Post on 29-Jun-2015
PRAKTIKAL 3: Pemerhatian terhadap sel haiwan: sel pipi dan sel tumbuhan: sel
epidermal daun.
OBJEKTIF: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan dengan
menggunakan teknik pewarnaan yang betul.
TEORI :
Setiap unit yang kecil dan mudah yang berfungsi dalam system yang besar dan
setiap unit tersebut dinamakan sebagai sel. Sel sangat penting kepada sistem
kehidupan Biologi. Semua organisme diperbuat daripada sel-sel.Dalam hierarki
organisasi biologi, sel adalah koleksi yang paling ringkas yang boleh hidup.Kebanyakan
organisme kompleks terutama haiwan dan tumbuhan adalah multisel ; badan mereka
mempunyai sel-sel khusus yang bekerjasama untuk meneruskan kehidupan. Walaupun
mereka disusun ke peringkat lebih tinggi seperti tisu dan organ,sel-sel tersebut tetap
organisme yang berstruktur dan berfungsi sebagai satu unit asas sel.
Sel sangat sukar dilihat dengan mata kasar kerana sel biasanya adalah sangat
kecil dan boleh menjadi terlalu kompleks.Oleh itu, penemuan sel ditemui setelah
penciptaan mikroskop pada tahun 1590.Oleh itu, sel boleh dilihat menggunakan
mikroskop sama ada mikroskop cahaya ataupun lebih tepat pemerhatiannya adalah
dengan menggunkan mikroskop elektron.
Sel ialah unit binaan asas bagi semua organisme.Sel terdiri daripada komponen
yang hidup, iaitu protoplasma (sitoplasma dan nuklues) yang diselaputi membrane
plasma. Kandungan sel yang terdapat di dalam nuklues disebut sebagai nukleoplasma
manakala yang terdapat di luar nukleus disebut sebagai sitoplasma.Membran plasma
ialah lapisan nipis yang mengelilingi protoplasma. Sel terbahagi kepada dua iaitu sel
tumbuhan dan sel haiwan.Sel tumbuhan diselaputi lapisan selulosa yang kuat,iaitu
dinding sel di bahagian luar membran plasma.Di dalam sitoplasma sel, terdapat
beberapa jenis organel. Organel ialah struktur halus sel yang melakukan suatu fungsi
yang khusus. Contoh organel sel ialah nuklues, mitokondrian, kloroplas,
vakuol,ribosom,jasad Golgi dan jalinan endoplasma. Sesetengah organel sel seperti
ribosom dan jasad Golgi hanya kelihatan apabila dilihat menerusi mikroskop elektron.
Sel haiwan dan sel tumbuhan adalah eukariotik sel. Mereka mempunyai sifat
struktur yang sama tetapi terdapat juga beberapa perbezaan di antara sel haiwan dan
sel tumbuhan. Apabila dilihat di bawah mikroskop cahaya, sel haiwan yang tipikal
mempunyai protoplasma yang diliputi oleh membrane plasma. Protoplasma terdiri
daripada dua bahagian iaitu nuklues dan sitoplasma.Sel haiwan tidak mempunyai
bentuk yang tetap seperti sel tumbuhan. Nuklues berfungsi sebagai pusat kawalan
aktiviti kepada sel.Di dalam sel haiwan terdapat lysosome, centrosome dengan centriol
yang tidak ada pada sel tumbuhan.
Sel tumbuhan dikelilingi oleh sel dinding di luar membrane plasma.Sel dinding
tumbuhan dibuat daripada fibre selulosa yang tidak larut.Sel tumbuhan mempunyai
bentuk yang tetap kerana ia terbentuk oleh sel dinding. Sel yang terdapat dalam sel
tumbuhan yang tidak terdapat dalam sel haiwan ialah kloroplas, vakuol ,sel dinding dan
plasmodemata.
Setiap organel di dalam sel perlu menjalankan fungsi masing-masing dengan
sempurna supaya sel dapat berfungsi pada tahap optimum.
Pernyataan Masalah :
Apakah struktur sel haiwan dan sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop
cahaya?
Hipotesis sel haiwan :
Struktur sel haiwan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah membrane
plasma,sitoplasma dan nuklues.
Hipotesis sel tumbuhan :
Struktur sel tumbuhan yang kelihatan di bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel,
membrane plasma, nuklues, sitoplasma dan vakuol.
BAHAN DAN RADAS:
Mikroskop
Slaid mikroskop
Penutup slaid
Alat penitis
Penyepit
Mata pisau
Pencungkil gigi
Methylene biru
Larutan iodin
Bawang
Prosedur:
(a) Pemerhatian terhadap sel pipi
1. Mulut dikumur.
2. Lapisan sel nipis di dalam mulut dikikis dengan lembut dengan menggunakan
pencungkil gigi.
3. Satu titisan larutan metilena biru diletakkan pada kikisan yang berada di atas
slaid.
4. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya.
5. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa rendah
dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi.
6. Sel pipi dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian tersebut: nukleus,
bahan kromatin, sel membran dan sitoplasma.
Jika anda tiak suka menggunakan sel pipi anda sendiri, anda boleh mendapatkan sel
kulit mati. Letakkan satu keratin kecil salotep pada tangan anda dan kemudian
cabutkankannya dan letakkan pada slaid. Ini akan menunjukkan saiz dan bentuk sel
tetapi anda tidak akan dapat melihat kandunggannya.
(b) Pemerhatian terhadap sel epidermal daun
1. Kupas lapisan epidermal bawang dengan menggunakan penyepit.
2. Keratin kecil dipotong dan lapisan epidermal diletakkan setitis larutan iodine
pada slaid.
3. Penutup slaid direndahkan dengan berhati-hati di atasnya.
4. Spesimen tersebut di perhatikan di bawah kanta objektif berkuasa rendah
dan diikuti dengan kanta objektif berkuasa tinggi.
7. Sel epidermal bawang dilukis dan dilabel mengikut bahagian-bahagian
tersebut: nukleus, bahan kromatin, sel membrane, sel dinding, sitoplasma
dan vakuol.
Untuk melihat sel tumbuhan yang mengandungi kloroplas, anda boleh melihat daun
lumut dengan menggunakan cara yang sama. Ia cuma sebesar satu sel.
Keputusan :
Sel tumbuhan
Lukisan dan pelabelan
4×10
10×10
PERBINCANGAN :
Eksperimen sel pipi manusia dijalankan dengan mengikiskan bahagian sebelah
pipi secara perlahan-lahan menggunakan sebatang pengcungkil gigi yang
tumpul.Berdasarkan eksperimen yang dilakukan, pemerhatian yang dilakukan ke atas
sel menunjukkan keputusan yang berbeza pada pembesaran yang berlainan. Pada
pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel pipi manusia dapat dilihat tetapi
tidak begitu jelas berbanding sel pipi manusia yang dilihat pada pembesaran 100 yang
lebih jelas kelihatan. Pada pemerhatian kami, sel pipi manusia tidak mempunyai bentuk
yang tetap. Metilena biru yang diletakkan pada sel pipi manusia mewarnakan
sitoplasma dan nuklues pipi menjadi biru. Di bawah mikroskop cahaya, struktur sel pipi
yang kelihatan ialah membrane plasma, sitoplasma, dan nuklues.
Berdasarkan eksperimen mengkaji sel tumbuhan pula, sel epidermis bawang
telah digunakan.Pada pembesaran 40 menggunakan mikroskop cahaya, sel epidermis
bawang dapat dilihat tetapi tidak begitu jelas berbanding sel epidermis bawang yang
dilihat pada pembesaran 100 yang lebih jelas kelihatan.Sel tumbuhan mempunyai
bentuk yang tetap. Larutan iodin mewarnakan bahagian nuklues sel menjadi perang.
Sel bawang tidak mempunyai kloroplas dan dengan itu larutan iodine tidak menjadi biru
hitam kerana tidak terdapat bintil kanji pada sel bawang. Struktur yang boleh dilihat di
bawah mikroskop cahaya ialah dinding sel, membrane plasma, nuklues dan sitoplasma.
Masalah yang sering timbul ketika melakukan eksperimen ini ialah gelembung
udara. Gelembung udara yang berada pada bawah kaca penutup akan mengganggu
sel-sel yang ingin dilihat menerusi mikroskop. Oleh itu, cara terbaik untuk mengelakkan
daripada gelembung udara tersebut berada pada bawah kaca penutup adalah dengan
mengetuk kaca penutup secara perlahan-lahan menggunakan pensel yang tajam agar
gelembung udara dapat dikeluarkan.Larutan iodine adalah pewarna umum yang
digunakan bagi sel tumbuhan manakala metilena biru adalah pewarna umum yang
digunakan oleh sel manusia dan haiwan.
KESIMPULAN :
Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap dan terdiri daripada membran
plasma,sitoplasma dan nuklues. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel , membran
plasma ,nuklues dan sitoplasma.
Soalan dan jawapan :
1. Namakan jenis sel yang membentuk lapisan dalam pipi.
Epithelial sel.
2. Mengapakah sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas?
Sel epidermis pada daun bawang tidak mempunyai kloroplas kerana bawang
tidak menjalankan proses fotosintesis. Bawang berfungsi sebagai penyimpan
makanan dengan itu kloroplas tidak diperlukan oleh bawang.
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
SEL HAIWAN SEL TUMBUHAN
PERSAMAAN
Mempunyai nuklues, sitoplasma, membrane plasma, jasad
Golgi ,mitokondrian,jalinan endoplasma.
SEL HAIWAN PERBEZAAN SEL TUMBUHAN
Bentuk sel tidak tetap BENTUK Bentuk sel tetap
Tidak mempunyai dinding
sel
DINDING SEL Mempunyai dinding sel
Tidak mempunyai
kloroplas
KLOROPLAS Mempunyai kloroplas
Tiada vakuol,jika ada
saiznya kecil
VAKUOL Mempunyai vakuol
bersaiz besar
Dalam bentuk glikogen GRANUL SIMPANAN Dalam bentuk kanji
Mempunyai sentriol SENTRIOL Tidak mempunyai sentriol
4. Mengapakah nukleus dipanggil sebagai ‘pusat kawalan’ kepada sel?
Nuklues dipanggil sebagai ‘ pusat kawalan’ kepada sel kerana di dalam nuklues
terdapat kromatin yang membentuk kromosom apabila sel tidak membahagi.
Kromatin yang mengandungi DNA akan mengawal aktiviti dalam sel kerana di
dalam DNA terdapat genetic kod.
5. Apakah itu tisu? Apakah perkataan yang membawa maksud sekumpulan tisu
yang melakukan sesuatu kerja bersama?
Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan
dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk
melaksanakan satu fungsi khusus.Sekumpulan tisu yang melakukan sesuatu
kerja bersama bermaksud sekumpulan tisu boleh menjalankan fungsi yang
khusus dengan lebih cekap dan cepat berbanding dengan satu sel sahaja.
6. Bilakah sel dijumpai dan oleh siapa ia dijumpai.
Sel dijumpai pada tahun 1665 oleh Robert Hooke. Beliau telah menemui dinding
sel ketika melihat sel mati pada dahan pokok oak menerusi mikroskop.
Rujukan
1. Buku
a) Gan Wan Yeat(2004).Ekspolrasi Biologi Tingkatan 4 (1sted).Penerbitan
Fajar Bakti SDN BHD.
b) Jane B. Reece (2008).Campbell/Reece Biology (Eighth edition).Pearson
International Edition
c) Lee Soon Ching (2007).Biology For Matriculation Semester 1( Second
edition).Oxford Fajar SDN.BHD
2. Internet
a) http://wiki.answers.com/Q/Why_don%27t_onion_cells_have_chloroplasts
Diakses pada 26 January 2011
b) http://wiki.answers.com/Q/
How_is_the_nucleus_able_to_control_the_biochemical_activities_of_the_cell
Diakses pada 26 January 2011
Refleksi :
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan pasangan saya
Marina Misa binti Muhsin berjaya melakukan eksperimen ini dengan jayanya. Kami
telah mendapat bimbingan daripada pensyarah kami iaitu Puan Siti Rogayah binti
Abdullah dalam menjalankan eksperimen tersebut.
Walaupun eksperimen kali ini kelihatan mudah namun ia memerlukan
cara yang teliti agar keputusan yang diperoleh adalah tepat seperti meletakkan metilena
biru dan iodin pada kaca penutup.Larutan tersebut perlu diletakkan dengan berhati-hati
pada slaid agar tiada gelembung udara yang hadir pada penutup kaca.
Keputusan bagi eksperimen kami menunjukkan hasil yang positif
walaupun pada mulanya sel pipi kami tidak begitu kelihatan kerana terdapat gelembung
udara.Oleh itu.kami mengambil keputusan untuk mengulangi prosedur untuk sel pipi
manusia agar keputusan yang diperoleh adalah tepat.Segala langkah berjaga-jaga
diambil agar keputusan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor lain seperti kehadiran
gelembung udara dan teknik mengendalikan mikroskop.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat melakukan eksperimen ini
dengan baik. Segala kekurangan yang berlaku ketika menjalankan eksperimen ini akan
saya perbaik untuk kegunaan masa hadapan ketika mengajar di sekolah.