Nota Morfologi

14
STPM 910/1 BAHASA MELAYU I MORFOLOGI MORFOLOGI Definisi Morfologi: Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan pengolongan kata. Struktur kata i alah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan, bentuk, atau fungsi kata berdasarkan golongan tertentu. Morfem . Unsur yang membentuk perkataan ialah morfem iaitu unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Proses pembentukan kata ialah proses penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas terdiri daripada kata dasar atau kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat yang paling minimal. Contoh morfem bebas : sekolah, ajar, cantik, dan sebagainya. Morfem terikat ialah morfem yang memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan. Morfem terikat terdiri daripada kata imbuhan iaitu awalan, akhiran, ,sisipan, kata akar. Morfem terikat tidak boleh wujud bersendirian. Contoh morfem terikat : ber, pem, ke, maha, panca, sub, anti, wan kan, i, el, in, em, er, wati. ah, in, an,tawa, tari, tani,tapa, dan sebagainya. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan “abai” terdiri daripada satu morfem, manakala perkataan “terabai” mengandungi dua morfem iaitu “ter” dan “abai”. “keterabaian” mengandungi empat morfem iaitu “ ke”, “ter”, “abai”, dan “an”. Perkataan ialah kata bentuk bebas yang bermakna dan dapat berdiri sendiri,contohnya : Cawan,kereta,pembeli,perikanan, makan,tidur. Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Semua perkataan bersifat bebas iaitu dapat berdiri sendiri. Oleh itu, perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.(imbuhan dan kata akar itu bukan perkataan) Proses pembentukkan kata dalam bahasa Melayu ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi (tatabahasa) bahasa itu kerana kebanyakan proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu melibatkan pengimbuhan iaitu bahasa yang bersifat aglutinatif atau derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian pembentukkan perkataannya adalah melalui proses pengimbuhan atau pengabungan morfem kata dasar dengan morfem terikat sama ada imbuhan itu mendahului, menyisip atau akhiran pada kata dasar tersebut Bentuk perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan ajar, digolongkan sebagai kata tunggal, manakala bentuk yang menerima imbuhan seperti, belajar, ajaran, pembelajaran disebut sebagai kata terbitan . Selain kata terbitan, perkataan juga dibentuk dari proses penggandaan kata dasar , sama ada penggandaan secara menyeluruh atau hanya sebahagian kata dasar tersebut. Penggandaan secara menyeluruh bermakna kesemua kata dasar itu diulang tanpa sebarang perubahan kata dasar. Contohnya, budak-budak, mereka-mereka, mata-mata, dan masing-masing. Pengandaan sebahagian kata dasar bermaksud hanya sebahagian MNASIR75 1

description

blog

Transcript of Nota Morfologi

Page 1: Nota Morfologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I MORFOLOGI

MORFOLOGI

Definisi Morfologi:

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan pengolongan kata.

Struktur kata i alah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan.

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan, bentuk, atau fungsi kata berdasarkan golongan tertentu.

Morfem . Unsur yang membentuk perkataan ialah morfem iaitu unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Proses pembentukan kata ialah proses penyusunan morfem mengikut peraturan sistem morfologi bahasa itu.

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat.

Morfem bebas terdiri daripada kata dasar atau kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat yang paling minimal. Contoh morfem bebas : sekolah, ajar, cantik, dan sebagainya.

Morfem terikat ialah morfem yang memerlukan morfem lain untuk membentuk perkataan. Morfem terikat terdiri daripada kata imbuhan iaitu awalan, akhiran, ,sisipan, kata akar. Morfem terikat tidak boleh wujud bersendirian.

Contoh morfem terikat : ber, pem, ke, maha, panca, sub, anti, wan kan, i, el, in, em, er, wati. ah, in, an,tawa, tari, tani,tapa, dan sebagainya.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan “abai” terdiri daripada satu morfem, manakala perkataan “terabai” mengandungi dua morfem iaitu “ter” dan “abai”. “keterabaian” mengandungi empat morfem iaitu “ ke”, “ter”, “abai”, dan “an”.

Perkataan ialah kata bentuk bebas yang bermakna dan dapat berdiri sendiri,contohnya : Cawan,kereta,pembeli,perikanan, makan,tidur. Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Semua perkataan bersifat bebas iaitu dapat berdiri sendiri. Oleh itu, perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.(imbuhan dan kata akar itu bukan perkataan)

Proses pembentukkan kata dalam bahasa Melayu ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi (tatabahasa) bahasa itu kerana kebanyakan proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu melibatkan pengimbuhan iaitu bahasa yang bersifat aglutinatif atau derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian pembentukkan perkataannya adalah melalui proses pengimbuhan atau pengabungan morfem kata dasar dengan morfem terikat sama ada imbuhan itu mendahului, menyisip atau akhiran pada kata dasar tersebut

Bentuk perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan ajar, digolongkan sebagai kata tunggal, manakala bentuk yang menerima imbuhan seperti, belajar, ajaran, pembelajaran disebut sebagai kata terbitan.

Selain kata terbitan, perkataan juga dibentuk dari proses penggandaan kata dasar, sama ada penggandaan secara menyeluruh atau hanya sebahagian kata dasar tersebut. Penggandaan secara menyeluruh bermakna kesemua kata dasar itu diulang tanpa sebarang perubahan kata dasar. Contohnya, budak-budak, mereka-mereka, mata-mata, dan masing-masing. Pengandaan sebahagian kata dasar bermaksud hanya sebahagian kata dasar itu diulang, biasanya suku kata awal ,suku kata akhir atau pengulangan berentak. Contohnya lelangit, lelaki, sesama, segala-gala, merata-rata. Bentuk kata ini dikenali sebagai kata ganda.Kata ganda sisisipkan dengan tanda sempang.

Satu lagi bentuk perkataan ialah bentuk yang diterbitan melalui penggabungan dua kata dasar atau lebih dipanggil sebagai kata majmuk. .

MNASIR75 1

Page 2: Nota Morfologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I MORFOLOGI

Contohnya, balai raya, lampin pakai buang, cahaya mata, buruk siku, susu pekat manis, dan sebagainya.

PROSES PEMBENTUKAN KATA

Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan (morfem terikat) atau tidak mengalami penggandaan dan perangkaian (majmuk) dikenali sebagai kata tunggal. Terdapat dua jenis kata tunggal iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata(ekasuku) sama ada mengikut struktur pola suku kata kv, vk atau kvk, dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.Struktur pola suku katanya terdiri daripada v,vk,kv,dan kvk. Terdapat kata tunggal yang tidak boleh menerima-apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini, situ, dan sana, namun kebanyakan kata tunggal mempunyai potensi untuk diperluaskan dan menjadi bentuk kata terbitan.

Kata tunggal satu suku kata.

Terdapat hanya kurang lebih 500 kata tunggal dalam bahasa Melayu yang mempunyai satu suku kata. Ada antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Inggeris. Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut :

KV contohnya : yu, ru, yaVK contohnya : amKVK contohnya : cat, bah, wang,yang, Sen,

jong, tin, lap

Pola-pola satu suku kata KKVK,KVKK.KKKV, dan KKKVK merupakan pola penyukuan bahasa pinjaman : Contoh perkataan trak, gred, stor. teks, bank, golf, zink, dan teks. Skru, Skrip, spring, straw.

Kata tunggal dua suku kata

Sebahagian daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata: iaitu mengikut pola :

V + KV aku, apa ,iri, uda V + KVK adik,alas, ikan VK + KV undi,unta,ufti,inti VK + KVK umpan,indah KV + V doa, tua, bau KV + VK tuah, kuil,diam KV + KV jala, pasu, buku KV + KVK kapal, telur mulut KVK + KV lampu, sunti, sendi KVK + KVK bangsal,jemput, sandar.

KATA TUNGGAL TIGA-EMPAT-LIMA SUKU KATA.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri lebih dari tiga suku kata atau lebih. Kebanyakan perkataan tersebut ialah kata pinjaman. Tiga suku kata :

cuaca, tuala, usia, setia, seluar, tempias, utama, ijazah asmara, misteri, ilmiah, akuan, teratak, martabat, cendawan, royalti, sempurna,belimbing, pelantar.

Empat , lima, enam suku kata;

Keluarga, sementara, manjakani, seigala, panorama, masyarakat, generator, muzakarah, kapitalis, sentimeter, dispensari, nasional, universiti,Maharajalela,cenderawasih,kosmopolitan.

Kata akronim juga tergolong ke dalam kata tunggal.

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan kombinasi huruf awal atau huruf awal suku kata, dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafaz sebagai kata yang wajar.

Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara. Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhanya ditulis dengan huruf besar jika kata itu nama khas. Contoh :

LUTH – Lembaga Urusan Tabung HajiEON - Edaran Outomobil NasionalTEN - Tenaga Eleterik Nagara

Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya jika bukan kata nama khas. Contoh :

Tadika - Taman didikan kanak-kanakPawagam - Panggung wayang gambarBernas - Beras NasionalPetronas - Petroleum NasionalProton - Perusahan Otomobil Nasional

Akronim yang terbentuk mengikut sesedap sebutan . Contoh:

Berdikari - Berdiri di atas kaki sendiriPerhilitan - Perlindungan hidupan liar dan hutanJengkaut - jentera kautJentolak – jentera tolak

KATA TERBITAN

MNASIR75 2

Page 3: Nota Morfologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I MORFOLOGI

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat segelintir kata dasar yang merupakan morfem terikat yang disebut kata akar. Kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Contoh kata;tawa, tapa tani, tari, mudi,tua, dan sebagainya.

Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

Awalan: yang hadir sebelum kata dasarAkhiran: yang hadir sesudah kata dasarApitan ; yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan di akhir kata dasar.Sisipan; yang hadir dicelah kata dasar.

Kata terbitan berawalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan

Awalan kata nama

Pe- pelari, perakus, penyapuPem- pembawa, pembuat, pembukaPen- pengebom, pengetin, pengelapPel-pelajar, Pen -pendatang, pendua, pendermaPeng- penggali, penggubal, penggunaPenge - pengelola,pengetua Pe- pesara, pesakit, petaniPer- perasap, perbara, pertapaKe- ketua, kelepekJuru-juruwang, juruterbangMaha-Maharaja, mahasiswa,mahaguruTata- tatabahasa, tatacaraPra- prakata, prasejarahSub- subkelas, substandardBi- bilazim.binormalEka- ekametra, ekabahasaDwi- dwifungsi, dwi bahasa

Awalan kata kerja

Me- melawak, menyikat, merasaMem- menfitnah, membilang, membawaMen- mentadbir, menari, mendaki

Meng- menggali, mengikut, mengajarMenge- mengecat, mengekodMemper-memperisteri,memperhamba, Ber- berjalan, berlari, bersertaBe- beraja, berasa, berupaBel- belajar, belunjurTer-terbentuk,terlajakDi- ditikam, diatur, dipujukDiper- dipercepat, diperoleh

Awalan kata adjektif

Ter- terbesar, terjernih,tercerahTe- teruncing,terendah, teringanSe- secantik,secerah, senipis

Kata terbitan berakhiran

Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja

Akhiran kata nama

an pakaian, mainan, alatanwan usahawan,sastrawanman budiman, senimanwati seniwatiisme nasionalisme, sosialismein hadirin, musliminat hadirat, muslimatah ustazah,qariah

Akhiran kata kerja

“kan” lakukan, gerakkan, tinggikan“i” ikuti, dekati,duduki

Kata terbitan berapitan

Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan, dan kata adjektif terbitan.

Apitan kata nama

Pe-an perasaan, penyiaranPem-an pembuatan, pembinaanPen-an pendapatan, pencarianPeng-an pengguguran,pengairanPenge-an pengesyoranPe-an pesisiran,peperanganPer-an persalinan, perkuburanPel-an PelajaranKe-an kelainan, kelebihan

Apitan kata kerja

Me-kan memainkan, menakutkan

MNASIR75 3

Page 4: Nota Morfologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I MORFOLOGI

Men-kan mendermakan, mentakrifkanMem-kan membaikkan, membaharukanMeng-kan menggunakan,menggandakanMenge-kan mengecamkanBer-kan beralaskanBer-an berlanjutan, berjauhandi-kan dibiarkan,digunakanme-i melalui, menyedarimen-i mencurigaiMem-i membohongiMeng-i menggauli, mengairidi-i didekati, dimulaidiper-kan diperdengarkanmemper-kan memperdengarkanmemper – i memperingatike-an kehujanan,kepanasanKata terbitan bersisipan

Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama dan kata adjektif

Sisipan kata nama

-el - kelengkeng, telunjuk-er - keruping, seruling

Sisipan kata adjektif

-el – selerek,gelembung-er-serabut,gerigi-em-gemilang,semerbak,gemerlap--in-sinambung

IMBUHAN YANG MEMBENTUK GOLONGAN KATA

Imbuhan/morfem terikat

Kata nama

Kata kerja

Kata adjektif

Awalan

Pe-Pem-Pen-Peng-Penge-Pel-Per-Ke-Juru-

Me-mem-men-meng-menge-memper-ber-BelTer-di-diper-

Terse

Akhiran -an -kan-i

Apitan

Sisipan

Pe-anPem-anPen-anPeng-anPenge-anPer-anPel-anKe-an

Me-kanMem-kanMen-kanMeng-kanMenge-kanBer-kandi-kanme-imem-imen-imeng-imenge-idi-imemper-kandi-per-ike-an

Ke-an

-el-

-el--er--em-

-er--em--in-

MNASIR75 4

Page 5: Nota Morfologi

KATA MAJMUK

Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagi satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.Kata majmuk dapat dikelompokkan kepada tiga jenis :

1.Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas: contoh,Gambar rajah, alat tulis,bandar raya, jam tangan, nasi minyak, biru laut, luar biasa, kapal terbang

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya;

Perdana Menteri, Ketua Menteri, Naib, Canselor, Raja Muda, Ketua Setiausaha Negara.

2.Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contoh;

Garis pusat, kertas kerja, batu kapur, lut sinar, telefon dail terus, lampin pakai buang, urus setia.

3.Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa , contoh; Makan angin, bulan madu, buah hati, berat tangan, anak emas, manis mulut, duit kopi.

Terdapat sebilangan bentuk kata majmuk yang penggunaan dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan ini dieja sebagai satu perkataan; contoh,

Antarabangsa,beritahu,bumiputera,jawatankuasa,kakitangan,kerjasama,olahraga,matahari,setiausaha,sukarela,suruhanjaya,tandatangan, tanggungjawab,warganegara, dan pesuruhjaya.

Penggandaan kata majmuk melibat penggandaan unsur pertama kata sahaja, contoh; Alat-alat tulis, balai-balai raya, kapal-kapal terbang, menteri-menteri besar, gambar-gambar rajah.

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

1.apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaanya tetap terpisah, contohnya;

campur aduk - bercampur adukambil alih - mengambil alihtemu bual - ditemu bual

2.apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum, contohnya

Campur aduk - mencampuradukkan

Satu padu - menyatupadukanUrus niaga - diurusniagakan

KATA GANDA

Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau pengandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak., iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

penggandaan penuhpenggandaan separapenggandaan berentak

Penggandaan penuh

Ialah proses yang mengandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh,Rama-ramamandi-mandimata-matakura-kurasungguh-sungguh,

Penggandaan separa

Ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.contoh;

LelakiJejariRerambutTetikusPepijat

Penggandaan berentak

penggandaan berentak pengulangan vokal

sayur-mayur, Cerai-berai,Lauk–Pauk Kuih-muih,Selok-Belok, gotong-royong

Penggandaan berentak pengulangan konsonan

Gunung-ganang, mandi-manda,batu-batan, Kayu–kayan, mundar-mandir,simpang-siur

Penggandaan berentak bebas

Page 6: Nota Morfologi

Iaitu penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan..

Anak-pinakSaudara-maraLintang-pukangTitik-bengik

GOLONGAN KATA NAMA

Perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang,tempat atau benda,Golongan kata nama dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik;

Kata nama Kata nama khaskata nama amkata ganti nama

Kata Nama Khas

Ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaanya berpangkalkan huruf besar. Dibagikan kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.Kata nama khas hidup pula dibagikan kepada dua iaitu untuk manusia dan bukan manusia, Contoh :

Ahmad Si Belang Kuala Lumpur Puterajaya

Kata Nama Am

Ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit

Contoh:Mimpi,roh,demokrasi,kedamaian,tangan,lautankereta,,wang,puan,,pintu,hantu,jin,jutawan, bidadari, pari-pari.

Kata Ganti Nama

Dibagikan kepada dua subgolongan iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri.

Kata ganti nama tunjuk

Berfungsi menunjukan sesuatu perkara atau benda contohnya;

Itu - menunjukkan pada yang jauh Ini - menunjukkan pada yang dekat

Kata ganti nama diri

Kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

a) kata ganti nama diri tanyab) kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu ‘siapa’ yang merujuk orang,’ apa’ yang merujuk benda atau perkara, dan ‘mana’ yang merujuk benda dan orang.

Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga:

Kata ganti nama diri orang pertama :aku, saya,beta, patik, kami, dan kita.

Kata ganti nama diri orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau, dan anda.

Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, dan nya.

GOLONGAN KATA KERJA

Kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelangkap,semantara yang lain tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap

Bangun,tidur,menjerit,tersenyum,menguning,tumbang,Terpegung,,terpesona,menyalak,menyanyi

Kata kerja tak transitif berpelengkap Beransur,tinggal,menjadi,berbuat,berbantalkan

KATA KERJA TRANSITIF

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut selepasnya, yang juga disebut sebagai objek yang terdiri daripada kata nama.Kata kerja

Page 7: Nota Morfologi

transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan “ MeN-“ dengan atau tanpa akhiran –“kan” atau “i” atau awalan “ter”. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses tranformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif” Contoh;

a) Abu membeli roti (aktif)b) Roti dibeli oleh Abu (pasif)

Contoh-contoh lain adalah seperti berikut:

Kata kerja transitif aktifMakan,memakan,Mengambil MenendangMelihatMemperhangat

Kata kerja transitif pasif Dimakan,diambil, ditendang,dilihat,diperhangat, Saya makan,saya minumDimasukan,anda baca,kulipatTerkarang,terbina,termaktub

GOLONGAN KATA ADJEKTIF

Kata adjektif dikenal juga sebagi kata sifat,ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti berbeza daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contoh: cantik sekali, amat cantik, sakit sekali, sakit sungguh, banyak sekali, terlalu banyak, sangat lain, lain sekali. Golongan adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya.iaitu;

keadaan atau sifat;baik, jahat, pandai, lemah, kasar, sibuk, sakit, layuWarna;biru, ungu, perang, kelabu, puti, hitamukuranpanjang, pendek, tebal, nipis, cetek, tohorBentukbulat, leper, bujur, lonjong

WaktuSegera, spontan’lambat, awalCaraCepat, laju, deras, lambat perlahanPerasaanRindu,asyik, geram, ghairah, sayang, bencijaraknyaris, hampir, jauh, dekat

Pancainderarasa: sedap,manis, lazat, kelatpandang : cantik ayu, burukdengar : merdu, nyaring, bisingbau ; harum wangi, busuksentuh ; halus licin, lembik

Kata adjektif boleh terdiri daripada bentuk tunggal, terbitan, ganda, dan kata adjektif majmuk. Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu;

Darjah biasaDarjah bandinganDarjah penghabisan

Darjah Biasa

Kata adjektif jenis ini digunakan bagi menunjukkan darjah biasa, contohnya; Sederhana, terang, baik, kurus,tenang.

Darjah bandingan

Kata adjektif jenis ini dapat digunakan bagi menyatakan darjah bandingan dengan dua cara yang berikut:

bandingan yang sama: iaitu menggunakan kata-kata adjektif dengan awalan “se” seperti setinggi, secantik, sepandai,sesedap

bandingan yang berbeza; iaitu kata adjektif yang menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai banding, contoh; lebih lazat, kurang manis, lebih maju, kurang pandai.

Darjah Penghabisan

Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut :

a. se-+kata adjektif+gandaan + kata nama

sepandai-pandai tupai setinggi-tinggi gunung

b). ter + kata adjektif terpandai terbaik

c). paling + kata adjektif paling cantik paling cerdik

Page 8: Nota Morfologi

d). kata adjektif + sekali pandai sekali tinggi sekali

e). Ter + amat + kata adjektif sangat teramat pandai

tersangat baik teramat masyhur

f). Amat + kata adjektif + sekali sungguh sangat

amat pandai sekali sungguh pandai sekali sangat pandai sekali

KATA TUGAS

Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (heterogen) iaitu yang terkandung di dalamnya golongan –golongan kecil kata yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif)

Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penguat, pendepan,penengas, pembantu, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut.

i. kata hubung: dan, tetapi atau,lalu,malahii. kata seru: wah,amboi,cis,nah,aduh,oh,iii. kata tanya: bila,kenapa,berapa, mengapaiv. kata perentah: sila,tolong,harap,jangan,mintav. kata pangkal ayat : hatta,maka, al-kisahvi. kata bantu : akan,sudah,pernah,telah,mahuvii. kata penguat: amat sangat,sekaliviii. kata penegas: juga,lah,tah,punix. Kata nafi: tidak,bukanx. Kata pemeri: ialah,adalahxi. Kata sendi nama : di,dari,dalam,pada,kepadaxii. Kata pembenar: ya,benar,betulxiii. Kata bilangan: satu,dua,beribu-ribuxiv. Kata arah; atas,bawah,dalamxv. Kata pembenda : nyaxvi. Kata penekan: nya

16 jenis kata tugas ini dibagi kepada empat kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, sebagai yang berikut:

i. kata penyambung ayatii. kata praklausaiii. kata prafrasaiv. kata pascakata

i)kata penyambung ayat, terdiri daripada satu jenis kata tugas, iaitu kata hubung. Kata hubung terdiri daripada dua jenis,

i. kata hubung gabunganii. kata hubung pancangan keterangan

komplemen relatif

Kata praklausa

i. kata seruii. kata tanyaiii. kata perintahiv. kata pembenarv. kata pangkal ayat

Kata prafrasa

i. kata bantuii. kata penguatiii. kata penegasiv. kata nafiv. kata pemerivi. kata sendi namavii. kata arahviii. kata bilangan

Kata pascakata

i. kata penekanii. kata pembenda

KATA PENYAMBUNG AYAT

Kata penyambung ayat ialah kata hubung, yang bertugas menghubung dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.

Kata hubung gabunganKata hubung gabungan ialah sejenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya.Ayat yang terbentuk menggunakan kata hubung ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah;

dan,lalu,atau,malahan,tetapi,sambil,serta,kamudian.

Kata hubung pancangan

Ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbagi kepada tiga jenis;

1). Kata hubung pancangan relatif2). Kata hubung pancangan komplemen3). Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan relatif

Page 9: Nota Morfologi

Kata relatif ialah kata yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung relatif yang dipancangkan ialah perkataan “ yang”

Kata hubung pancangan komplemenKata komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh perkataan komplemen yang sering dipancangkan ialah “ bahawa, dan untuk”.

Kata hubung pancangan keteranganKata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti berikut;

kerana,agar,meskipun,sekiranya,semoga,supaya,kalau,andai kata,kendatipun,hingga, jika, jikalau, semasa,sementara, setelah,sewaktu,ketika, tatkala,untuk, walaupun,sungguhpun, apabila.

KATA PRAKLAUSA

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak dihadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perentah,kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan –perkataan yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.

Kata seru

Bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai –bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.Contoh kata seru ialah;

Aduh,amboi,cis, oh,celaka,eh,wah,syabas,aduhai, wahai.nah,

Kata tanya

Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contoh; “mengapa,berapa, bila, dan bagaimana”. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiranya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –“kah”. Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut.;

1. harga barang itu berapa?2. Mereka sampai bila?3. Mengapakah dia menangis?4. Bilakah gerangan anakanda akan beradu?5. Bagaimanakah keputusan ujian anda?

Kata Perentah

Perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan, silaan, atau permintaan. Contoh kata perintah ialah, jangan, usah,sila, jemput, minta, harap, tolong Penggunaannya dalam ayat;

Jangan buang sampah. Usah p edulikan dia sila makan Tolong temankan adik saya ini.

Kata pembenar

Perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan. Contoh kata pembenar ialah; ya,benar,dan betul.

Kata pangkal ayat

Perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh kata pangkal ayat ialah:Hatta,kalakian,maka,sebermula,syahadan,sekali peristiwa,adapun, arakian, alkisah.

KATA PRAFRASA

Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak dihadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja,ataupun frasa adjektif.Tugas kata prafrasa mendukung tugas seperti tugas membantu,menguatkan,menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas ini, maka kata prafrasa mengandungi lapan jenis.

kata bantu

Jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh hal yang demikian, kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

Kata bantu aspek

Kata yang menimbulkan susana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk kata bantu aspek ialah: telah, sudah,pernah, sedang, masih, akan, dan belum.

Kata bantu ragam

Page 10: Nota Morfologi

Bentuk kata yang menyatakan atau ,menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu,harus, mesti, boleh, dan dapat.

Kata Penguat

Perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat:

penguat hadapanpenguat belakangpenguat bebas

Kata Penguat hadapan

ialah perkataan yang letaknya dihadapan kata adjektif. Contoh; terlalu, paling, dan agak.

Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya, sekali, benar, dan nian.

Kata penguat bebas

ialah perkataan yang terletak atau kedudukannya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat, sangat, dan sungguh.

Kata penegas

Kata penegas yang disebut juga partikel ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu;

i).Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contohnya” –kah-tah, dan –lah.”

ii)Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagian nya atau frasa predikat atau bahagiannya.Contoh“juga,jua,pun, sahaja,lagi, dan memang”

Kehadiran “kah, tah,dan lah, sebagai kata penagas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat mengalami pendepanan, contoh ;

Siapakah majikan kamu itu?Pernahkah dia datang?Apatah daya kitaItulah rumah idamanku

Kehadiran kata penegas yang kedua bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Contoh;

saya juga ingin ke sekolahsaya ingin juga membeli buku ituEn. Malik pun datang, tentu sekali anak-anaknya akan datang jua.Hanya Abu seorang yang telah sampai di sekolah

Kata nafi

Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi farsa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi iaitu “ bukan dan tidak”.Kata nafi “bukan” boleh menjadi unsur frasa nama dan frasa sendi nama, contoh;

Hadiah itu bukan untuk Hilmi tetapi untuk adiknya

Perabot itu bukan usaha saya Kapal layar itu bukan dari Singapura tetapi

dari Indonesia

Kata nafi “tidak” pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif, contoh;

Datuknya tidak pergi ke kebun hari ini Dia tidak akan datang lagi Kenyataan itu tidak benar Rumah itu tidak besar sangat.

Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu;

secara persamaan atau ekuatif dengan penggunan kata pemeri “ialah” iaitu hadir dihadapan frasa nama.

Secara huraian atau kualitatif dengan penggunaan kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, contohnya;

adalah bukan.

Penggunaan kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Contoh;

adalah diberitahu adalah dimaklumkan adalah disebabkan adalah diisytiharkan

Kata sendi Nama

Page 11: Nota Morfologi

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah;

di,ke,dari,daripada,kepada, pada,bagi,demi,tentang,sepertibagai,umpama,laksana,sejak,terhadapakan,oleh,hingga,antara,untuk,dengan, dalam,sampai

Kata Arah

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh; atas, antara, bawah, tepi, belakang, timur, barat, hadapan, utara dan sebagainya.

Kata Bilangan

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa nama.Kata bilangan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut ciri maknannya.

Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya yang sebut kardinal , contoh;Dua,lima ,sepuluh sejuta

Kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tent u , contoh;Semua, segala, para, beberapa,sekelian, seluruh, sedikit

Kata bilangan yang membawa maksud himpunan, contoh;

Ketiga-tiga, beribu-ribu,berabad-abad, berguni-guni

Kata bilangan yang membawa maksud pisahan , contoh; masing-masing,setiap, tiap-tiap

Kata bilangan yang membawa maksud pecahan, contoh;

setengah, sepertiga, separuh, sepertiga

KATA PASCAKATA

Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –“nya” yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan

ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contoh;

Sesungguhnya, nampaknya,bahawasanya.

Kata pembenda

ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama,

Contoh; Lajunya,manisnya, kuatnya,lantangnya,sakitnya.

Page 12: Nota Morfologi