KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2015

38
960228126688 1.0 ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti upacara-upacara adat resam menyambut kelahiran bayi yang masih dijalankan oleh masyarakat Melayu-Brunei di Kg.Hulu Tanjung Giuk Bongawan. Disamping itu kajian ini juga mengkaji kepentingan upacara-upacara yang terdapat dalam adat resam ini serta merungkai faktor-faktor adat resam ini semakin dilupakan. Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan menjadi pilihan lokasi utama kerana lokasinya berdekatan dengan kediaman pengkaji dan ketersampaiannya mudah. Seramai 30 orang responden dari kampung Hulu Tanjung Giuk terlibat dalam kajian ini. Oleh itu, borang soal selidik berskala likert dan kaedah temu ramah digunakan. Kajian ini juga menggunakan kaedah deskriptif berdasarkan kaedah kajian kepustakaan, tinjauan atau pemerhatian. Pelbagai upacara-upacara yang dijalanakan dalam adat ini seperti adat bertahnik, memberi nama, bercukur jambul , berkahtan dan sebagainya. Setiap upacara yang dijalankan mempunyai kepentingannya tersendiri. Namun begitu, adat resam ini semakin hari semakin lupus ditelan peredaran zaman moden kini. Oleh itu, adalah diharapkan kajian menyeluruh tentang adat resam menyambut kelahiran bayi dalam kaum Melayu-Brunei dapat dibuat pada masa akan datang. 1

description

ADAT RESAM MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM KALANGAN MELAYU-BRUNEI

Transcript of KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 2015

960228126688

1.0 ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti upacara-upacara adat resam

menyambut kelahiran bayi yang masih dijalankan oleh masyarakat Melayu-Brunei di

Kg.Hulu Tanjung Giuk Bongawan. Disamping itu kajian ini juga mengkaji kepentingan

upacara-upacara yang terdapat dalam adat resam ini serta merungkai faktor-faktor adat resam

ini semakin dilupakan. Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan menjadi pilihan lokasi

utama kerana lokasinya berdekatan dengan kediaman pengkaji dan ketersampaiannya mudah.

Seramai 30 orang responden dari kampung Hulu Tanjung Giuk terlibat dalam kajian ini. Oleh

itu, borang soal selidik berskala likert dan kaedah temu ramah digunakan. Kajian ini juga

menggunakan kaedah deskriptif berdasarkan kaedah kajian kepustakaan, tinjauan atau

pemerhatian. Pelbagai upacara-upacara yang dijalanakan dalam adat ini seperti adat

bertahnik, memberi nama, bercukur jambul , berkahtan dan sebagainya. Setiap upacara yang

dijalankan mempunyai kepentingannya tersendiri. Namun begitu, adat resam ini semakin hari

semakin lupus ditelan peredaran zaman moden kini. Oleh itu, adalah diharapkan kajian

menyeluruh tentang adat resam menyambut kelahiran bayi dalam kaum Melayu-Brunei dapat

dibuat pada masa akan datang.

1

960228126688

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Abstrak 1

2.0 Isi Kandungan 2

3.0 Penghargaan 3

4.0 Pengenalan 4-5

5.0 Objektif Kajian 6

6.0 Lokasi Kajian 7-10

7.0 Kaedah Kajian 11-13

7.1 Kaedah Kajian Soal Selidik

7.2 Kaedah Kajian Kepustakaan

7.3 Kaedah Kajian Pemerhatian

7.4 Kaedah Kajian Temu Bual

8.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan 14-25

9.0 Rumusan 26

10.0 Bibliografi 27

11.0 Lampiran 28-29

2

960228126688

3.0 PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi atas keizinan-Nya kerana memberikan kesempatan dan

memudahkan tugasan kerja kursus Pengajian Am serta selawat ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W dan Para Sahabat r.a serta para tabi’in yang memperjuangkan kebenaran

Islam di bumi Allah S.W.T ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan khas buat En Ahmat

Saat Tahir selaku pensyarah Pengajian Am atas bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan

yang diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Saya juga ingin menunjukan penghargaan

ini kepada Dr. Hj Pangiran Abu Bakrin selaku pensyarah pengajian Am kerana turut sama

dalam membantu menjayakan kajian ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah

Jainah binti Basir selaku pengetua SMK Bongawan kerana telah membenarkan kami

menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan kepada kakak dan abang saya kerana memberikan dorongan dan

semangat sepanjang saya membuat kajian ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada

keluarga saya dan sepupu saya Mohd Faizy Shazlyn Awg Nurah kerana sudi memberikan

idea dan pengalaman dalam menyiapkan kerja kursus.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penduduk Kampung Hulu Tanjung Giuk

Bongawan kerana sudi membantu memberikan pengalaman dan informasi mengenai adat

resam kelahiran bayi dalam kaum Brunei-Melayu. Terima kasih juga kepada Ketua Kampung

Hulu Tanjung Giuk Bongawan iaitu En. Kadir Sabtu kerana sudi meluangkan masa beliau

dalam sesi temu ramah adat resam kelahiran.

Akhir sekali, Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

tingkatan enam atas kerana mereka banyak menghulurkan bantuan kepada saya dalam

menyiapkan tugasan ini. Segala pengalaman dan cetusan idea yang mereka kongsikan amat

dihargai.

Sekian, terima kasih.

3

960228126688

4.0 PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, pengetahuan dan amalan adat resam semakin

berkurangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Meninjau tajuk mengenai adat resam

menyambut kelahiran bayi dalam kaum Brunei-Melayu di sekitar Bongawan mempunyai

tradisinya yang tersendiri. Berbicara mengenai adat resam menyambut kelahiran, umum

mengetahui bahawa adat ini ditujukan kepada si Bayi yang dilahirkan dan Ibu yang telah

melahirkan. Anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan pengikat kasih sayang

antara suami dan isteri. Maka, kelahiran bayi tersebut perlu disambut dengan penuh rasa

kesyukuran. Kaum Melayu-Brunei mengamalkan beberapa adat yang diwarisi sejak turun-

temurun yakni meliputi aspek adat semasa mengandung dan selepas kelahiran bayi. Tema

adat resam ini sesuai dengan persis kata peribahasa melayu “ biar mati anak, jangan mati

adat”.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, frasa “adat” membawa maksud peraturan

yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala)

di dalam sesebuah masyarakat . Frasa “ Resam” pula bermaksud adat kebiasaan atau aturan-

aturan yang menjadi adat. “Kelahiran” pula bermaksud perihal keluarnya seorang bayi dari

kandungan ibu. Oleh itu, Adat Resam menyambut Kelahiran Bayi boleh didefinisikan sebagai

suatu amalan atau upacara yang harus dilakukan apabila seorang bayi lahir ke dunia.

Kaum “Melayu-Brunei” pula , menurut Nurul ‘Izzah Misni (Siri adat dan budaya

kaum utama) , Kaum Melayu Brunei banyak terdapat di Labuan dan Sabah. Mereka sama

ada penduduk yang berhijrah dari Brunei atau menerima pengaruh Brunei ketika berada di

bawah Kesultanan Brunei atau Kesultanan Sulu sebelum kedatangan Inggeris. Namun, pada

masa kini etnik Melayu Brunei banyak dipengaruhi oleh budaya tempatan menyebabkan

terdapat sedikit perbezaan dari segi dialek, cara hidup dan makanan tradisi.

Laman Web rasmi, Jabatan Warisan Negara iaitu

http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-a-resam/pengenalan-adat

mentakrifkan adat resam adalah cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis

penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat

menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai menyempurnakan

atau melaksanakan sesuatu peraturan yang menjadi tabiat manusia semulajadi di mana lama-

kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-temurun bagi mengekalkan

tradisi sesuatu kaum itu.

4

960228126688

Natijahnya, Kajian ini akan mengkaji mengenai Adat Resam Kelahiran Bayi dalam

Masyarakat Melayu-Brunei yang terdapat di sekitar Kg Hulu Tanjung Giuk Bongawan,

Papar, Sabah. Dalam kajian ini , beberapa objektif yang akan dibincangkan iaitu adat

menyambut kelahiran bayi yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu Brunei serta

kepentingannya. Selain itu, kajian ini juga akan mengkaji beberapa faktor yang mendorong

adat resam ini semakin dilupakan. Objektif kepentingan Adat Resam kelahiran bayi ini

meliputi aspek terhadap Ibu yang melahirkan , anak yang dilahirkan dan Masyarakat Melayu-

Brunei. Umum mengetahui bahawa adat resam yang diamalkan sejak dahulukala kian luput

ditelan arus oleh kemodenan dari sudut pemikiran dan amalan. Oleh hal yang demikian ,

kajian ini juga akan mengkaji sebab-sebab adat resam menyambut kelahiran bayi semakin

dilupakan. Kajian ini juga akan mengenalpasti adat menyambut kelahiran bayi yang masih

diamalkan oleh masyarakat Melayu Brunei yang merangkumi aspek semasa mengandung dan

selepas kelahiran bayi.

Antara adat yang dijalankan semasa mengandung ialah mengurut perut ibu yang

mengandung yang dilakukan oleh orang tua yang mahir dalam bidang tersebut. Setelah bayi

dilahirkan , adat yang akan dijalankan ialah adat bertahnik iaitu memberi manisan seperti

madu dan buah tamar. Kemudian , adat memberi nama kepada bayi dengan nama-nama yang

indah serta mempunyai makna yang baik. Kebiasaannya adat bercukur jambul serta akikah

akan dijalankan selepas ibu bersalin habis berpantang selama 44 hari. Setelah itu, adat

berkahtan untuk bayi perempuan akan dijalankan.

Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk memahami dan membezakan adat

resam menyambut kelahiran bayi dalam kaum Melayu-Brunei dengan kaum lain. Seterusnya,.

kajian ini juga sebenarnya menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda tentang

keistimewaan menggunakan kaedah tradisional berbanding dengan kaedah moden.

Kesimpulannya, adat resam kelahiran bayi merupakan adat yang telah lama

diamalkan oleh masyarakat Melayu-Brunei di Bongawan. Adat ini masih diamalkan oleh

sesetengah penduduk tempatan di Bongawan khususnya di Kg Hulu Tanjung Giuk

Bongawan. Oleh itu , pengkaji akan menghuraikan objektif kajian dengan lebih lanjut di

dalam dapatan kajian dan perbincangan.

5

960228126688

5.0 OBJEKTIF KAJIAN:

I. Mengenalpasti upacara-upacara adat resam menyambut kelahiran bayi yang masih

dijalankan oleh masyarakat Melayu-Brunei di Kg.Hulu Tanjung Giuk Bongawan.

II. Mengkaji kepentingan adat menyambut kelahiran bayi yang diamalkan oleh

masyarakat Melayu-Brunei.

III. Mengkaji faktor-faktor adat resam menyambut kelahiran bayi yang semakin

dilupakan.

6

960228126688

6.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian ini, kawasan kajian adalah satu elemen yang amat penting

dalam menjalankan sesuatu kajian dan dipilih berdasarkan tajuk kajian yang telah ditentukan

oleh pengkaji sebelum memulakan penyelidikan. Kawasan kajian yang dipilih oleh pengkaji

ialah Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan. Jarak kawasan ini dari SMK Bongawan ialah

2.8 km dan mengambil masa selama 6 minit dengan menaiki kenderaan untuk sampai ke

SMK Bongawan.

Peta 2 : Peta lokasi kajian, Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan ke SMK Bongawan

Sumber : www.maps/google.com

7

960228126688

Peta 2 : Peta Negeri Sabah Malaysia

Sumber : http://www.sabah.edu.my/kds/peta_sabah.htm

8

960228126688

Sejarah Bongawan

Bongawan adalah sebuah pekan di negeri Sabah, Malaysia. Lokasinya terletak di

Bahagaian Pantai Barat Sabah dan terletak kira-kira 60 kilometer ke selatan ibu negeri Sabah

Kota Kinabalu. Bongawan terletak di bawah Parlimen Kimanis. Tempat ini merupakan salah

satu laluan dari stetsen utama untuk Jabatan Kereta Api Negeri Sabah.

Terdapat sejarah mengenai kawasan Bongawan ini mendapat nama. Ketua kampung

Hulu Tanjung Giuk Bongawan iaitu Encik Kadir Sabtu mengatakan bahawa nama Bongawan

secara tradisionalnya didapati dari dialek masyarakat tempatan untuk burung ‘Bangau’ atau

dalam bahasa inggeris dipanggil egrets, yang sering kali kelihatan di sawah padi bersama

kerbau. Lama-kelamaan perkataan bangau telah diubah menjadi ‘Bangauan” dan akhirnya

dievolusi lagi menjadi ‘Bongawan’ yang dikenali sehingga hari ini. Bongawan sehingga hari

ini dikenali sebagai ‘Bengawan’ namun nama tersebut telah diubah menjadi “Bongawan”

pada sekitar tahun 1970-an.

Pekan Bongawan diakui telah wujud sekitar tahun 1939. Namun ada yang mendakwa

pekan Bongawan telah wujud lebih awal dari tahun yang dinyatakan. Bagaimanapun pekan

ini mempunyai dua blok utama bangunan iaitu bangunan berstrukrur kayu lama yang masih

teguh dan bangunan baru siap dibina pada tahun 2009.

9

960228126688

Gambar 1: Kawasan Kajian Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan

Gambar 2 : Kawasan Kajian Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan.

10

960228126688

7.0 KAEDAH KAJIAN

Bagi menyediakan sebuah kajian yang lengkap, pengkaji memerlukan kaedah untuk

mendapatkan maklumat yang benar dan tepat. Terdapat empat kaedah yang digunakan oleh

pengkaji antaranya ialah kaedah kepustakaan, kaedah temu bual, kaedah soal selidik, dan

kaedah pemerhatian. Hal ini bertujuan untuk melihat perkembangan sepanjang perjalanan

kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Kaedah-kaedah tersebut sangat penting kepada pengkaji

bagi menyiapkan kajian yang lengkap dan mendaptakan hasil yang terbaik.

7.1 KAEDAH KAJIAN KEPUSTAKAAN

Menurut pendapat Zaleha Mohd Jaafar (2009). Kajian kepustakaan bermaksud segala

usaha yang dilakukan oleh peneliti untuk menghimpun informasi yang releven dengan topik

atau masalah yang akan atau sedang diteliti. Informasi juga diperoleh dari buku-buku ilmiah,

buku tahunan, ensiklopedia, laporan penelitian, internet dan sumber-sumber bertulis yang

dicetak. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk memperoleh bahan-bahan dan informasi

yang releven dan dikumpulkan atau dibaca, dikaji, dicatatkan, dan dimanfaatkan (Roth 1986).

Pengkaji perlu mengenal atau merasa asing dalam lingkungan perpustakaan kerana dengan

mengenal situasi perpustakaan, pengkaji akan mendapatkan bahan yang diperlukan dengan

lebih mudah. Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada:

i. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.

ii. Perpustakaan Membakut, Sabah.

iii. Perpustakaan Papar, Sabah.

11

960228126688

7.2 KAEDAH TEMUBUAL

Kaedah ini tebahagi kepada dua iaitu :

7.2.1 Temu bual secara formal

Temu bual ini ini adalah satu kaedah yang memerlukan pengkaji berinteraksi dengan

responden secara lisan dari seseorang informen. Proses temu bual yang digunakan dalam

kajian ini adalah secara rasmi dan juga bersahaja. Menurut Anis Ibrahim (2012) dalam

kaedah temu bual formal ini juga, penggunaan alatan seperti rakaman video, gambar atau foto

dan perakam suara sangat memainkan peranan penting untuk membantu pengkaji

merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara pengkaji dengan responden yang terlibat.

Kaedah ini adalah untuk mengumpul maklumat tepat seperti sosiodemografi, umur, taraf

perkahwinan dan tahap pendidikan informen.

7.2.2 Temu Bual tidak formal

Kaedah temu bual secara informal merupakan satu kaedah yang memerlukan

pemerhatian, soal jawab, latihan yang dibuat secara individu atau berkumpulan. Kaedah temu

bual secara informal ini digunakan oleh pengkaji dalam bentuk borang berskala Likert.

Seramai 30 orang responden yang dipilih daripada kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan.

Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab

borang soal selidik serta bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

Kaedah ini digunakan bagi memudahkan pengkaji mengumpul maklumat untuk mencapai

objektif kajian dan menghasilkan dapatan yang baik.

12

960228126688

7.3 KAEDAH BORANG SOAL SELIDIK

Dalam kaedah ini, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang

responden untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Soal selidik adalah kaedah

utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran.

Penggunaan borang perlu melalui strategi mereka bentuk sal selidk yang bersesuaian supaya

tidak berlaku bias (Abd Rahman et.el 1996) kaedah ini adalah kaedah yang paling popular

yang digunakan oleh para pengkaji bagi mendapatkan data primer. Borang soal selidik juga

perlulah bersesuian dengan objektif serta kerangka konseptual yang telah ditetapkan supaya

soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Borang soal selidik ini berbentuk

soalan tertutup dan terbuka.

7.4 KAEDAH PEMERHATIAN

Pengkaji akan pergi ke lokasi kajian untuk memerhati dan mendaptkan maklumat

berkenaan kajian. Kaedah ini merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat

atau data selain soal selidik dan temubual. Menurut Anis Ibrahim (2012) , pemerhatian

merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur pembolehubah dalam penyelidikan.

Pemerhatian ini dijalankan di sekitar kawasan Kg Hulu Tanjung Giuk Bongawan.

13

960228126688

8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

8.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN.

Bahagian ini akan membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian

yang telah dilakukan daripada borang soal selidik. Data dan responden yang diperoleh oleh

pengkaji akan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif.

Jadual 1 : Pembahagian Responden Berdasarkan Jantina.

Jantina Bilangan Responden Peratus (%)

Lelaki 13 43.33

Perempuan 17 56.67

Jumlah 30 100

Lelaki43%

Perempuan57%

JANTINA

Carta pai 1 : Taburan responden berdasarkan jantina.

Berdasarkan carta pai 1, didapati bahawa pembahagian responden berdasarkan jantina adalah

tidak seimbang iaitu jumlah responden perempuan lebih banyak berbanding jumlah

responden lelaki. Pengkaji mendapati bahawa responden perempuan serami 17 orang

bersamaan dengan 56.67 peratus manakala jumlah responden lelaki pula seramai 13 orang

bersamaan dengan 43.33 peratus. Hal ini kerana, pengkaji menjalankan kajian pada hari

bekerja di mana kaum lelaki keluar untuk bekerja manakala kaum perempuan pula berada di

rumah sebagai suri rumah tangga. Tambahan pula, kaum perempuan lebih ramai terlibat

dalam menyediakan alat-alat yang digunakan untuk adat menyambut kelahiran. Mereka juga

terlibat secara langsung dan berpengalaman menjadi seorang ibu dan nenek kepada bayi atau

cucu yang dilahirkan.

14

960228126688

Jadual 2 : Pembahagian Responden Berdasarkan Umur

Umur Bilangan responden Peratus (%)

0-20 4 13.33

21-30 4 13.33

31-40 5 16.67

41-50 8 26.67

51 ke atas 9 30

Jumlah 30 100

13%

13%

17%

27%

30%

Bilangan responden berdasarkan umur

0-20 21-30 31-40 41-50 51 ke atas

Carta pai 2 : Taburan Responden berdasarkan Umur.

Berdasarkan Carta pai 2, pengkaji mendapati bahawa taburan responden berdasarkan umur

dalam lingkungan 0-20 dan 21-30 adalah seimbang iaitu seramai 4 orang bersamaan dengan

13 peratus. Manakala, 5 orang iaitu 16.67 peratus dalam lingkungan umur 31-40an.

Lingkungan umur 41-50 pula mencatatkan seramai 8 orang bersamaan 26.67 peratus dan 9

orang bersamaan dengan 30 peratus dalam lingkungan umur 51 tahun. Pengkaji mendapati

bahawa taburan umur 51 ke atas merupakan jumlah yang paling tinggi setelah dianalisis. Hal

ini demikian kerana kategori umur tersebut merupakan warga emas yang berpengalaman

dalam adat resam ini. Remaja yang berumur dalam lingkungan 0-20 dan 21-30 pula

merekodkan jumlah paling sedikit kerana mereka kurang berpengalaman dan sesetengahnya

berstatuskan bujang.

15

960228126688

Jadual 3 : Pembahagian Responden Berdasarkan Status

STATUS BILANGAN PERATUS

BUJANG 11 36.67

BERKAHWIN 19 63.33

JUMLAH 30 100

37%

63%

STATUS RESPONDENBUJANG BERKAHWIN

Carta Pai 3 : Taburan Responden Berdasarkan Status.

Berdasarkan carta pai di atas, seramai 11 orang daripada 30 orang bersamaan 36.67% belum

berkahwin. Manakala, seramai 19 orang bersamaan 63.33% sudah membina rumah tangga.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh pengkaji bertemu dengan responden yang terdiri

daripada ibu-ibu di sekitar kawasan kajian. Berstatuskan bujang pula terdiri daripada remaja

yang berumur sekitar 0-20. Oleh itu, responden yang sudah berkahwin memudahkan pengkaji

membuat penyelidikan kerana responden mempunyai pengalaman mengenai adat menyambut

kelahiran bayi.

16

960228126688

8.2 DAPATAN DAN ANALISIS DATA BERDASARKAN ADAT-ADAT KELAHIRAN

BAYI YANG MASIH DIAMALKAN DI KAMPUNG HULU TANJUNG GIUK

BONGAWAN.

Perkara 1 2 3 4 5

1 Adat melenggang perut tidak

diamalkan dalam masyarakat

melayu-brunei sebaliknya

adat “mengurut perut ibu

mengandung” diamalkan.

0 0 0 12

(40%)

18

(60%)

2 Adat memperdengarkan Azan

dan Iqamat kepada Bayi.

0 0 0 14

(46.67%

)

16

(53.33%)

3 Upacara bertahnik atau

memberi manisan

menggunakan madu.

0 0 0 13

(43.33%

)

17

(56.67%)

4 Upacara memberi nama bayi

mesti dilakukan sebelum hari

ke-7 selepas kelahiran bayi.

0 0 10

(33.33%)

12

(40%)

8

(26.67%)

5 Upacara mencukur jambul di

amalkan pada hari ke-40

selepas kelahiran bayi.

0 0 0 11

(36.67%

)

19

(63.33%)

6 Akikah diadakan sekaligus

dengan majlis cukur jambul.

0 0 0 10

(33.33%

)

20

(66.67%)

7 Bunga Telur diberikan kepada

kumpulan marhaban dan

tetamu yang hadir di majls

cukur jambul

0 0 0 8

(26.67%

)

22

(73.33%)

8 Selepas kelahiran, Berkahtan

hanya untuk bayi perempuan

sahaja.

0 0 0 19

(63.33%

)

11

(36.67%)

17

960228126688

Jadual 4 : Pernyataan tentang berdasarkan adat-adat kelahiran bayi yang diamalkan di

Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan.

adat

mengu

rut p

erut

azan dan

iqam

at

bertah

nik

memberi

nama

bercuku

r jambul

majlis a

kikah

Bunga te

lur keti

ka m

ajlis c

ukur ja

mbul

bersunat

bagi b

ayi p

erempuan

0%20%40%60%80%

Upacara Adat Menyambut Kelahiran Bayi

sangat tidak setuju tidak setuju tidak pastisetuju sangat setuju

Graf 1 : Taburan Responden mengenai upacara-upacara adat kelahiran bayi dalam kaum

Melayu-Brunei di Bongawan.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, terdapat beberapa upacara yang

masih diamalkan dalam adat menyambut kelahiran bayi dalam masyarakat Melayu-Brunei di

Kg Hulu Tanjung Giuk Bongawan.

Majoriti seramai 60% bersamaan dengan 18 orang berpendapat sangat bersetuju bahawa

adat mengurut perut ibu mengandung merupakan upacara yang diamalkan oleh kaum

Melayu-Brunei dalam adat menyambut kelahiran bayi. Selebihnya, 40% bersamaan dengan

12 orang hanya bersetuju dengan pendapat tersebut. Adat ini diamalkan sejak turun-temurun

oleh kaum Melayu-Brunei. Upacara ini dilakukan oleh bidan dan tukang urut yang pakar

mengenai kaedah mengurut ibu mengandung. Upacara ini menggunakan piring dan

diletakkan diperut ibu mengandung untuk mengesan kedudukan kepala bayi tersebut.

Sekiranya kepala bayi dalam kedudukan sonsang, bidan akan memusing piring tersebut

supaya kedudukan bayi dalam keadaan normal.

Bagi adat seterusnya ialah memperdengarkan azan dan iqamat kepada bayi, seramai 14

orang bersamaan dengan 46.67 peratus mengatakan setuju dan 16 orang bersamaan 53.33

peratus memilih kategori sangat setuju. Upacara ini dijalankan setelah bayi telah dilahirkan.

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi

18

960228126688

perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan

upacara ini.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, seramai 17 orang bersamaan dengan

56.67 peratus sangat bersetuju amalan Bertahnik masih dijalankan sehingga ke hari ini.

Bertahnik merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Upacara ini dimulakan dengan membacakan

surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan

sedikit air madu ke lelangit mulut bayi tersebut. Amalan ini dijalankan oleh ayah, atau orang-

orang soleh sebagai mengambil berkat.

Bagi upacara memberi nama bayi pula, Seramai 10 orang (33.33%) memberi

respon tidak pasti mengenai upacara ini. Manakala, seramai 12 orang iaitu 40% bersetuju

dan 8 orang yakni 26.67% sangat bersetuju tentang upacara ini. Sesetengah penduduk

berpendapat bahawa tidak semestinya upacara memberi nama bayi dilakukan pada hari

ketujuh. Upacara ini boleh dijalankan pada bila-bila masa. Memberi nama yang indah dan

mempunyai maksud yang baik kepada bayi merupakan saranan agama islam yang dianuti

oleh masyarakat kaum Melayu-Brunei di Bongawan. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama

akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau

anak-anak nabi akan dipilih.

Berdasarkan analisis yang dijalankan,. 19 orang bersamaan dengan 63.33 peratus

sangat bersetuju dan 11 orang bersamaan 36.67 peratus sangat bersetuju dengan upacara

mencukur jambul yang diamalkan pada hari ke-40 selepas kelahiran bayi Pada hari itu, bayi

dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil

atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan

disambut oleh hadirin lelaki sambil berzanji. Si bayi akan ditepungi tawar serta ditabur beras

kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi

tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi

tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah

selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih.

Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut

dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua

rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa.

Seterunya, 20 orang yakni 66.67 peratus sangat bersetuju , kategori sangat setuju

seramai 10 orang iaitu 33.33 peratus menyatakan bahawa akikah diadakan sekaligus dengan

19

960228126688

majlis cukur jambul. Lazimnya , semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi

syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak

dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti

kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan

berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan

untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi

bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan.

Kemudian, daging kambing tersebut disembelih dan dimasak untuk dijamu oleh tetamu yang

hadir.

Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing,

lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah

sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk

akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi

lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan.

Kemudian, daging kambing tersebut disembelih dan dimasak untuk dijamu oleh tetamu yang

hadir.an taburan responden yang diperoleh, majoriti iaitu seramai 22 orang (73.33%)

bersetuju mengenai upacara memberi Bunga Telur dan duit syiling kepada kumpulan

marhaban dan tetamu yang hadir di majls cukur jambul. Upacara ini dilakukan sewaktu

majlis cukur jambul dijalankan. Tujuan upacara ini dilaksanakan adalah menghargai dan

tanda terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir ke majlis cukur jambul. Kebiasaannya,

pihak tuan rumah akan memberi bunga telur dan juga duit syiling 20 sen sebagai sedekah

daripada ibu bapa bayi tersebut kepada tetamu yang hadir dengan harapan doa dan berkat

untuk bayi mereka.

Seramai 19 orang (63.33%) responden menyatakan sangat bersetuju tentang

upacara berkahtan yang dijalankan dalam adat resam ini.. Mereka berpendapat bahawa adat

bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa

hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan

menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan

dijalankan oleh bidan. Antara alat yang digunakan ialah bedak langir, tepung tawar, daun

sambung, abu dan sebilah pisau tajam. Dimulakan dengan niat dan berselawat, bidan

memotong kelentit tersebut menggunakan pisau nipis yang tajam. Kemudian

mengeluarkannya menggunakan kapas. Sesudah itu, bayi tersebut dimandikan dengan bedak

langir pada badan bayi terebut.

20

960228126688

8.3 KEPENTINGAN MENGAMALKAN ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

DALAM KAUM MELAYU-BRUNEI DI BONGAWAN

Bil Kepentingan 1 2 3 4 5

1 Amalan Bertahnik dapat

menjadikan bayi tersebut

petah berkata-kata.

0 0 0 16

(53.33%)

14

(46.67%)

2 Amalan Akikah mampu

menggalakan seseorang itu

bersedekah.

0 0 0 9

(30%)

21

(70%)

3 Amalan bercukur jambul

juga mampu mengeratkan

sillaturrahim komuniti

masyarakat Bongawan.

0 0 0 19

(63.33%)

11

(36.67%)

4 Adat mengurut perut ibu

mengandung dapat

memudahkan si ibu

bersalin.

0 0 0 18

(60%)

12

(40%)

5 Azan dan Iqamat dapat

membentuk peribadi bayi

menjadi anak yang soleh

dan solehah.

0 0 0 11

(36.67%)

19

(63.37%)

6 Bersunat/berkhatan mampu

mengelakkan diri bayi atau

kanak-kanak daripada

penyakit.

0 0 0 14

(46.67%)

16

(53.33%)

Jadual 5 : Pernyataan tentang Kepentingan Menyambut Kelahiran Bayi dalam Kaum-Melayu

Brunei di Bongawan.

21

960228126688

bayi petah berkata-kata

menggalakan bersedekah

mengeratkan sillaturrahim

memudahkan bersalin

soleh dan solehah

mengelakkan penyakit

berkelakuan baik-baik

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%80%

Kepentingan Menyambut Adat Kelahiran Bayi

Sangat tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat Setuju

Graf 2 : Taburan responden mengenai kepentingan Mengamalkan Adat Menyambut

Kelahiran Bayi dalam Kaum Melayu-Brunei di Bongawan.

Graf dan jadual di atas menunjukkan taburan responden mengenai kepentingan

mengamalkan adat menyambut kelahiran bayi dalam kaum Melayu-Brunei. Bagi

kepentingan pertama iaitu amalan bertahnik dapat menjadikan bayi tersebut petah

berkata-kata, Seramai 16 orang bersamaan dengan 53.33% memilih hanya bersetuju

mengenai kepentingan ini. Bagi kategori sangat setuju pula adalah seramai 14 orang

bersamaan dengan 46.67%. Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Sinonim dengan

amalan ini, masyarakat Kaum Melayu-Brunei berpendapat bahawa manisan yang dirasai oleh

bayi sewaktu berusia 7 hari mampu melahirkan kanak-kanak yang bersopan santun dari segi

percakapan.

Kepentingan seterusnya ialah amalan Akikah mampu menggalakan seseorang itu

bersedekah. Seramai 16 orang bersamaan dengan 53.33 peratus memilih bersetuju dan 14

orang bersamaan 46.67 peratus memilih sangat bersetuju. Binatang yang disembelih

kemudian dimasak dan dihidang kepada tetamu, melahirkan rasa untuk berkongsi rezeki dan

ini menggalakkan pemberi untuk bersedekah kepada penduduk kampung tanpa mengira umur

dan status ekonomi.

Seterusnya, tali sillaturrahim juga dapat dipupuk dalam majlis cukur jambul.

Bagi kategori setuju, seramai 9 orang iaitu 30% memilih kategori ini. Kategori sangat setuju

pula seramai 21 orang bersamaan 70%. Majlis cukur jambul dihadiri oleh semua penduduk

kampung di sekitar Bongawan. Pada hari tersebut, mereka bergotong-royong membuat

22

960228126688

persediaan majlis. Amalan ini secara tidak langsung dapat melahirkan rasa tanggungjawab

dan kasih sayang dalam komuniti masyarakat Melayu-Brunei. Oleh itu, penduduk kampung

berpendapat bahawa majlis cukur jambul dapat menjalinkan perpaduan dan mengikat tali

sillaturrahim.

Kepentingan keempat ialah adat mengurut perut ibu mengandung dapat

memudahkan si ibu bersalin. Terdapat 18 orang memilih kategori setuju dengan kadar

peratusan sebanyak 60% dan kategori hanya setuju seramai 12 orang bersamaan dengan 40%.

Adat ini dijalankan ketika ibu sedang mengandung. Urutan tersebut dapat mengelakkan

kedudukan bayi sonsang dan mengelakkan ketegangan rahim ibu. Dengan ini, urutan

tradisional mampu memudahkan proses sewaktu bersalin

Selain itu, Azan dan Iqamat dapat membentuk peribadi bayi menjadi anak

yang soleh dan solehah. Seramai 11 orang memilih kategori setuju bersamaan dengan 36.67

peratus dan 19 orang bersamaan 63.33 peratus memilih sangat setuju dengan pernyataan ini.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Brunei-Melayu beragama islam , maka upacara ini

tidak akan lupus dalam proses menyambut kelahiran bayi. Kalimah Allah Maha Besar

merupakan kalimah pertama yang didengari oleh bayi agar pengaruh azan ini dapat meresap

ke dalam dirinya. Di samping itu, azan juga berupaya mengusir syaitan yang memang

menantikan kelahiran bayi tersebut. Azan dan iqamat yang diperdengarkan akan dirakam oleh

bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid dan akhlak.

Pernyataan bagi bersunat/berkhatan mampu mengelakkan diri bayi perempuan

daripada penyakit. Seramai 14 orang bersamaan 46.67 memilih kategori bersetuju dan 16

orang bersamaan dengan 53.33 peratus memilih kategori sangat setuju. Bersunat mampu

menghalang pengumpulan kuman di sekeliling klitoris (kelentit) dan kepentingan seksual

ketika bayi menjelang dewasa apabila berumah tangga.

23

960228126688

8.4 FAKTOR-FAKTOR ADAT RESAM KELAHIRAN BAYI YANG

SEMAKIN DILUPAKAN..

Bil Perkara Ya Tidak

1 Faktor ketinggalan zaman 8

(26.67%)

22

(73.33%)

2 Pengaruh budaya luar 10

(33.33%)

20

(66.67%)

3 Kurang pendedahan 17

(56.67%)

13

(43.33%)

Jadual 6 : Pernyataan tentang Faktor-faktor Adat Resam Menyambut Kelahiran Bayi semakin

dilupakan

24

960228126688

KETINGGALAN ZAMAN KURANG PENDEDAHAN PENGARUH BUDAYA LUAR

0.00%

10.00%

20.00%

30.00%

40.00%

50.00%

60.00%

70.00%

80.00%

Faktor-faktor adat resam kelahiran bayi semakin dilupakan

YATIDAK

Graf 3 menunjukkan taburan responden mengenai faktor-faktor adat resam menyambut

kelahiran bayi semakin dilupakan.

Bagi faktor ketinggalan zaman, seramai 8 orang bersamaan 26.67 peratus memilih

kategori Tidak dan seramai 22 orang bersamaan 73.33 peratus memilih kategori Ya. Majoriti

mengatakan Ya bahawa faktor ketinggalan zaman menyebabkan adat ini dilupakan.

Masyarakat Melayu-Brunei menganggap adat-adat ini remeh dan payah untuk diamalkan.

Mereka juga berpendapat bahawa adat ini adalah kolot dari segi pemikiran dan amalan.

Mereka juga lebih memilih perkhidmatan moden seperti hospital berbanding menggunakan

kemahiran Mak Bidan.

Seterusnya ialah faktor Pengaruh Budaya Luar. Kategori Tidak disokong seramai 10

orang bersamaan 33.33 peratus dan 20 orang bersamaan 66.67 peratus menyokong kategori

Ya. Pengaruh budaya luar menjadi faktor adat resam ini semakin lupus. Mereka memandang

enteng mengenai amalan adat resam menyambut kelahiran bayi. Mereka lebih memilih cara

orang barat , thamsilnya perayaan “Baby Shower” iaitu pesta menjelang kelahiran. Mereka

percaya bahawa perayaan “ Baby Shower” lebih menjimatkan masa dan tenaga.

Kurangnya pendedahan juga merupakan faktor adat ini semakin dilupakan. Seramai

13 orang bersamaan 43.33 peratus mengatakan Tidak dan 17 orang bersamaan dengan 56.67

peratus menyatakan Ya. Kekurangan bakat anak muda dalam cara melaksanakan adat

mengurut perut ibu mengandung menyumbang kepada masalah ini. Mereka tidak tertarik

25

960228126688

untuk cuba mempelajari teknik kaedah atau tersebut. Fenomena ini disebabkan generasi muda

lebih memperuntukkan masa dengan kerja dan pelajaran mereka.

9.0 RUMUSAN

Sebagai rumusan, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami dan

membezakan adat resam menyambut kelahiran bayi dalam kaum Melayu-Brunei dengan

kaum lain. Seterusnya,. kajian ini juga sebenarnya menyedarkan masyarakat terutamanya

golongan muda tentang keistimewaan menggunakan cara lama berbanding dengan kaedah

moden.

Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa Kaum Melayu-Brunei

juga mengamalkan adat resam menyambut kelahiran bayi. Pengkaji telah mengenalpasti

upacara-upacara yang masih diamalkan dalam adat resam ini dan kepentingannya serta

merungkai faktor-faktor adat resam menyambut kelahiran bayi semakin dilupakan.

Beberapa upacara adat menyambut kelahiran bayi yang masih diamalkan

antaranya ialah mengurut perut ibu mengandung, azan dan iqamat kepada bayi, memberi

nama, bertahnik, mengadakan majlis cukur jambul dan akikah serta bersunat untuk bayi

perempuan. Pengkaji telah menemu bual orang kampung yang berumur dalam lingkungan 60

ke atas dan mereka telah menerangkan bagaimana upacara-upacara ini dijalankan.

Setiap upacara yang dijalankan mempunyai kepentingannya tersendiri. Antara

kepentingannya ialah mengeratkan sillaturrahim antara kaum Melayu-Brunei, mendidik bayi

menjadi anak yang soleh dan solehah, mengurangkan beban ibu mengandung dan

mengelakkan diri bayi daripada penyakit.

Walaubagaimanapun, adat resam ini semakin dilupakan dan kurang diamalkan

oleh kaum Melayu Brunei. Antara faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah

faktor ketinggalan zaman, kurang pendedahan kepada generasi muda dan pengaruh budaya

luar.

Natijahnya, sebagai masyarakat moden, sepatutnya kita mengambil positif dan

berfikiran terbuka terhadap adat-adat seperti ini. Generasi yang baru perlu mencari insiatif

supaya adat menyambut kelahiran bayi dalam masyarakat Melayu-Brunei tidak ditenggelami

dek arus pemodenan.

26

960228126688

Akhir kata, pengkaji telah berjaya mengenalpasti upacara-upacara adat resam

menyambut kelahiran bayi dan kepentingannya serta menjawab faktor-faktor adat resam ini

semakin dilupakan.

10.0 BIBLIOGRAFI

1) Encik Kadir bin Sabtu, 57 , Ketua Kampung Hulu Tanjung Giuk Bongawan.

2) Siti Fatimah Ghani, 57, penduduk kampung.

3) http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/adat-a-resam/ pengenalan-adat

4) Baharom, Hajah Noresah, BSc (UM) MA, Kamus Dewan edisi keempat , Kuala

Lumpur, 1984

5) Nurul ‘Izzah Misni (Siri adat dan budaya kaum utama) , Kuala Lumpur , 2014.

27

960228126688

11.0 LAMPIRAN

Gambar 3 : Upacara Cukur Jambul yang diadakan di sekitar Bongawan.

Gambar 4 : Upacara cukur jambul yang disertai dengan Majlis Kesyukuran

28

960228126688

Gambar 5 : Akikah yang dijalankan serentak dengan Majlis Cukur Jambul.

29