tugasan individu.docx

17
http://midieja.blogspot.com/p/pepatah_05.html PEPATAH Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkert-kerat atau berpatah-patah. Contoh Pepatah dan Maksudnya. PEPATAH MAKSUD Ditelan mati emak, diluah mati bapa Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita Guruh tak berbunyi, malang tak berbau Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu Harapkan pagar, pagar makan padi Percaya akan orang yang mengkhianati kita Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Bekerjasama dan tolong-menolong Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga Biar putih tulang, jangan putih mata Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya Genggam bara api, viar sampai jadi abu Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya Kejayaan tidak akan dating begitu sahaja tanpa berusaha Takut kerana salah, berani kerana benar Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani Buang yang keruh, ambil yang jernih Buang yang jahat, ambil yang baik Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi Mendapat sesuatu yang diingini http://www.slideshare.net/AjakKur/pepatah-bahasa-melayu pepatah ialah sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran. Selain itu, pepatah juga bersandarkan kepada adat resam orang Melayu. Pepatah juga sering diungkapkan oleh orang-orang tua sebagai pedoman kepada seluruh masyarakat khasnya orang-orang melayu. http://tubelawak.blogspot.com/2011/06/pepatah-melayu-lama-dan-dunia- hari-ini.html

Transcript of tugasan individu.docx

http://midieja.blogspot.com/p/pepatah_05.htmlPEPATAHPepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkert-kerat atau berpatah-patah.

Contoh Pepatah dan Maksudnya.PEPATAHMAKSUD

Ditelan mati emak, diluah mati bapaSusah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengahOrang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita

Guruh tak berbunyi, malang tak berbauKemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu

Harapkan pagar, pagar makan padiPercaya akan orang yang mengkhianati kita

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingBekerjasama dan tolong-menolong

Sehari selembar benang, lama-lama jadi kainSedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga

Biar putih tulang, jangan putih mataRela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalanOrang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya

Genggam bara api, viar sampai jadi abuBersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya

Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunyaKejayaan tidak akan dating begitu sahaja tanpa berusaha

Takut kerana salah, berani kerana benarBerasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani

Buang yang keruh, ambil yang jernihBuang yang jahat, ambil yang baik

Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasiMendapat sesuatu yang diingini

http://www.slideshare.net/AjakKur/pepatah-bahasa-melayu

pepatah ialah sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran. Selain itu, pepatah juga bersandarkan kepada adat resam orang Melayu. Pepatah juga sering diungkapkan oleh orang-orang tua sebagai pedoman kepada seluruh masyarakat khasnya orang-orang melayu.

http://tubelawak.blogspot.com/2011/06/pepatah-melayu-lama-dan-dunia-hari-ini.html

aku suka pepatah melayu lama.. begitu juga dengan karam singh walia.. dia juga selalu menggunakan pepatah melayu lama dalam laporan berita yang dibuatnya.. ada pepatah lama yang evergreen, tapi ada juga pepatah yang perlu diubahsuai sikit mengikut peredaran zaman.. hahaha.. mungkin ramai yang masih tidak perasan dan mengabaikan pepatah melayu lama ini.. jadi aku menulis entri ini dengan harapan agar rakyat malaysia semua tidak mengabaikan dan melupakan pepatah melayu lama selaras dengan perkembangan teknologi..

kalau anda perhatikan, di laman sosial seperti facebook sangat jarang orang menggunakan pepatah melayu lama ketika menulis status.. hahahaha.. yang diorang tau, update aktiviti terkini seperti "aku baru bangun tidur" atau "keluar makan jap" atau "sayang my hubby sangat2".. kadang-kadang terasa annoying gak dengan status atau wallpost macam ni.. cuba bagi status yang menduga akal sikit, kan best.. boleh gak menjana minda rakan-rakan yang lain..

jadi aku nak berkongsi sikit situasi-situasi yang sesuai untuk anda kaitkan pepatah melayu lama dengan dunia hari ini.. pendek kata di dalam dunia internet ni.. hahaha..

yang lama dikelek, yang baharu didukungcontoh : dengan adanya laman sosial seperti facebook ini, aku boleh memartabatkan kembali pepatah melayu lama.. yang lama dikelek, yang baharu didukung..

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panascontoh : tak payah dok guna email hosting mengarut-ngarut macam doramail, rocketmail semua ni.. tak secure.. pakai ja yahoo atau google.. sebab database diorang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas..

seperti lembu dicucuk hidungcontoh : kesian aku tengok si Shafi'e tu.. aku nak post kat wall dia pun aku risau awek dia marah.. selepas tukar status 'in relationship with Rafe'ah' dia seperti lembu dicucuk hidung..

bara yang digenggam biar sampai jadi arangcontoh : kalau kau nak besarkan ladang farmville kau macam aku, kau kena genggam bara biar sampai jadi arang.. aku yakin kau akan berjaya..

ok.. itu semua adalah antara pepatah yang boleh diguna pakai lagi.. tapi ada juga antara pepatah melayu lama yang sudah tidak sesuai untuk digunakan di masa kini.. kebetulan berlaku kepada aku sendiri.. ahahahaha.. aku malas nak taip.. jadi anda boleh lihat sendiri dalam gambar di bawah ini.. antara pepatah melayu lama yang tidak sesuai digunakan dizaman ini ataupun dilaman sosial.. hehehehe..

http://asfizahmohdamir65.blogspot.com/p/pepatah.html

PEPATAH

1.Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.2.Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup.3.Lazimnya, pepatah berbentuk susunan berangkap dan terdapat perulangan kata untuk penegasan atau unsure-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.4.Pepatah juga dapat memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada si pengucap atau orang lain yang mendengar ungkapan pepatah tersebut.

CONTOH PEPATAH

1.ada gula, ada semut di mana ada rezeki banyak, di situ banyak orang.

2.ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras jika ada wang, sesuatu pekerjaan itu akan mudah selesai.

3.air sama air, sampah ke tepi juga seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara adik-beradik, akhirnya akan diketepikan apabila adik-beradik itu berbaik semula.

4.ada ubi ada batas, ada budi boleh balas semua perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya.

5.alah bisa tegal biasa pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.

6.alah membeli, menang memakai biar mahal asalkan tahan lama

7.alah sabung menang sorak walaupun kalah tapi masih berlagak.

8.anak di pangkuan dilepaskan, kera di hutan disusui mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.

9.angguk bukan, geleng ya di mulut lain, di hati lain.

10.ayam terlepas, tangan bau tahi ingin mendapatkan untung yang banyak tetapi akhirnya menanggung kerugian atau malu.

11.bagaimana acuan begitulah kuihnya perangai anak biasanya menyamai perangai ibu bapanya.

12.baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang walaupun ada kelebihan diri tetapi tidak sombong.

13.banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam tiap-tiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berlainan

14.belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah dating orang yang arif dan rajin.

15.berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian menikmati kesenangan selepas bersusah payah.

16.berani kerana benar, takut kerana salah orang yang bersalah tidak akan bersifat berani

17.beratmata memandang, berat lagi bahu memikul hanya orang yang mengalami penderitaan itu yang tahu akankesusahan sebenar.

18.berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bekerjasama

19.bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar berhati-hati ketika berkata-kata

20.berdiri sma tinggi, duduk sama rendah setaraf ; sama padan.

21.bukan salah ibu mengandung mendapat malang disebabkan perbuatan sendiri

22.cepat kaki, ringan tangan cekap membuat kerja dan suka menolong.

23.carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga pertengkaran antara adik-beradik biasanya akan berbaik semula.

24.buang yang keruh, ambil yang jernih berdamai dan melupakan perselisihan yang berlaku.

25.cubit paha kanan, paha kiri terasa juga apabila seseorang yang amat rapat dengan kita teraniaya, kita turut merasai.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pepatah

KataTakrifSumber

pepatahperibahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua

pepatah dan petitihberbagai peribahasa;Kamus Dewan Edisi Keempat

pepatah adatperkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat;Kamus Dewan Edisi Keempat

pepatahperibahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya.Kamus Pelajar

pepatahsj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut (memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah.Kamus Dewan Edisi Keempat

peribahasabidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.Kamus Pelajar Edisi Kedua

petitihMn pepatah, peribahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat

pematahperibahasa; pepatah.Kamus Dewan Edisi Keempat

pematah1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata.Kamus Dewan Edisi Keempat

peribahasabidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

http://midieja.blogspot.com/p/bidalan_05.html

Contoh Bidalan dan Maksudnya.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedakJika ingin hidup mestilah berusaha.mewah,

Alur tempur, jalan berturutMelakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim.

Belum duduk, sudah belunjurBelum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.

Berbuat di alang, belayar di musimMelakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

Biar genting, jangan putusBiar rugi sedikit daripada rugi banyak.

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempasBerhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik.

Biar putih tulang, jangan putih mataSanggup mati daripada menyerah kalah.

Biar titik, jangan tumpahBiar rugi sedikit, jangan rugi banyak.

Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekaliBerbuat baik biar sekadar tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali.

Cermat masa banyak, jimat masa sedikitSelalu berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu.

Cicir dipungut, hilang dicariJangan melakukan pembaziran.

Daripada cempedak baiklah nangkaLebih baik ada daripada tiada langsung.

Elok lenggan di tempat dataBergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sesuai.

Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pulaSesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semua.

http://asfizahmohdamir65.blogspot.com/p/bidalan.html

BIDALAN

1.Bidalan ialah perkataan-perkataan yang mempunyai pengertian tertentu di sebalik kata-kata itu yang berkaitan dengan sikap dan tingkah laku manusia.2.Bidalan biasanya mengandungi kata-kata nasihat yang dapat dijadikan pengajaran dan mengandungi unsure perbandingan dengan benda lain seperti baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang , ada rupa ada harga dan sebagainya.3.Kata-kata bidalan juga digunakan sebagai bahan sindiran yang bertujuan untuk memberi peringatan seperti berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit yang bermaksud berjimat cermat akan membawa kesenangan kelak.

CONTOH-CONTOH BIDALAN1.ada pasang surut keuntungan dan kekuatan seseorang ada masa meningkat atau menurun.

2.ada rupa ada harga barang yang cantik, tentu mahal

3.ada udang di sebalik batu ada motif tersembunyi di sebalik perbuatan

4.air yang tenang, jangan disangka tiada buaya orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut5.baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang merendah diri lebih baik daripada menyombong

6.baik berjagung-jagung sementara padi belum masak sementara menunggu yang lebih baik buatlah sesuatu yang mendatangkan faedah.

7.belakang parang, kalau diasah akan tajam juga orang yang bodoh atau susah jika berusaha dengan gigih lama-kelamaan akan berjaya juga.

8.belum duduk berlunjur dahulu membuat sesuatu kerja tidak mengikut urutan

9.rambut jangan putus, tepung jangan berselerak sesuatu kerja yang dilaksanakan perlu dengan berhati-hati agar selamat

10.berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali lakukanlah kebaikan secara sederhana tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat

11.berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit amakan berjimat cermat agar dapat membawa kesenangan

12.biar genting, jangan putus biar rugi sedikit, jangan rugi banyak

13.biar mati anak, jangan mati adat anak yang melanggar adat mesti dihukum

14.biar berputih tulang, jangan berputih mata lebih baik mati daripada menanggung malu

15.berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata

16.biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati biar miskin atau hodoh seseorang itu, asalkan mempunyai hati budi yang baik

17.biar pecah di perut, jangan pecah di mulut sesuatu rahsia perlu disimpan dengan baik.

18.biar titik, jangan tumpah biar rugi sedikit asalkan tidak rugi banyak.

19.bumi mana yang tidak ditimpa hujan semua orang ada melakukan kesilapan.

20.daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanahmati lebih baik daripada hidup menanggung malu.

21.daripada segenggam jadi segantang daripada sedikit lama-lama menjadi banyak

22.habis akal, baru tawakal setelah berusaha barulah berserah kepada Tuhan.

23.jangan meludah ke langit jangan melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri.

24.ingat sebelum kena, jimat sebelum habis berhati-hati selalu agar tidak menyesal.

25.hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga budi yang baik akan dikenang walaupun seseorangitu telah meninggal dunia.

26.jangan bercermin di air keruh pebuatan yang negatif jangan ditiru.

27.sudah terang lagi bersuluh bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui.

28.sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain jika tekun berusaha pasti mendapat kejayan.

29.sediakan payung sebelum hujan beringat sebelum kena

30.pipit itu pipit juga lawannya orang kaya dengan orang kaya manakala orang miskin dengan orang miskin.

http://hafizan-malik.blogspot.com/2013/06/koleksi-bidalan-melayu.html

1.Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak[jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]2.Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut[Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]3.Belum duduk sudah berlunjur[Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]4.Berbual di alang, belayar di luar musim[Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]5.Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar[Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]6.Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat[Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]7.Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak[Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]8.Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian[Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]9.Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang[Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]10.Bertanjak baharu tinjau[Membuat kerja mengikut aturan]11.Biar alah sabung, asalkan menang sorak[Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]12.Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati[Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]13.Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian[Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]14.Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil[Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]15.Biar genting, jangan putus[Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]16.Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas[Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]17.Biar lambat asalkan selamat[Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]18.Biar mati anak jangan mati adat[Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]19.Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma[Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]20.Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut[Menyimpan rahsia]21.Biar putih tulang jangan putih mata[Sanggup mati daripada menyerah kalah]22.Biar senget, jangan tertiarap[Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]23.Biar titik, jangan tumpah[Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]24.Buang yang keruh, ambil yang jernih[Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja]25.Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali[Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]26.Cermat masa banyak, jimat masa sedikit[Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]27.Cicir dipungut, hilang dicari[Jangan melakukan pembaziran]28.Daripada cempedak baiklah nangka[Lebih baik ada daripada tiada langsung]29.Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga[Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]30.Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati[Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]31.Elok lenggang di tempat datar[Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]32.Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya[Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]33.Genggam bara api biar sampai jadi arang[Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]34.Habis akal, baru tawakal[Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]35.Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga[Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]36.Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa[Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]37.Hilang geli kerana geletek[Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]38.Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis[Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]39.Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak[Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]40.Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak[Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]41.Jangan bermain di air keruh[Jangan ditiru perbuatan yang buruk]42.Jangan buat kerbau tanduk panjang[Jangan campuri urusan orang lain]43.Jangan dibangunkan kucing tidur[Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]44.Jangan didengarkan siul ular[Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]45.Jangan difikir air pasang sahaja[Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]46.Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang[Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]47.Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis[Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]48.Jangan lemparkan pancing tiada berumpan[Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]49.Jangan mengukur baju orang di badan sendiri[Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]50.Jangan punting berasap jua[Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]51.Jangan tercirit di periuk[Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]52.Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan[Mendengar nasihat pakar]53.Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga[Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]54.Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup[Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]55.Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk[Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]56.Kusut di hujung balik ke pangkal[Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]57.Mamah dulu baru telan[Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]58.Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]59.Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang[Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]60.Naik tangga dari bawah[Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]61.Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai[Hidup akan senang kita berjimat cermat]62.Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi[Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]63.Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang[Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]64.Pipit itu pipit jugalah lawannya[Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]65.Sarang tebuan jangan dijolok[Jangan sengaja mencari kesusahan]66.Sediakan payung sebelum hujan[Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]67.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit[Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]68.Segan berkayuh perahu hanyut[Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]69.Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain[Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]70.Sempit bertimpuh, lega berlunjur[Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]71.Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah[Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]72.Sudah calit, jangan palit[Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]73.Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga[Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]74.Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang[Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]75.Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga[Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]76.Tali jangan putus, kaitan jangan sekah[Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]77.Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang[Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]78.Tercicir harus dibaliki[Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]79.Yang baik dipakai, yang buruk dibuang[Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]

Maklumat lanjut :http://hafizan-malik.blogspot.com/2013/06/koleksi-bidalan-melayu.html#ixzz308Af6yj2

http://sariaatainah.blogspot.com/p/blog-page_1577.htmlBidalan

Definisi BidalanBidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya (Kamus Dewan). Bidalan juga merupakan sejenis peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman, atau pengajaran kepada masyarakat dalam bentuk ungkapan yang ringkas. Bidalan juga membawa maksud yang tidak sama dengan maksud perkataan yang digunakan. Bidalan mempunyai maksudnya yang tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.

Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap.Selepas tamat persekolahan , Yusri membantu ayahnya berkebun sayur sebelum dia memperoleh jawatan yang dipohonnya. Bagi Yusri, baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Belum duduk sudah berlunjur.Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira."Kamu belum mendapat basikal yang dijanjikan oleh ayat kamu sebagai hadiah hari lahir, jadi janganlah belum duduk sudah berlunjur", kata Ramli kepada kawannya.

Berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar.Hendaklah berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.Pak Bakar dan Mak Lijah berbisik-bisik apabila bercerita tentang perilaku anak jirannya kerana mereka sedar bahawa berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar.

Daripada cempedak baiklah nangkaLebih baik ada daripada tiada langsung.Puan Sim sedang membeli sayur yang sudah hampir layu itu kerana baginya daripada cempedak baiklah nangka.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya.Penduduk kampung itu mengalami pelbagai kesulitan untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi mereka tidak pernah putus asa kerana bagi mereka genggam bara api biar sampai jadi arang.

Indah khabar dari rupaCerita tentang sesuatu perkara biasa yang dilebih-lebihkan dan tidak menyamai keadaan sbenarnya.Keadaan di negara itu sebenarnya indah khabar dari rupa. Apabila kamu tiba di sana tahulah kamu keadaan yang sebenarnya.

Sudah terhantuk baru tengadahSesudah ditimpa sesuatu masalah baru hendak beringat-ingat."Sudah beberapa kali kami nasihati agar berhati-hati melakukan kerja itu. Kini tidaklah perlu kau sesali apabila sudah terhantuk baru tengadah," katanya kepada pemuda itu.

Ukur baju di badan sendiriMembuat sesuatu mestilah mengikut kemampuan diri."Kami tidak menghalang kamu menyertai maraton itu, tetapi ukur baju di badan sendri", kata beliau.