpinan transformational dengan sikap pengorbanan seorang pemimpin,

tetapi tidak terdapat hubungan antara jenis kepimpinan transaksional dengan sikap

pengorbanan seorang pemimpin. Melalui kajian yang dilakukan oleh penulis kedua ini

menunjukkan pembolehubah bebas adalah identiti kumpulan dan sikap pengorbanan

seorang pemimpin.

Keputusan kajian menunjukkan pengaruh kepimpinan transformational dan

transaksional memang memberikan pengaruh dan perubahan dalam aspek kreativiti,

indentiti dan perubahan dalam organisasi tersebut tetapi berbeza mengikut jenis

kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin. Menurut Ruggieri S., 2013 “our findings

provide further evidence that team identification in an employee group is affected by the

5

Page 7: TUGASAN INDIVIDU

presence of high levels of transactional and transformational leadership. In particular,

high levels of transformational leadership ensure higher levels of team than do high level

of transactional leadership”. Pemimpin transformational dapat mengeratkan lagi

hubungan personal atau hubungan yang tinggi antara pemimpin dan sebaliknya pemimpin

transaksional menunjukkan hubungan yang samar-samar dengan pemimpin dan pekerja

atau hubungan ynag rendah. Oleh itu hipotesis pertama disokong manakala hipotesis

kedua tidak disokong. Ini disebabkan masih lagi terdapat hubungan antara kepimpinan

transaksional dengan sikap pengorbanan seorang pemimpin tetapi amat rendah.

Maka kajian jurnal pertama iaitu kreativiti boleh ditingkatkan disebabkan

dipengaruhi oleh jenis kepimpinan transformational boleh dipertikaikan. Ini disebabkan

berlakunya sikap pemimpin transaksional itu sendiri yang akan mempengaruhi kreativiti

pekerjanya. Kemungkinan pemimpin itu menggunakan hadiah atau ganjaran ataupun

hukuman untuk mempengaruhi aspek kreativiti pekerjanya. Oleh itu pekerja akan

bersungguh-sungguh untuk mencuba dan mempelbagaikan kreativiti mereka untuk

mendapatkan ganjaran yang akan diberikan.

Menurut isu kedua yang dibincangkan dalam jurnal pertama iaitu, beliau

menyatakan bahawa budaya di dalam organisasi turut mempengaruhi faktor kreativiti

dalam kumpulan. Ini disebabkan faktor budaya organisasi yang saling membantu dan

saling menyokong inovasi-inovasi baru serta pembentukan kumpulan yang berbudaya

kerja cemerlang menyebabkan berlakunya kreativiti di dalam kumpulan terhasil. Perkara

6

Page 8: TUGASAN INDIVIDU

ini turut disokong oleh Rijal S. melalui hasil jurnalnya yang bertajuk “Leadership Style

and Organizational Culture In Learning Organizational: A Comparative Study” pada

tahun 2010. Menurut Rijal S. (2010;120), “the need for adaptive, flexible and innovative

organizational culture within organizations is response to the turbulence and uncertainty

in the organizational environment has long been suggested”. Pada zaman era teknologi

dan globalisasi tanpa sempadan ini, budaya dalam organisasi perlu lebih fleksibel dan

diperbaharui dari semasa ke semasa. Maka, kumpulan-kumpulan di dalam organisasi

perlu diwujudkan dan diterapkan dengan nilai-nilai yang lebih maju dan inovatif.

Menurut Rijal S. (2012; 121) “leadership takes on a different role in a learning

organization. To achive the vision of learning organization leadership capabilities must

be developed…these roles are suitable to a transformational leader as they are

champions of technological innovation”. Beliau menyatakan bahawa untuk mewujudkan

budaya pembelajaran organisasi yang cemerlang, maka kepimpinan organisasi perlu

diterajui oleh pemimpin yang bersifat transformational. Ini disebabkan budaya

pembelajaran yang bersifat transformational menyokong kepada budaya inovasi dan

budaya keusahawan kepada pekerjanya. Menurut Abdul Aziz Yusof (2010; 379)

perlaksanaan dan penghayatan terhadap budaya perlu dilakukan secara sistematik agai

dapat diterima oleh semua pihak dalam organisasi bagi memastikan pencapaian matlamat

organisasi secara keseluruhannya. Dalam arus pembangunan teknologi kini, aspek

inovasi dan kreativiti yang ditekankan dalam budaya pembelajaran yang bersifat

transformasi amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi.

7

Page 9: TUGASAN INDIVIDU

4.0 Rumusan

Dalam mengkaji jurnal artikel tersebut, terdapat dua isu yang telah dijelaskan iaitu aspek

kepimpinan transformational dan budaya pembelajaran dalam organisasi memainkan

peranan penting dalam mengembangkan kreativiti dalam kumpulan dan seterusnya dapat

mengadaptasi perkembangan semasa. Aspek kepimpinan transformational dilihat sebagai

batu loncatan atau penyedia wawasan dan ransangan terhadap misi dan menanam

semangat serta memberi keyakinan kepada pengikut untuk berfikir secara kreatif dan

mengutamakan produk dan idea yang bernas. Manakala, budaya pembelajaran organisasi

yang mementingkan inovasi dan pembaharuan dilihat sebagai pencetus kepada kreativiti

dalam kumpulan. Kesan daripada keadaan ini, budaya organisasi yang diterapkan secara

tidak langsung akan dapat menyatukan pekerja ke arah pembentukan matlamat serta

tujuan yang ingin dicapai oleh organisasi.

8

Page 10: TUGASAN INDIVIDU

Rujukan

Abdul Aziz Yusof. (2012). Gelagat organisasi satu pendekatan strategik. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Bass, B. (1985). Leadership and performance beyond expectations. New York: Free Press.

Schermerhorn, Jr. J. (2011). Introduction to management. Danvers: Wiley and Sons.

Jung, D. (2000). Transfromational and transactional leadership and their effects on creativity in groups. Creativity Research Journal, 13(2), 185-195.

Rijal, S. (2010). Leadership style and organizational culture in learning organizational: a comparitive study. International Journal of Management and Information Systems, 14(5), 119-127.

Ruggieri, S. (2013). Leadership style, self sacrifice and team identification. Social Behaviour And Personality, 41(7), 1171-1178.

Simone T.A, Leon C., Satish V. (2012). Holding the helm: exploring the influence of transformational leadership on group creativity and the moderating role of organizational learning culture. Journal Of Organizational Culture, Communications and Conflict, 16(2), 145-156.

9