Asigment tugasan 2 kbk 3063

download Asigment tugasan 2 kbk 3063

of 14

Transcript of Asigment tugasan 2 kbk 3063

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    1/14

    1

    SEMESTER 3

    KBK 3063: SOKONGAN DALAM KOMUNITI

    KUMPULAN:

    UPSI-B22 (A112PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    ROSLIN BINTI MINU D20102043817 019 6463395

    TUTOR E-LEARNING :

    TARIKH SERAH : 30hb NOVEMBER 2012

    PEMARKAHAN

    1 ESEI:

    a.

    b.

    2 FORUM

    JUMLAH

    BAHAGIAN A : TUGASAN 2

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    2/14

    2

    KANDUNGAN

    Bil PERKARA HALAMAN

    1.0 PENGENALAN 2

    2.0 LATAR BELAKANG MURID 3

    3.0 LATAR BELAKANG IBU BAPA MURID 4

    4.0 PENILAIAN PENGESANAN 5

    5.0 JENIS INTERVENSI 6

    6.0 PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT 7

    7.0 PENILAIAN DAN PENAKSIRAN 8

    8.0 JANGKAMASA INTERVENSI 9

    9.0 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 10

    10.0 AHLI TERAPI 10

    11.0 ULASAN DAN PANDANGAN KRITIS TENTANG INTERVENSI

    AWAL

    11

    12.0 CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN 12

    13.0 BIBLIOGRAFI 14

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    3/14

    3

    1.0 PENGENALAN

    Pada 30 Oktober 2012 yang lalu, saya telah pergi ke sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

    yang terletak di negeri Selangor bagi menjalankan satu kajian ke atas seorang murid yang

    mempunyai masalah ketidakupayaan. Kajian yang telah saya lakukan adalah di Pusat

    Pemulihan Dalam Komuniti Sri Budiman, 314 JKR Quarters, Jalan Klang, 45000 Kuala

    Selangor, Selangor Darul Ehsan. PDK tersebut mempunyai 30 orang murid-murid berkeperluan

    khas atau pun bermasalah pembelajaran.

    PDK tersebut mempunyai 4 orang tenaga pengajar serta 30 orang murid yang

    mempunyai pelbagai jenis ketidakupayaan. Sebagai contoh, Sindrom Down, Autisme, masalah

    pendengaran dan terencat akal, Epilepsi, Cerebral Palsi dan sebagainya.

    Penyelaras PDK ini ialah Puan Hamizah binti Abdul Rahman. Beliau dibantu oleh 3

    orang tenaga pengajar di bawahnya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti di PDK. PDK ini beroperasi

    dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari setiap hari Isnin hingga Jumaat.

    Saya telah memilih seorang daripada kanak-kanak di PDK tersebut yang mengalami

    maslah pendengaran. Beliau ialah adik Muhammad Arif Solehin Bin Rosli. Berikut adalah

    perbincangan mengenai permasalahan yang di alami oleh adik Muhammad Arif Solehin Bin

    Rosli dan perkembangannya dari mula dia dimasukkan ke PDK sehingga kini serta beberapa

    cadangan yang perlu untuk perkembangan bagi masalah yang dihadapi oleh adik Muhammad

    Arif Solehin Bin Rosli ini.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    4/14

    4

    2.0 LATAR BELAKANG MURID

    Nama Responden: Muhammad Arif Solehin Bin Rosli

    Tarikh Lahir: 26. September 2006

    Umur: 5 tahun

    Jantina: Lelaki

    Bangsa: Melayu

    Agama: Islam

    No Pendaftaran OKU: DD 063544

    Bilangan Adik-Beradik: 4 Orang

    Bilangan Dalam Keluarga: Anak Ke 3

    Alamat: No 36 Jln 2 Taman Bukit Belimbing Indah, 45000 Kuala Selangor

    No Telefon: 0173851347

    3.0 LATAR BELAKANG IBU BAPA MURID

    Nama bapa adik Arif ialah Rosli bin Amir. Bapa adik Arif berusia 38 tahun dan bekerja sendiri.

    Bapa adik Arif ini dilahirkan di Perak dan menetap di Kuala Selangor sehingga sekarang.

    Mempunyai 4 orang anak, berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan warganegara

    Malaysia. Bapa adik Arif dilahirkan pada tahun 1974. Pendapatan sebulan bapa adik Arif ialah

    RM800 sebulan dan beliau tidak ada mengalami masalah kecacatan.

    Nama ibu adik Arif pula ialah Siti Hasnah Bt Kasim. Ibu adik Arif berusia 37 tahun dan

    tidak bekerja hanya sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Ibu adik Arif dilahirkan di Kuala

    Selangor dan menetap di Kuala Selangor sehingga sekarang. Ibu adik Arif dilahirkan pada

    tahun 1975. Mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak kedua dalam keluarga.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    5/14

    5

    4.0 PENILAIAN PENGESANAN

    Langkah pertama yang telah saya jalankan ialah mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan

    adik Arif. Jadi, untuk mengenal pasti ketidakupayaan tersebut, saya telah menggunakan

    penilaian pengesanan. Sebagaimana yang kita ketahui dan pelajari, penilaian pengesanan

    merupakan penilaian yang tidak formal yang dilakukan dengan cara pemerhatian. Melalui

    pemerhatian tersebut, kita dapat menyenaraikan tingkah laku yang diragui serta tanda-tanda

    ketidakupayaan. Biasanya, penilaian ini dilakukan oleh individu yang terdekat atau individu yang

    lebih mengenali kanak-kanak atau murid-murid tersebut.

    Sewaktu menjalankan penilaian pengesanan ke atas adik Arif ini, saya telah

    menyediakan satu senarai semak pengesanan bagi memudahkan saya mengenal pasti apakah

    jenis ketidakupayaan adik Arif ini. Sewaktu kali pertama saya melihat adik Arif, saya

    berpendapat bahawa adik Arif bermasalah pendengaran. Jadi, untuk meneguhkan lagi

    pendapat saya, saya telah menggunakan senarai semak yang berkaitan dengan ciri-ciri

    masalah Pendengaran dan didapati bahawa adik Arif ada ciri-ciri tersebut.

    Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ialah tidak

    bertindak balas terhadap bunyi, tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri, tidak

    memahami atau silap memahami arahan. Selain itu juga dia kelihatan tidak memberikan

    tumpuan dan sentiasa mengelamun serta kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain,

    sangat pasif dan menyendiri. Dia lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh

    orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas. Dia akan membaca bibir,

    melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar. Selain itu

    pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa dan lebih banyak

    menunjuk dengan jari dari bercakap. Suka menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi

    dengan kawan-kawan dan telinga sering berair atau bernanah. Kesemua ciri-ciri tersebut

    pernah berlaku ke atas adik Arif. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan

    oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung

    kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan

    mereka sendiri.

    Masalah pendengaran merupakan satu masalah yang dikatakan sebagai masalah yang

    tersembunyi dan senyap apabila masalah ini hanya akan dapat dikesan apabila kanak-kanak ini

    mula mencecah usia 2 tahun dan ke atas terutama apabila kanak-kanak mula memasuki alam

    persekolahan. Ramai dikalangan kanak-kanak ini perlu belajar bahasa dan bertutur dengan

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    6/14

    6

    cara yang berlainan, jadi adalah penting untuk mengesan masalah pendengaran atau

    kepekakkan seawal yang mungkin. Tanpa pendengaran, bahasa tidak dapat dikuasai dan

    difahami oleh mereka. Pengesanan awal pendengaran penting agar kanak-kanak yang

    mengalami masalah pendengaran dapat dikesan awal dan diberi bantuan seawal mungkin.

    Menurut World Health Organization (WHO), kanak-kanak yang mengalami masalah

    pendengaran seharusnya dapat dikesan seawal berusia 3 bulan dan peningkatan pendengaran

    pada usia seawal 6 bulan.

    Jadi, sebagai kesimpulannya, penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas adik

    Arif mendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Pendengaran. Ini

    dikukuhkan lagi dengan melihat laporan perubatan yang telah dijalankan oleh Pegawai

    Perubatan dan Kesihatan Pusat Kesihatan Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Adik Arif

    sebenarnya telah didiagnos sebagai seorang yang mengalami masalah pendengaran bersama

    dengan masalah pembelajaran.

    5.0 JENIS INTERVENSI

    Adik Arif telah menerima pelbagai jenis intervensi semasa dia mula dimasukan ke PDK ini.

    Antara jenis intervensi yang diterima oleh adik Arif daripada PDK ini ialah:

    5.1 Terapi Pertuturan

    Aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan

    bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atauperistiwa yang

    berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak. Ahli terapi juga

    akan menunjukkan cara penyebutan yang betul danmenggunakan kaedah latih tubi untuk

    membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.

    5.2 Terapi artikulasi (alat pertuturan)

    Melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan

    yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya

    ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf,misalnya r. Selain itu dia juga

    akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r sebut.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    7/14

    7

    5.3 Pendekatan Interaktif

    Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru

    pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-

    kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan,

    ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak

    sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran denganmenggunakan bahasa dan

    sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang

    kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak.Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di

    samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

    5.4 Komunikasi Tambahan

    Terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang

    serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada

    kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang

    biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

    6.0 PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT

    Dapat dilihat bahawa penglibatan ibubapa kurang terhadap perkembangan emosi kanak-kanak

    bermasalah pendengaran. Namun begitu ibu kepada adik arif sangat mengambil berat

    mengenai permasalahan yang dihadapi oleh anaknya dengan banyak melibatkan diri dalam apa

    jua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PDK. Berdasarkan temubual saya bersama ibu

    adik Arif, beliau sangat mengambil berat mengenai perkembangan anaknya. Beliau juga

    mempelajari bahasa isyarat untuk memudahkan beliau memahami dan berkomunikasi dengan

    mudah dengan anaknya yang bermasalah pendengaran.

    Penyertaan ibu bapa dalam intervensi awal adalah penglibatan berasaskan rumah dan

    bertindak sebagai peserta dan penyokong. Di rumah, ibu bapa berperanan memberi peneguhan

    positif terhadap tingkah laku anak di PDK, iaitu apabila anak memenuhi kriteria di bilik darjah

    ibu bapa akan memberi pujian sebagai peneguhan. program intervensi mampu membantu ibu

    bapa terlibat dalam pembangunan diri anak, dan membantu mereka untuk mengajar kanak-

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    8/14

    8

    kanak mengamalkan tingkah laku sesuai. Intervensi mendedahkan ibu bapa ilmu tentang cara

    meneguhkan tingkahlaku dan mengurangkan penggunaan hukuman dan kebencian di rumah.

    Manakala penglibatan komuniti setempat dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti lepas yang

    telah dijalankan di PDK ini, kelihatan terdapat juga segelintir komuniti yang terlibat sama

    menjayakan apa jua aktiviti yang dijalankan. Ini menunjukkan komuniti setempat di persekitaran

    PDK ini juga mengambil tahu mengenai perkembangan perjalanan aktiviti di PDK ini.

    7.0 PENILAIAN DAN PENAKSIRAN

    Dalam kes ini penilaian yang digunakan oleh adik Arif ialah Penilaian perkembangan yang

    merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan sejak lahir hinggalah

    ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Menurut

    Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkembangan ialah perihal berkembang iaitu menjadi maju atau

    tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan serta kemajuan.

    Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahap perkembangan seseorang

    kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif, sosial emosi, motor,yang terdiri daripada motor

    halus dan motor kasar, bahasa dan komunikasi, yang terdiri daripada bahasa reseptif dan

    bahasa ekspresif serta perkembangan pengurusan diri. Sekiranya seseorang kanak-kanak atau

    individu itu tidak berupaya berkembang secara normal, guru-guru boleh serta harus

    menjalankan proses intervensi awal untuk membantu kanak-kanak tersebut berkembang

    mengikut tahap umurnya walaupun tidak sepenuhnya.

    Salah satu tujuannya ialah, menilai perkembangan kanak-kanak atau seseorang

    individu. Sebagaimana yang kita tahu, penilaian merujuk kepada dimensi perkembangan yang

    meliputi aspek kognitif, sosiol emosi, motor, bahasa dan komunikasi serta jagaan diri. Melalui

    penilaian, guru-guru dapat menyediakan satu laporan atau pelan tindakan yang sewajarnya

    kepada kanak-kanak yang dikaji sekiranya kanak-kanak itu mempunyai sebarang

    ketidakupayaan.

    Selain itu, penilaian dilakukan bertujuan untuk mengesan kekurangan kanak-kanak atau

    murid yang dikaji. Setelah melakukan penilaian, guru dapat mengesan sebarang kekurangan

    kanak-kanak. Pada pandangan mata kasar, mungkin kanak-kanak itu kelihatan normal, tetapi

    setelah menjalankan penilaian, kemungkinan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    9/14

    9

    Penilaian perkembangan dijalankan bagi membolehkan para guru atau pihak ibu bapa

    mengambil langkah awal untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak tersebut.

    Mereka yang mempunyai ketidakupayaan tidak bermaksud mereka itu mengalami

    perkembangan yang tersekat pada keseluruhannya, tetapi hanya pada aspek yang dikaji.

    Walaupun mereka mengalami ketidakupayaan-ketidakupayaan tertentu, mereka mempunyai

    kelebihan pada bidang lain. Sebagai contoh, mereka mungkin sangat kreatif dalam

    menghasilkan lukisan atau kraftangan. Oleh itu, penilaian penting agar guru dapat mengetahui

    di mana potensi dan bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut bagi membantu mereka

    mengembangkan bakat semulajadi mereka ke tahap yang lebih baik.

    Selain itu juga, penilaian perkembangan dijalankan bagi mengelakkan masalah dalam

    pembelajaran kanak-kanak daripada terus berlarutan serta dapat membantu mengurangkan

    masalah kanak-kanak tersebut melalui program intervensi.

    8.0 JANGKAMASA INTERVENSI

    Jangkamasa intervensi yang dijalankan ke atas adik Arif adalah dari sejak dia disahkan

    menghadapi masalah pendengaran. Bukan itu sahaja adik Arif juga mengalami maslah

    pembelajaran pada masa yang sama menyebabkan dia mengalami kelewatan perkembangan

    kognitif. Sepanjang adik Arif berada di PDK tersebut, adik arif telah menerima pelbagai jenis

    intervensi awal contohnya seperti bahasa isyarat untuk memudahkan adik Arif berkomunikasi

    dengan guru dan rakan-rakannya serta ibu bapanya apabila berada di rumah. Adik Arif juga

    menerima jenis terapi pertuturan kerana dia kelihatan boleh bertutur walaupun tidak jelas

    pertuturannya. Adik Arif telah menerima intervensi awal ini sejak berumur 4 tahun lagi.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    10/14

    10

    9.0 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

    Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis: ianya dirancang untuk

    seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan

    penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. Ini

    menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan kerjasama

    dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai

    pendidikan daerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain.

    10. AHLI TERAPI

    Adik arif memerlukan ahli terapi yang khusus untuk memperkembangakan perkembangan

    pembelajarannya. Antara ahli terapi yang diperlukan ialah:

    10.1 Ahli audiologi

    Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaandan tahap

    kehilangan pendengaran kanak-kanak. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat

    bantudengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yangmemberi

    impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa

    tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu.

    10.2 Ahli Patologi Pertuturan Bahasa

    Ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan

    dan pertuturan kepada kanak-kanak itu. Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang

    mendapat implikasi terbaikakan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan

    membentuk bahasa.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    11/14

    11

    11.0 ULASAN DAN PANDANGAN KRITIS TENTANG INTERVENSI AWAL

    Program intervensi awal pada kanak-kanak atau murid-murid yang mempunyai masalah

    ketidakupayaan tertentu adalah sangat penting. Melalui program ini, kanak-kanak itu akan

    diberikan perhatian yang khusus bagi mengatasi masalah ketidakupayaan yang dialami. Bukan

    itu sahaja, di dalam pelaksanaan program intervensi awal ini, semua pihak akan terlibat, bukan

    sahaja pakar-pakar, guru dan ibu bapa, malah jiran tetangga, rakan-rakan dan pihak-pihak yang

    berkaitan. Oleh itu, program ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan

    masalah yang dihadapi oleh sesiapa sahaja khususnya adik Arif ini dapat diatasi kerana adik

    Arif dilihat sebagai seorang yang mempunyai peluang yang cerah dalam bidang kemahiran.

    Terdapat beberapa strategi intervensi awal untuk kanak-kanak masalah pendengaran

    iaitu kumpulan sokongan ibu bapa, memberikan sokongan kepada penjaga kanak-kanak

    tersebut, dapatkan perhatian kanak-kanak tersebut sebelum memulakan perbualan,

    memberikan fokus terhadap persekitaran yang sesuai untuk pendengaran, menggunakan

    petunjuk-petunjuk seperti gerak badan, gambar dan gerakan bibir dan sebagainya.

    Kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak memberikan kesan terhadap perkembangan

    kanak-kanak tersebut dan juga terhadap prestasi persekolahannya. Perkhidmatan intervensi

    awal semasa perlu sentiasa dibangunkan dan memperbaharui perkhidmatan yang baru agar

    dapat disesuaikan dengan kanak-kanak dan keluarganya untuk menerima intervensi awal yang

    lebih bersesuaian.

    Setelah mengenal pasti seseorang kanak-kanak itu mempunyai ketidakupayaan

    tertentu, pihak guru itu sendiri yang perlu merujuk kepada ibu bapa dengan segera.

    Seabagaimana yang kita sedia maklum, pada peringkat tadika atau pra sekolah lagi, seseorang

    kanak-kanak itu dapat dinilai serta dikesan jika mereka mempunyai ketidakupayaan tertentu. Di

    sini peranan guru pra sekolah itu sendiri amat penting bagi memastikan kanak-kanak tersebut

    diberi rawatan atau pemulihan awal. Sebagai contoh, di dalam kes adik Arif ini, saya merasa

    amat sedih kerana adik Arif seolah-olah tidak dikesan dari awal dan ini menyebabkan

    perkembangan kognitifnya amat jauh berbeza berbanding dengan umurnya yang sebenar.

    Selain itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa juga amat penting. Terdapat segelintir ibu

    bapa yang tidak mahu menerima ketidakupayaan anak-anak mereka apabila guru memberi

    laporan mengenai anak-anak mereka. Seharusnya, ibu bapa berterima kasih kepada guru

    kerana dapat mengesan ketidakupayaan anak-anak mereka untuk dirujuk kepada pakar.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    12/14

    12

    Setelah mendapat pengesahan daripada pakar, ibu bapa perlu menempatkan anak-anak

    mereka di sekolah yang sepatutnya kerana itu akan menjamin kehidupan serta masa hadapan

    yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

    12.0 CADANGAN & PENAMBAHBAIKAN

    Di sini terdapat beberapa cadangan yang saya ingin kemukakan dan ianya merupakan satu

    cadangan yang mendatangkan banyak manfaat kepada semua pihak di samping membantu

    golongan yang kurang upaya.

    Saya sangat suka mencadangkan bahawa pihak PDK mewujudkan satu bengkel

    dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kebajikan Masyarakat bagi

    menempatkan murid-murid yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu untuk mereka

    mengembangkan lagi bakat mereka. Bengkel tersebut hendaklah dibina berhampiran pusat

    bandar dan mempunyai pengurusan yang ditadbir oleh orang-orang kurang upaya. Maksud

    saya, sepenuhnya bengkel itu betul-betul diuruskan oleh mereka. Manakala pihak kementerian

    dan kebajikan Masyarakat memantau aktiviti-aktiviti mereka. Hasil daripada jualan hasil

    kraftangan mereka akan dijual dan mereka mempunyai gaji atau upah yang tetap. Ini dapat

    menjamin kelangsungan hidup mereka dan mereka akan lebih berdikari.

    Penggunaan alat bantuan pendengaran amat perlu bagi kanak-kanak masalah

    pendengaran untuk membantu mereka memahami dan menguasai bahasa serta pertuturan.

    Alat bantuan pendengaran yang digunakan oleh kanak-kanak masalah pendengaran.

    Selain itu keperluan merekabentuk perisian pendidikan multmedia untuk meningkatkan

    kemudahcapaian orang kurang upaya masalah pendengaran. Penggunaan internet amat

    penting dan memberi kesan dalam kehidupan orang masalah pendengaran kerana ia

    memudahkan mereka untuk mendapat capaian maklumat dan pengetahuan dan jaringan

    komunikasi dalam pelbagai aspek. Bukan sahaja orang normal, malah orang masalah

    pendengaran juga mempunyai hak yang sama dalam penggunaan ICT , alat bantu pendidikan,

    dan perisian berbantukan komputer (PBK). Model pembangunan perisian pendidikan dapat

    dibangunkan untuk orang-orang masalah pendengaran dengan menggunakan faktor-faktor HCI.

    Model ini mengambil kira aspek yang berkaitan dengan pendidikan seperti persekitaran

    pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, kaedah membaca, pendekatan errorless, model

    Scaffolding, teori pembelajaran dan juga matlamat pembelajaran.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    13/14

    13

    Kebanyakan bahan pendidikan dalam eletronik masa kini direkabentuk untuk pengguna

    normal. Sesuatu bahan pendidikan yang direkabentuk dengan mengambil kira isu-isu

    kemudahcapaian sejak dari awal lagi dapat mengurangkan kos dan meningkatkan bilangan

    pengguna. Perisisan kursus perlu dibangunkan dan ditingkatkan lagi bilangannya bagi

    melahirkan lebih ramai golongan yang berilmu, mampu berdikari, dan merapatkan jurang antara

    orang normal dengan orang masalah pendengaran.

    Namun begitu ,apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja, jika tidak

    mempunyai satu perancangan yang baik tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Oleh itu,

    mentaliti masyarakat perlu diubah dan setiap orang haruslah berfikiran jauh ke hadapan bagi

    memastikan golongann ini tidak terus terabai atau disisihkan masyarakat sedangkan kita hidup

    bermasyarakat. Ingatlah bahawa kita datang daripada masyarakat dan kita seharusnya kembali

    serta berkhidmat kepada masyarakat.

  • 8/13/2019 Asigment tugasan 2 kbk 3063

    14/14

    14

    BIBLIOGRAFI

    Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala

    Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.

    Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur.

    PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

    Masitah Taib, Zalizan Jelas, & Manisah. 2009. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-

    kanak berkeperluan khas. Dlm Zalizan Jelas. (pnyt.) Pendidikan Kanak-kanak

    Berkerluan Khas: Konsep dan Amalan.Universiti Kebangsaan Malaysia.