Post on 26-May-2015
PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA DAN KEPUJIAN KEJURURAWATAN (SEPARUH MASA)
TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN(GGGE 2123)
NORRAFIDAH MD SAPUAN (A138781)ZUBAIDAH ABU BAKAR (A 138780)NOOR AFIZAH AHMAD (A138784)
ZULINA MUSTAFA (A138767)
KAJIAN: TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM
PENSYARAH: MEJAR MOHD JASMY ABD RAHMAN
JABATAN KEJURURAWATANFAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAKUALA LUMPUR
2013/2014
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA-PERKARA MUKASURAT
1.0 Pengenalan Tahap kemudahan ICT di PPUKM 1.0 Pendahuluan
1.1 Penyataan Masalah1.2 Tujuan Kajian1.3 Objektif Kajian1.4 Metodologi Kajian 1.4.1 Pendahuluan 1.4.2 Lokasi Kajian 1.4.3 Reka bentuk Kajian 1.4.5 Populasi Sasaran 1.4.6 Sampel Kajian 1.4.7 Unit Sampel 1.4.8 Kaedah Pengumpulan Data
1.5 Instrumen Kajian 1.5.1 Soal Selidik 1.5.2 Dapatan Kajian
24445
7
2.0 Borang “ Soal Selidik Tahap Kemudahan ICT di PPUKM” 12
3.0 Analisa Data Tahap Kemudahan ICT di PPUKM 3.0 Latar Belakang Peribadi (Demografik Data) 3.0.1 Jantina 3.0.2 Warganegara 3.0.3 Bangsa 3.0.4 Umur 3.0.5 Pekerjaan 3.0.6 Pengalaman Bekerja 3.0.7 Taraf Pendidikan 3.1 Soalan Data Bahagian B (Kemudahan) 3.2 Soalan Data Bahagian C (Pengetahuan) 3.3 Soalan Data Bahagian D ( Kemahiran)
15
273440
4.0 Cadangan Penambahbaikan 45
5.0 Kesimpulan 46
6.0 Rujukan 47
2
TAJUK: TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PUSATPERUBATANUNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM)
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi atauInformation Technology and
Communication (ICT) di Malaysia tidak dapat disangkal dengan kadar penembusan
penggunaan internet, meningkat daripada 11.4 peratus pada 2003 kepada 12.7 peratus
pada 2004, dengan peningkatan sebanyak 3.3 juta pelanggan. Tidak kurang juga
peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit iaitu meningkat kepada 14.5 juta pada
tahun lalu, pertambahan sebanyak 12 peratus berbanding 43.9 peratus tahun
sebelumnya.
Dari sudut teknologi, Malaysia tidak terkebelakang dengan adanya sistem
telekomunikasi generasi ketiga (3G), hotspot WiFi dan perkhidmatan talian pelanggan
digital asimetrik (ADSL).
Peningkatan ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan dalam mengembangkan budaya
ICT kepada setiap rakyat sebagai teras mewujudkan masyarakat berilmu di samping
memastikan jurang digital tidak menjadi satu faktor kemiskinan pada masa depan
bukan sekadar cakap kosong malah suatu yang tidak mustahil dicapai.
Ramalan bahawa jumlah pengguna internet adalah sebanyak 10.3 juta orang pada
suku pertama tahun ini, manakala kadar celik internet pula dianggarkan hampir 40
peratus. Jumlah pelanggan jalur lebar internet di negara ini pula meningkat sekali
ganda menjadi hampir 300,000 dengan bilangannya dijangka terus meningkat kepada
1.3 juta pelanggan pada tahun depan.
3
Mengorak langkah merealisasikan usaha tersebut, kerajaan, menerusi Pelan Jalur
Lebar Kebangsaan (NBP), mensasarkan kadar celik jalur lebar sebanyak 10 peratus
menjelang tahun 2008. Pelan tersebut turut mempertingkatkan usaha memperluaskan
kemudahan jalur lebar di kawasan bandar-bandar kecil dan daerah perkampungan
menjelang tahun 2010.
PPUKM merupakan hospital pengajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang
memberikan perkhidmatan rawatan Secondary dan Tertiary dan merupakan pusat
rujukan dari seluruh negara.Hospital ini menyediakan kemudahan-kemudahan
perubatan yang terkini dan berupaya memberikan perkhidmatan perubatan yang
terbaik.Ia terletak di Jalan Yaakob Latif Cheras.
PPUKM bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan kesihatan kepada
penduduk di Daerah Hulu Langat dan kawasan liputannya. PPUKM akan memberikan
perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran dan perundingan melalui pensyarah-pensyarah
dan doktor-doktor pascasiswazah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) dan
Jabatan Perubatan Keluarga (JKP).
4
1.1 Penyataan masalah
1. Kakitangan PPUKM masih tidak jelas akan kemudahan ICT yang
dilaksanakan atau yang ditwarkan oleh PTM.
2. Kakitangan PPUKM masih tidak menggunakan kemudahan teknologi
maklumat secara meluas semasa pengajaran dan pembelajaran.
3. Kakitangan tidak mengetahui kebaikan dalam penggunaan ICT dalam
pembelajaran dan merawat kepada pesakit.
4. Masalah kakitangan bukan ICT yang kurang literasi terhadap kemudahan
teknologi maklumat.
1.2 Tujuan kajian
1. Untuk mengetahui jenis-jenis dan tahap kemudahan ICT yang disediakan oleh
PPUKM.
2. Untuk mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan kakitangan dalam
penggunaan ICT yang digunakan.
1.3 Objektif kajian
1. Mengenalpasti perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas untuk
memenuhi keperluan jabatan di PPUKM.
2. Mengetahui jenis-jenis kemudahan ICT yang disediakan diPPUKM.
3. Meninjaukemahiran tentang kebaikan serta kepentingan penggunaan ICT
dalam pembelajaran dan perawatan pesakit.
5
1.4 METODOLOGI KAJIAN
1.4.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, pelbagai aspek yang membincangkan berkaitan dengan latar belakang
kajian, rekabentuk kajian, kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data, kaedah
analisis data, serta etika penyelidikan. Disamping itu, melalui bab ini, segala prosedur
kajian yang dijalankan dan hasil yang diperolehi dapat diteliti dengan terperinci.
1.4.2 Lokasi Kajian
Kawasan yang dipilih untuk kajian ini adalah penempatan di persekitaran Pusat
Perubatan UKM.Seramai 40 responden telah dipilih secara rawak Bagi kawasan
penempatan berhampiran dengan PPUKM, seramai 40 responden dipilih dan meliputi
dalam PPUKM.Data telah dikumpulkan menggunakan soal selidik pada bulan April
2014.Maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Program
'Statistical Package for the Social Sciences' (SPSS).
1.4.3 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dilakukan ini adalah menggunakan kaedah keratan rentas (cross-
sectional) mengikut kawasan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kajian ini dilakukan pada satu masa tertentu dimana responden akan dipilih dan
maklumatnya dikumpulkan dalam tempoh waktu yang pendek. Pengumpulan data
berlangsung selama sebulan iaitu dari bulan Oktober sehingga November 2013.
1.4.4 Kaedah Persampelan
Persampelan Berbilang Tahap (Multilevel sampling) digunakan dalam pemilihan
sampel kajian. Persampelan Berbilang Tahap ini dilakukan berdasarkan kepada
kriteria penerimaan dan penolakan yang telah ditetapkan. Persampelan ini merupakan
pemilihan sampel kajian secara berperingkat dimana pada setiap tahap diambil sampel
unit dibawahnya secara convenience berdasarkan saiz sampel yang
dikehendaki.Populasi daripada kawasan di persekitaran PPUKM.
6
1.4.5 Populasi Sasaran
Populasi sasaran dalam kajian ini adalah kakitangan PPUKM.
1.4.5 Sampel Kajian
Sampel kajian ini melibatkan kakitangan yang bekerja dipersekitaran PPUKM .
Seramai 30 orang respondan dipilih untuk menjalankan kajian ini yang terdiri
daripada bangsa Melayu, Cina, dan India.
1.4.6 Unit Sampel
Unit sampel kajian adalah terdiri daripada kakitangan yang bekerja di kawasan
PPUKM. Sampel terdiri daripada golongan muda dan tua yang berumur 20 tahun
hingga ke 50 tahun. Pengkaji memilih individu yang telah berkeluarga dan golongan
bujang sebagai sampel kajian. Pengkaji juga turut memilih dari pelbagai kriteria
seperti umur, bangsa, jantina, pekerjaan dan tahap pengajiaan.
1.4.7 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang
dibina oleh pengkaji.Soal selidik ini dibincang dan diolah semula mengikut pilihan
soalan-soalan yang bersesuaian dan boleh diterima pakai.
Dalam kajian ini, hubungan antara faktor demografi (jantina, umur, bangsa dan tahap
pendidikan), faktor umum dan faktor sosial yang mempengaruhi tahap kemudahan
ICT di persekitaran PPUKM.Soalan yang disediakan dalam soal selidik mencukupi
dan mampu untuk mencapai objektif atau matlamat sebenar kajian ini dijalankan.
7
1.5 INSTRUMEN KAJIAN
1.5.1 Soal Selidik
Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik sendiri.
Penyelidik telah mendapatkan pandangan mengenai isi kandungan soal selidik
sebelum diagihkan kepada responden dari pihak tenaga pengajar iaitu Mejar yang
menjadi penasihat. Pandangan dari beliau mengenai kandungan soal selidik ini adalah
bagus dan bersesuaian. Kesemua faktor-faktor ketidakpuasan pesakit dinilai
menggunakan skala Likert, di mana 1 sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 tidak pasti,
4 setuju, dan 5 sangat setuju. Kajian ini menggunakan set soal selidik yang terdiri
daripada dua bahagian seperti bahagian (A) butir-butir peribadi dan bahagian (B)
soalan selidik kajian.
1.5.2 DAPATAN KAJIAN
Semua perkhidmatan di hospital ini akan disalurkan ke sistem komputer berpusat.
Setiap jabatan di hospital ini boleh berhubung antara satu sama lain dengan
menggunakan komputer. Dengan ini segala urusan dapat dilaksanakan dengan
cekap.Sistem komputer berpusat ini juga membolehkan segala maklumat terkini
tentang pesakit disalurkan ke setiap jabatan dengan cepat.
Pusat Teknologi Maklumat (PTM) diwujudkan sejak tahun 1974 di bawah Pejabat
Canselori. Pada masa itu ianya hanyalah sebuah unit dikenali dengan nama Unit
Komputer yang hanya bertanggungjawab dalam pemprosesan gaji kakitangan. Pada
tahun 1980, Unit Komputer telah dinaiktaraf kepada Pusat Komputer. Pada tahun
2008 ianya sekali lagi melalui proses transformasi dan penjenamaan semulasebagai
Pusat Teknologi Maklumat atau ringkasnya PTM selaras dengan perkembangan
fungsi utama dan teknologi bagi menyokong kecekapan pengurusan universiti. PTM
bertanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur ICT dan pembangunan
sistem-sistem aplikasi disamping memberikan perkhidmatan baikpulih komputer dan
nasihat dalam hal-hal berkaitan ICT.
8
Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dalam memastikan kesediaan ICT, samada sistem
mahupun prasarana didalam menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di UKM. Tidak dapat dinafikan bahawa ICT kini menjadi alat utama di dalam
menyokong proses P&P. PTM telah berusaha sedaya upaya memastikan kemudahan
dan sokongan yang disediakan adalah yang terbaik, namun demikian, ianya tertakluk
kepada banyak faktor, khususnya kewangan. Kertas ini juga menyenaraikan inisiatif-
inisiatif ICT yang telah dilaksanakan oleh PTM dalam memastikan kesediaan ICT
bagi memenuhi keperluan P&P dan juga aktiviti penyelidikan di UKM.
Kepentingan peranan ICT dalam aktiviti seharian di UKM boleh diungkapkan dengan
petikan berikut:
“Peranan ICT bukan lagi setakat menyokong pengurusan organisasi, malah perlu
lebih meluas iaitu sebagai rakan strategik organisasi dalam mempertingkatkan
kecekapan pengurusan sumber manusia dan juga system penyampaian bisnes
organisasi”
Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
(Laporan Tahunan PTM, 2007)
Perkhidmatan Teknologi Maklumat adalah khidmat sokongan teknikal dalam
peggunaan peralatan dan aplikasi ICT di hospital. Unit IT juga bertanggunggjawab
mengurus,menyelenggara dan menyelia semua perkakasan, perisian ICT serta
memastikan rekod iventori sentiasa dikemaskini. Ini bertujuan untuk pemantauan
terhadap perolehan dan keperluan ICT, perancangan, penambahbaikan, pelupusan,
penggantian dan melaksanakan penyelenggaraan.
9
Terdapat kemudahan- kemudahan yang telah diguna pakai di PPUKM seperti:
Sistem Rangkaian
UKM kini boleh berbangga dengan kemudahan infrastruktur ICT yang telah
dibangunkan.Bermula dengan sistem rangkaian 32Mbps kini ianya telah ditingkatkan
kepada 155Mbps.
Pusat Data
Bagi menyimpan data serta maklumat yang bertambah dari hari ke hari, PTM telah
membangunkan pusat data sendiri. Pusat Data UKM (Rajah 3) mempunyai lebih 150
pelayan berkapasiti tinggi yang menempatkan sistem-sistem aplikasi, data, laman
web, e-mail dan maklumat Universiti.
Proses backup dilakukan secara harian dan/atau bulanan bergantung kepada keperluan
dan tahap kritikal data.
Pusat Pemulihan Bencana (DRC)
Bagi memastikan keterusan bisnes dan urusan seharian tidak terganggu/terputus
sekiranya berlaku bencana ke atas PTM yang menempatkan sistem-sistem serta data,
PTM telah membangunkan Pusat Pemulihan Bencana (DRC). DRC ini ditempatkan di
lokasi lain di dalam UKM. Pelan Pemulihan Bencana (DRP) menjelaskan prosedur
yang perlu diambil sekiranya berlaku bencana.
Perkomputeran Grid
PTM juga sedang membina infrastruktur GRID bagi membolehkan sumber
perkomputeran UKM dihubungkan dengan infrastruktur agensi-agensi lain yang
menjadi ahli GRID kebangsaan. Ini membolehkan sumber perkomputeran antara ahli-
ahli ini dikongsi bersama bagi membolehkan analisis yang memerlukan sumber yang
berkapasiti tinggi dan laju dilakukan
10
Kemudahan Sidang Video
PTM juga telah membangunkan beberapa pusat sidang video (VCon) yang
dilengkapkan dengan peralatan yang berkualiti tinggi. Pusat-pusat ini terdapat di
PTM, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, PMUKM, Kampus Kuala
Lumpur, Bilik Mesyuarat Canselori dan Bilik Lembaga. Kemudahan ini
membolehkan kuliah atau mesyuarat dilakukan secara maya.Beberapa kuliah yang
melibatkan pelajar di luar negara telah pun menggunakan kemudahan ini.
Sistem aplikasi
Sehingga kini PTM telah membangunkan 141 sistem dan sub-sistem aplikasi bagi
menyokong keperluan perkhidmatan, pendidikan serta penyelidikan (Rajah 4).
Pengguna sistem Maklumat Universiti (SMU) ini termasuklah kakitangan warga
UKM iaitu kakitangan akademik, kakitangan bukan akademik, pelajar; serta
pelanggan UKM seperti pembekal perkhidmatan, pesakit Pusat Perubatan UKM dan
lain-lain. Hampir keseluruhan sistem aplikasi yang dibangunkan adalah secara
dalaman menggunakan kepakaran yang ada. Sistem – sistem aplikasi yang
dibangunkan secara dalaman di UKM seperti
1. Sistem Kewangan Universiti
2. Sistem Aplikasi Sumber Manusia
3. Sistem Aplikasi Pelajar
4. Sistem Aplikasi Sokongan Akademik
5. Sistem Aplikasi Pengurusan Pengetahuan
6. Sistem Kerajaan Elektronik
7. Sistem Aplikasi CHEtS (Caring Health Enteprise System)
11
Sistem e-Pembelajaran
Bagi menyokong sistem e-pembelajaran, UKM dengan kerjasama MMU telah
membangunkan sistem e-pembelajaran, SPIN. SPIN atau Sistem Pengurusan
Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif dihubungkan dengan sistem Maklumat Pelajar
di mana senarai kursus dan pelajar yang mendaftar bagi kursus tersebut akan
dimuatkan ke SPIN. SPIN dibangunkan secara berfasa dengan mengambil pendekatan
”course-based” menggantikan sistem Learning-Care yang lebih bersifat ”lecturer-
based”. Kandungan SPIN dipantau oleh Pusat Pembangunan Akademik (PPA) yang
diketuai oleh Timbalan Pengarah e-Pembelajaran dan dibantu oleh penyelaras e-
Pembelajaran yang dilantik di setiap fakulti.
Perisian Berlesen
PTM turut menyokong perisian-perisian berlesen yang diperlukan bagi menyokong
pengajaran dan pembelajaran. Selain Microsoft Office, PTM turut melanggan perisian
SPSSX. SAS, Adobe Creative Suite dan TURNITIN.TURNITIN merupakan perisian
yang digunakan bagi menyemak hasil karya untuk mengelakkan plagarism. Ini selaras
dengan Dasar Anti-Plagarism yang sedang dirangka dimana semua pelajar dan
kakitangan perlu menyemak tugasan, tesis serta karya lain menggunakan perisian ini.
12
BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM
Pihak kami amatlahberbesarhatisekiranyaEncik/ Cik/ Tuan/ Puan dapat meluangkan sedikit masa bagi menjawab soalan-soalan berikut :-
A) Latarbelakang
1. Jantina Lelaki Perempuan
2. Umur 20-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun
3. Warganegara Malaysia BukanWarganegara
4. Bangsa Melayu Cina India
Lain-lain
5. JenisPekerjaan Golongan Profesional GolonganSokongan
Pelajar Lain-lain
6. Pengalaman bekerja < 5 Tahun 5-10 Tahun
> 10 Tahun
7. Tarafpendidikan SPM/STPM/SIJIL Diploma
Ijazah/Sarjana/PhD
13
Sebagai kakitangan PPUKM, adakah kemudahan ICT amat penting untuk pembelajaran dan pegajaran
Silaberikanpenilaianberdasarkanskalaberikut:-
1.Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4.Setuju 5.Sangat setuju
Sila tandakan ( / ) pada kotak skala.
BIL. SOALAN-SOALAN BAHAGIAN B (KEMUDAHAN)SKALA
1 2 3 4 51. Saya tahu kemudahan-kemudahan ICT yang disediakan di
PPUKM.2. Saya dapat menerokai kemudahan ICT di PPUKM dengan
mudah.3. Saya dapat menggunakan Microsoft Word dengan mahir.4. Saya dapat menggunakan Power Point.5. Saya dapat menggunakan aplikasi Excel.6. Saya berpuas hati dengan kemudahan WIFI.7. Kemudahan ICT dapat membantu dalam tugas-tugas
pentadbiran dan pengurusan.8. Pelbagai kemudahan ICT yang disediakan oleh PPUKM yang
diguna pakai.9. Di PPUKM terdapat kemudahan perkhidmatan KIOSK yang
disediakan.10. Saya memanfaatkan kemudahan intenet dengan baik dan
berkesan.
14
BIL. SOALAN-SOALAN BAHAGIAN C ( PENGETAHUAN)SKALA
1 2 3 4 51. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT adalah sebarang
komunikasi dan aplikasi berasakan komputer.2. ICT adalah teknologi yang digunakan oleh kakitangan untuk
meningkatkan kualiti perkhimatan.3. Penggunaan ICT juga boleh mendatangkan keburukan
terutama kepada individu yang terlalu taksub dengan penggunaan teknologi.
4. Penggunaan ICT dapat digunakan secara meluas sekiranya pihak hospital menyediakan bengkel pembelajaran ICT.
5. Kemahiran ICT ini hanya dipraktikan untuk para kerani di wad sahaja
6. Anda rasa semua staff perlukan pendekatan yang meluas mengenai kemudahan ICT yang terdapat di PPUKM ini.
7. Saya sangat tahu tentang penggunaan blog dan website.8. Saya tahu perbezaan antara blog dan website.9. Saya menggunakan pengetahuan internet dalam teknologi
dan inovasi.10. Saya mahir menghantar email bersama lampiran kepada
kawan.
BIL. SOALAN-SOALAN BAHAGIAN D (KEMAHIRAN) SKALA1 2 3 4 5
1. ICT membawa pemahaman yang lebih efektif serta memberi impak yang positif kepada kakitangan.
2. Bahan rujukan dan literasi ICT dalam bahasa Malaysia amat sukar diperolehi.
3. Kemahiran dalam penggunaan ICT amat penting untuk kakitangan PPUKM.
4. Bengkel amali untuk mempraktikan kemudahan ICT yang ada perlu diperbanyakkan.
5. Saya boleh memproses dan mempelajari teknik persembahan dan penggunaan fotoshoot.
6. Saya mahir dalam penggunaan Power Point dalam persembahan slide.
7. Saya boleh mengubahsuai video dalam persembahan multimedia saya.
8. Saya memerlukan kemahiran secara berterusan dalam ICT9. Saya sentiasa memberi tunjuk ajar dalam kemahiran ICT
kepada orang lain.10. Kemahiran ICT membantu dalam perawatan dan
pembelajaran.
15
BAB 3
ANALISIS DATA TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM
3.0 LATAR BELAKANG PERIBADI ( DEMOGRAFIK DATA )
3.0.1 JANTINA
Frequency Percent0
10
20
30
40
50
60
70
80
9
20%
36
80%
JANTINA
LELAKIPEREMPUAN
BILA
NGAN
Carta bar di atas mewakili jantina yang terlibat dalam kajian tahap kemudahan
ICT di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Carta di atas telah menunjukkan bilangan responden yang menjawab kepada
persoalan projek yang berkaitan dengan tahap kemudahan ICT di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 30
orang, di mana 9 orang ( 20%) di antaranya merupakan responden lelaki, manakala
bakinya merupakan responden wanita seramai 36 orang ( 80% ).
Kami mendapati hasil daripada kajian ini jelas memberi gambaran bahawagolongan
wanita telah memonopoli sektor pekerjaan dan banyak terlibat dalam dalam
perkerjaan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia berbanding dengan
golongan .
Ini tidak dapat disangkal dan menidakkan bahawa golongan kerani yang berada di
bahagian perkhidmatan terutama kerani banyak terdiri daripada golongan wanita.
16
Jelasnya, masyarakat kini sudah lama berevolusi atau dalam erti kata lain, rakyat
Malaysia telah beralih era, di mana yang pada satu masa dahulu, dikatakan wanita
hanya duduk di rumah, tetapi kini keadaannya sudah jauh berubah.Wanita kini
menjadi pemangkin kepada keutuhan ekonomi global khususnya di Malaysia.Dengan
status ekonomi yang hampir menjadi negara maju, semua orang bersaing untuk maju
serta membangunkan diri masing-masing bukan sekadar untuk kepentingan
materialistik, malah lebih daripada itu mengharapkan ekonomi yang lebih terjamin
pada masa akan datang.
17
3.0.2 WARGANEGARA
Frequency Percent0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
45
100%
WARGANEGARA
MALAYSIA
BILA
NGAN
Carta bar di atas mewakili warganegara-warganegara yang terlibat dalam
kajian tahap kemudahan ICT diPusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM).
Carta di atas telah menunjukkanbahawa jumlah dan juga bilangan warganegara
Malaysia yang telah mengikuti kajian ini adalah 100% warganegara Malaysia dan
tidak langsung melibatkan bukan warganegara. Frequency juga menunjukkan 45 %.
Seperti yang kita sedia maklum golongan yang melibatkan diri dalam sector
perkerjaan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah sememangnya
terdiri daripada golongan berstatus Warganegara. Tidak dinafikan bahawa terdapat
Bukan Warganegara tetapi hanya mereka sekadar datang kerana melanjutkan
pelajaran sahaja. Bersesuian dengan status Negara kita menggalakan Warganegara
Malaysia sendiri menceburi bidang perkerjaan.
Berlandaskan ini kajian kami hanya melibatkan golongan yang berstatus Warganegara
sahaja.Kita semestinya menaikkan taraf warganegara kita sendiri berbanding
warganegara asing khususnya dalam sektor perkerjaan di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
18
3.0.3 BANGSA
MELAYU CINA INDIA0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
28
1 1
93.3%
3.3% 3.3%
BANGSA
FrequencyPercent
BILA
NGAN
Carta bar di atas mewakili bangsa-bangsa yang terlibat dalam kajian tahap
kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Carta bar di atas menunjukan bangsa bagi responden yang menyertai di dalam kajian
ini.Kami mendapati terdapat tiga bangsa utama rakyat di semenanjung Malaysia yang
terdiri daripada Melayu, Cina dan India yang mengambil bahagian dalam kajian soal
selidik ini berkenaan dengan tahap kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Populasi yang tertinggi adalah bangsa Melayu yang berjumlah seramai 28 orang
(93.3%), Geografi kawasan turut memainkan peranan utama kepada kegadiran bangsa
melayu kerana kawasan Cheras berada di dalam lingkungan masyarakat majmuk
tetapi lebih ramai populasi melayu yang tinggal dipersekitaran dan sektor pekerjaan di
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysi banyak dimonopoli oleh bangsa
melayu dan didominasi kakitangan berbangsa melayu. Ini disebabkan jaminan
sewaktu hari tua menguntungkan para kakitangan kerajaan kerana kerajaan
menawarkan imbuhan wang pencen bagi menyara keperluan mereka setelah mereka
bersara kelak.
19
Bangsa Cina dan juga bangsa India mencatat kadar bilangan seramai 1 orang sahaja
(3.33%) iaitu yang paling sedikit kerana dimaklumkan mereka ini lebih gemar
mencari keuntungan melalui sektor perniagaan yang menjanjikan pulangan yang
lumayan berbanding responden yang bekerja kerajaan yang dikatakan “makan gaji”.
Peranan bangsa amat penting kerana kemajuan sesuatu bangsa akan memberi impak
yang cukup besar kepada bangsa yang terlibat dan sekaligus mengangkat darjat
bangsa terbabit. Tidak dapat disanggal sebenarnya jika dilihat di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia bangsa melayu paling tinggi dalam menjawat
jawatan didalam semua jabatan- jabatan yang ade di PPUKM.Ini sepatutnya dipujikan
kerana dapat memartabatkan bangsa melayu berbanding bangsa lain di Malaysia.
20
3.0.4 UMUR
20-30TAHUN 31-40TAHUN 41-50TAHUN0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
1922
4
42.2%
48.9%
8.9%
UMUR
FrequencyPercent
BILA
NGAN
Carta bar di atas mewakili peringkat umur yang terlibat dalam kajian tahap
kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Carta di atas mendapati terdapat tiga lingkungan umur yang bekerja di sekitar
PPUKM.Carta bar yang lebih dominan atau majoriti adalah dari lingkungan umur di
antara 31 sehingga 40 tahun iaitu seramai 22 orang dan dengan peratusan sebanyak
48.9 %. Manakala lingkungan umur 20 hingga berumur 30 tahun mewakili 19 orang
atau 42.2 % sahaja.Carta bar yang lebih kecil dan minoriti berada di lingkungan
peringkat umur di antara 41 sehingga 50 tahun iaitu sebanyak 4 orang atau 8.9%.
Dari perspektif majoriti usia 31 sehingga 40 tahun, peringkat ini memiliki kekuatan
tenaga yang stabil dan tinggi di mana kematangan telah menjadikan mereka ini
sebagai pekerja mahir yang efisien dan cekap. Pengalaman yang mereka perolehi
semasa di zaman persekolahan, seterusnya diikuti oleh zaman pengajian di institusi
pengajian tinggi, dan pengalaman hidup telah menjadikan mereka ini matang dan
berdisiplin, apabila seterusnya memacu dan mencorak gayapekerjaan mereka sehari-
hari.
21
Peringkat usia di awal pekerjaan bermula di sekitarumur 20 sehingga 30 tahun.
Peratusan berbanding umur majoriti adalah sebanyak 6.7% sahaja.Tahap kekuatan
fizikal kumpulan ini berbeza daripada individu pada garis kumpulan majoriti dan
minoriti.Pada peringkat umur ini mereka mesti banyak menimba ilmu pengetahuan
berkaitan dengan kemudahan ICT supaya mereka senang dan mudah melakukan
aplikasi dalam alam pekerjaan mereka yang melibatkan ICT.
22
3.0.5 JENIS PEKERJAAN
PROFESIONAL SOKONGAN PELAJAR0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
2217
6
48.9%
37.8%
13.3%
JENIS PEKERJAAN
Frequency
Percent
BILA
NGAN
Carta bar di atas mewakili pekerjaan-pekerjaan yang terlibat dalam kajian
tahap kemudahan ICTdiPusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM).
Carta bar di atas telah menunjukan pekerjaan-pekerjaan responden yang mengambil
bahagian di dalam kajian ini.Golongan Professional menampakkan impak yang
tertinggi mengatasi golongan sokongan.Kadar responden yang menyertai kajian ini
mendapati perbezaan Antara mereka adalah sejajar kerana perbezaan adalah
sebanyak 11.1 % sahaja dan antara kedua-dua golongan ini adalah sama-sama
berhubung kait dalam meningkatkan mutu dan kemajuan hospital kerana kita adalah
berlandaskan satu misi dan visi yang sama.
Jelas menunjukan juga bahawa golongan Profesional mengungguli dalam kajian ini
yang menunjukkan peratusan sebanyak 48.9% berbanding golongan sokongan
sebanyak 37.8 % sahaja.Kajian ini sememangnya tidak melupakan golongan ini
kerana ingin melihat tahap kemudahan ICT diguna pakai dan dititik beratkan ataupun
tidak. Ini kerana segala urusan berkenaan komputer banyak diserahkan kepada
pembantu peribadi.
23
Golongan yang terakhir yang terlibat dalam kajian ini ialah golongan
pelajar.Walaupun berada di kedudukan yang paling rendah tetapi mereka juga adalah
golongan yang penting kerana pelajar adalah akar umbi sebelum melangkah ke alam
pekerjaan.Mencatatkan sebanyak 13.3% dan ianaya mewakili 6 orang responden
dalam kajian ini.
Akhir sekali, seramai 30 orang responden yang telah menyertai dalam aktiviti kajian
ini, kami sekali lagi mendapati kerjasama yang diberikan sangat tinggi sehingga kami
berjaya melakukan kajian tahap kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia ini.
24
3.0.6 PENGALAMAN BEKERJA
<5 TAHUN 5-10 TAHUN >10 TAHUN0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
9
19 1720%
42.2%37.8%
PENGALAMAN BEKERJA
Fre-quencyPercent
BILA
NGAN
Carta bar di atas mewakili pengalaman pekerjaan dalam kajian tahap
kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Carta bar di atas menunjukkan bahawa tahap pengalaman pekerjaan dalam kajian
tahap kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia
melibatkan 3 peringkat tahap iaitu kurang dari 5 tahun, 5 tahun sehingga 10 tahun dan
yang terakhir ianya melibatkan lebih daripada 10 tahun.
Pengalaman dalam alam pekerjaan banyak dimonopoli oleh golongan peringkat 5
hingga 10 tahun.Ini dibuktikan dengan 42.2% berbanding pengalaman dalam alam
pekerjaan lebih daripada 10 tahun.Perbezaan di antara kedua-duanya adalah 4.4
%.Kajian ini amat sejajar dengan tahap pengalaman dalam pekerjaan kerana kami
boleh mengetahui sejauh mana penguasaan kakitangan terhadap tahap kemudahan
ICT yang berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia supaya segala
penambahbaikan dapat dilakukan.
Tidak dilupakan bahawa golongan yang kurang daripada 5 tahun juga amat dititik
beratkan.walaupun ianya melibatkan hanya 9 orang kakitangan sahaja dan peratusan
menunjukkan sebanyak 20%.
25
3.0.7 TARAF PENDIDIKAN
SPM/STPM/SIJIL DIPLOMA IJAZAH/SARJANA/PhD05
101520253035404550
10 12
2222.2%26.7%
48.9%TARAF PENDIDIKAN
FrequencyPercent
BILA
NGAN
Carta bar di atas mewakili taraf pendidikan dalam kajian tahap kemudahan
ICT di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Carta bar di atas menunjukkan bahawa taraf pendidikan dalam kajian berkenaan
dengan tahap kemudahan ICT di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.Ia
melibatkan 3 peringkat tahap SPM/STPM/Sijil, tahap Diploma dan juga melibatkan
tahap Ijazah/Sarjana/PhD.
Taraf pendidikan yang menunjukkan peratusan yang paling tinggi adalah
Ijazah/Sarjana/PhD iaitu menunjukkan peratusan sebanyak 48.9% yang melibatkan
22 orang responden. Ini amat sejajar dengan taraf pendidikan mengikut tahap
pengajian tinggi yang mementingkan dn menitikberatkan tahap pendidikan yang
paling tinggi dalam meningkatkan taraf Universiti setaraf dengan Universiti dan juga
Pusat Perubatan yang ada di dalam Negara kita.
26
Terdapat juga golongan daripada responden di dalam kajian kami ini melibatkan
tahap SPM/STPM/Sijil.Peratusan yang ditunjukkan adalah sebanyak 22.2%.Ini tidak
dinafikan bahawa kerani-kerani yang berada di wad-wad dalam menguruskan bil-bil
pesakit hanya tahap pendidikan mereka hanya itu. Tetapi dengan adanya inisiatif
daripada pihak berwajib banyak memberi sokongan dan juga amali segala beban kerja
dapat diselesaikan dengan jayanya.
Tahap Diploma juga tidak dilupakan dalam kajian ini.Melibatkan 12 orang responden
dan mewakili 26.7%.Dalam kajian ini tidak dilupakan juga taraf pendidikan
ini.Semasa Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bergiat aktif semua
jururawat juga mempunyai diploma sahaja sebagai taraf pendidikan paling tinggi
sebelum ianya dinaiktaraf kepada Ijazah. Mengikut kajian ini, tahap mana juga taraf
pendidikan mereka yang paling utama tahap kemudahan ICT boleh digunapakai
dengan sebaik mungkin dan sejajar dengan tahap kemudahan ICT yang paling
canggih supaya segala kita sejajar dengan kemajuan dalam penggunaan ICT.
27
3.1 SOALAN DATA BAHAGIAN B ( KEMUDAHAN)
Soalan 1
17%
73%
10%
Mengetahui kemudahan-kemudahan ICT yang disediakan di PPUKM
Kurang setujuSetujusangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan mengetahui kemudahan-kemudahan ICT
yang disediakan di PPUKM
Carta pai di atas adalah menunjukkan keputusan kajian di mana ia telah dilakukan
kepada sebahagian kakitangan di PPUKM yang sedar tentang kewujudan kemudahan-
kemudahan ICT yang telah disediakan di hospital ini. Antara kemudahan ICT seperti,
penggunaan internet, WIFI, Multimedia dan Grafik,Penggunaan Microsoftware dan
sebagainya. Penyataan masalah ini telah dinilai oleh responden yang terlibat dalam
kajian soal kaji selidik ini.
Setelah dikenalpasti melalui soal kaji selidik ini, didapati sebanyak 73% telah
menyatakan setuju dengan penyataan saya tahu kemudahan-kemudahan ICT yang
disediakan di PPUKM. Ini adalah kerana tahap penggunaan ICT adalah meluas
digunakan, antaranya dalam penjagaan pesakit, pembelajaran mahupun sebagai
sumber rekod hospital. Sebanyak 10% responden sangat setuju, bahawa mereka tahu
tentang penggunaan ICT semasa.
Manakala sebanyak 17% responden kurang bersetuju dengan penyataan yang telah
dikemukan. Ini kerana responden kurang pendedahan dan kemahiran terhadap ICT
yang terdapat di PPUKM ini. Mereka kurang peka serta tidak mengambil tahu tentang
kemudahan-kemudahan ICT yang telah disediakan. Antara faktor-faktor yang
dikenalpasti seperti faktor masa, sikap sambil lewa, kurang pendedahan latihan serta
kemudahan.
28
Soalan 2
3%7%
20%
67%
3%
Dapat menerokai kemudahan ICT di PPUKM dengan mudah
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan dapat menerokai kemudahan ICT di
PPUKM dengan mudah
Carta pai di atas adalah menunjukkan keputusan kajian di mana kakitangan PPUKM
dapat menerokai kemudahan ICT dengan mudah tanpa sebarang halangan.
Walaubagaimanapun kajian ini menunjukan terdapat responden dari semua jenis
skala, antaranya sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat
setuju dengan penyataan masalah yang telah dikemukan.
Penggunaan ICT dalam kerjaya merupakan pemangkin dalam kehidupan sekarang.
Keupayaan merekod, mengedit, mengirim, menerima dan menyimpan maklumat
menjadikan ICT dapt diterokai dengan mudah di PPUKM. Dalam bidang perubatan
misalnya data-data seperti tulang, penting untuk mengesan sebarang keabnormalan.
Melalui carta pai di atas sebanyak 67% adalah setuju dengan penyataan mereka
mudah menerokai kemudahan ICT yang disediakan di PPUKM. Ini kerana mereka
adalah sebahagian yang mempunyai pengetahuan yang tinggi serta mahir dalam
bidang ICT. Sebanyak 3% adalah sangat setuju bahawa mereka tahu menerokai
dunia ICT.
Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir yang tidak tahu atau tidak mahir
dalam menerokai dunia ICT di PPUKM. Terdapat 20% kurang setuju, 7% tidak setuju
dan 3% sangat tidak setuju dengan penyataan kajian tersebut.
29
Soalan 3
10%
77%
13%
Dapat menggunakan Macrosoft Word dengan mahir
Kurang setujuSetujuSangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan saya dapat menggunakan Macrosoft Word
dengan mahir
Carta pai di atas adalah menunjukkan penyataan masalah kajian yang berkenaan
dengan kemahiran menggunakan Microsoft Word dalam urusan kerja harian
antaranya kemahiran dalam mengakses data serta merekod dokumen bagi perawatan
pesakit. Penggunaan Microsoft Words adalah meluas terutamanya penggunaan dari
jururawat untuk merekod sebarang dokumen yang berkaitan dengan pesakit dan
sebagainya.
Melalui kajian soal selidik ini, didapati sebanyak 77% adalah kurang setuju bahawa
mereka mahir menggunakan perisian Microsoft words dalam urusan kerja harian.
Bilangan ini terlalu besar yang kami dapati. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan
mereka kurang mahir dalam menggunakan Microsoft Word antaranya, faktor masa
untuk belajar adalah terhad, faktor keinginan ingin mencuba yang rendah untuk
mempelajari penggunaan perisian tersebut.
Namun begitu terdapat sebanyak 10 % responden kajian adalah kurang setuju bahawa
mereka mahir dalam penggunaan perisian komputer. Sebanyak 13% yang setuju
dengan penyataan kajian yang telah dikemukan. Mereka mahir menggunakan perisian
Microsoft Words dalam kerja harian mereka dalam memberi perawatan yang terbaik
kepada pesakit. Mereka lebih efektif dalam penggunaan perisian ini.
30
Soalan 4
10%
70%
20%
Dapat menggunakan Power Point dengan Mahir
Kurang setujuSetujuSangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan saya dapat menggunakan Power Point
dengan mahir
Reka letak perisian persembahan elektronik atau multimedia merupakan ilmiah media
pada paparan yang membentuk satu persembahan yang menarik. Penggunaan
Microsoft Powerpoint ini dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran yang
secara berterusan.
Microsoft Powerpoint digunakan dalam menyediakan teks atau bahan pembelajaran
melalui media elektronik. Sebagai contoh ketika mengadakan satu seisi perbincangan
yang berterusan untuk setiap kakitangan, mereka harus menyediakan bahan
pengajaran dalam bentuk Micrososft Powerpoint. Di dalam pembelajaran
kejururawatan atau dikenali sebagai CNE (Continous Nursing Education). Manakala
dalam bidang perubatan kedoktoran mereka menggunakan dalam bidang pengajaran
CME(Continous Medical Education).
Carta pai di atas adalah menunjukan keputusan daripada kajian permasalahan yang
berkaitan dengan “Saya mahir dalam menggunakan Microsoft Powerpoint”.
Didapati sebanyak 70% mahir menggunakan perisian Microsft Powerpoint ini dalam
proses pengajaran serta pembelajaran mereka.
31
Sebanyak 20% didapati setuju bahawa mereka juga mahir dalam penggunaan
Microsoft Powerpoint ini. Dalam kajian soal selidik ini 90% mahir menggunakan
perisian komputer ini.
Manakala sebanyak 10% dikenalpasti tidak mahir dalam penggunaan Microsoft
Powerpoint dalam urusan pembelajaran dan pengajaran mereka. Banyak faktor
kelemahan mereka dalam pengetahuan tentang penggunaan komputer.
32
Soalan 5
20%
13%
30%
23%
13%
Berpuas hati dengan kemudahan WIFI di PPUKM
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan saya berpuas hati dengan kemudahan
WIFI di PPUKM
Carta pai di atas adalah menunjukkan kajian selidik yang berkaitan dengan kepuasan
hati dalam menggunakan kemudahan WIFI di PPUKM. Melalui kajian ini, didapati
sebanyak 13 % sangat setuju dan 24% setuju dan berpuas hati dengan kemudahan
WIFI di PPUKM ini. Ini kerana tahap pengetahuan mereka adalah tinggi dalam
bidang media elektronik. Mereka tahu bagaimana mahu mengakses WIFI yang
disediakan di hospital ini.Pendaftaran adalah penting untuk mendapatkan khidmat
WIFI ini ketika berada di kawasan hospital bagi memudahkan kerja, menjimatkan
masa serta mendapat infomasi dengan cepat.
Wi-fi atau singkatan daripada wireless fidelity adalah teknologi yang memungkinkan
bagi pengguna komputer dan perkakasan rangkaian lain yang mendokong teknologi
seperti Personal Digital Assistan (PDA) dan telefon bimbit untuk berkomunikasi
dalam jaringan LAN atau mengakses internet dengan jaringan broadband tanpa
jaringan kabel. Dengan menggunakan sebuah Wi-fi AP atau wireless router, sebuah
jaringan LAN atau internet boleh diakses tanpa kabel dalam linkungan 300 kaki
persegi atau sekitar lingkungan 100 meter.
33
Manakala terdapat segelintir responden kami tidak mahir dalam penggunaan
perkhidmatan WIFI yang telah disediakan. Sebanyak 30% sangat tidak setuju, 13%
kurung setuju dan 13 % tidak setuju dalam penyataan kajian ini.
Dengan WLAN, pengguna boleh akses sistem komunikasi rangkaian tanpa perlu
mencari tempat sebagai sambungan kabel ke rangkaian. Kelebihan-kelebihan WLAN
antaranya sebagai mobiliti, konfigurasi dengan cepat dan ringkas, flexibility dan
sebagainya.
34
3.2 SOALAN DATA BAHAGIAN C (PENGETAHUAN)
Soalan 1
7%
67%
27%
ICT adalah teknologi yang digunakan oleh kakitangan untuk meningkatkan kualiti
perkhimatan
Kurang setuju SetujuSangat tidak setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan ICT adalah teknologi yang digunakan oleh
kakitangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan
Carta pai di atas adalah menunjukan keputusan kajian soal selidik yang berkaitan
dengan ICT adalah satu teknologi yang digunakan oleh kakitangan untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan. Teknologi ICT ini akan meningkatkan
kecekapan , meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan. Selain itu ia dapat
mengurangkan kos pengurusan dalam perkhidmatan.
Dalam carta pai ini, keputusan kajian yang telah diperolehi adalah sebanyak 67%
setuju menyatakan penggunaan ICT adalah penting dalam pengurusan pesakit,
perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan menguasai bidang media elektronik ini.
Walaubagaimanapun, terdapat 6% kurang bersetuju dan sebanyak 27% sangat tidak
setuju dengan penyataan kajian kami iaitu ICT boleh meningkatkan kualiti
perkhidmatan. Ini kerana ia akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pentadbiran yang selaras dengan kemajuan pembangunan negara. Meningkatkan
pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan dengan menggunakan kemudahan
ICT yang dikemas kini dan dapat meningkatkan keupayaan dalam menyediakan
perkhidmatan mengikut keperluan pelanggan.
35
Soalan 2
3% 3% 3%
60%
30%
Penggunaan ICT boleh mendatangkan ke-burukan kepada individu yang taksub
dengan ICT
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan penggunaan ICT boleh mendatangkan
keburukan kepada individu yang taksub dengan ICT
Carta pai di atas adalah menunjukan keputusan kajian yang diperolehi daripada kajian
soal selidik tentang penggunaan ICT boleh mendatangkan keburukan kepada individu
yang taksub dengan ICT dalam urusan harian.
Melalui carta ini terdapat sebanyak 30% sangat setuju dengan penyataan kajian ini,
manakala sebanyak 60% setuju menyatakan penggunaan ICT boleh mendatangkan
keburukan kepada pengguna sekiranya tiada batasan. Antara keburukannya adalah
dengan penggunaan ICT pula ialah fitnah dapat disebar secara lebih mudah. Memang
sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat.
Maklumat yang disiarkan sukar untuk menentukan kesahihannya. ICT juga boleh
mempengaruhi seseorang dan membuatkan mereka leka menggunakan ICT. Hal ini
kerana, mereka akan banyak menghabiskan masa dengan bermain game di Internet
dan sekaligus mengabaikan peranan mereka sebagai pekerja malah tidak akan
bersosial dengan masyarakat luar. Keburukan seterusnya ialah, ICT akan membuat
seseorang terdedah dengan perkara yang tidak baik. Misalnya cereta lucah, gambar
lucah dan bicara lucah. Ini akan merosakkan akhlak dan jiwa . Ini sekaligus
mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik.
36
Walaubagaimanapun dalam keputusan kajian ini, didapati sebanyak 3% kurang
setuju, 3% setuju dan 4% sangat tidak setuju dengan penyataan kajian ini. Mereka
berpendapat penggunaan ICT ini juga dapat mendatangkan kebaikan, antaranya
memudahkan kerja seharian mencari informasi , berkominikasi dengan cepat dan
lancer atau sebgainya.
37
Soalan 3
10%
20%
27%
37%
7%
Kemahiran ICT hanya dipraktikan untuk kerani di wad sahaja
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan kemahiran ICT hanya dipraktikan untuk
kerani di wad sahaja
Carta pai di atas menunjukan peratusan mengenai kemahiran ICT ini hanya
dipraktikan untuk kerani di wad sahaja. Sebanyak 36% telah bersetuju dengan
kenyataan ini. Ini adalah kerana, sebilangan daripada mereka berpendapat bahawa
sepanjang masa para kerani akan menguasai penggunaan komputer dari segi
pembayaran mahupun perkara yang lain. Hanya segelintir sahaja yang sangat setuju
dengan kenyataan ini iaitu sebanyak 7%. Manakala 27% pula adalah kurang bersetuju
dengan kenyataan ini. Ini adalah disebabkan sesetengah pendapat yang menganggap
tidak semestinya hanya kerani sahaja yang menguasai bidang ICT ini. Bagi yang
kurang bersetuju, mereka terdiri 20% daripada jumlah keseluruhan, manakala bakinya
10% lagi mewakili mereka yang sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.
38
Soalan 4
3%
33%
63%
Sangat mengetahui tentang perbezaan blog dan website
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan saya sangat mengetahui tentang perbezaan
blog dan website
Carta pai diatas telah menunjukan peratusan bagi mereka yang sangat mengetahui
perbezaan antara blog dan juga website. Sebilangan besar daripada mereka, 64% telah
bersetuju dengan isu ini selaras dengan kemudahan yang telah didedahkan kepada
semua respondan. Namun begitu, terdapat 33% yang kurang bersetuju dengan
pengetahuan tentang perbezaan ini manakala 3% lagi adalah tidak bersetuju dengan
kenyataan ini. Ini mungkin kerana, mereka beranggapan bahawa web dan blog ini
adalah satu perkara yang sama maksudnya.
39
Soalan 5
3%10%
57%
30%
Mahir menghantar Email bersama lam-piran kepada rakan
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan saya mahir menghantar email bersama
lampiran kepada rakan
Bagi carta pai diatas, ia menunjukan peratusan bagi kemahiran seseorang dalam
penggunaan Email bersama lampiran kepada rakan yang lain. Sebanyak 57% adalah
bersetuju dengan kenyataan diatas berbanding hanya 30% sahaja yang sangat setuju
untuk penggunaan Email ini. Ini adalah berkemungkinan, penggunaan Email ini
hanyalah tertedah kepada mereka yang melanjutkan pelajaran serta penghantaran
maklumat yang lain. Manakala 10% lagi adalah kurang bersetuju dengan kenyataan
ini dan 3% adalah tidak bersetuju dengan kemahiran penghantaran Email tersebut.
40
3.3 SOALAN DATA BAHAGIAN D (KEMAHIRAN)
Soalan 1
73%
27%
ICT membawa pemahaman yang lebih berkesan dan memberi impak positif
kepada kakitangan PPUKM
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan ICT membawa pemahaman yang lebih
berkesan dan member impak positif kepada kakitangan PPUKM
Carta pai diatas adalah menunjukan peratusan bagi segelintir respondan berkenaan
ICT ini membawa pemahaman yang lebih berkesan dan memberi impak yang positif
kepada semua kakitangan PPUKM ini. Sebilangan besar daripada bilangan respodan
yang telah dipilih secara rawak adalah sangat bersetuju dengan keberkesanan ICT ini
kepada semua kakitangan PPUKM. Sebanyak 73% daripada mereka sangat bersetuju
apabila kepentingan ICT amat memberi impak yang positif kepada semua kakitangan
di PPUKM ini. Manakala jumlah yang selebihnya 27% adalah bersetuju dengan
maklumat yang telah diberikan ini.
41
Soalan 2
80%
20%
Kemahiran dalam penggunaan ICT penting untuk kakitangan PPUKM
Setuju Sangat tidak setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan kemahiran dalam penggunaan ICT
penting untuk kakitangan PPUKM
Carta pai diatas telah menunjukan peratusan respondan bagi kemahiran dalam
penggunaan ICT ini amatlah penting untuk semua kakitangan di PPUKM ini. Majoriti
daripada mereka adalah bersetuju dengan kemahiran dalam penggunaan ICT ini
dengan jumlah sebanyak 80%. Hanya segelintir respondan sahaja yang sangat tidak
bersetuju dengan penggunaan ICT ini iaitu sebanyak 20%. Bagi yang tidak bersetuju
itu, mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri kenapa mereka menganggap
penggunaan ICT ini adalah tidak penting bagi kakitangan di PPUKM ini. Manakala
yang bersetuju pula, mereka telah berfikiran secara terbuka kerana beranggapan
seharusnya seluruh warga kerja di PPUKM ini perlu tahu penggunaan serta
kepentingan kemudahan ICT ini selaras dengan kemajuan yang telah kita terima di era
2014 an ini.
42
Soalan 3
7%
30%
43%
20%
Mahir menggunakan Power Point dalam persembahan slide
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan saya mahir menggunakan Power Point
dalam persembahan slide
Carta pai diatas adalah menunjukan jumlah peratusan bagi mereka yang mahir dalam
penggunaan Power Point bagi persembahan slide. Berdasarkan peratusan diatas,
sebanyak 43% telah bersetuju dalam kemahiran Power Point ini. Ini adalah kerana
kebanyakan antara mereka merupakan kakitangan yang bekerja sambil belajar. Jadi,
penggunaan Power Point ini adalah penting dalam setiap pembelajaran untuk
pembentangan kertas kerja. Malah para kakitangan lain yang bersetuju juga perlu
mahir dalam Power Point ini bagi penggunaan dalam pembelajaran secara berterusan
(CNE). Ini dapat dibuktikan dengan peratusan bagi yang sangat bersetuju iaitu 20%.
Perbezaan diantara sangat setuju dan juga setuju hanyalah 13% sahaja. Namun begitu
terdapat juga segelintir mereka yang kurang bersetuju dengan kemahiran ini. Untuk
golongan peratusan yang ini, mungkin mereka masih lagi berbelah bagi diantara
bersetuju mahupun krang bersetuju. Bagi yang tidak bersetuju hanya 7% sahaja
berbanding dengan peratusan yang lain – lain.
43
Soalan 4
3% 3%
53%
40%
Memerlukan kemahiran secara berterusan dalam ICT
Tidak setuju
Kurang setuju
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan saya memerlukan kemahiran secara
berterusan dalam ICT
Carta pai diatas adalah menunjukan sebilangan respondan yang berpendapat bahawa
mereka memerlukan kemahiran secara berterusan dalam penggunaan ICT ini. Hanya
40% sahaja yang sangat bersetuju dengan kemahiran secara berterusan ini berbanding
54% adalah bersetuju. Jumlah peratusan yang sangat bersetuju hanya kekurangan
beberapa peratus sahaja jika mahu dibandingkan dengan peratusan respondan yang
bersetuju. Walau bagaimanapun, mereka masih tetap menyokong bahawa kemahiran
secara berterusan didalam ICT ini perlu dititik beratkan supaya semua kakitangan
mendapat segala input yang baru serta pakar dalam penggunaan ICT ini. Manakala
peratusan respondan yang tidak bersetuju dan kurang bersetuju merangkol peratusan
yang sama banyak iaitu 3% setiap satu. Jumlah yang sikit ini mungkin disebabkan
oleh mereka yang rata-ratanya masih belum terdedah dengan kepentingan ICT ini.
44
Soalan 5
77%
23%
Kemahiran ICT membantu dalam perawatan dan pembelajaran
Setuju
Sangat setuju
Carta pai di atas mewakili penyataan ICT membantu dalam perawatan dan
pembelajaran
Carta pai diatas mewakili peratusan bagi respondan yang berpendapat bahawa
kemahiran ICI ini membantu dalam perawatan dan pembelajaran. Apa yang dapat
dilihat dari carta ini, sebilangan besar dari mereka sangat bersetuju apabila kemahiran
ICT ini amat membantu dari segi pemberian perawatan seharian mahupun dari segi
pembelajaran. Kalau hendak diikutkan, sebilangan besar dari perawatan yang
dimaksudkan memerlukan mereka untuk mempelajarinya untuk keperluan seharian
seperti penggunaan Nurses Station, CHET, Cencus dan lain – lain. Hanya 23% sahaja
yang bersetuju dengan kemahiran ICT ini. Walau bagaimanapun, kedua – dua
peratusan ini masih tetap bersetuju bahawa kemahiran ICT ini amat membantu dari
segi perawatan serta pembelajaran. Apa yang membanggaka tiada langsung respondan
yang tidak bersetuju dengan isu ini.
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
45
Setelah mengadakan perbincangan, seharusnya mengadakan proses
pembelajaran ICT pada jururawat-jururawat PPUKM. Model ini seharusnya
dapat digunapakai oleh jururawat dan PPUKM yang terlibat dalam program
pendidikan untuk meningkatkan tahap kemahiran ICT masing-
masing.Penggunaan ICT yang lebih menarik di kalangan anggota hendaklah
diperkenalkan.Ini termasuklan internet, multimedia, video conferencing dan
sebagainya. Untuk mencapai keadaan ini pihak ketua jabatan hendaklah
menyediakan peralatan yangberkaitan contonya software dan hardware
berkaitan dan talian internet.Usaha meningkatkan pengetahuan dan kebolehan
(skill) di kalangan anggota tentang ICT hendaklah dipertingkatkan. Aktiviti yang
boleh diadakan termasuk lebih banyak anggota diberi latihan asas ICT,
menyediakan sudut bacaan maklumat tentang ICT (contoh; di papan kenyataan),
maklumat IT dalam buletin jabatan dan membeli majalah ICT.
Untuk meningkatkan penggunaan ICT terutamanya di peringkat klinik dan unit-
unit bawahan satu Jawatankuasa ICT/ Kumpulan Petugas ICT di peringkat
klinik /unit bawahan perlu diwujudkan dan tumpuan utama tugas ini adalah
untuk menyelaraskan aktiviti ICT dengan memberi keutamaan menggalakan
penggunaan ICT di kalangan anggota bawahan.
Ini sesuai dengan kemajuan yang berlaku dalam sistem pendidikan kebangsaan
yang memerlukan seorang jururawat yang berkemampuan bukan sahaja dalam
bidang tetapi juga kemahiran-kemahiran lain khususnya ICT.
Justeru kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh pelbagai pihak khususnya
Fakulti Perubatan di semua bidang dan juga lain-lain displin yang mempunyai
program pendidiakn ICT yang berkaitan dengan bidang perubatan. Ini
bersesuaian dengan peranan jururawat yang dinilai sangat penting dalam
membangunkan generasi yang akan datang serta memberi perawatan yang
terbaik pada setiap pesakit.
5.0 KESIMPULAN
46
Peranan ICT kini bukan lagi sebagai aksesori tetapi keperluan dalam meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ianya mempercepatkan serta memudahkan
proses pemahaman menerusi ilustrasi multimedia yang bukan sahaja boleh dicapai
semasa kuliah tetapi pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Pengharapan warga
kampus ke atas kemudahan ICT yang terkini, pantas dan berkualiti adalah tinggi.
PTM sejak daripada penubuhannya telah berusaha sedaya upaya bagi melengkapkan
keperluan ini khususnya persediaan infrastruktur rangkaian yang berkelajuan tinggi
serta kemudahan-kemudahan lain. Perubahan teknologi yang agak pantas serta kos
yang tinggi merupakan cabaran utama yang dihadapi. Namun demikian menerusi
Pelan Strategik ICT 2011-2015 yang sedang dirangka adalah diharapkan perancangan
dan pelaksanaan projek ICT dapat dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan UKM
mempunyai prasarana ICT yang terkini, efisien dan berkesan dalam menyokong
proses Pengajaran dan Pembelajaran.
6.0 RUJUKAN
47
Abdul Manan, M.D.,Mohd Kamil, H.& Jamaluddin. 2000. Kajian Tahap Pengetahuan Teknologi Maklumat Di Kalangan Anggota Jabatan Kesihatan. Journal artic Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas
Halimah Badioze Zaman & Norhayati Abdul Mukti. 2003. Kemahiran Maklumat & Komunikasi Dalam Era Digital. Selangor: Penerbit Prentile Hall Pearson Malaysia SDN BHD.
Juliana Salim, Mohd Shahizan Othman & Len Tin Moi. 2008. Organisasi Maklumat: Penerbit. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Ng Wai Kong. 2002. ICT dan Pengajaran. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Umar Halim & Samsudin A.Rahim.2010. Penglibatan Digital: Akses dan Penggunaan E-Agama dalam kalangan generasi muda muslim. Malaysian Journal Of Communication. 27(2): 121-135
http://kakba.blospot.com/2010/09/wanita-dan-teknologi-maklumat-dan.html
http://ppukmweb.ukm.my/journal.ICT
www.ptm.ukm.my
48