FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang...

1

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN

MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT

WONG JING KAE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

ii

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN

MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT

WONG JING KAE

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

iii

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

iv

DEDIKASI

TE R ISTIM E W A B U A T,TE R ISTIM E W A B U A T,TE R ISTIM E W A B U A T,TE R ISTIM E W A B U A T,

Ibu B apa yang D ikenangi dan D ikasih i,

K akak dan A dik Tersayang,

Segala Pengorbanan, D orongan, K esabaran Serta K asih Sayang

D ari K alian A m atlah K u Sanjungi dan K u H argai…

K H A S B U A T,K H A S B U A T,K H A S B U A T,K H A S B U A T,

D r. L okm an B in M ohd Tahir yang d ikasih i,

Segala B im bingan, N asihat, Tunjuk A jar dan Jasam u T idak akan K u L upai…

Tem an-tem an dan R akan-rakan Seperjuangan

Terim a K asih

D i atas Sokongan dan Sem angat D ari K alian Sepanjang Pengajian K u

s

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

v

PENGHARGAAN

Di ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan

terima kasih kepada penyelia saya iaitu DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR yang

banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, idea, nasihat, motivasi dan kesudian

meluangkan masa serta kesabaran mengadakan sesi perbincangan sepanjang projek

ini dijalankan. Segala teguran, nasihat dan kata-kata semangat akan tetap saya ingati

dan hargai sepanjang hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada pengetua-pengetua dan

guru-guru yang bertugas di sekolah menengah yang terlibat dalam kajian ini. Tidak

ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada pelajar-pelajar yang sudi menjadi

sampel kajian ini dan kesungguhan serta kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Penghargaan juga turut ditujukan kepada ibu bapa, kakak dan adik saya yang

sentiasa bersedia memberi dorongan dan galakan, sama ada dari segi sokongan moral

atau kewangan walaupun mereka berada jauh dari sisi saya. Saya juga sangat

berterima kasih kepada pihak fakulti dan pihak universiti yang sentiasa bersiap sedia

untuk membantu saya dalam menyiapkan dan menyempurnakan projek kajian ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung, budi mereka akan saya kenang selama-lamanya.

Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

vi

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor

yang mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar

tingkatan empat di zon Skudai, Johor. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti

minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik Tambahan, kefahaman pelajar

terhadap konsep Matematik Tambahan yang dipelajarinya, strategi pengajaran guru

berdasarkan penilaian pelajar dan faktor galakan daripada ibu bapa yang

mempengaruhi minat pembelajaran pelajar dalam Matematik Tambahan. Sampel

kajian ini terdiri daripada seramai 159 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari

tiga buah sekolah menengah kebangsaan. Nilai alpha yang diperolehi dalam kajian

rintis ialah 0.8355. Instrumen berbentuk soal selidik yang mengandungi 39 item

pernyataan berbentuk Likert Skala digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian

menunjukkan bahawa faktor galakan daripada ibu bapa amat mempengaruhi

pembelajaran Matematik Tambahan pelajar berdasarkan nilai purata skor min yang

tertinggi iaitu bernilai 3.38. Ini diikuti oleh faktor strategi pengajaran guru dan faktor

minat manakala kefahaman dalam konsep matematik tambahan kurang

mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan. Oleh itu, semua

pihak terutama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak sekolah, dan para ibu

bapa dicadangkan agar bekerjasama untuk membantu pembelajaran pelajar dalam

memahami dan menguasai Matematik Tambahan dan seterusnya pencapaian

akademik turut akan meningkat.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

vii

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to identify the factors that influence the

learning of Additional Mathematics among the form four students in Skudai zone,

Johor. Four objectives were built in order to identify the factors that influence the

learning of Additional Mathematics which are students’ interest in Additional

Mathematics, students’ understanding concept of Additional Mathematics, teachers’

teaching strategies, and encouragement from parents to their child/ children in

learning Additional Mathematics. The sample of this study was consisted of 159

form four science stream students from three secondary schools in Skudai zone,

Johor. Reliability of the research instrument had alpha values of 0.8355. A set of

questionnaire which contained of 39 items using Likert Scale was used as the

research instrument of this study. Result indicated that encouragement from parents

to their child/ children in learning Additional Mathematics was the most influential

factor in enhancing students while learning Additional Mathematics based on the

highest average of mean score i.e. 3.38. It was followed by the factor of teachers’

teaching strategies and students’ interest. However, students’ understanding concept

of Additional Mathematics was the less influential factor in enhancing students in

learning Additional Mathematics. Thus, it is hoped that authorities especially

Ministry of Education, teachers and parents will cooperate in order to solve this kind

of problem in the future.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

ix

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Minat 13

2.3 Kefahaman Konsep Matematik Tambahan 15

2.4 Strategi Pengajaran Guru 18

2.5 Faktor Galakan Ibu Bapa 20

2.6 Penutup 22

3 METODOLOGI KAJIAN 23

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Populasi dan Sampel 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Kajian Rintis 27

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Analisis Data 29

3.8 Penutup 31

4 ANALISIS DATA 32

4.1 Pengenalan 32

4.2 Latar Belakang 33

4.2.1 Nama Sekolah 33

4.2.2 Jantina 34

4.2.3 Keputusan Matematik Tambahan

Peperiksaan Tahun 2009 35

4.3 Analisis Statistik Deskriptif 36

4.3.1 Analisis Minat Pelajar Terhadap Mata

Pelajaran Matematik Tambahan 37

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

x

4.3.2 Analisis Kefahaman Konsep Matematik

Tambahan 41

4.3.3 Analisis Strategi Pengajaran Guru 44

4.3.4 Analisis Galakan Daripada Ibu Bapa 47

4.4 Analisis Keseluruhan 51

4.5 Penutup 52

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan 54

5.3 Perbincangan 56

5.3.1 Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran

Matematik Tambahan 57

5.3.2 Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep

Matematik Tambahan 58

5.3.3 Strategi Pengajaran Guru Matematik

Tambahan Berdasarkan Penilaian Pelajar 59

5.3.4 Faktor Galakan Ibu Bapa Mempengaruhi

Minat Pembelajaran Matematik Tambahan 60

5.4 Cadangan 61

5.4.1 Guru 61

5.4.2 Pelajar 62

5.4.3 Ibu Bapa 63

5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 64

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 72

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Pelajar Tingkatan Empat Yang

Mengambil Matematik Tambahan 25

3.2 Jumlah Item Mengikut Faktor 27

3.3 Markat Skala 3 Mata 29

3.4 Perubahan Markat Dan Skala 30

3.5 Jadual Ringkasa Pengujian Statistik Objektif

Kajian 30

4.1 Bilangan Pelajar Tingkatan Empat Mengikut

Sekolah 33

4.2 Jantina Responden 34

4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina dan Nama

Sekolah 34

4.4 Keputusan Matematik Tambahan Peperiksaan

Pertengahan Tahun 2009 36

4.5 Pengelasan Skala Lima Mata kepada Tiga Mata 36

4.6 Markat skala 3 mata 37

4.7 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor

minat 38

4.8 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor

kefahaman konsep Matematik Tambahan 42

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

xii

4.9 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor

pengajaran guru 45

4.10 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor

galakan ibu bapa 48

4.11 Rumusan min respon pelajar terhadap

faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran

Matematik Tambahan 52

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

xiii

SENARAI SINGKATAN

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kemnterian Pelajaran Malaysia

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM - Sijil Peperiksaan Malaysia

SPSS - Statistic Package for Social Science

STPM - Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 72

B Pengesahan Item Set Soal Selidik 77

C Surat Pengesahan Status Pelajar UTM 79

D Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 80

E Jadual Krejcie dan Morgan 81

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan dua mata

pelajaran matematik kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah atas

(tingkatan empat dan lima) iaitu Matematik dan Matematik Tambahan. Matematik

Tambahan merupakan mata pelajaran elektif bagi pelajar-pelajar aliran sains tulen

dan matlamat kewujudan Matematik Tambahan bermatlamat memenuhi keperluan

matematik bagi murid yang mengambil bidang sains dan teknologi serta murid yang

mirip kepada sains sosial. Secara umum, Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan

untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan minat pelajar dalam

pembelajaran matematik (Sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah,

2000).

Matematik Tambahan merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting

dan penggunaannya amat meluas dalam kehidupan harian kita terutamanya dalam

bidang sains dan teknologi. Ini adalah kerana Matematik Tambahan yang diajar di

sekolah menengah atas dapat membekalkan ilmu pengetahuan matematik yang

berperingkat tinggi kepada pelajar-pelajar untuk memperkembangkan pemikiran

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

2

pelajar dalam segi kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi

melalui elemen matematik, kemahiran penggunaan matematik dalam situasi sebenar

dan pemikiran yang logikal, kreatif, kritis serta bersistematik.

Kini, Malaysia tengah melangkah ke arah Wawasan 2020. Untuk mencapai

Wawasan 2020 iaitu berubah menjadi sebuah negara yang maju dari segi sains dan

teknologi, negara kita memerlukan banyak pakar dalam bidang sains dan teknologi

terutamanya mereka yang berkebolehan menilai maklumat dan data secara

matematik dan statistik. Oleh itu, penguasaan dalam Matematik Tambahan

merupakan satu syarat atau kelebihan yang diutamakan sekiranya seseorang pelajar

ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi seperti bidang

kejuruteraan.

Namun begitu, Matematik Tambahan bukan merupakan satu mata pelajaran

yang popular dan digemari oleh para pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar

Melayu yang beranggapan bahawa Matematik Tambahan merupakan satu subjek

yang sukar dikuasai (Siti Marlina, 2005). Oleh itu, kurikulum Matematik Tambahan

telah digubal oleh Kementerian Pelajaran bertujuan untuk mempertingkatkan

pengetahuan dalam matematik dan memupuk minat pelajar dalam pembelajaran

matematik. Justeru itu, pelajar-pelajar diharapkan dapat menggunakan matematik

secara berkesan dan bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan menyelesaikan

masalah serta mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran

dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya mereka.

Bagi merealisasikan matlamat dalam kurikulum pembelajaran Matematik

Tambahan, pelbagai aktiviti dan program telah dirancang untuk memupuk minat dan

motivasi pelajar-pelajar terhadap Matematik Tambahan, seterusnya meningkatkan

pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sebagai contoh, kursus

peningkatan profesionalisme telah dianjurkan bagi memperbaiki mutu dan strategi

pengajaran guru-guru Matematik Tambahan di sekolah-sekolah. Pihak sekolah pula

mengadakan dan melancarkan pelbagai aktiviti dan program dalam mengatasi

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

3

masalah ini seperti menganjurkan pertandiangan kuiz matematik, ceramah tentang

kerjaya dalam jurusan matematik, kem matematik dan kelas tambahan untuk

meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Matematik Tambahan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan

kepada pelajar sekolah menengah atas yang mengambil aliran sains tulen. Pelajar

mempunyai kebebasan memilih subjek tersebut mengikut minat dan kebolehan

pelajar sendiri. Mengikut kandungan kurikulum Matematik Tambahan, matlamat

utamanya adalah menyediakan pelajar yang mengikuti pelajaran matematik di

peringkat pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan konsep-konsep dalam

kandungan kurikulum Matematik Tambahan sangat penting bagi membantu pelajar

menguasai konsep-konsep matematik yang berperingkat lebih tinggi dan kompleks

apabila mereka melanjutkan pelajaran mereka di kolej atau universiti.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (2002)

berpendapat bahawa pengetahuan matematik yang lebih mendalam penting untuk

berjaya dalam bidang peniagaan. Beliau juga telah menyuarakan bahawa matematik

bukan sahaja merupakan satu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah tetapi ia

boleh diperkembangkan kepada pelbagai bidang professional seperti perakaunan,

pelaburan, perniagaan dan keusahawanan.

Namun demikian, Matematik Tambahan merupakan satu subjek yang sukar

dikuasai terutamanya para pelajar Melayu (Siti Marlina Sabran, 2005). Ini adalah

kerana kebanyakan pelajar mempunyai persepsi bahawa Matematik merupakan satu

mata pelajaran yang sangat abstrak dan sukar difahami (Marzita, 2002). Kajian lalu

daripada Marzita telah membuktikan bahawa terdapat banyak faktor yang

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

4

menyebabkan ramai pelajar sekolah mempunyai kebimbangan yang tinggi terhadap

Matematik dan elemen kebimbangan sering dikaitkan dengan persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran tersebut sendiri.

Pelbagai faktor telah dikaji oleh pakar-pakar dalam bidang penyelidikan bagi

mencari punca-punca kemerosotan dan permasalahan dalam pembelajaran

Matematik Tambahan. Menurut Salawati (1998), pencapaian awal, kemahiran asas,

minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan antara

faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Selain itu, faktor-faktor lain

adalah seperti ketidakselarasan strategi dan pendekatan pengajaran guru dengan

keperluan dan gaya pembelajaran pelajar di mana pelajar tidak tahu teknik dan cara

pembelajaran yang berkesan dan efektif (Rohani, 1993) juga didapati menyumbang

kepada punca kemerosotan pelajar dalam Matematik Tambahan. Faktor-faktor

tersebut adalah antara faktor yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena

kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di sekolah-

sekolah menengah.

Menurut Kamaruddin Mohd. Ali (2004) pula, minat dan dorongan merupakan

faktor-faktor yang penting dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran di sekolah.

Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran yang sering dikaitkan dengan

konsep dan idea abstrak yang sukar difahami dan sukar digambarkan dengan jelas.

Tambahan pula, cara dan kaedah penyampaian guru serta penggunaan alat bantu

mengajar seperti kapur, papan hijau dan buku teks yang kurang kreatif dan

membosankan turut mengurangkan minat pelajar terhadap subjek tersebut.

Berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang dijalankan oleh penyelidik-

penyelidik, kebanyakan pelajar didapati tidak mempunyai minat yang tinggi terhadap

mata pelajaran Matematik Tambahan disebabkan kefahaman pelajar terhadap konsep

Matematik Tambahan yang rendah dan strategi pengajaran guru Matematik

Tambahan yang membosankan serta kurang kreatif. Sehubungan dengan itu, pihak-

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

5

pihak tertentu perlulah berganding bahu untuk menangani masalah tersebut bagi

meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.

1.3 Pernyataan Masalah

Ketidakfahaman konsep Matematik Tambahan oleh para pelajar telah

berupaya membatas dan mengurangkan minat pelajar dalam pembelajaran

Matematik Tambahan. Diikuti dengan proses pengajaran dan pembelajaran guru

Matematik Tambahan yang membosankan kurang menarik dan kreatif serta

kekurangan dorongan dan galakan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi

pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan

pelajar.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar sekolah dari segi minat

pelajar terhadap Matematik Tambahan, kefahaman konsep tentang Matematik

Tambahan oleh pelajar, strategi pengajaran guru Matematik Tambahan dan galakan

ibu bapa pelajar yang mempengaruhi minat anak-anak mereka dalam pembelajaran

Matematik Tambahan.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik

Tambahan.

ii. Mengenalpasti kefahaman pelajar terhadap konsep Matematik

Tambahan.

iii. Mengenalpasti strategi pengajaran guru Matematik Tambahan

berdasarkan penilaian pelajar.

iv. Mengenalpasti galakan ibu bapa terhadap pembelajaran Matematik

Tambahan pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Adakah minat mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Matematik

Tambahan?

ii. Adakah kefahaman konsep Matematik Tambahan mempengaruhi

pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan?

iii. Adakah strategi pengajaran guru Matematik Tambahan

mempengaruhi pembelajaran Matematik Tambahan?

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

7

iv. Adakah galakan ibu bapa mempengaruhi minat pembelajaran

Matematik Tambahan pelajar?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangka dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru

Matematik Tambahan, pihak pentadbir sekolah, pelajar, ibu bapa dan Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui penyelidikan ini, pihak pentadbir dan guru

Matematik Tambahan di sekolah dapat menangani dan menyelesaikan masalah

pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar. Contohnya, pihak

sekolah dan guru boleh menyediakan alat bantu mengajar yang lebih menarik dan

sesuai untuk meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Matematik Tambahan.

Melalui dapatan daripada kajian ini nanti, pelbagai strategi dan teknik

pengajaran dan pembelajaran boleh dirancang dan dilaksanakan untuk membantu

pelajar menguasai konsep Matematik Tambahan dengan lebih kukuh. Selain itu,

pelbagai program juga boleh dilancarkan oleh pihak sekolah seperti program bulan

Matematik, pertandiangan kuiz Matematik, ceramah tentang kerjaya dalam jurusan

Matematik dan lain-lain supaya dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran

Matematik Tambahan.

Di samping itu, hasil kajian ini boleh digunakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia sebagai panduan dalam pengubahsuaian kurikulum Matematik Tambahan.

Pihak KPM juga boleh menggunakan kajian ini untuk mengkaji masalah

pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan seterusnya

boleh mengambil tindakan yang efektif untuk memperbaiki dan meningkatkan

keputusan Matematik Tambahan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

8

Sementara itu, kesedaran dan peranan ibu bapa tentang memupuk

kepentingan mempelajari ilmu Matematik Tambahan juga dapat dipertingkatkan

melalui penyelidikan ini. Ibu bapa dapat menggalakkan dan memotivasikan anak-

anak mereka untuk menghadiri kelas tambahan, seminar, ceramah dan pertandingan

yang berkaitan dengan Matematik agar dapat meningkatkan minat anak-anak mereka

dalam Matematik Tambahan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan 159 orang pelajar-pelajar tingkatan empat aliran

sains yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan di tiga buah sekolah

menengah kebangsaan di zon Skudai, Johor. Kumpulan responden ini dipilih kerana

mereka kurang sibuk dalam pelajaran jika berbanding dengan pelajar tingkatan lima

yang sedang sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksan Sijil Peperiksaan

Malaysia (SPM). Selain itu, kajian ini tidak dapat dijalankan di sekolah-sekolah lain

kerana masalah kewangan dan kekangan masa.

Selain itu, dapatan kajian ini hanya berdasarkan kepada soalan set soal selidik

yang disediakan. Pengkaji hanya memilih empat faktor utama yang mempengaruhi

pembelajaran Matematik Tambahan pelajar iaitu minat pelajar terhadap Matematik

Tambahan, kefahaman pelajar tentang konsep Matematik Tambahan, strategi

pengajaran guru Matematik Tambahan dan galakan ibu bapa pelajar dalam

pembelajaran Matematik Tambahan.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

9

1.8 Definisi Istilan

Definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

1.8.1 Matematik Tambahan

Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah

menengah. Mata pelajaran ini bertujuan untuuk meningkatkan keterampilan

matematik pelajar supaya mereka mempunyai persediaan yang mencukupi untuk

melanjutkan pelajaran di pelbagai kerjaya yang muncul dalam bidang sains dan

teknologi. Kandungan sukatan pelajaran Matematik Tambahan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah ini merangkumi konsep dan kemahiran daripada

pelbagai cabang matematik iaitu Algebra, Geometri, Trigonometri, Kalkulus dan

Statistik (Sukatan pelajaran KBSM, 2000).

1.8.2 Sekolah

Sekolah ialah tempat ilmu pengetahuan, tempat untuk belajar (murid-murid)

dan mengajar (cikgu), tempat menerima dan memberi pelajaran (Kamus Dewan,

1998). Dalam kajian ini, sekolah merujuk kepada sekolah menengah di zon Skudai,

Johor Bahru.

1.8.3 Pelajar

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), pelajar ialah penuntut,

murid, penyelidik, mahasiswa, siswa, murid, mahasiswi, pelatih, perantis atau kadet.

Menurut Kamus Dewan (1994 ) pula, pelajar bermaksud orang yang belajar atau

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN MATEMATIK ... · PDF filefaktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar tingkatan empat wong jing

10

orang yang mengaji. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menumpukan pelajar-pelajar

tingkatan empat beraliran sains yang belajar di Skudai, Johor.

1.8.4 Pembelajaran

Pembelajaran adalah suatu sistem yang bertujuan untuk membantu proses

belajar siswa, yang berisi serangkaian peristiwa yang dirancang, disusun sedemikian

rupa untuk mempengaruhi dan mendukung terjadinya proses belajar siswa yang

bersifat internal (Gagne dan Briggs 1979).

Eggen & Kauchak (1996) pula menjelaskan bahawa terdapat enam ciri

pembelajaran yang efektif iaitu:

i. Siswa menjadi pengkaji yang aktif terhadap lingkungannya melalui

mengobservasi, membandingkan, menemukan kesamaan-kesamaan dan

perbedaan-perbedaan serta membentuk konsep dan generalisasi berdasarkan

kesamaan-kesamaan yang ditemukan.

ii. Guru menyediakan material sebagai fokus berfikir dan berinteraksi dalam

pelajaran.

iii. Aktiviti-aktiviti siswa sepenuhnya didasarkan pada pengkajian.

iv. Guru secara aktif terlibat dalam pemberian arahan dan tuntunan kepada siswa

dalam menganalisis informasi.

v. Orientasi pembelajaran penguasaan isi pelajaran dan pengembangan

keterampilan berfikir

vi. Guru menggunakan teknik mengajar yang bervariasi sesuai dengan tujuan

dan gaya mengajar guru.