Konsep kemahiran membaca

18
M enurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut. Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut: 1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. 2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya. 3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut: a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala. d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

description

hihi

Transcript of Konsep kemahiran membaca

Page 1: Konsep kemahiran membaca

M enurut kamus Dewan edisi Empat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut.

Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia

ada di kepala.d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea

yang lengkap.e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.

Page 2: Konsep kemahiran membaca

Mengikut Solâh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh itu,kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek kefahaman bahasa.

Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan. http://sarjanapena.blogspot.com/2011/10/definisi-dan-konsep-membaca.html

Definisi dan Konsep Kemahiran Membaca

KEMAHIRAN MEMBACA

Definisi kemahiran membaca

Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu,

membaca juga didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan

kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa

yang dibaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah

menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan

memahamkan kandungannya.

Konsep kemahiran membaca

Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang

berkait rapat dengan bahasa, iaitu membaca sebagai a language

related process. Menurut Cohen (1990), membaca memerlukan

kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami

makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses

Page 3: Konsep kemahiran membaca

kemahiran yang aktif bagi mengintepretasikan makna dan

mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual. Tiga

konsep asas membaca yang pernah digunakan ialah:

membunyikan perkataan demi perkataan

pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh

maknanya

memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks

tersebut

Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English

Language (2003), definisi membaca ialah:

intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan

proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan

penghasilan dan pemahaman komunikasi linguistik)

keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang

melibatkan simbol-simbol tulisan

gambaran mental tentang makna daripada perkara yang

diperkatakan, idea atau visual yang dilihat.

http://ekspresibahasamelayu.blogspot.com/2013/04/definisi-dan-konsep-kemahiran-membaca.html

2.0 KEMAHIRAN MEMBACA

2.0.1 Pengertian Dan Tujuan

Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang – lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.

Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.

Page 4: Konsep kemahiran membaca

Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf – huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna.

Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .

Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.

Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk melalui jalinan huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak langsungnya membolehkan murid – murid membina kebiasaan menutur ayat – ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya.

2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar

Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi

Page 5: Konsep kemahiran membaca

mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi.

Menurut laporan di akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah :

• Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita akan menjadi negara yang mundur di dunia ini.

• Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

• Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam masyarakat.

• Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara.

• Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan.

• Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak berminat untuk belajar.

• Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

• Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita – cita dan fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ .

• Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan yang yang tinggi.

• Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.

• Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.

Page 6: Konsep kemahiran membaca

b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.

1.0 Aktiviti Bacaan

1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf – huruf dan bunyi – bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara – perkara yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran.

1.2 Kemahiran Membaca Secara Akaliah

Bacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek – aspek sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman terhadap isi bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua – dua jenis bacaan ini ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan contoh sebutan bunyi – bunyi dan bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan kemudian diikuti oleh murid – murid dengan kuat juga sama ada secara beramai – ramai, berkumpulan ataupun secara individu. Setelah murid – murid menunjukkan kemahiran membaca mekanis dengan memuaskan baharulah bacaan akaliah dijalankan. Murid – murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang diberikan dan kemudian membincangkannya atau menjawab soalan – soalan untuk menguji kefahaman mereka.

http://abubakar69.blogspot.com/2009/07/kemahiran-membaca.html

KEMAHIRAN MEMBACA 1

Definisi Membaca

Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental.

Membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada bentuk tulisan berkenaan.

Page 7: Konsep kemahiran membaca

Membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Oleh itu, untuk membaca seseorang mestilah mengenal dan menyebut lambang-lambang bertulis dan juga mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya..

Membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.

Membaca melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca dan melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.

Oleh itu, membaca boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses, iaitu;

Menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa.

Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan itu.

Membaca juga boleh dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid memindahkan tulisaan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/kemahiran-membaca-1.html

KEMAHIRAN MEMBACA

  Definisi dan Konsep Membaca

Definisi Membaca

Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah

(2010), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga

merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran

bahasa dan memproses perkembangan yang diterima. Atan Long (1976)

mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada proses

menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis

Page 8: Konsep kemahiran membaca

dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Menurut Abu Basar (1981) pula, membaca didefinisikan sebagai gabungan

proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta

memahamkan kandungannya. Menurut John Everatt dalam Mastuti Isa

(2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.

Kesimpulannya, membaca merupakan proses memindahkan lambang-

lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang

terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan

pengalaman sedia ada murid.

Konsep Membaca

Menurut Kamarudin Hj. Husin (248: 1998), mengikut fahaman dahulu,

membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara.

Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah

dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya.

Oleh itu, pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca

kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran,

dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana

murid itu membaca mengikut bahasanya sendiri.

Kesediaan Membaca

Definisi Kesediaan Membaca

Situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya

untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang

pembelajarannya.

Konsep Kesediaan Membaca

Page 9: Konsep kemahiran membaca

Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental,

emosi, dan fizikal. Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk

pada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada

kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangan.

Piaget (1966), mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat

pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu

peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-6 tahun),

peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi formal

(selepas 12 tahun).

Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum

sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat

mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain

yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan

sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan

fizikal, emosi, dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca

Kematangan

 Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran.

Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek,

kematangan sosial, dan kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang

sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas

yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

Pengalaman

 Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada

kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang

Page 10: Konsep kemahiran membaca

disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang

teratur dalam mata pelajaran tertentu.

 

Persekitaran

 Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan

dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai

contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan

sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca, dan ada pula

orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia

membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak

mendapat peluang yang sama.

Keadaan Fizikal

 Keadaan fizikal merujuk pada keadaan mata, telinga, dan organ

pertuturan yang sempurna.

Emosi, Motivasi, dan Sahsiah

 Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang

diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-

kanak.

Kecerdasan

 Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran

membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai

kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak

lain yang sebaya dengannya.

 

Pengamatan

Page 11: Konsep kemahiran membaca

 Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat,

iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca,

kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-

bunyi huruf.

Penguasaan Bahasa

 Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar

kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik

kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,

kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Membaca

Kognitif

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat

mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang

cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat

berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat,

iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa

membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga

mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang lebih mahir

dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar

kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik

kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,

kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi. 

  

Page 12: Konsep kemahiran membaca

Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman

bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat

membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Misalnya

mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa

yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang

diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-

kanak. Dengan ini, secara tidak langsung mempengaruhi kemahiran

membaca kanak-kanak.

Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam

menguasai  kemahiran membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu

bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosioekonomi, corak

interaksi, dan komunikasi ke atas pembelajaran.

Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua

merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka

membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan

majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk meningkatkan

kemahiran membaca anak-anak.

Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca

kanak-kanak. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi

membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya

gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca.

Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi

kemahiran membaca murid, termasuklah :

a.            Pemilihan bahan

b.            Jenis soalan yang ditanya

c.            Jenis maklum balas yang diberi

d.            Suasana pembelajaran

e.            Dorongan

f.             Pengukuhan yang digunakan.

Page 13: Konsep kemahiran membaca

  Budaya

Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan

oleh kumpulan budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti

membaca, dan sebagainya.

Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat

mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan

oleh setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari

pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru mengalakkan murid

membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh

mempengaruhi kemahiran membaca murid.

Sosioekonomi

Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa.

Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak

termasuklah kemahiran membaca mereka.

Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan

kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca

anak mereka. Misalnya, memberi tuisyen, membeli buku rujukan, membeli

alat elektronik yang mengajar pembacaan, prasarana dan suasana yang

selesa untuk membaca, dan seumpamanya. Semua ini dapat

meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2011/11/kemahiran-membaca.html

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh

Page 14: Konsep kemahiran membaca

penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Takrif Membaca

Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Menurut kamus Dewan edisi Empat, ’baca’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tersebut.

Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

Mengikut Solâh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh itu,kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek kefahaman bahasa.

Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang

Page 15: Konsep kemahiran membaca

dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

http://upsid048413.blogspot.com/2013/04/definisi-dan-konsepmembaca-kemahiran.html