Modul Pengajaran Kemahiran Membaca (3)

download Modul Pengajaran Kemahiran Membaca (3)

If you can't read please download the document

description

Bahasa melayu

Transcript of Modul Pengajaran Kemahiran Membaca (3)

  • 0 | P a g e

    PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

    KRB 3013: PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

    TAJUK ESEI ILMIAH

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK

    AINI BIN KIFLI D20112053661

    KUMPULAN UPSI18(A132PJJ)

    PUSAT PEMBELAJARAN: EL-Q01(A122PJJ)

    NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.DAHLIA BT JANAN

    TARIKH SERAH: 8 APRIL 2014

    i. Modul Pengajaran Kemahiran Membaca

    ii. Penilaian Membaca Berasaskan PBS

    PEMARKAHAN

  • 1 | P a g e

    Kandungan Halaman

    Modul Pengajaran Kemahiran Membaca

    1.0 Pengenalan 1

    2.0 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 1

    2.1 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 1 1 - 4

    2.2 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 2 4 - 7

    2.3 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 3 7 10

    Penilaian Membaca Berasaskan PBS

    1.0 Pengenalan 11

    2.0 Kemahiran Membaca 11 - 12

    3.0 Objektif Kemahiran Membaca 12

    4.0 Penilaian Membaca berasaskan PBS 12

    4.1 Pentaksiran Rujukan Standard 12 - 16

    5.0 Penilaian Membaca. 16

    5.1 Pembinaan Instrumen Penilaian Bacaan Mekanis 16 - 17

    5.2 Instrumen Penilaian Bacaan Mekanis 17 - 18

    5.3 Senarai Semak Penilaian Bacaan Mekanis 18

    5.3.1 Sebutan 18 19

    5.3.2 Intonasi 19

    5.3.3 Kelancaran 19 - 20

    5.3.4 Kefasihan 20

    5.4 Skala Kadar 20 - 22

    5.5 Kriteria Penggredan dan Pemarkahan 22 - 24

    6.0 Aktiviti menilai membaca dalam Pengajaran dan Pembelajaran 24 - 26

    7.0 Kesimpulan 27

    Lampiran I 28

    Rujukan

  • 2 | P a g e

    1.0 Pengenalan

    Modul pengajaran bacaan ini bertujuan sebagai panduan guru mengajar mata pelajaran

    Bahasa Melayu. Panduan pengajaran bacaan ini menterjemah dan memperincikan

    kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 (KBSR) iaitu kemahiran

    membaca. Modul ini mengandungi 3 set rancangan pengajaran dan pembelajaran yang

    memfokaskan kemahiran membaca.

    2.0 Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Membaca

    2.1 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 1

    Tema : Kekeluargaan

    Unit : 1. Keluarga Kreatif

    Tajuk : Nenekku Kreatif

    Tahun : 6

    Masa : 0710 pagi 0810 pagi

    Fokus Utama : 5.1.Aras 1 (i) Membaca perkataan, rangkaikata, ayat tunggal dan ayat

    majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

    Fokus Sampingan : 8.1.Aras 1(i) Menulis pelbagai jenis ayat.

    Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

    1.Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

    2. Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk.

    3. Menjawab 4/5 soalan pemahaman dengan ayatbyang lengkap.

    Pengetahuan sedia ada :

    Murid pernah melihat ahli keluarga membuat kraf tangan.

    Sistem Bahasa :

    1. Sebutan dan intonasi

    2. Tatabahasa - Sintaksis : Ayat tunggal dan ayat majmuk

    Pengisian Kurikulum :

    Ilmu : Pendidikan Moral

    Nilai : Kerajinan, Bekerjasama

    Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

  • 3 | P a g e

    KB - Menjana idea, menghubung kait

    KP verbal linguistik

    Interpersonal

    Kontekstual

    Bahan Bantu Mengajar:

    Buku teks Tahun 6

    Lembaran kerja

    Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Catatan

    Set Induksi

    (5 minit)

    Pameran yang

    pernah

    dikunjungi.

    - pameran

    pendidikan

    - pameran

    kesihatan

    1. murid bercerita tentang

    pengalaman berkunjung ke

    sesuatu pamer.

    2.Guru mengaitkan tajuk

    pelajaran.

    KBT:

    Kontekstual

    Nilai:

    Kerajinan

    Langkah 1

    20 minit

    Ke pameran kraf

    tangan

    1.Murid membaca teks

    berkunjung ke pameran kraf

    tangan.

    - Murid membaca senyap untuk

    mengetahui maklumat yang

    terdapat dalan teks.

    - Murid membaca mekanis

    secara individu dengan sebutan

    dan intonasi yang betul.

    - Murid membaca secara kelas

    2. Guru membetulkan

    kesalahan bacaan murid.

    Objektif : 1

    KBT:

    Interpersonal

    Kontekstual

    Nilai:

    Bekerjasama

  • 4 | P a g e

    Langkah 2

    20 minit

    Ayat tunggal dan

    ayat majmuk.

    1.Guru menerangkan ayat

    tunggal dan ayat majmuk

    menggunakan contoh yang

    terdapat dalam teks.

    2.Murid dalam kumpulan

    menyenaraikan 3 ayat tunggal

    dan 3 ayat majmuk yang

    terdapat dalam teks.

    3.Beberapa orang murid dipilih

    untuk membaca ayat tunggal

    dan ayat majmuk dengan

    intonasi dan sebutan yang betul.

    3.Murid menulis 3 ayat tunggal

    dan 3 ayat majmuk dalam

    lembaran kerja.

    Objektif: 1 dan 2

    KBT

    Verbal Linguistik

    Nilai :

    Bekerjasama

    BBM:

    Lembaran kerja

    Langkah 3

    10 Minit

    Menjawab soalan

    pemahaman.

    1.Guru dan murid berbincang

    isi petikan tersebut dan

    membuat rumusan.

    2.Guru mengemukakan soalan

    yang berkaitan dengan teks

    petikan secara lisan.

    3(a).Murid menjawab soalan

    kefahaman secara lisan dan

    bertulis. (Aras Tinggi)

    3(b)Murid menjawab soalan

    kefahaman secara

    Objektif : 3

    KBT:

    Verbal Linguistik

    BBM:

    Lembaran kerja

  • 5 | P a g e

    melengkapkan ayat

    jawapan.(Aras Sederhana)

    3(c)Murid menjawab soalahn

    kefahaman dengan

    memadankan soalan dengan

    jawapan.(Aras Rendah)

    Penutup

    Kognitif

    5 minit

    Pemulihan :

    Pengayaan :

    Menyusun perkataan menjadi

    ayat tunggal.

    Membina ayat majmuk

    gabungan.

    BBM:

    Lembaran kerja

    Refleksi :

    3.0 Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 2

    Tema : Kekeluargaan

    Unit : 2. Datuk Di Ibu Kota

    Tajuk : Hani Berkarya

    Tahun : 6

    Masa : 1030 pagi 1130 pagi

    Fokus Utama : 5.1.Aras 1 (ii) Memahami perkataan, rangkai kata dan ayat yang dibaca.

    6.3. Aras 2 (i) Membaca dan mengecam isi- isi penting daripada pelbagai

    bahan bacaan.

    Fokus Sampingan : 8.1.Aras 2 (i) Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata

    hubung.

    Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

    1. Memberi 8/10 makna perkataan dan frasa yang dicetak berwarna dalam teks.

    2. Menyatakan sekurang-kurangnya 3/5 isi penting yang terdapat dalam teks

    3. Membina 5 ayat majmuk dengan kata hubung yang diberi.

    Pengetahuan sedia ada :

  • 6 | P a g e

    Murid pernah melihat keindahan dan kesibukan Kuala Lumpur menerusi televisyen atau

    mengunjungi bandar yang berdekatan.

    Sistem Bahasa :

    1. Sebutan dan intonasi

    2. Tatabahasa - : Kata Hubung

    - : Kosa kata (bertaraf,aksesori,hartanah,saham,gedung)

    Pengisian Kurikulum :

    Ilmu : Pendidikan Moral

    Nilai : Patriotisme

    Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

    KB - Menjana idea, menghubung kait

    KP verbal linguistik

    Interpersonal

    Kontekstual

    Bahan Bantu Mengajar:

    Buku teks Tahun 6

    Lembaran kerja

    Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Catatan

    Set Induksi

    (3 minit)

    Berkunjung ke

    bandar.

    1.Pernahkah

    kamu

    berkunjung ke

    bandar?

    2.Apakah yang

    kamu lihat di

    bandar?

    1. Murid bercerita tentang

    pengalaman berkunjung ke

    bandar.

    2.Guru mengaitkan tajuk

    pelajaran.

    KBT:

    Kontekstual

    Nilai:

    Kerajinan

    Langkah 1

    20 minit

    Petikan Kuala

    Lumpur Ibu Kota

    Kebangaan Kita.

    1.Murid membaca teks Kuala

    Lumpur Ibu Kota Kebangaan

    Kita.

    Objektif :

    KBT:

    Interpersonal

  • 7 | P a g e

    - senyap

    - individu

    2. Guru membetulkan kesalahan

    bacaan murid.

    Kontekstual

    Nilai:

    Bekerjasama

    Langkah 2

    15 minit

    Memberi makna

    perkataan dan

    frasa.

    Kosa kata;

    bertaraf,

    aksesori,

    hartanah,

    saham,

    gedung

    1.Guru meminta murid

    berbincang dalam kumpulan

    mencari makna perkataan dan

    frasa dicetak berwarna yang

    terdapat dalam teks.

    2.Guru dan murid berbincang

    tentang makna perkataan dan

    frasa yang dikemukakan oleh

    murid.

    3.Murid menulis makna

    perkataan dan frasa dalam

    lembaran kerja.

    Objektif: 1

    KBT

    Verbal Linguistik

    Nilai :

    Bekerjasama

    BBM:

    Lembaran kerja

    Langkah 3

    10 Minit

    Mengecam isi

    penting

    1.Guru dan murid berbincang

    isi petikan tersebut dan

    membuat rumusan.

    2.Murid menyatakan isi- isi

    penting yang terdapat dalam

    teks.

    3.Guru dan murid memurnikan

    isi- isi penting yang terdapat

    dalam petikan.

    Objektif : 2

    KBT:

    Verbal Linguistik

    BBM:

    Lembaran kerja

  • 8 | P a g e

    Langkah 4

    9 minit

    Membina ayat

    majmuk.

    Tetapi

    Lalu

    Sejak

    Agar

    Sementara

    1.Guru bertanya tentang kata

    hubung yang mereka tahu.

    2.Guru memberi penerangan

    tentang kata hubung yang

    disenaraikan.

    3.(a)Murid membina ayat

    majmuk dengan kata hubung

    diberi.(Aras Tinggi)

    3(b) Murid melengkapkan ayat

    majmuk dengan kata hubung

    diberi.(Aras Sederhana)

    3(c)Melengkapkan ayat

    majmuk dengan kata hubung

    diletakkan selepas ayat

    majmuk.(Aras Rendah)

    Objektif: 3

    KBT:

    Menjana idea

    BBM:

    Lembaran kerja

    Penutup

    3 minit

    Rumusan

    (Sosial)

    Guru merumus isi pelajaran dan

    memberi motivasi kepada

    murid yang menunjukkan

    pencapaian baik.

    Refleksi :

    4.0 RancanganPengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Membaca 3

    Tema : Sekolah

    Unit : 3. Sekolahku

    Tajuk : Hari kecemerlangan sekolah

    Tahun : 6

    Masa : 0840 pagi 0940 pagi

    Fokus Utama : 6.5. Aras 1 (i) Membaca dan mencari fakta yang releven dengan

  • 9 | P a g e

    perkara yang dikehendaki dalam teks.

    Fokus Sampingan : 8.1.Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan

    peluasan subjek dan predikat.

    Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

    1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 1 fakta yang relevan dengan perkara yang

    dikehendaki dalam setiap perenggan teks laporan yang dibaca.

    2. Menjawab 4 daripada 5 soalan kefahaman secara lisan.

    3. Menyenarai dan membina 2 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk yang diperluas subjek

    dan predikatnya.

    Pengetahuan sedia ada :

    Murid pernah menyertai dan menyaksikan hari penyampaian sijil dan hadiah di sekolah.

    Sistem Bahasa :

    1. Sebutan dan intonasi

    2. Tatabahasa - : Sintaksis ( Ayat tunggal dan ayat majmuk)

    Pengisian Kurikulum :

    Ilmu : Pendidikan Moral

    Nilai : Kebersihan fizikal dan mental, kerajinan

    Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

    KB Menjana idea, menyenarai,

    KP verbal linguistik

    BCB mencatat nota

    Interpersonal

    Kontekstual

    Bahan Bantu Mengajar:

    Buku teks Tahun 6

    Lembaran kerja

    Carta ayat tunggal dan ayat majmuk peluasan subjek dan predikat

    Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Catatan

    Set Induksi Hari 1. Murid bercerita tentang KBT:

  • 10 | P a g e

    (5 minit) Kecemerlangan

    Sekolah.

    1.Pernahkah

    kamu menyertai

    dan melihat

    majlis

    penyampaian

    hadiah di

    sekolah?

    2.Apakah yang

    aktiviti yang

    kamu lihat di

    majlis itu?

    pengalaman menyertai atau

    melihat majlis penyampaian

    hadiah.

    2.Guru mengaitkan tajuk

    pelajaran.

    Kontekstual

    Nilai:

    Kerajinan

    Langkah 1

    10 minit

    Teks laporan-

    Hari

    Kecemerlangan

    Sekolah

    Kebangsaan Seri

    Kasih.

    1.Murid membaca pantas teks

    laporan.

    - senyap

    2. Guru menyoal murid dengan

    mengemukakan beberapa

    soalan kefahaman?

    Objektif : 2

    KBT:

    Interpersonal

    Kontekstual

    Nilai:

    Bekerjasama

    Langkah 2

    15 minit

    Menyenarai fakta

    utama dalan

    setiap perenggan.

    1.Guru meminta murid

    membaca sekali lagi teks

    laporan dan menulis satu fakta

    utama yang bagi setiap

    perenggan.

    2.Murid melaporkan fakta

    utama terdapat dalam

    perenggan.

    Objektif: 1

    KBT

    Verbal Linguistik

    BCB

    Mencatat nota,

    menyenarai

    Nilai :

    kerajinan

  • 11 | P a g e

    3.Guru dan murid berbincang

    tentang fakta yang

    disenaraikan.

    BBM:

    Lembaran kerja

    Langkah 3

    15 Minit

    Mengecam ayat

    tunggal dan ayat

    majmuk.

    1.Guru dan murid berbincang

    dan mengecam ayat tunggal

    dan ayat majmuk yang terdapat

    dalam teks laporan.

    2.Murid menyatakan ayat

    tunggal dan ayat majmuk yang

    terdapat dalam teks.

    3.Guru menerangkan dan

    memberi contoh ayat tunggal

    dan ayat majmuk peluasan

    subjek dan predikat.

    Objektif :

    KBT:

    Verbal Linguistik

    BBM:

    Carta ayat

    Lembaran kerja

    Langkah 4

    12 minit

    Membina 2 ayat

    tunggal dan 2

    ayat majmuk

    peluasan subjek

    dan predikat.

    1. Murid membina ayat tunggal

    dan ayat majmuk peluasan

    subjek dan predikat.

    2.Guru memantau dan

    menyemak hasil kerja murid.

    Objektif: 3

    KBT:

    Menjana idea

    BBM:

    Lembaran kerja

    Penutup

    3 minit

    Rumusan (Sosial) Guru merumus isi pelajaran

    dan memberi motivasi kepada

    murid yang menunjukkan

    pencapaian baik.

    Refleksi :

  • 12 | P a g e

    Penilaian Membaca Berasaskan PBS

    1.0 Pengenalan

    Membaca diertikan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis,

    dan memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid-murid

    memindahkan tulisan kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung

    dalam bacaan itu.

    Menurut Stauffer (1969), seseorang yang melakukan pembacaan tanpa pemahaman,

    bererti dia belum boleh dikira sebagai berkebolehan membaca. Ini kerana membaca ialah

    proses berfikir untuk pemahaman yang memerlukan pembaca menterjemah,

    mengaplikasi, menganalisis, meramal, dan membentuk imaginasi. Harris dan Hodge

    (1981) menganggap pemahaman membaca adalah satu kebolehan atau kemampuan

    memahamkan sepenuhnya apa yang dibaca, la merupakan satu proses yang berlaku dalam

    otak untuk mendapatkan maklumat daripada satu komunikasi, sama ada komunikasi itu

    dilakukan melalui lisan, tulisan, atau melalui penggunaan simbol-simbol tertentu. la

    adalah satu proses mentaI yang kompleks. Pemahaman membaca memerlukan lebih

    daripada hanya memahamkan makna satu-satu perkataan. la melibatkan pengecaman,

    pemilihan makna-makna yang sesuai, keupayaan membina satu generalisasi, dan juga

    membuat penilaian (Rubin 1975, Cohen 1990).

    Secara keseluruhannya, membaca ialah satu tindakan komunikasi, iaitu satu proses

    berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis

    kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa. Membaca adalah tindak

    balas kemahiran terhadap pengalaman melalui penggunaan kata, frasa, dan tatabahasa

    yang memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami

    makna daripada teks. Sebetulnya, untuk mendapat maklum balas tentang kemahiran

    membaca pelajar, perlu ada mekanisme untuk menilai pencapaian bacaan pelajar.

    2.0 Kemahiran Membaca

    Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,

    intonasi, jeda yang betul dan membaca dengan lancar menggunakan pelbagai teknik

  • 13 | P a g e

    bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai

    bahan ilmu, bahan sastera dan bahan bukan sastera secara kritis.

    3.0 Objektif Kemahiran Membaca

    Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran

    dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;

    Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding,

    digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan

    dengan sebutan yang betul;

    Membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat, ayat tunggal

    susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang dengan lancar, sebutan dan

    intonasi yang betul dan jelas;

    Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai

    bahan multimedia untuk mengenal pasti pertautan idea, membuat penilaian dan

    ramalan dengan betul;

    Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat

    kepada bentuk ayat dengan betul; dan

    Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera untuk

    menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan pengajaran.

    4.0 Penilaian Membaca berasaskan PBS

    4.1 Pentaksiran Rujukan Standard

    Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian

    Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi

    untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru

    dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi

    seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana

    murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari

    berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap

    pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

  • 14 | P a g e

    Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh

    guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan

    ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan

    rumah dan ujian. Di akhirnya pencapaian murid -murid dilaporkan mengikut Band 1

    hingga Band 6.

    STANDARD

    DESKRIPSI

    EVIDEN /

    INSTRUMEN

    Band

    1

    Membaca asas bacaan-

    huruf vokal, suku kata

    terbuka dan tertutup

    dengan cara yang betul.

    Murid boleh membaca

    kuat huruf vokal, suku

    kata terbuka dan suka kata

    tertutup dengan ;

    Sebutan jelas

    Bacaan lancar

    Menjawab soalan

    menggunakan diksi yang

    betul.

    Sebutan jelas,

    membunyikan suku

    kata dengan betul dan

    konsisten.

    Membaca dengan

    bimbingan.

    Membaca huruf

    vokal

    Suku kata terbuka

    dana tertutup

    (kad suku kata)

    Band

    2

    Membaca perkataan dan

    memahami, frasa dan ayat

    tungga ldaripada pelbagai

    sumber dengan dengan

    betul.

    Murid boleh membaca

    kuat perkataan frasa, dan

    ayat tunggal dengan ;

    Sebutan jelas

    Intonasi - betul

    Betul Menjawab soalan

    menggunakan diksi yang

    betul. lancar dan mengikut

    Membaca perkataan,

    frasa dan ayat

    tunggal.

  • 15 | P a g e

    tanda baca

    Konsisten - Sebutan dan

    membunyikan perkataan,

    frasa dan ayat tunggal

    dengan betul, jelas serta

    memahaminya.

    Membaca dengan

    bimbingan.

    Band

    3

    Membaca kuat pelbagai

    bahan bacaan dengan

    lancar dengan sebutan

    yang jelas dan intonasi

    yang betul.

    Murid boleh membaca dan

    memahami ayat

    tunggal dan ayat majmuk

    dengan ;

    Sebutan jelas

    Intonasi - betul

    Betul Menjawab soalan

    mengunakan diksi yang

    betul. lancar dan mengikut

    tanda baca

    Konsisten - Sebutan

    ayat tunggal dan ayat

    majmuk dengan betul,

    jelas serta memahaminya.

    Membaca sendiri tanpa

    bimbingan.

    Membaca ayat

    tunggal dan ayat

    majmuk

    Band

    4

    Membaca dan memahami

    maklumat yang tersurat

    dan tersirat daripada

    pelbagai bahan untuk

    memberi respons dengan

    betul

    Murid boleh membaca dan

    memahami pelbagai bahan

    bacaan dengan ;

    Betul Membaca kuat

    petikan dengan sebutan

    yang betul dan jelas

    Intonasi betul dan tepat

    Membaca daripada

    pelbagai bahan

  • 16 | P a g e

    dari segi tanda baca

    Konsisten -Membaca

    dengan sebutan betul,

    jelas serta memahaminya.

    Membaca sendiri tanpa

    bimbingan.

    Band

    5

    Membaca dan menaakul

    untuk memindahkan

    maklumat yang terdapat

    dalam pelbagai bahan.

    Murid boleh membaca dan

    menaakul bahan bacaan

    dari pelbagai sumber

    dengan;

    Sebutan Membaca

    dengan sebutan yang jelas.

    Intonasi betul dan tepat

    berdasarkan tanda baca.

    Betul Menjawab soalan

    menggunakan diksi yang

    betul, lancar dan mengikut

    tanda baca

    Konsisten - Sentiasa

    membaca dan memahami

    kandungan teks

    Membaca dan memahami

    teks dengan sendiri tanpa

    bimbingan.

    Membaca teks

    daripada pelbagai

    sumber.

    Band

    6

    Membaca pelbagai bahan

    sastera dan bukan sastera

    yang sesuai bagi memupuk

    minat membaca

    Murid boleh membaca ,

    memahami dan

    menerangkan isi

    kandungan teks daripada

    pelbagai bahan bacaan

    secara didik hibur untuk

    memperkaya kosa kata,

    Bahan bacaan sastera

    dan bukan sastera.

  • 17 | P a g e

    5.0 Penilaian Membaca.

    5.1 Pembinaan Instrumen Penilaian Bacaan Mekanis

    Kemahiran membaca didefinisikan sebagai keupayaan murid membaca dengan

    menggunakan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Sehubungan itu,

    penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara

    kritis dengan menggunakan teknik bacaan yang betul.Terdapat dua tujuan utama yang di

    beri penekanan dalam kemahiran membaca iaitu untuk membolehkan murid membaca

    serta memahami apa yang telah mereka baca. Maknanya, murid berupaya untuk

    membaca dengan lancar dan tidak teragak - agak. Di samping itu, apabila murid sudah

    boleh membaca, mereka akan membaca sendiri tanpa bimbingan daripada guru.

    Dalam kemahiran membaca, terdapat dua cara membaca yang sering digunakan oleh guru

    dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah iaitu bacaan

    mekanis dan bacaan mentalis. Namun demikian dalam tugasan ini, saya hanya berfokus

    pada bacaan mekanis sahaja. Bacaan mekanis merujuk dalam buku Tuan Jah Tuan Yusof

    PhD dan Faridah Nazir Phd (2007) ditakrifkan sebagai bacaan bersuara iaitu membaca

    dengan menggunakan sebutan yang jelas, lancar serta intonasi dan nada mengikut gaya

    membaca yang betul. Bacaan mekanis sering digunakan oleh guru dalam pelaksanaan

    pengajaran murid tahun 1 dan tahun 2 yang mana pada tahap ini murid masih belajar

    untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik. Terdapat beberapa tujuan

    menggunakan bacaan mekanis antaranya, untuk membolehkan murid membaca dengan

    cekap dan pantas menggunakan sebutan dan intonasi yang jelas, membolehkan murid

    menambah pengetahuan,

    dan boleh ;

    Membaca dengan lancar,

    sebutan dan intonasi yang

    betul dan jelas serta

    konsisten dan tanpa

    bimbingan.

  • 18 | P a g e

    membaca menggunakan nada membaca yang betul, membolehkan murid membaca

    menggunakan tanda baca dengan betul dan membolehkan murid menguasai kemahiran

    dan kecekapan membaca bersuara.

    Oleh yang demikian,saya perlu memilih instrumen yang bersesuaian untuk mengajar

    murid membaca mekanis. Contohnya, menggunakan petikan pendek untuk melatih murid

    terutamanya murid tahun 1 dan tahun 2 supaya dapat membaca menggunakan sebutan,

    intonasi, nada serta membaca menggunakan tanda baca yang betul. Melalui instrumen

    tersebut, saya akan dapat menilai aspek afektif dan pelakuan murid semasa membaca

    mekanis dengan melihat aspek sebutan, intonasi, kelancaran, nada serta membaca

    menggunakan tanda baca yang betul. Aspek aspek tersebut dapat dinilai menggunakan

    dokumen seperti senarai semak dan skala kadar.

    5.2 Instrumen Penilaian Bacaan Mekanis

    Merujuk pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu Sekolah

    Kebangsaan Tahap 1 draf 2012, saya telah memilih untuk membuat penilaian bacaan

    mekanis terhadap murid murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan. Manakala instrumen

    Berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran itu, saya membuat penilaian

    bacaan mekanis menggunakan standard kandungan 2.3 iaitu membaca kuat pelbagai

    bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul manakala

    standard pembelajaran ialah 2.3.1 iaitu membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang

    mengandungi pelbagai pola ayat dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan

    jelas.Berpandukan standard kandungan dan standard pembelajaran tersebut, perkara yang

    hendak dinilai meliputi aspek seperti sebutan, intonasi, jeda, kelancaran dan kefasihan.

    Kamarudin Hj. Husin (1978) dalam buku Bahasa Melayu II Akademik di tulis oleh Husin

    Fateh Din dan Nazariyah Sani mendefinisikan sebutan sebagai pelakuan menyebut dan

    melafazkan bunyi bunyi yang dilahirkan daripada alat artikulasi manusia. Seseorang

    murid akan mengajuk atau meniru pertuturan orang disekelilingnya. Dari aspek intonasi

    pula, merujuk pada Kamus Dewan Edisi Keempat intonasi ialah turun naik atau tinggi

    rendah nada suara ketika bercakap.Ketika bercakap, intonasi memainkan peranan yang

  • 19 | P a g e

    sangat penting untuk menjadikan perbicaraan tersebut menarik dan dapat memberikan

    makna.Terdapat empat unsur penting dalam intonasi antaranya nada, tekanan, tempo dan

    kesenyapan.

    Di samping itu, aspek kelancaran turut memainkan peranan penting yang mana apabila

    bertutur seseorang itu tidak akan tergagap gagap semasa melafazkan pertuturannya.

    Gagap apabila seseorang menyebut perkataan berulang ulang dan tersekat sekat

    sehingga tidak difahami oleh individu yang mendengar.Namun demikian, dari aspek

    fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu yang normal. Manakala

    dari aspek kefasihan ialah lancar dan baik sebutannya, petah, dan mudah bercakap.

    Dengan kata lain, fasih lebih mudah digambarkan dengan pandai berkata kata.

    Manakala kefasihan bermaksud perihal fasih, kepetahan dan kefasihan berkata kata.

    Bertutur dengan fasih banyak memberi kelebihan dari segi meningkatkan keyakinan diri

    semasa berkomunikasi dan memudahkan proses menyampaikan maklumat. Berikut

    merupakan senarai semak penilaian bagi bacaan mekanis.

    5.3 Senarai Semak Penilaian Bacaan Mekanis

    Jadual 1 : Senarai Semak Penilaian Bacaan Mekanis

    Berdasarkan jadual di atas, kebolehan murid akan dinilai berdasarkan lima aspek yang

    telah dinyatakan di dalam senarai semak penilaian bacaan mekanis berkenaan.

    5.3.1 Sebutan

    Berdasarkan standard pembelajaran 2.3.1, murid membaca kuat pelbagai bahan yang

    mengandungi pola ayat dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.Dalam

    Perkara Tandakan

    (/)

    Cemerlang

    (15 20)

    Baik

    (10 15 )

    Sederhana

    (6 10 )

    Lemah

    (1 5 )

    Sebutan

    Intonasi

    Kelancaran

    Kefasihan

  • 20 | P a g e

    Bahasa Melayu terdapat empat jenis pola ayat iaitu Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa

    Nama + Frasa Adjektif, Frasa Nama + Frasa Kerja dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

    Sehubungan itu, perkara yang dinilai ialah cara murid membaca kuat pola ayat yang

    terdapat dalam instrumen menggunakan sebutan yang betul dan jelas. Contohnya, pola

    ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif. Murid akan membaca kuat dengan sebutan yang

    jelassupayamurid murid lain dapat memahami makna ayat yang di sebut. Sekiranya

    murid dapat menyebut dengan betul dan jelas setiap pola ayat tersebut, guru akan

    menandakan betul pada ruangan yang disediakan dan memberikan markah yang

    cemerlang. Sekiranya murid hanya sekadar membaca dengan sebutan yang kurang jelas,

    markah yang diperoleh semakin berkurangan. Guru perlu membimbing murid untuk

    memperbaiki sebutan supaya jelas dan mudah difahami.

    5.3.2 Intonasi

    Merujuk pada standard pembelajaran 2.3.1 membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang

    mengandungi pelbagai pola ayat dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan

    jelas.Terdapat empat unsur penting dalam intonasi antaranya nada, tekanan, tempo dan

    kesenyapan. Semasa menilai bacaan mekanis, guru akan mendengar bagaimana murid

    membaca ayat menggunakan intonasi yang betul dan jelas. Contohnya, murid membaca

    ayat mudah tetapi menggunakan intonasi yang betul dan jelas supaya dapat didengari

    oleh murid murid yang lain. Selain itu, apabila murid membaca menggunakan intonasi

    yang betul, mudah untuk orang yang mendengar memahaminya.Penggunaan intonasi

    yang kurang tepat kadang kala boleh

    menimbulkan salah faham antara satu sama lain. Oleh yang demikian, intonasi

    memainkan peranan penting semasa menilai bacaan mekanis murid.

    5.3.3 Kelancaran

    Kelancaran didefinisikan sebagai kebolehan seseorang bertutur dengan baik, kemas dan

    teratur.Maksudnya, kelancaran ialah apabila bertutur seseorang itu tidak tergagap gagap

    semasa melafazkan pertuturannya.Merujuk pada standard pembelajaran 2.3.1 membaca

    kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pola ayat dengan lancar, sebutan dan

    intonasi yang betul dan jelas. Aspek yang dinilai dalam instrumen ialah kelancaran murid

  • 21 | P a g e

    membaca ayat yang terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi

    nama dengan betul dan jelas. Di samping itu, murid juga dapat membaca menggunakan

    bahasa dengan kemas dan teratur.

    5.3.4 Kefasihan

    Maksud fasih merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah lancar dan baik sebutannya,

    petah, lancar dan mudah bercakap. Dengan kata lain, fasih lebih mudah digambarkan

    dengan pandai berkata kata.Merujuk pada standard pembelajaran 2.3.1 membaca kuat

    pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pola ayat dengan lancar, sebutan dan intonasi

    yang betul dan jelas. Guru akan menilai bacaan mekanis dengan melihat kefasihan murid

    membaca ayat menggunakan bahasa dengan betul dan jelas. Murid dapat menguasai

    bacaan mekanis dengan kuat ayat yang terkandung instrumen yang telah disediakan oleh

    guru.

    5.4 Skala Kadar

    Berikut merupakan skala kadar yang mengandungi kriteria yang menunjukkan tahap

    pencapaian dalam kemahiran membaca mekanis. Skala kadar kebiasaannya menetapkan

    markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yang

    ditetapkan.

    Kriteria Pemarkahan Skala Kadar Penilaian Bacaan Mekanis

    Perkara

    Skala Kadar/Nilai Markah

    Cemerlang

    (15 20 )

    Baik

    (10 15)

    Sederhana

    (5 10)

    Lemah

    (1 5)

    Sebutan

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek sebutan

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek sebutan

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek sebutan

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek sebutan

  • 22 | P a g e

    iaitu membaca

    kuat pelbagai

    pola ayat

    dengan sebutan

    yang betul dan

    jelas. Sebutan

    yang jelas ialah

    menyebut

    perkataan yang

    terdapat dalam

    pelbagai pola

    ayat

    menggunakan

    sebutan yang

    betul dan

    mudah

    difahami.

    iaitu membaca

    kuat pelbagai

    pola ayat

    dengan

    menggunakan

    sebutan yang

    betul.

    iaitu membaca

    kuat pelbagai

    pola ayat

    dengan sebutan

    yang kurang

    baik. Murid

    hanya dapat

    menyebut

    beberapa

    perkataan yang

    terdapat dalam

    pola ayat

    tersebut.

    iaitu membaca

    kuat pelbagai

    pola ayat

    dengan sebutan

    yang kurang

    baik dan tidak

    jelas.

    Intonasi

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek membaca

    kuat pelbagai

    pola ayat

    dengan intonasi

    yang betul dan

    jelas.

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek membaca

    kuat pelbagai

    pola ayat

    dengan intonasi

    yang betul.

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek membaca

    pelbagai pola

    ayat dengan

    intonasi

    mendatar

    sahaja.

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek membaca

    pelbagai pola

    ayat dengan

    intonasi yang

    mendatar dan

    tidak jelas.

    Kelancaran

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

  • 23 | P a g e

    Jadual 2 : Kriteria Pemarkatan Skala Kadar Penilaian Bacaan Mekanis

    5.5 Krite ria Penggredan dan Pemarkahan

    Kriteria penggredan dan permarkahan merupakan cara guru memberikan markah dan

    gred terhadap penilaian membaca murid murid. Berikut adalah antara kriteria yang

    boleh digunakan oleh para guru supaya mereka dapat mengenalpasti tahap kebolehan

    seseorang murid.

    murid akan

    dinilai dari

    aspek

    kelancaran

    membaca kuat

    pelbagai pola

    ayat dengan

    betul dan jelas.

    murid akan

    dinilai dari

    aspek

    kelancaran

    membaca

    dengan kuat

    pelbagai pola

    ayat dengan

    betul.

    murid akan

    dinilai dari

    aspek

    kelancaran

    membaca

    pelbagai pola

    ayat dengan

    tersekat sekat

    tetapi masih

    boleh membaca.

    murid akan

    dinilai dari

    aspek

    kelancaran

    membaca

    pelbagai pola

    ayat dengan

    tersekat sekat

    dan tidak jelas.

    Kefasihan

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek kefasihan

    membaca ayat

    dengan sebutan,

    intonasi dan

    kelancaran

    dengan betul

    dan jelas.

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek

    kefasihan

    membaca ayat

    dengan sebutan,

    intonasi dan

    kelancaran

    dengan baik.

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek kefasihan

    membaca ayat

    dengan sebutan,

    intonasi dan

    kelancaran pada

    tahap

    memuaskan

    sahaja.

    Berdasarkan

    standard

    pembelajaran,

    murid akan

    dinilai dari

    aspek kefasihan

    membaca ayat

    dengan sebutan,

    intonasi dan

    kelancaran pada

    tahap tidak

    memuaskan.

  • 24 | P a g e

    Markah / Gred

    Kriteria

    A

    (76 - 100 %)

    Cemerlang

    Murid dapat menguasai bacaan mekanis pelbagai bahan bacaan

    yang mengandungi pelbagai pola ayat dengan lancar, sebutan dan

    intonasi yang betul dan jelas.

    B

    (51 75 %)

    Baik

    Murid menguasai bacaan mekanis pelbagai bahan bacaan yang

    mengandungi pelbagai pola ayat dengan lancar dan menggunakan

    sebutan yang betul dan jelas. Tetapi belum dapat menguasai

    kemahiran membaca dengan menggunakan intonasi yang betul.

    C

    ( 26 50 %)

    Sederhana

    Murid kurang menguasai bacaan mekanis dalam pelbagai bahan

    bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat.

    D

    (1 25 %)

    Lemah

    Murid tidak dapat menguasai bacaan mekanis dalam pelbagai

    bahan bacaan yang mengandungi pebagai pola ayat.

    Jadual 3 : Kriteria Penggredan dan Permarkahan

    Berdasarkan jadual di atas, saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan

    kriteria penggredan dan pemarkahan. Pengiraan tersebut adalah untuk memberikan gred

  • 25 | P a g e

    kepada murid murid selepas menilai kemahiran membaca mekanis mereka. Seperti

    yang di dalam jadual, murid yang mendapat kriteria cemerlang akan memperoleh gred A

    dan mengumpul markah sebanyak 76 higga 100 peratus. Manakala kriteria baik pula

    akan memperoleh gred B iaitu 51 hingga 75 peratus yang mana murid menguasai bacaan

    mekanis pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pola ayat dengan lancar dan

    menggunakan sebutan yang betul dan jelas tetapi belum dapat menguasai kemahiran

    membaca dengan menggunakan intonasi yang betul. Kriteria sederhana pula akan

    memperoleh gred C iaitu 26 hingga 50 peratus apabila murid kurang menguasai bacaan

    mekanis dalam pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat.Kriteria

    lemah pula mendapat gred D iaitu sebanyak 1 hingga 25 peratus.Berikut adalah rumus

    untuk mengira jumlah markah membaca murid murid.

    Berdasarkan pengiraan di atas, guru akan mengira markah keseluruhan berpandukan

    jadual senarai semak penilaian bacaan mekanis yang dibahagikan dengan jumlah markah

    keseluruhan dan kemudian didarab dengan seratus peratus.Contohnya, murid A mendapat

    markah sebanyak 15 markah maka jumlah keseluruhan markah yang diperoleh oleh

    murid A akan dibahagikan dengan jumlah keseluruhan markah penilaian bacaan mekanis

    dan di darab dengan seratus peratus akan menghasilkan jumlah markah yang akan dinilai

    mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

    6.0 Aktiviti menilai membaca dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Contoh aktiviti :

    Kelas : 2 Mawar

    Rumus = Jumlah keseluruhan

    penilaian bacaan mekanis

    ----------------------------- x 100%

    Jumlah keseluruhan

  • 26 | P a g e

    Kemahiran : Membaca

    Standard : Band 1 (Tahu)

    Pernyataan Standartd: Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

    Tindakan Guru

    Sebelum

    Guru menyediakan RPH.

    Menyediakan Alat Bantu Mengajar.

    Memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aktiviti yang bakal

    dijalankan.

    Meminta murid untuk membawa buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 ketika kelas

    diadakan.

    Semasa

    Meminta murid untuk membuka buku teks pada halaman 3:

    Guru dan murid akan bersoal jawab.

    Kemudian guru akan meminta murid untuk menuturkan dialog dengan intonasi

    yang sesuai.

    Guru mendengar tuturan murid di dalam kelas.

    Selepas

    Guru akan membuat penilaian dengan teliti.

    Kemudian guru akan mengelaskan pelajar kepada baik, sederhana dan lemah.

    Markah penilaian murid akan direkodkan oleh guru.

    Tindakan Murid

    Sebelum

    Membuat persediaan sebelum memulakan aktiviti.

    Membawa buku teks seperti yang diminta oleh guru.

    Semasa

    Murid membuka buku teks pada halaman 3 seperti yang diarahkan oleh guru di

  • 27 | P a g e

    dalam kelas.

    Murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk

    membaca teks yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2.

    Murid akan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

    Seorang demi seorang murid akan menuturkan dialog dengan intonasi yang

    sesuai.

    Selepas

    Murid akan dinilai oleh guru.

    Selepas itu, murid akan diberitahu pencapaian mereka dalam aktiviti membaca.

    Murid yang lemah akan mengulang band. Manakala murid yang baik akan

    meneruskan ke band 2.

    Murid yang lemah akan dinilai sehingga melepasi band dan layak untuk pergi ke

    band seterusnya.

    7.0 Kesimpulan

    Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil pembacaan

    ialah pemahaman apa yang dibaca daripada pengecaman daan penyebutan huruf

    ,perkataan dan ayat. Terdapat beberapa aspek penting yang perlu diambil kira oleh guru

    dalam pengajaran kemahiran membaca. Guru yang cekap dan kreatif seharusnya

    berusaha memahami proses membaca, kemahiran membaca pada peringkat awal dan

    kaedah yang sesuai digunakan untuk pengajaran kemahiran membaca bagi kanak-kanak,

    murid-murid pada peringkat umur yang berbeza. Di samping itu, guru juga harus sentiasa

    membimbing murid untuk mempertingkatkan pemahaman membaca melalui aktiviti-

    aktiviti yang menjana pemikiran murid. Kejayaan murid dalam pelajarannya bergantung

    penuh kepada kejayaannya menjadi pembaca yang cekap, fleksibel dan berdikari.

  • 28 | P a g e

    Lampiran 1