faktor penghalang

5
Faktor-faktor yang menjadi penghalang perpaduan kaum di Malaysia sebelum 1970. 1. Pemisahan tempat tinggal dan penempatan. Punca terjadinya faktor ini adalah kerana kesan daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang telah diamalkan oleh penjajah british.Penjajahan british telah membawa masuk ramai buruh cina dan india di Tanah Melayu. Ini membuatkan Tanah Melayu menjadi suatu tempat yang diduduki oleh pelbagai etnik.Seterusnya,kerajaan British juga telah menetapkan bahawa setiap kaum perlu membuat penempatan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing. Bagi rakyat yang berkaum Melayu,mereka diletakkan di kawasan-kawasan kampung. Bagi rakyat berkaum cina,mereka telah diletakkan di kawasan-kawasan bandar dan pekan manakala rakyat berkaum India,mereka telah ditempatkan diladang-ladang getah. Akibat daripada perbezaan petempatan ini,mereka sukar untuk berinteraksi sesama kaum kerana mereka lebih tertumpu di kawasan tumpuan ekonomi masing-masing. Hal ini sekaligus menyebabkan mereka sukar untuk mencapai perpaduan kerana kurarngnya interaksi sesama kaum. 2. Perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Bagi faktor ini pula,kesannya juga berpunca daripada dasar ‘pecah dan perintah’ yang telah diamalkan. Kesannya,orang melayu kekal sebagai petani sara diri dan juga nelayan kerana mereka lebih tertumpu di kawasan-kawasan kampung yang banyak terdapatnya sumber alam,kawasan tanah pamah dan juga sungai sebagai tumpuan kegiatan ekonomi.Bagi orang Cina pula,mereka digalakkan bergiat dalam

Transcript of faktor penghalang

Page 1: faktor penghalang

Faktor-faktor yang menjadi penghalang perpaduan kaum di Malaysia sebelum 1970.

1. Pemisahan tempat tinggal dan penempatan.

Punca terjadinya faktor ini adalah kerana kesan daripada dasar ‘pecah dan

perintah’ yang telah diamalkan oleh penjajah british.Penjajahan british telah

membawa masuk ramai buruh cina dan india di Tanah Melayu. Ini membuatkan

Tanah Melayu menjadi suatu tempat yang diduduki oleh pelbagai

etnik.Seterusnya,kerajaan British juga telah menetapkan bahawa setiap kaum

perlu membuat penempatan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan

ekonomi masing-masing. Bagi rakyat yang berkaum Melayu,mereka diletakkan di

kawasan-kawasan kampung. Bagi rakyat berkaum cina,mereka telah diletakkan

di kawasan-kawasan bandar dan pekan manakala rakyat berkaum India,mereka

telah ditempatkan diladang-ladang getah. Akibat daripada perbezaan

petempatan ini,mereka sukar untuk berinteraksi sesama kaum kerana mereka

lebih tertumpu di kawasan tumpuan ekonomi masing-masing. Hal ini sekaligus

menyebabkan mereka sukar untuk mencapai perpaduan kerana kurarngnya

interaksi sesama kaum.

2. Perbezaan tumpuan sektor ekonomi.

Bagi faktor ini pula,kesannya juga berpunca daripada dasar ‘pecah dan perintah’

yang telah diamalkan. Kesannya,orang melayu kekal sebagai petani sara diri

dan juga nelayan kerana mereka lebih tertumpu di kawasan-kawasan kampung

yang banyak terdapatnya sumber alam,kawasan tanah pamah dan juga sungai

sebagai tumpuan kegiatan ekonomi.Bagi orang Cina pula,mereka digalakkan

bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan kerana mereka lebih

tertumpu di kawasan bandar dan pekan dimana di situlah aktiviti perdagangan giat

berlaku. Kaum india telah kekal di kawasan estet-estet kerana mereka

menjalankan aktiviti menoreh getah.

Page 2: faktor penghalang

Aktiviti ekonomi yang berbeza yang telah ditetapkan kepada setiap kaum

hampir tidak memungkinkan setiap kaum untutk bertemu dan bergaul sesama

kaum. Hal ini sekaligus,menyebabkan hubungan sesama kaum menjadi tidak erat

dan kerang komunikasi.

3. Pengasingan sistem pendidikan.

Sistem pendidikan juga merupakan faktor yang utama dalam menjadi penghalang

perpaduan kaum di Malaysia. Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British

telah banyak menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Antaranya

adalah,bagi pelajar melayu,sistem pendidikan yang dibenarkan hanya terdapat

dalam dua jenis iaitu sekolah vernakular melayu dan juga sekolah aliran

inggeris. Bagi sekolah aliran inggeris,ianya hanyalah untuk anak-anak

bangsawan manakala di sekolah melayu pula,pelajaran hanyalah berbentuk

pendidikan-pendidikan asas. Bagi masyarakat India pula,sekolah tamil telah

dibuka di estet-estet iaitu di kawasan tumpuan mereka.Kurikulum sekolah tamil

dan guru-gurunya dibawa dari India sendiri malah,sistem pendidikan mereka

juga mengikut sistem pendidikan di India. Bagi kaum Cina,sistem pendidikan

yang dijalankan oleh mereka adalah berbeza. Guru-guru dan buku teks telah

dibawa khas dari Cina. Hal ini kerana mereka lebih mementingkan pergolakan

politik,ekonomi dan sosial yang berlaku di Cina berbanding Tanah Melayu

sendiri. Maka,dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang

berbeza-beza telah memisahkan pandangan antara kaum. Malah,ianya juga tiada

keseragaman yang baik. Di sabah dan sarawak pula,pendidikan tidak diberikan.

Page 3: faktor penghalang

4. Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza

Dahulu dan kini,fahaman dan pengaruh politik setiap kaum adalah berbeza.

Fahaman dan pengaruh kaum Melayu,Cina dan India adalah berbeza dari pelbagai

aspek. Bagi kaum India dan Cina,perkembangan yang berlaku di negara asal

mereka adalah lebih penting berbanding perkembangan yang berlaku di Tanah

Melayu. Setiap kaum berusaha untuk memastikan pengekalan identiti

kaum,bahasa dan budaya masing-masing. Mereka lebih suka untuk

menggunakan kelebihan budaya masing-masing. Bagi kaum Melayu pula,mereka

sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu sentiasa

terpelihara. Mereka akan berusaha untuk menuntut dan menjamin hak

keistimewaan di tanah mereka sendiri. Fahaman politik yang berbeza juga sedikit

sebanyak telah menyukarkan Parti Perikatan untuk memenangi Majoriti 2/3

dalam Pilihan Raya 1969.

5. Masalah ekonomi.

Di dalam bidang ekonomi pula,orang melayu dan penduduk asli yang lain

menguasai bidang yang mundur. Orang melayu lebih menguasai sektor primer

manakala kaum Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi

moden. Kesannya,ketidakseimbangan ini telah menyebabkan setiap kaum

saling mencemburui antara satu sama lain. Sesuatu kaum itu tidak suka melihat

jika antara mereka terdapat kelebihan.Sikap ini tidak dapat dibendung secara

semulajadinya jika perpaduan tidak dipupuk dari awal lagi.

6. Perbezaan kepecayaan atau agama.

Setiap kaum sudah tentunya menganut agama yang berbeza kerana kepelbagaian

kepercayaan dan agama. Sebagai contoh,Kaum melayu menganut agama

islam,kaum India menganut agama hindu dan kaum Cina menganut agama Buddha.

Dan pastinya,pegangan dan ideologi setiap agama adalah berbeza dengan jelasnya

walaupun agama masing-masing menerapkan nilai kebaikan. Oleh itu,agak sukar

untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum itu sendiri sukar untuk bertolak

Page 4: faktor penghalang

ansur. Bertolak ansur adalah sangat penting dari aspek agama kerana ianya

menyentuh sensitiviti sesuatu kaum.

7. Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Sebagaimana yang kita tahu,Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun dari tahun

1942 hingga 1945. Semasa pemerintahan Jepun ini,mereka mengamalkan sikap

berat sebelah dengan anti-Cina dan memberi masyarakat Melayu terlibat dalam

sektor pentadbiran. Dengan merasakan hal ini tidak adil,ianya telah menimbulkan

kemarahan orang Cina dan seterusnya ianya menyemarakkan lagi sentimen

perkauman. Kaum Cina berang dengan tindakan itu dan menyimpan dendam

terhadap kaum Melayu. Akhirnya,setelah Jeun menyerah kalah,kaum Cina yang

menganggotai MPAJA @ Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan seterusnya

membalas dendam terhadap Orang Melayu akibat daripada sikap menyimpan

dendam mereka. Sikap ini tidak harus ada bagi sesuatu perpaduan kaum kerana

kelak ianya akan berakhir dengan sesuatu yang tidak baik.