Hma 101 Tugasan Individu (1) (1)

3
HMA 101 – PENGANTAR BAHASA MELAYU TUGASAN INDIVIDU Arahan : 1. Teliti dan fahamkan teks A dan jawab soalan-soalan yang diberikan. 2. Sila hantar tugasan pada 25 May 2015 (Isnin) selewat-lewatnya jam 5.00 petang ke bilik pensyarah di Bangunan C11, bilik 006. Sila masukkan ke dalam kotak yang disediakan di luar bilik. 3.** Sekiranya sukar melukis rajah pohon menggunakan aplikasi komputer, anda dibenarkan melukisnya secara manual. Soalan 1. Nyatakan pola ayat bagi ayat (1). Nyatakan subjek dan predikatnya. 1 TeksA S eekor labah-labah tinggal dalam sebuah belukar.(1) Sarangnya lebih besar daripada sarang labah-labah lain. (2) Dahulu sarang itu sarang bapanya.(3) Kemudian ia menambah besar di sekeliling sarang itu.(4) Setiap hari ia memerangkap mangsanya.(5) Mangsa yang ditangkap segera dimakan.(6) Badannya semakin hari semakin besar.(7) Ia memang banyak makan.(8) Tempat tidurnya di dalam sangkar. (9) Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah.(10)

description

bm

Transcript of Hma 101 Tugasan Individu (1) (1)

HMA 101 PENGANTAR BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU

Arahan:

1.Teliti dan fahamkan teks A dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

2.Sila hantar tugasan pada 25 May 2015 (Isnin) selewat-lewatnya jam 5.00 petang ke bilik pensyarah di Bangunan C11, bilik 006. Sila masukkan ke dalam kotak yang disediakan di luar bilik.

3.**Sekiranya sukar melukis rajah pohon menggunakan aplikasi komputer, anda dibenarkan melukisnya secara manual.

TeksASeekor labah-labah tinggal dalam sebuah belukar.(1) Sarangnya lebih besar daripada sarang labah-labah lain.(2) Dahulu sarang itu sarang bapanya.(3) Kemudian ia menambah besar di sekeliling sarang itu.(4) Setiap hari ia memerangkap mangsanya.(5) Mangsa yang ditangkap segera dimakan.(6) Badannya semakin hari semakin besar.(7) Ia memang banyak makan.(8) Tempat tidurnya di dalam sangkar.(9) Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah.(10) Seekor lebah itu dari arah timur. (11) Seekor lebah lagi dari arah barat.(12) Kedua-dua labah-labah menjemput labah-labah buncit makan kenduri.(13) Kenduri itu majlis makan-makan. (14)

Soalan

1.Nyatakan pola ayat bagi ayat (1). Nyatakan subjek dan predikatnya.

2.Nyatakan inti dan penerang yang terdapat dalam subjek ayat (1). Lukiskan rajah pohon bagi subjek tersebut yang menunjukkan inti dan penerangnya.

3.Nyatakan pola ayat bagi ayat (2). Nyatakan subjek dan predikatnya. Apakah kategori frasa lebih besar dan daripada sarang labah-labah lain dalam ayat (2)?

4.Nyatakan pola ayat bagi ayat (3). Nyatakan subjek dan predikatnya.

5.Apakah inti bagi sarang itu dan sarang bapanya. Apakah penerang bagi kedua-dua frasa tersebut?

6.Nyatakan kategori kata bagi setiap inti dan penerang bagi kedua-dua frasa tersebut. Lukiskan rajah pohon bagi sarang itu.

7.Nyatakan pola ayat bagi ayat (4). Nyatakan subjek dan predikatnya.

8.Apakah fungsi sintaksis besar dan kategori frasa di sekeliling sarang itu?

9.Nyatakan pola ayat bagi ayat (5)? Nyatakan subjek dan predikatnya.

10.Nyatakan pola ayat bagi ayat (6) Nyatakan inti dan penerang bagi subjek. Nyatakan kategori inti dan penerang.

11.Nyatakan subjek dan predikat dalam ayat (7). Nyatakan kategori frasa bagi subjek dan predikat

12.Nyatakan kategori frasa bagi subjek dan predikat dalam ayat (8).

13.Nyatakan inti dan penerang bagi subjek dalam ayat (9). Nyatakan kategori bagi inti dan penerang tersebut.

14.Apakah fungsi sintaksis Pada suatu hari dalam ayat (10).? Apakah kategori frasa tersebut?

15.Apakah fungsi sintaksis dari arah timur dalam ayat (11)? Apakah kategorinya?

16.Nyatakanpola ayat bagi ayat (12). Lukiskan rajah pohon bagi ayat tersebut.

17.Nyatakan 5 (lima) keterangan dari mana-mana ayat dalam teks A.

18.Lukiskan rajah pohon bagi ayat (6).

19.Lukis rajah pohon bagi ayat (13).

20.Lukis rajah pohon bagi ayat (14).

2