FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan...

24
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI DI KALANGAN KONSTABEL DI PULAPOL, KUCHING ZURIA JAYAN Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2005

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI

DI KALANGAN KONSTABEL DI PULAPOL, KUCHING

ZURIA JAYAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2005

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

PENGHARGAAN

Salam Sejahtera,

Bersyukur dan terima kasih kepada Tuhan kerana berkatnya, maka siaplah Projek Tahun Akhir ini untuk memenuhi keperluan bergraduat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargan kepada penyelia, Pn. Leniiw Roman diatas tunjuk ajar serta bimbingan yang dedikasi di atas kajian ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan staf-staf Fakulti Sains kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia terutama sekali kepada kakak Aspalela yang terbabit dalam penyelidikan ini.

Penghargaan juga diberikan kepada Komandan, PULAPOL yang meluluskan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada staf-staf yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung dalam penyelidikan ini, ribuan terima kasih diucapkan.

Kepada apak, nek dan seluruh keluarga sekaliannya, terima kasih di atas sokongan selama ini. Juga kepada keluarga Inan Oyo (Zurina) yang selama ini menghulurkan bantuan dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa kepada rakan- rakan sekelas, rakan sekampus dan rakan serumah di atas nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan Jadualkandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Abstrak Abstract

111

iv

vii

viii

xi

X11

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang kajian 3 1.3 Kenyataan Masalah 7 1.4 Objektif Kajian 8

1.4.1 Objektif Umum 9 1.4.2 Objektif Khusus 9

1.5 Rangka Konsepsual Kajian 10 1.6 Hipotesis Kajian 11 1.7 Definisi Istilah 12 1.8 Kepentingan Kajian 15 1.9 Limitasi Kajian 16 1.10 Kesimpulan 17

2 BAB 2 PENULISAN SEMULA KAJIAN 2.1 Pengenalan 18 2.2 Definisi Latihan 19 2.3 Model Latihan 20

2.3.1 Model Am Latihan 21 2.3.2 Model Diagnostik Latihan 23 2.3.3 Model Faktor Kepolisan 26 2.3.4 Model Keberkesanan Program Latihan 28

2.4 Teori Andragogi 30 2.5 Keberkesanan Program Latihan 33 2.6 Pengendalian Program Latihan 35 2.7 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Latihan 38

2.7.1 Faktor Jurulatih 38 2.7.2 Faktor Objektif Latihan 41 2.7.3 Faktor Keadaan Bilik Kuliah 43 2.7.4 Faktor Teknik Latihan 47 2.7.5 Faktor Demografi 49

2.8 Kesimpulan 50

3 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 51 3.2 Rekabentuk Kajian 52 3.3 Populasi dan Sampel 52

3.3.1 Pemilihan Responden 52

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

3.4 Instrumen Kajian 53 3.4.1 Bahagian A: Demografi Responden 53 3.4.2 Bahagian B: Pengendalian Latihan 54 3.4.3 Bahagian C: Keberkesanan Program Latihan 55

3.5 Ujian Rintis 56 3.6 Pengumpulan Data 57 3.7 Analisis Data 57

3.7.1 Statistik Deskriptif 57 3.7.2 Satistik Inferensi 58

3.8 Kesimpulan 59

4 BAB 4 DAPATAN KAMAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 60 4.2 Ciri-ciri Demografi 61 4.3 Pengendalian Program Latihan 63 4.4 Keberkesanan Program latihan 68 4.5 Perbezaan di antara Faktor demografi dengan Keberkesanan 70

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti 4.5.1 Perbezaan antara jantina dengan Keberkesana Program 71

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti 4.5.2 Perbezaan Yang Signifikan Antara Faktor Demografi 72

Terpilih DenganKeberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti 4.5.2.1 Perbezaan Antara Umur Dengan Keberkesanan 72

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti 4.5.2.2 Perbezaan Yang Signifikan Antara Tempoh 73

Perkhidmatan Dengan Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

4.5.2.3 Perbezaan Antara Tahap Pendidikan Dalam 74 Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Intergriti.

4.6 Hubungan Di Antara Faktor Pengendalian Latihan Dengan 74 Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti 4.6.1 Hubungan Antara Jurulatih Dengan Keberkesanan 75

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti 4.6.2 Hubungan Antara Objektif Latihan Dengan Program 76

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti 4.6.3 Hubungan Antara Keadaan Bilik Kuliah Dengan 77

Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti

4.6.4 Hubungan Antara Teknik Latihan Dengan Keberkesanan 78 Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

4.7 Faktor Dominan Yang Mempengaruhi Keberkesanan Program 79 Latihan Etika dan Pengurusan Intergriti

4.8 Ringkasan Pengujian Hipotesis Nul 80 4.9 Kesimpulan 82

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

5 BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan Kajian 5.3 Cadangan

5.3.1 Cadangan Kepada Organisasi 5.3.2 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang

Bibliografi Lampiran

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

SENARAI JADUAL

Jadua13.1 Pecahan Kriteria Demografi Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti Mengikut Frekuensi dan Peratusan

53

Jadua13.2 54 Demografi Responden

Jadual 3.3 55 Skala Pilihan Untuk Bahagian B

Jadual 3.4 55 Skala Pilihan Untuk Bahagian C

Jadua13.5 56 Keputusan Ujian Kebolehpercayaan Item dalam Borang Soal Selidik

Jadual 3.6 59 Aras Pekali Nilai r Untuk Ujian Korelasi

Jadua14.1 62 Taburan Kriteria Demografi Responden Mengikut Peratusan dan Frekuensi

Jadua14.2 Tahap Nilai Skor Pengendalian Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti

64

Jadual 4.3 65 Taburan Skor Faktor Pengendalian Program Latihan Mengikut Frekuensi dan Peratusan

Jadual 4.4 69 Tahap Keberkesanan Kursus Etika dan Pengurusan Intergriti

Jadual 4.5 69 Frekuensi dan Peratusan Keberkesanan Program Latihan

Jadua14.6 Analisis Ujian-T Untuk faktor Jantina Dengan Keberkesanan Kursus Etika Dan Pengurusan Intergriti

Jadual 4.7 Analisis Varians Sehala Faktor Demografi Terpilih Dengan Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti

71

72

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

Jadual 4.8 Analisis Korelasi Pearson Ke Atas Faktor Pengendalian Latihan Dengan Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti

Jadua14.9 Analisis Regresi Sehala Faktor Dominan Dengan Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Intergriti

75

79

Jadual 4.10 81 Ringkasan Keputusan Hipotesis Nu]

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Kerangka Konsepsual Kajian

Rajah 2.1 Model Am Latihan

Rajah 2.2 Model Diagnostik Latihan

Rajah 2.3 Model Keberkesanan Latihan

Rajah 2.4 Langkah-langkah Dalam Mengendalikan atihan

Rajah 2.5 Jenis Susunan Kerusi dan Meja di Dalam Bilik kulaih

11

23

26

29

37

44-46

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

ABSTRAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN ETIKA DAN PENGURUSAN INTEGRITI DI

KALANGAN KONSTABEL DI PULAPOL, KUCHING.

Zuria Jayan

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan Program Latihan dan Pengurusan Integriti di kalangan konstabel di PULAPOL, Kuching. Objektif khusus kajian ini ialah untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih (jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan tahap pendidikan) serta mengenalpasti hubungan faktor pengendalian latihan iaitu jurulatih, objektif latihan, keadaan bilik kuliah dan teknik latihan dengan keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti. Seramai 40 orang responden telah mengisi borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti adalah tinggi. Hasil kajian juga turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri demografi terpilih iaitu jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan tahap pendidikan dengan Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti. Walau bagaimanapun terdapat perhubungan yang positif di antara faktor pengendalian latihan seperti jurulatih, objektif latihan, keadaan bilik kuliah dan teknik latihan. Dengan keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti. Teknik latihan merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

ABSTRACT

FACTORS INFLUENCING OF ETHICAL AND INTEGRITY MANA GEMENT TRAINING PROGRAMME AMONGST CONSTABLES AT

PULAPOL, KUCHING

Zuria Jayan

The main purpose of this study is to determine the factors influencing the effectiveness of Ethical and Integrity Management Training Programme amongst constables at PULAPOL, Kuching. The specific objectives of this study are to determine the differences of effectiveness of Ethical and Integrity Management Training Programme based on the selected demographic factors ( gender, age period of service and level of education) as well as to determine the relationship between trainer, training objectives classroom management and training technique and effectiveness of Ethical and Integrity Management Training Programme. In addition, this study aims to determine the dominant factor influencing the effectiveness of Ethical and Integrity Management Training Programme. All constables who attended the Ethical and Integrity Management Training Programme were considered as sample for this study. A total of 40 respondents complete the questionnaire. The results show that Ethical and Integrity Management Training Programme effectiveness are high. Results also show that there is no significant difference between the demographic factors (gender, age, period of service and level of education) and Ethical and Integrity Management Training Programme. However, there are significant relationships between the training management factors (trainer, training objectives, classroom management and training techniques) and the effectiveness of Ethical and Integrity Management Training Programme. Training technique is the most dominant factor affecting Ethical and Integrity Management Training Programme.

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Polis merupakan salah satu pekerjaan yang ditubuhkan dengan tujuan menjaga

keharmonian masyarakat khususnya orang awam. Menurut Mohd. Radzuan Hj.

Ibrahim (1995) pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) merupakan satu institusi

penguatkuasaan undang-undang tertinggi negara.

I

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu persekitaran yang aman dan

sentosa untuk kemajuan dan kelancaran pembangunan sosial serta menentukan

amalan hidup demokratik dapat dikekalkan oleh negara. Manakala menurut Perdana

Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004), tugas dan

tanggungjawab polis, terutamanya dalam membanteras jenayah dan menjaga

keamanan kini menjadi semakin berat dan jauh lebih rumit. Dengan itu, peranan yang

dimainkan oleh PDRM tidak dapat dipertikaikan dan dipersoalkan dalam menjaga

keamanan dan menghapuskan jenayah.

Salah satu usaha yang dilakukan oleh polis bagi membendung jenayah ialah

memperkenalkan konsep konstabel masyarakat (Md. Radzuan Hj. Ibrahim, 1995).

Menurut English (1992) konstabel terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu

konstabel rondaan dan konstabel detektif. Kumpulan anggota polis yang berpangkat

konstabel merupakan tenaga yang harus digembleng untuk mencapai tahap prestasi

kerja yang maksimum. Oleh yang demikian, untuk mencapai tahap ini, kumpulan

konstabel juga haruslah diberikan latihan. Hal ini turut disokong oleh Birzer (2003)

yang menyatakan bahawa latihan polis merupakan salah satu agenda di dalam proses

memudahkan perubahan yang berlaku dalam organisasi polis.

Sepertimana organisasi lain memberi latihan kepada pekerja mereka, begitu juga

dengan pasukan PDRM menubuhkan pusat latihannya sendiri. Setelah menjawat

jawatan tetap sebagai seorang polis, seorang konstabel akan menjalani dunia

pekerjaan. Di dalarn dunia pekerjaan, banyak perkara yang perlu dipelajari untuk

menyesuaikan diri. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh konstabel di dalarn dunia

7

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

pekerjaan ialah bekerja dengan penuh etika, bekerja berkumpulan dan lebih

berdedikasi semasa menjalankan tugas. Oleh yang demikian, untuk mewujudkan

suasana kerja yang beretika, kerja berkumpulan dan suasana kerja yang lebih

berdedikasi maka seorang konstabel haruslah menghadiri Program Latihan Etika dan

Pengurusan Integriti. Zaini Jazz (2004) menyatakan bahawa tahap pencapaian anggota

dari aspek pengetahuan, kemahiran serta ciri-ciri sikap, nilai dan etika kerja yang

perlu bagi sesuatu jawatan atau pekerjaan haruslah dikukuhkan. Aspek-aspek yang

dinyatakan oleh Zaini Jazz (2004) tadi terkandung di dalam konsep Program Latihan

Etika dan Pengurusan Integriti ini. Konsep program latihan ini adalah pembelajaran

falsafah tentang moral, iaitu nilai tingkahlaku yang betul, sikap yang baik, obligasi,

tanggungjawab, keadilan sosial dan membentuk kehidupan yang sempurna.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah faktor demografi terpilih dan

faktor pengendalian terpilih mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika Dan

Pengurusan Integriti. Dapatan kajian akan dapat memberi petunjuk mengapa

responden menganggap bahawa faktor demografi terpilih dan faktor pengendalian

latihan terpilih mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan

Integriti.

Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada 2002 terhadap

sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta untuk menilai persepsi responden

terhadap hubungan keberkesanan program latihan dengan teknik latihan untuk

3

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

mencapai objektif latihan yang Ichusus, mendapati bahawa terdapat perhubungan yang

signifikan pada tahap 0.05 di dalam dua program latihan; meningkatkan kemahiran

penyelesaian masalah dan menggunakan multimedia untuk memperoleh pengetahuan.

Satu kajian telah dijalankan oleh Junaidah Hashim (2001) menyerungkai

persoalan: apakah kefungsian sebenar yang dimainkan oleh organisasi yang

menyediakan program latihan? Kajian ini telah merangkumi semua organisasi

latihan yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Sebanyak 262 buah organisasi latihan yang terlibat di dalam kajian. Hasil kajian

menunjukkan bahawa hanya 47 peratus sahaja berlakunya keberkesanan program

latihan.

Menurut English (1992), konstabel terbahagi kepada dua kumpulan utama

iaitu konstabel rondaan dan konstabel detektif. Tugas yang dilaksanakan oleh

`konstabel rondaan' tidak boleh meninggalkan tugasannya di dalam masa 24 jam.

Konstabel rondaan akan ditempatkan di kawasan yang telah ditentukan dan

konstabel yang sedang bertugas dapat dihubungi melalui walkie-talkie sekiranya

berlaku sebarang kemalangan dan menyediakan sebarang tindakbalas yang segera

sekiranya mendapat penggilan kecemasan. Manakala tugas yang dilaksanakan

oleh 'konstabel detektif pula ialah memberi sokongan kepada tugasan yang

dilakukan oleh konstabel rondaan. Contohnya, konstabel rondaan memberi

maklumat berlakunya kernalangan. Dengan kadar yang segera, konstabel detektif

pula akan menyediakan segala peralatan yang digunakan untuk penyiasatan.

4

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor demografi terpilih dan

faktor pengendalian terpilih mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika

dan Pengurusan Integriti. di kalangan konstabel di PULAPOL, Kuching Dapatan

kajian akan dapat memberi petunjuk mengapa responden menganggap bahawa

faktor demografi terpilih dan faktor pengendalian latihan terpilih mempengaruhi

keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian di Pusat Latihan Polis Kuching

untuk menentusahkan kajian yang telah dijalankan oleh ramai pengkaji. Pengkaji

memilih untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti PDRM Siri 2/2005. Program latihan ini

telah dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Km 24, Jalan Puncak Borneo

93250 Kuching, Sarawak. Progam latihan telah dijalankan selama 5 hari iaitu

bermula dari 24 Januari 2005 hingga 28 Januari 2005. Program latihan ini terdiri

daripada 5 siri yang berlainan dilaksanakan sepanjang tahun 2005. Walau

bagaimanapun, pengkaji telah memilih peserta Program Latihan Etika dan

Pengurusan Integriti siri 2/2005 sebagai responden. Kursus ini telah dihadiri oleh

konstabel. kursus ini telah dihadiri seramai 40 orang konstabel.

Konsep yang diamalkan di dalam program latihan ini adalah pembelajaran

falsafah tentang moral, iaitu nilai tingkahlaku yang betul, sikap yang baik,

obligasi, tanggungjawab, keadilan sosial clan membentuk kehidupan yang

sempurna. Sehubungan dengan itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004)

menyatakan bahawa unsur-unsur perkhidmatan yang berkualiti termasuklah

5

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

bersopan-santun, mesra pelanggan, menepati masa dan peka terhadap isu atau

perkhidmatan yang diberikan. Turut di sentuh oleh beliau ialah perkhidmatan

berkualiti juga merangkumi moral dan intergriti yang mulia. Kenyataan yang

dikemukan oleh Abdullah Ahmad Badawi (2004) adalah selaras dengan konsep

program latihan ini. Konsep kursus ini ialah pembelajaran falsafah tentang moral

iaitu apakah tingkah laku yang betul, apakah sikap yang baik, obligasi,

tanggungjawab, keadilan sosial dan kehidupan yang sempuma.

Definisi etika turut ditekankan semasa kursus. Etika bermaksud ilmu

berkaitan dengan dasar akhlak atau moral, sistem dasar akhlak hukuman tingkah

laku kelakuan clan sistem dasar-dasar akhlak atau tingkahlaku bagi suasana

kumpulan atau organisasi (Unit Latihan clan Pembangunan PDRM, 2005))

Anggota PDRM berpegang teguh kepada lima etika kerja iaitu setia,

berdisiplin, berwibawa, prihatin dan mesra serta cemerlang. (PDRM, 2005)

Oleh kerana program latihan seumpama ini dapat meningkatkan kesederan

kepentingan etika di tempat kerja, maka kursus ini telah diperkenalkan. Sebab

utama kursus ini diperkenalkan adalah kerana permintaan terhadap perkhidmatan

awam meningkat, tuduhan rasa curiga dan syak wasangka tentang kemampuan

perkhidmatan awam dan untuk mencapai azam kerajaan iaitu meningkatkan tahap

kecekapan, imej dan mutu perkhidmatan awam.

6

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

Terdapat dua objektif program latihan yang harus dicapai oleh peserta

kursus. Peserta kursus haruslah dapat meningkatkan penampilan diri iaitu imej

sebagai pegawai polis dalam organisasi melalui keyakinan dan berkeupayaan

bekerja sebagai satu kumpulan serta memahami kehendak sesama organisasi.

Pendekatan yang digunakan dan strategi yang digunakan dalam program latihan

ini ialah pembelajaran dewasa.

1.3 Kenyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk menentukan faktor demografi terpilih dan faktor

pengendalian terpilih mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika Dan

Pengurusan Integriti. Dapatan kajian akan dapat memberi petunjuk mengapa

responden menganggap bahawa faktor demografi terpilih dan faktor pengendalian

latihan terpilih mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan

Integriti.

Menurut Birzer (2003), kebanyakkan anggota polis didedahkan dengan

program latihan polis yang berbentuk kelakuan dan persekitaran kepolisan.

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti merupakan salah satu daripada

program latihan yang berorientasikan perubahan kelakuan. Walaubagaimanapun,

terdapat halangan yang menyebabkan tidak berlakunya keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti di kalangan konstabel. Kekangan dan

halangan tersebut yang harus diatasi bagi memastikan konstabel dapat

memindahkan latihan ke tempat kerja lantas akan menyahut seruan Perdana

7

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

Menteri. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang menyebabkan keberkesanan

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti dikaji. Faktor-faktor yang dikaji

ialah faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan tahap

pendidikan. Faktor pengendalian latihan yang dikaji ialah seperti jurulatih,

objektif latihan, keadaan bilik kuliah dan teknik latihan.

Oleh yang demikian, keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan

Integriti tidak berlaku adalah disebabkan oleh halangan seperti persediaan mental

dan fizikal peserta program latihan. Disamping itu, terdapat juga masalah-masalah

lain yang timbul dari pihak Pengurusan dan Pengendalian Unit Latihan dan

Pembangunan PDRM. Hasil daripada tinjauan masalah, timbul persoalan sejauh

manakah faktor jurulatih, objektif latihan, keadaan bilik kuliah dan teknik latihan

mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti

yang dihadiri oleh konstabel.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif

khusus. Objektif umum menerangkan secara keseluruhan tujuan kajian ini

dilaksanakan, manakala objektof khusus pula menerangkan tujuan spesifik kajian

ini dilaksanakan. Dalam kajian ini, terdapat satu objektif umum dan sembilan

objektif khusus.

8

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

1.4.1 Objektif Um um

Objektif umum kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti di

kalangan konstabel di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuching.

1.4.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti perbezaan antara faktor jantina dengan keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

2. Mengenalpasi perbezaan antara faktor umur dengan keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

3. Mengenalpasti perbezaan antara faktor tempoh perkhidmatan dengan

keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

4. Mengenalpasti perbezaan faktor taraf pendidikan dengan keberkesanan

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

5. Mengenalpasti hubungan faktor jurulatih dengan keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

6. Mengenalpasti hubungan faktor objektif latihan dengan keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

7. Mengenalpasti hubungan faktor keadaan bilik kuliah dengan keberkesanan

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

9

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

8. Mengenalpasti hubungan faktor teknik latihan dengan keberkesanan Kursus

Etika dan Pengurusan Intergriti.

9. Mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

1.5 Rangka Konsepsual Kajian

Rangka konsepsual telah dibentuk berdasarkan objektif yang telah diteliti.

Rajah 1.1 (m. s 11) menunjukkan perkaitan di antara faktor-faktor yang boleh

mempengaruhi keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Rangka konsepsual ini menunjukkan faktor demografi yang terpilih (jantina,

umur, tempoh perkhidmatan dan tahap pendidikan) yang berbeza-beza di antara

individu. Kajian mengkaji perbezaan yang wujud antara faktor demografi terpilih

dengan keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Seterusnya kajian ini mengenalpasti perhubungan yang wujud antara

pembolehubah tidak bersandar iaitu faktor pengendalian latihan dengan

pembolehubah bersandar iaitu Keberkesanan Program Latihan dan Pengurusan

Integriti. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan rangka konsepsual yang telah

dibentuk.

10

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar

Faktor Demografi   Jantina   Umur   Tempoh perkhidmatan   Tahap Pendidikan

Faktor Pengendalian Latihan   Jurulatih   Objektif Latihan   Keadaan Bilik Kuliah   Teknik Latihan

Keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti

Rajah 1.1 Rangka Konsepsual Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini ditentukan berdasarkan objektif dan rangka konsepsual

yang telah dibentuk. Berikut adalah hipotesis nul yang telah dibentuk:

Hol: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan

keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan

keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Ho3: Tidak terdapat pebezaan yang signifikan antara tempoh perkhidmatan

dengan keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan

keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

11

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

Ho5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jurulatih dengan

kebekesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Ho6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara objektif kursus dengan

kebekesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Ho7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keadaan bilik kuliah

dengan keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Ho8: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara teknik kursus dengan

keberkesanan Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

Ho9: Tidak terdapat faktor dominan yang mempengaruhi keberkesanan Program

Latihan Etika dan Pengurusan Integriti.

1.7 Definisi Istilah

Dalam kajian ini, definisi istilah merujuk kepada definisi operasional

perkataan-perkataan yang kerap digunakan di dalam kajian ini.

1.7.1 Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti merujuk kepada program

latihan yang dijalankan iaitu Kursus Etika dan Pengurusan Integriti PDRM siri

2/2005 yang dilaksanakan di PULAPOL, Kuching dan dihadiri oleh konstabel.

Kursus ini bermula darf 24 Januari 2005 hingga 28 Januari 2005.

12

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

1.7.2 Pengendalian Latihan

Dalam kajian ini, Pengendalian latihan merujuk kepada pengurusan Kursus

Etika dan Pengurusan Integriti PDRM siri 2/2005. Pengendalian dilakukan yang

untuk menentukan jurulatih, objektif latihan, keadaan bilik kuliah dan teknik

latihan dilaksanankan oleh Unit Latihan dan Pembangunan di PULAPOL,

Kuching

1.7.3 Keberkesanan Latihan

Dalam kajian ini, keberkesanan latihan merujuk kepada kemampuan peserta

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti mengaplikasikan kemahiran dan

pengetahuan yang diperolehi semasa mengikuti program latihan ke tempat kerja.

1.7.4 Objektif Latihan

Objektif latihan merujuk kepada objektif program latihan iaitu matlamat

yang telah ditetapkan oleh Unit Latihan dan Pembangunan PULAPOL, Kuching

untuk Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti dan ingin dicapai oleh

jurulatih dan peserta program latihan untuk memastikan keberkesanan program

latihan. Objektif Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti ialah:

13

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI … yang mempengaruhi... · Penubuhan PDRM bermatlamat menyediakan satu ... kerja yang maksimum. Oleh ... sekumpulan ahli sebuah kelab pengurus swasta

1.7.2 Pengendalian Latihan

Dalam kajian ini, Pengendalian latihan merujuk kepada pengurusan Kursus

Etika dan Pengurusan Integriti PDRM siri 2/2005. Pengendalian dilakukan yang

untuk menentukan jurulatih, objektif latihan, keadaan bilik kuliah dan teknik

latihan dilaksanankan oleh Unit Latihan dan Pembangunan di PULAPOL,

Kuching

1.7.3 Keberkesanan Latihan

Dalam kajian ini, keberkesanan latihan merujuk kepada kemampuan peserta

Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti mengaplikasikan kemahiran dan

pengetahuan yang diperolehi semasa mengikuti program latihan ke tempat kerja.

1.7.4 Objektif Latihan

Objektif latihan merujuk kepada objektif program latihan iaitu matlamat

yang telah ditetapkan oleh Unit Latihan dan Pembangunan PULAPOL, Kuching

untuk Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti dan ingin dicapai oleh

jurulatih dan peserta program latihan untuk memastikan keberkesanan program

latihan. Objektif Program Latihan Etika dan Pengurusan Integriti ialah:

13