Tugasan individu pitos 2012 new

3
TUGASAN INDIVIDU PITO 2012 Sila pilih satu tajuk tugasan daripada setiap kursus Pitos berikut: PITOS 101 Pensyarah : Prof. Madya Dr. Hazri Jamil (Penyelaras) / Dr. Sah Hadiyatan Jawab 1 soalan daripada soalan-soalan di bawah : 1. Bincangkan sumbangan dan ciri-ciri pensejarahan Ranke. 2. Mengapakah pengadilan moral ditentang oleh sesetengah sejarawan dan apakah pula alasan-alasan pihak yang meyokong pengadilan moral dalam sejarah. 3. Mengapakah sumber sejarah perlu ditafsir? Bagaimanakah pula kritikan luaran dan kritikan dalaman dijalankan dalam penyelidikan sejarah. PITOS 102 Pensyarah : Dr. Shahabudin Hashim (Penyelaras) / Prof. Madya Dr. Hazri Jamil TUGASAN 1 Apakah kaedah pengajaran yang dapat menarik minat murid untuk mempelajari Sejarah? Berikan pendapat anda. TUGASAN 2 Jika anda terpilih sebagai panel pemilihan guru cemerlang sejarah, bincangkan kriteria-kriteria yang perlu diambil kira terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. TUGASAN 3 Sumber digital sejarah membantu meningkatkan minat murid serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menarik. Berdasarkan pemerhatian anda, sejauh manakah penggunaan sumber digital sejarah dalam kalangan guru sejarah? PITOS 103 Pensyarah : Prof. Madya Dr. Ahmad Jalani (Penyelaras) / Puan Renuka Ramakrishnan TUGASAN 1 Nyatakan perbezaan antara zaman prasejarah dan protosejarah. Bincangkan zaman Prasejarah di Malaysia TUGASAN 2 Ciri-ciri ketamadunan telah bermula dalam zaman neolitik dan zaman logam. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat ini? TUGASAN 3 - Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya. Berdasarkan pernyataan ini, bincangkan persamaan, perbezaan dan konsep saling bergantungan antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

Transcript of Tugasan individu pitos 2012 new

Page 1: Tugasan individu pitos 2012 new

TUGASAN INDIVIDU PITO 2012

Sila pilih satu tajuk tugasan daripada setiap kursus Pitos berikut:

PITOS 101

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Hazri Jamil (Penyelaras) / Dr. Sah Hadiyatan

Jawab 1 soalan daripada soalan-soalan di bawah :

1. Bincangkan sumbangan dan ciri-ciri pensejarahan Ranke.

2. Mengapakah pengadilan moral ditentang oleh sesetengah sejarawan dan apakah pula

alasan-alasan pihak yang meyokong pengadilan moral dalam sejarah.

3. Mengapakah sumber sejarah perlu ditafsir? Bagaimanakah pula kritikan luaran dan

kritikan dalaman dijalankan dalam penyelidikan sejarah.

PITOS 102

Pensyarah : Dr. Shahabudin Hashim (Penyelaras) / Prof. Madya Dr. Hazri Jamil

TUGASAN 1 – Apakah kaedah pengajaran yang dapat menarik minat murid untuk

mempelajari Sejarah? Berikan pendapat anda.

TUGASAN 2 – Jika anda terpilih sebagai panel pemilihan guru cemerlang sejarah,

bincangkan kriteria-kriteria yang perlu diambil kira terutamanya dalam aspek pengajaran dan

pembelajaran.

TUGASAN 3 – Sumber digital sejarah membantu meningkatkan minat murid serta

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menarik. Berdasarkan pemerhatian

anda, sejauh manakah penggunaan sumber digital sejarah dalam kalangan guru sejarah?

PITOS 103

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Ahmad Jalani (Penyelaras) / Puan Renuka Ramakrishnan

TUGASAN 1 – Nyatakan perbezaan antara zaman prasejarah dan protosejarah. Bincangkan

zaman Prasejarah di Malaysia

TUGASAN 2 – Ciri-ciri ketamadunan telah bermula dalam zaman neolitik dan zaman

logam. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

TUGASAN 3 - Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan

berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya. Berdasarkan pernyataan

ini, bincangkan persamaan, perbezaan dan konsep saling bergantungan antara kerajaan agraria

dan kerajaan maritim.

Page 2: Tugasan individu pitos 2012 new

PITOS 104

Pensyarah : Dr. Ku Boon Dar (Penyelaras) / Dr.Mohd Khalid Bin Md.Taib

TUGASAN 1 – “Melaka was also admirably equipped to satisfy the physical needs for the

traders” [Melaka juga mempunyai persediaan yang baik untuk memenuhi kehendak fizikal

pedagang-pedagang] (Barbara & Leonard Andaya, A History of Malaysia, hlm.42).

Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk kepada kemunculan Melaka sebagai pusat

perdagangan antarabangsa pada abad ke-15 dan awal abad ke-16.

TUGASAN 2 – "Sistem warisan dalam masyarakat yang menjadi asas tradisi kekeluargaan

Melaka adalah sistem patrimonial, iaitu jurai dan 'perut' sebelah bapa lebih dipentingkan."

Bincangkan pernyataan tersebut. (Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,...

hlm. 281)

TUGASAN 3 - "Pada dekad-dekad awal abad ke-19, pergolakan politik terus berlaku di

Negeri Sembilan...salah satu sebab yang menimbulkan perselisihan pada masa itu ialah

perebutan kuasa di antara anak-anak raja."

Jelaskan pernyatan tersebut. [Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat, 1850-

1873: Kesan Perkembangan Dagang Terhadap Politik Melayu,...hlm. 44]

PITOS 105

Pensyarah : Dr. Najeemah Mohd Yusof (Penyelaras) / Dr. Subadrah Nair

TUGASAN 1 – Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824 telah menimbulkan pelbagai

kesan politik dan sosial. Bincangkan kesan-kesan tersebut.

TUGASAN 2 – Pada pendapat anda apakah kebaikan dan keburukan campur tangan British

di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

TUGASAN 3 - Pada pendapat anda apakah kesan sosioekonomi kepada rakyat akibat

kebangkitan semangat kebangsaan Tanah Melayu.

PITOS 106

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Hazri Jamil (Penyelaras) / Puan Renuka Ramakrishnan

TUGASAN 1 – Campurtangan British pada tahun 1874 telah memberi impak yang besar

terhadap ekonomi Tanah Melayu.Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

TUGASAN 2 – Apakah yang anda faham dengan maksud gerakan Islah? Mengapakah

gerakan ini tidak mendapat sokongan menyeluruh daripada masyarakat Tanah Melayu pada

awal abad ke 20?

Page 3: Tugasan individu pitos 2012 new

TUGASAN 3 - Bincangkan kesan sosial dan ekonomi pendudukan Jepun di Tanah

Melayu (1942-1945). Sertakan imej sejarah yang berkaitan untuk mengukuhkan

perbincangan anda.

PITOS 107

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Khadijah Zon (Penyelaras) / Dr. Sah Hadiyatan Ismail

TUGASAN 1 – Sistem ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional berteraskan ekonomi sara

diri. Bincangkan sebab-sebab sistem tersebut diamalkan dan apakah pada pandangan anda

kesannya terhadap masyarakat Melayu?

TUGASAN 2 – Perkembangan sektor perlombongan dan pertanian-perladangan mengubah

konsep ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial pada kurun 19 hingga awal kurun ke 20.

Bincangkan kesan perkembangan ini kepada setiap kumpulan etnik masyarakat yang ada di

Tanah Melayu pada masa itu.

TUGASAN 3 - Pilih mana-mana SATU(1) Dasar Negara pasca merdeka yang di nyatakan

di bawah ini dan beri pandangan anda terhadap implikasi dasar tersebut kepada

perkembangan sosio-ekonomi Malaysia:

a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) : 1971 – 1900

b) Dasar Pembangunan Nasional: 1991 - 2000

c) Dasar Wawasan Negara: 2000 - 2010

___________________________________________________________________

FORMAT PENULISAN

1. Jawapan dalam bentuk esei

2. Panjang 5-7 m/s

3. Font : 12 (Times New Roman)

4. Jarak 1.5

5. Sertakan rujukan

*****SELAMAT MENJAWAB*****