KONSEP Murid Berkeperluan Khas

18
KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PENGAJARAN KANAKKANAK KHAS Pengajaran adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang guru bertujuan untuk memahirkanatau bagi memahamkan mereka yang diajar. Sesuatu sesi pengajaran dikatakan berkesanapabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut telah menguasai isi kandungan pengajaranyang disampaikan, atau apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut berjayamemperolehi kemahiran yang diajar. Bagi mencapai tujuan tersebut ia itu untuk menghasilkansatu sesi pengajaran yang berkesan seorang guru itu perlu meneliti dan memberi perhatianterhadap strategi pengajaran, kaedah serta teknikteknik pengajaran. Strategi dan Pendekatan Pengajaran Setiap pendekatan pengajaran disandarkan kepada model teoritikal tentang pendidikankhas. Justeru setiap model mempunyai pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaranyang berbeza bergantung kepada model teoritikal yang dirujuk. Pendekatan pengajaranmerujuk kepada bagaimana seseorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakandan mengakhiri pengajarannya. Ia amat bergantung kepada Apabila andadipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak khas,bagaimanakah reaksi anda?Adakah anda merasakan bahawa anda sudah bersedia dengan ilmu pengetahuan sertakemahiran untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Anda seharusnya berupaya merancangpengajaran untuk kanak-kanak tersebut. Bagaimana pula cara pengajaran yang harusdilakukan? Disamping itu anda juga ingin mengetahui teknik-teknik khusus dalam sesipengajaran kanak-kanak khas. Pernahkah anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaranyang sangat bermakna bagi anda? Pengajaran tersebut telah membuatkan anda faham tentangsesuatu konsep baru. Pernahkan anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaran yangtelah Berjaya menerapkan kemahiran baru pada diri anda? Pernahkah anda terfikir bagaimanakah pengajar berkenaan merancang pengajarannya sehingga ia amat berkesanpada diri anda? Sebaliknya pernahkah anda berpengalaman mengikuti sesi pengajaran yangtidak berkesan pada diri anda? Ini berlaku kerana ia dilakukan tanpa pendekatan dan strategipengajaran yang baik. pandangan serta pegangan guru berkenaan terhadap konsep tentangpelajar berkeperluan khas yang dikaitkan dengan cadangan intervensi pengajaran untukpelajarpelajar tersebut. Kaedah Pengajaran

description

Pendidikan khas kanak-kanak

Transcript of KONSEP Murid Berkeperluan Khas

KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PENGAJARAN KANAKKANAK KHASPengajaran adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang guru bertujuan untuk memahirkanatau bagi memahamkan mereka yang diajar. Sesuatu sesi pengajaran dikatakan berkesanapabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut telah menguasai isi kandungan pengajaranyang disampaikan, atau apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut berjayamemperolehi kemahiran yang diajar. Bagi mencapai tujuan tersebut ia itu untuk menghasilkansatu sesi pengajaran yang berkesan seorang guru itu perlu meneliti dan memberi perhatianterhadap strategi pengajaran, kaedah serta teknikteknik pengajaran.Strategi dan Pendekatan PengajaranSetiap pendekatan pengajaran disandarkan kepada model teoritikal tentang pendidikankhas. Justeru setiap model mempunyai pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaranyang berbeza bergantung kepada model teoritikal yang dirujuk. Pendekatan pengajaranmerujuk kepada bagaimana seseorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakandan mengakhiri pengajarannya. Ia amat bergantung kepada Apabila andadipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak khas,bagaimanakah reaksi anda?Adakah anda merasakan bahawa anda sudah bersedia dengan ilmu pengetahuan sertakemahiran untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Anda seharusnya berupaya merancangpengajaran untuk kanak-kanak tersebut. Bagaimana pula cara pengajaran yang harusdilakukan? Disamping itu anda juga ingin mengetahui teknik-teknik khusus dalam sesipengajaran kanak-kanak khas. Pernahkah anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaranyang sangat bermakna bagi anda? Pengajaran tersebut telah membuatkan anda faham tentangsesuatu konsep baru. Pernahkan anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaran yangtelah Berjaya menerapkan kemahiran baru pada diri anda? Pernahkah anda terfikir bagaimanakah pengajar berkenaan merancang pengajarannya sehingga ia amat berkesanpada diri anda? Sebaliknya pernahkah anda berpengalaman mengikuti sesi pengajaran yangtidak berkesan pada diri anda? Ini berlaku kerana ia dilakukan tanpa pendekatan dan strategipengajaran yang baik. pandangan serta pegangan guru berkenaan terhadap konsep tentangpelajar berkeperluan khas yang dikaitkan dengan cadangan intervensi pengajaran untukpelajarpelajar tersebut.Kaedah PengajaranKaedah pengajaran merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai.Kaedah ini dirumus dari teori dan prinsip yang digunakan untuk mengurus amalan dalam bilikdarjah. Perancangan merujuk kepada kawalan guru terhadap urutan pelaksanaan prosespengajaran yang akan dilaksanakan. Kaedah pengajaran memberi perhatian khusus terhadaplangkah-langkah pada prosedur yang diperlukan dalam aktiviti pengajaran.Strategi PengajaranStrategi pengajaran merupakan cabang kepada kaedah pengajaran. Ia merujuk kepadaperancangan operasi pengajaran yang khusus dan digunapakai oleh guru. Strategimencorakkan aktiviti pengajaran guru dalam bilik darjah. Strategi pengajaran merupakanperancangan-perancangan kecil yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Contohstrategi: Pelajar di bawa ke dalam bilik sensori dan perancangan pengajaran berkisar di sekitar penggunaan kemudahan dalam bilik ini.Teknik Pengajaran

Model PerkembanganModel perkembangan berpendirian bahawa pertumbuhan secara biologikal merupakanfaktor utama yang mengawal perkembangan kognitif dan perkembangan sosial kanakkanakserta remaja. Hampir setiap kanak-kanak atau remaja akan melalui tahap perkembangantertentu sehingga matang. Faktor biologikal menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanakdisamping faktor persekitaran. Model ini mengandaikan bahawa kanak-kanak berkeperluankhas turut melalui tahap-tahap perkembangan seperti kanak-kanak lain, namun pada kadar yang perlahan berbanding kanak-kanak lain. Turut dipaparkan ialah kanak-kanak yangmempunyai ketidakupayaan yang berbeza mendapat kesan yang berbeza dari perkembanganyang tidak normal ini. Justeru tugas pendidik ialah untuk mengenalpasti tahap perkembanganpelajar-pelajarnya dalam aspek intelektual, fizikal, sosial dan emosional. Guru seterusnyamembina kaedah pengajaran bagi menyesuaikan kaedah tersebut dengan tahap-tahapperkembangan pelajar dalam aspek-aspek yang telah dikenalpasti. Penyokong model ini kurangyakin terhadap intervensi pendidikan yang dikatakan mampu mengubah corak perkembangankanakkanak. Ini kerana bagi mereka pengalaman secara semulajadi dalam persekitaran yangceria dan kondusif adalah lebih penting dan berguna. Model ini berteraskan fahamandevelopmentalis yang amat mementingkan intervensi dalam bentuk rawatan pendidikan dalampersekitaran semula jadi yang selamat dari gangguan yang bersifat intrusif. Kritikan diberikepada pendidik yang cuba melatih pelajar mencapai tahap yang lebih tinggi dari tahapperkembangan pelajar terbabit. Pendidik yang berpegang kepada model ini amatmementingkan pendekatan pengajaran secara bertahap. Pelajar diajar dan dilatih dengankemahiran asas sebelum boleh diberi pengajaran yang lebih tinggi. Pelajar yang bermasalahdan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di dalam bilik darjah, perlu diasingkandari pelajar-pelajar lain. Mereka dicadangkan agar diletakkan di dalam persekitaran lain yanglebih natural agar Pernahkah anda menyaksikan seorang kanak-kanak pada awal usianya tidakseperti kawan-kawannya yang jauh lebih kehadapan dalam perkembangan, namun setelahmasa berlalu, kanak-kanak terbabit berkembang menjadi seperti kanak-kanak lain? Adakahanda percaya bahawa kanak-kanak khas sebenarnya berfungsi pada tahap perkembanganyang jauh lebih muda dari umurnya yang sebenar? Bagaimana pandangan anda tentang kanak-kanak yang sangat berbakat dalam sesuatu bidang sehingga dia seperti individu yang lebihmatang dari usianya yang sebenar? boleh membantu pelajar terbabit berkembang secaraoptimal dan seterusnya mampu menyesuaikan diri dengan baik. Kanak-kanak khas diberilatihan pemprosesan kognitif yang selari dengan teori-teori psikologikal. Pengkritik kepadamodel ini menyatakan bahawa adalah tidak sesuai untuk menurunkan tahap pembelajaranseseorang pelajar itu ke tahap yang begitu rendah dan tidak berkaitan langsung dengankeperluan pembelajarannya masa kini. Model ini juga dikhuatiri menghadkan perkembanganpotensi seseorang individu apabila dia dikehendaki mencapai ke satu tahap yang telahditetapkan sebelum boleh berpindah ke tahap yang lebih tinggi lagi. Justeru bagi kanak-kanakkhas adalah penting dipastikan agar ekspektasi terhadap perkembangan mereka diletakkansecara realistik dan tidak terlalu tinggi.Model BehaviorisPengajaran yang mengambil pendekatan seperti yang dipaparkan di atas merujuk kepadapendekatan pengajaran berasaskan kepada model behavioris. Model ini berpendirian bahawabagi pengajaran kanak-kanak khas adalah penting untuk dianalisis tingkahlaku kanak-kanaktersebut terlebih dahulu sebelum pengajaran dijalankan. Tingkahlaku yang dimaksudkanmerujuk kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta boleh diukur. Guru bertindakmencaturkan peristiwa-peristiwa pada persekitaran pelajar. Ini termasuk usaha merubahpersekitaran sebelum tingkahlaku berlaku atau disebut sebagai antecedent. Selain itu terdapatusaha untuk merubah persekitaran selepas tingkahlaku atau disebut sebagai consequence.

Usaha dilakukan untuk merekod dan memaparkan data yang diambil. Kanak-kanak yangbermasalah dianggap mempunyai skema tingkahlaku yang tidak sesuai. Tingkahlaku tersebutboleh jadi terlebih atau boleh jadi juga berkurangan dari yang sepatutnya. Seorang kanak-kanakkhas yang kerap menjerit tanpa seb arang sebab dikatakan mempunyai lebihan tingkahlaku dariapa yang sepatutnya. Sebaliknya seorang kanak-kanak khas yang tidak mahu bercakapdengan dikatakan mempunyai kekurangan tingkahlaku. Guru bertanggungjawab untuk merubahpersekitaran sebelum atau persekitaran selepas tingkahlaku bagi tujuan untuk mencapaitingkahlaku sasaran. Model behaviorisma ini mempengaruhi beberapa kaedah pendekatanpendidikan khas. Antaranya ialah strategi kawalan rangsangan sebelum tingkahlaku, strategipengurusan kontigensi selepas tingkahlaku, pengajaran tepat, pembelajaran masteri,pengajaran terus dan pengajaran berentukan komputer. Semua kaedah tersebut mengaplikasiprinsip kawalan tingkahlaku. Strategi kawalan rangsangan menumpukan kepada kepentinganuntuk memberi kiu atau prom bagi melahirkan tingkahlaku yang diharapkan. Tumpuan di siniialah untuk mencari kiu dan prom yang tepat bagi tujuan mengubah tingkahlaku Pernahkananda melihat seorang guru mendidik pelajarnya dengan menggunakan strategi ganjaransehingga pelajar tersebut berjaya melakukan sesuatu yang sebelum ini dia tidak mampumelakukannya? Adakah anda sendiri pernah menahan seseorang dari mendapat sesuatu yangdikehendakinya sebelum dia berhenti melakukan perkara yang anda mahu dia berhentilakukannya? seperti yang diharapkan. Strategi pengurusan kontigensi memberi tumpuanterhadap sistem ganjaran yang digunakan bagi tujuan untuk mengubah tingkahlaku. Pengajarantepat menitikberatkan pengukuran serta pemaparan ukuran tingkahlaku bagi tujuanpemantauan progres pembelajaran. Sesi pendekatan pembelajaran masteri adalah sangatberstruktur. Strategi tersebut mencerakinkan pengajaran kepada banyak tahap yang kecilyang perlu dikuasai oleh pelajar satu demi satu. Pengajaran terus memberi tumpuan terhadapperancangan pengajaran yang tersusun yang mengintegrasikan prom, kiu serta ganjaran dalamsesi pengajaran. Pengajaran berasaskan komputer menggunakan rangsangan serta kiu padaskrin komputer untuk memberi maklum balas kepada pelajar tentang respon mereka, sama adasalah atau betul bagi tujuan untuk mengawal tingkahlaku pelajar Model behavioris ini dikatakanmenjadikan pelajar seperti robot yang bertindak tanpa bantuan kognitif tetapi hanya secaramekanistik. Namun pelajar-pelajar khas yang diajar bukanlah benda tetapi merupakan insanyang perlu dipertanggungjawabkan atas segala tindak tanduknya. Kaedah behaviorisma tidaklangsung merujuk kepada unsur-unsur pemprosesan mental contohnya seperti ingatan yangterlibat dalam menerangkan sesuautu pembelajaran. Justeru, model ini dikatakan tidak mampumenerangkan keadaan kanak-kanak yang tidak bertutur dan keadaan kanak-kanak yangmempunyai kekurangan kognitif seperti mudah lupa, gagal memaham konsep dan sebagainya.Namun model behaviorisma sangat berkesan untuk perubahan tingkahlaku dan untuk latihankhususnya kepada pelajar-pelajar khas.Model Kognitif Model yang memberi fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang dinamakan modelkognitif. Ini berlawanan dengan model behavioris yang berfokuskan kepada keadaan eksternalseseorang. Manusia akan sentiasa cuba memahami persekitaran dan tidak hanya bertindakpasif dalam persekitaran tersebut. Teori kognitif cuba menerangkan bagaimana otakmemproses maklumat dan menjadikannya bermakna. Setiap satu proses kognitif tersebutdikenali dengan nama yang khusus sesuai dengan kefungsian masing-masing. Proses-prosestersebut ialah perhatian, pengamatan, ingatan, mengkonsepsi, pemahaman, penaakulan,penyelesaian masalah, dan membuat keputusan. Terdapat banyak teori kognitif yang berbezadalam menerangkan proses yang berlaku. Salah satu teori yang popular ialah teoripemprosesan maklumat. Teori ini cuba menerangkan bagaimana input sensori diberipengamatan, ditransformasi, dikecilkan, dibesarkan, disimpan, dicari dan diguna semula.Pemprosesan kognitif dikatakan sangat interaktif dan dikawal oleh kefungsian eksekutif yang bertanggungjawab melakukan Pernahkah anda perhatikan terdapat pelajar yang sangat mudahlupa? Mereka hanya ingat apa yang baru dipelajari sebaliknya mereka lupa apa yang telah lamadi pelajari. Dalam pada itu ada pula pelajar yang sangat baik ingatannya. Ia seperti kameramengambil gambar semua maklumat dapat diserap dengan tepat. Adakah anda yakin bahawalatihan yang diperolehi dalam permainan berstrategi seperti catur dan seumpamanya akanmembuatkan seseorang itu lebih baik dalam pembelajarannya? perancangan, koordinasi,pemantauan dan penilaian keatas sebarang perancangan tindakan. Menurut teori ini individuyang bermasalah dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh kekurangan dalampemprosesan-pemprosesan tersebut. Model kognitif mengambil pendekatan pengajaran secaralatihan kognitif dan meta kognitif. Latihan kognitif memberi perhatian terhadap kemahiranberfikir. Kaedah-kaedah pengajaran dalam model ini mempunyai matlamat untuk merubahkefungsian kognitif dan kemahiran berfikir kanak-kanak khas bagi memberi peluang kepadamereka memproses maklumat dengan lebih berkesan. Model ini juga mempengaruhi kaedahlatihan kemahiran proses. Pendekatan yang diambil oleh model ini ialah memulihkan proseskognitif pelajar dan bukan memulihkan pelajar secara biologikal. Kritik terhadap model inimenyatakan bahawa hanya sedikit sahaja kajian yang menyokong ketepatan teori yangdikemukakan. Tidak banyak boleh dibuktikan tentang keajaiban latihan kognitif yang mampumemperbaiki keadaan kanak-kanak khas. Namun dalam pada itu terdapat usaha-usaha yangcuba menggabungkan pendekatan kognitif dalam model mereka. Contohnya modelbehaviorisma telah menggabungkan pendekatannya dengan pendekatan model kognitif dalamkaedah modifikasi tingkahlaku kognitif. Walaupun kaedah ini berfokuskan kepada perubahantingkahlaku namun ia menggunakan latihan mental untuk menjayakan perubahan tersebut.Model Humanistik Model ini menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh dan secarasepenuhnya. Asas kepada model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insanuntuk mencapai jati diri masing-masing. Ini merujuk kepada kecenderungan seseorang untukmembentuk dirinya menjadi sebagai seorang yang dicita-citakan walaupun dia terpaksamelakukan perkara-perkara yang mencabar. Model ini menyokong dan menitikberatkanmatlamat pendidikan agar memberikan kepada pelajar lebih tanggung jawab untuk menjadilebih terarah dalam proses pembelajaran mereka, justeru menjadi lebih berdikari. Pendidikbertanggungjawab untuk membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensimereka, justeru guru menguruskan persekitaran pelajar agar pelajar didedahkan kepadapersekitaran yang bermakna. Pelajar dengan sendirinya akan teruja untuk belajar, berkeinginanuntuk meneroka, berharap untuk menguasai, dan berkeinginan untuk mencipta. Pendekatanhumanistik menyuburi pertumbuhan bebas dan melindungi kanak-kanak khas daripada tekananyang berlebihan dari ibu bapa dan dari masyarakat. Objektif sosio emosi diberikan keutamaanberbanding objektif akademik. Adalah diyakini bahawa dalam situasi pembelajaran yang sesuai,iaitu Adakah anda belajar sebagai satu usaha untuk menambahkan pendapatan keluargaatau hanya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri? Adakah anda merasakan bahawaanda ini sebenarnya lebih berpotensi dari apa yang mampu anda capai setakat ini?Bagaimanakah pendapat anda tentang seorang pelajar yang boleh belajar dengan baik danmendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, namun dia tidak matang dalampergaulan sosialnya? dalam suasana emosi bersama suasana sosial yang sihat, pencapaianakademik adalah lebih baik kerana pembelajaran adalah terarah secara kendiri lagi bermakna.Faktor peribadi dan faktor sosial adalah amat penting dalam menentukan perkembangankanak-kanak secara menyeluruh. Dikatakan keperluan peribadi dan keperluan sosialpelajar tersebut sering diabaikan dalam konteks pembelajaran di sekolah. Menurut teori iniperkara-perkara yang berkaitan dengan esteem kendiri dan nilai diri perlu di beri perhatianterlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah. Pendidik seterusnya perlu memberi perhatian terhadap suasana dan Konsep integrasi merupakan isu yang kritikal dan menjadi tumpuan perbahasan tentangpelaksanaan pendidikan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Konsep integrasitelah disalah tafsirkan oleh banyak pihak kerana tiada kefahaman atau masih samar tentang konsep tersebut. Pihak kerajaan perlu menyediakan berbagai polisi secara terperincitentang konsep integrasi supaya semua pihak dapat memahaminya. Garis panduan untukmenyelesaikan isu-isu berkaitan integrasi seperti penempatan pelajar berkeperluan khas,penerimaan perkhidmatan pendidikan dan latihan untuk melatih professional perludisediakan.nDi Amerika Syarikat, masalah berkaitan dengan pelaksanaan polisi integrasimenjadi tumpuan kepada para pendidik selama beberapa dekad. Dalam tahun 1970-an,kerajaan Amerika Syarikat telah menyediakan dana untuk menyokong pelaksanaan programintegrasi dalam persekitaran yang tiada batasan. Langkah tersebut telah Berjayamenyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan integrasi. Bahagian ini mengandungi erbincangantentang kaedah pengajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas, definisi yang berkaitandengan konsep integrasi dan pelaksanaan integrasi.KAEDAH PENGAJARANSekiranya anda ditempatkan di dalam bilik darjah bersama-sama dengan rakan anda yangkurang upaya, apakah reaksi anda terhadap rakan tersebut? Bagaimanakah anda dapatmembantu rakan anda tersebut dalam pembelajaran? Adakah anda tahu bagaimana untukmembantu dan bekerjasama dengan rakan anda itu? Terdapat beberapa kaedah pengajaranyang sering digunakan dalam pengajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Setiap kaedahyang digunakan adalah menggambarkan satu atau lebih pendekatan teorikal seperti berikut: Analisis tingkahlaku Pengurusan kontigensi/Pengajaran luar jangkaan Kawalan ransangan Pembelajaran masteri dan pembelajaran secara langsung Model dan latihan kemahiran sosial Proses latihan Latihan kognitif dan metakognitif Tutor rakan sebaya Pembelajaran koperatif Penggunaan computer Sebahagian daripada kaedah pengajaran tersebut lebih berpengaruh pada masa lampauberbanding pada masa sekarang. Sebahagiannya pula telah dibuat penyesuaian untukmeneruskan prosedur penggunaannya. Namum begitu kesemua kaedah berpotensi untukmeningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas.Amalan Masa KiniBeberapa persoalan harus dijawab apabila memilih kaedah pengajaran yang sesuai untukpelajar berkeperluan khas. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi dalammenyediakan sumber yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas? Apakah ciriciribagi kaedah yang digunakan? Soalan-soalan tersebut merupakan rangka kerja untukmenganalisis amalan semasa dan kaedah pengajaran yang digunakan. Guru-guru di sekolah-sekolah biasa sering menggunakan kaedah yang terbukti member faedah kepada kedua-duakumpulan pelajar iaitu pelajar pendidikan khas dan pelajar normal dalam kelas-kelas biasa.Guru pada umumnya mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah yang

membolehkan pelajar biasa dan pelajar berkeperluan khas bekerjasama dalam waktupengajaran yang sama atas sebab-sebab berikut:Kanak-kanak berkeperluan khas tidak akan merasa berbeza dengan rakan sebayamereka yang normal. Supaya proses pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan tanpa pembaziransumber yang ada. Sekiranya guru perlu mengekalkan beberapa kaedah pengajaran, masadan usaha tambahan diperlukan. Pendekatan pengajaran yang baik dalam pelbagaikeadaan adalah dengan menggunakan satu kaedah dan diadaptasikan di mana perlu untukmenyesuaikan kepelbagaian keperluan pelajar dalam bilik darjah. Nilai pendekatan umumyang digunakan mestilah tidak dipinggirkan terutama apabila terdapat keperluan untukmembantu pembelajaran pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Berikut ialahcontoh-contoh di mana pemilihan kaedah-kaedah pengajaran digunakan bagi pelajar berkeperluan khas dan pelajar biasa mengikut situasi-situasi yang bersesuaian. Banyak kaedah yang digunakan dalam kelas biasa tidak berkesan untuk pelajar khas. Matlamat pembelajaran biasanya menentukan kaedah yang terbaik untuk pelajar berkeperluan khas. Kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas kadang-kadang sangat berkesanuntuk pelajar biasa sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas menetapkan prinsip dimana kejayaan merupakan pembolehubah yang sangat kritikal dalam pembelajaran. Sebahagian kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas adalah sama dari segiisi kandungan dan aplikasi.Tidak ada satu kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas terbukti dapatmengatasi kesemua masalah-masalah dalam pendidikan khas. Kekangan masa dan kekurangan sumber mempengaruhi keputusan yang dibuatoleh guru dalam melaksanakan sesuatu kaedah. Sebahagian daripada kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas tidak pernahdibuat penilaian. Dalam kebanyakan kes, bukan kaedah yang perlu diubahsuai tetapi isi kandunganmata pelajaran perlu diubahsuai untuk memenuhi kehendak pelajar berkeperluankhas. Tanggungjawab untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dalam pendidikankhas perlukan percubaan-percubaan (trial and error ). Kesemua kaedah memerlukan komitmen guru yang tinggi untuk meningkatkankemahiran dan keupayan pelajar berkeperluan khas. Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas memerlukan kurikulumtambahan. Pendidikan khas memerlukan staf sokongan. Keberkesanan Kaedah PengajaranKeberkesanan kaedah pengajaran boleh diukur melalui proses analisis meta. Analisismeta ialah analisis statistik dalam jumlah yang besar terhadap kajian-kajian individu yangbertujuan untuk mengintegrasikan dapatan-dapatan kajian individu tersebut (Kulik & Kulik,1984). Prosedur ini membolehkan pengiraan purata terhadap hasil pembelajran bagikaedah pengajaran yang digunakan. Analisis hasil pembelajaran menghasilkan kesan saiz(iaitu perbandingan min antara dua kumpulan) yang dianggarkan memberi kesan kepadakaedah pengajaran yang digunakan dibandingkan dengan kaedah pengajaran yangdikawal. Pengajaran secara individu dan pengajaran yang diubahsuai adalah dua kaedahpengajaran yang sering digunakan dalam pendidikan khas.Penilaian Kaedah PengajaranKesemua kaedah pengajaran yang digunakan dalam pendidikan khas perlu dinilai. Penilaianmengambil kira bagaimana kaedah tersebut dilaksanakan, keberkesanan, pengekalan, umumdan berlakunya pemindahan ilmu. Kriteria ini menyediakan garis panduan untuk menilai kaedahpengajaran yang digunakan.Keberkesanan. Menekankan amalan menggunakan kaedah pengajaran seperti mana yangdikehendaki. Adakah kaedah yang digunakan mudah dilaksanakan? Bolehkah kaedah tersebutdilaksanakan dalam bilik darjah biasa? Adakah alat bantu yang sedia ada boleh digunakan?Adakah sumber yang ada dapat digunakan? Pengekalan. Merujuk kepada hasil pembelajaran yang dapat dikekalkan bagi jangka masayang panjang. Umum. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran itu dapat digunakan di luar bilikdarjah. Pemindahan. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran disesuaikan dalambidang-bidang lain, domain dan tempat-tempat lain.KONSEP-KONSEP ASAS DALAM INTEGRASINormalisasiKonsep yang sangat unik kerana mempunyai kaitan dengan kerangka sosiologi.Normalisasi merujuk kepada pendekatan yang berkait rapat dengan budaya. Ini adalahkerana kita ingin mengekalkan tingkahlaku dan ciri-ciri individu yang berkaitan dengan nilaibudaya individu sebaik mungkin. Prinsip normalisasi adalah bertujuan memberi hakkepada individu kurang upaya supaya kehidupan mereka tidak terbatas. Normalisasi jugamemberi hak keadilan, tolak ansur dan penerimaan masyarakat terhadap individu kurangupaya. Prinsip normalisasi ini berasaskan prinsip etika kerana individu kurang upayamempunyai hak untuk dihormati seperti mana individu lain. Proses normalisasi adalahberbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Semua budaya mempunyainormanormanya tersendiri dan orang kurang upaya akan menyesuaikan diri dengan normasosial masyarakat yang berlainan dengan cara yang berbeza. Polisi yang terhasil daripadakonsep normalisasi akan digunakan untuk mengalakkan orang kurang upaya untuk mengambilbahagian sepenuhnya dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat. Seterusnya dapatmenyumbang kepada kebajikan masyarakat. Normalisasi juga adalah untuk mengelakkanstigma ketidakupayaan pada individu kurang upaya. Tujuan normalisasi adalah untukmeningkatkan peluang-peluang penyesuaian yang sihat dalam masyarakat oleh individu yangkurang upaya.Aliran PerdanaAliran perdana adalah polisi pendidikan dalam penempatan pelajar dalam sekolah biasa.Aliran perdana melibatkan penempatan pelajar kurang upaya daripada program pendidikanyang terasing atau kelas-kelas khas ke dalam sekolah-sekolah biasa. Penempatan pelajar dalam aliran perdana dapat mengelakkan pengasingan. Namun begitu konsep ini lebih merujukkepada penempatan pelajar secara fizikal di sekolahsekolah biasa. Mengikut Kaufman (1975),aliran perdana merujuk kepada penempatan sementara integrasi sosial hak kanak-kanakkurang upaya dengan rakan sebaya yang normal. Penempatan ini berdasarkan kepadakeperluan semasa individu mengikut perancangan pendidikan yang sama yang telah ditetapkanoleh pihak kerajaan serta memerlukan tanggung jawab bersama di antara pentadbir dan pihak-pihak yang berkaitan. Mengikut definisi ini, proses arus perdana melibatkan lebih daripadapenempatan fizikal dalam kelas biasa. Pembentukan hubungan sosial yang positif di antarakanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak biasa adalah hasil yang diharapkan daripadaproses aliran perdana. Program yang dilaksanakan untuk kanak-kanak biasa dan kanak-kanakkurang upaya merupakan tunjang kepada kejayaan aliran perdana. Penempatan kanakkanakkurang upaya dalam pendidikan aliran perdana melibatkan masa yang berbeza di antara kanak-kanak tersebut. Ada yang ditempatkan sepanjang hari persekolahannya dan ada yangditempatkan sebahagian daripada masa persekolahan mereka di kelas-kelas dalam aliranperdana. Ini berkait rapat dengan pandangan bahawa bukan semua kanakkanak kurang upayasesuai untuk aliran perdana terutamanya yang mengalami kecacatan serius. Mereka akanmendapat faedah yang lebih baik sekiranya ditempatkan di program luar daripada aliranperdana. Definisi ini juga merujuk kepada keperluan penilaian kanakkanak kurang upaya dankeperluan perancangan koloboratif dalam menentukan matlamat aliran perdana dicapai.Birch (1978), memberikan definisi yang menunjukkan perbezaan pendapat tentang prosesaliran perdana. Mengikut Birch, aliran perdana bermaksud kanak-kanak kurang upayamendaftarkan diri di sekolah biasa. Kanak-kanak kurang upaya tersebut akan diajar dalamkelas biasa untuk sebahagian besar hari persekolahan dibawah kendalian guru kelasbiasa. Ini adalah untuk menjamin kanak-kanak ini mendapat pendidikan khas yangberkualiti yang diperlukan pada ketika itu dan pada masa-masa akan datang. Kenyataanini menekankan kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepadakanak-kanak kurang upaya dan integrasi di dalam kelas biasa. Definisi oleh Birch jugamenekan supaya keperluan kanak-kanak kurang upaya mendapat penempatan danmenerima perkhidmatan pendidikan. Johnson & Johnson (1980), memberikan definisi yangmenekankan tentang nilai kepada batasan yang kurang menghadkan kepada semua kanak-kanak kurang upaya. Aliran perdana juga bermaksud memberi kemudahan yang bersesuaiankepada kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan dalam alternatif yang tiada batasanberdasarkan program pendidikan secara individu. Selain itu pendidikan aliran perdana jugamelibatkan prosedur kawalan keselamatan dan penglibatan ibu bapa dengan matlamat untukmenyediakan kemudahan interaksi yang membina dengan kanak-kanak biasa.Konsep alternatif yang kurang menghadkan merujuk kepada kanak-kanak kurang upaya diberi pendidikan yanglebih mencabar tanpa halangan atau sempadan fizikal dan pendidikan yang akan menyekatkemajuan pelajar dalam program pendidikan. Kepentingan penglibatan ibu bapa dankemudahan pendidikan secara individu juga diberi penekanan dalam definisi ini.Prinsip Persekitaran yang Kurang MenghadkanKonsep aliran perdana mempunyai persamaan dengan konsep persekitaran yang tiada batasan pada prinsipnya. Kedua-dua maksud digunakan dalam isu-isu yang sama tetapipenekanan yang berbeza dalam aspek penempatan pelajar dan penyediaan perkhidmatansokongan.Definisi persekitaran yang kurang menghadkan yang diberikan oleh Konsul Amerikauntuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ialah kanak-kanak perlu diberi pendidikan dalampersekitaran tanpa batasan di mana keperluan pendidikan perlu disediakan denganmemuaskan. Konsep ini memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak berkeperluan khasbahawa mereka mempunyai keperluan pendidikan yang begitu meluas dan berubah-ubahmengikut peredaran masa. Pendidikan yang berterusan yang memerlukan masa danbersesuaian dengan keperluan individu pelajar supaya dapat memaksimumkan pencapaianmereka. Kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu perlu dididik bersamasama dengan kanak-kanak yang lain. Kelas-kelas khas, sekolah yang berasingan atau penarikan pelajar berkeperluan khas hanya berlaku apabila kemahuan pelajar tidak dapat dipenuhi disebabkankeperluan dan persekitaran yang disediakan tidak memuaskan. Kenyataan di atas memberipenekanan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu ditempatkan diprogram-programpendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan yang asas, memberi ransangan yangmaksima serta cabaran-cabaran yang sesuai dengan keupayaan dan kemahiran mereka.Persekitaran yang kurang menghadkan ini membolehkan kanak-kanak berkeperluan khasbekerjasama dengan rakan sebaya mereka yang normal dalam kelas biasa. Tahap kerjasamaantara kanak-kanak biasa dengan kanak-kanak berkeperluan khas ditentukan oleh keperluanindividu.KONSEP INTEGRASIIntegrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengankanak-kanak biasa. Ini berdasarkan kepada prinsip bahawa kanak-kanak berkeperluankhas perlu berkongsi peluang-peluang pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanakyang lain (Williams, 1988). Menurut Jenkinson (1987) pula, integrasi ialah menyediakanpendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Laporan Warnock(1978), telah membahagikan integrasi kepada tiga jenis: Lokasi. Kanak-kanak berkeperluan khas diberi pendidikan di sekolah-sekolah di dalamkawasan yang sama dengan sekolah-sekolah biasa tetapi berasingan unit atau sekolah. Bagikebanyakan kes, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hubungan sosial yang terbatasdengan kanak-kanak biasa seperti berkongsi menggunakan padang permainan. Sosial. Penempatan pelajar di sekolah-sekolah di mana hubungan sosial yang biasaberlaku. Misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolahwalaupun pendidikan formal berlaku ditempat-tempat yang berasingan. Kefungsian. Kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa danmengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang lain, berkongsi kemudahan yangdisediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviiti sekolah. Untuk menjayakanintegrasi, pendekatan positif yang memihak kepada kanak-kanak berkeperluan khas diperlukan.Ibu bapa perlu bersetuju tentang penempatan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yangtelah ditetapkan. Keputusan untuk mengintegrasikan pelajar perlukan kepastian dari segikemampuan untuk melaksanakannya. Selain itu amalan integrasi yang dilaksanakan mestilahdapat menghasilkan pendidikan yang berkesan dan tidak melibatkan kos yang tinggi (Williams,1988).2.3.2 Bentuk-bentuk Polisi Integrasi

Penilaian ke atas keperluan individu dan keperluan pembelajaran. Merupakan langkahpertama ke arah integrasi. Pelaksanaan pendidikan dalam arus perdana yang berdasarkankepada penilaian terhadap keperluan pendidikan secara individu akan menentukan bentukperancangan dan program bagi personal pendidikan khas dan kelas biasa. Penilaian terhadapkeperluan individu perlu dilakukan sebelum penempatan dan perancangan sesuatu programdibuat. Penilaian dijalankan berdasarkan maklum balas daripada pelbagai sumber termasuk ibubapa, guru, ahli psikologi, guru pendidikan khas dan juga pentadbir. Penempatan di kelas-kelas biasa. Kebanyakan program integrasi dalah bertujuan untukmenyokong penempatan pelajar kurang upaya ke dalam kelas-kelas biasa atau sekolah biasasamada secara sepenuh masa atau separuh masa. Program integrasi juga bertujuan untukmeningkatkan jumlah pelajar kurang upaya di dalam kelas-kelas biasa. Selain itu, galakan perludiberi supaya integrasi sepenuhnya diamalkan. Penyediaan pelbagai perkhidmatan dan program pendidikan. Kebanyakan polisi integrasimengutarakan pemasalahan tentang penyediaan pengajaran yang bersesuaian dengankeperluan pelajar berkeperluan khas yang berbagai. Pentadbir perlu menyediakanperkhidmatan pendidikan khas di beberapa seting seperti di hospital, pusat-pusat pemulihan,sekolah khas, kelas-kelas khas di sekolah biasa, bilik sumber dan kelas-kelas biasa. Inidisebabkan perbezaan keperluan pelajar berkeperluan khas dimana perkhidmatan yang sesuaidiperlukan dalam masa yang berbeza, kumpulan pelajar yang berbeza dan sentiasa berubah. Penyediaan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bersesuaian. Integrasi memerlukanperkhidmatan pendidikan yang berkualiti seperti mana yang disediakan untuk pelajar lain dikelas-kelas biasa. Kemudahan yang disediakan mestilah sesuai dengan keupayaan kanak-kanak tersebut. Kakitangan yang terlatih dalam pendidikan khas diperlukan dalam pelaksanaanintegrasi. Guru-guru biasa juga perlu prihatin terhadap keperluan pelajar berkeperluan khas. Sokongan oleh personal dan profesional terhadap hak pelajar berkeperluan khas dan ibubapa. Integrasi memerlukan sokongan daripada personal, guru-guru, rakan sebaya danmasyarakat. Ibu bapa memerlukan sokongan profesional terutama daripada mereka yangmempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Para profesional perlubersikap positif dan menerima. Guru perlu bertanggung jawab dan sentiasa mengambil beratterhadap pelajar kurang upaya. Pelajar biasa Jenis Integrasi Lokasi Kefungsian Sosialperlu membantu pelajar berkeperluan khas secara aktif menyesuaikan diri dengan kelas biasa.Sokongan daripada ibu bapa pelajar biasa kepada anak-anak mereka diperlukan kerana anakmereka akan sentiasa berhubung dengan kanak-kanak berkeperluan khas.Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Program IntegrasiFaktor Kanak-kanak Tahap penyesuaian tingkahlaku dan kemahiran bersosial Tahap keupayan kognitif Kemahiran akademik Kesediaan untuk terlibat dalam program integrasiFaktor Rakan Sebaya Sikap rakan sebaya dalam kelas biasa Kesedan pelajar biasa untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak berkeperluan khas