Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

download Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

of 9

Transcript of Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    1/9

    1. Jelaskan kesan positif yang terhasil daripada interaksi antara tamadun beserta

    contoh.

    Setiap kemunculan tamadun mempunyai pelbagai jenis pencapaian, sifat- sifat,

    kelebihan dan keunikan yang dimiliki. Oleh yang demikian, sesebuah tamadun seharusnya

    mempunyai sikap terbuka bagi menerima pengaruh luar dan menjalinkan hubungan

    dengan tamadun lain iaitu berlakunya interaksi antara tamadun. Proses interaksi bermula

    dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyakat berbilang ras, etnik

    ataupun kaum. Melalui proses interaksi kebudayaan, maka terbina dan terjalin interaksi

    antara tamadun. Interaksi ini berlaku pada peringkat nilai, idea, institusi dan insaniah. Maka

    dengan itu, interaksi ini telah menyebabkan kewujudan kesan-kesan yang positif dan juga

    kesan negatif. Interaksi ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan sikap

    saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sifat terbuka

    sesbuah tamadun ini telah member peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran

    dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini

    dapat mengelakkan sesebuah tamadun daripada menjadi jumud dan beku, di mana

    akhirnya boleh meruntuhkan sesebuah tamadun tersebut.

    Interaksi antara tamadun memberikan kesan positif dilihat dalam perkembangan

    ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga teknologi ke dalam sesebuah tamadun. Interaksi

    antara tamadun China dan India telah memberikan banyak kebaikan kepada kedua-dua

    tamadun. Contohnya, teknologi membuat gula daripada tebu, dalam bidang astronomi dan

    perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit yang mempengaruhi kesusteraan China

    turut diperkembangkan oleh tamadun India kepada orang China. Manakala kesan positif

    kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan

    penggunaan kompas daripada Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara

    Tamadun China dengan Tamadun Melayu melahirkan kesan positif melibatkan kemahiran

    dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula

    daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam

    perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Semasa kemunculan

    Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan Kristian. Individu-individu

    Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam pentadbiran, contohnya

    dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan

    sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    2/9

    juga di Andalusia(Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan

    individu-individu Yahudi dan Kristian.

    Selain itu, interaksi antara tamadun juga memberikan kesan yang positif dalam hal-

    hal keagamaan, kepercayaan dan sistem nilaisesebuah tamadun. Semasa kemunculan

    Islam di tanah Arab, berlakunya interaksi antara Yahudi dengan Kristian yang telah

    mewujudkan Perlembagaan Madinah(Shahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi

    Muhammad S.A.W. Perlembagaan ini telah memberikan hak-hak dan perlindungan kepada

    penganut agama Yahudi dan Kristian. Mereka telah diberikan hak dan kebebasan untuk

    mengamalkan amalan tuntutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan daripada

    masyarakat sekitarnya, baik daripada Rasullullah atau umat Islam lainnya. Hal yang sama

    juga telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani

    Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Kesan penting

    yang wujud daripada interaksi Tamadun Islam dan Tamadun China ialah penyebaran

    agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

    Dengan ini juga, cendiakawan-cendiakawan Islam seperti Liu Zhi, dan Mha Zhu telah

    muncul bagi mencari keselarian ajaranajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme.

    Konsep-konsep hubungan kekeluarga, ketaatan kepada ibubapa dan raja serta nilai-nilai

    moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk

    memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Manakala dalam hubungan

    antara Tamadun China dan Tamadun Jepun, agama Buddha dari China ,yang mana

    sebelumnya disebarkan oleh Tamadun India ke negeri China di kembangkan dalam

    Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah disimilasikan dengan agama asal orang

    Jepun iaitu agama Shinto. Selain itu, ajaran konfusianisme dari China juga diasimilasikan

    dalam tamadun Jepun, yang memberikan penekanan kepada institusi kekeluargaan.

    Manakala konsep mandate dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja

    Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Hubungan antara

    tamadun Islam dengan Tamadun Melayu memberikan kesan yang menonjol iaitu

    tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam

    tempatan di Pasai, Melaka, aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban,

    Mataram dan sebagainya.

    Interaksi antara tamadun juga memberikan kesan yang positif dalam hal berkaitan

    adat resam dan kebudayaan sesuatu tamadun. Contohnya, hasil daripada interaksi

    Tamadun Islam dan Tamadun China melalui perdagangan, berlakunya perkahwinan

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    3/9

    campur antara pedagang-pedagang Arab-Parsi dengan wanita-wanita tempatan. Dengan

    ini, telah terbentuk komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Dalam interaksi antara

    Tamadun Melayu dan Tamadun China,pada awal kurun ke-17, sekitar tahun 1613 M,

    komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana tiada pendatang China dari kalangan

    kaum wanita, mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Justeru itu Bahasa Malayu

    menjadi bahasa pengantar dalam urusan perniagaan. Tetapi dalam intitusi kekeluargaan

    lahirlah satu budaya kacukan iaitu Baba dan Nyonya.Ringkasnya, komuniti ini berusaha

    meniru pelbagai aspek budaya Melayu hingga kepada aspek makanan dan masakan.

    Justeru itu, masakan Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereke turut meniru cara

    orang Melayu makan menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat

    menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian. Selain itu, wujud juga

    Cina Peranakan Kelantan, di mana berlakunya penyerapan ciri-ciri budaya Melayu

    dikalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan dan cara berpakaian.

    Wujud juga sifat saling menghormati dan lahir citarasa yang sama dengan penduduk

    tempatan seperti kegemaran wayang kulit, permainan mahjong, wayang gedek dan menora.

    Namun ciri budaya Cina asal masih kekal pada mereka khususnya pada aspek agama.

    Mereka kekal berpegang pada agama asal warisan mereka terutamanya agama Budhha.

    Cina Peranakan Melaka dan Pulau Pinang pula menggunakan bahasa Melayu dan cara

    hidup Melayu, namun bukan Islam. Mereka mengamalkan adat resam mirip kepada adat

    resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya

    kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu.

    Perkembangan bahasa dan kesusasteraan adalah antara kesan positif dalam

    berlakunya hubungan atau interaksi antara tamadun. Semasa interaksi Tamadun India dan

    Tamadun China, perbendaharaan kata bahasa Pali dan bahasa Sanskrit telah

    mempengaruhi perjalanan dan perkembangan kesusasteraan China. Sama juga, yang

    berlaku kepada interaksi Tamadun India dengan Tamadun Melayu, bahasa Sanskrit

    banyak dipinjam dan digunakan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti

    wayang kulit, Hikayat seri Rama, Rendawa Lima dan sebagainya. Manakala dalam interaksi

    Tamadun China dan Tamadun Melayu, perbendaharaan kata yang digunakan dari segi

    makanan (taugeh, kueh, tauhu, cincau, kicap, behon, mesua), pakaian dan barang

    dagangan (koyok, tahil, cat, kekwa, candu), rumah dan peralatan(loceng, tongkang, jong,

    sempua, ponkis, tanglong, dacing, beca, sampan), manusia dan ehwalnya(apek, loki,

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    4/9

    nyonya, taukeh, kongsi, kuntau, tokong) dan permainan(ceki, pakau, congkak, cukai,

    mahjong).

    Seterusnya, kesan positif hasil daipada interaksi antara tamadun ialah kesenian

    atau seni bina bangunan. Dalam interaksi Tamadun Islam dan Tamadun China, kesan

    dapat dilihat hingga sekarang, di mana masjid-masjid yang ada di negeri China mempunyai

    unsur-unsur seni bina Arab-Islam dan juga senibina China. Manakala, seni bina masjid di

    tanah Melayu adalah berbentuk kubah menunjukkan kepada tuhan yang Esa. Ini berlaku

    semasa interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun India. Semasa interaksi Tamadun

    Melayu dan Tamadun China, seni bina China terdapat dalam pembinaan masjid di

    Tanjung Kling dan Masjid Tengkera(Melaka), Kampong Laut(Kelantan) dan Demak(Jawa

    Timur). Rekabentuk bumbung menyerupai seni bina pagoda.

    2. Jelaskan kesan negatif yang terhasil daripada interaksi antara tamadun beserta

    contoh.

    Sudah menjadi lumrah dunia ini, setiap yang berlaku mesti ada kebaikan dan

    keburukannya. Maka, tidak tepat sekiranya dikatakan bahawa interaksi antara tamadun

    hanya mendatangkan kesan positif sahaja. Sebaliknya ia juga turut menghasilkan kesan

    negatif.

    Misalnya, hubungan antara orang Yahudi dan Kristian telah mengalami

    kemerosotan sejak awal lagi. Ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan orang

    Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini terjadi

    akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

    Dalam hubungan orang Islam dengan Kristian juga berlakunya perkara yang sama

    pada Zaman Pertengahan Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah

    bertindak melancarkan beberapa siri peperangan terhadap orang Islam yang disebut

    sebagai Perang salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam

    dan Yahudi. Ini juga tercetus hasil daripada perbezaan agama, ekonomi dan fahaman

    politik.

    Begitu juga dengan India, hubungan penganut Islam dengan penganut Hindu

    sentiasa berada dalam ketegangan dan perbalahan. Terdapat banyak peristiwa

    berlaku, di mana orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    5/9

    India yang beragama Hindu. Hal ini juga berlaku kepada penganut Hindu, di mana kuil-

    kuil Hindu dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Sebagai contoh, raja-raja

    Islam dalam Kesultanan Delhi mengharamkan pembinaan kuil dan mengharamkan

    upacara-upacara keagamaan Hindu dijalankan seperti yang dilakukan oleh raja Moghul

    iaitu Aurangzeb menghalang dan mengharamkan pembinaan kuil-kuil baru serta

    mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati

    dan sebagainya. Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China

    juga telah wujud suatu konflik terutamanya semasa agama Buddha mula diperkenalkan

    ke dalam masyarakat China semasa pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan

    agama tersebut telah mendapat tentangan hebat daripada para cendiakawan ajaran

    Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam sistem pentadbiran Dinasti Han. Sami-

    sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan bagi menghalang

    perkembangan agama itu.

    Di Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku jurang ekonomi yang besar. Ini

    berlaku disebabkan oleh pemerintahan penjajah yang tidak mengambil berat tentang

    kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri

    daripada masyarakat Melayu sentiasa dilindungi kerajaan British melalui dasar

    utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar Bandar dan

    terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat Bandar. Dalam hal

    ini, orang melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri shaja, sedangkan

    masyarakat imigran di kawasan Bandar terutamanya Cina terus berusaha dan

    memajukan diri dengan kegiatan eksport dan import. Ini bermakna penjajah hanya

    membenarkan masyarakat Melayu menjadi pekebun kecil shaja. Ringkasnya, akibat

    dasar pecahdan perintah Inggeris, telah berlakunyajurang perbezaan ekonomi.

    Rentetan daripada berlakunya jurang ekonomi, maka ia member kesan kepada

    jurang sosial. Lantaran itu, telah wujud kelompok masyarakat miskin dikalangan

    masyarakat luar Bandar. Secara tidak langsung, situasi ini telah mengubah struktur

    masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas.

    Kelas atasan terdiri daripada golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan

    pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan orang Cina. Kelasa pertengahan

    adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit daripada kaum India, sebilangan kecil individu

    Melayu dan lain-lain kaum bumiputera. Kelas bawahan merupakan majority masyarakat

    Melayu dan peribumi. Ini seolah-olah wujudnya kelas masyarakat berdasarkan sentimen

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    6/9

    dan lunas perkauman. Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku , khususnya

    dalam aspek pendidikan. Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut

    kaum dan logistik etnik. Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik India

    dengan pendidikan berteraskan bahasa Tamil dan etnik Cina dengan teras bahasa

    Mandarin. Manakala komuniti peribumi yang terdiri daripada orang asli, etnik Sabah dan

    Sarawak tidak diberikan pendidikan.

    3. Nyatakan ciri-ciri persamaan yang wujud antara pelbagai tamadun.

    a) Teologi(ketuhanan dan kerohanian)

    i. Semua tamadun menekankan konsep ketuhanan kecuali Buddha yang

    menekankan falsafah moral dan etika

    ii. Mempunyai doktrin serta amalan-amalan tertentu sama-ada berbentuk

    spiritual amhupun ritual seperti Islam (solat, puasa, haji,zakat, dsb)

    iii. Kepercayaan lain seperti kehidupan selepas mati dan pembalasan

    perbuatan manusia di dunia (akhirat).

    b) Etika

    i. Pendidikan sebagai pembentukan peribadi (character building)

    Tugas pengembangan dan penyebaran ilmu suatu yang mulia

    Konsep pendidikan dalam semua agama ialah mengutamakan

    transformasi dalam diri

    ii. Ekonomi

    Kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks moral semesta

    Buddha ajaran jalan lapan lapis

    Islam konsep halal dan haram, riba, berkait rapat dengan akhlak

    Tamadun Eropah ajaran kristian melarang riba dan rasuah.

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    7/9

    Tamadun China- falsafah Konfusianisme member perhatian

    kepada golongan petanidan pandang rendah golongan pedagang

    yang terlibat dalam rasuah dan penipuan.

    iii. Kekeluargaan

    Mementingkan hubungan yang baik, harmoni dan aman dalam

    sesebuah keluarga.

    Ahli keluarga mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing

    Patuh dan taat kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua dalam

    ahli keluarga.

    Keluarga yang bahagia dan penuh kasih saying akan mewujudkan

    ketenteraman yang harmoni dalam masyarakat.

    iv. Komuniti

    Komuniti atau masyarakat memainkan peranan yang penting

    Identiti individu ( pemikiran, pandangan semesta, sikap, perilaku,

    moral, dsb) berkait rapat dengan komuniti.

    Identity individu mencerminkan komunitinya.

    Lazimnya dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, nilai

    moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam.

    v. Alam Sekitar

    Anugerah tuhan

    Manusia harus menjaga dan memelihara alam sekitar sebagai

    khalifah atau pentadbir di muka bumi.

    vi. Kesihatan

    Kesihatan dipengaruhi oleh faktor alam sekitar

    Segala yang wujud dalam persekitaran mempunyai perhubungan

    yang rapat serta saling memerlukan.

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    8/9

    Mengubati penyakit dan memulihkan proses keseimbangan

    c) Politik dan Kerajaan

    Mementingkan konsep pemerintahan yang adil dan saksama.

    Prinsip kesetiaan kepada raja atau pemerintah ditekankan dan tidak

    boleh menderhaka.

    Raja , sultan, pemerintah atau pemimpin mestilah baik moralnya dan

    bersikap terbuka.

    d) Instisusi Keagamaan

    Wujudnya institusi keagamaan yang kukuh dan berkesan.

    Berperanan dalam pembentukan dan pembinaan masyarakat sebagai

    pusat agama, sosial, ekonomi, politik dan pendidikan.

    4. Nyatakan ciri-ciri perbezaan yang wujud antara pelbagai tamadun.

    a) Teologi/konsep ketuhanan

    Manifestasi ketuhanan yang berbeza, misalnya, konsep monothisme dalamIslam berbeza dengan Islam yang mengamalkan konsep Tauhid,

    Kristian(Trinity) dan Hindu (Trimurti)

    Ia juga mempunyai perbezaan dalam aspek tertentu. Contohnya, Hindu dan

    Buddha mengamalkan konsep reinkarnasi atau penjelmaan semula yang

    berbeza.

    Manifestasi konsep kenabian, amalan(ibadah) dan konsep hari pembalasan

    yang berbeza.

    b) Etika

    Bidang pendidikan yang mempunyai cara tranformasi dan penekanan elemen

    yang berbeza.

  • 8/2/2019 Tugasan TITAS_2 (nurrahman)

    9/9

    Dalam Islam, tauhid memainkan peranan penting dalam melakukan

    transformasi pendidikan, manakala Buddha dan Hindu mementingkan

    transformasi sifat yang dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

    Dalam bidang Ekonomi, yang membezakannya ialah kayu pengukur kepada

    kemajuan ekonomi.

    5. Jelaskan faktor-fator yang mempengaruhi interaksi antara pelbagai tamadun.