Post on 28-Oct-2015
Fasa-fasa dan teknik-teknik lari pecut
Fasa-fasa lari pecut
Lari pecut dapat dibahagikan kepada 3 fasa, iaitu:
1) Fasa permulaan
Bagi lari pecut, ia boleh dimulakan dengan dua cara, iaitu bermula dengan
menggunakan blok permulaan atau bermula dengan tanpa menggunakan blok
permulaan.
Fasa permulaan
Fasa larian- fasa pecutan
- fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan -fasa larian di selekoh
Fasa penamat
Gambar 1: Contoh blok permulaan
Walau bagaimanapun, fasa permulaan ini terbahagi kepada tiga gaya iaitu:
a) Gaya peluru
b) Gaya sederhana
c) Gaya panjang
Permulaan larian dengan blok permulaan
a) Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan.
blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok
belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Berikut
merupakan contoh gambar untuk meletakkan blok permulaan:
b) Gaya sederhana
Letakkan blok hadapan dua tapak dari garis permulaan
Manakala bagi blok belakang pula akan diletakkan dua tapak dari
bahagian hadapan blok hadapan. Berikut merupakan contoh gambar
untuk meletakkan blok permulaan:
Garisan permulaan
Blok permulaan
Gambar 2
Gambar 3: gaya peluru
c) Gaya panjang
Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan
Manakala blok belakang diletakkan tiga tapak dari bahagian hadapan
blok hadapan. Berikut merupakan contoh gambar untuk meletakkan
blok permulaan:
Permulaan larian tanpa blok permulaan
Garisan permulaan
Blok permulaanGambar 4
Gambar 5: gaya sederhana
Garisan permulaan
Blok permulaan
Gambar 6
Gambar 7: gaya panjang
a) Gaya peluru
berdiri rapat kepada garisan dengan kira-kira dua atau setengah tapak
kaki.
hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan.
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
b) Gaya sederhana
berdiri rapat kepada garisan dan kira-kira dua atau setengah tapak
kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
c) Gaya panjang
berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki
lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan
ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2) Fasa larian
Seperti yang telah dinyatakan di bahagian atas tadi iaitu terdapat 3 bahagian
untuk fasa larian, iaitu:
fasa pecutan
fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
fasa larian di selekoh
Fasa pecutan
- Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.
- Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa melakukan fasa
pecutan. Antaranya ialah kedudukan tangan, kedudukan kepala dan leher dan
pergerakan tangan dan kaki. Berikut merupakan penerangan untuk kedudukan-
kedudukan tersebut:
Kedudukan tangan
Tangan haruslah diluruskan serta dibuka seluas bahu.Manakala di
bahagian jari pula, ibu jari dan jari telunjuk perlulah buka dengan
luas dan jari-jari lain perlulah rapat di antara satu sama dengan lain
dan diletakkan di belakang garisan permulaan. Gambar di bawah
menunjukkan cara kedudukan tangan:
Kedudukan kepala dan leher
Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari ‘torso’. Pinggul
diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan selepas arahan
‘sedia’ diberikan. Gambar di bawah menunjukkan kedudukan
pinggul apabila arahan ‘sedia’ diberikan:
Pergerakan tangan dan kaki
Gambar 8: kedudukan tangan
Garisan permulaan
Gambar 9: kedudukan pinggul apabila arahan ‘sedia’ diberikan
- Pergerakan pelari haruslah bergerak ke hadapan dan
bukannya ke atas selepas mendengar tembakan pistol.
Kemudian tangan dan kaki digerakkan dengan pergerakan
yang kuat. Perkara yang perlu diingatkan oleh pelari pada
bahagian tangan ialah:
i) Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang
memulakan hayunan ke hadapan.
ii) Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat
iii) Tangan dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
- Manakala di bahagian lutut pula digerakkan ke hadapan
dengan cepat dan kaki hadapan diluruskan dengan
sepenuhnya. Penglibatan jarak larian di dalam fasa pecutan
ialah antara 30 hingga 60 meter, jadi kedudukan badan
berubah dari rendah ke condong dan hadapan. Dengan itu,
jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
- Gambar di bawah dapat menunjukkan dengan lebih jelas
tentang pergerakan-pergerakan:
Gambar 10
Gambar 11
Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
- Pecutan berlaku pada awal dalam lari pecut dan 95peratus daripada kelajuan
maksimum dicapai kira-kira 18meter. Selepas mencapai kelajuan maksimum,
kadar pecutan bagi seseorang pelari akan ditentukan oleh tahap daya tahan
ototnya.
- Disebabkan seseorang pelari mustahil untuk berlari pada kelajuan maksimum
yang lebih dari jarak 14 hingga 18 meter, jadi pelari perlukan mengekalkan
kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimumnya.
Fasa larian di selekoh
- Semasa berlari di kawasan yang selekoh, seorang pelari perlulah merendahkan
badan ke arah dalam supaya larian selekoh adalah berkesan. Hal ini disebabkan
semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa ‘centrifugal’.
- Manakala tangan kiri dihayun lurus dan tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.
3) Fasa penamat
- Untuk menamatkan sesuatu larian, faktor yang paling penting ialah berlari
10 meter lebih dari jarak lariannya. Contohnya, 110m untuk 100m dan
210m untuk 200m. Bagaimanakah untuk melakukannya? Cara yang
terbaik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso
ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.
- Gambar di bawah menunjukkan cara menamatkan larian:
Teknik-teknik lari pecutGambar 11
Untuk memulakan lari pecut, terdapat dua teknik yang digunakan, iaitu:
a) Gaya berdiri
Ia dapat dilihat dalam 4 bahagian, iaitu:
i) Persediaan
ii) Ke garisan
iii) Sedia
iv) Mula berlari
i) Persediaan
- Sebelum arahan ‘ke garisan’ diberikan, pelari haruslah berdiri beberapa
meter di belakang garisan permulaan.
ii) Ke garisan
- Setelah arah ‘ke garisan’ diberikan, pelari haruslah bergerak ke hadapan
dan meletakkan hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa
menyentuhnya manakala kaki belakang akan bergerak sedikit ke
belakang, iaitu kira-kira 30-40cm serta badan diseimbangkan.
- Kaki hadapan dibengkokkan dan berat badan ditumpukan pada kaki
hadapan.
- Kemudian badan dicondongkan ke hadapan dan kedua-dua belah tangan
berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.
iii) Sedia
Teknik mulaan
Gaya berdiri
Gaya dekam
- Semasa bersedia, tambah condongan badan ke hadapan dan mata
pandang ke hadapan.
- Manakala lutut kaki hadapan dibengkokkan dan menolak kaki belakang ke
tanah.
- Selepas itu, jangan gerakkan badan dan tumpukan perhatian kepada
tembakan pistol.
Gambar di bawah menunjukkan keadaan ‘ke garisan’ dan sedia:
iv) Mula berlari
- Apabila mendengar bunyi tembakan, pelari akan mula bergerak dengan
kaki hadapan ditolak.
- Berikut merupakan gambarnya:
b) Gaya dekam
Gambar 12
Gambar 13
Ia juga dapat dilihat dalam 4 bahagian, iaitu:
i) Persediaan
ii) Ke garisan
iii) Sedia
iv) Mula berlari
i) Persediaan
- Cara untuk meletakkan blok permulaan adalah berdasarkan tapak kaki
dan garisan permulann. Manakala condongan bagi blok hadapan
adalah antara 50 hingga 60 darjah dan condongan bagi blok belakang
ialah 80 darjah.
- Jarak antara blok hadapan dan blok belakang adalah mengikut
keselesaan pelari.
ii) Ke garisan
- Letak tangan di belakang garisan permulaan dan kedudukan tangan
haruslah seluas bahu. Bagi ibu jari dan jari telunjuk perlulah dibuka
dan jari-jari lain dirapatkan.
- Gambar dibawa menunjukkan kedudukan seseorang pelari apabila ‘ke
garisan’:
iii) Sedia
Gambar 14
- Semasa bersedia, pindahkan berat badan ke bahagian kedua-dua
belah tangan dengan bergerak bahu ke hadapan sikit supaya ia
berada lebih hadapan daripada kedua-dua belah tangan.
- Punggung diangkat naik sehingga lutut hadapan adalah 90 darjah
serta kedudukan punggung adalah lebih tinggi daripada kedudukan
bahu.
- Gambar di bawah merupakan kedudukan badan yang betul semasa
bersedia:
iv) Mula berlari
- Kaki hadapan ditolak dan tangan diangkat. Dalam masa yang sama,
kaki belakang dibawa ke hadapan dari blok belakang.
- Semasa awal larian perlulah mencondongkan badan ke hadapan
sedikit. Semasa mula berlari, kaki belakang(kaki kiri) perlulah
mendarat terlebih dahulu dan kaki kanan diangkat ke hadapan.
- Selepas itu, condongan badan dikurangkan dengan mengangkat
badan sedikit demi sedikit.
- Berikut merupakan gambar gerakan mula berlepas dan gambar
berlepas dari blok permulaan.
Gambar 15
Gambar 16: Gerakan mula berlepas Gambar 17: Berlepas dari blok